Chapter 28

Romance Completed 29055

Rumah Encik Eddy riuh dengan suara orang yang datang untuk majlis kesyukurannya hari ini. Saudara mara terdekat dan juga jiran tetangga turut hadir bagi meramaikan majlis kesyukuran tersebut. Encik Eddy ingin bersama kongsi kegembiran ini bersama mereka.

Idlan yang sedang membentang tikar untuk tetamu duduk berhenti dek suara panggilan dari luar rumah. Idlan segera meletakkan tikar yang dipegang ketepi dan berlari anak keluar rumah.

"Kenapa, pa?" Soal Idlan hairan. Dia memandang wajah Encik Eddy yang sedang berdiri dihadapannya.

"Tu, bakal mertua kamu dah sampai. Pergilah sambut. Papa nak call ustaz ni". Ujar Encik Eddy seraya memuncungkan mulut kearah kereta Aulia. Idlan mengangguk lantas berlalu meninggalkan Encik Eddy. Dia berlari anak menuju ke kereta Aulia yang diparkir di luar halaman rumah.

"Assalamualaikum! Pakcik, makcik." Idlan menegur Encik Syam dan Puan Hawa yang baru turun dari kereta. Mereka tersenyum memandang kearah Idlan yang segak berbaju melayu hitam. Aulia yang baru turun turut ditegur.

"Terima kasih sudi datang. Jemput lah masuk". Encik Syam dan Puan Hawa mengangguk manakala Aulia hanya tersenyum memandang. Dia sempat memperkemaskan bajunya yang sedikit kedut dek berada lama didalam kereta. Tanpa berlengah, Aulia lantas mengekori ibu dan ayahnya untuk masuk kedalam rumah. Idlan yang berjalan dibelakang Aulia sempat memujinya.

"Cantik". Sepatah Idlan memuji dan terus meninggalkan Aulia yang terkulat2 dengan riak terkejut. Idlan tergelak kecil. Suka melihat gadis itu merona kemerahan. Aulia cantik berbaju kurung berwarna kelabu, shawl berwarna merah hati yang terletak cantik dikepala. Dia kelihatan sungguh anggun.

Aulia mengetap bibir. 'Sabar jelah aku dengan dia ni. Dia memang suka buat benda2 pelik macam ni'. Gumam Aulia. Dia terus menjeling memandang Idlan yang sudah jauh kedalam rumah.

Dia mempercepatkan langkahnya. Masuk sahaja didalam rumah, dia terus bersalaman dengan tetamu yang hadir. Aulia mengambil tempat di ruang tamu kedua. Dia melabuhkan punggung disebelah ibunya. Ramai tetamu yang hadir pada majlis hari ini. Aulia sudah merasa kekok dengan kehadiran tetamu yang pasti tidak dikenalinya.

"Jiran ke?". Tegur satu suara. Aulia pantas menoleh memandang. Kelihatan seorang wanita berumur lingkungan 40an, memakai jubah, sedang duduk disebelahnya cuba beramah mesra.

"Ah, tak. Saya.. erm..". Belum sempat Aulia menghabiskan ayat, Idlan terlebih dahulu memanggil nama nya. Aulia menoleh. Idlan tersenyum dan bergerak mendekati Aulia.

"Jiran kamu ke Idlan?". Soal wanita itu kepada Idlan. Idlan tersengih mendengar seraya menjawab,

"Mak teh, ni Aulia. Bakal isteri Idlan". Ucap Idlan bersungguh. Dia terus memandang Aulia yang sudah tertunduk malu.

"Aulia, ni Mak Teh Yah. Dia ni adik beradik dengan arwah mak. Sekarang duduk kat Johor". Idlan memperkenalkan makciknya dengan Aulia. Aulia tersenyum memandang. Pipi nya sudah kebas kerana malu. Malu diperkenalkan sebagai bakal isteri Idlan.

"Oh yeke! Cantik orangnya. Pandai kamu pilih". Puji mak teh Yah. Idlan sudah tersenyum bangga.

"Aulia, awak selesakan lah diri ye. Saya ada kat depan. Apa2, panggil ya. Sekelip mata je saya sampai!". Ucap Idlan mengusik. Aulia sudah mencebik.

"Yelah tu. Tak payah nak ngada2 sangat. Saya ok dengan ibu kat sini. Dah, pergi sana". Aulia menghalau Idlan. Idlan tergelak kecil melihat Aulia yang sudah malu2 kucing itu. Dia berlalu meninggalkan Aulia dan terus ke ruang hadapan.

Majlis berlangsung dengan lancar. Dimulakan dengan majlis tahlil yang diketuai oleh Ustaz yang dijemput kemudian mereka berbuka bersama2. Menu hari ini sungguh istimewa, nasi arab. Aulia memang sudah kecur liur melihat nasi arab beserta kambing bakar. Baru sahaja dia berangan2 untuk berbuka dengan nasi arab, Allah telah memberi rezeki pada Aulia malam ini.

Anak2 yatim yang dijemput kelihatan gembira sekali. Mereka berbuka bersama dan solat bersama. Yang menjadi lebih istimewanya, solat maghrib hari ini diimamkan oleh Idlan Syahid! Aulia sendiri teruja dengan perkembangan lelaki itu. Walaupun pada mulanya, Aulia seakan ragu2 dengan kebolehan dia, tapi setelah dia mengimamkan solat serta membacakan doa, Aulia semakin yakin dengan perubahan Idlan. Aulia yakin dia mampu untuk memimpinnya kelak.

Majlis berakhir pada jam 10.30 malam. Anak2 yatim dari sekolah pondok juga telah pulang bersama sedikit buah tangan. Puas hati bila melihat mereka yang kesusahan, gembira bila diraikan. Jiran tetangga juga mulai beransur. Aulia yang baru sahaja selesai mengisi perut bersama anak2 saudara Idlan mula meringankan tangan untuk menolong mengemas rumah. Dia bergerak menuju ke dapur untuk membasuh pinggan kotor di sinki. Sesudah itu, dilap pula pinggan yang sudah dibasuh itu dan diletakkan di rak pinggan.

Puan Hawa dan Encik Syam sedang rancak berborak diluar bersama Encik Eddy dan Mama Liza. Tinggallah Aulia terkulat2 seorang diri setelah semua kerja selesai dilakukan. Sudahlah rumahnya besar, langsung dia tidak kenal sesiapa pun didalam rumah itu. Saudara mara Idlan pula sedang berborak sesama mereka. Nak turut serta, dia segan. Akhirnya, Aulia ambil keputusan untuk duduk di satu sudut dan bermain hensetnya. Dibuka gambar2 nya, dibelek satu persatu. Sudah bosan, dia main pula game yang ada didalam hensetnya. Aulia seperti orang asing disitu.

"Assalamualaikum!". Tegur Idlan. Aulia terus memandang kearah empunya suara. Idlan berdiri tegak sambil menatang pinggan yang berisi makanan.

"Aulia dah makan?". Soal Idlan. Aulia mengangguk.

"Teman saya makan?". Soal Idlan. Dia memandang Aulia yang sedang duduk dihadapannya. Aulia diam. Dia mengerutkan dahinya. Tak manis kalau orang pandang sedangkan mereka masih belum ada ikatan. Aulia juga yakin ayahnya pasti tidak setuju sekiranya melihat dia berdua2an dengan Idlan. Idlan memandang Aulia yang masih membisu. Seperti dapat mengagak apa yang tersirat di benak Aulia, Idlan tersenyum.

"Ok, saya faham. Tapi saya still nak suruh awak teman saya. Awak boleh duduk kat sini diam2 sementara saya duduk kat situ". Sambil menghalakan jari telunjuknya ke satu sudut disebelah pasu bunga. Aulia tergelak kecil.

'Mak ai, jauh benar!'. Omel Aulia didalam hati.

Dia terus mengangguk dan Idlan pun terus mengambil tempat duduknya. Aulia pandang dari jauh. Idlan mula mengisi perut yang sudah berkeroncong dengan berselera. Sesekali dia memandang Aulia, takut bakal isterinya hilang, mungkin. Idlan tersenyum memandang Aulia. Aulia melarikan pandangan kearah lain. Sungguh, dia segan. Dia memandang Idlan dari ekor matanya. Idlan segak berbaju melayu. Aulia suka bila melihat Idlan mengenakan jubah atau baju melayu. Penampilannya akan jauh berbeza dari karakter yang sebenar. Sedang dia asyik makan, datang seorang budak kecil duduk disebelahnya. Idlan asyik melayan kanak2 itu. Sesekali disuapkan nasi kedalam mulut kanak2 kecil itu. 'Mesti dia suka budak2'. Tebak Aulia. Dia leka memerhatikan tingkah Idlan bersama kanak2 itu.

"Ni lah bakal isteri Idlan! Cantik ya!". Datang sekumpulan wanita kearah dirinya tiba2. Hilang sudah fokusnya terhadap Idlan. Kini matanya tertumpu keparah sekumpulan wanita dihadapannya. Aulia kaget! Dia memandang Idlan dari jauh meminta pertolongan. Idlan hanya tersenyum manis kearah Aulia.

"Er, Aa.. takdelah. Saya biasa je". Aulia merendah diri. Dia kekok dengan keadaan yang berlaku. Mereka tak henti2 bertanyakan soalan kepada Aulia. Sesekali Aulia melarikan pandangan. Seram sejuk dibuatnya. Dah macam orang bersalah pula asyik ditanya soalan. Aulia cuba menjawab dengan tenang walau hatinya sudah berdegup laju.

"Pandai si Eddy tu rahsia2 dari kita ya. Tak dikenalkan pun dengan bakal menantunya ni". Ucap wanita yang seorang lagi. Aulia hanya tersenyum. 'Dah mana la Idlan ni!'. Desis hati Aulia. Dari ekor matanya, lelibat Idlan sudah menghilang. Dia sudah tidak betah. Tak tahu hendak berbual apa.

"Makcik2 ku sekalian! Kenapa kacau awek Idlan ni?". Tegur Idlan yang muncul dari dapur terus menegur saudara2nya. Idlan tersengih menampakkan barisan giginya. Aulia pula sudah melepaskan nafas lega. Aulia tersenyum hambar.

"Ala kamu ni. Kacau sikit tak boleh pulak ye. Tu lah, mana papa? Pandai dia rahsia2 dengan kitorang ni semua!". Ujar salah seorang wanita tersebut. Idlan sekadar menjongket bahu melepaskan diri. Dia lantas menjerit memanggil nama Encik Eddy.

"Kenapa Idlan jerit2? Ada apa hal?". Dipandang wajah dihadapannya silih berganti. Berkerut dahinya. Idlan tersenyum memandang Encik Eddy.

"Ni lah makcik2 kesayangan Idlan ni lah. Dia mintak papa jelaskan keadaan sebenar. Kenapa tak bagitu pasal Aulia kat diorang". Idlan cuba menyebelahkan makcik2 nya. Aulia hanya tersenyum memandang. Dia memandang Encik Eddy yang sudah menepuk dahi.

"Alamak! Saya lupa la. Maaf ye semua. Ha, ni saya kenalkan, Aulia Nuha, bakal menantu saya dan bakal isteri Idlan. Dan yang duduk kat meja tu, bakal besan saya". Encik Eddy memeperkenalkan Aulia kepada saudara2 nya. Aulia melemparkan senyuman manis kepada mereka. Idlan pula sudah bangga kerana Aulia diperkenalkan sebagai bakal isterinya. Kembang kuncup hidungnya. Dia tersengih2.

"Ohh.. cantik orangnya. Pandai kamu pilih ya". Seraya menepuk lengan Idlan. Idlan tak sudah membangga diri.

"Well! Kenalah tu, hensem dengan cantik!". Pecah tawa mereka mendengar ulasan Idlan tersebut. Aulia pula sudah tertunduk malu. Dia rasa mahu lari saja saat ini. Setelah habis ditemu bual, Idlan mengajak Aulia ke meja ibu dan ayah mereka. Aulia menurut sahaja cadangan Idlan. Aulia sempat bertanya tentang kesihatannya.

"Dah baik ke demam?". Soal Aulia. Dia memandang Idlan dari ekor matanya. Idlan pula sudah tersenyum bila buah hatinya ambil berat tentang dirinya.

"Alhamdulillah, dah sihat. Saya ikut pesan awak". Ujar Idlan lalu tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya. Aulia mengetap bibir. Senyuman itu yang membuatkan hatinya sentiasa berdegup kencang. Mereka terus beriringan menuju ke meja. Sampai sahaja di meja, Aulia terus melabuhkan punggung disebelah ibunya.

"Balik jom!". Bisik Aulia rapat ketelinga Puan Hawa. Puan Hawa mengangguk dan terus memandang kearah suaminya yang sedang berborak.

"Bang, balik jom. Dah lewat ni". Ajak Puan Hawa. Encik Syam terus memandang kearah jam dipergelangan tangan, 12.30 tengah malam. Suaminya ini kalau sudah berborak, sampai pagi pun tak sudah. Boleh keluar macam2 tajuk.

"Nak balik dah ke?". Soal Encik Eddy. Dia sudah tergelak kecil.

"Dah lambat ni. Esok nak kerja. Encik Eddy, dia ni jangan diajak borak. Mau nya tak sudah nanti. Nak2 kalau dah jumpa orang yang sekepala. Lagi lah payah". Meletus tawa Encik Syam. Dia bingkas bangun lalu meminta izin untuk pulang.

"Yelah! Takpe, ada masa lagi kan! Nanti kita borak2 lagi la ye". Sahut Encik Eddy pula. Mama Liza terus bersalaman dengan Puan Hawa dan Aulia manakala Encik Syam bersalaman dengan Idlan dan Encik Eddy. Mereka terus melangkah menuju ke kereta.

"Ada masa, singgah la rumah kita pulak". Pelawa Encik Syam. Encik Eddy mengangguk setuju. Dia memandang kearah Aulia dan tersenyum.

"Hati2 bawak kereta, Aulia". Pesan Encik Eddy sebelum mereka masuk ke perut kereta. Aulia segera melambai Encik Eddy dan Mama Liza sebelum bergerak pulang. Idlan pula hanya memerhati dari jauh. Hatinya senang melihat Aulia yang tersenyum manis.

'Sabar Idlan! Tak lama lagi". Bisik hati kecilnya.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience