"Pen biru pen merah eye shadow blue buat abang jatuh cinta"
Seorang lelaki segak bergaya hanya T -shirt Polo berkolar dan bijak bermain kata - kata mampu menaluki semua hati sang pria setakat bermain kata - kata apalah sangat janji duit masuk dalam poket, sudahlah playboy antarabangsa kebas duit orang perempuan pulak tu dasar jantan tidak tahu malu!
Kaca mata hitamnya jenama Rayban di lurutkan pada batang hidungnya dan dikenyitkan matanya dihadapan gadis yang masih tersenyum meleret - leret selepas itu mata nakalnya mula perlahan - lahan turun melihat bidang dada yang bulat dan ranum kepunyaan gadis itu mana tidak rambangnya mata kalau baju pun sedat, singkat dan padat hanya mengenakan singlet hitam berkain fabrik linen mana - mana lelaki pun hilang seluruh iman melihat bahu, leher dan dadanya yang hampir terdedah tambah lagi jenis kulit putih melepak. Huhh, dasar mata keranjang!
" tea or coffee?"
Sekali lagi si buaya bermain teka - teki lelaki bernama Farid tidak serik menghabiskan waktunya yang hanya memuaskan diri, nafsu dan segala nikmat didepannya.
"Errr coffee?"
Gadis sexy extra clingy dihadapannya membiarkan sahaja mata si buaya itu meliar melihat tubuh yang terdedahnya mungkin dia selesa cara begitu kalau perempuan lain sudah tentu mata itu dicucuk - cucuk dengan garfu biar sama seperti Kasim Selamat cuma situasi yang berbeza.
"Why coffee baby?"
"Why not choose me like that sugar and sweet some like a coffee?"
"naughty lahh you ni....."
Terhambur ketawa gedik mereka sambil mengangkat gelas berisi "beer" lalu menggabungkan gelas kacanya dan minum dengan rakus habis satu botol diminta lagi sebotol "air kencing syaitan" semakin rancak muzik berbunyi semakin nikmat menguasi diri tambah lagi lampu berwarna - warni mampu menenangkan diri manusia seperti mereka yang terkinja - kinja dan tergedik - gedik seperti orang tiada akal dan hari esok sudah tiada lagi.
Kedua - dua manusia itu juga rancak berjoget sakan tangan si buaya itu sudah mula menjadi akar menjalar seluruh tubuh gadis itu bibirnya pula merapati ke telinga gadis sexy extra clingy itu
"let's come join me in nightmare tonight babe"
"Alright dear"
Bibir si buaya itu sudah menjalar pada tengkuknya dan perlahan - lahan merapati pada bibir sexy nya itu akal tidak mampu lagi mengawal nafsu yang telah menguasai diri cuma mahukan hidangan dihadapan matanya belum sempat melayan berahi nafsu syaitannya handphone milik si buaya itu mengeluarkan nada dering dan perbuatannya itu terus terbantut serta terus dia keluar dari club mungkin seseorang yang amat penting terpaksa dia menjawab panggilan tersebut wajah gadis sexy extra clingy itu mula masam mencuka kerana timing nya yang telah mengacau asmara mereka berdua tetapi dalam masa yang sama senyuman pada wajahnya sudah meleret penuh tanda makna seperti menyorokkan sesuatu.
"Hello my baby!"
Terus Farid membunyikan suara untuk menutup soalan bertalu - talu daripada kekasihnya rasanya tahulah panggilan dari siapa kalau bukan Tengku Nur Fasharina berbintikan Tan Sri Tengku Hisham.
" I kat rumah ni ada apa call I malam - malam ni? "
"ya I'm serious ni yang I kat rumah."
"Why? "
Tiba - tiba reaksi wajah si buaya itu kaget apabila Fasha dapat meneka serta menghidu yang dia sedang sakan berseronokan dengan gadis - gadis kelab malam terus matanya meliar kesana - kesini melihat sosok atau bayang - bayang kekasihnya itu terus dia menghembus dengan penuh lega kerana satu batang hidung pun dia tidak nampak Fasharina jika benarlah ada kelibat si kekasihnya itu mungkin malam ini adalah malam terakhir riwayatnya di kelab malam.
"Eh, mana ada sayang I kat rumah ni kan I dah swear kat U yang I tak pergi ke tempat macam tu? "
"Yer sayang I kan dah janji yang I sayang and lots of love kat U jer"
Sudah - sudah lah Farid dengan bermain kata - kata dan cuba bertarik tali dengan seorang bernama Tengku Nur Fasharina yang sudah dihidu permainannya sejak kelmarin lagi agaknya dia sudah lupa siapakah si Fasharina yang sebenarnya dan bila - bila masa permainan dia akan tamat riwayat dalam kata erti lain
"Game Over.... "
Share this novel