Chapter 17

Romance Completed 29055

Hari ini, kelas bermula seperti biasa. Aulia menjalankan kembali rutin hariannya. Kelas, discussion, study group, library. Itulah rutin harian Aulia. Memang memenatkan tapi demi segulung ijazah, Aulia tahankan. Hari ni jadual Aulia penuh. Dari pagi hingga ke malam, penuh dengan kelas dan discussion. Aulia tiada masa untuk berehat. Masa makan pun terpaksa skip. Nasib perutnya tak meragam, kalau tidak, memang susahlah dia hendak menghadiri kelas. Semester kali ini Aulia keseorangan. Yelah, Shaira sudah berpindah ke Terengganu. Dah hilang seorang sahabat baiknya. Aulia rindu Shaira. Selalunya, mereka akan bersama2 kemana sahaja macam belangkas. Hari ini, Aulia sendiri. Sepanjang hari ini, Aulia tidak berkesempatan untuk menelefon ibunya bertanya khabar. Mesej yang diterima pagi tadi oleh ibunya masih terbayang2.

'Idlan nak dtg ke rumah harini. Ayah mtk kamu singgah sekjp. Xelok buat tetamu menunggu'

Aulia serabut! Kenapa mesti ayah izinkan Idlan datang rumah? Itu yang Aulia tak faham. Susah sangat ke ayahnya nak memahami keadaan dirinya. Aulia berkira2 untuk tidak pulang kerumah. Tapi, memikirkan ayahnya, Aulia takut sekiranya keputusan itu mengundang marah Encik Syam.

"Eh Aulia, aku lupa nak cakap yang kelas dengan Prof. Mala malam ni dibatalkan. Ganti sabtu ni. Dia nak buat straight 3 masa terus! Pagi2 pulak tu! Matilah nyah!" Azim datang memberitahu apabila melihat Aulia masih tak berganjak dari tempat duduk. Dia sudah dapat membayangkan lagak Prof. Mala yang sekalipun tak pernah senyum didalam kelas. Serius memanjang! Azim memicit2 dahi nya seperti orang yang nak pengsan lagaknya.

"Aku dah bajet2 taknak mai kelas dia sabtu ni tau! Kau nak join tak?" Keningnya sengaja diangkat2. Aulia menggelengkan kepala.

"Kau ni Azim, ada pulak macamtu. Sepatutnya kau sebagai ketua, kenalah nasihatkan aku, ini tak, kau pulak yang macamni!" Gelak Aulia melihat sikap Azim. Macam tak biasa pula dengan perangai Prof. Mala. Dari semester pertama lagi mereka sudah terikat dengan dia. Aulia sudah lali.

Azim memuncungkan mulut. Dia bingkas bangun meninggalkan meja Aulia. Aulia senyum kambing. Aulia melihat jam di pergelangan tangan, 5.15 petang. Aulia segera mengemas buku2 nya lalu dimasukkan ke dalam beg. Dia bingkas bangun keluar dari kelas. 'Kalau cancel, maknanya aku kena balik jugaklah' desis hati Aulia. 'Ikut jelah Labu!'

Aulia bergerak menuju ke masjid untuk solat asar. Panggilan Allah lebih diutamakan. Aulia mempercepatkan langkah. Sampai di masjid, Aulia mula mengambil wudhu dan solat asar. Selesai sahaja solat, Aulia terus ke kereta tanpa berlengah lagi. Dia tak mahu tersangkut dalam traffic jammed.

Baru sahaja tangan Aulia mencapai stereng kereta, henset nya berbunyi menandakan panggilan masuk.

Tut! Tut!

"Assalamualaikum. Kamu kat mana tu? Dapat mesej ibu pagi tadi?

"Waalaikumussalam. Sorry bu tak sempat nak reply. Harini Aulia sibuk sangat. Ni pun mujur la kelas batal. Tu yang tak sempat nak pegang henset tu.

Aulia memberi jawapan. Dia menyandarkan badan. Sengal2 badannya.

"Ohh! Ni pun ayah kamu suruh ibu call. Idlan nak datang rumah lepas isyak. Ada hal katanya. Kamu jadi balik ke?

Perlahan2 Puan Hawa memberitahu. Dia bimbang penerimaan anaknya. Aulia senyap dihujung talian. Puan Hawa memandang kearah suaminya yang sedang duduk dikerusi malas.

"Hurm, jadi. Aulia balik.

Perlahan nada suara Aulia. Dia seperti tak bermaya bila Idlan menjadi subjek utama dalam perbualan.

"Okey lah bu. Nanti kalau lambat, jammed pulak. Aulia gerak dulu la ye. Assalamualikum.

Aulia terus mematikan talian dan terus bergerak pulang.

***

"Dah cakap kat anak perempuan awak?" Soal Encik Syam serius. Sesekali batuk nya kedengaran. Encik Syam menghirup air kopi diatas meja. Puan Hawa mengangguk.

"Kenapa abang beriya2 sangat dengan budak Idlan tu? Saya tak faham la. Apa yang awak berkenan sangat dengan dia?" Soal Puan Hawa tidak mengerti. Dia menghampiri suaminya, duduk ditepi kerusi malas kepunyaan Encik Syam dan mula mengurut kaki suaminya. Encik Syam diam. Lama dia berjeda sebelum membuka mulut.

"Ada sesuatu, Hawa. Pasal budak tu. Saya caya, dia budak yang baik". Puji Encik Syam. Berkerut dahi puan Hawa. Baik? Dia sendiri tidak melihat kebaikan apa yang dilakukan sehingga suaminya begitu yakin memuji.
Encik Syam memegang tangan Puan Hawa sekaligus memberhentikan perlakuannya. Encik Syam tersenyum memandang isteri kesayangannya. Perlahan2 dia bangun dari kerusi malasnya. Diajak isterinya ke pangkin di halaman rumah.

"Dengar apa yang saya nak cakap". Arah Encik Syam. Encik Syam mula bercerita kepada isterinya sejak kali pertama dia memandang anak muda itu. Encik Syam menceritakan bagaimana dia tahu tentang tatoo tersebut. Bagaimana dia boleh melepaskan anaknya keluar dengan Idlan pada tempoh hari. Juga tentang kenangan pahit yang terjadi dalam hidup Idlan. Semuanya!

"Ma..macam mana a..awak tahu ni semua?" Tergagap2 Puan Hawa bertanya. Terkejut dengan cerita yang baru sahaja didengar. Kebas telinganya mendengar cerita penuh dari suaminya. Puan Hawa hanya mengetahui kisah Idlan cuma biasa2 sahaja. Tidak disangka bahawa kehidupannya jauh lebih teruk dari apa yang diceritakan oleh Aulia dahulu.

"Saya dah pernah jumpa Idlan. Dia dah cerita pada saya semua sekali. Sekarang ni, dia nak bertaubat, buang segala sifat buruk tu. Sebab itu saya berani kata dia seorang lelaki yang baik. Saya sendiri nak dia menjadi menantu saya". Ujar Encik Syam. Dia tersenyum memandang isterinya yang sedari tadi senyap. Encik Syam tersenyum. Dia mengambil tangan isterinya lalu digenggam erat.

"Saya tau awak mesti tak setuju dengan saya. Sebab tu kalau boleh, saya taknak cerita dekat awak pasal masa silam dia. Tapi tak adil pulak. Saya tak fikir yang masalah akan selesai kalau dirahsiakan. Sebab tulah saya mencari masa yang sesuai untuk cerita kat awak. Percayalah, anak kita mampu bahagia dengan dia. Dan saya percaya, Idlan sudah dalam proses berubah. Saya yakin! Idlan sendiri minta izin kat saya nak datang malam ni. Tapi, jangan pulak awak cerita kat anak awak tu. Biar dia tahu dari mulut Idlan sendiri". Dia menghabiskan ayatnya. Duduk bersandar ditiang. Nafas dihela lega. Dia memandang pokok2 yang hijau, tenang rasanya. Isterinya masih mendiamkan diri. Encik Syam membiarkan isterinya memikirkan dalam2 apa yang baru dia sampaikan. Dia memberi ruang untuk Puan Hawa membuat keputusan.

Lama menyepi, Puan Hawa membetulkan duduknya, memandang tepat ke anak mata suaminya.

"Saya percaya abang. Saya tahu abang tak akan buat keputusan yang salah. Tapi, hati yang lain risau la". Luah Puan Hawa.

"Risau kenapa, Hawa?. Tanya Encik Syam dengan lembut. Prihatin dengan kerisauan isterinya.

"Abang sendiri cakap tadi yang dia dah.. dia dah pernah... urm..

"Berzina?" Laju Encik Syam memotong. Dia seakan mengerti apa yang ingin disampaikan oleh isterinya.

"Hawa, tak perlu lah kita nak ungkit kisah lama. Dia berzina, itu antara dia dan Allah. Sekarang, dia dah kembali bertaubat maksudnya dia dah suci kembali. Walaupun kita memandang dari sudut zahir, yelah.. berzina kan.. kotor la maksudnya, tapi, cuba kita pandang dari segi lain, dari segi Islam. Dia sudah kembali menemui jalan yang betul. Bukan ke orang yang bertaubat ni umpama bayi yang baru lahir? Nah, mengapa tak awak pandang dari sudut tu?" Terang Encik Syam panjang lebar cuba memahamkan isteri kesayangannya. Dia tahu pasti sukar untuk isterinya menerima, tapi bagi Encik Syam, tiada apa yang mustahil jika itu kehendak Tuhan.

Puan Hawa mengangguk setelah lama dia berfikir baik buruknya. Betul kata suaminya. Yang lama usah diungkit kembali. Sepatutnya dia memandang kehadapan. Memandang pada realiti yang beraa didepan matanya, iaitu Idlan. Idlan yang sudah bertaubat, yang sedang belajar kembali mengenai Islam. Puan Hawa tersenyum manis memandang suaminya. Encik Syam membalas senyuman isterinya.

"Jadi kira dia datang malam ni untuk merisik anak kita ke?" Soal Puan Hawa tersenyum, menampakkan barisan gigi nya. Tidak berkelip memandang suaminya yang sudah bangun dari pangkin menuju ke dalam rumah. Encik Syam menoleh,

"Taknak masuk ke? Nak maghrib ni. Saya nak solat dengan siapa kalau awak duduk kat luar?" Usik Encik Syam. Dia tergelak memandang isterinya yang kalut bangun dari tempat duduk. Puan Hawa menepuk dahinya dan tersenyum kambing. Mereka bergerak seiringan untuk bersama2 bercinta dengan Tuhan.

***

"Akak! Buat apa tu?" Aira menerjah masuk bilik Aulia dan terus menghempas badan ke katil. Aulia dilihatnya sedang termenung dengan wajah yang sugul didepan meja solek.

"Kenapa akak ni? Pakwe datang pun nak sedih2 muka tu?" Usik Aira. Dia tersenyum melihat Aulia yang seperti orang mati laki. Aulia menjengilkan biji mata kearah adik bongsunya. 'Eei, budak ni memang nak kena la! Sejak bila pulak la dia jadi pakwe aku!' Bebel Aulia didalam hati. Aulia menghampiri adiknya lalu melabuhkan punggungnya duduk bersebelahan Aira.

"Yang pertama, dia bukan pakwe akak ye!" Aulia memberi amaran sambil jari telunjuk dihalakan ke arah Aira. Aira mencebik tak percaya. Dia tersengih2 seperti kerang busuk.

"Yang kedua, huh.. akak tak nak dia datang. Aira tau tak kenapa dia datang? Soal Aulia lemah. Dia runsing memikirkan masalah nya. Lagi beberapa minit, Idlan akan sampai ke rumah. Dia tak habis fikir apa sebab kedatangan lelaki itu.

"Ala, kak. Kenapa pulak tak suka. Biar la dia nak datang. Lagipun tak salah kan nak ziarah menziarahi". Ulas Aira. Dia cuba menyembunyikan dari Aulia. Petang tadi dia ada terdengar perbualan antara ayah dan ibunya. Jadi, secara zahir nya dia tahu serba sedikit dia asbab kedatangan Encik Idlan. Kalau nak diikutkan, dia setuju sahaja segala yang ayahnya cakapkan, tapi segala2nya bergantung pada Aulia. Memang tak dinafikan Idlan itu baik dan sudah berubah, tapi kita masih tak tahu hati dia.

"Huh!" Aulia mengeluh. "Susah la dik. Masalahnya, gaya ayah tu lain macam. Akak susah hati". Luah kepada Aira. Dia ingin adiknya memahami gundah dihati Aulia. Encik Syam seperti ingin dia dan Idlan disatukan. Aulia tak suka. Dia boleh menerima Idlan dengan baik tapi untuk bersama, jauh sekali!

"Adik tak kan la tak ada dengar apa2?" Soal Aulia inginkan kepastian. Dia memandang Aira yang duduk bertentangan dengannya. Aulia mengangkat2 kening menunggu jawapan.

"Ahh.. erm.. tak! Tak a..ada.. Aira tak tahu apa2 pun". Jawab Aira tergagap. Dia bimbang kalau2 dia tersalah cakap. Habis nanti!. Aulia membetulkan duduk. Dicapai majalah lalu diselak setiap helaian muka surat. Pandangannya kosong.

"Aulia! Meh turun bawah ni. Tetamu sampai dah!" Laung Puan Hawa dari tingkat bawah. Aulia terus tegak kaku. Hatinya bagai nak pecah. Aira memandang kasihan pada kakaknya. Dia menggenggam tangan Aulia erat2 cuba memberi ketenangan.

"Kak, jom! Akak tenang ye. Ala, anggap je dia datang nak ziarah keluarga kita, nak ziarah akak. So, akak tak payah runsing2 la ye". Pujuk Aira. Aulia menghela nafas panjang. Dia membalas genggaman adik nya cuba tersenyum.

"Teman akak kat bawah, ye?" Pinta Aulia Nuha. Aira mengangguk. Setelah hampir 10 minit cuba bertenang, akhirnya Aulia menarik tangan adiknya mengajak turun ke bawah. Tangannya menggigil2. Dia cuba berselawat dalam hati, mengusir segala kerisauan.

Aulia dapat mendengar perbualan antara Encik Idlan dan ayahnya. 'Seronok nya borak diorang tu' desis hati Aulia. Aulia turun tangga lambat2. Dari ekor matanya, dia sudah melihat susuk tubuh lelaki itu, rancak berborak. Aulia menjeling tajam. Ayahnya pula terlalu senang menerima kehadiran lelaki itu.

Aulia mengambil tempat di sebelah ibunya. Aira juga turut mengambil tempat di sebelah Aulia.

"Ha, da turun pun. Idlan, kamu cakap ada hal nak bagitau, cakap lah! Memandangkan semua dah ada kat sini". Ujar Encik Syam sambil memandang kearah Idlan. Idlan tersenyum manis memandang mereka. Dia menghela nafas perlahan.

"Ah, saya segan la, pakcik". Ujar Idlan malu2. Dia memandang raut wajah Encik Syam dalam2.

"Apa nak malu nya. Cakap jelah. Kalau ada benda nak tolong, kita tolong". Encik Syam menenangkan Idlan.

"Ah, sa..saya datang ni sebenarnya pakcik, saya.. erm.. saya datang ni, saya nak bagitau yang.. saya.. saya suka anak pakcik dan saya berhajat ingin menjadikan dia suri hati saya". Idlan memberitahu jujur. Dia menarik nafas lega. Akhirnya diluahkan isi hatinya. Walaupun dia pernah cuba untuk lari dari berjumpa Aulia, hakikatnya dia tak mampu untuk melawan perasaan yang semakin mendalam. Teringat pesan papa nya supaya jadi seorang lelaki yang gentleman dan penuh tatasusila. Jika dah berkenan, jangan tunggu lama, terus berjumpa dengan orang tuanya. Barulah dipandang sebagai lelaki yang boleh dipercayai. Maka sebab itulah, Idlan tidak mahu menunggu lebih lama untuk berkenalan dan memberanikan diri untuk berjumpa Encik Syam dan Puan Hawa.

Dia menggenggam tangannya kuat. Wajah Encik Syam dan Puan Aulia dipandang silih berganti. Dia sudah memberitahu isi hatinya, hanya tinggal menunggu respond dari kedua orang tua Aulia.

"Ohh, begitu. Hurm, pakcik takda masalah pun. Tapi, kena la dengar jugak dari pihak empunya badan". Encik Syam menoleh memandang Aulia. "Kamu dengar tak Aulia?" Soal Encik Syam tenang. Dia menyandarkan badan ke sofa yang diduduki menghela nafas perlahan2. Sunyi! Keadaan menjadi sunyi.

Aulia menggenggam tangan Aira. 'Jadi inilah hal nya sampai aku kena balik sangat tu' gumam Aulia.

Ibunya mengusap bahu Aulia perlahan2. Kelu lidah untuk berkata2. Idlan menanti dengan tenang. Dia memandang Aulia yang sedari tadi tidak memandang kearah dia langsung. 'Dia tak suka aku ke?' Detik Idlan.

"Aulia mintak maaf, ayah. Aulia bukan berniat nak kurang ajar atau apa jelah. Aulia dah dengar apa yang Encik Idlan cakap dan..."

Aulia menghembuskan nafas.

"Aulia.. erm.. Aulia mintak maaf sangat2. Aulia tak suka Encik Idlan. Aulia mintak maaf, Encik". Aulia menggigit bibir. Dia takut. Dia tak dapat nak memikirkan respond ayahnya. Dia pandang wajah ibunya, terkejut. Dipandang wajah adiknya, Aira tersenyum memandang Aulia.

Idlan terkejut. Dipandang kaku wajah gadis idamannya. Dia tak menyangka akan ditolak mentah2. Dia menaruh harapan yang sangat tinggi kepada Aulia. Tapi sekelip mata dia menolak. Idlan bungkam!

"Aulia tak faham kenapa ayah suka kat Encik Idlan. Sedangkan Aulia tak pernah pun nampak ayah rapat dengan Encik Idlan ni atau apa2 jelah. Ayah tak kenal pun Encik Idlan ni siapa, latar belakang dia tu semua. Entah dia ni siapa2, kita pun tak kenal. Aulia mintak maaf ayah". Makin lama, makin perlahan suara Aulia. Aulia tertunduk. Lama Encik Syam terdiam.

"Kamu dah ada calon ke?"

Soal Encik Syam. Mungkin anaknya ada menyimpan calon lain. Aulia menggelengkan kepala. Aulia menelan air liur yang terasa pahit.

"Jadi, kenapa ditolak hajat Idlan tu?"

Encik Syam masih tidak berpuas hati dengan jawapan anaknya. Sekiranya dia tiada calon lain, kira tepat lah pilihan dan keputusan Encik Syam. Tapi, mengapa anaknya menolak? Dia berkenan dengan jejaka dihadapannya. Dia juga merasakan anaknya mampu bahagia dengan Idlan.

"Ayah percaya yang Idlan ni dah berubah. Dia dah bertaubat. Ayah kenal dia, Aulia. Ayah dah pernah jumpa dia beberapa kali. Ayah tahu kisah dia dan ayah jugak tahu yang dia dah insaf. Aulia, ayah sendiri melihat dengan mata kasar ayah ni, dia boleh membimbing kamu dalam rumah tangga." Sambung Encik Idlan. Dia tidak berpuas hati dengan penolakan anaknya.

Idlan sudah tersenyum hambar. Dia menggelengkan kepala tanda tidak percaya dengan kata2 Aulia sebentar tadi. 'Tak kenal latar belakang aku?' Hina sangat ke dia sampai sanggup direndahkan2 sebegini rupa? Dia sedar dulu dia khilaf, tapi kini dia sudah tinggalkan perangai buruknya. Idlan ditolak mentah2. Dia cuba berlagak tenang, tapi hakikatnya hati Idlan seakan mahu meletup. Idlan bingkas bangun!

"Maaf lah pakcik, makcik. Saya rasa yang saya perlu pergi. Mungkin betul yang Aulia memang tak sukakan saya, apa boleh buat kan? Huh, saya cuma tak boleh terima penghinaan yang dilemparkan kepada saya. Aulia, saya mintak maaf sebab saya terburu2 datang ke rumah awak. Tapi saya cuma luahkan apa yang saya rasa. Maaf ye semua. Saya tau saya tak macam lelaki lain atau lelaki yang awak harapkan. Saya sedar yang tak akan ada siapa2 pun kat dunia ni yang nak hidup dengan lelaki yang dah pernah tidur dengan perempuan entah mana2, latar belakang pun entah mana2. Lelaki yang satu ketika dulu berperangai buruk. Betul la kata orang, kalau sekali kita buat jahat, selama2 nya orang akan anggap kita jahat. Saya ikhlas sayangkan awak, Aulia. Saya juga manusia, ingin mencintai dan dicintai. Saya datang dengan penuh rasa hormat tapi saya dibalas macam ni sekali. Mungkin ini balasan atas dosa2 saya kot. Hurm, takpelah pakcik, saya balik dulu ye, Assalamualaikum".

Semua kaku!

Idlan bingkas bangun. Dia perlu segera meninggalkan rumah ini. Dia rasa terhina! Apa yang Aulia cakap tadi cukup membuatkan Idlan tidak betah untuk berlama.

Hati nya sakit! Pedih! Air mata jatuh berderai!

Di rumah,

"Aulia! Kenapa kamu buat dia macamtu? Kamu dah tak kesian kat dia ke?". Ucap Puan Hawa terkejut. Dia menghadap Aulia yang tunduk dari tadi. Puan Hawa sendiri tak tahu nak memberi komen apa. Aulia memang keras hati. Jika dia tidak mahu sesuatu, sia2 saja memujuk, memang tidak lah jawapannya.

"Bagus! Ini yang kamu balas. Ayah cuba bagi kamu yang terbaik. Ayah harap kamu fikirkan apa yang ayah cakap ni". Encik Syam bingkas bangun dan berlalu menuju kebilik. Encik Syam kecewa dengan perangai anaknya. Dia malu dengan Idlan. Tinggi harapan untuk bermenantukan Idlan. Tapi atas alasan anaknya, Idlan ditolak mentah2 tapi mendengar dengan lebih lanjut.

Aulia menangis. Dia tahu salah dia membuat ayahnya kecewa. Tapi apakan daya, dia terpaksa memberitahu yang jujur kepada Encik Syam. Hati nya tidak pernah terbuka untuk mencintai manusia yang bernama Idlan Syahid. Encik Syam mendaki anak tangga tanpa sepatah kata.

"Ayah!"

Aulia berlari kearah ayahnya. Dia cepat2 memegang tangan ayahnya. Dia memandang wajah tua Encik Syam. Aulia tahu ayahnya terasa hati dengan dia. Dia perlu membetulkan keadaan. Puan Hawa hanya memandang kosong. Dia tahu suaminya kecewa dengan anak perempuannya. Aira diam tak berkutik. Dia takut melihat Encik Syam sebegitu.

"Ampunkan Aulia, ayah! Bukan niat Aulia nak buat ayah atau Encik Idlan macam tu. Lagipun, bukan Aulia merendah2 kan dia, Aulia cuma cakap yang kita, ayah, semua ahli keluarga kita tak kenal dia dan latar belakang dia dengan lebih lagi. Dan Aulia cuma bagitau tentang perasaan Aulia, tu je. Maafkan Aulia ayah!" Pinta Aulia. Dia menangis. Dia takut kalau2 ayahnya marahkan dia. Encik Syam menghela nafas. Dia sendiri tak tahu untuk memberi jawapan apa lagi. Dia memandang anaknya lemah.

"Ayah penat, Aulia.". Lantas menarik tangannya dari genggaman Aulia.

Aulia terduduk! Air mata mengalir tak berhenti. Dia menyesal.

Puan Hawa dan Aira hanya mampu memandang. Tiada daya untuk membantu. Mereka hanya mampu memandang sesama sendiri.

"Pergilah masuk tidur. Kamu fikirkan balik apa yang ayah kamu cakap tu. Tak baik kamu hancurkan harapan dia". Tenang Puan Hawa memujuk. Dipandang dengan penuh kasih. Dia melemparkan senyuman manis.

"Bawak kak Aulia kamu masuk bilik". Arah Puan Hawa kepada Aulia. Aira menurut perintah. Dia memegang tangan Aulia dan memimpin masuk ke dalam bilik. Dia turut rasa sedih dengan apa yang berlaku. Aira simpati terhadap kakaknya. Jika dia di tempat kakak nya, pasti dia juga melakukan perkara yang sama.

"Kak, sabar ye. Nanti surut la marah ayah tu. Akak tidur ye. Nanti akak lega la". Ujar Aira. Dia membantu kakaknya menanggalkan tudung dikepala. Aulia hanya menangis. Dia duduk disebelah Aulia, mengurut2 belakang badan untuk melegakan Aulia.

"Apa patut akak buat, Aira? Akak tak pernah terfikir untuk sayang dia. Pada akak, cinta akak tak pernah untuk diberikan kepada seorang lelaki. Akak tak nak! Tolong la akak!" Rayu Aulia sepenuh hati. Dia sudah kehabisan tenaga. Dia hanya mahukan Encik Syam memahami isi hatinya saat ini.

"Kak, Aira memang tak kenal dengan Encik Idlan tu. Tapi kak, kalau ayah dengan ibu sendiri percaya dia, tak mustahil dia memang baik kan? Lagi satu, akak memang tak nak Encik Idlan tu sebab dulu dia teruk ke?" Soal Aira berhati2. Dia cuba memahami hati Aulia tika ini. Dia ingin mengetahui punca lamaran Encik Idlan ditolak.

Aulia senyap. Dipandang adiknya cuba untuk menghadam soalan yang baru ditanya. Jujur dia akui punca dia menolak Encik Idlan atas alasan dia bukan kriteria yang diidamkan sementelah dia pernah terjerumus dalam dosa suatu ketika dulu. Pun begitu, Aulia merasakan tidak patut untuk dia menghakimi Encik Idlan sehingga begitu sekali. Cuma yang paling penting, hatinya memang tidak pernah terbuka untuk mana2 lelaki.

"A..akak cuma.. tak suka dia and akak tak pernah cintakan dia". Luah Aulia. Aira tersenyum. Dia mengusap lembut bahu Aulia.

"Cinta boleh dipupuk, kak. Why not akak cuba untuk cintakan dia?" Soal Aira kembali. Dia cuba memberi cadangan. Dia tahu, kakaknya itu bukanlah seorang yang keras hati sangat.

"Entahlah. Akak tak mampu nak fikir sekarang ni. Akak nak tidur dulu". Bidas Aulia. Dia perlu tidur. Otaknya tepu. Mata Aulia terasa berat dek air mata yang laju mengalit dari tadi. Dia cuba untuk.memberi ruang pada diri nya sendiri. Aira memandang Aulia yang sudah bersiap2 untuk tidur.

"Kak, boleh Aira cakap sesuatu?"

Aulia menoleh kearah Aira. Mengangguk tanda setuju.

"Kalau akak cintakan Allah atas sebab alasan patuhnya akak sebagai hamba kepada Sang pencipta, kenapa akak tak boleh buka hati akak, beri satu ruang kecik kat hati akak untuk mencintai seorang lelaki atas sebab untuk mendapatkan lagi cinta kepada Allah tu? Bukan ke akak pernah cakap dengan Aira yang kalau kita bercinta dengan seorang lelaki yang bersama2 mencari jalan menuju Allah, itu lebih manis, kan? Dalam masa sama, akak dapat pahala dengan mendirikan masjid". Aira memandang Aulia yang tertunduk sayu. Aira tersenyum sendiri.

Sebelum keluar, Aira menoleh,

"Istikharah! Itu yang patut akak buat. Mintak tolong Allah carikan cinta yang soleh untuk akak supaya sama2 dapat mencintai Ilahi".

Aira menutup pintu perlahan. Aulia ditinggalakan menangis. Dia sedar, saat ini, Allah satu2nya pengharapan. Dia perlu untuk berjumpa Penciptanya.

Aulia meraup mukanya, membersihkan sisa air mata. Dia bingkas bangun untuk mengambil wudhu. Dia perlu istikharah!

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience