Chapter 4

Romance Completed 29068

5 tahun yang lalu

"Idlan Syahid!"

Laung Puan Mariah kepada anak bujangnya. "Bangun lah! Matahari dah terpacak dah tu. Bila nak bangun nya?!" Keluh Puan Mariah. 'Kalau la rumah ni ada loceng macam loceng sekolah tu, senang sikit kerja aku.' Gumam Puan Mariah.

Setelah 10 minit masih tidak kelihatan susuk tubuh anak bujangnya, Puan Mariah mengambil keputusan untuk terus menuju ke bilik anaknya.

"Ya Rabbi! Ni bilik ke kapal karam ni?!" Bebel Puan Mariah kepada anak bujangnya. Terkejut dek melihat bilik yang bersepah dengan baju merata2, itu baru baju yang Puan Mariah nampak, belum lagi seluar, buku2, telefon bimbit anaknya yang entah mana2 la dicampaknya. Sudahnya, Puan Mariah jugak la yang akan mengemas bilik anak bujangnya ini.

"Bangun la Idlan! Apa nak jadi ni!?" Seraya menarik gebar yang menutupi keseluruhan tubuh badan Idlan. "Alah, bisinglah mak ni. Idlan balik lewat semalam, kerja banyak la kat opis tu. Bagilah Idlan tidur lebih time sikit." Rengek Idlan seperti kanak2 kecil meminta gula2.

"Banyaklah nak lebih time! Bangun mak kata. Kalau tidak, mak curah air panas kat Idlan nanti, baru tau! Banguun!!" Jerit Puan Mariah.

"Ish mak ni! Yelah, Idlan bangunlah ni!" Dengan terpaksa, Idlan terus menuju ke kamar mandi. Malas nak mendengar bebelan maknya. Kalau Puan Mariah membebel, sampai ke sudah la Idlan tak mandi.

"Cepat sikit mandi tu. Lepas tu turun breakfast kat bawah!" Laung Puan Mariah di balik pintu kamar mandi.

"Haa, mana anak awak?" Soal Encik Eddy kepada Puan Mariah.

"Mandi, kejap lagi turun la dia tu. Abang nak breakfast tak ni?" Soal Puan Mariah. "Bagi abang roti bakar tu je. Abang nak ke office ni, ada meeting." Ujar Encik Eddy.

"Morning papa! Morning mak!" Ucap Idlan seraya memberikan senyuman buat Puan Mariah dan Encik Eddy. "Morning son! Any good news?" Soal Encik Eddy.
"Ah! Time makan, takde bincang hal pejabat ye both of you." Potong Puan Mariah kepada soalan Encik Eddy tu.

"Haha.. kita borak dalam kereta jelah, pa. Ada yang marah la pulak" usik Idlan sambil memandang Puan Mariah. Encik Eddy tersenyum manis memandang isterinya. Isteri yang sangat dicintainya. Mereka berkahwin disebabkan perancangan keluarga. Keluarga Puan Mariah dan Encik Eddy sangat rapat. Tetapi, mereka tak pernah suka antara satu sama lain. Sehinggalah arwah ayah Puan Mariah meninggalkan wasiat yang menyuruh ikatan persaudaraan antara mereka dikukuhkan lagi dengan perkahwinan antara mereka berdua. Walaupun pada mulanya, Puan Mariah tidak mencintai Encik Eddy, namun ketentuan Allah, tiada siapa yang boleh melawan.

"Eh abang! Termenung apa lagi tu? Makanlah cepat! Tadi kata nak ke pejabat ade meeting?" Bebel Puan Mariah. "Ah..eh.. yelah" jawab Encik Eddy tergagap sambil menyuap roti bakar ke dalam mulutnya.

"Papa teringat masa lalu la tu! Zaman cintan2 dulu!" Usik Idlan sambil mengenyitkan mata ke arah Puan Mariah. "Ah..memandai la kamu tu Idlan. Nanti bila kamu da berkahwin, tau la kamu nanti. Masa tu, kamu pon macam papa ni, angau la katakan." Berdekah2 mereka berdua ketawa sementelah Puan Mariah menggelengkan kepala melihat dua beranak itu. 'Tak boleh berjumpa langsung. Ade je nak mengenakan aku'. Gumam Puan Mariah didalam hati.

***

"Mila, ada apa2 pesanan untuk saya?" Soal Idlan sejurus tiba di office. "Erm, takde Encik Idlan. Cuma tadi ada seorang perempuan yang nak jumpa dengan Encik Idlan." Beritahu Mila, sekretari Idlan Syahid. Mila memang cantik, tapi hati nya masih belum terbuka untuk mana2 gadis untuk dijadikan teman hidupnya. Entah kenapa, hati Idlan seakan2 tertutup rapat untuk diisi oleh manusia yang bernama wanita setelah kemalangan yang meragut nyawa tunangnya.

"Erm, Encik Idlan!" Mila menguatkan suara nya sedikit. "Are you okey, Encik Idlan?" Soal Mila kehairanan melihat majikannya yang tiba2 termenung memandang dirinya.

"Ahh, sorry. Kat mana kita tadi? Ahh, perempuan tu. Perempuan mana yang nak jumpa saya ye?" Soal Idlan setelah tersedar dari lamunan.

"Zeta, Encik Idlan".

***

"Idlan, masuk bilik papa, now!" Satu suara dari interkom Idlan bergema. 'Apahal pulak papa aku ni. Lain macam je bunyinye'. Rungut Idlan. "Okey, pa!". Lantas bangun menuju ke bilik Encik Eddy.

"Yes pa? Whats wrong? Kenapa panggil Idlan?" Soal Idlan setelah tiba ke bilik Encik Eddy.

"Ni apa Idlan?" Tanpa berlengah Encik Eddy mencampakkan sepucuk sampul kearah Idlan. "Take a look and see!" Sambung Encik Eddy. Tanpa membuang masa, Idlan terus mencapai sampul surat tersebut lalu membuka isi kandungan sampul tersebut.

"Oh ho papa, I guess you kena dengar dulu I explain" pinta Idlan setelah melihat isi kandungan sampul tersebut. 'Ni sah keje si Zeta ni!' Gumam Idlan didalam hati.

"Yes! Explain to me what happend between both of you?! Gambar tu?! Are you crazy, Idlan?! Kalau partner syarikat kita tau pasal gambar ni, habis kita! Takkan ade lagi orang yang akan trust dengan company kita lagi and especially YOU! Tak masuk akal Idlan! Orang akan pertikaikan yang Encik Eddy seorang yang ternama, baik, tapi anak dia buat perkara terkutuk!" Marah Encik Eddy. Turun naik nafas nya menahan amarah.

"Pa, let me explain! Gambar ni edit, pa! Idlan tak pernah tidur pun dengan dia ni.. or mana2 perempuan pun!" Bentak Idlan. 'Memang perempuan ni cari nahas dengan aku ni' marah Idlan dalam diam.

"Pa, zaman sekarang ni, benda2 macamni hujung jari saja. And I'm pretty sure yang Idlan tak pernah buat perkara terkutuk ni semua!" Tegas Idlan

"So, Idlan nak cakap dengan papa yang gambar ni semua tipu? Yang Idlan dah kena main? Macam tu?" Soal Encik Eddy tidak puas hati. 'Masakan yang gambar tu tipu? Tak mungkin ada orang boleh buat sampai macamtu sekali!' Monolog Encik Eddy.

"Idlan cakap betul, pa. Gambar ni edit. Sumpah! Idlan tak pernah buat kerja terkutuk macam tu. Idlan masih ada iman, pa. Believe me!" Yakin Idlan. Encik Eddy menghembuskan nafas berat, "baiklah, papa percaya Idlan! Tapi, Idlan kena buang semua gambar Idlan yang dah tersebar kat internet sekarang ni!" Tegas Encik Eddy. "And Idlan kena terangkan balik kat orang ramai" Arah Encik Eddy.

"What pa?! You mean, internet?!". Serabut kepalanya saat ini. Shit!

"Okey pa, dont worry. Everythings gonna be alright!". Janji Idlan pada Encik Eddy.

"Mila, kalau ada lagi perempuan yang bernama Zeta tu nak jumpa I, bagi dia masuk!" Arah Idlan Syahid kepada Mila sejurus selepas dia meninggalkan bilik papa nya. Saat ini, apa yang dia mampu buat hanya lah bersabar dengan apa yang sudah jadi. Tidak dia sangka Zeta sanggup melakukan sampai ke tahap ini. Sudah berapa kali diulang yang dia sikit pun tak punya perasaan terhadap Zeta. Kasih, sayang, apatah lagi cinta. Tapi seakan mencurahkan air ke daun keladi, sedikit pun Zeta tak ambil pusing kata2 nya. Dia tetap terus mengejar Idlan Syahid. Hairan betul! Bukan tak ada lelaki lain di dunia ini, tapi dirinya jugak yang dikejar2 oleh Zeta. Sudah 2 tahun sejak Idlan mengatakan yang dia tiada hati kepada Zeta, dan sejak itulah tidak putus2 Zeta mengejar dirinya sehinggalah punca masalah yang dihadapinya sekarang ini.

"Boss, Zeta is here. Nak bagi dia masuk terus ke?". Ujar Mila lewat interkom sekaligus mengejutkan Idlan dari lamunan.

"Yes Mila, let her in". Jawab Idlan. 'Perempuan tu memang kena diajar!' Tukas Idlan.

Idlan memandang pintu pejabat yang dikuak dari luar.

"Sayang! Susah betul nak jumpa you sekarang ni! Macam nak jumpa menteri pulak rasanya". Terpacul wajah Zeta di muka pintu terus menuju kearah Idlan lalu tanpa amaran memeluk Idlan.

"What the hell are you doing right now at my office?!". Sergah Idlan seraya menolak tubuh Zeta jauh dari dirinya.

"Sayang! Kenapa nak marah2 ni? I miss u tau! You tak rindu I ke? Hei, takkan pagi2 dah nak marah2 kan." Pujuk Zeta dalam nada manja. "Oh well, you dah dapat gambar kita ke sayang? Sweet kan gambar tu?". Ujar Zeta sambil mencebikkan bibir nya kearah sampul surat yang terletak kemas diatas meja kerja Idlan. "You jangan ingat dapat lepas dari I ye! I akan pastikan yang you jadi milik I! Forever!". Marah Zeta sambil menatap tepat ke anak mata Idlan.

"I WARNING YOU LAST! MAKE SURE MY NAME CLEAR AND GAMBAR TU YOU BUANG! UNDERSTAND?!" Balas Idlan pula sambil merapatkan badannya kearah Zeta dan menuding jari terus ke mata nya.

"Kalau I tak buang? You nak buat ape kat I?" Jawab Zeta dengan berani.

"I'm pretty sure yang you masih lagi nak menghirup udara segar kan, don't you??".
Teragak2 Zeta setelah digertak oleh Idlan. Tanpa membuang masa, Zeta mengambil sampul surat yang terletak diatas meja Idlan lalu keluar dengan perasaan yang bengang. Dihempas pintu bilik Idlan sekuat hati. Idlan hanya mampu menggelengkan kepala.

"Satu masalah dah settle!". Ujar Idlan sendirian.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience