Bab 34

Drama Series 5038

Bilik Ruangan Mayat

"MAMA!

"PAPA!

Fasharina berlari kearah ruangan bilik mayat Izzati di belakangnya turut mengejarnya dari belakang bukan mereka sahaja yang ada di hadapan ruangan bilik itu tetapi Dato Aryan, Datin Rozie, Haziem,Tuan Daniel, tunangnya dan mak mertua kesayangannya juga turut ada di situ.

"Fasha sayang....mari sini nak....."

Datin Rozie menuju kearah anak rakan baiknya dengan mendepangkan tangannya lalu memeluk erat tubuh gadis itu sambil mengucup umbun - umbunnya.

"Untie....papa dan mama Sha tak mati kan dia hidup lagi kan?"

"Betul kann untie Rozie?"

Fasharina menggoncang lengan Datin Rozie yang hanya diam dan menangis sahaja.

Allahuu..... sebaknya jiwanya bagai tercucuk onak duri apabila seorang anak kawan baiknya mengadu nasib kepadanya walaupun dia tidak mempunyai seorang anak perempuan tetapi dia seorang ibu kepada anak dan naluri ibu sangat - sangat memahami. Dia tidak dapat menjawab pertanyaan itu hanyalah bersaksikan air mata memberi jawapannya.

Tidak berapa lama kemudian muncul seorang doktor menghampiri mereka di tag nama sebelah kanan baju tertera bernama Roslan.

"Alhamdulillah jenazah Tengku Tan Sri Hisham dan Puan Sri Aida selesai menjalankan pembedahan siasat... Dalam siasatan kami jalankan tulang rusuk kanan Tan Sri Tengku Hisham tertusuk pada jantungnya dan tulang belakangnya mengalami kecerderaan yang serius manakala Puan Sri Aida mengalami gegaran pada kepalanya membuatkan pendarahan beku terkumpul.."

Terang Doktor bernama Roslan itu

"Allahuakhbar..."

Fasha hilang kata hilang bicara sungguh tidak percaya dengan qada dan qadar sekali lagi dia terduduk terkulai kayu di atas kerusi empat serangkai disitu

"Keluarga waris boleh mengambil pulang untuk menyelesaikan urusan jenazah.."

"Saya minta diri dulu dan saya mengucapkan salam takziah atas permegian beliau semoga arwah bersama orang - orang beriman..."

Doktor itu menunduk dan berlalu pergi dari situ...

***

Masing - masing diam hiba di dalam ruangan bilik mayat setapak demi setapak Fasharina menghampir jenazah terbujur mama dan papanya lalu menoleh kepada Izzati yang sedang mengetap bibirnya menahan sebak dan air matanya mula gugur satu - persatu.

"Mama..."

"Papa..."

Bergetar suaranya memanggil kedua orang tuanya

"Fasha datang ni...Fasha nak bawa pulang mama dengan papa..."

"Fasha gembira sangat hari ini papa mama pulang...Fasha dan Zatt dah siap - siap buat celebrate untuk mama dengan papa...Tapii......"

"Mama dan papa mungkir janji....."

Fasha menahan air matanya tumpah dari empangannya dia tidak mahu papa dan mamanya tahu dia sedang bersedih ketika ini kerana dia berjanji akan tersenyum dan gembira apabila papa dan mamanya sudah pulang tetapi apakah daya dia telah ditipu....

Fasharina merenung kosong tepat pada kedua wajah orang tuanya yang pucat lesi langsung tidak berdarah...bekas tuppaware berisikan lauk itu di genggam erat

"Walaupun Papa ingkar janji tetap Sha tunaikan hasrat papa yang papa minta Fasha masakan Ikan pari asam pedas ni Fasha bawak untuk papa?"

Fasha mengesat air matanya perlahan - lahan bibirnya mengorak manis masakan dihatinya sungguh pahit namun ditelan jua.

takpa.....papa, Fasha tolong makan untuk papa yer?"

Fasha membuka penutup bekas berisi nasi bersama ikan pari asam pedas sesuap demi sesuap di sua ke mulutnya.

"Ini demi papa... Fasharina tidak sesekali mungkir janji... Ini demi papa"

Datin Rozie menekup mulutnya tidak dapat menahan sebak melihat Fasha sebegitu ' Ya Allah... Hati ini terlalu pilu sangat melihat anak rakan baiknya menanggung sebegitu tolonglah hilangkan kesedihan dan memberikan kehadiran kebahagian kepadanya...' hatinya benar - benar merintih...

Di sudut tenggelam kelompok antara mereka disitu air mata jantannya tidak dapat menahan dari empangan hampir pecah terpaksa Daniel keluar berlalu pergi dari situ bukan malu kerana dia seorang lelaki mempunyai egois tetapi juga tidak sanggup melihat Pak Yah dan Ma sudah terbujur kejung tidur disitu bahkan hatinya sudah meronta menyaksikan kesakitan Fasharina apabila syurganya meninggalkannya buat selamanya.

"Zatt...."

Fasharina memanggil namanya... Izzati datang perlahan disampingnya

"Tolong kejutkan papa mama... Aku rindu sangat nak borak dengan diorang ...aku rindu nak peluk... Aku rindu nk dengar gelak tawa mama papa!"

"Zatt do something!"

"Fasha.....aku minta maaf.."

Zatt memeluk bahu sahabatnya cuba menenangkan perasaan Fasharina selama dia bersahabat dengan Fasha inilah kali pertama melihat kawan baiknya begitu terluka apabila kedua orang tuanya meninggalkannya secara tragis secara tiba - tiba... dia turut hilang kata - kata 'allahu'

Fasharina menuju kepada Datin Rozie lalu meraih dan menarik tangannya

"Untie....please kejutkan mama..."

" mama mesti dengar Untie panggil nama mama.."

"Untie kawan baik mama.."

Lalu tangan Dato Aryan diraih pula meminta untuk mengejutkan papanya tetapi Dato Aryan hanya berbalaskan air mata.

Perlahan - lahan Dato Aryan menghampiri jenazah Tan Sri Tengku Hisham lalu mengusap lembut rambut sahabat baiknya

"Allahu Hisham..."

"kesian aku lihat Fasha....dia rindu sangat nak bercakap, peluk, dengar suara kau tapi..."

Dato Tuan Aryan senyap seketika air matanya mengalir pada pipinya diseka matanya memandang sayu pada Fasharina sudah tersedu - sedan.

"tangkasnya masa kau pergi meninggalkan aku wahai sahabat....banyak lagi perkara aku mahu berkongsi cerita dengan kau tapi apakah daya allah lebih menyayangi mu....
aku pegang kata - kata janji kau sahabat aku pegang.."

"Tidurlah dengan tenang..."

Fasharina mengoncang bahu jenazah papanya kemudian mamanya pula..tangisannya semakin menggila sungguh tidak percaya dengan ujian ditimpa dia bagaikan orang kehilangan akal langsung tidak peduli persekitarannya Untie Rozie dan Izzati cuba menenangkannya tetapi langsung tidak berdaya kerana masing - masing juga menahan sebak mencengkam di dada

"Papa!"

"Mama!"

"tolong jangan tidur lama - lama...."

"Sampai hati tinggalkan Fasha....sampai hati jadikan Fasha anak yatim piatu!!"

"How Dare You!"

"Mana janji papa mana paaa....!"

"Mama please bangun Fasha nak makan masakan mama yang paling sedap kat dunia ni "

"Banyak lagi mama perlu ajar Sha masak sebab mama cakap Fasha boleh jadi tukang masak profesional setaraf mama..."

"Siapa nak temankan Fasha tidur masa hujan nanti...

" Allahu...Fasha sayang, mama dengan papa dah meninggal dunia nak..."

Datin Rozie puas memujuknya tetap tidak berjaya, Fasharina menggeleng - geleng kepalanya masih tidak percaya dan merima segala ketentuan -NYA.

"reda nak permegian mereka kesian mereka tengok Fasharina sedih macam ni...."

Untie Rozie mengelus lembut rambut ikal Fasharina yang sudah tersedu - sedan kepalanya terlentok pada bidang dada jenazah papanya dengan tertutup kain putih

"Fasha banyak dosa dengan papa sebab itu papa nak tinggalkan Sha...."

"Papa dah tak sayang Fasha...."

"Papa ampunkan Fasha...."

"Mama ampunkan Fasha..."

Fasharina mengucup milik tangan Tan Sri Tengku Hisham dan Puan Sri Aida berkali - kali, Izzati disampingnya hanya menangis melihat sahabat baiknya sudah hilang tentu arah sungguh pilu apa ditanggung oleh Fasharina jika kesedihan dilalui oleh sahabatnya boleh ditanggung dia mohon sangat ingin menanggung beban kesedihan dialami Fasharina.

"Allahu Fasha...."

"Jangan cakap macam ni..."

Izzati memeluk erat Fasharina

"Bang..... tolong lah saya tak sanggup tengok Fasha begini... Saya sedih bang..."

"Tolong buat sesuatu bang..."

Untie Rozie mengadu kepada suaminya Dato Aryan sambil mengelap tubir air matanya di hujung tudungnya.

Aqilah juga cuba menangkan keadaan Fasharina perlahan - lahan Dato Aryan menghampiri Fasharina

"Fasha.... bawa mengucap nak..."

"suratan takdir allah sudah tertulis di luh mahfuz-NYA"

"Sampai hati mama papa tinggalkan Fasha...."

"kenapa allah buat Fasha macam ni..?"

"Allahu.... Ujian allah perlu kita reda"

"tapi.... kenapa!"

Tiba - tiba pandangannya mula semakin kabur sekejap gelap sekejap samar - samar panggilan suara mereka juga sayup - sayup kedengaran sekelilingnya menjadi berputar dunia hendak terbalik ke?

*Gedebuk!

"Allahuakhbar....! Fasha..!"

Fasha hilang pertimbangan dunia mulai gelap

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience