Siapa Aqilah di hatinya bukankah dia cukup bahagia Aqilah disampingnya sehingga berkata Aqilah adalah wanita yang sebaik - baik untuknya arghhh tapi kenapa sedikit pun tiada nama Aqilah di hatinya wajah Aqilah juga tidak berlegar difikirannya tetapi....
"Tok!
"Tok!
Terjengul satu kepala di sebalik pintu hanya sepasang mata helang itu meliar melihat sekeliling bilik ruangan papanya kemungkinan mencari bos sementaranya.
Fasharina.....
Mata bertaut membuatkan debaran di dada berkocak hebat dia mengalihkan pandangannya dari bertentang mata tajam helang milik wanita itu. Muka berlagak itu tetap cantik di tatapnya peristiwa sepupunya dengan Fasharina tadi belum hilang reda panas dihatinya.
" Ada apa panggil I? Meeting Dato Mokhtar pukul 3 sekarang baru pukul 1.30"
"reti tengok jam tak ke nak I belikan jam dan tampal kat dahi you?"
Fasha terus menempelak jari - jemari runcingnya menari - nari sambil melirik - lirik anak matanya kalau boleh sampai terjuling sebelum mamat poyo mendahului pembicaraan kali ni dia tidak membenarkan dirinya kalah dan dipijak! Nyeh.. Siap menawarkan diri membeli jam lepastu suka - suka hati je nak tampal jam kat dahi orang ingat 'Tuan Daniel' tu dinding
" Aku tak cakap pon pasal meeting Dato Mokhtar buat apa aku panggil kau kalau aku dah remind and suruh sharp pukul 3 petang bawah lobi, ni aku panggil sebab hal lain ke kau ada masalah pendengaran dari kelmarin lagi telinga tu susah nak catch up setiap arahan aku"
Fasharina terkedu bibirnya dikemam malunya bukan kepalang lagi nak sorokkan muka bawah meja belum tentu hilang tujuh keturunan arghhh lain kali berfikir dahulu sebelum bercakap "terlajak perahu boleh diundur terlajak kata... Naya lah kau Fasha...
Tangannya disilangkan mata helang itu melirik ketempat lain buat - buat muka tidak tahu malu tak nak lah nampak orang bersalah padahal hati sudah sumpah seranah.
" habistu panggil I ada apa ni?"
Pertanyaan Fasharina langsung tidak diendahkan jari jemari runcing yang kekar milik lelaki berbadan sasa itu sibuk bermain keyboard 'haishhh...' Fasharina mengeluh geram terlalu geram sangat dengan sikap bos sementaranya yang selalu menyakitkan hati sanubarinya ini.
" Tuan Daniel... I tanya You panggil I ada urusan apa yer?"
Diam, langsung tiada sepatah dua kata dari bibir bos sementara itu bibir fasha sudah diketap geram 'Aarghhh sakit hati betul bercakap dengan orang berlagak plus bisu!' ekoran bola matanya tidak lepas setiap gerak geri bos sementaranya mengharapkan dapat jawapan dari dia tetapi.... Langsung tidak!
"Nampaknya Tuan Daniel takda apa nak cakap so.... I balik dululah ke tempat I."
Fasharina berundur dan mengalah malas nak bertekak manusia yang sukar dapat difahamkan.
"Aku tak suruh kau keluar?"
Baharu sahaja dia mencapai tombol pintu suara garau mendatar menerpa cuping telinganya tidak jadi dia keluar dan menoleh balik ketempat asal bertentangan dengan si mamat poyo.
" Tadi I tanya, Tuan Daniel bukan nak...."
" Aku nak kau ikut!"
" Iya, tahu tapi sekarang belum lagi pukul..
" Aku kata ikut je!"
Lagi sekali kata - katanya dipotong 'Hishh, geramnya....aku yang tak faham ke dia tak faham bahasa ni!' Fasharina mengerling tajam kalau boleh nak je telan si mamat poyo ni hidup - hidup! Sekali lagi ekoran bola matanya memerhatikan gerak gerinya seperti biasalah kunci kereta diletak atas meja padahal boleh bagi secara 'by hand'.
"Cepat sikit!"
Tubuh sasa itu hilang dari radiasinya barulah Fasha keluar dari bilik office papanya...
***
" laju betul mamat poyo ni, berlari ke berjalan?"
Baru sahaja turun dari lobi terus lesap entah ke mana, 'Aduhh, ingat kaki aku ni robot ke nak main kejar - kejar' nasib baiklah bukan parking dalam kalau tak naya nak cari kereta, sebaik Fasha menurun tangga suara serak garau menegurnya dari arah belakang.
"Tengku Nur Fasha...rina anak Tan Sri Tengku Hisham?"
Fasha menoleh ke belakang
" Long time, no see.."
Glasses Levi's ditanggalkan mata putih itu tampak kemerahan bagai orang tak cukup tidur seharian senyuman seringai itu membuatkan Fasha berundur kebelakang dan kebelakang trauma tragedi malam kejadian masih segar belayar ingatannya.
"Kau.. Kau, buat apa kat sini!"
Seluruh tubuh badannya menggigil lama kelamaan lelaki bertubuh kurus agak sasa itu setapak demi setapak semakin hampir dengannya.
"FARID! kau jangan sesekali berani dekat dengan aku!"
" kau jangan cakap aku tak warning!"
"Shhhh.... Sayang nape cakap macam ni?"
"I rindu sangat dengan baby I ni?"
"Sayang tak rindu I? I'm so gonna miss you so....much"
Belum sempat Farid mencapai kedua - dua tangan mulus milik Fasharina sekilas pantas menepis dengan kuat.
" Kau memang biadab Farid Hazrel!
" Jangan sampai aku call polis!"
" Perangai tak semenggah sama macam binatang muka macam kau memang patut sumbat dalam penjara!"
"aku takkan biarkan kau terlepas kau dengan bapak kau sama je perangai busuk, kotor, aku jijik!"
Fasha menunding jari telunjuknya tepat ke arah mukanya bola matanya terjengil melihat muka jijik lelaki bernama Farid Hazrel memang tidak serik dan langsung tak reti bahasa!
"ish, ish, ish binatang yer kau samakan aku"
"kalau aku buaya kau kucing..."
"Rawrrr eh meoww..."
Farid menghampirinya betul - betul dekat dihadapannya bibir nipisnya berbisik pada cuping telinga Fasha
"kau yang tak kan boleh lari ke mana - mana because your only mine..."
"cukup Farid!"
"Kau bla dari sini kalau tak aku jerit kuat - kuat!"
Fasha menekan suaranya tanda memberi amaran keras Farid mengangkat tangan tanda menyerah bibirnya tersenyum nipis ekoran mata helang memandang benci lelaki yang sudah hilang dari pandangannya
"Damn it!"
Keluh kasar keluar dari bibir munggilnya.
***
Sepanjang perjalanan masing - masing menikus mendiamkan diri kini Fasharina berseorangan diri dalam kereta tubuhnya menyandar kebelakang matanya dipejam rapat sekejap untuk melupakan hal tadi tangannya meraup kasar yang jelas menampakkan raut wajah berhadapan dengan masalah sebutir demi sebutir empangan air matanya pecah itulah kali pertama Daniel melihat wajah berlagak cantik itu menangis, diam - diam dia mengintai sudut penjuru side mirror kanan dia memberikan wanita itu ambil ruang dan tenang kembali...dalam 5 minit Daniel kembali lagi lalu mengetuk cermin cepat - cepat Fasharina membetulkan rambutnya yang agak kusut tadi menggosok mata dan hidungnya yang jelas kemerahan macam baru orang lepas menangis barulah dia menekan punat kunci kereta dan menurunkan cermin kereta.
"Sorry I tertidur tak perasan you ada kat sini?"
Fasha melarikan anak matanya kearah lain dia tak nak Bos sementaranya tahu yang dia baru lepas menangis macam orang baru putus cinta tapi bosnya senyap hanya berdiri memandang tepat kearahnya fasha membalas memandangnya dengan hairan 'Dah kenapa dengan dia ni dari tadi terjengat kat luar aku dah bukak kunci tak kan aku nak bentang karpet merah baru nak masuk!'
Fasharina tersenyum sinis 'ni sorang lagi tenok selalu suka sangat sakitkan hati aku!' Fasha merengus halus sebelum berbicara
"Iyer Tuan Daniel, kenapa tak masuk lagi nak I bentangkan karpet merah baru nak masuk ke?"
" keluar"
Fasha menjongket kening belah kanannya dia tak salah dengarkan?
"aku kata keluar"
Mendatar sahaja nadanya tetapi cukup membuat hati kecil Fasharina tertanya - tanya ' dia sakit otak ke tak kan kena langgar dengan lori sayur tadi sampai suruh aku keluar dari kereta jangan - jangan dia nak tinggalkan aku kat sini patutlah beria dia ajak aku temankan dia rupa - rupanya ada udang sebalik mee!' Fasha bermonolog membuat andaian dan spekulasi sendiri.
"Hei, You ni dah kenapa gila ke?"
Pintu kereta ity dibuka oleh Tuan Daniel nampak gaya memang nak suruh Ratu belagak diva ni keluar dari perut kereta.
"Keluar sekarang!"
"Tak nak!"
Fasha tetap berdegil mengeraskan badannya dan tidak berganjak dari tempat duduknya.
"Okay, kau tak nak keluarkan?"
Daniel membongkokkan badanya sedikit kearahnya gaya hendak mencempung tubuh itu keluar dari kereta cepat - cepat dia bangun terus keluar dari perut kereta anak matanya mengekor melihat pergerakan tangan kekar itu membuka pintu belah kiri
"Sini masuk!"
Fasha masih terjengat dan masih melihat anak mata hazel cair milik lelaki itu tetapi sepatah pun dia tidak dengar dari bibir Daniel tangan lengan mulus itu disambarnya Zapp! Terasa ada sesuatu perasaan sedang menjalar panjat pada hatinya Enjin kereta dihidup tetapi belum bergerak lagi.
"Biar aku yang drive, aku tak nak orang ada masalah lepastu emotion terbawa sekali tak pasal - pasal aku sekali terbabit aku masih sayangkan nyawa lagi."
Selamba sahaja nadanya terjengil dua biji bola mata helangnya mendengar setiap bicaraan itu 'Dia ingat aku nak bunuh dia ke.. Err dia nampak aku menangis ke?'
" Boleh je cakap baik - baik ini macam nak halau orang"
"Aku cakap baik dah tu kau je yang suka melawan"
"Tapi you yang.."
"ZASS!"
Sit belt kereta bahagian Fasharina ditarik dan diketip pada objeknya wajahnya betul - betul dekat dengan wajah kacak lelaki itu jantungnya sudak melonjak - lonjak keluar terasa nak tercabut nyawa ini dan terbang jauh melayang - layang sedangkan jasad sudah kejung disini.
"Tahu takut?"
Daniel tersenyum sinis
Bibirnya diam terkutik tak sempat habiskan ayatnya tadi hanya mencuri pandang wajah kacak itu ekoran bola matanya tidak lepas melihat tangan kekar itu menurunkan hand break lalu menggerakkan gear R lalu mengawal stereng kekiri sedikit barulah dia menukar gear N seterusnya D terus minyak ditekan laju stereng itu tetap dipegang dengan tenang hanya dengan satu tangan jelas urat - urat berselirat menjalar pada tangan kekar milik Tuan Daniel
Fuhh seksi dan bergaya!
Share this novel