Chapter 20

Romance Completed 29055

3 bulan kemudian.

Sudah 3 bulan Aulia tidak mendapat khabar berita dari Idlan Syahid. Sudah 3 bulan jugalah dia menamatkan pengajiannya. Hubungan dia dengan Encik Syam beransur pulih. Ayahnya mula bercakap dengannya. Mungkin Encik Syam mengerti bahawa tiada jodoh antara anaknya dengan Idlan. Aulia mula menarik nafas lega dengan penerimaan ayahnya. Sepanjang 3 bulan ini, ingatan kepada Idlan terkadang menerjah masuk dalam kotak fikirannya. Dia mula memikirkan kata2 ayahnya pada malam kejadian lepas. Betul dia ada teringat akan lelaki itu, tapi hatinya masih tidak terbuka untuk menerima lelaki itu. Dia masih tiada perasaan cinta, kasih atau sayang terhadap lelaki itu.

Pagi ini dia bersiap awal untuk menghadiri seminar bertajuk 'Pemantapan Hati' yang berlangsung di Melaka. Semenjak Aulia menamatkan pengajiannya, Aulia menjadi sukarelawan untuk sebuah badan bukan kerajaan yang membantu remaja2 yang bermasalah. Seminar yang dihadirinya hari ini hasil daripada pelawaan majikannya. Aulia teruja apabila dipelawa oleh majikannya sementelah dia memang suka menghadiri program seperti ini.

Aulia memandang dirinya dihadapan cermin. Simple! Berbaju kurung berona biru laut dipadankan dengan tudung berwarna kuning mustard senada dengan bunga2 kecil di baju tersebut. Aulia mencapai beg tangan ditepi katil dan digalas dibahu. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, segera dicapai henset dan kunci kereta.

"Ibu, Aulia nak gerak dah ni". Sapa Aulia. Ibunya sedang mengubah bunga di ruang tamu. Puan Hawa memandang sekilas ke wajah anak perempuannya. Lama ditatap wajah lembut anaknya. Dia bersyukur hubungan Aulia dan suaminya beransur seperti sediakala. Aulia menerpa kearah ibunya dan mencium tangan ibunya.

"Aulia pergi dulu tau! Nanti dah sampai Johor, Aulia mesej ibu. Nanti kirim salam kat ayah". Ujar Aulia. Dia memerhatikan sekeliling rumah mencari susuk tubih ayahnya.

"Ayah mana, bu?" Soal Aulia sambil kakinya bergerak laju ke kereta. Puan Hawa membontoti anak perempuannya.

"Pergi hantar barang kat surau kejap. Nanti balik la tu". Puan Hawa memberitahu. Dia memerhatik Aulia yang sedang menyarung kasut dan membetulkan pakaiannya. Dia memandang kearah ibu nya dan melambai.

"Hati2 ye. Jangan laju sangat kalau bawak kereta tu". Pesan Puan Hawa. Aulia mengangguk tanda setuju.

Puan Hawa menghantar Aulia pergi. Dia mendoakan perjalanan anaknya selamat dan lancar. Puan Hawa kembali meneruskan kerja. Dia menghembus nafas perlahan.

"Ha, balik dah? Aulia baru je gerak tadi". Ungkap Puan Hawa seraya bangun untuk mengambilkan minuman untuk Encik Syam. Dia menuangkan jus oren kedalam gelas dan dibawa kedepan.

"Oh yeke. Hurm.. dia pergi sehari je kan?" Soal Encik Syam kembali. Dia meneguk jus oren sedikit demi sedikit. Lega tekaknya. Encik Syam bersandar lesu di kerusi malas. Puan Hawa mengangguk laju. Tangannya ligat mengubah jambangan bunga di pasu.

"Abang marah lagi ke kat dia? Sudah2 la marah nya, bang. Dia memang taknak, kita tak boleh nak paksa. Lagipun dah 3 bulan si Idlan tu senyap sunyi takde khabar. Dia pun agaknya terasa hati dengan Aulia tu ha. Entah2 dah dicarinya calon lain kot". Puan Hawa serkap jarang. Dia meletakkan pasu bunga yang siap digubah diatas meja sisi.

Dia memandang suaminya yang sedang membaca surat khabar itu. Suaminya memang keras hati. Aulia pun begitu. Elok sangat lah, anak dan bapa sekepala!

Encik Syam melipat surat khabar dan diletakkan diatas meja. Dipandang isteri yang sedang merenung wajahnya. Encik Syam menghembuskan nafas perlahan.

"Dia ada je contact saya, tanya khabar".

Puan Hawa terkejut! Suaminya memang pandai simpan rahsia. Dia sendiri tidak tahu yang mereka berhubungan. Puan Hawa merapatkan diri kearah suaminya. Memandang tak percaya. Matanya redup meminta kepastian. Encik Syam tergelak kecil melihat isterinya.

"Dah kenapa Hawa oi?" Encik Syam menggelengkan kepala. Digenggam jari jemari Puan Hawa erat lalu dikucupnya. Memang romantik! Puan Hawa melepaskan tangannya dari genggaman Encik Syam.

"Awak tu yang kenapa bang oi? Nak romantik2 pulak.". Bebel Puan Hawa. Padahal dia suka sebenarnya! 'Aduh laki aku ni, boleh cair!' Desis hatinya.

Encik Syam tergelak melihat keletah isterinya yang malu2 kucing tu. Dia melihat isterinya semakin lawa hari demi hari. Cintanya juga makin mekar walaupun usia sudah tua. Itulah penangan bercinta kerana Allah.

"Dia selalu ke contact awak? Kenapa saya tak tahu pun?" Rajuk isterinya. Dimuncungkan bibir dan menoleh kearah lain. Protes marah! Marah2 manja gitu.

"Haha.. awak ni comel la. Nanti saya ikat muncung tu baru tahu!" Encik Syam sudah berkira2 untuk menarik muncung Puan Hawa, acah2 nak ikat. Puan Hawa mengelak dan tergelak besar. Suaminya memang pandai memujuk.

"Ish abang ni! Saya tanya dari tadi, abang tak jawab2 pun". Puan Hawa terus memegang lengan suaminya minta untuk berhenti mengusiknya. Encik Syam menghabiskan sisa ketawanya. Dia membetulkan kitaran nafasnya sebelum bercerita.

"Sejak malam tu, dua ke tiga hari jugaklah senyap. Tiba2, satu hari tu, dia mesej saya ucap terima kasih dan mintak maaf pasal malam tu. Saya kata lah yang saya tak ambil hati pun. Sejak tu lah dia selalu mesej saya tanya khabar, tanya pasal kesihatan semua. Dia ada jugak tanya pasal awak, pasal Aulia". Terang Encik Syam panjang lebar. Dia memandang isterinya yang tekun mendengar ceritanya.

"Dia masih terasa dengan Aulia ke, bang?" Soal Puan Hawa musykil.

Encik Syam menjongket bahu. Dia tidak pula bertanya. Terlupa bahawa anak muda itu pernah menaruh hati pada anaknya. Mungkim nasih menaruh hati. Encik Syam tidak pasti.

"Takpelah kan bang. Kita doa jelah yang baik2. Hurm, dia ada mana sekarang ni, bang?" Soal Puan Hawa. Encik Syam diam sepi. Idlan sudah pun menyuruh Encik Syam untuk merahsiakan keberadaannya. Dia membiarkan soalan itu sepi tidak berjawab.

Encik Syam bangun dari tempat duduk berkira2 untuk ke dapur. Puan Hawa ditinggalkan terkulat2 sendirian. 'Erm, suami aku ni pun. Kita tanya tak dijawab pulak' omel Puan Hawa didalam hati. Dia langsung meneruskan kerja rumahnya. Soalan yang ditanya juga terkubur sepi.

***

"Aduh la wahai traffic, please be nice to me. Pagi2 ni janganlah jammed, bila nak sampai kalau dah macamni gayanya". Bentak Aulia. Dia sudah seperti cacing kepanasan didalam kereta. Dikerling jam dipergelangan tangan, 8.10 pagi. Sudah satu jam dia masih tak bergerak. Seminar berlangsung pada jam 11.00 pagi. Dia risau. Kalau lambat, mesti malu nak masuk dewan seminar tu seorang diri. Dia mengetap bibirnya.

"Aduhaii, ni yang tak berkenan ni. Aish, tolong la jalan wahai kereta2". Aulia memandang kereta sebelahnya. Seorang wanita yang sedang terkumat kamit mulutnya. 'Mesti dia pun tengah membebel macam aku ni ha' tebak Aulia. 'Haih, sabar jelah, Aulia'. Gumam hati Aulia.

Setelah lama menunggu, jalan kembali lancar. Aulia terus memecut laju. Dia mempunyai beberapa jam lagi untuk sampai ke destinasi. Aulia tak peduli, jalan ni milik dia!

Sampainya di dewan seminar, Aulia terus mencari tempat kosong. Dia mula menarik nafas lega. Dia selamat sampai sebelum program bermula. Memang macam nak gila dia memecut tadi. Aulia mengambil botol air mineral lalu dibuka dan diteguk perlahan. Aulia mengeluarkan henset, pen dan gula2 dari beg tangannya. Dia memang cepat mengantuk kalau mendengar sebarang talkshow or ceramah. Aulia memandang orang sekeliling. Rata2 dari kalangan wanita yang menghadiri program hari ini. Aulia menghela nafas perlahan. Dikerling wanita disebelahnya. Mereka bertukar senyuman dan mula untuk sedia memberikan perhatian.

"Selamat datang tuan2 dan puan2. Terima kasih kerana sudi datang ke seminar hari ini. Saya harap tuan2 dan puan2 mendapat sedikit input dari seminar kita sebentar lagi. Biar saya perkenalkan diri. Saya Mohd Azraie bin Apdal selaku pengacara majlis hari ini". Aulia mendengar penuh teliti pembuka bicara dari pengacara majlis. Sekejap2 Aulia memandang kearah fail yang diberikan oleh penganjur majlis. Dibuka fail tersebut, terdapat sebuah buku nota, tentatif majlis, pen sebatang dan keychain tanda penghargaan dari pihak penaja. Aulia mengambil keychain dari dalam fail dan diletakkan kedalam beg tangannya. Ditutup kembali fail itu lalu diletakkan ditepi meja.

"Jadi, tanpa membuang masa, mari kita menjemput penceramah kita, Encik Idlan Syahid bin Eddy untuk naik ke pentas memberikan ceramahnya". Suara pengacara majlis bergema.

Aulia terpana! Betul ke yang aku dengar ni? Tak mungkin!

Dicapai fail yang diletakkan ditepi meja lantas dibuka dengan kasar. Aulia mencapai tentatif program dan mencari2 nama penceramah. Dia kaku! Matanya tak salah memandang. Idlan! Ya, Idlan! Dia menoleh kehadapan saat hadirin memberi tepukan. Aulia kelu!

I..Id..Idlan??

"Assalamualaikum semua!" Idlan memulakan bicara.

Ya! Suara itu sangat dikenalinya. Susuk tubuh itu juga dikenali. Mengapa ini terjadi? Macam mana? Kenapa? Aulia menggeleng kepala beberapa kali. 'Aku bermimpi ke?' Aulia bertanya didalam hati. Lelaki itu kini dihadapannya sedang memberi ceramah! Idlan yang dikenalinya suatu ketika dahulu bukan Idlan yang sedang berada didepan matanya saat ini.

'Bukan dia! Bukan dia! Tak mungkin dia!' Aulia menjerit didalam hati. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Hatinya berdegup kencang. Dia sudah tidak fokus kepada intipati ceramah itu. Apa yang dia rasakan saat ini, dia ingin lari dari lelaki itu!

Aulia menundukkan kepala. Bimbang jika Idlan perasan akan kehadirannya. Aulia hilang tumpuan. Sepanjang program berlangsung, dia hanya memikirkan cara untuk keluar dari dewan seminar. Nasib nya baik tempat yang diduduki berada jauh dari tempat penceramah. Sedang Aulia berkira2 untuk keluar, dia ditegur oleh seorang wanita dibelakangnya.

"Maaf cik, barisan belakang ni kami terpaksa kosongkan untuk AJK duduk. Cik dan yang lain perlu berpindah ke meja hadapan yang kosong". Terang wanita yang berbaju kurung iu. Dilehernya tergantung kad yang menunjukkan dia salah seorang ahli jawatankuasa majlis itu.

Aulia bungkam! 'Apa aku nak buat ni?!'

Perlahan2 Aulia dan peserta yang lain bangun dan mula bergerak kehadapan. Aulia memandang barisan hadapan yang terdapat kira2 sepuluh meja kosong dan ia berada betul2 dibarisan pertama! Aulia rasa nak pengsan. Kalau dia duduk dibarisan pertama, mesti Idlan akan segera cam wajahnya. Dia mesti mencari jalan!

"Maaf kak, boleh tak kalau kita tukar tempat duduk? Akak duduk depan, saya duduk kat sini?" Aulia bertanya kepada seorang wanita disebelah tempat dia berdiri. Cuba mencari sedikit sinar pertolongan buat dirinya.

"Sorry dik, akak tak suka la duduk depan. Sorry eh". Wanita itu menolak. Aulia terkedu! Nampak gayanya terpaksa lah Aulia duduk dibarisan hadapan. Aulia segera bergerak bersama barisan peserta yang diarahkan tadi. Otaknya tepu, tak tahu nak fikir apa lagi. Dia hanya mampu menurut.

Sedar tak sedar, Aulia sudah mengambil tempat dibarisan hadapan dan yang paling menyedihkan, meja nya betul2 setentang dengan lelaki itu! Aulia pasrah dan redha. Dia sudah tidak mampu untuk berfikir mahupun bertindak. Dia memaksa hatinya untuk menurut apa sahaja yang otaknya arahkan.

Aulia tunduk. Dia berharap agar Idlan tidak perasan kehadirannya. Dia cuba menundukkan kepala seberapa boleh asalkan wajahnya tidak dikenali.

Masa yang berlalu dirasakan sangat lambat. Program yang mengandungi dua slot itu tidak memberi apa2 makna buat Aulia. Dia sudah tidak betah. Segala perbuatannya sangat berhati2. Akhirnya, majlis yang berlangsung selama empat jam keseluruhannya berakhir. Aulia menarik nafas lega. Cepat2 dimasukkan barang2 ke dalam beg tangannya dan bergerak keluar pintu dewan. Dia ingin lari!

Sesampai sahaja Aulia dikereta, dia memandang jam di dashboard, 4.45 petang. Aulia terus menekan minyak dan memecut laju. Hatinya masih berdebar2. 'Kenapa dia yang menjadi penceramah? Kenapa aku boleh terlepas pandang masa Puan Zainah memberitahu nama dia masa tu?' Bertubi2 soalan yang bermain di benak fikirannya. Dia memegang stereng kereta kuat. Cuba melepaskan segala yang terjadi pergi dari ingatannya. Dia tak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Tapi kenapa dia dipertemukan semula. Apa yang sedang cuba Allah aturkan untuk hidupnya?

***
Idlan Syahid POV

"Awak dah sedia, Encik Idlan?" Tanya penganjur majlis dibelakang tabir. Aku memandang susuk tubuh dihadapanku lantas mengangguk dan bangun dari tempat duduk. Mencapai sekeping kertas yang dilipat kecil, merupakan nota2 penting yang bakal disampaikan dalam ceramah sebentar lagi.

"Jadi, tanpa membuang masa, mari kita menjemput penceramah kita, Encik Idlan Syahid bin Eddy untuk naik ke pentas memberikan ceramahnya". Aku mendengar suara pengacara majlis yang bergema dibalik tirai. Penganjur majlis menunjukkan jalan kepadaku menuju ke pentas.

"Assalamualaikum semua". Perkara pertama yang aku lakukan setelah mengambil tempat duduk. Aku memandang kesegenap ruang. Begitu ramai hadirin yang menghadiri seminar ini. Aku mengambil nafas panjang sebelum memulakan ceramah. Inilah kerja aku sekarang. Seorang motivator bebas. Aku mula berkecimpung dalam bidang ini setelah aku mula mencari2 arah tuju aku 3 bulan yang lepas. Aku belajar di sebuah pondok agama. Sepanjang aku mendalami ilmu agama dengan seorang Ustaz, aku dipelawa untuk menjadi motivator sambilan. Aku menerima dengan lapang dada. Aku bersyukur kerana dapat meluaskan lagi ilmu Allah. Selain aku belajar, aku juga dapat berkongsi apa yang aku pelajari dengan orang lain.

Aku juga memberikan ceramah di sekolah2 atau mana sahaja sekiranya dipanggil. Aku amat berterima kasih kepada Ustaz yang mengajar aku. Kalau bukan dengan pertolongannya, pasti aku masih lagi di tampuk bawah.

Sedang aku leka memberi ceramah, aku terlihat dari ekor mataku sekumpulan hadirin yang duduk dibahagian belakang diarah untuk kebarisan hadapan. Barisan meja yang berada dihadapanku kosong. Aku meneruskan ceramah tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Tanpa aku sedari, mata aku memandang susuk wajah yang aku kenali yang sedang duduk betul2 dihadapanku.

Aku terkedu!

Wajah yang aku selalu rindukan! Wajah yang aku cuba lupakan. Namun, dia yang selalu aku bayangkan kini berada dihadapanku.

Aulia Nuha!

Aulia cantik berbaju kurung berona biru. Dia memandang kearah susuk tubuh dihadapannya. Aulia menundukkan kepala nya kebawah mengelak dari dilihat oleh aku, mungkin. Aku cuba berlagak tenang walaupun hati aku berdegup laju seperti lajunya kereta lumba F1.

Aku meneruskan ceramah dengan tenang. Sesekali mataku memandang kearah Aulia. Dia tetap seperti itu, menunduk tanpa memandang kearah aku. Mungkin saja dia membenci aku atas sebab peristiwa yang lepas. Atau mungkin sahaja dia memang mengelak dari bertembung dengan aku. Entahlah! Aku cuba berlapang dada. Aku cuba untuk berfikiran positif terhadap dirinya.

Aku mengakhiri ceramahku dengan ucapan salam. Pandanganku terhala kearah Aulia yang sedang bergegas mengemas barang2 nya. Ligat tangannya memasukkan barang2 ke dalam beg tangan yang dibawa. Sedang aku asyik memandang, penganjur datang menegur aku untuk ke bilik sebelah bagi menjamu selera. Aku akur.

Aulia terus hilang dari pandangan. Aku menghela nafas berat. Ujian apakah ini Ya Tuhan? Apakah yang ingin Engkau sampaikan kepada aku? Aku cuba membuang segala prasangka buruk yang menerjah kedalam kotak fikiran.

Aku cuba untuk menyelesaikan tugas aku secepat mungkin. Aku perlu pergi agar bayangan Aulia juga pergi jauh.

Bantu aku Tuhan!

***

Aulia berhenti di kawasan rehat dan rawat untuk mengisi perut dan menunaikan solat asar. Dia menunaikan solat dahulu kemudian barulah mengisi perut. Dia mengambil tempat yang kosong setelah membeli semangkuk mee kari udang dan air teh panas. Dihirup teh yang panas itu perlahan2.

Aulia mula menyuap mee ke dalam mulut. Dari satu suap ke satu suap. Aulia menghabiskan makanannya dan segera untuk pulang kerumah. Dia perlukan rehat.
Sepanjang dalam perjalanan, Aulia hanya ditemani dengan celoteh deejay yang bertugas. Aulia memandu dengan laju nya. Dia sudah tidak sabar untuk pulang.

Hampir 3 jam perjalanan, Aulia akhirnya sampai ke rumah. Aulia segera memakir kereta dan berlalu menuju ke bilik tidurnya. Puan Hawa dan Encik Syam tiada dirumah. Menurut adiknya, Adhwa, ibu dan ayahnya kerumah jiran mereka, makcik Aisyah untuk rewang kenduri kahwin anak lelakinya.

Tanpa berlengah lagi, Aulia mencapai tuala untuk menyegarkan badannya. Perjalanan Aulia sangat meletihkan. Dia berendam setengah jam lamanya. Setelah siap, Aulia solat dahulu sebelum dia melelapkan mata. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Matanya berat.

Sedang Aulia berkira2 untuk melelapkan mata, Aulia mendapat satu mesej masuk lantas dicapai hensetnya.

'Nuha, esk aku dtg rumah kau pagi tau. Kau jgn pegi mana2 plak. Nanti da sampai, aku call'

Mesej dari sahabat baiknya, Shaira. Aulia menekan butang reply,

Okey. Apa2 bagitau ek. Aku nak tido dulu, penat. Bye!

Send!

Aulia terus meletakkan henset ditepi bantal dan terus melelapkan mata. Aulia lena!

***

Pagi ni Aulia bangun awal. Dia teringat kawannya akan datang ke rumah hari ni. Aulia sudah memaklumkan kepada Puan Hawa dan Encik Syam. Aulia bersiap2 mengenakan t-shirt lengan panjang dan seluar tracksuit. Dia lantas menuju ke dapur. Dibuka peti sejuk untuk melihat2 apa yang boleh dijadikan bahan untuk memasak. Aulia mengeluarkan bahan2 untuk membuat tomyam. Aulia meletakkan udang dan sotong didalam sinki.

Dia menyinsing lengan baju nya dan memulakan tugasan. Menu hari ini adalah nasi putih, tomyam, telur goreng, sambal kacang panjang dan air cincau. Aulia memasak sendiri hari ini tanpa pertolongan ibunya.

Sedang Aulia leka menyiapkan bahan, ibunya menegur dari belakang membuatkan pergerakannya terhenti.

"Nak ibu tolong ke?" Soal Puan Hawa mendekati anak perempuannya. Aulia dipandang lembut. Alia menggeleng tanda tidak perlu. Dia boleh melakukan seorang diri. Puan Hawa lantas meninggalakan dapur dan menuju ke ruang tamu.

Setelah lama bertungkus lumus untuk memasak sendiri, akhirnya Aulia dapat menyiapkan hidangan tersebut. Aulia hidangkan diatas meja. Aira menegur Aulia sambil tangannya menuang air digelas.

"Siapa nak datang kak?" Soal Aira. Dia memandang hidangan diatas meja. Aira pelik. Pagi2 dah masak ni apa cerita. Aulia tersenyum memandang adiknya. Dia menceritakan tentang kedatangan kawannya, Shaira. Aira mengangguk faham lalu membantu kakaknya meletakkan hidangan diatas meja.

Sementara menunggu, Aulia dan Aira keluar rumah untuk menyiram pokok bunga. Puan Hawa yang sedang leka membaca majalah menoleh.

"Nak siram bunga ke? Siram, siram betul2 jangan ada yang basah pulak nanti". Pesan ibunya. Dia faham sangat kalau dua orang anaknya tu bersama, pasti ada saja yang berlaku. Aira dan Aulia tergelak besar seraya menggangguk.

"Kak, apa cerita dengan Encik Idlan? Akak tak contact dia ke?" Soal Aira sambil memandang kearah Aulia yang sedang menyiram pokok bunga kertas. Aulia mencebik. 'Macam takde soalan lain la adik aku sorang ni' desis hati Aulia.

"Entah la, akak tak jaga dia, jadi akak tak tahu la. Akak dah lama tak contact dia pun". Terang Aulia. Dipandang adiknya yang sedang tersengih2.

"Kak, terima jelah dia tu. Aira tak rasa dia tu jahat ke apa. Aira rasalah kan kak, niat dia ikhlas la". Aira sudah mula membuat penilaian sendiri. Lagaknya seperti seorang ahli nujum.

"Aira ni dah kenapa tiba2 cakap pasal mamat tu? Berkenan dah ke?" Usik Aulia. Dia sengaja menekan ayat terakhir itu untuk mengusik adiknya.

Aira menggeleng laju. Dijeling Aulia yang sedang gelak.

"Eh hello! Siapa yang kena lamar dulu tu? Takde masa la nak berkenan dengan dia. Dia yang berkenan, kita pulak yang kena". Aulia mencebik. Ada ke patut kita yang kena.

Aulia yang mendengar terus menerpa kearah Aira lalu dicubit2 adiknya. Apalagi, Aira terus membalas dengan cubitan yang lagi kuat. Mereka mengaduh kesakitan. Sesekali mereka terjerit kecil kerana bisa cubitan yang mereka alami.

"Haa, agak dah. Kalau dua orang ni berjumpa, memang tak jalan kerja nya". Bebel Puan Hawa memandang mereka yang sudah terbaring di pangkin. Terburai ketawa mereka berdua.

"Sorry, bu". Ucap mereka dalam tawa yang masih bersisa.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience