Chapter 31

Romance Completed 29068

"Idlan! Buat apa lagi tu? Jom nak solat jumaat ni!". Jerit Encik Eddy dari ruang tamu. Dia sudah mengerling jam dipergelangan tangan beberapa kali. Sudah setengah jam menunggu, anak bujangnya masih tak turun2 dari bilik. Dia memandang Azman yang sedang menunggu di luar rumah. Azman menghadirkan diri atas permintaan Idlan. Tugasnya tak lain tak bukan adalah peneman setia dan pengapitnya.

"Abang, mana Idlan? Dah pukul berapa ni. Nanti lambat pulak nak solat jumaat". Tegur Mama Liza. Encik Eddy sudah mengeluh panjang. Dipandang wajah isterinya yang sedang duduk membetulkan hantaran.

"Saya pun tak tahulah. Dari tadi panggil tak turun2". Encik Eddy sudah bercekak pinggang. Dia melabuhkan punggung disebelah isterinya.

"Nanti awak terus siap la. Kitorang habis solat, terus gerak la. Siapa je yang ikut nanti?". Soal Encik Eddy sambil memandang wajah Mama Liza. Mama Liza menoleh.

"Abang awak nanti ikut, kakteh pun ikut juga, lepas tu budak2 tu la nak tolong angkat hantaran ni semua. Alah, tak ramai pun". Ujar Mama Liza sambil tersenyum. Idlan yang baru turun dari bilik terus menegur papa nya.

"Pa! Jom la. Nanti lambat pulak". Ajak Idlan. Encik Eddy sudah mencebik.

"Awak tu yang lambat. Dari tadi papa panggil tak turun2". Rungut Encik Eddy. Idlan hanya tersengih memandang Encik Eddy. Bukan dia sengaja lambat, tapi dia tak sedar terlalu lama mandi di bilik air.

"Sorry pa. Tak sengaja. Dah, jom la". Ujar Idlan seraya memaut lengan Encik Eddy.

"Woi, Man! Cepat lah!". Jerit Idlan kepada kawannya. Terkocoh2 Azman mematikan talian.

"Kau gayut dengan siapa, hah?". Soal Idlan hairan. Kawannya ini pelik sungguh. Sejak tiba di rumahnya, henset tak lekang dari genggaman. Sekejap2 bergayut, sekejap2 tersenyum2 membaca mesej. Sampaikan apa yang Idlan suruh, semuanya tak menjadi. Disuruh gosok baju melayu, Azman pergi gosok baju kemeja. Gaya seperti orang mabuk cinta.

"Hehe.. A..Aku mesej mak aku lah. Rindu!". Seloroh Azman. Dia sudah tersengih sehingga menampakkan barisan gigi nya yang putih. Idlan mengerutkan dahi. 'Rindu mak sampai senyum2? Hairan! Hairan!'. Idlan mengomel.

Hari ini hari bersejarah buat Idlan. Dia akan melafazkan ijab kabul untuk mengikat perhubungan dia dan Aulia kepada satu ikatan suci. Hatinya berdegup laju. Pagi2 lagi Idlan sudah bangun untuk melakukan qiamullail. Dia memohon agar majlisnya hari ini dipermudahkan oleh Allah. Idlan cuba bertenang walaupun hatinya seakan mahu pecah. Puas dia praktis lafaz ijab kabul dihadapan cermin. Semuanya idea Azman. Katanya biar senang nak menyebut depan tok kadi. Idlan turutkan sahaja. Practise make perfect! Tidurnya tak lena memikirkan majlis yang akan berlangsung beberapa jam lagi. Idlan menarik nafas berat. Dia perlu mengetepikan dahulu debarnya. Solat lebih diutamakan.

Hari ini ramai jemaah masjid. Mujurlah mereka datang awal sebelum imam membacakan khutbah. Dapatlah dia mendapatkan saf di barisan hadapan. Khutbah hari ini berkaitan dengan kuasa seorang pemimpin. Khusyuk Idlan mendengar khutbah tersebut. Pemimpin yang terbaik mampu melahirkan masyarakat yang terbilang. Lihat sahaja pada cara pimpinan Muhammad Al-fateh. Dari percakapan sehinggalah perbuatan, segalanya berlandaskan kepada sunnah Nabi dan Syariat Allah. Meski sedang dalam peperangan, tuntutan kepada Tuhan tidak pernah terabai. Beliau menunjukkan bahawa kuasa pimpinannya yang hebat telah melahirkan masyarkat yang hebat dari segi fizikal dan mental sehingga peperangan yang diketuai oleh Sultan Muhammad Al-fateh mampu mencipta sejarah dunia. Idlan juga berharap agar mampu menjadi pemimpin sehebat Sultan Al-fateh didalam keluarganya agar dapat melahirkan rumahtangga yang terbaik.

Seusai sembahyang, Idlan menadah tangan berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Doanya tak putus2 kepada Allah. Semakin dia merasakan debarnya. Selepas ini, dia perlu memikul tanggungjawab baru. Menjadi ketua keluarga buat Aulia, menjadi tempat bersandar isterinya. Dia perlu sentiasa bersabar dalam mengharungi badai dan sentiasa meletakkan Allah ditempat yang teratas. Barulah rumah tangga akan sentiasa dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah.

"Idlan, dah ke? Jom!". Ajak Encik Eddy selepas bersalaman dengan jemaah masjid. Idlan hanya mengangguk setuju. Mereka beriringan keluar dari masjid.

"Nervous?". Sepatah soalan yang diutarakan hanya mampu membuat Idlan tersengih dan menjongketkan bahu. Encik Eddy tergelak kecil. Dia menepuk2 bahu anaknya lembut. Azman pula sudah mentertawakan kawannya itu.

"Kau apehal gelak2?". Marah Idlan. Azman terus menekup mulutnya cuba menahan gelak. Encik Eddy hanya tersengih melihat karenah mereka berdua.

"Idlan, jadi suami yang soleh. Suami yang dapat membawa isteri ke syurga. Perempuan ni hatinya lembut. Kena dijaga, dibelai dengan kasih sayang. Kalau tak jaga, habislah rumah tangga. Papa percaya anak bujang papa boleh bimbing Aulia kejalan yang diredhai. Bentuk dia jadi isteri yang terbaik. Kamu kena fikir, kamu dulu kena berubah kalau kamu nak isteri kamu juga berubah". Nasihat Encik Eddy. Idlan mengangguk2 faham dengan kata2 papa nya. Mereka terus beriringan hingga sampai ke kereta.

"Pakcik, Idlan ni tak payah nasihat pun, dia dah hebat bab2 kahwin ni! Pro la katakan! Hang kan hero malaya sedunia. Betui tak?". Azman menyakat. Idlan sudah mula membuka silat.

"Dah2. Tak payah gaduh2 pulak. Man, sebab dia hero malaya la pakcik nasihat berjela. Tak boleh percaya dia ni". Ujar Encik Eddy. Azman sudah menunjukkan ibu jari tanda bagus. Idlan hanya menjongket bahu. Dia menghembus nafas perlahan.

"Pa, macam mana kalau Aulia tak boleh terima Idlan?". Soal Idlan risau. Dia masih memikirkan tentang sesuatu perkara. Idlan mengerutkan dahi.

"Kenapa kamu cakap macam tu?". Soal Encik Eddy kembali. Hairan dengan pertanyaan anak bujangnya.

"Aulia tak tahu menahu pasal tatoo ni". Idlan menerangkan sebab kerisauan nya. Encik Eddy tergelak kecil.

"Kalau dia dah ikhlas nikah dengan kamu, maksudnya dia terima kamu seadanya. Sudah lah, jangan di fikir benda2 yang tak munasabah ni. Jom! Kita ada lagi 15 minit je ni". Encik Eddy mengingatkan. Azman mengangguk setuju dengan apa yang dikatakan oleh Encik Eddy. Idlan terus masuk kedalam perut kereta seraya memecut laju. Dia perlu sampai ke rumah Aulia pada jam 3 petang.

Sampai sahaja di rumah, Idlan segera berlari ke bilik. Dia perlu bersiap. Dicapai baju melayu yang sudah tergantung di almari lalu menyarungkan ke badannya. Dia mengambil pula samping yang diletakkan diatas katil lalu keluar untuk meminta pertolongan Encik Eddy.

"Pa, how I do this?". Soal Idlan sambil menunjukkan samping yang dipegang. Encik Eddy terus bangun mendekati anak bujangnya lalu menyarungkan samping di pinggangnya. Dia membetulkan lipatan samping agar nampak kemas.

"Thanks, pa!". Ucap Idlan seraya naik balik ke biliknya. Diambil songkok lalu diletakkan kemas diatas kepala. Idlan menyembur sedikit perfume untuk final touch. Dia terus mengambil henset dan dompetnya lalu keluar dari bilik. Azman yang sudah menunggu di ruang tamu terus memuji.

"Amboi hang! Segak noh! Macam aku jugak!". Ucap Azman seraya membuang habuk di baju melayu Idlan. Idlan tersengih.

"Aku segak macam aku la. Apa pasal pulak macam kau!". Usik Idlan. Mereka bergelak ketawa. Sempat lagi Azman membisikkan sesuatu rapat ke telinga Idlan.

"Hang kalau nervous, hang cakap je kat aku. Aku boleh tolong gantikan hang nikah!". Terjegil biji mata Idlan seraya menghadiahkan tumbukan padu di perut Azman. Dia mengaduh kesakitan.

"Hang ni dah la angkat berat. Aku yang kurus ni jugak hang nak belasah! Sampai hati hang!". Rungut Azman. Idlan sudah menjeling memandang kawannya. Idlan mencebik. Siapa suruh gurau tak bertempat. Aulia tu aku punya!

"Sudah2 la tu. Jom kita gerak. Ha Liza! Semua dah siap ke?". Soal Encik Eddy sambil menghalakan pandangan kearah isterinya. Mama Liza tersenyum dan mengangguk laju.

"Papa, Mama Liza dengan Azman naik kereta dengan kamu, yang lain dengan Abang Daud". Arah Encik Eddy. Mereka terus menaiki kereta dan bergerak menuju ke rumah pengantin perempuan.

***

"Wah Nuha! Cantiknya kau! Kawan aku ke ni?". Puji Shaira. Dia terpana melihat Aulia dalam busana nikah nya. Anggun! Dengan wajah yang dioles makeup, Aulia kelihatan lain sekali.

"Ish kau ni! Ada2 je. Aku biasa jelah. Mana pulak cantiknya". Ucap Aulia merendah diri. Dia sedang membelek2 wajahnya dicermin. Berpuas hati dengan mekap yang dikenakan ke wajahnya.

"Serius beb! Kau memang cantik! Aku rasa la kan, Idlan ni mau ternganga tengok kau gojes macam ni!". Shaira mengusiknya. Aulia sudah merona merah. Dia tersenyum memandang Shaira yang tak lepas2 memandang wajahnya.

"Kau ok tak?". Soal Shaira sambil menyilangkan tangan didada. Aulia menghembus nafas perlahan sebelum menjawab soalan panas kawannya itu.

"Aku nervous gila! Tengok tangan aku ni, menggigil2 dari tadi". Seraya menunjukkan tangannya yang terketar2. Shaira tergelak kecil. Dia lantas menggenggam tangan Aulia kuat. Aulia cuba berlagak tenang.

"Sampai je kat pelamin tu, kau selawat banyak2". Pesan Shaira. Aulia mengangguk tanda faham. Dia sangat berdebar. Hatinya laju berdegup. Digenggam kuat bunga ditangannya. Segala macam perasaan menerjah kedalam hatinya. Sesekali, Shaira keluar untuk menunggu kedatangan pihak lelaki.

Terkumat-kamit bibir Aulia cuba berzikir. Dia memejam mata rapat cuba mengusir segala perasaan takut didalam hatinya. Aulia menghembuskan nafas perlahan2. Dia cuba mengumpul kekuatan. Dikerling jam didinding, ada masa berbaki 2 minit sebelum sampai ke pukul 3 petang. Makin laju jantungnya berdegup. Aulia pantas mencapai Al-quran diatas meja solek dan mula membaca surah Taaha. Baru sahaja habis satu muka surat, muncul Shaira dimuka pintu.

"Are you ready, Nuha? Diorang dah sampai". Ucap Shaira sambil tersenyum. Aulia mengetap bibir. Inilah masanya! Tiada patah balik ke hari semalam. Aulia memejam mata rapat dan perlahan2 menghembus nafas. Dengan lafaz bismillah, Aulia bingkas bangun dan memperkemaskan baju kurungnya lalu memegang lengan Shaira. Dia mengisyaratkan tanda ok sebelum mereka turun ke bawah.

Aulia melangkah perlahan2. Lututnya terasa lemah pula bila melihat susuk tubuh insan yang sedang menunggu dia untuk meraikan hati bajagia ini. Dari jauh kelihatan Idlan yang sedang duduk dihadapan tok kadi. Dia segak berbaju melayu dan bersongkok. Aulia lantas mengambil tempat di pelamin. Dia menjadi perhatian ramai. Tak kurang ada yang memuji kecantikan Aulia. Idlan yang perasan kehadiran Aulia segera menoleh.

Dia terpegun! Masa seakan berhenti berputar. Matanya tak berkerdip memandang seraut wajah itu. Bakal isterinya cantik sekali. Lama Idlan memandang wajah Aulia sehinggalah Azman mencuit bahunya.

"Sabar bro! Jangan nampak sangat gelojoh tu!". Bisik Azman sambil tergelak kecil. Idlan sudah menggaru2 kepalanya yang tak gatal cuba menahan malu.

Idlan sudah bersedia. Dia ingin segera menghalalkan Aulia Nuha. Perkahwinan yang dibina atas rasa cinta kepada Allah.
Khusyuk Idlan mendengar tok kadi memberikan khutbah kahwin. Sesekali mereka tergelak dengan usikan tok kadi tersebut. Idlan semakin berdebar. Hatinya tak henti2 berselawat moga mendapat ketenangan ketika melafazkan ijab kabul.

"Yang nak menikah kan pengantin perempuan, bapa pengantin perempuan la ye?". Soal tok kadi. Encik Syam mengangguk laju. Tok kadi tersebut tersenyum memandang.

"Baiklah Encik Idlan ya. Bila sahaja di sebut nama, Encik Idlan kena jawab 'saya' dahulu. Kemudian bapa pengantin akan melafazkan ijab, barulah Encik Idlan akan melafazkan kabul nya." Terang tok kadi tersebut. Idlan yang mendengar, mengangguk faham.

"Encik Syam, boleh la mula ye". Ujar Tok kadi. Idlan sudah tersenyum. Dia menghela nafas perlahan2.

"Idlan Syahid bin Eddy".

"Saya!".

"Aku nikah akan dikau dengan anakku Aulia Nuha dengan mas kahwinnya RM 80 ringgit, tunai!". Ucap Encik Syam tenang.

"Aku terima nikah Aulia Nuha dengan mas kahwin RM 80 ringgit tunai!". Dengan sekali lafaz Idlan telah melafazkan ijab kabul.

Sah!

"Alhamdulillah!". Ujar Tok kadi mengesahkan ijab kabul tersebut.

Menitis air mata Aulia. Dia kini sah menjadi milik Idlan Syahid. Dipandang wajah ibu dan ayahnya. Jelas terpancar riak bahagia di wajah mereka. Aulia menyeka air mata yang mengalir. Dia menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh tok kadi. Aulia tenang! Kini dia dibawah perlindungan seorang lelaki yang bernama suami.

Ameen!

Tetamu yang hadir mengaminkan doa tersebut. Idlan bersyukur didalam hati kerana dia telah sah menjadi suami Aulia Nuha. Dia tersenyum memandang Encik Eddy. Seraut wajah Puan Mariah muncul dalam benak fikirannya. 'Mak, Idlan dah kahwin. Mak mesti tengah tengok Idlan kan'. Gumam Idlan. Dia menghembuskan nafas lega. Bibirnya tak lekang dengan senyuman. Dia pantas mendapatkan Encik Eddy untuk bersalaman. Lama mereka berpelukan. Tanpa disedari, Encik Eddy mengalirkan air mata dibahu anaknya. Idlan lantas menyeka dan mengucapkan terima kasih. Dia lantas bersalaman dengan bapa mertuanya, Encik Syam. Encik Syam memeluk Idlan dan menghadiahkan senyuman manis. Dia kini menyerahkan sepenuhnya Aulia kepada Idlan.

Idlan dan Aulia bangun menuju ke bilik pengantin untuk mengerjakan solat sunat dahulu. Pertama kali Aulia akan diimamkan oleh Idlan. Dia teruja. Sungguh tenang Idlan mengimami Aulia. Panjang doanya seusai solat. Idlan terus meletakkan telapak tangannya ke ubun2 Aulia dan membacakan doa. Aulia memejam mata rapat. Dia bahagia saat ini. Pertama kali dia bersentuhan dengan seorang lelaki. Aulia terpaku apabila tangannya menyentuh tangan Idlan untuk bersalaman. Seperti ada satu arus ketenangan yang mengalir ke tubuhnya. Hangat sekali ciuman yang dihadiahkan didahi Aulia. Setitis air mata mengalir di pipi. Idlan lantas menyeka air mata Aulia.

"Jangan nangis sayang. Terima kasih kerana menerima abang seadanya. InsyaAllah abang akan jaga sayang hingga akhir hayat abang. Abang terlalu cintakan Aulia". Ucap Idlan lembut. Dia menatap lama wajah isteri yang baru dinikahinya. Aulia tertunduk malu.

Mereka terus bangun dan bergerak ke pelamin untuk menyarungkan cincin. Idlan mengambil kotak baldu dari pegangan Azman lalu menyarungkan cincin di jari manis Aulia. Setelah itu, dia memakaikan gelang di pergelangan tangan Aulia. Aulia berkerut memandang Idlan. Ini adalah gelang yang sama masa dikedai emas tempoh hari. Aulia memandang Idlan yang sedang tersengih.

"For you". Sebaris ayat yang membuatkan Aulia terpaku. Dia tidak menyangka Idlan akan menghadiahkan gelang emas yang dia berkenan. Aulia tertunduk cuba menyembunyikan senyuman.

"Ok, kami nak ambil gambar ni. Korang berdua, senyum!". Bukan sekali gambar yang diambil, malah berkali2 mereka mengambil gambar Aulia dan Idlan untuk dijadikan kenangan. Idlan hanya menurut sahaja.

"Cuba pegang tangan suami tu. Baru lah gambar cantik. Nampak romantik gitu!". Arah satu suara. Idlan dan Aulia sudah berpandangan. Tak mungkin dia akan menggenggam tangan Idlan dikhalayak ramai. Malu kot! Aulia teragak2 untuk memegang tangan Idlan. Dia sudah merona merah. Tanpa berlengah, Idlan segera mencapai tangan Aulia. Apa lagi, mahu terkeluar biji mata Aulia memandang Idlan. Dia pula buat2 tak bersalah. Nak ditarik, takut orang perasan. Nak tak nak, Aulia terpaksa lah merelakan tangannya digenggam erat oleh Idlan. Terdengar riuh suara orang terjerit kecil bila melihat mereka berpegangan tangan.

"Cute nya!". Ujar Shaira mengusik. Dia bahagia bila melihat kawannya itu selamat melangsungkan perkahwinan. Akhirnya, Aulia menemui cinta nya. Tak lepas dia memandang raut wajah kawannya. 'Bahagialah kau dengan Idlan, Nuha!'. Doa Shaira didalam hati.

"Kita bila lagi?". Soal satu suara dari belakangnya. Shaira menoleh. Terlihat tunangnya sedang senyum manis kearahnya. Azman memandang tunangnya yang manis berbaju kurung merah bertudung hitam.

"Tanyalah diri tu!". Sambut Shaira tersenyum. Matanya terarah kembali kepada pasangan diatas pelamin.

Dia sendiri tak menyangka bahawa tunangnya merupakan kawan baik kepada Aulia Nuha. Apabila diberitahu semalam yang dia ingin menghadiri majlis akad nikah kawan baiknya, Idlan, terkejut beruk Shaira mendengar sebaris nama tersebut. Apalagi, terjadilah sesi Question and Answer antara dia dan Shaira. Kecil betul dunia ini. Tak sangka pula dia yang mereka sama2 merupakan kawan baik. Cuma masalah sekarang ini adalah, Idlan dan Aulia sahaja yang belum tahu tentang hubungan mereka berdua. Kata Shaira mahu buat kejutan kepada kawannya itu. Azman hanya menurut tak membantah.

"Kalau tanya diri sendiri, la ni pun boleh". Ujar Azman yakin. Shaira sudah berkerut memandang.

"Awat? Tak caya ka? Ni Azman la. Semua settle!". Ujar Azman bangga. Pecah tawa mereka berdua.

Azman. Tunang yang sangat dicintainya. Walaupun mereka berkenalan tidak lama, itu semua tak mematahkan hati Shaira untuk percaya lelaki seperti dia. Sepanjang yang mereka berkenalan, Azman menunjukkan sifat penyayang dan mengambil berat. Tidak kira pada diri Shaira ataupun pada keluarganya. Itu yang membuatkan hati Shaira yakin pada pilihannya.

"Ok sudah2 tu. Bagi pengantin rilex sekejap. Penat dah duk posing2 atas pelamin tu". Puan Hawa datang menyelamatkan keadaan. Aulia menghela nafas lega. Dia tersenyum memandang ibunya. Mereka pun bersurai. Shaira yang perasan keadaan sudah lengang terus berlari anak mendapatkan kawannya. Ditinggalkan Azman terkulat2.

"Uit pengantin! Romantik betul nampaknya!". Tegur Shaira. Dia memukul lembut lengan Aulia. Idlan tersengih.

"Biasalah! Kami kan couple of the year!". Ujar Idlan bangga. Shaira sudah mencebik.

"Menyampah pulak kita dengar!". Tergelak Idlan mendengarnya. Azman yang baru tiba di pelamin segera mendapatkan tunangnya.

"Hoi Man! Apehal kau berdiri sebelah dia ni? Kau nak tackle ke? Takpe2, kalau kau nak yang ni, aku setuju!". Idlan Syahid sudah mengusik kawannya. Azman tergelak kecil.

"Ni? Dia ni memang tunang aku pun!". Ujar Azman selamba. Merona merah Shaira mendengarnya. Azman sudah tersenyum memandang tunangnya. Hanya Idlan dan Aulia sahaja yang ternganga, terkejut mendengar perkhabaran tersebut.

"Jap2! Kau? Dia? Tunang?". Soal Idlan keliru. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Wei, Shaira! Ni ke tunang kau?!". Soal Aulia separa jerit. Dia sudah terjegil memandang kawannya yang sudah tersipu malu. Shaira mengangguk perlahan.

Serius ke? Kau biar betul?!". Soal Aulia tidak percaya. Pandai betul kawannya yang seorang ini simpan rahsia. Rupa2nya, tunangannya adalah kawan baik suaminya sendiri.

"Betui la! Kami dah tunang. Sebenaq nya aku pun tak sangka Shaira ni geng bini hang ni. Semalam baru aku tau! Aku nak cerita kat hang, dia suh simpan dulu. Takut hang pi story kat Aulia ni. Awek aku yang suruh simpan cerita kat hangpa dua. Dia nak buat surprise, aku follow lah!". Terang Azman situasi sebenar. Aulia sudah berpelukan gembira dengan kawannya itu.

"Wah! Tahniah la, bro! Aku ingat kau main2. Tak sangka tunang kau kawan Aulia ni. Kecik betul dunia ni". Ujar Idlan tersenyum. Dia sudah menepuk2 bahu kawannya, bangga.

"Sorry la Nuha! Aku saja nak simpan, segan la dengan kau!". Ujar Shaira berseloroh. Aulia segera menghadiahkan cubitan kecil di lengannya.

"Banyaklah segan kau tu! Apa2 pun, jaga kawan saya ni. Dia lah kawan saya dunia akhirat!". Ujar Aulia kepada Azman. Tangannya tak lepas menggenggam jemari Shaira. Azman mengangguk faham.

"Eh, jom la makan, Nuha. Makan sekali dengan kitorang". Ajak Shaira. Azman turut mengangguk setuju dengan cadangan tunangnya.

"Ha, jom Idlan. Hang lapaq kan tadi. Jom kita pekena nasi". Azman turut mengajak kawannya.

"Ok, jom!". Idlan setuju. Azman dan Aulia segera bergerak laju meninggalkan mereka berdua. Aulia segera bangun dari pelamin untuk mengekori langkah Shaira dan Azman. Idlan yang sedari tadi menggenggam tangan Aulia terus menarik Aulia kembali duduk. Mujurlah dia sempat berpaut pada lengan suaminya.

"Apa Encik Idlan buat ni? Malu la orang tengok". Ujar Aulia seraya memandang sekeliling. Takut2 kalau ada yang memandang. Idlan pula sudah semakin dekat.

"Encik?? Buang dulu 'encik' tu. Call me, abang!". Arah Idlan. Aulia sudah mengelak dari memandang wajah Idlan sementara tangannya berusaha untuk diloloskan. Nak dibandingkan tangan Idlan yang kuat dengan tangan Aulia yang comel2 ni, sampai ke sudah lah memang takkan lepas.

"Erm, lepas dulu tangan Aulia ni. Sakit lah ". Adu Aulia. Dia menahan debar yang semakin laju didada. Idlan pula hanya tersengih.

"Panggil dulu, abang. Tak susah kan. A.B.A.N.G. mudah!". Usik Idlan lagi. Aulia seakan mahu menjerit saat ini. Memang tak hilang nakalnya!

"Abang". Ucap Aulia perlahan, hampir saja tidak dengar. Idlan mengerutkan dahi dan mendekatkan lagi badannya kearah Aulia.

"Apa? Tak dengar la. Cuba cakap kat telinga abang betul2". Sambil merapatkan telinganya ke bibir Aulia. Aulia mengetap bibir. Arghh! Suaminya memang kejam!

"Abang!". Kali ini kuat sedikit suara yang dilontarkan. Idlan sudah tersengih. Dia menjarakkan badannya dari Aulia seraya melepaskan pegangan tangan.

"Isteri solehah wajib dengar cakap suami". Lantas bangun meninggalkan Aulia terpinga2. Aulia memandang Idlan yang sudah jauh dari pandangan. Aulia nak menjerit. 'Memang jahat!'. Bisik hati kecil nya. Dia pantas bangun mengejar Idlan yang sudah berada didalam khemah. Tak henti2 mulutnya merungut. Sabar jelah wahai hati!

"Abang dah ambilkan makanan untuk Aulia. Pergi la duduk. Abang ambil air". Arah Idlan sambil tangannya ligat menuang air. Aulia masih berdiri disitu tak bergerak. Idlan menoleh kearah isterinya.

"La, kenapa tak duduk lagi ni? Pergi la dulu". Arah Idlan untuk sekian kalinya. Aulia tetap berdiri di sebelah suaminya.

"Isteri yang solehah akan bantu suaminya". Ujar Aulia seraya mengambil gelas yang berisi air dari pegangan Idlan. Idlan tersenyum lebar. 'Macam ni lah bini aku!'. Detik hati Idlan. Mereka terus beriringan menuju ke meja makan. Kelihatan Azman, Shaira, Encik Eddy dan Mama Liza juga sedang menjamu selera. Aulia terus mengambil tempat disebelah suaminya.

"Mama dengan papa terus balik ke?". Soal Aulia. Encik Eddy menelan kunyahannya perlahan kemudian menjawab pertanyaan menantunya.

"Ha'ah la. Esok pagi kan sanding. Erm, papa ikut Idlan la nak gerak bila". Jelas Encik Eddy. Aulia hanya mengangguk mendengar penjelasan bapa mertuanya. Mereka mengisi perut dengan berselera. Sesekali Idlan mengusiknya. Malu bukan main Aulia dihadapan mak dan bapa mertuanya. Idlan pula tersengih2 seakan2 tak bersalah. Encik Eddy tersenyum melihat anak bujangnya yang kelihatan sangat bahagia.

"Papa, Idlan solat dulu la, baru kita gerak balik ye". Idlan meminta izin. Encik Eddy mengangguk setuju. Senang lah perjalanan mereka nanti kerana sudah menunaikan solat.

"Er, Nuha. Aku balik dulu la. Nanti esok pagi2 aku datang, eh?". Ujar Shaira sambil terkocoh2 mengambil hensetnya.

"Laa, nak balik dah? Hurm, takpelah. Kau balik dengan siapa ni? Meh aku hantarkan la". Pelawa Aulia kepada kawannya. Berkerut dia memandang kawannya yang sudah menggeleng laju.

"Takpe! Tak payah! Aku balik sendiri". Shaira menolak. Dia tidak mahu menyusahkan kawannya. Dalam erti kata lain, dia akan balik bersama tunangnya.

"Sayang, dia balik dengan tunang dia. Diorang nak pergi dating tu!". Sampuk Idlan. Azman dan Shaira sudah tergelak besar. Pecah sudah rahsia mereka berdua.

"Amboi! Patutlah beriya tak nak aku hantar! Jahat betul!". Aulia memukul kuat lengan kawannya. Shaira sudah mengaduh kesakitan.

"Dah, hati2 kalau macam tu. Kau tu perangai elok sikit ye! Jangan macam orang tak ingat dunia je!". Pesan Aulia. Dia sudah seperti mak tiri kepada Shaira. Shaira mengangguk laju. Dipeluk erat kawan baiknya. Azman sudah bersalaman dengan Idlan. Mereka pun pergi meninggalkan Aulia dan Idlan.

"Aulia, jom solat." Ajak Idlan. Aulia mengangguk lalu mengikut langkah suaminya. Mereka menuju ke bilik Aulia. Kekok dirasakan saat ini bila berduaan dengan Idlan. Aulia berdiri di muka pintu.

"Memang tak nak masuk ke macam mana? Ke, nak jadi jaga kat situ?". Soal Idlan mengusik isterinya. Aulia teragak2. Berat kakinya ingin melangkah kedalam bilik sendiri. Idlan sudah mula membuka sampingnya. Aulia pula sudah berkira2 mahu turun.

"Masuklah cepat. Tau la tak nak abang balik awal kan!". Ujar Idlan seraya menarik tangan isterinya untuk masuk kedalam bilik. Aulia masih lagi tegak berdiri. Idlan tersenyum memandang Aulia.

"Abang ambil wudhu dulu. Aulia siap2 lah". Arah Idlan. Aulia hanya menganggukkan kepala tanda setuju. Idlan pantas mencubit pipi isterinya dan berlalu ke bilik air. Aulia sudah terkejut. Dipegang pipinya yang sudah kebas. Dia memejam mata rapat. 'Cool down, Aulia!'. Bisik hatinya.

Aulia pantas mencabut selendang dikepala dan meletakkan didalam bakul. Dia melepaskan ikatan rambutnya dan mula menyisir perlahan2. Idlan yang baru keluar dari bilik air terpegun melihat Aulia tanpa mengenakan tudung dikepala. 'Cantik'. Desis hati Idlan. Dia cuba berlagak tenang walaupun jantung seakan mahu lompat keluar dari badannya. Idlan berdehem mengejutkan Aulia.

"Eh, er, sorry. Aulia pergi ambil wudhu kejap". Segera diikat rambutnya kemas dan berlalu ke bilik air. Idlan mengurut dadanya perlahan.

"Fuh! Boleh cair iman aku macam ni". Ucap Idlan perlahan. Dia tidak boleh membayangkan hari2 nya tanpa Aulia. Memang dia sudah angau! Dipandang Aulia yang baru keluar dari bilik air itu dari ekor mata. Idlan cuba mengawal perasaannya saat ini.

"Dah ke?". Tanya Idlan setelah melihat Aulia siap menyarungkan telekung dikepala. Aulia mengangguk lalu mengambil tempat disejadah. Mereka pun mula bersolat dengan diimami oleh Idlan. Khusyuk dan penuh kerendahan hati. Penuh ketenangan disetiap rukuk dan sujud. Idlan membaca doakan selesai solat. Panjang dan penuh pengharapan. Dia mengharapkan agar rumah tangga yang dibina kekal hingga syurga. Aulia mengaminkan setiap doa2 suaminya.

"Aulia, abang harap Aulia setia disisi abang selamanya". Ucap Idlan seraya mencium pipi isterinya. Aulia tersenyum malu. Dia juga berharap rumah tangganya kekal sampai Jannah.

"Abang suka bila sayang malu macamni. Cute!". Ujar Idlan. Dia tergelak kecil melihat gelagat isterinya yang tak habis2 malunya.
Aulia segera bangun dan melipat sejadah. Dia terus membiarkan suaminya yang sedang memerhatikan setiap gerak geri dia.
"Abang nak balik ni". Ujar Idlan. Aulia menoleh. Dia mengerutkan dahi.

"Ok". Sepatah yang dijawab. Idlan ternganga mendengar. 'Ok je?!'. Gumam Idlan. Dia cuba lagi kali ini lebih serius.

"Abang nak balik ni!". Dikuatkan suaranya sedikit sambil memerhati tingkah isterinya. Aulia menjawab tanpa menoleh.

"Ok". Jawapan yang sama diberikan. Idlan mendengus. Dia sudah memandang tajam kearah isterinya. Aulia mengetap bibir. Jawapan apa yang ingin diberikan? Takkan la dia ingin memujuk rayu supaya Idlan jangan balik dan duduk dengan dia sepanjang masa. Macam tak logik pula. Bukankah suaminya memang perlu balik pun. Idlan segera bangun dan terus mencapai lengan isterinya. Aulia terus menoleh. Dia memandang suaminya tak berkerdip. Lemah kepala lututnya apabila berada terlalu rapat bersama suaminya.

"Abang. nak. balik. ni!". Ujar Idlan sepatah demi sepatah. Aulia tak berkerdip memandang suaminya. Dia menelan air liur yang terasa pahit di tekak. Belum sempat Aulia ingin membuka mulut, Idlan terlebih dahulu memotong,

"Abang nak tinggalkan sayang, and sayang still ok?". Bisik Idlan rapat ke wajah Aulia. Terasa hembusan nafas Idlan di wajah Aulia. Begitu dekat sehingga tiada ruang untuk Aulia bergerak.

"Er, urm, Aulia tak.. bukan.. macamtu.. Aulia.. erm, abang memang k..kena balik kan?". Tergagap2 Aulia menyebut. Idlan tersenyum. Dia perlahan2 menjarakkan diri dengan Aulia. Dipegang pipi isterinya lama.

"Tunggu abang, boleh?". Soal Idlan. Ditatap wajah isterinya dalam2, cuba menyimpan seraut wajah itu kekal dalam ingatannya. Aulia terkedu. Dia cuba menghela nafas tapi dirinya seakan terkepung didalam sebuah bilik gelap. Sukar untuk bernafas.

"Bo..boleh". Sepatah yang dijawab.

"Terima kasih sayang. Abang pergi dulu. Assalamualaikum". Ucap Idlan terus meninggalkan Aulia keseorangan. Aulia memejam matanya rapat.

"Ya Allah! Kenapa aku berdebar sangat ni? Kenapa Idlan suka usik aku macamni? Tolong aku Ya Allah!". Doa Aulia. Dia mengurut2 dadanya perlahan. Sikit lagi dia boleh terkena heart attack! Oleh suaminya sendiri.

Aulia mencapai tudung bawal yang tergantung di dalam almari dan menyarung kemas dikepala. Dia mengorak langkah ke luar dari bilik tidurnya menuju untuk bersalaman dengan Mama Liza dan papa sebelum mereka bergerak pulang. Tiba di halaman rumah, Aulia tersenyum memandang ayah dan ibu mertuanya. Aulia bersalaman dengan Mama Liza lalu mengucapkan terima kasih. Encik Syam dan Puan Hawa tenang memerhati. Aulia segan bila berada dikalangan keluarga barunya. Dari ekor matanya, dia tahu Idlan sedang merenung dirinya. Hatinya pula tak henti2 berdegup laju. Susah betul dapat suami terlebih romantik! Tak pasal2 kena buat pemindahan jantung pulak, sebab jantung yang sedia ada sukar nak berdegup dengan perlahan2.

"Hati2 drive tu, Idlan. Nanti dah sampai bagitau ye". Pesan Encik Syam kepada Idlan. Idlan mengangguk lalu bersalaman sebelum masuk ke kereta.

"Aulia, salam suami tu". Arah Puan Hawa. Aulia teragak2. Didepan ibu dan ayah? Nak tak nak, terpaksa diturutkan arahan ibunya. Aulia mencapai tangan suaminya lalu tunduk salam. Idlan tersenyum nakal. 'Ah sudah suami aku ni. Ada la tu yang difikirnya'. Desis hati Aulia. Aulia melambai sebelum segera masuk kedalam rumah.

***

Keesokan harinya, majlis bersanding berjalan dengan meriah. Aulia dirias dengan cantik sekali. Begitu juga dengan Idlan. Bagai pinang dibelah dua. Majlis berlangsung dari jam 12.30 tengahari hinggalah petang. Ramai kawan2, sanak saudara, jiran tetangga yang hadir bagi meraikan pasangan tersebut. Majlis Aulia menjadi lebih meriah dengan ucapan dari Encik Syam dan Puan Hawa.

"Wahai anakku, kau merupakan permata ayah dan ibu. Sejak kecil kau ditatang bagai minyak yang penuh. Ayah menjaga kau bagai menjaga nyawa ayah sendiri. Segala apa yang kau mahu, ayah turutkan. Kau menangis, ayah dan ibu juga turut menangis. Kau ketawa, ayah dan ibu juga turut ketawa. Jatuh sakit kau, ayah ibu juga terasa. Kau umpama bidadari kecil kami. Perangai kau sungguh berbeza berbanding adik beradik yang lain. Tapi itu tak membuatkan kami sisihkan kau. Aulia, ayah dan ibu lepaskan kau pada Idlan. Kau hiduplah dengan dia. Kau jagalah dia. Ingat nak, syurga kau terletak dibawah telapak kaki dia. Ayah dan ibu tak minta duit, harta atau lain2. Cuma, cukup kau ingat kami yang telah melahir dan menjaga kau sehingga besar. Aulia, ayah dan ibu sentiasa doakan kau menjadi anak dan isteri yang soleh.
Idlan, ayah dan ibu serahkan puteri kami kepada kau. Jaga dia. Didik dia. Bimbing dia kearah redha Allah. Jadikanlah dia wanita syurga. Ingat, nilai dia bukan terletak pada mahar nya, tapi nilai dia terletak pada hatinya sendiri. Pinta kami, jagalah anak kami sebaiknya".

Aulia tidak dapat membendung air mata yang sudah bergenang. Dia sebak mendengar ucapan dari ibu dan ayahnya yang tercinta. Idlan juga turut mengalirkan air mata. Dirangkul Aulia kemas didalam pelukannya, cuba menenangkan isterinya yang sudah teresak2 menangis. Encik Syam dan Puan Hawa cuba tersenyum walaupun mereka sedih melepaskan seorang lagi anak perempuan mereka.

Sepanjang majlis, Idlan setia bersama Aulia. Tak lepas tangannya mengenggam tangan isteri tercinta. Idlan bangga diperkenalkan sebagai suami Aulia. Sesekali, ada gelak tawa antara mereka berdua. Encik Syam yang memerhati dari jauh melepaskan nafas kelegaan. Aulia pasti gembira dengan kehidupannya. Encik Syam tersenyum memerhati.

"Abang, kenapa senyum2 tu? Tengok apa?". Tegur Puan Hawa sambil matanya tercari2 apa yang dilihat suaminya. Encik Syam tersengih.

"Tu! Anak kita. Bahagia dia kan?". Sambil memuncungkan mulut, Encik Syam menghalakan pandangannya kearah anaknya. Puan Hawa sudah tersenyum.

"InsyaAllah, bang. Kita doa lah yang baik2. Alah bang, saya yakin Idlan mampu buat anak kita bahagia". Ucap Puan Hawa dengan yakin. Mereka berpandangan dan bertukar senyuman.

"Tahniah Hawa! Dapat menantu lagi ye!". Tegur satu suara. Puan Hawa terus menoleh memandang. Cik Som yang datang bersama anak lelaki nya. Mereka bersalaman dan berpelukan

"Terima kasih la Som. Lambatnya kau datang?". Soal.Puan Hawa sambil melirik jam yang dipakai. Sudah pukul 5 petang. Tetamu sudah mula berkurangan.

"Maaflah. Aku terlupa betul anak kau kahwin harini. Nasib baik aku tengok balik kad kahwinnya. Terus la aku siap2 datang. Ni, aku suruh anak aku bawak". Terang Cik Som seraya memohon maaf. Puan Hawa tergelak kecil mendengar.

"Takpe Som. Terima kasih la kau dah datang. Pergi lah makan. Aulia ada kat dalam khemah tu". Ujar Puan Hawa sambil mempelawa Cik Som makan. Cik Som terus berlalu ke khemah untuk menjamu selera. Sibuk Aulia dan Idlan melayan tetamu yang hadir sehingga mereka lupa untuk mengisi perut.

Setelah majlis berakhir, Idlan membantu mengemas dan membasuh periuk belanga di luar rumah manakala Aulia pula mengemas ruang tamu. Sesekali mereka berhenti untuk berehat dan menunaikan solat. Sungguh, kehidupan selepas kahwin sangat berbeza. Segala2 yang dilakukan bersama2.

"Aulia pergi lah rehat dulu. Abang nak sudahkan kemas ni". Arah Idlan bila melihat isterinya yang sudah kepenatan. Aulia tersenyum memandang. Memang dia sangat penat harini. Jam menunjukkan pukul 12 tengahmalam. Matanya sudah tidak mampu menampung lagi.

"Takpe ke? Aulia ingat nak temankan". Ujar Aulia. Dia sedang duduk di satu sudut khemah menemani suaminya yang sedang membasuh itu. Idlan tersenyum memandang.

"Takpe sayang. Aulia dah penat kan, pergilah tidur. Abang nak siapkan ni lagi sikit". Terang Idlan kepada isterinya. Aulia pula mengangguk perlahan dan mula berlalu meninggalkan Idlan.

Didalam bilik, Aulia terus menanggalkan tudungnya lalu menghempaskan diri diatas katil. Badannya terlalu letih. Otaknya sudah tak mampu untuk berfikir apa2 lagi. Dia sangat mengantuk. Dikalihkan badannya supaya dia tidur menghadap suaminya nanti. Akhirnya, Aulia lena.

Setelah setengah jam Aulia lena, barulah Idlan masuk ke bilik. Dia melihat Aulia yang sudah lena dibuai mimpi. Idlan tersenyum sendiri. Dia lantas menuju ke bilik air untuk menyegarkan badan kemudian melakukan solat sunat dua rakaat. Sesudah itu, Idlan turut berbaring disebelah isterinya. Dipandang wajah isterinya yang kepenatan. Idlan bahagia. Perlahan2 dia mengusap rambut Aulia yang lembut. Dia lantas mengucup dahi isterinya lama.

"Selamat malam sayang. I love you!". Ucap Idlan perlahan ke telinga Aulia. Dia terus memerhati wajah isterinya yang lena itu hinggalah dia juga melelapkan mata. Tidurnya sangat lena.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience