Jus oren dihidang oleh Bik Salmah satu - persatu air itu dituang pada setiap gelas. Masing - masing memerhatikan sahaja gerak - gerinya tapi bukanlah perbuatan tukang gaji itu yang menarik perhatian mereka tetapi jus oren itu membuatkan tekak mereka terliur dan kering pada waktu tengahari ini.
"Jemput minum Dato, Datin, Puan, Tuan Daniel, Cik Aqilah"
Mereka hanya menganggukkan sahaja lalu bibik salmah terus meluru ke dapur untuk menyambung mengurus kerjanya semula.
"Dato, Datin tujuan saya datang ke mari untuk membincang hal anak - anak kita."
Sambil tersengih - sengih menayangkan barisan giginya.
"saya tahu perkara ini sepatutnya ibu bapa tidak patut masuk campur hal ini terlebih dahulu tapi tahulah kan si Aqilah ini satu - satunya anak tunggal saya"
"tidak salah bukan saya menitik hal berat pasal anak saya?"
Tutur Puan Zaitun dengan penuh berhemah takut tersalah kata tergigit lidah jawabnya.
"Ouh, baguslah begitu dan tidak salah pun kita sebagai ibu bapa hendak mengaturnya."
"tapi selebih baiknya anak - anak patut mematuhi kita walaupun ini majlis pernikahan mereka."
Dato Aryan memberi kata putus manakala Puan Zaitun terangguk - angguk tanda setuju sambil tersenyum - senyum terasa bangga mahu sahaja mendabik dada berdiri megah menyanyikan lagu negara biasalah seorang ibu ingin melakukan sebaik yang mungkin untuk anak - anaknya lagi - lagi anaknya adalah sorang anak tunggal.
"saya dan killah dah bincang pasal majlis persepsi kami rasa majlis itu hanya sekadar ringkas sahaja petang nikah malam pula bersanding cuma satu hari saja."
"jimatlah masa dan tenaga"
"yang itu umi setuju apa yang Danie dan Aqilah bincangkan tidak perlulah kita jemput ramai tetamu hanya sekadar sedara - mara dan jiran tetangga."
Daniel mencelah disitu terus Datin Rozie mempersetujui kata - kata anak tunggal terunanya tanpa ada balahannya ialah dia pun seorang ibu perlulah bersikap beribawa setiap cadangan dan perbincangan mesti dia akan sokong dengan anaknya tetapi tidak pula pada sebelah pihak.
Cepat - cepat Puan Zaitun menyampuk jika Datin Rozie terus menerus memberi idea semestinya Dato Tuan Aryan akan mempersetujui setiap kata - katanya.
"Tapi Datin yang inikan majlis perkahwinan anak kita anak tunggal pula tu tak kan kita nak buat ala kadar sahaja lagipun majlis ini sekali seumur hidup dan Dato, Datin orang ternama mesti mereka kena tahu yang Daniel berkahwin dengan Aqilah nanti apa pula orang kata?"
Mata Datin Rozie sudah mengecil tidak tahu mengapa rasa sesak pula di dada 'sebal'
"Mak, killah tak kisah pun tentang majlis itu yang penting akad nikah."
Mata Puan Zaitun sudah melirik - lirik terus tunduk dan terdiam Aqilah dibuatnya tahulah jika dia bersuara mesti mak nya akan membantah setiap perbicaraannya.
"saya sebenarnya tidak kisah pun atucara majlis perkahwinan tu cuma saya ikut jer si Aqilah ini tapi Aqilah dah kata dia hanya mahu ringkas sahaja tapi ada benar juga kata mak aqilah tu."
Daniel mengakui kata - kata Puan Zaitun buat apa dia perlu sorokkan majlis perkahwinan ini pada orang ramai jika dia dengan Aqilah sudah sah nanti apalah kata orang semestinya akan timbul fitnah 'mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut manusia belum tentu boleh' fikiran anak muda seperti Tuan Daniel Ariffin betul - betul menyejuk jiwa sanubari terlalu positif sehinggakan hal negatif dia menangkis begitu sahaja.
"saya pun setuju dengan kata - kata Puan Zaitun apa yang terbaik kami ikut sahaja."
Kata Dato Tuan Aryan sebenarnya dia tidak kisah pun janji majlis perkahwinan anak dan bakal menantunya berjalan dengan lancar.
"dah kita terlanjur bercakap hal perkahwinan si Daniel dan Aqilah ni berapa harga hantarannya senang nanti kita nak prepare apa yang patutkan? "
Tanya Datin Rozie pula
"yang itulah saya tunggu - tunggukan."
Puan Zaitun sudah tersipu - sipu malu macam dia pula hendak bernikah nanti ikutkan hati si Aqilah dia tidak mahu emaknya masuk campur hal peribadinya dengan Daniel tapi kalau emaknya sudah berkata 'A' maka 'A' lah dia turutkan tidak mahu menjadi anak derhaka katanya ialah 'syurga di bawah tapak kaki ibu' sebagai anak dia harus mematuhi setiap kata - kata ibunya.
"Tidak besar mana pun nilainya cuma
RM100,000 jer"
Kata Puan Zaitun sambil mencapai segelas jus oren lalu meneguknya.
"HA, RM100, 000!"
Mendengar sahaja wang nilai ringgit itu disebut hampir tersembul biji mata Datin Rozie lain pula Dato Tuan Aryan dan Tuan Daniel hanya tenang sahaja mendengarnya manakala Aqilah sudah tunduk merenung lantai mozek di lubuk jiwa kecilnya sudah tertusuk.
"Dato, Datin kena ingat anak saya ni berpendidikan pangkat PhD dalam perakaunan penat - penat saya didik dia menjadi insan berguna mustahil harga hantaran biasa - biasa sahaja?"
"Mak....."
Aqilah sudah mengeluh tidak tahu dan bagaimana lagi dia ingin berkata sebelum ini sudah dibincangkan dengan emaknya dan maknya pun sudah bersetuju hanya
RM35, 000 sahaja harga hantaran tiba - tiba lain pula jadinya wajahnya sudah bertukar merah padam terlalu malu sangat sikap emaknya yang melebih - lebihnya itu.
"iyer saya tahu Puan Zaitun yang Aqilah ni memang ada pendidikan lagi - lagi PhD tapi tak kan sebanyak tu?"
Tanya Datin Rozie sambil mengerutkan dahinya dia betul - betul tidak faham sikap manusia dihadapannya itu.
"keputusan saya muktamad dan tak banyak mana pun nilai RM100, 000 tak kan lah orang macam Dato, Datin tidak mampu dengan nilai hantaran yang saya minta?"
"kalau ikutkan hasrat ni lebih tinggi dari nilai itu ialah bukan senang nak lepaskan anak dari tanggungan orang lain lagi - lagi Aqilah ini anak tunggal saya!"
Datin Rozie sudah tersenyum sinis, dari mula lagi dia tidak berkenan apa yang dikatakan oleh Puan Zaitun tidak tahulah kenapa hatinya tidak sedap hal perkahwinan anak terunanya tapi disebabkan Daniel anak tungggal putera kesayangan terpaksa ikut keinginannya lagi - lagi dia akan mendapat menantu sebaik dan secantik Aqilah dalam hati sebenarnya dia betul - betul suka dan tertarik pada Aqilah yang bersifat sopan dan lemah lembut tapi itulah lain pula sikap maknya Puan Zaitun tidak ubah macam hantu! Dia kesian sangat dengan Aqilah yang terpaksa menurut kata - kata orang tuanya.
"Tapi Puan Zaitun anak - anak kita ini ingin mendirikan masjid bukan membisnes untuk menjual diri?"
"lagipun PhD tu tak masuk pun dalam alam rumah tangga bila Aqilah sudah menikah dengan Daniel bukan mengikut panduan selok belok PhD tetapi dengan agama dan...
"belajar tinggi - tinggi manapun tetap ke dapur juga kan?."
Panas sungguh panas punggungnya betul - betul tidak senang duduk mata Puan Zaitun sudah menjeling ketempat lain dia betul - betul panas dengan sindiran bakal besannya kalau dia bersuara hal perkahwinan anaknya dan menantunya ada sahaja orang tua itu tidak kena pada mata telinga serta mulutnya! Amboi sedapnya hati berbicara padahal dia lebih tua dari Datin Rozie. Huhh, orang tua tidak sedar diri!
"Errr takpa, takpa, hal yang ni kita berbicara kemudian hari so bila tarikh sesuai untuk majlis?"
Tanya Dato Arya yang sudah berpeluh pada dahinya dia bukan tidak tahu sikap baran isterinya walaupun nampak lembut dan penyayang tapi bila sudah menyalak semua orang pasti melayang 'uishh, parahh...'
Share this novel