Chapter 38

Romance Completed 29068

"Puan Aulia Nuha. Sila masuk". Ujar salah seorang jururawat yang bertugas. Idlan terus memapah isterinya masuk ke bilik doktor. Mujurlah malam ini tidak ramai orang yang datang membuat pemeriksaan.

"Assalamualaikum, Puan Aulia. Sila duduk". Arah doktor wanita yang bertugas. Tertera nama 'Suraya' diatas meja tersebut. Aulia segera melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan meja doktor. Dia cuba tersenyum manis.

"Ok puan. Boleh saya tahu ada masalah apa ya?". Soal Doktor Suraya lembut. Umurnya mungkin dalam lingkungan 30an. Manis berjubah hitam bertudung bawal dan berkacamata.

"Isteri saya ni tadi pengsan. Badannya panas. Tu yang nak check tu kenapa". Ujar Idlan bagi pihak isterinya. Tersenyum Doktor Suraya memandang Idlan dan Aulia. Dia langsung membuat pemeriksaan keatas Aulia. Dimulakan dengan memeriksa nadi isterinya kemudian memeriksa degupan jantung dan suhu badan Aulia. Doktor Suraya ada juga bertanya tentang pemakanan Aulia.

"Ok Puan demam panas. Saya assume puan kurang berehat atau mungkin pemakanan puan yang tak menentu. Saya syorkan puan banyak berehat dan sentiasa makan ikut waktu lah. Untuk beberapa hari ni, jangan terlalu banyak berfikir atau buat kerja supaya badan tu kumpul stamina balik. Overall, semua ok la." Terang Doktor Suraya tenang. Aulia yang mendengar di sisi tersenyum lembut.

"Betul ye cuma demam? Saya bukan apa doktor, risau kalau2 teruk pulak". Ujar Idlan menunjukkan keresahannya. Doktor Suraya tersenyum manis lalu menggelengkan kepala.

"Betul. Cuma demam sahaja. Tapi, kalau isteri encik melarat, segera bawak ke mari la. Kita akan buat pemeriksaan lanjut". Terang Doktor Suraya lagi. Idlan sudah menarik nafas lega. Dia segera memimpin isterinya keluar dari bilik doktor.

"Terima kasih ye". Ucap Idlan sebelum menutup pintu bilik. Dia segera membawa Aulia ke kereta dan kembali semula ke klinik bagi mengambil ubat. Idlan masih perlu memerhatikan isterinya, bimbang kalau2 demamnya melarat dan dijangkiti penyakit lain. Dia segera ke kereta dan bergerak pulang.

"Aulia kena dengar cakap doktor tu. Kena makan ikut time. Kena banyak rehat. Sayang ni aktif sangat la tu duk kehulu kehilir sampai tak reti nak rest". Idlan sudah membebel. Aulia yang duduk disebelahnya tergelak kecil.

"Abang, Aulia demam panas je, bukan apa pun. Tak payah risau la". Ujar Aulia cuba menenangkan Idlan. Sesekali dia terbatuk kecil.

"Tak kira la demam ke apa ke. Tetap namanya sakit. Balik ni kena makan bubur lepastu makan ubat. Sayang takde excuses! Kena ikut cakap abang". Idlan mengarah tegas. Dikerling isterinya yang sudah mencuka. Idlan sudah tidak kisah akan rajuk atau pujukan isterinya. Dia perlu memastikan isterinya sentiasa sihat. Makan ubat merupakan satu benda yang paling dibenci oleh Aulia.

"Abang takkan terpedaya dengan muka tu. Jangan nak merayu2 untuk TAK makan ubat ye, sayang! No begging!". Ujar Idlan serius. Dia sudah mengangkat jari telunjuk menunjukkan tanda tidak. Nak tak nak, Aulia terpaksa menurut. Nak dilawan kata suaminya, memang tak akan menang. Sudahnya, dia hanya menjongket bahu dan membuang pandang diluar tingkap kereta.

"Abang buat semua untuk sayang. You must know how much abang terseksa tengok sayang terbaring lesu macam tu". Akhiri Idlan. Dia terus memecut laju melayan perasaannya sendiri. Aulia menoleh memandang suaminya. Dia terasa sebak dengan kata2 suaminya. 'Begitu sekali dia sayang aku!'. Detik Aulia. Matanya tak lepas memandang Idlan yang sedang tekun memandu. Sesekali dia menghembus nafas perlahan. Aulia terasa bersalah.

'I'm sorry'. Satu ungkapan yang hanya mampu diluahkan didalam hati. Aulia memejam mata rapat sehinggalah dia terlena di dalam kereta.

Idlan memakir kereta di garaj. Dia terus mematikan enjin lalu menoleh kearah isterinya yang sedang lena. Dikejut lembut Aulia beberapa kali, tapi isterinya tiada tanda akan bangun. Akhirnya, Idlan memutuskan untuk mencempung isterinya naik ke bilik. Dia segera keluar dari tempat duduk pemandu dan bergerak ke tempat isterinya. Perlahan2 dia membuka tali pinggang keselamatan lalu mengendong keluar isterinya dari kereta. Idlan menolak pintu kereta dengan kaki nya. Nasib la isterinya ini kecil molek orangnya. Dia segera mengorak langkah masuk ke dalam rumah. Suasana banglo agam malam itu sunyi sepi. Encik Eddy dan Mama Liza sudah lama masuk tidur. Nasib pintu tak dikunci, kalau tidak pasti susah Idlan untuk membuka sementelah dia sedang mengendong isterinya. Dia mendaki anak tangga perlahan2, taknak mengejutkan isi rumah yang sudah lena. Sampai sahaja di bilik, Idlan segera bergerak ke katil dan meletakkan perlahan2 tubuh isterinya. Kemudian, dia mencabut tudung yang dipakai Aulia dan meletakkan didalam bakul. Dia segera menarik selimut menutup sebahagian badannya. Diikutkan hati, mahu sahaja dikejutkan Aulia untuk mengisi perut dan menelan ubat. Tapi, Idlan tak sampai hati pula melihat isterinya yang tidur itu. Sudahnya, dia membiarkan isterinya terus tidur.

Idlan pula menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Dia keluar setelah siap segalanya. Dia hanya menyarungkan kain pelekat dan baju pagoda. Idlan pantas mengambil tempat disebelah isterinya lantas menyandarkan badan di kepala katil. Idlan meraup wajahnya berulang kali. Dia terasa penat hari ini. Bukan penat disebabkan menjaga isterinya yang sakit, tapi penat disebabkan tak tahan melihat isterinya terbaring lemah. Dia risau sekali. Idlan menoleh memandang Aulia dusebelahnya. Tangannya perlahan2 mengusap jemari Aulia.

"Sweet dream, sayang!". Bisik Idlan perlahan ke telinga isterinya. Aulia tak berkutik. Idlan terus mengucup lembut jemari isterinya dan terus melelapkan mata. Berharap hari esok akan berkurangan sakit yang ditanggung.

***

Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Azan subuh berkumandang sayup2 ditelinga. Idlan segera bangun dari katil, menggeliat kecil dan membetulkan rambutnya yang sudah kusut. Dia menoleh kearah isterinya yang sedang berselebung selimut itu. Malam tadi, iserinya menggigil kesejukan, lantas diselimutkan isterinya sehingga ke paras dada dan ditutup penyaman udara. Sekejap2 Idlan terjaga dek suara isterinya yang meracau2 tak lena. Idlan bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu dan menunaikan solat. Mujurlah hari ini tiada apa2 aktiviti, jadi dapatlah Idlan menemani Aulia di rumah.

Dia segera menghamparkan sejadah dan mula mengangkat takbir. Hatinya tenang dalam peghambaan pada Allah. Diakhir solat, Idlan menadah tangan berdoa agar rumah tangga yang baru dibina berkekalan hingga ke syurga. Idlan juga berdoa agar diberikan umur yang panjang agar dapat menambahkan amal ibadah keoada Allah. Selain itu, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Tak lupa juga buat isterinya yang sedang sakit agar diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Idlan melipat sejadah dan diletakkan di ampaian. Dia segera menuju ke katil untuk mengejutkan isterinya solat. Perlahan2 dikejutkan Aulia.

"Sayang, bangun. Solat subuh ye". Idlan menepuk lembut bahu isterinya. Dia menunggu dengan sabar. Aulia terpisat2 bangun dari tidur.

"Erm, pukul berapa dah?". Tanya Aulia sambil menguap. Dia keletihan sementelah badannya dirasakan amat berat berbanding semalam. Idlan tersenyum memandang isteri tercinta.

"Pukul 6.15. Jom, abang papah sayang ambil wudhu ye". Ajak Idlan lembut. Aulia menggeleng.

"Kalau ambil kat sini je boleh tak? Aulia tak larat sangat nak bangun". Ucap Aulia perlahan. Suaranya pula tenggelam timbul dek batuk yang berlarutan.

"Boleh, sayang tunggu kejap ye. Abang ambilkan air". Ujar Idlan lalu segera ke bilik air. Aulia bersandar di kepala katil. Demamnya makin panas. Badannya pula terlalu lemah saat ini. Perlahan2 dicapai gelas di meja sisi. Aulia menghirup sedikit demi sedikit air kosong tersebut sehinggalah habis. Idlan kembali membawa sebaldi air untuk kegunaan Aulia.

"Sayang, ambil wudhu dari sini je". Arah Idlan. Dia segera membantu isterinya membetulkan duduk lalu Aulia pun mula mengambil wudhu. Satu persatu anggota badan di basuh. Selesai mengambil wudhu, Idlan terus mencapai telekung dan dihulurkan kepada isterinya. Dia mengambil baldi tersebut dan diletakkan kembali kedalam bilik air. Aulia sudah mula mengangkat takbir. Perlahan sahaja pergerakannya. Idlan menunggu dengan tenang. Sempat dia turun ke dapur bagi mengambil air panas dan mengambil bubur lalu dibawa naik ke bilik.

"Sayang dah siap?". Soal Idlan sejurus melihat isterinya yang sudah selesai membaca doa. Dia meletakkan dulang bubur ke atas meja sisi. Aulia segera melipat telekung dan diletakkan di tepi nya.

"Makan ye. Abang suap. Minum air dulu". Idlan menyua air ke mulut isterinya. Aulia tidak menolak. Teringat kata2 suaminya semalam. Dia perlu makan, tidak mahu suaminya risau.

"Ok. Good girl! Bubur pulak". Idlan mengambil sesudu bubur lalu disuapkan ke mulut isterinya. Perlahan2 Aulia membuka mulut dan menelan bubur tersebut. Tekaknya terasa sakit. Berkerut wajahnya menahan kesakitan. Idlan terus meletakkan mangkuk bubur ke tepi lalu memegang lembut pipi isterinya.

"Ok tak? Kenapa?". Soal Idlan risau. Dia memandang Aulia yang masih berkerut. Aulia cuba tersenyum.

"Tekak sakit. Er, tak nak dah". Ujar Aulia lemah. Idlan terus mencapai mangkuk tersebut.

"Sayang, makan lagi sikit ye. Ok, lagi tiga suap, lepastu kita makan ubat. Ok?". Pujuk Idlan lagi. Aulia memegang lembut lengan suaminya. Dia menggeleng tapi Idlan tetap memujuk. Sudahnya, dia hanya menerima sahaja suapan Idlan. Cukup tiga kali, Idlan meletakkan kembali mangkuk bubur ke atas meja dan mengambil paket ubat. Aulia sudah mula mahu menangis.

"Abang, yang ni tak nak". Aulia memandang lemah. Terhenti pergerakan Idlan sebentar. Isterinya ini memang susah nak disuruh makan ubat. Jauh dilubuk hatinya, kasihan akan isterinya. Tetapi, dia tak sanggup melihat isterinya sakit. Dia terus menggeleng laju.

"No! Mesti makan. Please, sayang. Makan ubat ye. Tak rasa apa pun. Ubat ni sedap. Buka mulut cepat". Pujuk Idlan. Aulia menggeleng beberapa kali sebelum Idlan memegang kedua2 belah pipi isterinya.

"Jangan macam ni. Nak abang paksa telan ke?". Idlan mengugut Aulia. Dia sudah tidak kisah air mata isterinya. Kesihatan mesti dijaga. Dia harus memaksa Aulia makan ubat walau macam mana cara sekalipun.

"Tapi.."

"Takde tapi2. Bukak mulut tu". Arah Idlan tegas. Aulia sudah mengelap air matanya laju lalu membuka mulut perlahan2. Idlan memasukkan 2 biji pil kemudian menghulurkan air kosong. Aulia segera menelan ubat tersebut dengan rakus. Berkerut2 dahinya menahan pahit ubat. Idlan tergelak kecil. Iserinya ini macam budak2 sahaja.

"Ok kan? Takde apa2 jadi kan?". Soal Udlan mengusik. Dia memandang isterinya yang merajuk. Idlan lantas bangun menuju ke almari. Dia mengeluarkan sehelai baju t-shirt lengan panjang dan seluar palazo.

"Sayang kena mandi, biar segar badan tu. Nak abang mandikan ke?". Soal Idlan sambil tersenyum manis. Dia menoleh memandang isterinya yang sedang memicit kepala.

"Takpe, Aulia mandi sendiri". Aulia memberi kata putus. Idlan hanya mengangguk laju. Dia terus mendekati isterinya lalu memapah Aulia ke bilik air.

"Kalau nak apa2, jerit je. Abang ada kat sini". Pesan Idlan sebelum Aulia hilang di balik pintu bilik air.

Sementara menunggu, Idlan mula mengemas cadar, menyapu bilik dan menggantikan mangkuk bubur. Encik Eddy dan Mama Liza masih belum bangun. Jam menunjukkan pukul 7.45 pagi. Idlan kembali mendaki anak tangga menuju ke bilik semula. Risau jika ditinggalkan isterinya lama.

Sampai sahaja di bilik, Aulia baru sahaja habis membersihkan badan. Dia segera menyarungkan baju di badannya. Idlan hanya duduk memerhatikan Aulia. Kemudian, Aulia bergerak mendekati Idlan di birai katil.

"Thanks! Sebab dah susah payah tolong Aulia". Ucap Aulia lalu duduk di riba suaminya. Idlan tersenyum sambil memaut pinggang Aulia.

"Tugas abang tolong sayang. Tak payah la nak berterima kasih semua tu. Kita ikhlas sama2. Abang akan jaga Aulia, Aulia akan jaga abang. Ok?". Idlan tersenyum. Aulia mengangguk setuju. Inilah suami yang terbaik untuk dirinya. Suami yang dihantarkan untuk menjaga dan melindungi dirinya. Dan Aulia, amanah Allah untuk Idlan.

"Badan sayang panas lagi ni. Sayang rehat la ye". Saran Idlan. Tangannya masih lagi melekap di dahi Aulia.

"Bosan la asyik baring je. Nak turun la tengok tv". Pinta Aulia manja. Dia sudah membuat muka sedih dihadapan suaminya.

"Haish isteri abang ni. Kalau tak goda abang macam ni tak boleh ke? Rehat jela atas katil. Tak payah nak gerak mana2. Jangan lah degil sayang. Nanti melarat kalau tak cukup rehat. Suka la tengok abang risau." Idlan sudah membebel. Ditarik muka masam. Aulia tergelak kecil melihat. Ni siapa yang patut merajuk ni?

"Yelah2, Aulia baring je atas katil. Mereput sorang2". Terhambur gelak Idlan. Dia lantas mengucup lembut pipi Aulia. Tak kisah macam mana sekalipun perangai isterinya, dia tetap akan mencintai sehingga akhir hayat nya.

"Janganlah mereput. Kesian abang nanti". Ujar Idlan. Mereka pun sama2 tergelak. Idlan bahagia berada bersama isterinya. Perkahwinan yang dibina berdasarkan rasa cinta yang tinggi kepada Allah. Maka asbab itu, Allah meletakkan mereka berdua bahagia dalam rahmatNya.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience