Chapter 6

Romance Completed 29055

"Are you serious!!" Jerit Shaira sehingga membuatkan beberapa pengunjung di library ketika itu memandang kami kehairanan.

"Kau ni dah kenapa?!" Marah Aulia. Malu dengan sikap sahabatnya itu.

"Okey2, sorry2.. aku bukan apa, aku terkejut sangat ni! Kau biar betul mamat tu muncul lagi?!" Soal Shaira.

"Aku cerita kat kau apa tadi? Cuba jangan tanya aku banyak kali. Aku dah la tengah bengang ni!" Balas Aulia marah. Bukan marah dekat Shaira sebenarnya, tapi marah dengan apa yang dah jadi tadi. 'Kenapalah aku bodoh sangat pergi ikut cakap mamat tuh!' Bentak Aulia bengang.

"Alahai, jangan la marah, Nuha . Ok2, aku tak tanya ulang2 dah. So, sekarang ni kau nak buat apa? Yelah, maksud aku, kereta kau dengan dia, dah sah2 la yang kau kena menghadap dia jugak kan?" Komen Shaira. Kesian dia melihat sahabatnya ni. Tak pasal2 menghadap masalah pula, dengan lelaki mereng pulak tuh! Haa, bukan aku yang cakap, Nuha yang gelarkan!

"Entahlah Shaira, aku pun dah tak tau nak buat macam mana. Kalau ayah aku tau ni, mati la aku!" Jawab Aulia penuh kerisauan. Macam mana hendak diberitahu kepada ayahnya, Encik Sham? Mesti bertubi2 soalan yang keluar dari mulut ayahnya.

"Kau tolong aku boleh??" Pinta Aulia kepada sahabatnya. Hanya ini cara yang boleh difikirkan oleh Aulia ketika ini.

"Apa dia?" Soal Shaira kepada Aulia. Berkerut dahinya memandang Aulia.

"Kau terangkan kat ayah aku, boleh tak?" Minta Aulia penuh pengharapan.

"Laa, Nuha oi.. takkan aku pulak yang nak kena terang kat ayah kau?? Dah sah2 la kereta tu kau punya. Yang langgar pun kereta kau dan kau yang ada dengan dia. Takkan aku pulak nak terangkan. Confirm nanti Uncle Syam tak percaya cerita aku la sayang oi!" Ujar Shaira dengan semangat. 'Aulia! Aulia! Sabar jela ye!' Doa Shaira didalam hati.

Harapannya hancur! So Aulia! Get ready la untuk the long explanation! Hurm..

***

Idlan Syahid POV

Aku memandu kereta ferrari kesayangan keluar dari kawasan kelab. Aku menyibukkan diri aku dengan lepak di kelab dari malam semalam hingga ke hari ini. Dalam keadaan yang agak mabuk, aku memandu kereta ferrari untuk pulang ke rumah.

Entah mana silapnya, aku terlanggar kereta dihadapanku. Disebabkan keadaan aku yang agak mabuk menyukarkan aku untuk menekan brek kereta dengan segera. Sehingga akhirnya..

Bam!

Cermin tingkap kereta diturunkan setelah ketukan diberikan dari luar cermin tingkap.

"Awak??!".

Ya! Gadis itu! Gadis yang aku langgar tempoh hari. Kelu. Kaku. Namun, aku masih sempat memberikan senyuman. Senyuman yang cukup menawan untuk gadis itu!

Entah kenapa hati aku berdebar saat aku melihat wajah gadis dihadapan aku. Tidak dapat aku bayangkan betapa gembiranya aku tatkala melihat gadis yang ku langgar merupakan gadis tempoh hari.

Senyumannya, wajahnya, gerak gayanya, semua itu membuatkan aku berdebar. Seperti saat aku bertemu arwah tunang aku beberapa tahun lepas. Aku seperti merasakan dia adalah gadis yang hadir untuk aku kali ini. Mengisi ruang hati aku yang kekosongan.

"Awak ni kenapa hah?! Tak boleh ke kalau tak ganggu hidup saya?!" Sergah Aulia kepada pemandu kereta ferrari, AKU!

Lamunan aku terhenti. Aku melihat setiap bait tutur katanya. Manis tetapi menusuk! 'Ah! Dah kenapa dengan aku ni'. Omel Idlan sendiri.

"Hello Miss! Dah masa bila pulak saya kacau hidup awak ni?!" Soal aku kepada gadis ini. Sejujurnya bukan aku sengaja nak mengusik gadis dihadapan aku ini, tetapi ada sesuatu yang membuatkan aku untuk sentiasa mendengar suaranya.

"Macamnilah encik..."

"Idlan.. Idlan Syahid". Sambut aku dengan gembira. Lantas aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan dia. Tapi, dia menolak huluran tangan aku! What the hell! Belum pernah sebelum ini perempuan yang menolak huluran tangan, pelukan atau ciuman aku. Dia!! Dia orang pertama yang menolak!

Interesting!

Aulia Nuha! Seindah wajahnya! Aku akan pastikan dia milik aku!

***

"Dah solat maghrib, Aulia?" Soal Encik Sham kepada Aulia. "Sudah ayah. Mengulang pun sudah". Jawab Aulia yakin kepada ayahnya. Kebiasaannya, Encik Sham akan sentiasa mengingatkan anak-anaknya tentang kewajipan solat. Sudah menjadi tanggungjawab Encik Syam sebagai ketua keluarga untuk mengingatkan ahli keluarganya menuju kepada mardatillah.

"Ayah... Aulia nak cakap sikit dengan ayah". Bicara Aulia sebagai pembuka cerita nya. Gugup. Itu yang dirasakannya saat ini. Macam2 perasaan dan tanggapan yang berlegar dikotak fikiran Aulia. Bimbang akan penerimaan ayahnya tentang apa yang telah berlaku petang tadi. Itu dah kira nasib ayahnya tidak bertanyakan hal ketiadaan kereta Myvi di garaj.

"Apa dia, Aulia?" Soal Encik Sham. Menanti bicara lanjut dari anak gadisnya.

"Aulia mohon ayah jangan marah ye..". Pinta Aulia dengan nada sedih.

"Kenapa Aulia? Ade apa2 yang berlaku ke?" Soal Encik Syam tidak sabar.

"Sebenarnya... kereta Aulia... kereta Aulia... hurm.. kereta.." tergagap2 Aulia menuturkan bicara. Matanya tidak lepas dari memandang wajah ayahnya yang tegas itu. Aulia menarik nafas lalu dengan sekali ucap, "Kereta masuk hospital, ayah. Ada orang langgar petang tadi". Lantas menghembuskan nafas yang berat. Terasa seperti beban di bahunya sudah lucut.

Encik Syam memandang Aulia dengan pandangan tajam. 'Ah! Ni yang aku lemah ni. Mesti ayah nak marah aku la ni'. Omel Aulia didalam hati.

"Siapa yang langgar kamu?". Soalan pertama yang keluar dari mulut ayah setelah lama menyepi.

"Orang gila!" Jawab Aulia.

"Hah? Siapa?!" Soal Encik Syam terkejut.

"Ehh.. bukan.. bukan. Bukan orang gila. Hurm, Aulia tak kenal dia, tapi dia ada bagi kad dia pada Aulia. Katanya dia bayar ganti rugi dan duit repair kereta." Jawab Aulia laju seraya menghulurkan kad Idlan kepada Encik Syam.

"Hurm, nasib la CEO yang langgar kamu. Sekelip mata boleh bayar". Komen Encik Sham sambil tersengih menampakkan giginya. 'Itu lawak ke ape??' Soal Aulia didalam hati.

"Kamu call dia suruh dia datang jumpa ayah. Ayah nak pastikan yang dia ni tak menipu. Lain kali ingat! Jadi apa2, kamu sepatutnya call ayah atau ibu dulu! Jangan buat keputusan sesuka hati. Kita tak tahu dia tu betul2 baik ataupun tidak!". Bebel Encik Syam kepada Aulia. Puan Hawa yang sedari tadi asyik menjadi pemerhati turut meluahkan rasa tidak puas hatinya.

"Betul tu Aulia! Kalau jadi apa2 pada kamu, macam mana? Ayah dan ibu yang susah. Ingat tu, jangan sesekali buat keputusan tanpa berbincang dengan ibu dan ayah! Ibu tak suka lah macam ni, buat hati ibu risau aja!". Puan Hawa pula memberi nasihat.

"Ye ibu, ayah! Aulia janji lepas ni Aulia takkan ulang perkara macamtu lagi. Maafkan Aulia ye ibu, ayah". Mohon Aulia sambil memegang tangan Puan Hawa dan Encik Syam.

"Yelah, kami maafkan. Tapi ingat ye. Jangan diulang lagi". Ulang Puan Hawa. Aulia mengangguk sambil tersenyum.

"Jangan lupa call lelaki ni. Ayah nak jumpa esok!". Sudahi Encik Syam lalu bangun menuju ke bilik tidur.

***

"Nak call ke taknak?? Tapi ayah suruh aku call dia! Tapi aku taknak la dengar suara mamat mereng ni!" Bebel Aulia didalam bilik. "Nak buat macam mane ni! Ish! Payah la! Aku ni pun satu! Cari lagi masalah, padan muka!" Aulia menepuk dahi nya.

Entah kali yang ke berapa dia memandang henset ASUS nya, kemudian memandang business card Idlan. Hatinya meronta2 supaya saat ini hanyalah mimpi bagi Aulia.

"Ah! Lagi cepat aku call, lagi cepat aku cakap dengan mamat mereng tuh! Kalau lambat, silap haribulan aku yang mereng!". Bicara Aulia membuat perhitungan.

"Call jelah Aulia oi! Bismillah!". Aulia menekan punat hensetnya.

Tet! Tet!

Bunyi talian sedang disambungkan.

Seketika kemudian,

"Hello! Who's there?"

Satu suara garau memecah gegendang telinga Aulia.

Gulp!

Okey! Ni bukan mimpi ye Aulia Nuha! Aulia merasakan saat ini, ingin sahaja dia menikam2 dirinya disebabkan kebodohannya!

"Hello! Nak cakap dengan siapa?"

Sepi! 'Apa yang patut aku jawab ni??' Gumam Aulia didalam hati.

"Aulia, right?"

Suara dihujung talian membuatkan Aulia ternganga. Ingin sahaja dia lari dari menghadapi situasi ini! Kedengaran gelak tawa Idlan dihujung talian. Sweet! Itu yang bermain di fikiran Aulia saat ini. 'What?! Kau dah kenapa Aulia!' Bentak Aulia didalam hati.

"Aulia, are you still there? Nak cakap ke tak ni? Ke you saja nak dengar suara I?"

"Ah..erm.. ah so..sorry! Sebenarnya saya nak bagitau yang my dad nak jumpa Encik Idlan tomorrow at my house".

Ucap Aulia seraya melepaskan keluhan berat.

"Oh, wow! Erm, untuk apa ye Miss Aulia?"

Soal Idlan penuh kelembutan. Saat ini Aulia merasakan seperti melayang2 dek suara Idlan yang garau tapi penuh macho! Oho! 'Kau dah kenapa Aulia!? Astaghfirullah!' Geleng Aulia laju membuang hasutan syaitan yang bersarang di kotak fikirannya.

"Macamnilah Encik Idlan ye, ayah saya mintak Encik Idlan datang rumah saya esok. Saya kurang pasti kenapa yang pasti saya sudah turutkan arahan ayah saya. So, kejap lagi saya akan hantar alamat rumah saya kepada Encik Idlan. Apa2 pertanyaan, esok jelah ye."

Terang Aulia panjang lebar.

Okey dear. I tunggu alamatnya ye! Haha..

Kedengaran gelak tawa Idlan dicorong telefon.

'Suka pulak kau ya!' Omel Aulia didalam hati. Sebelum sempat Idlan meneruskan perbualan, Aulia dengan pantas memutuskan talian. 'Ha! Padan muka kau! Nak menggatal ye! Salah orang la!'. Rungut Aulia.

***

Idlan Syahid POV

Idlan sedang leka menonton rancangan kegemarannya apabila terganggu dengan bunyi deringan telefon. Dicapai telefon SAMSUNG yang terletak di tepi meja, tanpa melihat nama yang tertera di skrin, Idlan terus menjawab panggilan.

"Hello darling! Where are you?? I miss u tau tak! Nape I call tak angkat?"

Shit! Damn!

Apa pasal la aku tak tengok dulu siapa yang call ni! Marah Idlan didalam hati setelah mengetahui gerangan yang menelefonnya.

"Hye babe! Sorry la.. I busy lately ni. You pun tau kan, I have a lot things to do." Pujuk Idlan.

Melise. Berkenalan pada tahun lepas. Cantik. Memang aku tak nafikan. Kami berkenalan di sebuah kelab malam. Mulanya aku cuma nak jadikan dia sebagai teman minum aku. Tapi, lama kelamaan hubungan aku dan dia menjadi lebih dari teman minum. Melise memang pandai memujuk rayu aku membuatkan aku cair dalam dakapannya. Dia merupakan sekretari di sebuah syarikat penerbangan. Hubungan aku dan dia berlarutan tak sampai setahun. Kami mula renggang disebabkan dia mempunyai skandal dengan bos nya sendiri. And now, kembali ke pangkuan aku! Hidup aku cuma untuk seronok. Tak pernah sedikit pun aku fikir akan dosa pahala. Bergelumang dengan perempuan sana sini, dah menjadi makanan harian aku. Perempuan semua sama sahaja! Sanggup gadai maruah diorang semata2 nak hidup dengan aku. And aku? Terus memujuk rayu, memberi kata cinta palsu yang takkan ada akhirnya!

"You! Dengar tak apa yang I cakap tadi ni? You mengelamun, eh?" Bila kita nak jumpa ni? I miss u ni.. lama dah I tak rasa pelukan you!".

Thats it! Goal! Simple like ABC..

"Kalau you dah rindu sangat nak I peluk, come to me darling! Come to my house. I akan bagi everything yang you nak sayang!"
Jawab Idlan penuh menggoda.

Sesungguhnya inilah Idlan Syahid. Idlan yang tidak mengenal dosa pahala. Idlan memutuskan talian henset nya setelah memberi kata putus pada Melise. Idlan memandang siling. Tersenyum gembira membayangkan apa yang akan dia perolehi esok dengan Melise. Senyuman tak lekang dari bibirnya sehingga menampakkan kedua2 lesung pipit nya. Sedang asyik Idlan mengembara, henset Idlan berbunyi. Kali ini dia memastikan dahulu nama yang tertera di skrin hensetnya.

Pelik! Nombor yang tidak dikenali.
'Siapa pulak ni kacau aku tengah syok2 ni!' Rungut Idlan.

"Hello! Who's there?".
Sunyi... Pelik nya! Siapa pulak yang call tapi taknak cakap ni?! Bentak Idlan.

"Hello! Nak cakap dengan siapa?".
Still sunyi. Wait! Kenapa aku rasa macam....

"Aulia, right?".
Tu dia! Aku menang! Akhirnya dia call jugak aku! Yahooo! Suara yang aku tunggu2. Suara yang aku harap dapat mengisi malam aku. 'Ceh! Melise tu macam mana pulak? Tadi bukan main lagi!' Ah! Persetankan Melise tu. Sekarang aku dah dapat ape yang aku nak. Belum lagi, tapi hampir dapat!

Memang aku sengaja bagi suara aku yang merdu ni biar dia tak tidur malam! Hahaha.. Aku suka buat hati perempuan tergoda dan akhirnya jatuh ke tangan aku! Walaupun aku tak pasti tentang Aulia, yang aku pasti dia akan terpedaya dengan godaan aku spenuhnya!

Wait!

What?!

Shit!

Dah kenapa aku kena jumpa bapak dia pulak?! Arghhh! Dia ingat ni kes nak jumpa menantu ke? Belum lagi la pak oi! 'Ah, melebih2 pulak imaginasi aku ni'. Aku tak suka la ni nak melibatkan bapak segala. Arghh! Serabut otak aku! Lebih baik kau masuk tidur, Idlan!

Jam 3 pagi

"Maakk!!" Laung Idlan.
"Maakk!!" Laung Idlan lebih kuat. Idlan cuba menggenggan jari jemari Puan Mariah, erat!

"Maakk!! Jangan tinggal Idlan, maakkk!!"

Idlan terjaga dari tidurnya. Peluh basah memercik di dahinya. Nafasnya turun naik, sambil memejam mata, Idlan mengurut lembut belakang tengkuknya. Mimpi yang Idlan ingin lenyapkan, namun mimpi itu juga yang menjadi teman tidurnya. Idlan cuba untuk menyambung tidurnya semula. Cuba memejam rapat matanya dan mengosongkan ruang fikirannya saat ini. Tidak lama setelah Idlan memejam rapat matanya, ada air hangat mengalir di pipinya..

"Mak! Idlan rindu mak!"

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience