Bunyi seretan roda dari bag luggage merah jambu di tarik, terlihat sepasang boots Prada hitam berkilat licin terletak cantik pada kakinya panjang putih melepak bunting padi sedang menapak dan tercari - cari sesuatu, kemeja berlogo Black Cat potongan pendek pada lengan disertakan blaus labuh separas lutut manakala rambut ikal mayangnya pula di ikat satu ala - ala gaya artis hollywood Ariana Grande penyanyi terkenal antarabangsa walaupun dihurung pelbagai manusia tetap bercatwalk dan berjalan gah lenggok ke kiri dan ke kanan ditengah lautan manusia.
Berjalan perlu menegak dada jangan berbongkok macam nenek tua bongkok tiga, rambut pula harus berkepok - kepok macam ayam gepok perlu dilibas ke kiri dan ke kanan seirama dengan kepalanya bak modal shampoo gituww... Baharu sahaja hendak berangan menjadi permaisuri Elizabeth turun dari takhtanya mahu melihat rakyat jelatanya tiba - tiba kedengaran suara sumbang terpekik bagai tercekik halkum sedang menyebut namanya terbantut sekejap angan - angannya tadi.
"FASHARINA!"
"Erghhh, who call me....?"
Fasharina merengus kasar matanya menjeling 80 darjah ke atas glasess kaca merah jambu Polo di naik ke atas dengan berhati - hati takut tersangkut pada rambut cantiknya di skala enam, anak mata helangnya tercari - cari empunya badan memanggil namanya terlihat kelibat seseorang bertubuh kerdil bagai orang kurang zat kalsium tidak cukup pada ketinggiannya sedang memegang sepanduk "WELCOME BACK MAKCIK LASER"
"How dare 'Welcome Back Makcik Laser'..?"
betul - betul bahagian barisan hadapan orang umum sedang terlompat - lompat kerana ketinggian tidak mencukupi mata helangnya dikecilkan memerhatikan mangsanya dengan teliti kemudian mata hazelnut mula membulat.
"Ohhhh, G.O.D!"
"IZZATI MUNIRAH!"
Bag luggage disisinya dibiarkan begitu sahaja terus berlari mendapatkan rakan baiknya Izzati. Orang ramai disekitarnya memandang aneh dan menggeleng - gelengkan kepala apabila mereka sempat pula bermain pusing - pusing ditengah - tengah alam kawasan ruangan menunggu penerbangan sambil menggenggam erat tangan masing - masing dan melompat terkinja - kinja macam beruk terkena belacan! Ingat ini tempat playground kanak - kanak atau filem bollywood ke? Hilang sudah keayuannyer tadi apabila berjumpa makhluk secetak dengan perangai sewelnya.
"Wei......rindunya!"
"Sampai hati kau tinggalkan aku...."
Izzati mencebik bibirnya apalagi pipi gebunya digomol - gomol secara percuma oleh Fasharina sambil meniru mimik sedih muka seposen Izzati.
"Alolololo..... See I'am back!"
Fasharina mendepangkan tangannya, gelak ketawa mereka langsung tidak menghiraukan persekitaraan orang ramai, orang lain melihat mereka berdua mesti orang sakit mental terlepas dari Hospital Tanjung Rambutan.
"Hadiah?"
Izzati menghulurkan tangannya sambil tersengih - sengih macam kambing mintak makanan dari tuannya
"Ada... Kat rumah nanti untuk mummy dengan daddy kau pon ada sekali"
"Woahhhh...!!"
Izzati menolopong penuh dengan keterujaan mujur rahangnya tidak jatuh ke lantai bag luggage milik Fasharina ditarikkan tidak sabar mahu pulang ke rumah mahu mendengar setiap keindahan alam di Seoul, Korea dari rakan baiknya sepanjang Fasha berada di sana.
Masing - masing memaut pinggang melihat kemesraan dan perangai gila - gila mereka berdua seperti adik beradik kandung bagaikan 'air dicincang tidak putus' walau bergaduh teruk sekalipun hubungan tali persaudaraan sebagai sahabat tetap utuh sentiasa...
***
Daniel menggigit kukunya perasaan risau, menyesal, buntu semua bercampur aduk kerja di atas mejanya langsung tidak disentuh mesyuarat pukul 3:00 petang tadi terpaksa dibatal olehnya di dalam kepalanya hanya memikirkan jawapan untuk Aqilah, tunangnya.
Sudah 5 hari termasuk hari ini tunangnya langsung tidak menelefon dan bertanya khabar kepadanya keadaan semakin lama semakin dingin, sudah lama dia tidak berjumpa bakal isterinya membuatkan hatinya semakin rasa bersalah menyelubung dalam dirinya.
Tarikh majlis semakin menghampiri tetapi masing - masing tidak peduli kerana egois? Bukan! hanya dia seorang mementingkan diri sendiri setiap pengorbanan dari tunangnya langsung tidak dipandang dan hargai. Ya! Dia masih ada kesempatan sebelum terlambat dia nekad dengan keputusannya walaupun hati masih tidak menemukan jawapan kerana dia adalah satu - satunya wanita boleh membahagiakan dirinya dan tiada wanita yang lain dapat menggantikannya.
Telefon di atas mejanya dicapai mencari nama panggilan untuk menelefon.
"Tut...tut...tut"
"Hello bro?"
"start selasa aku ambik cuti sehingga majlis perkahwinan aku.."
"yurp, minta tolong sangat - sangat"
"thanks bro taking over my job, so appreciate.."
Daniel mematikan panggilan tersebut dia menghembus nafas lega dengan seleganya kunci dan bag Polo edition man dikaut kemas lalu tubuh sasa itu hilang dari ruangan pejabat Chief Executive Officer Tuan Daniel Arifin Bin Dato Aryan Shah
***
Rambut yang basah dibiarkan terurai depan kipas wajah sugulnya masih tersisa terlalu penat memikirkan perkara yang tidak pasti. Jari manisnya dihiasi cincin belah rotan bertahtahkan permata kecil di atasnya cincin pertunangan dia dan Daniel air mata jernih itu menitis tumpah atas meja lalu perlahan - lahan cincin itu ditanggalkan letak di atas meja alat soleknya.
"Oh Aqilah cinta hatiku
Oh Aqilah I said I love you
Oh Aqilah tolonglah aku
Terima kujadi kekasihmu.."
Aqilah menyesat air matanya, meneliti cupingnya mendengar satu suara sedang berdendangkan sebuah lagu berjudul Aqilah dari penyanyi kumpulan floor 88 lalu telinganya merapati dekat - dekat pada jendela kayunya yang masih utuh walaupun dimamah usia
"Oh Aqilah dengarkan aku
Hati ini hanya untuk dirimu
Oh Aqilah percayalah kataku
Hati ini dah tertulis namamu
Belahlah dada dan lihat hatiku
Sucinya cintaku kepada kamu"
Semakin lama semakin kuat suara itu menyanyi sepertinya dia kenal suara itu walaupun sedikit sumbang hampir pecah gegendang telinganya selepas mendengarnya lantas Aqilah menyambar tudung express nya tersangkut sedia ada di celahan tempat pergantungan tualanya lalu jendela itu dikuak luas terbuntang matanya melihat kebawah.
"Daniel???"
Daniel tersengih menampakkan barisan gigi putihnya tersusun rapi, Aqilah mengerutkan dahinya tanda tidak faham tujuan encik tunangnya datang ke mari sambil menyanyi sehinggakan kampung jiran sebelah ingat ada kampung lain sedang membuat konsert parti strawberi secara percuma.
"Awak buat apa kat sini?"
Aqilah memperlahankan suaranya takut - takut Puan Zaitun terjaga dari lena alamatlah mengamuk orang tua itu.
"Abang nak jumpa Aqilah!"
"Shhhhh......"
Aqilah meletakkan jari telunjuk pada bibirnya tanda memberi isyarat jangan terlalu kuat kerana MEM besarnya sedang beradu. Daniel juga membuat isyarat menyuruh Aqilah turun kebawah nak tak nak terpaksa dia turun kalau tidak mahu kejutkan sang harimau sedang tidur sudahlah jam di dinding biliknya menunjukkan pukul 11.00 malam.
Kini Aqilah berada dihadapannya, Daniel mengorak senyuman manis manakala Aqilah hanya menjongket keningnya tanpa ada senyuman manisnya
"Awak buat apa kat sini malam - malam"
"Macam mana abang tahu Aqilah kat rumah mak?"
Daniel hanya menundukkan wajahnya rasa bersalah masa tersisa seluruh genap hatinya.
"Abang pergi rumah Killah tapi Aqilah takda kemana lagi kalau Aqilah pergi mesti kat sini kan?"
"Aqilah sihat?"
Aqilah hanya diam tiada kata apa - apa hanya menganggukkan kepala sahaja, di sudut hujung hatinya Daniel terasa dengan cara tunangnya tetapi tidak boleh menyalahkannya kerana punca bermula dari dia jika ditempat Aqilah dia juga buat perkara yang sama.
"Aqilah..."
"Abang nak minta maaf hal kelmarin"
"Abang tahu abang silap abang tuduh Killah macam - macam tapi.... Tolong sangat - sangat Aqilah jangan putus hubungan kita ni kalau nak suruh abang sujud kat kaki Killah pun abang sanggup minta satu jer please dont break up with us..."
"Abang, sudah lah nanti orang nampak kita berdua macam ni apalah kata orang lain nanti lagipun dah malam sangat ni....abang balik lah"
"Aqilah please...."
"Abang danie, Aqilah terima dari jawapan abang walau apapun keputusan abang Killah tetap terima dengan hati terbuka walaupun perit tapi bukan sekarang abang nak luahkan...sebab..."
Aqilah tidak dapat meneruskan kata - katanya di dalam hatinya hanya Maha Esa yang tahu seisinya dia tahu apa yang mahu disampaikan oleh Daniel walaupun perit untuk menerima jawapan darinya tetapi dia perlu terima dengan hati terbuka mungkin selepas dia dapat tahu dia akan terima tawaran bekerja di London mungkin dapat mengubat hatinya lara.
"hari dah lewat, Killah masuk dulu.."
"Assalamualaikum"
Aqilah memusingkan badannya lalu melangkah menuju masuk kerumahnya."
"Aqilah, abang ikhlas terima Killah seadanya jadi isteri abang!"
Langkahnya terhenti lalu badan kurus itu menoleh kearah Daniel
"Abang ikhlas terima segala kelebihan dan kekurangan Aqilah...."
Daniel mengeluarkan kotak baldu biru kecil dari kocek bajunya perlahan - lahan kaki itu mendekati Aqilah lalu cincin bertahktahkan berlian permata dituju pada Aqilah.
"Do you wanna marry me?"
"Terima abang sehingga nafas abang terhenti.."
Aqilah menggelengkan kepalanya, luluh hatinya apabila tunangnya menolak lamarannya cincin itu disimpan semula pada kotak baldu biru, Daniel hanya tersenyum hampa dengan jawapan dari Aqilah
"Kalau macam itu abang ba.."
"Aqilah ikhlas terima abang jadi suami Killah sehingga ke syurga.."
Daniel mengangkat wajah sugulnya perlahan - lahan senyumannya mekar melakar diwajah tampannya.
"Abang tak salah dengarkan?"
"Iyaaaa....Aqilah terima abang"
"Habistu, Aqilah geleng kepala tadi?"
Aqilah hanya ketawa kecil melihat reaksi bingung wajah encik tunangnya
"tak kan lah Aqilah nak terima abang sampai nafas terakhir abang mesti sampai ke syurga"
Daniel mengangguk kepalanya tanda faham bibirnya tidak lekang dengan senyuman gembiranya.
"So....betul lah Aqilah terima lamaran abang kan?"
"Iyer abang Danie.."
"YES!"
Daniel sudah terlompat - lompat gembiranya sehingga tidak terkata - kata
"Abang....Shhhhh...."
"Nanti mak bangun...."
"okay, okay....sorry..? Excited sangat ni.."
Aqilah ketawa kecil sekali lagi dia turut juga gembira bahkan dia dapat merasakan kebahagian ini adalah milik mereka berdua, alhamdulillah jika ia sudah tertulis dalam Luh mahfuz.
"Jom..?"
"Pergi mana?"
"cari tok kadi? Malam ni juga abang nak angkat nikah..."
Aqilah menepuk manja bahu Daniel
"Ishh.. Abang ni.."
"hehehehe, abang gurau jer..."
"Terima kasih..."
"untuk apa?"
Aqilah mengerutkan dahinya mata hazel cair itu memaut anak mata hitamnya bicaraanya mula gugup dengan penahan anak mata menawan itu.
"Terima kasih terima abang seadanya.."
Aqilah hanya mengorak senyuman manis, Daniel bersyukur jika tuhan mengatur perjalanannya Aqilah adalah masa depannya dia yakin bahawa Aqilah juga adalah orang yang tepat menjadi sehidup sematinya.
alhamdulillah menyokong BT sampai sini dan seterusnya maaf sgt buat orang tertunggu - tunggu hug & kiss
Share this novel