Chapter 21

Romance Completed 29068

"Aku jumpa dia, Man". Ayat pertama yang keluar dari mulut Idlan. Azman memandang kawannya yang sedang duduk bersandar di kerusi. Dia meneliti raut wajah kawannya itu cuba menafsirkan maksud disebalik ayatnya.

Hari ini mereka berdua lepak di kedai kopi berhampiran rumahnya. Azman yang mengajak Idlan untuk lepak dengannya. Hari ini cuti, jadi mereka isi hujung minggu mereka dengan keluar mengambil angin. Idlan dilihatnya sugul.

"Hang jumpa siapa? Cuba hang mai habaq". Tanya Azman minta kepastian. Dia pelik melihat sikap kawannya itu. Selama 3 bulan yang lepas, Idlan sudah tidak mempamerkan raut wajah sugul itu. Tetapi hari ini, wajah sugul itu muncul kembali terhias di wajahnya. Pasti ada sesuatu yang tidak kena.

"Aulia Nuha".

Sebaris nama yang cukup membuatkan hati Idlan kembali berdebar. Azman memandang kawannya lama. Nama itu seakan pernah didengar tapi dia lupa dimana. Lama Azman cuba mengingati sehingga akhirnya dia dapat menangkap siapa empunya nama itu.

"Hang jumpa dia? Kat mana? Hangpa gaduh ka? Atau, dia tak mau jumpa hang tu pasai hang jadi lagu ni?". Soal Azman sambil jarinya dihala kearah Idlan. Idlan memandang Azman dengan pandangan kosong. Dihela nafas yang berat.

"Semalam, kat seminar. Dia antara ramai2 yang hadir. Aku nampak dia and I'm pretty sure dia pun nampak aku". Ujar Idlan sambil menghirup kopi didalam cawannya. Azman mengangguk faham. Dia memandang Idlan yang sedang muram.

"Oh, jadi hang tegur dia tak?"

Idlan menggelengkan kepala. Azman menghela nafas berat. Dia sendiri tiada idea untuk memberi komen. Azman faham perasaan yang cuba Idlan tahan. Mana ada orang yang sanggup menyimpan cinta tanpa ada balasan. Dia kemaruk cinta tapi hanya mampu disimpan jauh dilubuk hati. Dia tahu cintanya tak mungkin berbalas. Kalau orang lain, mungkin tak akan tahan dan terus melupakan. Tetapi berbeza dengan kawannya, Idlan.

"Dia taknak jumpa aku. Aku pun taknak naikkan kebencian dia. Dia dah la tak suka aku, takut bila aku tegur nanti, lagi lah dia benci. Tak pasal2 dia ingat aku yang stalker dia". Idlan menghela nafas. "Kalau ikut hati aku, dah lama aku tegur. Hurm.." Idlan mengeluh. Dia cuba bersabar dan terus bersabar.

Azman senyum. Dia simpati dengan kawannya ini. Dia berharap satu hari nanti, Aulia akan menjadi milik nya. Ameen!

"Wey, jomlah balik. Lama dah kita lepak ni. Kejap lagi kau kan nak hantar mak kau. Jomlah!" Ajak Idlan. Dikerling jam ditangan, 11.40 pagi. Dia segera bangun dan membuat pembayaran. Azman pula berlalu ke tempat parkir. Setelah membuat pembayaran, Idlan menuju ke kereta. Mereka bersalaman sebelum masuk ke kereta masing2.

Sedang asyik Idlan memandu, henset nya berbunyi tanda ada mesej masuk. Dia menghiraukan dahulu sementelah dia sedang memandu. Idlan memecut laju menuju ke rumah sewanya. Sampai sahaja dirumah, Idlan terus menghenyakkan punggung di sofa empuk. Dia membuka peti mesej.

Do you still remember me? Kenapa semua mesej I, you x balas? Beribu kali I call x pernah nak angkat! I still love u baby! U kat mana ha? I cari u merata tau! Plez baby, back to me. I really need u.
Melise

Dia baling henset keatas meja. 3 bulan dia berpindah membawa diri, 3 bulan jugalah Melise mencari dia. Setiap hari, ada sahaja mesej atau panggilan yang masuk. Cuba untuk memujuk Idlan kembali padanya. Semuanya berpunca pada satu mesej yang dihantar oleh Idlan.

We are officially break! Do not find me again!

Selepas mesej itu dihantar, berpuluh2 kali Melise membuat panggilan. Tapi tak pernah Idlan membalas. Dia muak. Dia sudah muak dengan perempuan2 yang mengganggu hidupnya. Dia ingin bebas dari gangguan2 tersebut.

Idlan bangun menuju ke dapur mencapai gelas lalu menuangkan jus epal. Dia menghirup perlahan2. Idlan kembali ke ruang tamu lalu membuka tv. Dicari siaran yang boleh ditonton. Setelah lama mencari, akhirnya dia membuka channel Astro HBO.

Henset nya berbunyi. Dia mencapai henset nya lalu memandang nama yang tertera di skrin, papa.

Assalamualaikum pa! Papa apa khabar? Sorry Idlan lama tak call papa. Idlan sibuk sikit.

Waalaikumussalam. Papa baik2 aja. Kamu tu, sihat ke tak? Bila nak balik sini? Lama dah kamu tak jenguk papa.

Haa, memang la niat nya nak datang jenguk, tapi pa, jadual Idlan penuh minggu ni dengan talkshow.

Encik Eddy mengeluh.

Hurm, takpelah kalau macam tu, nak buat macam mana kan. Kamu dah makan ke ni?

Erm, belum makan lagi ni. Macam ni lah papa. Apa kata Idlan balik next week. Idlan akan kosongkan minggu depan. So, boleh lah Idlan balik jumpa papa.

Encik Eddy tersenyum.

Betul ni? Baguslah kalau macam tu. Nanti apa2 bagitahu papa ye. Papa nak ke masjid ni. Nanti papa call lagi.

Encik Eddy lantas memutuskan perbualan. Idlan meletakkan kembali hensetnya dan menyambung menonton tv. Hujung minggu macam ni memang membosankan buat Idlan. Dia bercongak2 aktiviti apa yang boleh dilakukan.

Dia bergerak ke dalam bilik tidur, untuk menunaikan solat fardhu sementara memikirkan apa yang ingin dilakukan. Dia lantas mengambil wudhu dan terus mengerjakan solat. Diakhir solat nya, Idlan mengangkat tangan berdoa memohon petunjuk kepada Allah. Dia memohon agar dekatkan hatinya dan hati Aulia andai mereka jodoh yang ditakdirkan dari Tuhan. Dia juga memohon Tuhan lembutkan hati nya dan hati Aulia agar dapat sama2 menerima diri masing2. Itulah harapannya.

Seusai solat, dilipat sejadah dan diletakkan di ampaian. Idlan bergerak duduk di birai katil mencapai buku kerja nya. Idlan meneliti jadual nya untuk minggu hadapan. Dia mempunyai 3 ceramah yang akan disampaikan. Dua daripadanya di Selangor manakala satu di Putrajaya. Sepanjang Isnin hingga Rabu, jadual nya kosong. Dia sudah berkira2 untuk pulang ke rumah papa nya hari ini.

Tanpa memikirkan lebih lama, dia mencapai kunci kereta dan terus membuat keputusan untuk pulang hari ini. Dia melenggang. Baju2 nya masih ada beberapa helai dirumah papa nya, jadi dia tiada masalah untuk balik tanpa membawa baju.

Idlan memecut laju. Perjalanan dari Kedah memakan masa 4 jam. Idlan ditemani suara deejay yang menghangatkan lagi suasana. Idlan tidak sabar untuk pulang. Hatinya melonjak keriangan dapat berjumpa Encik Eddy setelah 3 bulan dia berpindah ke Kedah.

Idlan akhirnya tiba ke rumah banglo agam Encik Eddy. Dia menekan loceng rumah. Kelihatan wajah Encik Eddy dari pintu rumah terkejut melihat anaknya yang tiba2 muncul.

"What a surprise! Kata next week baru balik?" Soal Encik Eddy seraya membuka pintu pagar. Idlan tergelak kecil melihat gelagat papa nya. Dia bersalaman dan memeluk Encik Eddy.

"Bosan la, pa. Idlan free isnin sampai rabu, so, Idlan baliklah jenguk papa. Idlan pun lama dah tak balik sini. Erm, macam ramai je kat dalam rumah tu, ada siapa, pa?" Soal Idlan sambil memuncungkan mulut nya kedalam rumah. Dia melihat terdapat dua biji kereta yang tidak dikenalinya di halaman rumah. Encik Eddy tersenyum lalu menepuk bahu Idlan.

"Kamu jangan terkejut pulak ye. Ada mama Liza kamu. Uncle Aidil pun ada sekali datang dari pagi tadi. Mama Liza kamu seminggu kat sini. Jadi, papa harap kamu boleh la berbaik2 dengan dia, ya?" Pujuk Encik Idlan. Dia memandang wajah anaknya. Idlan termangu. Selama ini dia cuba mengelak dari bertembung dengan Mama Liza, tapi hari ini dia tiada pilihan. Mungkin inilah masanya untuk dia berbaik dengan isteri kedua ayahnya itu.

Idlan senyum seraya mengangguk. Dia berjanji dengan Encik Eddy bahawa dia akan melayan dengan baik. Idlan dan Encik Eddy berjalan seiringan kedalan rumah.

"Tengok siapa yang balik ni!". Laung Encik Eddy didalam rumah. Mama Liza dan Uncle Aidil menoleh memandang kearah kami. Dari raut wajah Mama Liza, dia teragak2, mungkin takut penerimaan anak bujang suaminya. Uncle Aidil pula terus meluru kearah Idlan lantas memeluk erat.

Uncle Aidil merupakan pakcik Idlan. Dia baru balik dari New Zealand selama 2 bulan atas urusan kerja. Dulu Idlan sangat rapat dengan pakcik nya itu. Mereka selalu keluar lepak bersama. Uncle Aidil belum berkahwin sampai sekarang. Umurnya sekarang sudah mencecah 40 an. Pernah ditanya kenapa dia tak berkahwin sampai sekarang, Uncle Aidil hanya tersenyum. Mungkin tiada jodoh, tiada siapa yang tahu.

"Hei, long time no see ya. Apa khabar sekarang anak bujang?" Soal Uncle Aidil riang. Dia menepuk2 bahu Idlan lantas beriringan menuju ke sofa. Idlan tersengih menampakkan lesung pipit nya.

"I'm fine, uncle. How are you? Dengar cerita baru balik from New Zealand. Tak cakap pun kat Idlan! So, tak bawak ke sorang dua awek sana? Boleh la kenal2 dengan Idlan. Teringin jugak lah kan nak ada awek mata biru ni!". Pecah tawa mereka berdua. Encik Eddy tersenyum memandang anak bujangnya. Kalau dah berjumpa dengan pakciknya itu, memang ada saja cerita yang diborakkan.

"Amboi! Uncle pun single lagi ni, Idlan jangan langkah bendul! Pastikan uncle dulu yang kahwin". Uncle Aidil menjawab. Dia mengambil tempat disebelah Idlan. Idlan gelak. Dia memandang papa nya yang sedang menghirup air.

"Tulah uncle! Sebab tu Idlan suruh bawak sorang dua. One for you and one for me!" Mereka bergelak sakan. Uncle Aidil memang suka berjenaka. Dia sangat baik dan pemurah orangnya. No wonder orang sekeliling selesa dengan dia. Cuma, yang menjadi persoalan kenapa tiada seorang pun yang tersangkut dengan Uncle Aidil.

"Jangan disakat Uncle kamu tu. Sampai kesudah memang dia takkan kahwin pun. Puas lah kita cakap". Encik Eddy tergelak. Dia seraya memandang kearah isterinya yang sedari tadi diam membisu.

"Ha ni, kenalkan, Mama Liza kamu. Liza, ni lah anak bujang abang, Idlan Syahid". Ujar Encik Eddy memperkenalkan.

Idlan menoleh kearah Mama Liza. Dia tersenyum kearah nya sambil mengucapkan salam. Mama Liza menjawab salam Idlan perlahan. Dia cuba memberikan senyuman manis kearah anak bujang suaminya. Ini merupakan kali pertama mereka berjumpa secara empat mata. Bukan dia tidak mahu berjumpa dengan Idlan, cuma dia belum bersedia untuk berjumpa. Risau akan penerimaan Idlan terhadap dirinya. Mama Liza cuba untuk berborak, mengambil hati Idlan.

"Idlan mesti penat, nak Mama Liza masakkan?" Soal Mama Liza cuba beramah. Dikerling suami yang duduk bersebelah dengannya.

"Eh, tak pelah M..Mama Liza. Idlan makan dah kat R&R tadi". Idlan tergagap. Dia menolak lembut ajakan Mama Liza itu. Idlan masih terasa kekok dengan keadaan ini. Mama Liza mengangguk perlahan. Dia perlu mengambil hati Idlan perlahan2.

"Macam nilah, apa kata kita pergi makan kat luar, on me. How guys?" Soal Encik Eddy cuba selesakan keadaan. Uncle Aidil mengangguk setuju. Encik Eddy memdang kearah Idlan menunggu jawapan. Dia teragak2. Kalau tidak diturutkan, takut papa berkecil hati. Akhirnya, Idlan bersetuju untuk mengikut papa nya makan diluar.

Mereka memilih Restoran makanan laut yang teletak di Kuala Selangor. Lama rasanya Encik Eddy tak merasa makanan laut. Dia berasa teruja sementelah mereka keluar bersama Idlan.

Mereka berborak rancak. Mengimbau kenangan ketika kecil, bersama2 membesar.
Sesekali terdengar gelak tawa mereka. Uncle Aidil senang bercerita perihal dirinya di New Zealand. Sesekali Idlan menyampuk mengusik pakciknya itu. Mama Liza hanya diam. Dia hanya bercakap bila ditanya. Dia mahupun Idlan, sama2 kekok.

Setelah hampir satu jam lebih mereka menjamu selera, akhirnya mereka pulang ke rumah. Masing2 kekenyangan. Idlan yang sedang memandu kereta hanya senyap melayan perasaan.

***

Aulia dan Aira bergerak masuk ke dalam rumah. Puan Hawa membontoti mereka sementelah mulutnya tak habis membebel. Mereka tergelak kecil melihat ibunya. Puan Hawa lantas mengambil tempat duduk.

"Dah kenapa dengan awak ni, Hawa?" Soal Encik Syam hairan dengan isterinya yang sedang membebel. Dipandang kearah dua orang anak perempuannya yang turut melabuhkan punggung di sofa.

"Ni ha anak perempuan awak ni lah! Janji nak siram pokok bunga, bunga entah kemana dia entah kemana. Paip dibiarkan terbuka, habis melimpah air. Dia nye sibuk manja2 pulak. Aih, geram betul saya ni, bang". Marah Puan Hawa sambil tangannya dihalakan kearah anak perempuannya. Mereka berdua senyap menahan gelak. Suka betul dilihat Puan Hawa bila marah, comel!

"Alah awak pun, macam tak kenal anak sendiri. Macam tulah dia nya. Dah2, tak payah membebel , benda dah jadi. Takpe lah, bil air bulan ni kita suruh budak dua orang ni bayar". Ujar Encik Syam memberi cadangan sambil tangannya ligat membuka helaian surat khabar.

"Aira ok je, bu. Nanti bil air Aira bayar, bil eletrik, kakak bayar. Baru lah adil!". Balas Aira tergelak. Dipandang wajah ibunya yang sudah mencuka tu. Lantas dipeluk lengan kiri ibunya seraya memohon maaf.

"Sorry la, bu. Akak ni ha yang cubit Aira dulu". Aira membela diri. Terjegil biji mata Aulia. Dia lantas memeluk lengan kanan Puan Hawa dan cuba memujuk.

"Bukan, bu. Adik ni yang mula dulu". Aulia mencebik. Aira menjeling kakaknya, geram. 'Nak bodek la tu'. Gumam Aira. Mereka berlawan2 mulut membela diri. Puan Hawa yang melihat terus melepaskan lengannya dari pegangan anaknya seraya menjawab,

"Sama jelah dua2 pun. Malas ibu nak layan kamu! Awak dan awak, dua2 mengada2". Ujar Puan Hawa dan jari telunjuk nya dihalakan kearah Aulia dan Aira. Mereka tergelak besar. Encik Syam hanya tersengih memandang mereka bertiga.

Knok! Knok!

Assalamualaikum!

Aulia lantas memandang kearah susuk tubuh di pintu pagar. Shaira. Dia bingkas bangun dan menuju untuk membuka pintu. Dijawab salamnya dan mereka berpelukan gembira.

"Jom2 masuk. Aku rindu kau sangat ni. Ayah dengan ibu ada kat dalam. Jom lah!" Pelawa Aulia. Mereka beriringan masuk kedalam rumah. Shaira bersalaman dengan Puan Hawa dan Aira. Dia lantas melabuhkan punggung di sofa. Aulia meninggalkan Shaira sementelah dia ke dapur untuk membuat air.

"Aulia ada cerita kamu dah pindah ke Terengganu. Mesti selalu la makan keropok lekor ye". Puan Hawa memulakan bicara. Dipandang sekilas ke arah suaminya yang sedang membetulkan duduk.

"Haha.. takdelah selalu pun makcik. Oh ye, sebelum terlupa. Ni ha saya ada bawakkan keropok lekor untuk makcik". Ujar Shaira lantas meletakkan beg plastik diatas meja. Dia sempat membelikan beberapa bungkus keropok lekor untuk Aulia sebelum datang ke sini. Puan Hawa mengambil beg plastik tersebut dan mengucapkan terima kasih.

Aulia menatang dulang berisi air teh. Diletakkan di meja lalu menuang kedalam cawan. Aulia duduk disebelah kawannya.

"Shaira ni dah tunang, bu. Tak lama lagi, kahwin la dia ni". Aulia tergelak. Shaira sudah malu2 kucing. Dia menolak lembut bahu kawannya.

"Wah! Tahniah ye. Ha, jangan lupa jemput. Boleh la kita ke Terengganu jalan2". Ucap Encik Syam. Dia memandang kearah Shaira sambil tersenyum. Shaira memberi jaminan bahawa mereka pasti akan dijemput ke majlisnya nanti. Setelah berborak, Aulia mengajak Shaira untuk makan tengahari.

"Jom makan! Kau mesti tak makan lagi, kan?". Pelawa Aulia. Mereka berjalan seiringan ke meja makan.

"Wah! Sedapnya lauk. Makcik yang masak ke? Mesti sedap ni". Puji Shaira. Dia melihat begitu banyak hidangan yang terletak diatas meja.

"Bukan makcik yang masak, Aulia ni ha yang masak. Katanya nak masak special untuk kamu". Puan Hawa menjawab. Shaira ternganga tidak percaya. 'Biar betul kawan aku masak'. Omel Shaira. Dipandang Aulia yang sedang mengangkat2 kening megah.

"Macam tak percaya je si Nuha ni masak! Kena rasa ni, baru tau sedap ke tak". Shaira menguji. Dia lantas duduk di kerusi dan mencapai pinggan yang dihulurkan oleh Aulia. Dia lantas menceduk kuah tomyam kedalam pinggan. Diambil telur goreng dan sedikit sayur. Tanpa berlengah, dia menyuapkan ke mulut. Memang tidak dinafikan, memang makanannya sedap.

"Sedap kan? Aku memang pandai masak! Terima kasih ye. Tak payah puji pun aku tahu". Puji Aulia sendiri dengan bangga. Shaira mencebik.

"Eleh! Berlagak kau ye!" Pecah tawa mereka berdua. Puan Hawa geli hati melihat gelagat Aulia dan Shaira. Mereka pun meneruskan mengisi perut. Lama juga Shaira berada di rumah Aulia. Setelah selesai menjamu selera, Aulia mengajak Shaira lepak didalam bilik nya.

Dikesempatan inilah Aulia menceritakan apa yang telah terjadi sepanjang ketiadaan Shaira di kampus. Paling penting sekali adalah kisah yang berlaku kepada Aulia ketika di seminar. Shaira terkejut mendengar cerita kawannya itu. Dia tidak menyangka, mereka akan dipertemukan kembali setelah berbulan lamanya membawa haluan masing2. Sesekali Shaira mengangguk faham diiringi senyuman manis buat kawannya.

"Apa pasal kau senyum2 ni? Macam kerang busuk!". Ujar Aulia setelah habis cerita nya. Mereka berada dibilik Aulia, berborak setelah menunaikan solat fardu.

"Takde apa2. Bila pulak aku senyum?". Shaira cuba menafikan. Dia melarikan pandangan dari Aulia. Cuba menahan senyum.

"Macam aku tak nampak! Kau, kalau nak cakap, cakap je. Tak payah nak tahan2. Aku ni dah open minded dah sekarang ni". Aulia cuba memancing Shaira untuk berterus terang.

"Kalau aku cakap, kau jangan melenting ye". Aulia mengangguk. "Aku rasa kau orang berdua ni ada chemistry la! Hati aku kuat mengatakan korang ni ada jodoh!". Shaira memberi pendapat. Dia memandang Aulia yang sedang tergelak kecil. Ditepuk bahu kawannya perlahan.

"Kau gelak kenapa? Aku serius ni. Cuba dengar cakap aku. Percayalah! Korang memang ditakdirkan berdua! Nuha, aku rasa lah, Idlan tu betul2 dah berubah. Aku hairan la dengan kau ni, kenapa kau tak nak kat dia tu sedangkan dia dah tinggalkan benda2 tu semua. Aku tahu yang aku ni tak pernah jumpa dia, tapi la Nuha, dari apa yang kau cerita kat aku dari dulu2 tu sampailah sekarang ni, aku tak rasa apa yang ayah kau cakap tu salah. Orang tua ni kan, dia ada instinct tau! Kalau aku la, aku ambik dia tu" Ujar Shaira sambil jarinya bergerak2 di awangan.

"Ok2, aku tak gelak dah! Tapi masalahnya kelakar tau tak. Macam takde kena mengena je. Lagipun, bukan aku suka dia pun. Aku cuma terserempak lepastu kitorang takde pape lah". Aulia menjawab. Dia merasakan pendapat kawannya itu tidak masuk akal. "Lagi satu, kebetulan je bertembung, bukan apa pun. Kalau dah kau nak sangat, ambik la dia tu. Buat pekasam!". Aulia menambah.

"Amboi! Kalau nak buat pekasam, baik aku tak payah ambik. Aku ambik buat suami la! Hehe. Nuha, itu lah maksud aku. Kebetulan! Cuba kau buka hati kau luas2, fikir elok2. Kebetulan yang Allah aturkan. Kau masih tak nampak lagi ke? Kalau tak, takkan la mana2 kau pergi, dia mesti muncul. Bukan kebetulan ke tu? Please Nuha, bukak hati kau luas2. Aku percaya, dia memang ditakdirkan untuk kau. Cuma kau sahaja yang perlu fikir elok2, timbang baik buruknya. Lupakan kisah silam tu. Tak berkudis pun kisah silam tu kat kau kalau kau bersatu dengan dia". Terang Shaira panjang lebar sambil jari nya dihalakan ke dada Aulia. "Tanya hati dan iman. Apa yang ada dalam ni. Aku percaya kau boleh buat". Sambung Shaira lagi. Dia memandang Aulia yang sudah menitiskan air mata. Kawannya ini memang ratu air mata.

"Kau ni, janganlah macam ni. Susah hati aku nanti tau. Dah, tak nak la nangis2 macamni. Aku tahu kau kuat! Istikharah la, InsyaAllah kau jumpa jawapannya nanti". Nasihat Shaira. Dia mengelap air mata yang mengalir di pipi Aulia. Shaira lantas memeluk kawannya.

"Istikharah, minta petunjuk Allah. Aku tau kau boleh!" Shaira memberikan kata2 semangat untuk Aulia.

Mereka meleraikan pelukan. Aulia dilihat sedang cuba menenangkan diri sendiri. Dia tersenyum memandang sahabatnya itu. Dia bersyukur dikurniakan sahabat yang setia memberi kata2 semangat nak nasihat.

"InsyaAllah. Aku akan cuba ikut nasihat kau. Terima kasih sebab sokong aku. Doakan aku ye". Aulia memegang jari2 jemari Shaira. Mereka berpandangan, tersenyum.

"Aish, kau ni Nuha, dah lah. Lagi lama kau pegang tangan aku ni, lagi lama la aku balik. Kau dah ok kan? ". Shaira berjenaka. Dia cuba meredakan suasana sedih tadi. Aulia mengangguk.

"Aku ok. Tengoklah siapa yang nasihat aku". Pecah tawa mereka berdua. Shaira menepuk lembut pipi Aulia. Aulia berasa tenang.

"By the way, bila kau nak tunjukkan Idlan sang kekasih hati kau tu dekat aku?" Aulia ternganga. 'Kawan aku ni kan!' Gumam Aulia. Dia lantas mencapai bantal dan dibaling kearah Shaira.

"Tak patut punya kawan!". Shaira mengaduh kesakitan. Aulia tersengih tak bersalah.

"Lain kali, cakap tu jangan sedap mulut je ye. Dia bukan kekasih aku la. Mulut tu.. cili baru tau!". Aulia mencubit pipi Shaira, geram. Dia merajuk dengan kawannya itu. Mulut nya sudah memuncung seperti itik.

"Alah, nak gurau je pun. Jangan la marah ye Nuha sayang! Hehe.. aku janji tak cakap macam tu dah. Tapi jawab dulu soalan aku. Bila kau nak kenalkan dengan aku?" Soal Shaira tidak sabar. Dia memandang Aulia yang sedang merenungnya. Aulia menjongket bahu. Dia sendiri tiada jawapan. Perlu ke dia kenalkan Idlan kepada kawannya?

"Aku pun tak tahu. Nantilah, satu waktu yang kau perlu diperkenalkan dengan dia". Jawab Aulia tidak pasti. Shaira hanya mengangguk2.

"Eh dah la, tadi kata nak balik dah. Jom aku hantar kau pergi rumah pakcik kau tu". Pelawa Aulia. Shaira menolak lembut. Dia sudah pun menelefon pakciknya untuk mengambil dia disini.

"Tak payah. Pakcik aku dah on the way. Dia datang ambik aku ni". Tepat Shaira menghabiskan ayat, pintu bilik Aulia diketuk. Terpacul Aira dimuka pintu.

"Kak Shaira, kereta dah sampai". Aira memberitahu. Shaira segera mengangguk lalu bangun dari katil.

"Ok lah. Pakcik aku dah sampai. Nanti kita jumpa lagi. Kau ingat tau pesan aku tu. Jangan lupa, istikharah!" Pesan Shaira sebelum keluar. Mereka bersalaman lalu Shaira pun keluar menuju kearah kereta pakciknya. Mereka berdua melambai sebelum kereta pakciknya bergerak laju meninggalkan perkarangan rumah.

Aulia bingkas masuk ke dalam rumah. Kelihatan Encik Syam sedang melabuhkan punggung di kerusi malas sambil membuka tv.

"Ayah kata nak tidur tadi? Tak boleh tidur ke?". Soal Aulia hairan sambil mengambil tempat di sofa. Dia memandang ayahnya.

"Tulah, batuk ni, tak boleh tidur pulak lah ayah". Terang Encik Syam sambil mengurut dadanya. Dia menonton siaran berita. Aulia bangun mengambil segelas air kosong dan diberikan kepada Encik Syam.

"Ayah pergi klinik la ambil ubat. Nanti melarat pulak batuk tu". Usul Aulia kepada Encik Syam. Semakin hari semakin kerap batuk Encik Syam. Aulia risau memikirkan kesihatan ayahnya. Dia cuba untuk membawa ke hospital. Tetapi, setiap kali diajak, setiap kali itulah Encik Syam bersungguh menolak.

"Sikit je ni, nanti minum ubat batuk tu, lega la". Encik Syam memberitahu. Dia meneruskan perhatiannya kearah tv. Sesekali batuknya kedengaran. Aulia senyap. Sudah tiada daya ingin memujuk ayahnya ke hospital. Dia membiarkan sahaja.

"Ayah nak Aulia picit kaki?" Soal Aulia teragak2. Dia melihat ayahnya hanya senyap dari tadi. Aulia cuba untuk meredakan suasana. Encik Syam menggeleng. Tidak lama selepas itu, Encik Syam menoleh.

"Idlan ada hubungi ayah tanya pasal kamu".

Sebaris ayat yang cukup membuatkan jantungnya berdegup kencang. Dia menoleh kearah ayahnya yang sedang menonton tv.

"Oh".

Aulia menjawab sepatah. Dia bungkam. Tidak tahu jawapan apa yang ingin diberikan kepada ayahnya. Dia cuba tersenyum. Teringat kata2 kawannya tadi bahawa dia perlu cuba membuka hatinya memikirkan yang terbaik bukan untuk orang lain tapi untuk dirinya sendiri.

"Kamu tak perlu risau. Dia bukan nak merisik kamu ke apa, dia cuma tanya khabar". Terang Encik Syam. Dia melepaskan keluhan berat. Ditoleh anak perempuannya di sofa. Aulia senyap. "Dia ada cakap nak datang, ayah yang tak bagi. Risau kamu menolak lagi macam malam tu". Sambungnya.

Aulia senyap. Dia terasa dengan kata2 ayahnya. Memang malam tu merupakan salahnya. Dia akur dengan apa yang terjadi.

"Urm.. kalau dia nak datang, jemput jelah. Tetamu kan". Ujar Aulia sepatah2. Dia perlu membuka hatinya. Dia perlu mendengar nasihat Shaira. "Aulia ok je". Sambung Aulia lagi. Encik Syam terbatuk kecil.

"Baguslah kalau kamu dah dapat terima. Apa kata kamu cakap la kat dia. Biar dia tau kamu sendiri yang jemput". Aulia berkerut. Dia memejam mata rapat2. Ini bukan bala, tapi peluang. Peluang untuk dia menjernihkan keadaan. Dia perlu kuat!

"InsyaAllah, ayah".

Aulia diam. 'Kuat, Aulia!' Detik hatinya.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience