Bab 22

Drama Series 5038

Pakaian - pakaian yang sudah terlipat di atas katil saiz king itu sudah tersusun rapi hanya tinggal hendak dimasukkan sahaja ke dalam luggage, terjengul satu kepala di sebalik bingkai pintu bilik membuatkan kerja Puan Sri Aida terhenti seketika apabila anak daranya terjengat di pintu

"mama.."

"betul ke keputusan mama dengan papa ni? "

Fasha melabuhkan duduk sebelah mamanya dengan berhadapan reaksi Puan Sri Aida hanya menjongket kening dan tersenyum.

"apa yang tidak betul? mama dan papa nak pergi umrah inikan salah satu kewajipan ke atas umatnya jika berkemampuan see kita mampu sangat - sangat lagipun dah 3 tahun tidak pergi rindu sangat nak kunjung
kaabah..."

Fasha hanya tersenyum kelat setelah mendengar respon dari mamanya entah kenapa sejak kebelakangan ini apabila papa dan mama memberitahunya bahawa mereka teringin sangat hendak pergi ke sana tetapi hatinya berasa tidak enak lagi - lagi esok mereka sudah berangkat ke sana.

"ma, tak boleh ke cancel?"

"Dah kenapa pulak ni sayang? "

"Ermmm, bukan ke lagi 7 bulan dah nak raya haji so apa kata time tu mama dan papa pergi ke sana then boleh tunaikan ibadah haji dan umrah sekali kan?"

Kedengaran suara papanya tiba - tiba mencelah perbualan anak beranak itu

"boleh sangat sayang tapi itulah kekangan masa lagipun orang macam kami dah tua patut kena perbanyakkan amalan ibadah takut tak tersempat nanti."

Dihujung kata - kata papanya hanya perlahan sahaja tetapi jiwa muda Fasharina entah kenapa tiba - tiba bergelora hati kecilnya betul - betul tidak mahu orang tuanya berangkat ke sana tapi apakah daya itukan kehendak mereka lagipun satu kewajipan yang patut ditunaikan bagi umat islam.

"papa,"

"mama,"

Masing - masing memandang anak tunggal suntinya, Fasha cuba memecahkan kesunyian mungkin dia terlalu sangat memikirkan hal negatif sehingga dia berfikir yang bukan - bukan lagipun papa dan mamanya bukan pergi berseronok tetapi hendak mengamalkan ibadah.

Cepat - cepat dia mengusir dalan kotak fikirannya mungkin cara ini juga dapat menyedapkan hati dan perasaannya.

"Jom makan?"

Fasha menarik kedua - dua tangan mereka terpaksa mereka turuti dengan sikap manja anak sunti mereka. Sampai sahaja di meja hidangan kelihatan ada nasi goreng paprik USA maka Tan Sri Tengku Hisham dan Puan Sri Aida menarik kerusi itu dengan serentak masing - masing seperti kelihatan teruja saat melihat hidangan tersebut.

"Fasha ke yang masak ke order food panda?"

"Ishh papa, ini semua air tangan fasha tau confirm bila papa dan mama rasa terus jatuh cinta dengan masakkan Tengku Nur Fasharina Binti Tan Sri Tengku Hisham"

Dihujung katanya dia ketawa kecil, dia pun tidak sangka dia boleh ada skill masak walaupun senduk, periuk dan sudip tunggang terbalik dia menggunakan semasa praktis di rumah izzati mujurlah ada makcik youtube yang sudi membantunya.

"macam mana sedap tak?"

"ermm, kurang pasti.."

"apa yang kurang pasti?"

"tu kat pinggan dah nak habis papa kerjakan tak kan lah tak marvelous masakan Fasha."

Nadanya tidak berpuas hati dengan jawapan Tan Sri Tengku Hisham terus terhambur ketawa orang tuanya itu.

"Chill, papa kidding je.."

"everthing your cook so marvelous but not yet level king laa of chef in the house"

"one day lahh, masakan Fasha confirm setaraf mama."

Sekali lagi gelak ketawa mereka dengan serentak, Puan Sri Aida tersenyum manis sambil menatap anak mata puterinya.

"anak mama dah boleh bina masjid"

Fasha hanya tersenyum sahaja

"but, not right now.."

"sekarang ni Fasha tak nak fikirkan hal yang lain cuma mama dan papa sahaja dalam fikiran sha..."

"so please stay with me?"

Mereka berdua hanya tersenyum penuh tersirat yang mungkin tidak dapat menunaikan permintaan anak tunggalnya mungkin ini kali terakhir dapat berkumpul dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran

'ya Allah kau pertemukan jodoh yang baik dan membimbing jalan yang benar untuk puteri tunggalku Tengku Nur Fasharina'

Hati kecilnya merintih...

****

Kuala Lumpur International Airport (KLIA),

Dua bag luggage dikeluarkann dalam bonet kereta tahulah hari ini Tan Sri Tengku Hisham dan Puan Sri Aida akan berangkat ke tanah suci dari tadi lengan Puan Sri Aida digenggam erat dengan puteri tunggalnya seakan - akan tidak mahu melepaskan.

"Tan Sri, Puan Sri dah sedia nak pergi?"

Tan Sri Tengku Hisham hanya mengangguk dan tersenyum melihat pak akob pemandu khas untuk dirinya dari hujung sana terlihat satu keluarga juga datang dekat kepada mereka Dato Aryan Shah dan Datin Rozie sambil melambai - lambai tangan.

"maaflah lambat jalan sesak penuh kereta"

"takpe, lagipun kami baru je sampai."

Penerbangan bermula pada pukul 2.00 petang lagi 15 minit akan bermula.Tan Sri Tengku Hisham melihat pergelangannya masa semakin suntuk tiba masanya dia mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.

"Dah tiba masanya kami berangkat ke kota masjidil haram..."

Dadanya mula sebak apabila papa dan mamanya mahu berangkat kesana pantasnya waktu berlalu rasanya dia belum puas bermanja - manja dengan kedua orang tuanya 'Fasharina please mereka akan pulang juga...' hatinya memujuk dirinya sendiri

"Akob, aku dah nak berangkat kau jaga anak aku ni dengan baik sayangkan dia macam mana aku sayangkan bagaikan menatang minyak yang penuh.. "

"Baiklah Tan Sri.."

Pak Akob hanya mengangguk sayu terasa hiba apabila majikannya berkata sedemikian sebelum ini tidak pernah lagi.

"Izzati, tolong nasihat Fasha yer nak... kalau dia salah atau tersasar jangan buang dia jangan hukum dia tapi tegurlah dia dengan cara baik.."

"Baik Uncle..Izzati dengar nasihat Uncle"

Tan Sri Tengku Hisham senyum dan menganggukkan kepalanya, Izzati mengetap bibirnya cuba menahan air empangan dari pecah tapi sebutir demi sebutir menitis pada pipinya terus dia mengesatnya lalu dia mengangguk perlahan - lahan.

Melihat anak puteri tunggalnya Tengku Nur Fasharina sudah tersedu - sedan langsung tidak mahu melihat wajah kedua orang tuanya.

"Fasha..."

Sedikit pun Fasha tidak menghiraukan panggilan papanya.

"papa dan mama dah nak pergi jaga diri baik - baik yer nak.."

"pa....

Suaranya menjadi serak basah setelah banyak menangis

"please pa jangan pergi tolong sangat, sangat..."

Fasha merayu meminta simpati kedua orang tuanya bahunya diusap lembut oleh Izzati rakan baiknya juga turut mengalirkan mata dia faham sangat apa yang dirasai oleh Fasha

"jangan risau papa dan mama tidak lama pun ke sana lepas 2 minggu papa dan mama balik sini."

"betul tu lagipun papa kamu tu bukannya pergi dengan mama jer dengan uncle dan untie juga jangan risau yer.."

Suasana semakin reda apabila Dato Tuan Aryan Shah dan Datin Rozie cuba memujuknya terpancar sedikit senyumannya tapi tidak ceria seperti sebelum ini jelas air mukanya keruh sungguh dia berat melepaskan mama dan papanya sebelum ini mama dan papa pergi outstation tidaklah dia kisah jejak kesini untuk melihat mereka berangkat pun tidak pernah ini kali pertama dia melihat kedua orang tuanya ke tanah suci.

"jangan risau yer sayang doakan kami pergi dan pulang dengan selamat."

Kata mamanya sekali lagi mereka berpeluk erat sebelum mereka berangkat kesana.
Semua melambai - lambai tangan kearah mereka yang sudah menaiki tangga pesawat tersebut Tan Sri Tengku Hisham duduk ditempat sebelah tingkap mahu melihat puteri kesayangannya sayu dia melihat entah kenapa dia juga turut rasakan terlalu pilu untuk meninggalkan anaknya perlahan - lahan pesawat itu naik ke udara terus pandangan bawah menjadi kecil dan hilang apabila kabus awan menutupinya.

'lindungilah anak ku ya allah... '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience