Bab 30

Drama Series 5038

"ASSALAMUALAIKUM DAN TERIMA KASIH CIKGU AQILAH!"

Bergema seluruh ruangan bilik darjah yang tidak seberapa luas tapi cukuplah 23 pelajar untuk belajar dengan selesa masing - masing mengemas buku dan alat tulis jarum panjang menunjukkan sudah pukul 10 malam waktu kelas tambahan sudah habis anak -anak muridnya semua mengucapkan terima kasih dan berkata jumpa lagi terbit senyuman manisnya melihat anak - anak buahnya menghargai setiap ajarannya.

Hanya tinggal kerusi, meja, kipas dan dia sahaja kini suasana yang riuh kembali menjadi sepi, Aqilah menyusun buku - buku yang senget - benget pelajarnya yang diminta hantar tadi dia puas dapat berbakti dan mendidik walaupun hanya cikgu matematik kelas tambahan sahaja bukan diruangan pejabat setiap pagi hingga ke petang hanya duduk berhadapan laptop kertas bertimbun - timbun lagi - lagi dia seorang akauntan perlu tengok nombor setiap hari boleh juling dibuatnya harapan dia menjadi pendidik tapi Puan Zaitun tidak berapa suka katanya cikgu ni tidak menjana masa depan gajinya terlalu sedikit yang bernama Aqilah tidak kisah semua itu yang dia mengharapkan dapat memuaskan setiap pelajarnya apa yang diajarnya kerana cikgu ibarat 'pelita hidup'

*Ting!

Abang ada kat bawah baru sampai
-Encik tunang-

Aqilah tersenyum ceria melihat text dari encik tunang yang sang pujaannya sudah sampai untuk mengambilnya

Okay, killa kemas - kemas jap nanti Killa turun
-Aqilah-

Aqilah tekan simbol send senyuman diwajahnya belum hilang lagi asyik lah teringat - ingat pada Encik tunangnya 'takpa sikit je lagi tinggal 1 bulan kau akan jadi isterinya nak hadap muka dia setiap hari pon boleh' Aqilah bermonolog sendiri sambil ketawa kecil

'gatal!'

Aqilah menyusun buku - buku itu dengan sepantas mungkin tas di atas meja disambar sebelum keluar dia memastikan bilik kelas tambahan itu bersih serta suiz lampu dan kipas ditutup

***
"Abang.. Terima kasih"
Bibir Daniel merekah sambil menjongket kening

"For what"

"Terima kasih sudi hantar Killah.."

"Dan maaf susahkan abang"

Aqilah melarikan anak matanya tidak sanggup lagi bertentang mata hazel cair itu bila - bila masa jantungnya boleh melompat keluar Daniel tertawa kecil menampakkan lesung pipitnya lagilah hatinya meronta tidak tahan melihat ketampanan Encik tunangnya.

'Alahai cairr..'

" Aqilah tak mintak pun ini abang sendiri nak ambik Killah so jangan rasa diri tu bersalah iyer? by the way selepas kahwin ini sebahagian tanggungjawab abang untuk memastikan bakal isteri abang ini selamat abang practice awal - awal senang nanti."

Daniel mengeyit matanya wajahnya terus menjadi meram padam terasa bahang seluruh muka rasa macam nak buka tingkap dan menjerit macam orang gila yang dia bertuah memiliki 'Tuan Daniel'

Aqilah masih terbuai melihat kekasihnya yang sedang menyanyi kecil Aqilah ketawa kecil melihat Daniel yang sedang melayan radio semua persiapan perkahwinan mereka sudah selesai tinggal esok sahaja dia dan Daniel pergi ambil kad undangan perkahwinan mereka tak sabar nak sebarkan kepada rakan - rakan, saudara - maranya dan orang - orang kampung bibir jongket itu tersenyum sambil melihat cincin tunangnya lalu diusap dengan lembut

Setibanya sampai ke destinasi Aqilah keluar dengan berhati - hati Daniel juga turut keluar dari perut kereta.

"Abang terima kasih sekali lagi"

"Sama - sama kasih"

Daniel membalas sambil tersenyum

"Abang, Killah ikhlas terima abang dengan seadanya.."

"Killah cintakan abang"

Terus Aqilah pusing dan mengorak langkah laju tidak mahu melihat Encik tunang dia betul - betul malu tak sangka boleh terkeluar dari mulutnya Daniel hanya memerhatikan gerak langkah tunangnya sehingga hilang dari pandangannya

"Maafkan abang, harap abang boleh balas ucapan Killah.."

Tayar BMW 5 Series berdencit terus hilang dari perkarangan rumah.

***
Siang tadi dia dapat panggilan daripada papa lusa mama dan papa balik tidak sabar hendak meraikan kedatangan orang tuanya memandangkan esok hari sabtu dia dan Izzati mahu keluar mencari barang dia harus buat yang terbaik untuk mama dan papa dan lagi satu hari isnin ni mungkin papanya masuk semula Immortal Holding bermakna Tuan Daniel a.k.a mamat poyo akan hilang dari radarnya buat selama - lamanya yeayyyy Tengku Nur Fasharina akan bebas dari penyeksaan selama 2 minggu macam 20 tahun lamanya masa tu tidak perlu serabut fikirkan tentang mamat poyo itu lagi!

Fasharina merenung ke luar tingkap matanya jauh melayang nun jauh disana tapi fikirannya melayang entah kemana membuatkan tragedi kelmarin antara dia dan bos sementaranya masih terngiyang - ngiyang dan bermain di ruangan kepalanya tangannya pula tiba - tiba meraba pada dahinya yang masih ditampal plaster minion comel

*Imbas kembali chapter 29

Cafe Starbucks

Green tea frappucino 1 shot dan Ice caramel machhiato extra caramel drizzed upside down diletakkan atas meja lalu kerusi dihadapannya ditarik barulah punggungnya melabuhkan diatasnya.

"Thanks.."

Fasha mengangkat airnya tanda terima kasih Daniel hanya membalas dengan kening kedua - duanya terjongket.

Mereka hanya membisu masing - masing masih janggal untuk memulakan perbualan tidak sebelum ini hanya pergaduhan mencetuskan perbualan mereka langsung tidak terduga, anak mata mereka terpaut tanpa sengaja cepat - cepat anak mata masing - masing melarikan diri hanya menyepi menikmati hidangan di atas meja.

***

Mereka berdua masih menikus mendiamkan diri jari - jemari runcingnya menari - nari di atas stereng tanda mahu mengatakan sesuatu Daniel mencuri pandang anak mata helang Fasharina yang terbuai memandang ke luar tingkap.

"Aku tak suka kau panggil Haziem...abang"

Fasharina menoleh kepalanya memandang kejap wajah berlagak tenang Tuan Daniel sambil mengerutkan dahi.

"kenapa pula?"

Tanya dia dengan nada tidak puas hati

"Kalau aku kata aku tak suka jawapan dia tetap sama tak suka"

Daniel mengerling matanya hanya tertumpu fokus kehadapan

"Tak silap I tunang you yang acah - acah alim yang bertutp litup tu siapa eh?"

"Aqilah"

Mendatar sahaja jawapannya mula lah tu si bongkak ini mencari pasal Daniel mula tidak senang duduk

"ouhh yaa Aqilah, tak silap I dia pon panggil Haziem abang kan?"

"Depan you pulak tu langsung tak jaga hati perasaan you kalau I dah jealous bila tunang sendiri panggil title 'abang' kat orang lain tapi you still berlagak cool ke you memang sendiri takda perasaan atau perempuan berlagak alim tu cuba nak goda....and you pula pura - pura tak tahu"

Fasharina tersenyum mengejek tangan kedua - duanya di silang ke dada mata helangnya menjeling keluar tingkap

"Fasharina jangan nak libatkan orang lain dan jangan tuduh dia macam - macam!"

Daniel mengeraskan nadanya bila - bila masa amarahnya terhambur cukup pantang sekali apabila ada orang cuba memburuk - burukkan tunangnya.

"so.... Tiada masalah pon I panggil Haziem abang ke sayang or baby? Setahu I dari dulu lagi memang I panggil dia abang tak kan nak panggil you abang lain lah you punya tunang mungkin dia takda langsung rasa malu harap bertutup tapi....

" Fasharina!"

"kenapa marah? rasa tercabar?"

"FASHARINA...AKU KATA STOP IT!"

"SIAPA YANG CARI PASAL DULU YOU KE I?"

Pancuan empat roda itu berdecit break kereta itu dipijak secara mengejut membuatkan Fasha terdorong ke hadapan kepalanya pula terhantuk pada dashboard kereta tak pasal - pasal dahinya tidak bersalah terbabit sama.

"Auchhh..."

Fasharina memegang dahinya terasa ada sedikit cecair merah pada hujung jarinya bibirnya terketar - ketar dia hampir pitam cecair merah itu pernah membuatkan dia trauma 14 tahun yang lalu

"ppp...pp...please hel..lp meee.."

Tangisan Fasharina memecahkan kesunyian dia menangis semahu - mahunya seperti hilang akal membuatkan Tuan Daniel menjadi panik tiba - tiba.

Hey, I'm sorry..."

Tangisan semakin kuat Daniel buntu tidak tahu buat apa tanpa berfikir lagi kedua - dua tangan mulus Fasharina diraih dan mengelus dengan lembut lalu mengucup lama tangan itu

"hey look at me?"

"Aku minta maaf aku tak berniat nak sakitkan hati kau aku tak tahu kenapa hati aku sakit bila kau panggil haziem abang"

Lidah terpaksa jujur cemburu didada mencengkam hebat cuma dia tidak pasti perasaannya kali ini

Pipi mulus lencun dengan air mata di cengkam dengam lembut anak mata helang tajam memandang tepat ke anak mata hazel cair entah kenapa dia semakin damai dia tidak boleh nak tipu dengan diri sendiri dia tenang bila lelaki ini berada di sampingnya..

"Abang danie...."

Fasha masih tersedu - sedan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience