Bab 32

Drama Series 5038

"Hello....."

" Ehh... assalamualaikum papa...."

"heheheh....sorry...."

"Dah sampai mana tu?"

"Ouhh yer ke?"

"Betul ni tak nak Sha jemput papa dengan mama kat airport?

"Fasha tengah free laaa papa.."

"Fasha suruh Pak Akob ambil papa dengan mama yer?"

"Laaa habistu papa dengan mama naik apa?

"Ouhh yer lah kalau macam tu jangan lama - lama dan jangan singgah mana - mana dulu.....terus balik tau ada special dan suprise untuk mama dengan papa!"

"take care tau papa and..."

"I always love u papa, im gonna miss u so much everyday"

Talian dimatikan.... Ada sedikit air mata di tepi tubir matanya diseka perlahan perasaannya berbaur takut, gembira, risau semuanya bercampur satu dia hanya mengharapkan mereka selamat pulang ke rumah.

ringtone telefonnya berdering sekali lagi, nama Izzati ketot dan emoji berbentuk hati tertera di skrin handphone nya tanda panggilan masuk dari rakan baiknya itu.

***

"Aku menyirap betul dengan Jo Dan Tae tuu eiiiii, jahatnya mengalahkan syaitonn nir rajim kau tengok nanti bila Logan dah sedar dan hensem semula macam sebelum ni matilah kau Jo Dan Tae! Dah lah kau meletupkan oppa aku dia tak tahu yang boyfriend aku tu hidup dan nyawa dia panjang lagi siaplah kau Jo Dan Tae...!"

"Haishhh, chicahh!"

Fasharina menggeleng - gelengkan kepalanya tidak habis - habis dengan drama koreanya berjudul Penthouse 3 siap berdialog bahasa korea lagi lagak bunyi orang tercirit pun ada entah bingung nama - nama watak dipegang 'joran teh' lah buah 'longan' pon ada termasuk senarai dan sejak bila entah dia bercinta dengan mamat korea ni... yang bukan - bukan sahaja asyiklah terpengaruh dengan drama korea si Izzati ni....

"Cepatlah Zatt pukul 1.30 petang mama dengan papa on the way pulang ni sekarang dah pukul berapa!"

Fasharina mengecilkan mata hazelnut helangnya pada rakan baiknya sudah lah matahari memancarkan cahaya panas yang begitu terik di tengah alam ini.

"Sabarlahh kau kena faham kaki aku pendek tak macam kau!"

Malas nak bertekak punya hal, Fasharina mengeluh terpaksa berhenti seketika menunggu Izzati yang lambat macam mak nenek bukan kerana kakinya pendek tetapi mulutnya serupa macam makcik bawang sedang berkumpul di pasar tani mula membuka gerai untuk bergosip hangat yang tak habis - habis nak membebel membuatkan pergerakkannya semakin lembab serupa macam cik kura - kura.

Baru sahaja Fasharina menoleh dan mengorak langkah kehadapan terasa ada sepasukan permain rugbi telah merempuh tubuhnya dengan kuat membuatkan dia jatuh kebelakang dan terduduk.

"Auchh"

Fasharina mengadu kesakitan dan tangannya pula menggosok - gosok bahagian pinggulnya yang terasa perit lagi - lagi pula dia terjatuh atas jalan tar sudahlah panas serupa dibakar dalam ketuhar.

"Ya allah, Fasha!"

Izzati terjerit kecil lantas berlari anak menuju kearah Fasharina lalu membongkokkan badannya untuk membantu Fasha bangun tetapi...

"Hei, mata tu letak dekat mana?"

"Aku sebesar macam ini tak nampak?"

"Buta ke....!"

Cuaca hari ini sudah lah sangat panas ber extrakan bahang berdesup pula telinganya semakin panas mendengar anasir puaka entah dari mana jikalau nampak kepulan asap sedang keluar dari cuping telinganya itu tanda ada orang sedang ajak bertempur dalam medan perang dengannya, Fasha memberi isyarat pada Izzati membantu dia untuk bangun masakan tidak Mel & Molly pada ketinggian 5 inci membuatkan dia susah nak bangun sendiri.

"Excusme.....?"

Kini Fasha berdiri betul - betul hadapan makcik level bermulut tiada insurans serupa macam puaka bahawa dia sudah bersedia ditengah gelanggang mahu memulakan aksi pertempuran berbalas kata - kata siapa paling berpuaka berdas - das

"Saya rasa makcik ni ada masalah mata kalau ada jom saya bawakan jumpa doktor cek mata tu!"

Fasha mengeraskan nadanya tanda dia sedang bergelut dengan emosi

"Babe..... Dah lah jom balik kita abaikan je makcik ni...."

Izzati menggoncang lengan Fasharina dengan perlahan dia takut peperangan meletus tak lama lagi bukan apa dia masak benar dengan panas baran si Fasharina ini kalau meletup habislahh....

"Amboi, suka hati kau jer nak bawa aku jumpa doktor cek mata aku ni?"

Kedua - dua lengan panjang baju kurung di lipat naik kesiku sambil mencekak pinggang tidak lupa pula kipas di tangan kanannya sambil mengipas - ngipas dirinya sambil menjuih bibir tebalnya amboii comel sangat lah itu serupa macam mak tiri indonesia sahaja lagaknya.

"Habistu nak kata saya ni buta lah...."

Fasharina berpeluk tubuh mata helangnya mencerlung setiap inci wajah makcik itu dihadapanya setaraf mulut longkang 'boleh tahan juga mulut dia ni...' Fasha membuahkan senyuman sinis.

"Kau memang biadab kan dengan orang tua?"

"macam ni pun kau masih nak tersenyum - senyum lagi kan?"

"Mak ayah kau mana? Tak ajar kau ke macam mana nak beradab dengan orang tua?"

"ke sama juga macam kau?"

"keturunan jahat, mulut busuk ni mesti keluarga pembawa sial!"

Kapilari darah merembes seluruh anggotanya sehingga mendidih naik ke otak, jantungnya pula berdegup kencang dengan pantas memang cukup pantang ada manusia cuba memburuk - burukkan keturunannya lagi - lagi mama dengan papanya.

"HEI, ORANG TUA!"

"MULUT KAU JAGA SIKIT!"

"AKU SIKIT PON TAK HINA LAH KELUARGA KAU!"

"KAU YANG KURANG AJAR DENGAN AKU CAKAP MAK AYAH AKU KETURUNAN JAHAT KAU YANG JAHAT MULUT SERUPA MACAM LONGKANG...BUSUK!"

*PANGG!

"Fasha!"

"Ya allah mak!"

Satu tubuh kurus tinggi lampai mengenakan dress labuh biru besertakan tudung shawl Aryani berlari mendekati orang tua itu mungkin anaknya lah kot.

"Kenapa sampai lempang orang ni mak.... mak ini kawasan umum jangan lah bawa emosi tu sampai kesini kawal perasaan marah tu.....malu lahh orang lain nampak....?"

"Biar diorang nampak ada manusia takda adab macam dia ni memang patut kena bagi penampar dengan aku....ikutkan hati aku ni rasa nak cincang - cincang je!

"Orang macam ni senang aku nak ajar jangan bagi muka!"

"Siapa yang mulakan dulu aku ke kau!"

"Ha tengok macam mana tak biadab dengan orang tua panggil kau aku?"

"Ya allah Cik Fasharina, Cik Fasharina okay? Errrr, saya minta maaf sangat - sangat bagi pihak mak saya..."

Aqilah terkedu apabila melihat wajah wanita merah bagaikan udang terbakar kesan ditampar oleh maknya betul - betul cukup kenal dia memejam rapat sambil mengetap bibirnya malunya bukan kepalang lagi berbaur perasaan cemas apabila mak sendiri mencari pasal dengan anak orang ternama

"Eh, tak payah kau nak ber cik, cik kat perempuan gila ni orang macam ni tak boleh dihormat langsung!"

Fasharina mencerlung muka perempuan dihadapannya masih menundukkan wajahnya terserlah wajah kesiannya yang membuatkan dia benar - benar meluat dengan drama sinetron nya 'patutlah....mulut maknya serupa longkang anaknya pula drama queen terlebih memang sepadan mak borek anak rintik!' hatinya sempat mengejek dua orang beranak dihadapannya jiwanya betul - betul mencengkam perasaan geram yang kuat teramat sangat seumur hidupnya mama dengan papa tidak pernah sesekali naik tangan kepadanya mahupun jentik walau dihujung jari sekalipun.

"Aku nak kau bawa mak kau pergi jauh - jauh daripada aku jangan sampai mata aku ni nampak dia lagi kalau tak aku sumbat orang tua ni masuk hospital sakit jiwa!"

Fasha hampir hilang kesabarannya Izzati disebelahnya tidak henti - henti mengusap belakangnya sambil menunjukkan muka seposennya bibirnya pula terkumat - kamit serupa bomoh sedang membaca jampi serapah yang dia mengharapkan sangat tiada awan mendung dan cuaca hanya baik - baik sahaja di saat peperangan sedang berlaku.

Aqilah menundukkan wajah kesalnya bagaimana kalau Daniel dan Haziem tahu bagaimana pula Tan Sri Tengku Hisham dapat tahu yang anak kesayangannya dilempang oleh maknya sendiri salah dia juga kenapa dia tidak bersama dengan maknya tadi.

" HEI, AKU PUN TAK HINGIN LAH NAK BERTENTANG MATA DENGAN KAU!"

"SUKA HATI KAU NAK SUMBAT AKU HOSPITAL SAKIT JIWA YER?"

"KAU YANG PATUT AKU SUMBATKAN KAU KAT SANA!"

"KAU BELUM KENAL LAGI SIAPA AKU JANGAN SAMPAI AKU MENGADU KAT ANAK MENANTU AKU LEPASTU KAU BARU TAHU LANGIT TU TINGGI KE RENDAH!"

"DASAR PEREMPUAN GILA!"

"Sudah - sudah lah tu.....mak jom balik...."

Fasharina dan Izzati terus beredar dari situ malas hendak melayan karenah orang tua gila plus meroyan tengoklah nasib orang tua itu balik nanti Fasharina sendiri transfer surat saman tampal kat dahi orang tua si mulut longkang!

***
Lapangan Terbang Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

Seorang lelaki berjubah putih mungkin dalam lingkungan 50 an tetapi masih kelihatan tampan dan berkarisma sedang menolak troli berisi bag luggage dengan senang hati manakala di sebelahnya wanita dalam lingkungan umur yang sama tapi jarak 3 tahun muda dari suaminya masih kelihatan jelita berpaut lengan sang suami tercinta.

"Alhamdulillah Hisham..."

"Kita dah selamat sampai...."

"Alhamdulillah...syukur pada ilahi.."

Puan Sri Aida memegang kemas erat milik tangan Datin Rozie sambil tersenyum bahagia belum cukup puas detik - detik ketika di tanah haram jika di panjangkan umur terasa nak bawa sekali anak puterinya sekali, lagi bagus kalau anak tunggalnya sudah berumah tangga boleh dia membawa cucunya nanti, Datin Rozie juga bertanggapan yang sama seperti Puan Sri Aida.

Dihujung sana terlihat seorang jejaka sedang berlari anak kearah mereka tahulah siapa gerangan pemuda tersebut

"Ha tengok hero tampan malaya dah sampai tu?"

Mereka gelak ketawa bersama saat itu juga Tuan Daniel muncul sedang tersengih - sengih sambil menggaru kepalanya tidak gatal

"Assalamulaikum umi abi"

"Dah lama tunggu?"

"Kami baharu sahaja sampai.."

Kata Dato Tuan Aryan Shah

Daniel menunduk lalu mencium tangan dan memeluk kejap kedua orang tuanya bagi melepaskan kerinduannya.

"Assalamualaikum Pak yak, Ma"

Selepas itu, Daniel menunduk lalu mencium tangan Pak Yah pula, Pak yah yang digelarkan itu mengusap lembut umbun - umbun anak majikannya terasa hiba yang sedang menjalar panjat di perasaannya ketika ini.

"Haziem kirim salam, dia tak dapat datang nak jemput sebab Fatin adiknya warded demam panas"

"Allahuakhbar....takpalah nanti ada masa Pak yah dengan Ma melawat si Fatin tu sampaikan salam juga kat Haziem dengan keluarga."

Daniel hanya mengangguk sambil mengorak senyuman manis

"Mana Fasharina dia tak jemput Pak yah ke?"

"Eh, bukan lah... Pak yah sendiri tak nak dia jemput dah banyak kali dia nak ambil Pak yah tapi Pak yah sendiri tolak sebab tak nak susah kan dia..."

"Lagipun saja Pak Yah nak buat suprise..."

Daniel mengangguk sambil tersenyum - senyum tanda faham apa yang dimaksudkan itu

"Pak Akob pula balik kampung sebab ada kenduri tahlil katanya...."

Daniel menganggukkan kepalanya sekali lagi tanda faham apa yang disampaikan oleh Pak yah itu tadi

"Kalau macam itu jom lah sekali naik dengan kami kebetulan hari ini kami ada buat makan - makan boleh lah join sekali..."

" Nanti aku suruh Daniel ambil Fasharina datang rumah aku...lagi ramai lagi bagus"

Dato Tuan Aryan Shah menyampuk disitu sambil menepuk bahu kawannya dengan lembut tetapi Tan Sri Tengku Hisham terpaksa menolak pelawaanya.

"Aku minta maaf Aryan dekat rumah sana tu dah ada orang tertunggu - tunggu.."

Tan Sri Tengku Hisham sudah tersengih - sengih tahulah si Aryan siapa yang dimaksudkan itu kalau bukan si puteri tunggal kesayangan mereka yang dari tadi telefon milik kawan baiknya asyiklah berdering itu mesti panggilan dari anak tunggal mereka.

"Biasalah Aryan..... anak pun sorang tunggal pula tu lagi - lagi perempuan, lagi satu sebab ada ikan pari masak asam pedas favourate aku tu.."

Dato Tuan Aryan Shah hanya ketawa sambil mengangguk kepalanya tanda faham.

Sebaik sahaja melihat jam di pergelangan tangan lantas Tan Sri Tengku Hisham meminta izin mengundurkan diri untuk berangkat pulang..

"Dah lambat ni nanti merajuk pula anak dara aku..."

"Baiklah Hisham....hati - hati dalam perjalan pulang"

Tan Sri Tengku Hisham hanya mengukir senyuman sambil menganggukkan kepalanya sahaja

"Errr..."

Tan Sri Tengku Hisham menarik pergelangan sahabatnya membuatkan Dato Tuan Aryan Shah terpingga - pingga.

"Aryan aku nak minta tolong boleh anggaplah ini satu permintaan yang.....terakhir"

Hisham membisik perlahan nada rakan karibnya bertukar sedikit kendur perasaannya mula bertukar menjadi tidak sedap apabila rakan baiknya ingin menyampaikan hasrat seolah ini adalah yang terakhir dia bertemu dengan sahabatnya ini.

"Eh, kau jangan cakap macam ni kata - kata itu umpama satu doa Hisham.."

Tan Sri Tengku Hisham hanya mengorak senyuman manis lagilah membuatkan perasaan Dato Aryan semakin berdebar - debar di dadanya.

"Aryan tolong tengok - tengokkan anak aku kalau boleh jaga dia dan sayang Fasha macam mana aku sayang dia..."

"Aku minta sangat - sangat.... Aryan"

"Sahabat...Fasharina itu dah macam anak kandung aku sendiri insyaallah aku jaga dia baik - baik macam mana kau jaga dan sayang dia."

"Alhamdulillah lega aku mendengarnya..."

"Aku takut suatu hari nanti bila aku tiada dengannya masa depan dia terjejas kau tahulah anak aku tu manja sangat lagi - lagi bila ada aku dan aku berharap sangat ada seseorang terima anak aku walaupun aku dah takda masa itu mahupun harta kekayaan yang aku miliki sekarang ini"

"ajarkanlah dia tentang kehidupan sebenar jika dia buat salah betulkan dia dan tolong sangat - sangat jangan buang dia.....Aryan terima kasih.."

Tan Sri Tengku Hisham membisik perlahan hanya bersaksikan sahabat rapat dan tuhan sahaja mendengar pembicaraanya.

Renungan mata yang begitu mendalam ada maksud tersirat begitu dalam, Dato Tuan Aryan hanya membisu perlahan - lahan dia memeluk sahabatnya dengan erat air matanya menitis demi setitis membasahi di bahu sahabatnya..

"Aku janji sahabat...."

Agenda itu membuatkan Puan Sri Aida dan Datin Rozie turut mengalirkan air matanya.

Perlahan - lahan Tan Sri Tengku Hisham berjalan bersama isterinya Puan Sri Aida sambil melambai - lambai ke arah mereka.

'Selamat tinggal sahabat dunia akhirat ku...'

Detik hati Tan Sri Tengku Hisham

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience