Chapter 36

Romance Completed 29068

Hari ni Idlan mengajak Aulia ke kedai kain untuk membeli kain baju kurung buat Mama Liza. Lusa merupakan ulangtahun hari lahir nya. Idlan sudah merancang untuk mengadakan surprise party khas untuk Mama Liza. Encik Eddy juga sudah maklum dengan hal ini malahan dia juga turut serta untuk membuatkan kejutan untuk isterinya.

"Abang, nak tanya sikit, boleh?". Soal Aulia memecah sunyi. Mereka berada di dalam kereta sedang dalam perjalanan. Idlan menggangguk laju.

"Apa dia? Tanya jelah". Jawab Idlan. Matanya masih fokus kepada pemanduan. Dia menunggu soalan isterinya tenang.

"Macam mana abang boleh berbaik dengan mama? Er, Aulia sorry kalau abang tak suka soalan ni. Kalau abang tak suka, abaikan je". Ujar Aulia takut2. Dia memandang wajah suaminya yang tiada reaksi. Idlan senyap. Dia sendiri terfikir macam mana dia boleh menerima Mama Liza dalam hidupnya.

"Entah!". Sambil menjongket bahunya. Dia tiada jawapan yang tepat untuk soalan isterinya.

"Maybe feel tu datang tiba2, so, berbaik jelah. Abang tegur mama, mama tegur abang". Idlan menjawab tenang. Aulia masih tidak berpuas hati dengan jawapan Idlan tapi didiamkan sahaja. Dia mengangguk dan membuang pandangan ke luar tingkap.

"Isteri abang ni kenapa tanya? Ada apa2 yang pelik ke?". Soal Idlan hairan. Dia memandang sekilas wajah Aulia. Apa yang difikirkan oleh isterinya itu?

"Takde. Saja". Hanya itu jawapan yang diberikan. Aulia tersenyum hambar. Mungkin betul kata suaminya. Feel.

"Ada2 je isteri abang ni. Hurm, kita nak ke Nagoya atau Jakel?". Soal Idlan. Aulia berfikir sebentar. Berkerut dahinya.

"Jakel la. Kain dia cantik2. Alang2, boleh la Aulia borong sekali". Ujar Aulia seraya tergelak kecil. Idlan tersengih. Sudah mengagak apa yang difikiran isternya.

"Boleh. Untuk sayang apa sahaja boleh!". Jawab Idlan tersenyum. Dia terus memecut laju menuju ke destinasi yang dituju.

Sampai sahaja di Jakel, Aulia orang pertama yang turun dari kereta. Hatinya tak sabar untuk masuk ke dalam kedai kain tersebut. Tangannya sudah gatal untuk memilih kain2 yang cantik untuk dibeli. Idlan tergelak kecil melihat perangai isterinya.

'Aulia! Aulia!'.

Idlan terus mengekori langkah isterinya masuk ke dalam kedai kain tersebut. Sebagai lelaki, pasti sahaja dia tidak mengetahui tentang kain apa yang sesuai. Jadi, dibiarkan sahaja isterinya memilih dan membuat keputusan penuh. Idlan hanya mengikut. Cantik di mata Aulia, pasti cantik di matanya juga.

"Abang! Lawa la kain2 dia. Geram nya tengok". Puji Aulia sambil matanya tidak lepas memandang ke setiap kain2 yang dipamerkan disitu. Aulia teruja! Dibelek satu persatu kain2 tersebut. Sekejap2 disarungkan di badannya melihat kesesuaian kulitnya.

"Sayang! Pilih2 jugak, jangan lupa hadiah untuk mama tu". Idlan mengingatkan. Risau jika isterinya lupa untuk mencari kain untuk Mama Liza. Aulia mengangguk laju.

"Bereh bos!".

Aulia terus mencari2 kain yang sesuai dipandankan dengan mak mertua nya. Matanya terpikat dengan kain yang berwarna kuning emas, berbunga2 kecil berwarna coklat kacang dan dipenuhi manik2 kecil. Aulia memegang lembut kain tersebut. Dia membelek2 lama kain itu.

"Puan, berminat ke?". Tanya seorang jurujual. Aulia tersenyum mengangguk.

"Kain sejuk. Saya suka macam ni. Erm, takpe, saya tengok dulu. Nanti kalau berkenan, saya bagitau". Ujar Aulia kepada jurujual tersebut.

Dia meneruskan lagi penerokaan nya terhadap kain2 disitu. Aulia berkenan pula pada kain satin berwarna merah hati, manakala pada bajunya berwarna kuning cair berbunga besar bercorak penuh. Sesuai jika dipadankan dengan Mama Liza.

"Abang! Sini jap". Panggil Aulia kepada suaminya yang sedang menelek kain di satu sudut.

"Hurm, dah jumpa ke?". Soal Idlan seraya memandang kain yang dipegang oleh Aulia.

"Cantik tak?". Soal Aulia. Dia tersenyum memandang suaminya. Idlan memegang kn tersebut dan mula menilai.

"Not bad. Ada cadangan lain?". Idlan memandang Aulia.

"Ada, jom!". Seraya menarik lengan suaminya dan menuju kearah kain yang mula2 tadi.

"Macam mana?". Tanya Aulia sejurus sampai ke tempat kain tersebut. Idlan membelek2 kain tersebut dan mengangguk2.

"This one better. Abang suka yang ni. Tapi, ikut sayang la mana yang lebih sesuai dengan Mama". Ujar Idlan. Aulia mengangguk.

"Ok. Kita pilih yang ni lah". Ujar Aulia seraya memanggil jurujual untuk memotong kain tersebut. Dia berharap agar Mama Liza menyukai pilihan mereka.

"Untuk Aulia?". Soal Idlan sambil tersenyum. Aulia gelengkan kepala.

"Tak payah la. Lain kali je. Malas pulak nak pilih". Idlan terkejut.

"Tadi bukan main excited nak beli, ni dah taknak pulak? Betul ke ni? Baik fikir betul2. Ni semua cantik2 ni". Idlan menguji Aulia. Dia mencubit pipi isterinya dan memberikan sebuah ciuman di pipi.

"Ish, abang. Malu la!". Aulia menolak tangan suaminya. Idlan sudah tergelak melihat isterinya yang merona merah. Aulia memandang jurujual disebelahnya. 'Buat2 tak nampak jelah'. Gumam Aulia. Dipandang suaminya geram. Idlan masih tiada riak bersalah.

"Bayar kat kaunter ye". Arah jurujual tersebut. Aulia mengangguk dan mula mengekori langkah jurujual itu. Dia meninggalkan Idlan dibelakang.

Setelah membuat pembayaran, Aulia segera menuju ke kereta. Dikerling suaminya disisi. Idlan sudah tergelak besar.

"Tu marah la tu?". Idlan bertanya dalam tawa. Aulia mengetap bibir. Dia memandang Idlan, lalu menampar lengan suaminya perlahan.

"Ha'ah marah! Kenapa cium2 Aulia tengah orang ramai?". Soal Aulia sambil bercekak pinggang. Dia sengaja membuat muka marah. Idlan menjongket bahu.

"Mana pulak ramai. Ada kita berdua je. Oh, dengan budak tu. That's mean, bertiga je. Alah sayang! Siapa suruh dia menyelit kat situ. Abang cuma nak bermanja dengan isteri abang je". Ujar Idlan mengusik isterinya. Aulia sudah ternganga. Tidak percaya suaminya boleh buat gurau sedangkan dia sudah malu. Dia pasti jurujual tersebut perasan akan tingkahlaku mereka berdua tadi. Cuma buat2 tak perasan.

"Abang! Main2 lagi". Aulia sudah mahu mencubit lengan suaminya lagi. Idlan mengelak.

"Oh! Pandai dah mengelak ye. Ok!". Ujar Aulia sambil menyilangkan tangan ke dada. Dia memandang ke luar tingkap. Idlan tergelak. Isterinya sudah merajuk.

"Sayang, abang gurau je lah. Jangan la marah". Idlan memujuk. Aulia mengeraskan badan. Dia malas nak melayan suaminya. Suka sangat mengusik dirinya. Idlan memegang lengan isterinya. Dia cuba menarik lengan iserinya. 'Kuat betul bini aku ni'. Detik hati Idlan.

"Sayang, ampunkan kekanda. Kekanda janji yang kekanda tak akan sakiti hati dinda". Idlan mengusik Aulia. Dia memegang lengan Aulia lagi, kali ini kuat sedikit. Aulia menolak tangan suaminya. Idlan terkejut.

"Sayang! Sampai hati tolak tangan abang! Tak sayang abang ke?". Idlan acah2 merajuk. Dia sudah membuat muka sedih. Aulia mencebik.

"Eleh! Abang tu, buat macam tadi tu, malu Aulia. Sayang ke tu?". Soal Aulia. Sengaja dia menarik muka masam. Kita tengok siapa menang!

"Ala, abang nak tunjuk betapa abang sayang kat sayang. Kalau abang tak sayang dekat sayang, abang tak buat macam tu kat sayang!". Ujar Idlan. Nampak betapa SAYANG dia kepada isterinya. Idlan membuat muka simpati. Aulia menjeling.

"Uish, sayang ni. Jeling2 pulak! Dosa la". Ujar Idlan sambil tersengih.

"Oh, nak tunjuk sayang? Suamiku yang ku cinta, tunjuk sayang bukan depan orang la". Ujar Aulia sambil menggelengkan kepala. Idlan tersenyum.

"Habis, kalau bukan depan orang, kat mana? Dalam bilik ke?". Soal Idlan mengusik. Terjegil Aulia mendengar ayat suaminya. Dia melepaskan nafas berat. Pening2.

"Ish abang ni! Dah la. Nak balik la macam ni". Rajuk Aulia. Dia sudah memuncung. Geram betul hatinya.

"Ha, buat la muncung itik tu. Nanti abang cium baru tau!". Ujar Idlan seraya menghidupkan enjin kereta. Tersenyum lebar dia memandang isterinya. Aulia nak pengsan! Kecut perut dia mendengar ayat suaminya. Dia memberikan pandangan tajam. Idlan buat2 tak tahu.

"Benci la abang ni!". Ujar Aulia. Dia sebal dengan Idlan. Idlan tergelak besar.

"Sayang, benci2 pun, abang yang peluk sayang tiap2 malam tau. Tak nak lah benci2 ni, kurang pahala nanti". Ujar Idlan masih ingin mengusik isterinya. Aulia menjerit geram.

"Eeiihh! Geram tau abang ni! Buat orang macam ni. Report kat papa!". Aulia memberi amaran. Idlan tersengih.

"Pandai isteri abang ye nak report2 ni. Pergilah report. Abang tak kisah. Bukan papa boleh buat apa2 pun. Nanti, papa akan suruh Aulia dengar jugak cakap abang ni. Lagipun sayang, tak nak la geram2 ni. Nanti tak comel dah. Abang tau la sayang memang geram kat abang" Ujar Idlan sambil mengenyitkan mata. Aulia pening! Sudah habis idea nya nak melayan cakap suaminya. Sudahnya, dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

"Hehe. Ok2. Abang sorry ek! Isteri abang ni nak merajuk2 nanti tak comel la. Abang sorry sebab abang kiss tadi. Ala, budak tu kan tengah potong kain, mesti dia tak perasan". Idlan cuba memujuk Aulia. "Tapi abang memang tak boleh tahan tengok isteri abang ni, seksi!". Idlan menyambung. Tanpa berlengah, Aulia menghadiahkan satu cubitan tepat kearah perut Idlan.

"Sayang! Sakit la. Sian abang kena cubit. Tak sayang abang la tu". Idlan merajuk sambil mengusap2 perutnya. Aulia tersengih.

"Tulah, suka cakap benda2 mengarut. Mulut tu kalau tak cakap yang gatal2, tak boleh ke?". Marah Aulia. Idlan menggeleng. Belum sempat Aulia ingin mencubit, Idlan segera menghalang.

"Ok2! Abang tak cakap dah. Hehe. Bisa, sayang oi". Idlan mengadu. Pecah tawa mereka. Aulia mengusap2 perut suaminya yang terkena cubitan mautnya. Merasa simpati kepada Idlan.

"Ni yang abang kata tak boleh tahan ni!". Idlan menyambung seraya tergelak besar. Aulia sudah menggelengkan kepala. Tak boleh nak kata apa dah pada suaminya. Terima sahaja lah.

***

"Abang nak makan apa? Aulia nak masak ni". Soal Aulia selepas mereka habis mengerjakan solat isyak. Aulia yang sedang melipat telekung terhenti untuk menunggu jawapan dari suaminya. Idlan duduk di birai katil.

"Erm, apa2 yang sedap la. Ikut Aulia la nak masak apa. Abang ok". Ujar Idlan sambil tersenyum. Dia mencapai hensetnya dan membelek2 mesej yang masuk. Aulia mengambil tempat duduk di sebelah suaminya.

"Ok. Hurm, abang. Nak tanya lagi boleh?". Soal Aulia seperti budak kecil yang bertanya kepada ibunya. Idlan mengangguk. Dicapai jari jemari Aulia lalu digenggam. Sesekali dia mencium genggaman tangan isterinya.

"Abang kenapa tak suka dengan mama dulu?". Tanya Aulia. Idlan menoleh. Lama ditatap wajah isterinya sebelum memberikan jawapan.

"Entah. Mybe sebab dia dah rampas kebahagian kitorang kot. Lebih tepat, kebahagiaan abang dengan mak dan papa". Ujar Idlan tenang. Dia teringat kenangan lama. Idlan menghela nafas berat.

"Ohh". Sepatah yang dijawab. Aulia mengangguk2 perlahan. Tidak dapat dibayangkan keperitan yang dialami suaminya. Aulia merasa simpati.

"Hei! Kenapa isteri abang ni tanya soalan pelik2 ha?". Ujar Idlan dengan suara yang sengaja diceriakan. Aulia tersenyum. Dia memandang suaminya dan berdoa agar suaminya dapat menerima Mama Liza seperti arwah Puan Mariah.

"Erm, Aulia turun bawah dulu ye. Nanti dah siap, Aulia panggil abang". Ujar Aulia lalu mengangkat punggung dari tempat duduknya. Idlan memandang isterinya sehinggalah kelibat isterinya hilang dari pandangan.

Idlan menghempaskan badan ke katil. Dia memejam mata rapat. Hatinya rindukan arwah maknya. Kalau Puan Mariah ada, pasti mereka gembira saat ini. Tapi, semua dah tertulis. Puan Mariah pergi dahulu meninggalkan Idlan dan suaminya. Idlan redha.

Tut! Tut!

Idlan terkejut mendengar bunyi hensetnya. Dia bingkas bangun mencapai henset yang diletakkan di tepi katil. Segers dia melihat nama yang tertera di skrin hensetnya. Melise. Satu nama yang sudah lama luput dari kotak fikiran Idlan.

"Hah! Nak apa call I malam2 ni?".

Idlan mengerutk dahi. Tiada salam dan tiada senyuman.

"Wow! You ni. Tak usah la nak marah2 ni. I ada benda nak cakap dengan you ni. Boleh kita jumpa?".

Idlan menyelak helaian rambut yang terjuntai di dahi ke belakang. Dia menghela nafas berat sedangkan dihujung talian sudah tertawa menggoda.

"Apa yang you nak cakap lagi? I dah kahwin. Dah nikah. Dah ada isteri. Kita dah takde apa2. Over. Finish. Faham?".

Kali ini Idlan cuba berlembut. Dia sudah tiada daya mahu melayan Melise.

"No baby. I still love you. Hati I tak boleh nak lupakan you. I nak you. Idlan, tak boleh ke you kahwin dengan I? Dengan perempuan tu boleh pulak!".

Melise sudah mula memujuk rayu. Dia masih tak boleh lupakan Idlan. Hari2nya seakan tak berseri tanpa kehadiran Idlan.

"Dia bukan perempuan! Dia isteri I! And you! Tolong jangan kacau hidup I lagi!"

Idlan memberi amaran.

"You! Sebab dia you suruh I untuk jauh dari you? Hebat sangat ke perempuan tu pada you?!

Melise mengamuk. Terdengar hembusan nafasnya dihujung talian.

"Yes! Sangat hebat! Dia wanita hebat! Sebab dia I jadi berubah. Sebab dia I jadi lebih kenal Tuhan. And yang paling penting, dia tak murah macam you!"

Idlan memberitahu bangga. Dia tersenyum sendiri. Melise menyumpah dihujung talian.

"Shit! You memang tak guna! Memang I murah, tapi you pun sama! I hairan la macam mana la perempuan tu boleh terima you ni kan! Dia tak tahu ke you ni dah kotor?! Kalau I la, I buang you macam tu je. Jijik kot! Entah mana2 perempuan yang dah you rosakkan, lepastu yang tambah koleksi lagi dengan perempuan tu?! So, dia dah jadi simpanan you yang terbaik la buat masa ni?!"

Melise puas hati. Dia tersenyum mengejek.

"Enough!! You memang perempuan kurang ajar! Dia bukan simpanan I and kalau pun I jijik, takde kena mengena dengan you!! I taknak dengar apa2 lagi! You boleh berambus dari hidup I!

Idlan sudah memegang dadanya. Nafasnya turun naik.

"Fine! I boleh berambus dari hidup you! I boleh cari lelaki lain la! You boleh terus duduk dengan perempuan tu sampai mampos!".

Talian dimatikan.

Idlan mencampakkan hensetnya ke tepi katil. Dia meraup wajahnya berkali2. Hatinya sakit!

"Ya Allah! Ampunkan aku Ya Allah! Aku berdosa. Aku berdosa padaMu. Ampunkan segala kesilapan aku yang dulu. Aku menyesal, Ya Allah!". Idlan merintih. Hatinya tak tenang dengan ayat dari Melise.

"Aku jijik. Aku jijik untuk Aulia. Aku kotor. Aku ni dah jijik dengan dosa yang aku buat.". Idlan merintih. Dia menghela nafas berat. Berkali2 dia meraup wajahnya.

"Abang!". Aulia memegang bahu suaminya lembut. Idlan menoleh. Ada air mata yang mengalir di pipi suaminya.

"Abang, Aulia taknak abang fikir yang bukan2. Kita lupakan semuanya ye. Abang ada Aulia. Paling penting, abang ada Allah Taala". Aulia mententeramkan suaminya. Dielus lembut pipi suaminya lalu menyeka air mata yang mengalir. Idlan memeluk isterinya erat. Aulia membalas pelukan suaminya. Lama mereka sebegitu.

"Macam mana Aulia.. boleh..". Idlan bertanya hairan setelah meleraikan pelukan.

"Hurm, Aulia terdengar tadi. Er, siapa.. yang call abang tu?". Soal Aulia berhati2. Dia memandang wajah suaminya.

"Er, Melise". Jawab Idlan. Dia perasan perubahan pada riak wajah isterinya. Aulia memandang kosong wajah suaminya. Melise. Hatinya sedikit goyah. 'Allah! Cerita lama lah Aulia!'. Detik hati Aulia. Dia segera membuang jauh segala prasangka buruk.

"Oh. Cerita lama kan? Takpe, sekarang apa saja yang dia cakapkan, abang tak payah ambil pusing. Biar dia nak cakap apa pun. Yang penting, abang ada Aulia, Aulia ada abang. Dan kita ada Allah yang bersama2". Ujar Aulia penuh semangat. Aulia memeganv erat jemari suaminya. Idlan tersenyum memandang Aulia. Terima kasih Ya Allah. Kau berikan aku isteri yang penyejuk mata dan penenang buatku.

"Terima kasih, sayang. Terima kasih sebab memahami abang. Abang cintakan Aulia". Ujar Idlan seraya mengucup lembut dahi isterinya. Aulia bahagia. Hilang ingatannya terus pada Melise. Yang ada kini, hanya dia, Idlan dan Allah yang Maha Mengetahui.

"Erm abang, kita solat dua rakaat dulu ye bagi hati abang tenang dulu. Lepastu baru kita makan". Cadang Aulia lembut. Idlan mengangguk laju. Dia memang perlukan sebuah ketenangan. Dia yakin saat ini Allah juga mahukan dia mengadu kepada Pencipta.

"Jom!". Idlan terus menarik tangan isterinya untuk bersama2 mengambil wudhu. Mereka ingin mendamba cinta Ilahi.

***

"Sedap nya isteri abang masak!". Puji Idlan sambil menyuap nasi kedalam mulut. Aulia tergelak kecil. Hatinya berbunga riang. Ini kali pertama dia menghidangkan sesuatu buat suami tercinta. Bukan dia tak masak sebelum ini, cuma belum berkesempatan. Idlan sering membawa dia makan di luar, sebab itu kehebatannya di dapur tidak dapat ditunjuk.

"Terima kasih. Erm, lepas ni boleh la request nak makan apa. Aulia akan masak everything yang abang mintak!". Ujar Aulia penuh bersemangat. Idlan mengangguk laju.

"Boleh2! Satu hari satu menu. Haa, boleh ke? Tapi kalau abang gemuk, macam mana? Aulia nak ke kat abang ni lagi?". Soal Idlan sengaja mengusik. Aulia menjongket bahu.

"Tengok la. Kalau gemuk sangat, Aulia tinggal ". Aulia berjenaka. Terbuntang mata Idlan mendengarnya. Pecah tawa Aulia.

"Ohh, macam tu pulak! Sampai hati sayang, ek? Kesian abang! Nanti jadi kassim selamat pulak!". Rajuk Idlan. Geli hati Aulia melihat tingkah suaminya. Idlan tergelak kecil. Diteruskan suapannya hingga akhir. Sesekali mereka bergelak tawa. Selesai makan, Idlan terus ke sinki membasuh pinggan yang kotor. Aulia pula mula mengemas meja makan.

"Aulia, abang lupa nak cakap. Anak pakcu Salleh baru bersalin. Esok kita ziarah nak?". Idlan memandang wajah isterinya sekilas. Aulia berhenti. Dipandang wajah suaminya lalu mengangguk laju.

"Oh yeke? Bila bersalinnya?". Tanya Aulia teruja. Dia memang suka pada budak kecil. Dulu, Puan Hawa pernah mengambil upah menjaga budak. Aulia lah orang yang paling rajin sekali menolong ibunya. Dia suka melayan karenah budak2. Bagi Aulia, budak kecil seperti kain putih. Sangat suci. Amanah Allah yang mesti dijaga dan dicorakkan sebaik2nya.

"Kelmarin. Abang lupa nak bagitau sayang". Ujar Idlan lalu menghampiri isterinya. Dia menghadap Aulia melihat wajah isterinya yang sungguh teruja.

"Sayang suka baby?". Soal Idlan. Aulia mengangguk laju. Rasanya, sesiapa sahaja pasti sukakan kanak2. Bersinar anak matanya memandang Idlan.

"Abang pun suka. Abang tak sabar nak ada baby dalam perut ni". Ujar Idlan sambil meletakkan tangan di perut isterinya. Perlahan2 dia mengusap perut kempis isterinya. Dia sudah membayangkan Aulia yang sedang sarat mengandung.

"Belum lagi. InsyaAllah ada. Aulia pun tak sabar jugak". Ujar Aulia sambil memegang pipi suaminya. Mereka berbalas senyuman.

"Sayang nak berapa anak?". Soal Idlan teruja. Dia tersenyum lebar memandang wajah Aulia. Berkerut dahi Aulia berfikir.

"Erm, berapa2 yang Allah nak bagi la. Aulia ok je". Ujar Aulia tenang. Dia bergantung harap pada Allah. Berapa bilangan atau jantina, itu semua dibiarkan dalam perancangan Allah. Tiap2 hari Aulia berdoa agar dia dan suami diberikan rezeki mempunyai cahaya mata. Anak itu pengikat kasih.

"Kalau abang, er, memang la ikut berapa Allah nak kasi, tapi abang harap kita ada anak ramai. Abang nak lahirkan huffaz quran. Kalau perempuan, biar dia macam Aulia. Cantik, sopan, kuat semangat dan hafal quran. Kalau lelaki, macam abang la, handsome!". Idlan berjenaka. Serta merta satu tamparan lembut hinggap di lengannya.

"Perasan!". Aulia mencebik. Idlan sudah tergelak besar. Dia menarik Aulia rapat ke pelukannya.

"Abang sentiasa doa, sayang abang ni akan lahirkan zuriat yang soleh dan solehah". Ucap Idlan di balik pelukan. Dia mengucup rambut Aulia lalu memperkemaskan pelulannya. Aulia juga mengharapkan yang sama. Melahirkan benih cinta mereka ke dunia agar dapat dididik menjadi soleh dan solehah.

"Ameen!". Aulia tersenyum. Dia membalas pelukan suaminya erat. Tuhan, kurniakan kami zuriat yang mampu membawa kami ke syurgaMu.

***

"Idlan! Mak bangga dengan kamu. Kamu dah berubah. Kamu dapat memimpin isteri kamu ke jalan redha. Idlan, mak sayang kamu". Ujar Puan Mariah. Idlan mencapai tangan Puan Mariah.

"Mak, doakan Idlan ye. Idlan janji pada mak. Idlan akan buat yang terbaik untuk Aulia. Idlan sayang mak!". Idlan mengucup lembut tangan tuanya. Dia memandang wajah Puan Mariah.

"Idlan, jaga keluarga kamu baik2. Jaga papa ye. Sentiasa ingat, mak sayang Idlan". Puan Mariah menuturkan kata2 akhir. Idlan menggenggam tangan Puan Mariah kuat. Makin lama, genggaman itu makin longgar. Wajah Puan Mariah makin menghilang.

"Maakkk!!".

Aulia terjaga. Dipandang suami di sebelahnya sudah bermandi peluh. Wajahnya berkerut2 manakala tangannya terkapai di awangan. Ada air mata yang mengalir. Aulia segera mengejutkan Idlan dari lena. Tak pernah dia melihat suaminya seperti ini. Mimpi apakah yang hadir dalam lena suaminya?

"Abang! Bangun. Abang mimpi ni". Aulia menggoncang badan suaminya. Dia mengelap peluh yang memercik di dahi nya. Tiada respon. Aulia goncang tubuh suaminya lebih kuat.

"Abang! Bangun!". Aulia memanggil. Idlan terjaga. Segera dia bangun dari baringnya.

"Allahu! Astaghfirullah!". Idlan meraup wajah nya berulang kali. Dia teringat mimpi tadi. Aulia memegang lembut bahu suaminya.

"Abang mimpi tadi. Er, Aulia ambilkan air ye". Pantas Aulia turun dari katil dan menuju ke dapur. Sempat dikerling jam didinding, 3.05 pagi. Dicapai gelas dan dituangkan air putih lalu menuju kembali ke bilik tidur. Idlan tersandar di kepala katil. Dia meletak lengan sasa nya didahi. Sudah lama rasanya dia tidak bermimpikan Puan Mariah. Dia rindu wanita itu.

"Bang, minum dulu ye". Arah Aulia sambil menghulurkan gelas kepada suaminya. Idlan meneguk laju. Aulia mengambil kembali gelas yang sudah kosong ditangan suaminya dan diletakkan disisi meja. Aulia kembali menghadap Idlan. Dia mengelap peluh yang basah di leher suaminya. Idlan menghela nafas.

"Sayang, abang mimpi mak". Ujar Idlan sepatah. Aulia berhenti. Dia memandang suaminya.

"Lama abang tak mimpi mak. Abang rindu kat dia". Rintih Idlan. Serta merta, air mata membasahi pipi suaminya. Dia lantas menarik suaminya erat kedalam pelukan. Idlan menangis semahunya di pelukan Aulia. Aulia mengusap lembut bahu Idlan.

"Nangis la. Kalau itu buat abang lega". Ujar Aulia sambil memberi ruang buat suaminya melegakan diri. Lama Idlan seperti itu. Idlan terlalu merindukan Puan Mariah.

"Abang, Aulia pasti yang mak mesti taknak tengok abang macamni, kan? So, abang kena la kuat. Kalau abang macamni, nanti mak susah hati". Pujuk Aulia. Dia kalut, tak tahu macam mana cara terbaik untuk menenangkan suaminya. Idlan tidak pernah sebegini.

"Kita tidur ye. Tak nak fikir dah. Kita tidur dulu, ok?". Sambil mengelap air mata Idlan. Perlahan2 Idlan mengangguk. Idlan lantas membaringkan badannya sambil matanya tak lepas menghadap Aulia. Aulia tersenyum dan menarik selimut menutup pinggangnya.

"Aulia peluk abang, ok?". Ujar Aulia seraya memeluk erat suaminya. Sesekali, Aulia akan mengusap2 rambut Idlan. Dia bagaikan anak kecil yang minta dimanjakan. Idlan selesa dipelukan Aulia, ditemani degupan jantung isterinya saat ini

"Sayang, bacakan abang surah Tahaa". Pinta Idlan. Aulia tersenyum sebelum mula menunaikan permintaan suaminya.

"Aulia baca, abang kena tidur ok". Ujar Aulia lalu mula membaca basmallah. Idlan lena. Aulia meneruskan bacaan hinggalah akhir ayat. Setelah dia pasti suaminya sudah lena, Aulia pantas melelapkan mata. Dia juga lena. Berharap tiada lagi mimpi yang akan membuatkan lena suaminya terganggu.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience