Bab 10

Drama Series 5038

" Ini Farid kan? "

Izzati menanyanya, dia sengaja pura - pura tidak tahu biar rakan baiknya sendiri tahu siapa Farid yang dianggung - anggungkan dan dibanggakan - banggakan dengan perangai sebenarnya yang tidak ubah macam buaya kembali ke darat, Dasar lelaki kasanova!

"No! No! Aku tak rasa tu Farid mungkin pelanduk dua serupa?"

" Fasha! terang lagi bersuluh tak kan kau tak nampak dalam gambar tu Farid yang kau sanjung - sanjungkan!"

Izzati merenung balik sedalam - dalam wajah Fasha yang pucat lesi kalau ditoreh sekalipun belum tentu keluarnya darah.

Dia tahu rakannya hanya menyedapkan hatinya sendiri dan dia kenal sangat perangai Fasha yang suka memendamkan perasaan hanya menunjukkan dia seorang yang kuat dan tabah hadapi bila jatuh tidak akan sesekali dia menunjukkan walhal perangai sombongnya serupa mak lampir tapi dia tahu seisi hati rakannya bernama Fasha.

"Kau cakap apa ni zatt?"

"sampai hati kau kan?"

Air matanya mula menakung hanya bila - bila sahaja butir - butir mutiara nya akan jatuh ke pipi gebu mulusnya.

"Fasha rilex, kau tenangkan diri kau, aku faham apa yang rasa sekarang ni kau luahkan jer segala isi buku hati kau."

Perlahan - lahan Izzati menarik kepala Fasha rapat ke dadanya belakang badannya diusap perlahan - lahap terdengar tangisan bercampur senduan.

" aku tak tau nak cakap apa....?"

" Dia janji dengan aku dia nak berubah pastu....?"

Fasha menarik nafas sedalam - dalamnya yang mungkin untuk mengambil ruang untuk diluahkan segala terbuku di dada.

"Zatt sampai hati dia buat aku macam ni... "

Tangisan tadi bertukar menjadi kuat terus Izzati memeluknya untuk meredakan tangisan rakannya semakin dia peluk kuat semakin kuat tangisannya.

"Hey Fasha! Pandang aku sini!"

Izzati menggoncang - goncangkan bahu rakannya dan memegang kedua - dua pipi Fasha yang lencun itu.

"Aku tak kenal Fasha yang lembik
macam ni yang tahu menangis sahaja? "

"Mana Fasha yang berhati batu suka lemparkan kata - kata puaka yang berlagak diva dan angkuh tu? "

Air matanya diseka, Fasha ambil ruang untuk dia bernafas dan mula untuk bertenang separuh jiwanya hancur bukan bermakna dia akan patah untuk kali kedua, ketiga, atau entah kali berapa manusia bermakna Farid sekali kau ragut kepercayaan Tengku Nur Fasharina Binti Tan Sri Tengku Hisham tiada lagi kepercayaan untuk kau kali kedua atau selamanya.

'Lets to do this the game play baby' kata Fasha dalam hati yang semakin membara tidak sabar rasanya nak tunggu hari pengadilan menjelang tiba.

" Farid... Farid..."

" Just wait and see...! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience