Chapter 27

Romance Completed 29068

Baru sahaja Encik Syam menetapkan tarikh pernikahan antara dia dan Idlan. Encik Eddy datang kerumahnya pagi tadi bersama sebentuk cincin sebagai tanda ikatan. Idlan telah memilih sebentuk cincin emas belah rotan. Sangat cantik! Majlis akan berlangsung seminggu selepas raya. Idlan tersenyum gembira kerana majlisnya akan dilakukan dengan segera. Mereka mempunyai baki lagi beberapa minggu sahaja. Hatinya makin berdebar. Encik Eddy juga sempat mengundang keluarga Encik Syam untuk majlis kesyukuran dan tahlil yang akan dilakukan di kediaman mereka pada hujung minggu ini. Dia ingin mengadakan sedikit jamuan makan dan menjamu anak2 yatim di sebuah sekolah pondok yang berdekatan.

"InsyaAllah, nanti saya bawa orang rumah sekali. Pukul berapa mula nya?". Soal Encik Syam. Dia memandang wajah Encik Eddy dan Idlan silih berganti.

"Mula lepas asar. Tahlil dulu lepastu kita buka puasa sama2 kemudian terawih sekali. InsyaAllah, saya ada jemput ustaz yang akan imamkan". Terang Encik Eddy panjang lebar. Sesekali dia memandang kearah Puan Hawa yang tekun mendengar. Aulia yang duduk bersebelahan dengan Mama Liza juga diam mendengar.

"Aulia datang ye? Majlis ni kira untuk kamu jugak la". Ujar Encik Eddy seraya tergelak kecil. Idlan hanya memerhatikan dari ekor matanya. Malu untuk bertentang mata bila duduk bersama dengan kedua orang tua mereka. Aulia tersenyum manis memandang Encik Eddy.

"InsyaAllah, pakcik. Kalau takde aral melintang, sampailah nanti". Ucap Aulia lembut. Dia tersenyum memandang Mama Liza disebelahnya. Lidahnya kelu. Tidak tahu hendak bersembang apa dengan Mama Idlan. Sudahnya, dia hanya melayan perasaan seorang diri.

"Alhamdulillah! Bagus lah! Nanti Idlan akan datang la bawak Encik Syam dan keluarga ke rumah saya". Seraya memandang kearah Idlan. Idlan mengangguk setuju. Encik Syam pula menolak lembut.

"Eh, tak perlu la sampai nak datang ambil. Aulia kan ada. Biar dia je yang drive. Lagipun, tak jauh kan rumah Encik Eddy tu". Bidas Encik Syam. Dia tersenyum memandang Idlan.

"Takpe lah, saya yang jemput, biar lah saya yang ambil. Kita ni nak berbesan pun! Tak usah malu2 lah!". Encik Eddy bersungguh mengusul cadangan. Kalau nak diikutkan, Encik Syam segan nak menyusahkan. Tapi melihatkan Encik Eddy yang dah bersungguh, ralat pula kalau ditolak. Nak tak nak, terpaksa diturutkan.

"Yelah kalau dah itu yang Encik Eddy nak. Kami terima aje lah". Ucap Encik Syam sambil tergelak kecil. Mereka pun meneruskan berbual tentang majlis perkahwinan anak mereka. Sesekali bertukar pendapat tentang majlis yang bakal dilangsungkan. Idlan yang mendengar, hanya mengangguk setuju sahaja. Sesekali dia menoleh memandang Aulia. Gadis itu tidak pernah dilihat memandang tepat kewajahnya. Dia rancak berborak dengan Mama Liza. Idlan tersenyum gembira. Dia merasakan Aulia pasti akan dapat menyesuaikan diri dalam keluarganya nanti.

"Yelah, saya gerak dulu lah ye. Nak petang dah ni. Nanti jammed pulak". Terang Encik Eddy meminta izin untuk pulang. Puan Hawa memandang senyum.

"Buka kat sini jelah. Kan senang!". Cadang Puan Hawa. Aulia sudah memandang ibunya. Tak percaya dengan apa yang didengar. 'Ibu pun! Janganlah ramah sangat!' Gumam Aulia. Dia sudah seperti cacing kepanasan. Kalau lah mereka berbuka disini, lagi susah la Aulia nak menahan debar terpaksa berhadapan dengan Idlan. Dia berdoa didalam hati moga Encik Eddy terus pulang ke rumah.

"Ah, macam boleh sangat la kalau nak berbuka kat sini". Ucap Encik Eddy sambil tersenyum memandang Idlan. Aulia sudah memandang Encik Eddy tidak percaya. ' Ah! Sudah. Katakan tidak!'. Jerit hati Aulia. Dia memandang Encik Eddy gugup. Berharap sangat agar Encik Eddy membatalkan niatnya. Idlan pula hanya memandang kosong. 'Ada chance la nak tengok dia lagi!'. Hati kecilnya nakal berbicara. Dia tersenyum memandang papa nya.

"Tapi, saya ada kerja sikit. Jadi lain kali lah". Encik Eddy terus menyambung. Dia sudah tergelak kecil bila melihat wajah anak bujang nya yang sudah muram. Dia bingkas bangun untuk bersalaman dengan Encik Syam.

'Fuuhh! Lega! Thanks papa! Ops!' Aulia bersorak gembira. Dia mengurut dada nya perlahan2. Hilang sudah debar nya. Dia bersyukur yang tak terhingga. Aulia memandang Mama Liza dan bersalaman dengannya. Idlan pula hanya menurut Encik Eddy bersalaman dengan bakal bapa mertua nya.

"Balik dulu ye, Assalamualaikum!". Lantas masuk kedalam perut kereta. Idlan melambai tangan kearah Encik Syam dan keluarga. Mereka terus hilang dari pandangan.

***

"Pa, kenapa papa tolak cadangan tadi? Baru nak lama2. Kacau line la papa ni!". Rajuk Idlan. Matanya dihalakan kearah jalan raya. Encik Eddy tersengih2.

"Apa? Cadangan apa?". Soal Encik Eddy berpura2 tak tahu. Dia sengaja menolak cadangan bakal besannya itu walaupun dia tahu Idlan nampak teruja dapat berlama di rumah itu. Idlan mendengus perlahan.

"Papa buat2 tak tahu ke, memang tak tahu ni? Pasal buka puasa tu la". Idlan terus memusingkan stereng kereta masuk ke simpang jalan. Dia memandang papa sekilas. Mama Liza sudah tergelak ditempat duduk belakang.

"Ohh! Yelah! Tiba2 baru ingat pulak! Haha.. kamu pun sabar la kalau iya pun. Tak lari gunung dikejar. Nanti dah dapat, tengoklah puas2. Tak nak keluar bilik pun takpe!". Encik Eddy mengusik anak bujangnya. Dia terkekeh ketawa geli hati. Mama Liza turut menggelakkan Idlan.

"Ada pulak ke situ papa ni! Aduh! Malu la Idlan dengan Mama Liza!". Ujar Idlan malu. Pipinya sudah kebas dengan usikan tersebut. Dia mengetap bibir. Encik Eddy tidak habis2 menggelakkan anaknya.

"Idlan, cuba sabar sikit. Jangan diikutkan rasa tu. Kamu tu darah muda, darah manis. Tak elok kalau selalu nak jumpa2 ni, lagipun, tak lama dah". Ucap Encik Eddy seraya menepuk bahu anaknya perlahan. Idlan hanya tersengih memandang papa nya. Ada betul kata papa nya itu. Dia perlu bersabar.

Mereka sudah sampai diperkarangan rumah. Idlan segera keluar dari perut kereta. Belum sempat dia ingin menapak masuk ke dalam rumah, henset nya berbunyi. Idlan melihat nama yang tertera di skrin hensetnya. Melise! Idlan merengus geram. 'Tak faham2 lagi!' Bentak Idlan.

"Siapa yang call?" Soal Encik Eddy kehairanan. Anaknya hanya memandang henset tiada tanda ingin menjawab. Idlan memandang papa nya seraya menunjukkan skrin henset kepada Encik Eddy. Encik Eddy memandang tajam kearah anak bujangnya.

"Papa nak benda ni settle! Make sure settle! Papa taknak susah dikemudian hari. Ingat tu!". Pesan Encik Eddy tegas. Dia taknak Idlan masih berhubungan dengan perempuan lain selain Aulia sahaja. Idlan mengeluh. Dia mengangguk laju sambil tangannya menjawab panggilan tersebut.

You nak apa lagi dari I?? You ni tak faham bahasa ke? I kata I tak cinta you! Tolonglah faham!

Idlan menghentak dinding. Hatinya geram dengan karenah perempuan yang tak faham bahasa macam Melise ni.

You yang bagi harapan kat I! You kata you cinta I! Now, you nak buang I macam tu je?!

Melise bentak geram. Dia sudah menggenggam telefonnya rapat ke telinga.

Itu dulu! Sekarang I tak cinta you lagi! Tolong la, Mel! I akan kahwin tak lama lagi. So, stop cari I lagi!

Idlan terus mematikan talian. Dia bengang! Nafasnya turun naik. Dia mengurut2 dada nya yang seakan mahu pecah.

"Astaghfirullah! Sabar Idlan! Sabar!". Idlan menggumam. Dia memejam mata rapat2. Setelah beberapa minit menghilangkan marah, Idlan masuk ke dalam rumah terus ke kamar tidurnya. Dia perlu merehatkan otaknya yang terasa berat sekali. Hensetnya dimatikan. Dia tidak mahu sesiapa pun menganggu dia saat ini. Dikunci pintu bilik rapat dan terus menghempaskan badan ke atas katil empuk nya.

"Ya Allah! Kuatkan lah hati aku!". Doa Idlan. Dia cuba menepis segala perasaan amarah nya saat ini. Dia perlu sedar, tiada guna dia mengikut kata2 Melise. Buat serabut otak nya sahaja!

Lama dia cuba melelapkan mata, tapi matanya tidak mahu mengikut apa yang disampaikan oleh hatinya. Idlan bangun bersandar di kepala katil. Dia lantas mencapai henset yang dicampakkan lalu membuka kembali. Ada satu mesej masuk. Idlan lantas membuka inbox dan membaca isi kandungan mesej yang baru diterima.

"Fine! You boleh buang I macam ni! Tapi you ingt ye! If I tak dapat you, perempuan tu pun takkan dapat you! Sial punya jantan!

Idlan terus menghela nafas berat. Sakit yang dirasakkan dikepala makin kuat. Dia memicit2 kepala nya kuat. Idlan berguling2 diatas katil nya. Kepalanya masih berdenyut. Tekaknya pula terasa perit. Lama Idlan cuba melelapkan matanya yang berat. Dipusing badannya kekiri dan kekanan. Akhirnya, barulah Idlan dapat tidur lena.

***

"Liza, cuba kamu tengok Idlan kat bilik tu. Dari tadi tak keluar2. Dia buat apa lama2 kat bilik tu. Tolong awak tengokkan". Pinta Encik Eddy sambil memandang kearah isterinya. Mama Liza yang sedang menyusun majalah di rak terus bangun menuju ke bilik Idlan. Dia mendaki anak tangga satu persatu. Setelah sampai di hadapan bilik anak bujang suaminya, Mama Liza pantas mengetuk pintu beberapa kali. Senyap! Tiada tanda pintu akan dibuka. Dia cuba mengetuk lagi, kali ini lebih kuat. Masih sama. Tiada suara Idlan dari dalam bilik. Mama Liza pantas turun untuk mendapatkan suaminya.

"Bang, Idlan tak menyahut pun saya panggil. Banyak kali tu. Senyap je. Cuba abang tengok pulak!". Pinta Mama Liza. Risau jika berlaku sesuatu. Encik Eddy yang mendengar terus bangun menuju ke bilik anak bujangnya. Diketuk beberapa kali. Tidak berjawab. Tanpa menunggu lama, Encik Eddy mengambil kunci spare yang diletakkan di meja sisi lalu membuka pintu bilik anaknya.

Kelihatan Idlan yang sedang terbaring lesu diatas katil. Dia terus mendekati anaknya dan cuba mengejutkan dari tidur. Tiada jawapan. Encik Eddy sudah kerisauan. Dia menggoncang tubuh anaknya lebih kuat. Badannya terasa bahang. Encik Eddy melekapkan tangannya di dahi Idlan. Panas! Terus dikejutkan anaknya untuk bangun. Perlahan2 Idlan membuka mata.

"Pa, Idlan tak larat la. Nak rehat jap". Ujar Idlan tak bermaya. Suaranya tersekat2. Air liur yang ditelan terasa pahit. Dia memandang wajah Encik Eddy dan Mama Liza. Sekejap2 dia memejam matanya. Pedih sekali.

"Kamu demam panas ni! Dah, mari papa bawak pergi hospital". Sambil cuba membangunkan anaknya dari katil. Mama Liza terus memaut lengan Idlan untuk memapah. Idlan memegang kuat kepalanya yang berdenyut. Dia menggeleng kepala perlahan.

"Taknak! Idlan tak larat. Kepala sakit sangat. Err, Idlan rehat je. Nanti dah buka, Mama Liza kejut ya". Idlan tolak perlahan. Dia terus memejam mata rapat cuba menghilangkan denyutan dikepala. Tangannya kuat memegang tangan Encik Eddy.

"Degil la kamu ni! Nanti melarat, susah pulak! Kamu kalau tak larat sekalipun, takpe, biar papa dengan Mama papah kamu". Ujar Encik Eddy, masih memaksa anaknya untuk ke hospital. Idlan hanya menggeleng lemah. Dia sudah tidak larat untuk membuka matanya. Terasa dunianya berputar laju. Tekaknya pula mual, seakan mahu mengeluarkan segala isi perutnya saat ini.

"No, pa. Idlan nak rest je. Nanti ok la ni". Mama Liza sudah menggeleng kepala. Keras kepala juga Idlan ni. Dia memandang kearah suaminya yang sudah terduduk di birai katil. Mukanya jelas risau.

"Idlan, dengar lah cakap papa tu. Kita pergi hospital check. Panas sangat ni". Mama Liza cuba memujuk lembut. Dia menghembuskan nafas perlahan. Encik Eddy sedang mengusap kepala Idlan lembut. Sekejap2 dilekapkan tangan ke dahi anak bujangnya. Idlan tetap menggeleng. Habis sudah daya mereka untuk memujik Idlan. Encik Eddy mengeluh berat.

"Yelah, ikut kamu lah! Nanti ada apa2 cepat2 panggil Mama Liza atau papa. Ni kejap lagi Mama Liza buatkan bubur. Makan sikit bagi sihat. Liza, ambilkan panadol dekat laci meja kat dapur tu. Bawak sekali towel, nak letak kat dahi dia ni". Arah Encik Eddy. Mama Liza mengangguk dan terus menuju ke dapur. Idlan sudah kembali lena selepas mengangguk lesu. Hairan Encik Eddy melihat anaknya. Baru sahaja tadi sihat balik dari rumah Aulia, ni terus demam. 'Entah apa la jadi tadi'. Desis hati Encik Eddy.

Mama Liza kembali membawa towel yang direndam dengan air sejuk. Encik Eddy terus meletakkan kain tersebut ke dahi anaknya, berharap kurang sedikit panas badannya. Setelah itu, Encik Eddy cuba mengejutkan Idlan untuk makan ubat. Masih juga berdegil. Idlan tetap ingin berpuasa macam biasa. Katanya dia masih kuat. Encik Eddy hanya menurut. Diletakkan kembali ubat ke dalam bekas dan diletakkan di meja sisi. Dia terus membetulkan selimut anaknya. Mama Liza hanya memerhati tanpa bicara. Sejurus selepas itu, mereka terus meninggalkan Idlan untuk berehat.

"Nanti jangan lupa buatkan bubur untuk Idlan. Saya nak ke bazar ni, awak ada nak kirim apa?". Soal Encik Eddy setelah mereka berada di ruang tamu. Mama Liza hanya menggeleng.

"Kalau macam tu, saya pergi dulu la. Apa2 nanti, call saya". Pesan Encik Eddy lalu menuju ke kereta. Dia terus meninggalkan perkarangan rumah. Gundah hatinya bila melihat anaknya yang sedang sakit. Idlan jarang sakit, jadi bila dia jatuh sakit, memang akan teruk. Badannya akan lemah dan muntah2. Pernah sekali masa Idlan berumur 15 tahun, dia mengalami demam panas sehingga pengsan berulang kali. Demamnya juga tak berkurangan seminggu lamanya.

Di bazar, Encik Eddy ingin membeli juadah berbuka untuk dia dan isterinya. Dia mencari nasi ayam dan juga kuih kaswi. Setelah mendapatkan makanan yang dicari, Encik Eddy segera pulang ke rumah. Dia memandu laju. Mujurlah petang2 macam ini, jalan raya tak jammed.

"Cepat abang balik? Dah habis ke kuih nya?" Soal Mama Liza hairan melihat suaminya begitu cepat membeli juadah berbuka. Encik Eddy melabuhkan punggung di sofa.

"Ada je, nah! Bawak ke dapur. Ada nasi ayam dengan kaswi. Tak ramai pulak orang kat bazar tadi. Agaknya sebab dah tengah puasa la kot ye". Terang Encik Eddy. Dia terus mencapai remote tv dan membuka siaran sementara menunggu waktu berbuka. Ada lagi sejam sebelum berbuka, Encik Eddy pantas mendaki anak tangga untuk melihat Idlan. Sesampai sahaja di bilik, kelihatan Idlan sudah membongkok menahan muntah dari dalam mulutnya. Pantas tangan Encik Eddy mencapai baldi didalam bilik air dan terus diletakkan berhampiran mulutnya.

"Kenapa tak panggil papa? Habis dah baju kamu ni. Muntahkan lagi, habiskan muntah tu". Ujar Encik Eddy sambil menepuk lembut belakang Idlan. Sesekali dia mengurut2 cuba untuk menghilangkan rasa loya anaknya. Dia menunggu Idlan yang sedang menghamburkan segala isi perut nya. Idlan sudah tak berdaya lagi. Tekaknya sudah sakit, tapi masih rasa nak muntah. Mama Liza yang baru muncul terkejut melihatnya.

"Ya Allah! Habis bajunya. Kenapa tak panggil Mama Liza? Mama boleh tolong kamu". Ucap Mama Liza sambil tangannya ligat mengelap sisa muntah yang melekat di atas selimut.

"Tak pelah Liza. Ganti aje dengan yang baru. Cuba tengok dalam almari tu, ada tak selimut lain. Bawak keluar sekali baju dia, abang nak bersihkan Idlan". Arah Encik Eddy. Idlan sudah menghabiskan muntahnya. Dia berpaut pada lengan Encik Eddy. Encik Eddy terus mengalihkan baldi di tepi katil dan segera membuka baju anaknya, menggantikan dengan yang baru.

"Ni bang. Erm, seluar nya nak ditukar ke?". Ujar Mama Liza seraya menghulurkan baju kepada suaminya. Encik Eddy menyelak selimut. Seluarnya masih bersih. Encik Eddy terus menggeleng.

"Tak payah. Tak kena muntah pun. Tolong bawakkan saya air bersih. Ni kain ni awak bersihkan". Arah Encik Eddy. Dia menghulurkan kain yang dipenuhi muntah kepada Mama Liza. Segera dia mengambil dari tangan suaminya dan membasuh. Encik Eddy pula sedang membetulkan pautan badan Idlan. Dia susah hati.

"Pa, Idlan.. n..nak muntah l..lagi". Tersekat2 Idlan mengutarakan ayat. Encik Eddy lantas menjerit isterinya supaya membawa baldi. Terkocoh2 Mama Liza membawa baldi yang baru dibersihkan. Mujurlah sempat, kalau tidak habislah kotor cadarnya dek muntah Idlan. Idlan mengeluarkan lagi isi perutnya sampai tiada apa yang boleh dikeluarkan lagi. Idlan lemah. Dia hanya ingin baring saat ini. Kepalanya berdenyut2 kuat.

"Pa, Idlan nak tidur". Pinta Idlan. Encik Eddy segera membersihkan badannya dengan air bersih lalu memakaikan baju yang baru. Dibaringkan Idlan semula lalu diselimutkan dengan selimut yang baru.

"Idlan, makan la bubur ya, kalau tak badan kamu lemah nanti". Nasihat Encik Eddy. Dia risau melihat anaknya yang tetap berdegil. Encik Eddy ingin menyuap bubur kedalam mulut Idlan, tapi ditepis oleh anaknya.

"Taknak, tekak sakit. Idlan nak termuntah bau bubur tu". Idlan menolak lembut. Dia memang tak larat saat ini. Bau bubur itu sangat meloyakan tekak nya. Dia tak mampu untuk menelan apa2 ketika ini. Encik Eddy meletakkan kembali mangkuk bubur ke tepi. Dia terus bangun dan berlalu keluar. Mama Liza setia menemani Idlan. Risau kalau2 dia muntah lagi. Idlan langsung terlena. Mama Liza memperlahankan kipas siling dan duduk dibirai katil. Dia memandang wajah Idlan, saling tak tumpah seperti wajah Encik Eddy. Perangainya juga sama, keras kepala. Sesekali Mama Liza membasahkan kain yang diletakkan didahi nya.

Azan berkumandang sayup2 di corong pembesar suara. Mama Liza segera turun untuk berbuka. Encik Eddy yang berada di ruang tamu turut bergerak ke meja makan. Mereka membaca doa dan menjamu selera.

"Idlan tu kalau demam memang teruk ye, bang?". Soal Mama Liza risau. Tak pernah pula dia tau anak bujang suaminya itu akan teruk bila demam. Encik Eddy menganggukkan kepala. Disuap kuih kaswi kedalam mulut. Mama Liza pula hanya mengangguk.

"Macam tulah dia. Teruk sampai pernah tu pengsan. Idlan jarang sakit. Jadi bila dah sakit, teruk la". Terang Encik Eddy sambil memandang isterinya. "Dulu mak nya yang akan selalu jaga sebab dia kerap muntah". Sambung Encik Eddy lagi. Mereka meneruskan dengan menjamah nasi ayam yang dibeli di bazar. Senyap sunyi. Mereka makan dengan selera sekali.

"Abang nak naik atas tengok Idlan. Awak nanti solat dulu ye. Kita gilir2 la jaga dia. Boleh ke?". Soal Encik Eddy meminta kepastian. Mama Liza tersenyum.

"Anak abang, anak saya jugak. Saya akan jaga dia". Mama Liza menjawab dengan yakin. Encik Eddy membalas senyuman isterinya dan terus berlalu ke tingkat atas.

Dia membuka pintu bilik, dilihat anaknya sedang tidur lena. Encik Eddy mengejutkan Idlan untuk solat maghrib. Idlan hanya menurut. Encik Eddy memapah Idlan ke bilik air untuk mengambil wudhu. Dia lantas solat diatas katil. Selepas habis menunaikan solat, Encik Eddy menyuap bubur kepada anaknya. Satu suapan masih mampu diterima, masuk suapan kedua, Idlan sudah loya. Segera diambil baldi ditepi katil dan Idlan terus memuntahkan isi perutnya. Encik Eddy menepuk2 belakang badan Idlan supaya ada kelegaan.

"Dah, Idlan taknak dah. Nak tidur". Idlan menolak lembut tangan Encik Eddy. Dia memandang lemah papa nya. Kepala nya yang berdenyut masih tak berkurang. Panasnya juga belum kebah. Encik Eddy perlahan2 membaringkan Idlan semula. Sejurus selepas itu, Idlan terus lena. Mama Liza yang baru muncul terus duduk disebelah Idlan. Dia mengisyaratkan supaya suaminya segera solat. Encik Eddy terus meninggalkan isterinya dan anaknya.

***

"Hawa! Dah siap belum? Cepat sikit. Dah pukul berapa ni?". Laung Encik Syam dari ruang tamu. Puan Hawa terkocoh2 turun dari tingkat atas. Dikerling Aulia yang sedang duduk menunggu.

"Dah abang, jom! Aulia jom!". Ajak Puan Hawa. Mereka terus beriringan ke masjid untuk solat isyak dan terawih. Perjalanan mereka diisi dengan zikrullah. Aulia diam membisu.

Sampai sahaja diperkarangan masjid, mereka terserempak dengan Encik Eddy yang juga sedang menuju ke masjid. Encik Syam lantas menyapa, mereka pun bersalaman.

"Sorang je hari ni? Idlan mana?". Soal Encik Syam seraya matanya meliar mencari susuk tubuh anak muda tersebut. Encik Eddy tersenyum manis memandang wajah bakal besannya.

"Dia tak datang. Ada kat rumah. Demam teruk pulak. Balik dari rumah Encik Syam, terus panas badannya. Itu pun dah berapa kali la tu muntah2". Terang Encik Eddy perihal Idlan. Encik Syam yang mendengar terkejut. Begitu juga Puan Hawa dan Aulia.

"Tak bawak ke klinik? Risau pulak kita mendengarnya". Ujar Puan Hawa. Risau dengan keadaan Idlan. Pasti teruk demamnya kalau tidak, takkanlah sampai muntah berkali2.

"Dia taknak ke klinik. Puas saya paksa. Degil dia tu kalau bab2 hospital atau klinik ni. Bubur pun tak mahu ditelan. Huh, saya risau betul. Ni pun, saya Isyak aje disini, terus nak balik. Risau kalau jadi apa2. Liza kat rumah sorang2". Encik Syam mengangguk2 mendengar penjelasan Encik Eddy. Dia turut risau dengan keadaan Idlan.

"Kalau macamtu, nanti kami singgah la ziarah dia. Lagipun, bukan siapa2, bakal menantu saya jugak". Encik Syam memberi cadangan. Puan Hawa terus bersetuju dengan cadangan suaminya. Aulia diam membisu. Saat ini hatinya terlalu risau. Bagaimana keadaan Idlan? Teruk kah? Semua dia ingin tahu. Hatinya gundah. Seboleh2nya dia cuba menyembunyikan perasaannya saat ini. Aulia terus mengikut langkah ibunya masuk ke dalam masjid. Hatinya tak henti2 berdoa agar Idlan sihat sentiasa. Terpancar di riak wajahnya, betapa risaunya dia saat ini.

"Risau ke?". Soal Puan Hawa. Aulia terkejut dengan soalan itu. Dia cuba tersenyum kelat memandang ibunya.

"InsyaAllah dia tak teruk". Puan Hawa memberikan senyumam seraya terus duduk dibarisan saf. Aulia cuba menyedapkan hatinya berharap tidak teruk sakit Idlan itu. Aulia segera bergerak ke dalam saf setelah azan berkumandang. Dia cuba membuang dahulu kerisauan yang bersarang didalam hatinya. Dia terus khusyuk melakukan solat.

Setelah habis mereka menunaikan solat terawih, mereka terus bergerak pulang ke rumah dahulu untuk menukar pakaian kemudian baru bergerak ke rumah Encik Eddy. Mujurlah Encik Eddy memberikan panduan kearah rumahnya memudahkan Aulia memandu pada waktu malam. Hampir setengah jam mereka mencari2, akhirnya mereka sampai ke rumah agam Encik Eddy. Aulia terkejut melihat rumah Idlan yang besar. Jelas lah dia merupakan anak orang berada. Disangkakan Idlan hanya orang biasa2 sahaja sementelah Aulia sendiri tidak pernah bertanya perihal keluarga Idlan.

Mereka menekan loceng rumah, tak sampai beberapa minit, muncul Encik Eddy di muka pintu. Dia terus menjemput masuk kedalam rumah. Aulia mengikut langkah ibu dan ayahnya. Dia hanya diam seribu bahasa. Matanya terpegun melihat perabut2 didalam rumah tersebut. Dekorasi rumah agam itu menjadikan rumah itu nampak seperti rumah orang kaya. Tak puas Aulia menatap setiap inci sudut rumah. Memang cantik!

"Duduklah dulu. Saya panggilkan Liza kejap". Pelawa Encik Eddy. Puan Hawa melabuhkan punggung disebelah suaminya. Aulia turut melabuhkan punggung di kerusi kayu itu. Matanya masih memerhatikan sekeliling. Tidak lama selepas itu, muncul Mama Liza dari tingkat atas.

"Assalamualaikum! Lama dah sampai?". Tanya Mama Liza seraya bersalaman dengan Puan Hawa dan Aulia. Mereka berbalas senyuman.

"Idlan ada kat bilik, baru je makan. Erm, saya buatkan air ye?". Soal Mama Liza berkira2 untuk kedapur membancuh air. Encik Syam segera menolak.

"Takpe, tak payah susah2. Kami nak ziarah Idlan saja. Tak perlu buat air". Ujar Encik Syam lembut. Puan Hawa turut mengangguk setuju. Mama Liza terus membatalkan niat ke dapur.

"Kalau macam tu, mari kita ke bilik Idlan la". Seraya menunjukkan mereka bilik Idlan Syahid. Aulia menapak anak tangga satu demi satu. Hatinya galau. Dia cuba berlagak tenang. Sampai sahaja dibilik, kelihatan Encik Eddy sedang membersihkan mulut Idlan yang kotor dek muntah.

"Assalamualaikum Idlan! Pakcik ni". Tegur Encik Syam. Idlan yang sedang bersandar dikepala katil memandang lemah dan tersenyum. Idlan menjawab soalan Encik Syam perlahan, hampir saja tidak didengar. Aulia memandang dari hujung katil. Hatinya risau melihat keadaan Idlan yang terbaring lesu. Di meja sisi terdapat dulang yang berisi ubat2an, semangkuk bubur dan segelas air kosong yang tak berluak. Aulia kembali memandang Idlan yang sedang cuba menggagahkan diri untuk bersalaman dengan Encik Syam.

"Takpe, rehat aja, Idlan. Pakcik datang nak ziarah kamu. Katanya kamu demam teruk. Kamu tak ke klinik ke?". Soal Encik Syam. Idlan menggeleng lemah. Dia cuba menelan air liur yang terasa pahit ditekak. Berkerut wajahnya menahan sakit. Lama Idlan begitu sebelum dia menjawab soalan Encik Syam.

"Takpe pakcik. Idlan ok, tak payah pergi klinik. Sikit je ni". Ucap Idlan perlahan2. Dia hanya tersenyum memandang wajah Encik Syam. Puan Hawa turut melahirkan rasa simpati.

"Kamu rehat ye. Nanti cepatlah baiknya. Kamu banyak fikir la tu. Agaknya kurang rehat". Puan Hawa memberi nasihat. Idlan nenggangguk perlahan. Dia memandang wajah Aulia, dia tersenyum. Bakal isteri nya sudi untuk menziarahi dirinya yang sakit. Aulia hanya menundukkan pandangan, sesekali dia memandang dari ekor matanya. Aulia berharap agar cepat sembuhnya.

"Terima kasih pakcik, makcik dan Aulia sudi jenguk saya. Susahkan aja. Lagipun saya tak teruk pun". Ucap Idlan menyedapkan hati. Encik Syam sudah tersenyum memandang wajah pucat bakal menantunya.

"Ziarah kan dituntut. Lagipun, kamu bakal menantu pakcik, apa salah nya kami datang, kan Encik Eddy?". Seraya mengalihkan pandangannya kearah Encik Eddy yang sedang duduk di birai katil. Encik Eddy mengangguk laju. Encik Syam terus membacakan sedikit doa penyembuh lalu dihembuskan kedalam minuman Idlan. Idlan minum seteguk dan terus bersandar.

"Terima kasih pakcik sebab doakan saya".
Ucap Idlan. Matanya terasa berat. Kepalanya kembali berdenyut. Dia segera memicit perlahan2 kepalanya yang sakit.

"Takpelah, kamu rehat ye. Air tu jangan lupa diminum ya. Pakcik balik dulu!". Ucap Encik Syam terus bersalaman dengan Idlan. Puan Hawa juga turut mengucapkan salam dan mengikut langkah suaminya. Aulia yang berkira2 untuk keluar dari bilik itu, terhenti oleh panggilan Idlan. Aulia terus menoleh memandang,

"Aulia! Terima kasih". Sepatah kata yang terucap dari bibir Idlan terus membuatkan Aulia tersenyum.

"Makan ubat, cepat sihat". Ucap Aulia terus meninggalkan Idlan seorang diri. Idlan tak mampu menyembunyikan senyumannya. Dia lantas berbaring lalu melelapkan mata perlahan2.

Aulia segera mempercepatkan langkahnya menuju ke ruang tamu. Ayah dan ibunya sudah bersiap2 untuk pulang. Aulia bersalaman dengan Mama Liza.

"Terima kasih ye sudi datang". Ucap Mama Liza kepada Puan Hawa. Aulia yang baru sahaja turun terus bersalaman dengan Mama Liza. Dipeluk erat tubuh gadis itu. Aulia membalas pelukannya. Mereka bertukar senyuman dan terus pulang kerumah.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience