Perlahan - lahan dia menggerakkan badannya untuk maju kehadapan.
Sebuah kedai pakaian berjenama Uniqlo yang terletak seberang hujung sana terus dia meluru kedai itu dan menyorok celah - celah baju - baju disitu mujurlah badanya yang kecik molek ini mudah untuk melakukan kerja mengintip orang dan mengharapkan tidak nampak bayangan atau kelibatnya oleh dua pasangan sejoli merpati itu nampak sahaja matanya walaupun sekecil kuman.
Handphone ditangannya cepat - cepat dia membuka kamera dan menangkap gambar pasangan kekasih itu.
"Amboi, bukan kemain lagi romantiknya siap berpegang tangan, tau - tau jer ada mamarazi kat sini? "
" Aieee, yang betina tu bukan main gatal lagi aku tengok nak pilih baju tu pilih jer lah tak payah lah kau sibuk nak berpeluk - peluk nak ditimang - timang ni kalau Fasha yang nampak habis riwayat kau nanti! "
Izzati berceloteh sendirian sakit bebola matanya melihat agenda - agenda yang terlajak sweet itu.
Perkara hangat ni tak boleh dibiarkan sebegitu sahaja inilah masa peluang terbaiknya untuk menularkan satu gosip hangat bawangnya kepada Fasha kalau dia tahu mesti terkejut beruk tak pun demam kura - kura tapi kalau dah agenda berpeluk - pelukkan bukan hangat tetapi hangit ishhh peritnya mata melihat aksi terlarang ni.
Sebaik sahaja habis tangkap gambar dua sejoli itu terus mereka keluar dari kedai pakaian Uniqlo cepat - cepat dia menyorok balik celah - celah baju nasib baik badannya yang kenit itu sempat menyorok mujurlah dua sejoli itu tidak perasan kelibat atau bayangannya disitu kalau diberikan tugas menjadi ejen rahsia sudah tentu Izzati berjaya menyelesaikan misi tersebut bab - bab mengintip atau sekodeng ni bagi sahaja kepadanya pasti terjaminlah 100% perfect!
Sebaik sahaja sampai ke destinasi iaitu kondonya terus dia menerpa masuk ke dalam rumah apalagi mencari bayangan kawannya lah untuk menyampaikan gosip gempar di petang hari.
"Fasha!"
"Fasha!"
"Fasha! "
terpekik - pekik izzati memanggil rakan baiknya rasanya rumahnya tidaklah sebesar mana seperti pavilion atau Banglo Dato Areff Zakri seoarang peniaga lelaki yang tersohor itu mujurlah tiada jiran kalau ada tentu segala mangkuk, cawan atau pinggan sedang berterbangan, nampak sahaja batang hidung kawan baiknya terus dia mendapatkan Fasha.
"Wei! penat aku terpekik terlolong kesana - kesini cari kau rupanya kat balkoni jer ?"
Sofa terletak di ruang tamu disitu dihenyak dengan penuh rasa lega hilang segala lenguh - lenguh dan urat sendinya direnggangkan, haih, nikmatnya...
" kau ni kenapa lari macam tak cukup tanah and asal aku nak cakap kau terus matikan telefon ni mesti kau ada nampak something tadikan tak pon ada cerita, gosip ke atau apa - apa kan nak bagitau kat aku? "
"Ha, cepat lah sebelum mood aku berubah."
'Eh, eh! minah ni bercakap ke rap laju bebenor pastu tau - tau jer aku ada nampak tadi then nak bagitahu kat dia' kata Izzati dalam hati sempat lagi dia memerli tapi hanya dalam hati tahulah rakan baiknya tu sikit - sikit tarik muka "pang" kang baru tahu!
sekali lagi izzati berintonasi dengan diri sendiri 'dia ni pak belalang ke ape?' dah namanya pun kawan baik mestilah tahu seisinya dan segala rahsia, perangai buruk baiknya semua dah ada dalam poket. Izzati...Izzati..
" tau - tau jer kau ni kan?"
"elehh perangai kau yang suka membawang tu dah berhabuk dalam poket aku."
sempat Izzati menjelirkan lidahnya kepada fasha tanda tidak setuju dengan kata - kata Fasha.
" cepatlah cerita!"
"aku nak cerita lah kau mai lah sini duduk hujung sana buat ape? "
Dia memerhati gerak lambat rakan baiknya mengalahkan encik kura - kura dengan gaya malas fasha melabuhkan punggungnya atas sofa diperhatikan sahaja oleh izzati.
" okay 1, 2 go start!"
Ewahh, gaya macam pengarah filem pula si fasha ni?
"kau tau kan hujung kedai baju Uniqlo bersebelahan dengan H&M?"
" ouh yang tu, pastu? "
"Aku nampak sorang mamat ni dengan sorang perempuan?"
"dah tu ape kene mengena dengan aku? "
acuh tak acuh sahaja terus bibir izzati dikemam 'spoile betul lah minah ni' izzati merungut dalam hati.
"Sabarlah belum lagi habis kau dah potong?"
"ni aku malas nak cerita dekat kau!"
terus bibirnya dimuncung sedepa dah boleh buat gantung baju fasha yang berlambak itu kepalanya juga ditoleh ketempat lain tanda merajuk dengan rakan baiknya Fasha.
"Alololololo...atotototoo....cik intan payung saya ni meh pandang sini."
pipi Izzati di gomol - gomol senang jer nak pujuk hati gula - gula kapas kawan baiknya itu kerasnya sekejap sahaja bila dilemparkan manisan cairlahh ia bukan seperti dirinya lempar berapa banyak gula atau manisan sekalipun tetap batu sekeras dinding konkrit takpun tembok china yang belum tentu dapat dirempuhnya.
" lepasni kau jangan nak potong - potong yer bila aku cerita just angguk geleng jer!"
" Hahahaha okay, okay, aku just angguk dengan geleng jer. "
kedua sahabat itu gelak antara satu sama lain.
"okay aku sambung part aku nampak sorang lelaki dengan sorang perempuan."
kepala fasha hanya mengangguk sahaja mengikut arahan Izzati tadi.
" kau nak tahu siapa lelaki tu yang aku sebut kan? "
Izzati merenung tepat pada biji mata guli Fasha.
"siapa laki tu? "
keningnya diangkat tapi Izzati tidak memberi respon
"cepatlah siapa lelaki yang kau nampak tu? "
Hatinya sudah mencuriga sesuatu membuatkan jantung memberi tindakan refleks terus berdegup kencang dan kapilari darah menyerbu seluruh anggota debaran dada turut terpancar kalau pakai teleskop mesti jelas sekali.
Mata fasha hanya memerhati gerak geri tangan Izzati yang tengah mengeluarkan sesuatu dari tas tangannya.
"Mesti kau tahu kan siapa laki ni dalam handphone aku?"
berderau darahnya seluruh anggotanya secara tindakan refleks mata helangnya terus membulat apabila melihat aksi - aksi romantik sekejap memimpin tangan sekejap agenda berpelukkan yang ditangkap oleh Izzati.
Share this novel