Chapter 33

Romance Completed 29068

"Awal balik, Idlan? Kata lepas asar baru nak balik". Tegur Encik Eddy apabila melihat anak lelakinya melangkah masuk kedalam rumah. Idlan diam seribu bahasa. Dia pantas melabuhkan punggung disebelah papa nya lalu meraup wajahnya berulang kali.

"Something happened?". Soal Encik Eddy lagi. Dia melihat anaknya yang muram sedari tadi. Encik Eddy pantas melipat surat khabar dan diletakkan diatas meja. Dia membetulkan duduk menghadap anak lelakinya.

"Tell me! What happen?". Encik Eddy cuba memujuk. Serabut dilihat wajah anak kesayangannya. Idlan pula hanya meraup wajahnya sahaja, tiada tanda ingin bercerita. Dia memegang lembut bahu anaknya. Idlan mengeluh.

"Tatoo". Sepatah perkataan yang membuatkan Encik Eddy menghembus nafas berat. Dia tersenyum memandang wajah anaknya.

"Aulia dah tahu?". Soal Encik Eddy. Idlan mengangguk. Dia menyandarkan kepala di sofa. Berat otaknya!

"Bila?". Soal Encik Eddy lagi. Idlan menghembus nafas perlahan sebelum menjawab.

"Tadi". Sepatah juga yang dijawab. Encik Eddy menepuk lembut bahu anaknya. Dia mengangguk tanda faham situasi yang telah berlaku.

"Idlan jawab apa?". Soal Encik Eddy. Kali ini dia memandang tepat ke anak mata Idlan.

"Entah lah! Idlan pun tak tahu. Pa, Idlan taknak kehilangan dia. Idlan menyesal tak berterus terang. Idlan tahu dia mesti jijik bila tengok Idlan macamni. Idlan tahu dia mesti tak boleh lupa Idlan yang dulu!". Rintih Idlan. Otaknya serabut. Encik Eddy cuba memberikan kekuatan kepada anaknya.

"Idlan! Dengar sini. Jangan diingat yang silam tu. Idlan sekarang dah berubah. Mungkin dia perlu masa. Tapi, Idlan tak patut cakap macam ni. Takkan lah sampai jijik si Aulia tu dengan Idlan. Papa percaya, dia cuma terkejut sebab tak diberitahu pasal benda ni. Tu saja". Nasihat Encik Eddy panjang lebar. Idlan cuba memujuk hati untuk bersetuju dengan nasihat Encik Eddy.

"Dah2, tak usah la kamu nak bersedih. Papa yakin, Aulia cuma terkejut saja. Kamu tu, jangan fikir bukan2 pulak". Arah Encik Eddy. Dia tersenyum memandang wajah anak bujangnya dan berdoa agar rumah tangga yang baru dibina kekal ke akhirnya. Idlan memandang papa, dia mengeluh perlahan. Idlan lantas bangun menuju ke bilik tidur nya.

Kaki nya lemah melangkah. Dirinya terasa seperti diawangan. Kalau lah masa boleh diputarkan balik, pasti dia akan menceritakan segalanya kepada Aulia. Kalau betul Aulia cuma terkejut, Idlan hanya perlu bersabar sahaja.

Dia merebahkan badan diatas katil empuk. Idlan bosan. Baru sahaja kelmarin dia melafazkan ijab kabul, bersanding esoknya, dan harini dia disini, keseorangan. Semalaman bersama Aulia seperti tidak cukup bagi dirinya. Dia masih terbayangkan senyuman manis isterinya, gelak tawa nya. Dan yang paling penting sekali, wajah yang merona mereh dek usikan Idlan. Dia sudah merindukan segala2nya. Apakah yang dilakukan oleh Aulia saat ini? Di saat Idlan melangkah kaki keluar dari biliknya, Aulia seakan2 tidak mahu melihat wajahnya.

"Ya Allah! Bantulah aku! Apa yang patut aku buat ni!". Rintih Idlan. Hatinya kuat ingin balik kepada Aulia saat ini, tapi dia tahu isterinya masih terkejut.

"Salah ke aku?". Idlan merintih lagi. Dia memejam mata rapat. Idlan cuba menepis segala prasangka buruk. Dia perlu rasional. Sabtu ni majlis sebelah Idlan. Jadi, dia perlu untuk menyelesaikan dahulu majlis nya barulah diselesaikan masalah ini. Idlan terus melelapkan mata, mengumpul sedikit tenaga untuk hari esok.

***

"Idlan mana, Aulia?". Soal Puan Hawa kepada Aulia. Panjang lehernya mencari kelibat menantunya disekeliling rumah. Aulia yang sedari tadi duduk termenung, menoleh kearah Puan Hawa.

"Urm, abang Idlan balik dah. Er, dia.. dia a..ada kerja nak kena buat tiba2. Tu yang dia balik awal". Ujar Aulia tergagap cuba menyembunyikan masalah yang dihadapi. Aulia terus mengalihkan pandangan kearah lain. Puan Hawa mengambil tempat disebelah anaknya.

"Kenapa kamu ni? Kamu ada sembunyikan apa2 dari ibu ke?". Soal Puan Hawa kehairanan. Dilihat wajah anaknya dalam2. Seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Lama ditatap wajah Aulia, dia seakan melarikan pandangan dari dilihat Puan Hawa.

"Aulia? Kamu ok tak?". Soal Puan Hawa lagi. Kali ini dipegang lengan Aulia kuat. Aulia mengetap bibir. Dia bakal di'reman' oleh ibunya sendiri.

"Tak, bu. Aulia ok je. Cuma pening sikit je". Aulia cuba berdalih. Dia berharap sangat ibunya tidak cuba mengorek rahsianya. Aulia yakin, dia pasti akan dimarahi oleh ibu dan lebih2 lagi ayahnya jika mengetahui asbab nya.

"Kalau pening, makan ubat lepastu rehat. Kamu kalau ada apa2 masalah, jangan simpan aja. Cari jalan penyelesaian". Tingkah Puan Hawa seakan mengerti masalah yang melanda anak perempuannya. Aulia hanya memandang sepi. Patutkah diceritakan kepada ibunya? Tak mungkin! Ibunya pasti akan memarahinya. Aulia tersenyum kelat.

"Nanti majlis sabtu ni, kamu terus tinggal sana la kan? Sekejap je kamu dengan ibu, dah nak tinggal dengan suami, kan. Erm, bagus Idlan tu. Ibu suka dia tu". Ujar Puan Hawa sambil tersenyum. Dia memandang Aulia disebelahnya. Kini, anak perempuannya sudah menjadi milik orang lain.

"Er, tak tahu lagi duduk sana ke tak. Boleh jadi still tinggal sini ke kan? Erm, Aulia pun masih tak biasa nak tinggal rumah orang". Ujar Aulia satu persatu. Cuba mencari jawapan untuk soalan ibunya. Puan Hawa sudah berkerut memandang.

"Kenapa pulak? Mesti la kena ikut suami. Lagipun, dia bukan orang lain pun, suami kamu juga! Kamu kena biasakan diri dengan hidup baru". Terang Puan Hawa panjang lebar. Anaknya memang pelik. Hatinya seakan mengetahui bahawa anaknya ada sesuatu yang disembunyikan. Lain pandangan yang diberikan oleh Aulia.

"Aulia, kamu ada masalah kan? Ibu tengok kamu lain ni. Cuba cakap dengan ibu sekarang ni. Pasal apa? Apa masalah yang melanda kamu ni?". Bertalu2 soalan yang keluar dari mulut Puan Hawa. Aulia kaget. Dia sudah terperangkap dengan soalan ibunya. Hatinya memberontak untuk cerita, tapi dirinya memaksa untuk mendiamkan diri. Aulia memandang sayu wajah ibunya. Apa yang patut dilakukan lagi?

"Atau kamu nak ibu panggil ayah?". Soal Puan Hawa berkira2 untuk bangun dari tempat duduknya. Segera ditahan oleh Aulia. Aulia memegang tangan ibunya erat.

"Bu, Aulia tak tahu apa yang Aulia dah buat. Mungkin salah Aulia kot". Aulia memula bicara. Dia menahan sebak di dada. Bergetar suaranya menuturkan ayat. Puan Hawa memandang meminta penjelasan.

"Bu, ayah dengan ibu tahu ke pasal abang Idlan ada cacak tatoo kat bahu dia?". Soal Aulia. Puan Hawa hairan. Dia menyangkakan anaknya sudah mengetahui tentang perkara itu. Hairan dia, tak mungkin Idlan merahsiakan dari pengetahuan Aulia.

"Ayah tahu!". Jawab Encik Syam yang baru muncul. Dia memandang wajah Aulia serius. Tajam matanya memandang anak perempuannya. Dia pasti perkara sebegini akan berlaku. Aulia memandang takut2. Dia sangat pasti ayahnya akan memarahi dia atas apa yang dia lakukan kepada Idlan.

"Kenapa? Ada masalah apa dengan tatoo dia?". Soal Encik Idlan garang. Dia memandang anaknya dalam2. Hairan! Anaknya seakan tidak pernah cuba untuk memahami bahawa Idlan Syahid sudah berubah.

"Kenapa ayah tak bagitahu Aulia? Kenapa ayah diamkan? Sekurang2nya, bagitahu kat Aulia ni. Takdelah Aulia macam orang bodoh yang tak tahu apa2!". Ujar Aulia dengan suara yang sedikit meninggi. Encik Syam diam membisu.

"Aulia, kenapa cakap macamtu dengan ayah kamu?". Puan Hawa menegur. Dia sudah memandang suaminya yang sedari diam. Dia risau kalau2 suaminya meletup, pasti susah akan baik.

"Ayah, Aulia cuma perlu tahu. Aulia ada hak untuk tahu. Ayah, abang Idlan, semua nak rahsia dari Aulia. Kenapa tak boleh nak ceritakan benda ni semua? Benda ni penting, ayah. Sepatutnya sebelum kahwin dulu ayah bagitahu Aulia". Rayu Aulia. Puan Hawa sudah memandang pelik anaknya. Ada sesuatu disebalik ayatnya. Kenapa Aulia sampai jadi begini?

"Apa masalah kamu sekarang ni? Ayah tanya kamu, apa masalah kamu?! Idlan berahsia dengan kamu, ayah dengan ibu tak cerita pada kamu, kamu nak marah2 macamni?". Bidas Encik Syam. Aulia menggelengkan kepala berkali2.

"Aulia ada sebab untuk diberitahu! Aulia isteri dia. Aulia ada hak. Dan awal2 lagi sepatutnya dia bagitahu Aulia. Bukan dengan cara macamni.". Luah Aulia. Hatinya sedih. Kenapa tiada satu orang pun yang mengerti perasaannya saat ini. Dia hanya perlu diberitahu dengan jujur keadaan sebenar.

"Ayah! Aulia yang akan kahwin dengan dia! Sepatutnya dia bagitahu kat Aulia semuanya. Kalau pasal apa yang dia buat dulu, dia boleh cerita kat Aulia, kenapa pasal tattoo ni dia nak rahsia pulak? Aulia dah dengar semua sisi gelap dia kenapa yang satu ni dia nak rahsiakan?!". Soal Aulia tidak puas hati. Dia tak faham kenapa dirahsiakan perkara ini.

"Aulia, bawak mengucap, nak!". Tegur Puan Hawa. Dia memegang kuat lengan anaknya.

"Ingat Aulia! Kamu isteri dia. Jangan cakap yang bukan2". Pesan Encik Syam. Aulia sudah memandang wajah ayahnya tidak mengerti.

"Ayah cakap Aulia isteri dia, tapi dalam masa sama ayah cakap Aulia takde sebab untuk tahu? Ayah, boleh tak ayah faham yang Aulia yang kahwin dengan dia bukan ayah!". Jerit Aulia dalam esak tangis.

"Cukup Aulia! Apa masalahnya pada kamu? Kamu sendiri yang cakap pada ayah kamu terima dia atas sebab kamu nampak dia dalam jawapan istikharah kamu! Kamu redha terima dia apa adanya. Tapi, kenapa disebabkan satu benda ni, kamu beriya2 marah, seolah2 kamu sebenarnya masih tak boleh menerima dia dengan ikhlas! Apa yang kamu nak sebenarnya?! Sepatutnya, bila kamu kata kamu dah boleh terima dia, kamu kena terima dia luar dan dalam. Dah tak perlu nak marah pasal perkara ni. Ada ke kamu tanya dia apa sebab yang dia rahsiakan dari kamu? Kenapa cuma perkara ini yang disembunyikan? Ada kamu tanya Aulia Nuha?! Ayah menyesal dengan kamu. Dulu, bila kamu kata kamu terima dia dengan ikhlas, ayah percaya bulat2. Tapi sekarang, disebabkan satu benda, kamu terus nak melenting. Aulia, kalau kamu ikhlas, kamu akan terima dia macam mana cara pun, walau macam mana dia cuba nak rahsiakan dari kamu. Itu baru namanya ikhlas. Kamu tak bertanya pada dia langsung tapi kamu hanya nak melenting macam ni! Dia dah berubah Aulia. Cuba bukak hati kamu tu luas2. Terima dia seadanya. Jangan dihirau apa2 yang dah dia lakukan dulu. Tattoo tu pun sebahagian dari masa lampau dia. Ke, kamu yang tak boleh terima Idlan bila nampak dia ber tattoo segala?! Kamu jijik nak dekat? Kamu benci tengok dia macamtu? Mengucap Aulia. Dia suami kamu. Macam mana sekalipun, dia dah berubah dan dia suami kamu yang sah! Jangan kamu pandang diri kamu sahaja yang tiada dosa. Pandang sama suami kamu yang dah bertaubat! Hanya kerana satu tanda yang mengingatkan kamu kepada masa lampau dia, sudah cukup membuatkan kamu benci, cuba kamu fikir bagi diri dia. Suka kah dia dengan benda yang boleh mengingatkan dia pada masa lampau dia?! Pernah kamu fikir!? ". Ucap Encik Syam dan terus beredar. Puan Hawa sudah memandang anaknya yang teresak2 menangis. Puan Hawa buntu. Ada benar kata suaminya itu.

"Aulia sayang. Dengar cakap ibu ni. Cuba kamu buka hati kamu, kamu muhasabah balik apa yang kamu dah lakukan. Ibu tak ajar anak ibu jadi macamni. Aulia, kamu kena terima suami kamu seadanya sebagaimana dia menerima kamu seadanya. Jangan terlalu merasa orang yang melakukan dosa seperti minum arak, judi itu semuanya kotor, kita yang tak buat seperti itu sudah sangat bersih. Itu semua syaitan, nak! Mengucap Aulia. Idlan itu suami kamu. Kamu tak boleh buat macamni. Sepatutnya kamu bincang elok2, tanya dia elok2 apa sebabnya. Dia pasti ada jawapannya". Nasihat Puan Hawa lembut. Dia sudah memeluk Aulia yang semakin galak menangis. Diusap lembut bahu anaknya. Aulia menghamburkan segala tangisnya dibahu ibunya. Aulia buntu.

"Ibu, tolong Aulia. Aulia takut!". Ujar Aulia dalam esak tangis. Ibunya menepuk2 lembut belakangnya.

"Aulia takut apa, nak? Cakap dengan ibu sayang". Pujuk Puan Hawa. Dia memperkemaskan pelukan. Aulia tersedu2 menangis.

"Aulia takut kalau Aulia sebenarnya tak dapat nak terima dia. Aulia takut kalau Aulia ikut kata hati". Ucap Aulia satu persatu. Puan Hawa tersenyum. Dia meleraikan pelukan. Dipandang wajah anaknya dalam2.

"Percaya Allah ada untuk Aulia. Dia yang susun segala2nya. Mintak pada Allah dikuatkan iman dan hati. Ibu percaya, Aulia mampu menepis segala hasutan syaitan. Jangan kamu judge dia berdasarkan apa yang zahir dimata kamu. Itu kisah lampau dia! Buang benda tu dari otak kamu. Kamu kena percaya pada Idlan yang baru". Nasihat Puan Hawa seraya memberikan cium di pipi anaknya. Aulia tidak henti2 mengalirkan air mata. Dia memejam mata rapat cuba menghadam kata2 ibunya.

"Sudah! Lap air mata ni. Pergi minta maaf dengan ayah kamu. Ingat Aulia, berdosa kamu buat macamtu". Arah Puan Hawa. Aulia mengangguk lemah dan bergerak menuju ke bilik Encik Syam.

Sampai sahaja didepan pintu bilik, Aulia mengetuk pintu perlahan. Sepi! Aulia mengetuk pintu lagi, kali ini lebih kuat. Masih tiada jawapan. Akhirnya, Aulia memutuskan untuk masuk sahaja. Dari jauh sudah kelihatan Encik Syam yang sedang duduk bertafakur di sejadah. Perlahan2 Aulia merapati Encik Syam. Dia bersimpub disebelah ayahnya lalu memegang tangan Encik Syam.

"Ampunkan Aulia sebab dah berkasar dengan ayah. Aulia tahu yang Aulia dah berdosa sebab prasangka pada abang Idlan. Sebenarnya, hati Aulia tak pernah ikhlas menerima abang Idlan. Walaupun Aulia nampak dia dalam istikharah Aulia, adakalanya Aulia akan rasa macam benci yang teramat sebab masa lalu dia. Jujur, Aulia terkejut melihat benda tu kat bahu abang Idlan. Jujur, Aulia memang jadi teringat dengan masa lalu dia. Aulia jadi benci dengan dia. Aulia mengaku tu semua. Tapi, Aulia dah sedar. Aulia dah sedar yang Aulia perlu buka hati Aulia. Ayah dah tegur Aulia supaya tak merasa diri bersih dari dosa. Aulia mengaku semua yang ayah cakap tu betul. Ampunkan Aulia! Aulia akan berubah!". Aulia memeluk lengan Encik Syam. Air matanya tumpah lagi. Aulia menangis teresak2. Dia bersalah. Aulia sedar semua ini berpunca dari diri dia.

Perlahan2 Encik Syam memegang ubun2 Aulia. Diusap rambutnya perlahan2. Encik Syam menitiskan air mata.

"Ingat Aulia! Jangan buat macamtu lagi. Ayah tak suka. Terima suami kamu seadanya, nak! Lupakan masa lampau dia. Mengucap lah, nak!". Nasihat Encik Syam. Aulia pantas mengangguk dan memeluk erat ayahnya. Dia menangis sepuas2nya dipelukan ayah tercinta. Dia belajar benda baru dalam hidupnya. Jangan merasa diri suci dan orang lain kotor dan hina!

Lama mereka berpelukan, sehinggalah muncul Puan Hawa dimuka pintu. Puan Hawa tersenyum lalu duduk merapati suaminya.

"Aulia kena selalu ingat pesan ayah tu ye. Jangan buat keputusan terburu2. Ibu selalu doa Aulia bahagia selamanya". Ucap Puan Hawa seraya memeluk anaknya. Encik Syam tersenyum memandang isterinya.

"Dah. Ayah nak kamu minta maaf dengan Idlan. Walaupun dia tak marah sekalipun, minta maaf je. Tak susah pun". Arah Encik Syam. Aulia tersenyum dan mengangguk.

Dia bangun dan berlalu menuju ke biliknya.
Aulia duduk dibirai katil lalu dicapai henset di tepi katil. Dia ingin menghantar mesej kepada suaminya. Aulia menghembus nafas perlahan2.

Aulia minta maaf.

Send!

Dia berharap suaminya menerima maaf dari Aulia. Aulia meletakkan kembali henset di tepi katil lalu melangkah kebilik air untuk menunaikan solat.

***

Perlahan2 Idlan membuka mata. Dia memandang disekeliling bilik. Mata yang mengantuk terasa berat untuk dibuka. Idlan segera duduk di birai katil dan menoleh kearah jam didinding, 3.15 petang. Bulat mata Idlan memandang.

"Ya Allah! Aku tak solat lagi". Ujar Idlan sambil meraup wajahnya kasar. Dia lantas bangun dari katil dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu. Sudah itu, Idlan membentang sejadah dan mula untuk menunaikan solat.

Lama Idlan bersujud di sujud yang terakhir. Dia memanjat kesyukuran dan memohon pengampunan dari Allah.

"Ya Allah Ya Tuhan ku, aku memohon kepadaMu, ampunkan dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, berikanlah aku hidayahMu Tuhanku. Panjangkanlah usia ku, tambahkan padaku rezeki yang bermanfaat.
Ya Rabbi, kira aku melakukan kesalahan, kau tegur lah aku, kau tunjukkan aku jalan yang lurus, jalan yang Engkau redhai. Aku mohon agar Engkau tuntunku menjadi hamba yang beriman dan beramal soleh.
Ya Rabbul Izzati, aku memohon kepadaMu, bukakan jalan untuk ku Ya Allah, jalan yang terbaik untukku dan isteriku, Ya Allah. Kau pandulah hati kami ke syurgaMu.
Ya Muhaimin, kau lembutkan hati isteriku untuk menerima diriku seadanya. Kau lapangkan hatinya, kau tenangkan jiwanya. Aku mohon padaMu Ya Allah, berikan isteriku ketabahan menempuhi hidup ini Tuhanku. Aku mohon, kau satukanlah hati kami agar sentiasa dibawah lindunganMu. Kau kuatkanlah hubungan kami Ya Rabb. Aku sangat mencintai isteriku. Aku mohon padaMu, jangan kau pisahkan kami didalam keadaan yang penuh fitnah. Sesungguhnya Engkau tempat aku memohon. Ameen!".

Idlan meraup wajahnya. Dia menghela nafas perlahan. Lama dia memandang ke arah sejadah sebelum dia bangun dan melipatnya. Idlan membuka tingkap bilik, memerhatikan pemandangan diluar biliknya. Hatinya teringat pada isteri yang ditinggalkan di rumah mertuanya. Apakah Aulia faham apa yang aku lalui? Apakah Aulia mengerti perasaan aku selama ini?

Arghh! Idlan mendengus. Dia sudah tidak tahu mahu memikirkan apa lagi. Dia melangkah untuk menuju ke dapur, mengisi perut yang sudah lama minta diisi. Dia segera turun dari tangga. Dari jauh dia sudah melihat Mama Liza sedang menonton tv.

"Mama, papa mana?". Soal Idlan mencari2 kelibat Encik Eddy. Mama Liza menoleh. Dia mengerutkan dahinya.

"Papa kamu keluar la ke Putrajaya. Dah kamu tidur, tu yang dia pergi sorang aja. Erm, Kamu nak makan ke? Mama ada gorengkan cucur tadi". Ujar Mama Liza sambil menghalakan pandangan kearah dapur. Idlan hanya mengangguk.

"Idlan pergi makan dulu la ye". Ujar Idlan lalu terus ke meja makan. Dia perlu mengisi perutnya. Dilihat ada cucur diatas meja, tempe goreng dan sup cendawan. Dia pantas mengambil pinggan di rak dan mula menceduk nasi.

"Mama sibuk ke malam ni?". Laung Idlan dari arah dapur. Dia meneruskan suapan yang masih bersisa. Dicapai air suam lalu diteguk perlahan.

"Iya lah. Kenapa? Mama nak kene siapkan door gift malam ni, kan makteh kamu nak datang sekali. Erm, kamu nak keluar ke?". Balas Mama Liza. Dia memanjangkan leher memandang anaknya didapur. Malam ini makteh Idlan nak datang menolong Mama Liza. Begitu juga dengan saudara2 yang lain. Banyak yang perlu dilakukan sepanjang beberapa hari ini.ujurlah saudara belah suaminya ramai, maka mudahlah kerja Mama Liza. Nak diharapkan anak bujangnya, memang tak jalan lah kerja2 di rumah ini.

"Takdelah. Tanya je. Idlan pun takde plan nak ke mana2. Mybe Idlan boleh tolong mama siapkan apa yang patut". Ujar Idlan sambil tergelak kecil. Idlan buat kerja? Pasti takkan pernah siap. Baginya itu bukan kerja lelaki.

"Erm, kamu? Takpelah Idlan oi! Nak suruh kamu, tak sudah nye kerja nanti". Bidas Mama Liza sambil tersengih. Dia menngelengkan kepala. Tak lama lepas itu, muncul Encik Eddy di muka pintu.

"Bang, balik dah. Kejap saya ambilkan air". Ujar Mama Liza lalu bangun nenuju ke dapur. Idlan yang sedang mencuci pinggan lantas menuju ke ruang tamu.

"Pa, kenapa tak kejut Idlan? Kalau tak, biar Idlan aja yang pergi". Ujar Idlan melihat bungkusan kotak yang terletak ditepi kerusi. Encik Eddy sudah bersandar penat. Dia memandang anaknya.

"Ada Aulia call atau mesej kamu?". Soal Encik Eddy. Dia lantas mengambil gelas air ditangan isterinya dan menghirup sedikit demi sedikit. Hilang hausnya sedikit.

"Entah lah. Idlan tak tengok pun henset tu. Ada kat bilik tu. Hurm, biar lah, pa!". Jawab Idlan lemah. Dia menjongket bahu malas untuk fikir. Mama Liza hanya mendengar perbualan mereka berdua tidak pasti tentang apa. Dia kembali menonton tv.

"Kamu jangan la macam tu. Kamu kena mengalah. Terangkan pada dia. Kamu kena pujuk hati dia balik. Jangan kamu yang melebih. Ni baru sehari ni, nanti bila dah berhari2, kan susah". Bebel Encik Eddy. Dia hanya mampu menasihati anak bujangnya. Takkan pula dia nak memaksa lebih2 sedangkan ini masalah antara mereka berdua.

"Yelah. Tengoklah macam mana. Yang penting, biar dia tenang dulu". Jelas Idlan sambil menghela nafas berat. Bukan dia tak mahu memujuk Aulia, tapi dia juga perlukan masa untuk menceritakan segalanya. Isterinya juga perlu ruang untuk semua ini.

"Ikut kamu lah. Oh lupa pulak papa. Lusa nanti diorang pasang khemah. Pelamin tu semua, sehari sebelum la. Yang lain2, papa belum pastikan lagi. Kamu jangan lupa, pesan kat Azman tu pasal majlis ni. Nanti dia lupa pulak. Tak pasal2 kamu takde pengapit nanti". Terang Encik Eddy panjang lebar. Dia mengeluarkan henset dari poketnya dan mula untuk save sesuatu. Idlan hanya memerhati. Inilah istimewanya anak tunggal. Segala2 diuruskan oleh papa nya. Dia hanya melenggang.

"Liza, bila diorang nak datang tolong tu?". Soal Encik Eddy sambil memandang wajah isterinya. Dia perlu memastikan segala2 dilakukan mengikut perancangan.

"Malam ni, bang. Nak sudah kan buat tu semua. Ni ha, abang ada call catering ke pasal lauk yang kita nak tambah tu?". Soal Mama Liza. Encik Eddy menepuk dahi. Terlupa!

"Nasib awak tanya. Saya lupa pulak. Yelah, nanti saya pergi tempat dia terus. Nak call2 ni payah. Takut tersalah pulak. Ada apa2 lagi ke?". Tanya Encik Eddy lagi. Dia bertanya untuk kepastian. Mama Liza menggeleng. Idlan hanya memandang sepi. Begitu sibuk papa dan Mama Liza untuk menguruskan majlis dia.

"Hurm, thanks pa, Mama Liza sebab banyak tolong Idlan. Idlan banyak menyusahkan papa". Ucap Idlan ikhlas. Dipandang wajah kedua orang tuanya. Encik Eddy berkerut memandang anaknya. Mimpi apa sampai bersengguh2 mengucapkan terima kasih.

"Kamu kenapa? Pelik2 aje cakapnya. Ni semua ikhlas dari papa. Tanggungjawab papa untuk anak sendiri. Apa lah kamu ni". Terang Encik Eddy sambil tergelak kecil. Geli hatinya mendengar ayat anak bujangnya.

"Hehe. Erm, ok lah, pa. Idlan naik dulu la". Idlan minta izin. Dia segera bangun dan mendaki anak tangga menuju ke kamar tidurnya. Dibuka pintu bilik lalu menghempaskan badan ke atas katil. Dia mengeliat malas. Petang2 macam ni apa yang seronok dilakukan? Idlan berfikir panjang. Dia teringat henset yang ditinggalkan tadi. Perlahan2 dia mencapai. Terdapat satu mesej baru masuk. Idlan buka peti mesej dan membaca.

Aulia minta maaf.

Idlan memandang tak percaya. Dipisat2 matanya berkali2. Betulkah apa yang dilihatnya? Idlan seperti diawangan. Isterinya minta maaf padanya. Perlahan2 senyuman terbit di bibirnya. Hati berbunga kembali. Ini bermaksud, isterinya boleh mendengar penjelasan dia dengan hati terbuka. Idlan berkira2 untuk membalas tapi segera terhenti. Mindanya berfikir. 'Baik aku balik jumpa dia'. Idlan menggumam.

Tanpa berlengah, dia terus mencapai kunci kereta dan dompet lalu keluar dari bilik. Jumpa dengan isteri lebih penting dari segala2nya. Tolak tepi perkara2 lain. Idlan teruja!

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience