Chapter 29

Romance Completed 29068

Jam menunjukkan pukul 4.50 pagi. Dia sepatutnya menyiapkan juadah sahur untuk keluarga. Disebabkan malam tadi mereka pulang lewat, maka Aulia terlajak bangun. Aulia hanya membasuh muka dan menggosok gigi. Dia sempat menyikat rambutnya dan membiarkan rambutnya diikat tinggi.

Dia segera turun ke dapur untuk menyiapkan bahan2 untuk memasak. Dibuka peti sejuk, berkira2 untuk mengambil barang basah, tetapi otaknya seakan tak berfungsi. Lama dia berdiri dihadapan peti sejuk, memikirkan bahan apa yang ingin dikeluarkan.

"Aih! Time ni lah kau tak berfungsi pulak otak!". Bebel Aulia. Dia memegang kepalanya kuat cuba mencari idea untuk masak lauk sahur. Sekejap2, diketuk2 pintu peti sejuk itu berirama.

Matanya tertancap pada deretan telur yang baru dibeli. Aulia segera mencapai 5 biji telur dan dibasuh disinki. Dia mengambil bawang untuk dipotong dan cili api. Hari ini menu nya telur goreng masak kicap.

Dengan masa yang semakin suntuk, Aulia mempercepatkan pergerakannya. Mujurlah nasi sudah dimasak malam tadi, memudahkan kerja Aulia. Dia segera mencapai sudip dan mula memasak.

Setelah 15 minit berhempas pulas didapur, Aulia akhirnya menghidangkan makanan di meja makan. Dia segera mengejutkan ibu dan ayahnya serta adik2 nya untuk bangun. Aulia menceduk nasi dipinggan dan mula susun diatas meja.

"Lambat nya kamu masak, Aulia?". Soal Encik Syam sambil mengerling kearah jam di dinding. Aulia memandang ayahnya lalu melabuhkan punggung di kerusi.

"Ngantuk. Tak sedar pulak dah lambat." Ujar Aulia. Dia terus menceduk kuah kedalam pinggannya. Aira dan Adhwa turut mengambil tempat disebelah kakaknya.

"Wah! My favorite!". Ucap Adhwa keriangan seraya menceduk kuah kedalam pinggannya. Dia makan dengan berselera. Aulia hanya diam membisu. Sesekali Puan Hawa berborak dengan Aira dan Adhwa.

"Kak, hari ni hantar Aira pergi Bangi boleh?". Soal Aira sambil meneruskan suapan. Aulia menoleh kearah adiknya.

"Pergi Bangi ada apa?". Soal Aulia hairan. Dia menyuap nasi kedalam mulut. Puan Hawa memandang anak perempuannya menunggu jawapan.

"Hari ni, kawan kerja Aira kahwin. Tapi kat Bangi la. Akak hantarkan boleh? Lepas tu, akak ambil la Aira balik". Ujar Aira seraya tersengih memandang kakaknya. Aira menjegilkan mata memandang kearah adiknya.

"Ingat akak ni teksi ke? Jauh sangat tu. Malas lah!". Aulia membidas. Dia sudah memikirkan perjalanan yang diambil pasti lama. Sudah lah dia yang akan drive. Lama Aulia diam memikirkan boleh atau tidak. Aira sudah mula memasamkan muka.

"Kalau taknak hantar, takpelah! Aira tak payah pergi". Rajuk Aira. Aulia mencebik. Adiknya ini sudah mula la mahu menggunakan kuasa rajuknya. Dia sudah mula cair dengan rajukan adiknya itu. Dia segera menoleh dan menggangguk setuju. Apa lagi, gembira bukan main la dia. Puan Hawa dan Encik Syam tersenyum memandang. Macam2 ragam anak2 nya.

"Aulia dah ambil ke baju nikah dengan Cik Som?". Soal Puan Hawa. Aulia menggeleng laju. Teringat dia tentang baju yang ditempah tempoh hari bersama Idlan. Cadangnya, Idlan yang akan ambil baju tu, memandangkan dia demam dan baru sahaja baik, maka Aulia berkira untuk pergi mengambil baju sendiri.

"Nanti Aulia ambil. Lepas hantar Aira ke. Tengoklah mana yang sempat". Ujar Aulia. Puan Hawa mengangguk perlahan. Dia meneruskan suapannya.

"Medical checkup? Dah ambil ke?". Soal Encik Syam pula. Aulia terlupa lagi. Banyak sangat yang dia ingin siapkan sehingga lupa untuk buat pemeriksaan. 'Nak kahwin pun nak kena buat tu semua. Kahwin jelah apa ada hal! Janji sah'. Rungut Aulia.

"Allah! Lupa lagi. Hurm, hari ni lah Aulia pergi. Banyak sangat benda nak buat sampai lupa. Ohh ye, petang nanti, kawan Aulia nak hantar baju kahwin. Kalau Aulia tak balik lagi, ibu tolong ambilkan, ye?". Aulia meminta tolong kepada Puan Hawa. Semakin dekat majlisnya, Aulia sudah tidak betah duduk. Banyak kerja yang perlu disiapkan oleh Aulia. Semuanya harus diselesaikan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

"Iyelah. Nanti jangan lupa, kad kahwin tu bagi dekat Pakcik Jabbar. Suruh dia edarkan. Tahu lah nanti kerja dia". Puan Hawa mengingatkan. Aulia mengangguk faham. Banyak yang perlu dilakukan hari ini. Harap2, Aulia tidak lupa untuk menyiapkan semuanya.

"Ayah dah call imam masjid ni, bagitahu tarikh nikah nya. Dia la yang akan nikah kan kamu. Buat kat rumah la ye?". Soal Encik Syam. Aulia hanya mengangguk setuju. Tetapi, untuk dinikahkan oleh imam masjid, Aulia tidak berapa setuju. Dia mengharapkan ayahnya sendiri yang menikahkan dia.

"Ayah la yang nikahkan Aulia. Tak nak imam". Pinta Aulia. Encik Syam tersenyum lalu mengangguk setuju. Aulia lega. Selesai satu perkara.

Dia menyudahkan makanannya. Diangkat pinggan kotor dan diletakkan didalam sinki. Dia terus membasuh pinggan2 tersebut. Aira pula mengambil tugas mengelap meja manakala Adhwa membuang sampah. Azan berkumandang menandakan masuknya waktu subuh. Aulia segera mempercepatkan pergerakannya. Hari ini dia hanya solat dirumah sahaja. Hanya Encik Syam dan Puan Hawa sahaja yang ke masjid.

"Aulia, ibu pergi masjid dulu. Nanti kamu keluar, tutup pintu rapat ye". Pesan Puan Hawa sebelum keluar ke masjid. Aulia memberikan isyarat ok kepada ibunya. Dia segera naik ke bilik untuk menunaikan solat subuh kemudian terus bersiap untuk menghantar adiknya.

Di dalam bilik, Aulia menyudahkan solatnya. Dilipat telekung kemas dan digantung di belakang pintu. Jam menunjukkan pukul 6.20 pagi. Aulia terus mencapai tuala dan terus menuju ke bilik air. Setelah hampir setengah jam Aulia membersihkan badan, Aulia terus bersiap2 dihadapan cermin. Dia mencapai tudung bawal yang dilipat didalam almari lalu menggosok kain tudung terlebih dahulu.

"Dah siap ke kak?". Soal Aira yang terpacul di muka pintu. Aulia tersenyum memandang adiknya seraya menggeleng.

"Laju nya siap? Akak baru nak gosok tudung ni. Tunggu lah kejap. Awal lagi ni". Ujar Aulia sambil meneruskan kerjanya. Dia kembali fokus pada tudungnya. Aira terus masuk ke bilik Aulia lalu melabuhkan punggung di birai katil menghadap Aulia yang sedang menggosok.

"Kak, apa perasaan nak kahwin dah ni? Lagi berapa minggu je kan?". Soal Aira sengaja ingin menambah debar dihati Aulia. Dia pasti kakaknya tentu takut nak menghadapi dunia baru. Aulia tersengih.

"Akak pun tak tahu nak cakap. Semua perasaan ada. Boleh pecah jantung ni". Ucap Aulia diiringi ketawa kecil. Dia memandang adiknya yang sedang tersenyum lebar memandangnya.

"Akak just harap semuanya berjalan lancar". Sambungnya lagi. Aira mengangguk faham. Dia juga turut mendoakan agar Aulia dipermudahkan segala urusan. Dia percaya Idlan mampu menjadi suami yang baik dan abang ipar yang superb!

"Kak, percaya dengan kata hati. InsyaAllah semua dipermudahkan. Lagipun, dia adalah jawapan istikharah akak, so, tak payah risau la". Aira cuba memberi semangat. Bukan kah Tuhan telah menciptakan manusia itu berpasang2an. Dan setiap pasangan yang diciptakan adalah untuk saling melengkapi. Itulah asas sebuah perkahwinan. Saling lengkap melengkapi.

"InsyaAllah. Akak serahkan pada Allah je. Moga dialah yang terbaik buat akak". Ucap Aulia tersenyum. Dia terus memakai tudung yang baru digosoknya. Setelah berpuas hati dengan penampilan nya di cermin, Aulia segera menyimpan henset dan dompet didalam beg tangan. Dia mencapai kunci kereta lalu bergerak menuju ke kereta. Aulia sempat berpesan kepada Adhwa untuk menjaga rumah sementara dia keluar.

Sepanjang perjalanan, ada sahaja cerita yang mereka kongsikan. Rahsia Aira sudah semestinya menjadi bualan utama antara mereka berdua. Sesekali pecah tawa mereka didalm kereta. Aulia dan Aira memang rapat. Banyak rahsia yang mereka kongsikan bersama. Jadi, tidak hairanlah sekiranya Aira banyak meminta pertolongan dari Aulia berbanding kakak2nya yang lain.

Setelah puas mereka berpusing2 mencari, akhirnya mereka sampai ke tempat yang dituju. Setelah bersalaman, Aira terus keluar dari kereta dan melambai2 kearah Aulia. Dia terus bergegas masuk kerumah kawannya.

Aulia yang sudah dalam perjalanan pulang terus membuat keputusan untuk pergi mengambil baju nikahnya. Dia segera menuju ke Sungai buloh, rumah Cik Som. Cik Som merupakan kenalan ibu masa dibangku sekolah lagi. Mereka sangat rapat. Cik Som mengambil upah menjahit baju semenjak arwah suaminya meninggal dunia 7 tahun lepas akibat barah otak. Kehidupan Cik Som tidak lah senang. Sebab itulah dia mengambil keputusan untuk menjana pendapatan dengan mengambil upah menjahit.

Aulia memang selalu menghantar baju ke tempat Cik Som. Disebabkan jahitannya yang sangat kemas dan harga yang ditetapkan pun berpatutan, maka sebab itulah Aulia memilih Cik Som untuk menjahitkan baju nikah nya.

Aulia memilih rekaan busana yang simple! Baju pesak gantung yang berwarna putih susu dipadankan dengan manik2 schwarovski berwarna electric blue disekeliling pergelangan tangan dan hujung baju. Aulia tidak mahu baju nikahnya terlalu sarat dengan manik2, cukup cantik dimata walaupun simple. Baju Idlan pula baju melayu berwarna senada dengan baju Aulia, putih susu dan dipadankan dengan samping kain songket berwarna electric blue. Memang Aulia sengaja memadankan dengan warna biru kerana Aulia inginkan tema biru pada majlis akad nya.

Sampai sahaja di rumah Cik Som, Aulia segera mendapatkan bajunya dan baju Idlan. Sungguh cantik dan memenuhi citarasa Aulia. Dia meneliti untuk kali terakhir sebelum pulang kerumah, takut kalau2 ada masalah pada baju mereka. Setelah berpuas hati, Aulia segera membayar harga baju dan memberikan kad kahwinnya kepada Cik Som. Mereka berbalas senyuman dan Aulia terus memandu pulang.

Aulia meneruskan perjalanannya ke rumah Idlan pula untuk menghantar baju sekaligus mengajak Idlan untuk melakukan Medical checkup. Hari ini klinik pasti ramai, jadi Aulia ingin pergi seawal mungkin bagi mengelakkan terlalu lama menunggu. Dia ditemani celoteh deejay radio yang menghangatkan lagi suasana. Sedang Aulia asyik melayan lagu, kereta Myvi nya sudah pun berhenti dihadapan rumah agam Idlan. Dia menekan loceng rumah, dan tidak lama lepas itu, muncul susuk tubuh yang dikenalinya.

Idlan yang muncul dari dalam rumah terkejut melihat kedatangan Aulia. Dia mengerling jam di pergelangan tangan, 10.15 pagi. Hairan melihat Aulia yang datang kerumahnya awal pagi.

"Aulia! Kenapa datang tak bagitau?". Soal Idlan yang hanya berbaju t-shirt lusuh dan seluar tracksuit. Rambutnya kusut masai. Matanya masih bengkak. Jelas dari raut wajah Idlan menunjukkan dia masih lagi lena diulit mimpi. Dia cepat2 membuka pagar dan mempelawa Aulia masuk.

"Takpe, kat sini je. Aulia datang ni nak hantar baju nikah. Tadi pergi ambil. Takut lupa nanti kalau lambat2. Erm, Encik Idlan dah mandi ke belum ni? Aulia nak ajak pergi checkup kat klinik yang berdekatan kat sini. Kalau petang2 takut ramai pulak. Sorry Aulia tak telefon dulu". Terang Aulia panjang lebar. Dia terus menghulurkan beg kertas yang mengandungi baju melayu Idlan. Idlan mencapai beg itu lalu dibuka. Dia membelek2 baju melayu tersebut dan meleyakkan kembali ke dalam beg kertas tersebut. Aulia berdiri tegak menunggu jawapan dari Idlan.

"Cantik! Aulia bayar pakai duit Aulia ke? Berapa? Nanti Idlan ganti balik". Soal Idlan sambil berkira2 untuk masuk mengambil dompet. Aulia pantas menghalang.

"Takpe, nanti2 jelah pasal duit tu. Sekarang ni, Encik Idlan nak ikut Aulia tak? Kalau tak, Aulia pergi sorang aje". Ucap Aulia. Dia sudah segan lama2 dengan Idlan. Idlan tersengih memandang bakal isterinya.

"Kejap, Idlan siap dulu. Tapi Aulia kena masuk la tunggu kat dalam. Idlan takkan benarkan Aulia sorang2 kat sini. So, shall we?". Sambil tangannya dihalakan kedalam rumah. Aulia sudah gelabah. Ini yang dia risaukan. Berlama dengan seorang lelaki yang bernama Idlan Syahid. Berkerut dahinya cuba mencari jalan lain.

"Tak payah risau, Idlan bukan nak buat apa2 pun kat Aulia. Cuma perlu masuk, duduk and tunggu Idlan siap. Lagipun Mama Liza dengan papa ada kat dalam. Ok Aulia?". Tanya Idlan sekali lagi. Dia sedang memerhatikan gerak geri Aulia yang sedang gelabah. Dia tergelak kecil. Comel!

"Er, bolehlah. Tapi jangan lama. Aulia banyak lagi kerja nak siapkan". Ucap Aulia. Dia sudah bergerak mengikuti Idlan masuk kedalam rumah. Perlahan2 dia melabuhkan punggung di atas sofa empuk.

"Kejap Idlan panggilkan papa and Mama Liza. Aulia duduk sini elok2. Nanti Idlan turun". Pesan Idlan. Dia segera mendaki anak tangga menuju ke bilik Encik Eddy. Sesudah itu, terus dia kebilik untuk membersihkan diri dan bersiap.

Setelah beberapa minit, muncul Mama Liza dari tingkat atas seraya tersenyum memandang Aulia yang sedang terkulat2 keseorangan.

"Aulia, sihat ke?". Soal Mama Liza sambil memeluk Aulia erat. Dia lantas melabuhkan punggung di sebelah Aulia. Aulia tersenyum mengangguk.

"Er, Puan Liza, saya ganggu ke?". Soal Aulia memandang dengan kerisauan, takut2 kalau kedatangannya mengganggu. Mama Liza tergelak kecil mendengar panggilan Aulia.

"Aulia, jangan panggil Puan, panggil mama Liza saja. Lagipun, Idlan pun panggil Mama Liza. Aulia kan bakal jadi menantu rumah ni, jadi kena lah biasakan". Ucap Mama Liza lembut. Dia memegang tangan Aulia lembut. Aulia membalas dengan senyuman. Dia begitu gembira kerana kehadiran dia dialu2kan oleh Mama Liza.

"Er, yelah mama. Erm, Aulia nak ke klinik harini buat checkup, tu yang nak ajak Idlan sekali. Erm, mama nak ikut? Boleh teman Aulia pergi jalan2 ke?". Ajak Aulia ramah. Dia sebenarnya mengharapkan juga Mama dapat mengikutnya, paling tidak dapat menghilangkan rasa kekok antara dia dan Idlan nanti.

"Eih, takpelah, kamu pergi aja lah dengan Idlan. Mama Liza banyak kerja kat rumah ni, nanti kesian pulak papa Idlan tu sorang2". Tolak Mama Liza lembut. Dia tersenyum memandang Aulia yang sedang jelas gugupnya.

"Erm, yeke. Takpelah macamtu. Tapi lain kali mama kena ikut Aulia jalan2 ye?". Usik Aulia. Mereka ketawa bersama.

"Boleh! Lain kali tu kira masa dah jadi isteri Idlan la kan?". Mama Liza mengusik Aulia. Merona merah wajah Aulia menahan malu. Mama Liza sudah tersengih dan memegang tangan Aulia.

"Terima kasih ya kamu dah kembalikan senyuman dia. Mama perasan yang Idlan dah jauh berubah. Dia dah tak macam dulu. Walaupun Mama Liza tak pernah berjumpa dengan dia, yelah, kamu pun tahu kan hubungan Mama dengan Idlan macam mana, tapi Mama selalu dengar dari papa Idlan. Tiap2 hari papa dia berdoa supaya Idlan berubah. Akhirnya, Idlan berubah jugak. Alhamdulillah. Mama percaya Idlan berubah hasil dari nasihat dan tunjuk ajar kamu". Ucap Mama Liza sebak. Aulia tersengih. Dia tidak tahu untuk menjawab apa.

"Er, Aulia bukannya buat apa2 pun. Ni semua sebab Idlan sendiri dan.. berkat doa Mama liza dan Encik Eddy. Aulia ni takde apa2 pun". Ujar Aulia merendah diri. Dia sudah menunduk malu. Mama Liza tersenyum manis sambil menyeka air mata yang mengalir.

"Mama Liza, rancak nye borak. Ngumpat Idlan ke?". Ujar Idlan mengejut. Mama Liza segera menoleh dan tersenyum. Aulia terus membetulkan duduk.

"Ah, takde lah. Kita borak2 kosong aja, kan Aulia. Idlan dah siap ke? Er, Mama nak naik atas nak tengok papa kamu kat bilik". Idlan mengangguk. Aulia terus bersalaman dengan Mama Liza sebelum dia naik ketingkat atas. Tinggallah Idlan dan Aulia.

"Jom! Naik kereta Idlan aje lah. Idlan drive. Aulia tinggal aja kereta kat sini". Ujar Idlan tersenyum. Aulia mengetap bibir. Jantungnya sudah berdebar bila berdua dengan Idlan macam ni. Idlan tergelak kecil melihat Aulia yang sudah gelabah.

"Naik kereta Aulia jelah. Aulia drive". Aulia memberikan buah fikiran. Idlan tak berkerdip memandang.

"Aulia drive? Idlan duduk je tengok? No! I'll drive". Idlan pula bertegas. Dia melayangkan jari telunjuk menunjukkan tanda tidak boleh. Dia terus berlalu ke kereta meninggalkan Aulia.

"Haish dia ni lah! Suka nak paksa!". Aulia merungut sendiri. Dia mengeluh kuat. Tanpa berlengah, Aulia mengekori langkah Idlan. Idlan cuba bersopan, dia membukakan pintu kereta untuk Aulia. Aulia hanya menurut tanpa kata. Nak tak nak, terpaksalah diikutkan jugak. Senyuman tak lekang dari bibir Idlan. Dialah manusia paling gembira saat ini. Idlan terus masuk kedalam kereta dan terus memecut ke destinasi yang ingin dituju.

Sepanjang perjalanan, Aulia hanya diam membisu. Dia memang tiada ayat untuk berborak dengan Idlan. Idlan pula menyanyi2 kecil mengikut rentak lagu didalam radio. Aulia membuang pandangan di luar tingkap. Melihat bangunan2 yang tersergam indah.

"Aulia, ok ke?". Soal Idlan. Dia memandang kearah Aulia yang sudah kelihatan bosan. Aulia hanya mengangguk tanpa menoleh.

"Aulia bosan?". Soal Idlan lagi. Dia cuba membuatkan Aulia selesa dengannya. Aulia menggeleng kepala perlahan. Cuba menyembunyikan perasaannya yang memang bosan saat ini. Idlan tergelak kecil.

"Kenapa?". Aulia menoleh apabila mendengar gelak Idlan. Dia hairan. Rasanya tiada pun lawak jenaka yang akan membuatkan Idlan bergelak tawa. Aulia menjeling memandang Idlan.

"Takde. Kelakar je. Erm, kalau bosan, cakap je. Takpayah sembunyi2. Tu, nampak kat muka tu". Ujar Idlan sambil memuncungkan bibir nya kearah Aulia. Dia tersenyum.

"Ada tulis ke kat muka Aulia? Dahsyat Idlan ni boleh baca2 raut wajah, kasyaf ke?". Soal Aulia sengaja melayan usikan Idlan. Suaranya sengaja diceriakan. Idlan sudah tergelak besar. Aulia menjeling memandang. 'Ok, lawak lah sangat!'. Aulia mengomel didalam hati. Idlan terus tergelak tanpa menjawab soalan Aulia. Mereka akhirnya sampai dihadapan klinik kesihatan. Mereka turun bersama dan bergerak masuk untuk mengambil pemeriksaan kesihatan. Mujurlah tak ramai orang di klinik hari ini, maka urusan mereka berdua berjalan dengan lancar.

Hampir sejam lamanya, mereka akhirnya siap menunggu laporan kesihatan mereka. Aulia dan Idlan keluar dari klinik untuk pulang kerumah.

"Aulia sibuk ke hari ini?". Soal Idlan. Aulia mengangguk laju. Dia perlu untuk balik segera kerana kawannya ingin menghantar baju kahwin. Kemudian, dia akan membeli barang2 untuk door gift dan juga bahan2 kering untuk majlis nanti. Malamnya pula, akan kerumah Pak Jabbar untuk menghantar kad kahwin.

"Idlan nak culik Aulia kejap". Ujar Idlan. Bulat mata Aulia mendengarnya. Idlan tersengih.

"Idlan nak bawak Aulia ke satu tempat. No more questions. Ikut je". Arah Idlan. Dia sudsh membuat isyarat menutup mulut kepada Aulia. Aulia cuba mengangguk.

"Tapi jangan lama2 ye. Aulia nak pergi beli barang banyak". Ucap Aulia. Idlan terus mengangguk dan memecut laju menuju ke destinasi rahsia mereka.

"Oh yeke? Ha! Elok sangat la tu. Idlan memang free harini. Erm, apa kata Idlan ikut Aulia pergi beli barang2 tu? Bolehlah Idlan tolong apa yang patut". Soal Idlan meminta kepastian. Memandangkan hari ini dia tiada apa2 kerja, boleh lah dia menemani Aulia untuk membeli belah.

"Er, urm, tak pe kot. Aulia boleh uruskan sendiri. Lagipun, Aulia nanti nak ambil Aira kat Bangi pulak. Kalau Encik Idlan ikut, macam susah pulak kan nanti. Erm, Aulia buat sendiri je takpe. I'm okay". Tolak Aulia lembut. Dia sudah tidak betah duduk. 'Nak teman?! No! No! No!'. Bebel Aulia didalam hati.

Matanya tak habis2 memandang jam dipergelangan tangan. Hatinya pula tertanya2 tempat apa yang ingin dibawa oleh Idlan. Dia memandang sekeliling. Tiada tanda Idlan akan memberhentikan keretanya sementelah mereka dikawasan perumahan.

"Erm, takpelah kalau dah macamtu kata Aulia. Urm, Idlan nak tanya satu benda kat Aulia, boleh?". Soal Idlan satu persatu. Dia memandang Aulia dari ekor matanya. Tangannya lincah memusing stereng kereta.

"Tanyalah. Apa dia?". Aulia menyoal kembali. Dia menoleh memandang kearah Idlan yang sedang serius memandu. Aulia menunggu untuk beberapa saat sebelum Idlan mula bertanya.

"Aulia ikhlas terima Idlan? Maksud Idlan, betul ke Aulia boleh terima Idlan seadanya?". Soal Idlan tergagap. Dia perlu tahu apa kata hati Aulia. Dia ingin tahu apa yang tersemat jauh dilubuk hati bakal isterinya itu. Aulia yang mendengar terus menoleh. Jelas riak terkejut di wajah Aulia.

"Kenapa Encik Idlan tanya?". Soal Aulia. Dia hairan dengan soalan Idlan yang secara tiba2. Aulia mengjembus nafas perlahan2. Dia menoleh kembali memandang Idlan.

"B..bukan apa. Idlan just nak tanya je. Idlan nak tahu betul ke Aulia betul2 ikhlas terima Idlan. Yela, Idlan kan.. macam yang Aulia tau.. macam sebelum ni.. erm, tulah". Idlan tergagap2. Dia menghela nafas berat. Berharap Aulia mengerti apa yang ingin disampaikan. Dia tidak tahu ayat yang sesuai untuk memutarkan soalan.

"Idlan, once Aulia terima, maksudnya Aulia ikhlas. InsyaAllah. Aulia terima dengan hati yang redha. Aulia cuba untuk membuka hati Aulia untuk terima Idlan and alhamdulillah, Aulia terima Idlan". Ucap Aulia perlahan. Ayat yang dia sendiri tak pasti betul ke tidak. Kadang2, Aulia sendiri tak faham dengan hatinya, satu masa, dia boleh terima Idlan seadanya. Satu masa lain pula, hatinya seakan2 tidak boleh terima diri Idlan. Aulia sendiri tak pasti. Mungkinkah ini mainan syaitan? Aulia memejam mata rapat cuba membuang segala prasangka buruk.

"Erm, thanks 'coz terima Idlan seadanya. Idlan cuba untuk menjadi yang terbaik buat Aulia". Idlan tersenyum memandang Aulia. Hatinya lega. Dia yakin Aulia pasti benar2 ikhlas menerima keadaan dirinya. Aulia tersenyum kelat. Dia terus menghalakan pandangan dijalan raya. Mereka terus senyap sunyi. Tiada lagi perbualan diantara mereka.

"Ok, sampai dah!". Ucap Idlan seraya memberhentikan kereta dihadapan kedai emas. Idlan membuka pintu kereta untuk keluar tapi dihalang oleh Aulia.

"Kejap! Kita nak buat apa kat sini?". Sambil memandang ke sekeliling kawasan. Idlan tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.

"Tu! Dah, jom! Lambat Aulia turun, lambat Idlan hantar balik". Sambil jarinya dituding kearah kedai emas dihadapan mereka. Idlan sudah mengorak langkah masuk ke kedai emas sementara Aulia masih terkaku didalam kereta. Dia sudah dapat mengagak apa yang mereka akan lakukan disini.

"Miss Aulia! Shall we?". Ajak Idlan dari luar tingkap kereta setelah melihat Aulia yang masih tidak turun dari kereta. Idlan membuka pintu dan mempelawa Aulia untuk bersama2 masuk ke kedai emas. Aulia teragak2. Dia mengikuti langkah Idlan dari belakang. Idlan mengambil tempat di bangku kosong. Aulia menurut. Dipandang Idlan yang sedang sibuk membelek2 cincin dihadapannya. Jurujual yang bertugas tidak putus2 mengeluarkan cincin dari dalam bekas dan memberikan pendapat. Aulia hanya diam memerhati. Matanya melihat ke sekeliling kotak kaca dihadapannya. Dia terpaut dengan seutas gelang emas putih yang cantik terletak di bekas baldu tersebut. Aulia bangun dan mula mengambil tempat duduk jauh dari Idlan. Dia berkenan dengan gelang tersebut.

Lama Aulia menatap gelang emas putih dihadapannya. Cantik! Aulia lantas membelek tanda harga yang tertampal disitu. 'Mahalnya!'. Aulia menggeleng2. 'Mana lah aku ada duit banyak tu. Lupakan jelah'. Gumam Aulia didalam hati.

"Cik, boleh saya tolong? Berminat dengan gelang emas ke?". Tanya seorang jurujual dengan ramah. Seorang wanita lingkungan 20an menyapa Aulia. Aulia tersengih seraya menggelengkan kepala.

"Eh, tak. Saya tengok je". Balas Aulia seraya melemparkan senyuman manis kearah jurujual tersebut. Idlan yang memerhatikan tingkah Aulia segera mendekati.

"Aulia suka gelang ke? Yang mana?". Soal Idlan sambil matanya menghala kearah deretan gelang emas putih tersebut. Aulia menggeleng.

"Tak, Aulia tengok je. Erm, Idlan nak cari apa kat sini?". Soal Aulia memandang Idlan yang masih berlenggang.

"Cari cincin untuk nikah kita. So, that's why Idlan ajak Aulia datang sini. Well, Aulia boleh pilih mana2 yang Aulia berkenan. Idlan tengok cantik2 cincin tu. Katanya design baru". Terang Idlan panjang lebar sambil melabuhkan punggungnya kembali ke tempat duduk. Dia mula mengambil beberapa bentuk cincin dan diletakkan menghadap Aulia.

"Ni antara yang Idlan suka. Nice! Kalau dengan Aulia, confirm cantik". Seraya memandang Aulia yang tegak berdiri. Aulia pantas mengambil cincin2 yang ditunjukkan oleh Idlan dan mula membelek. Memang cantik. Harganya pun terlebih lah cantik. Aulia telan air liur. Dia meletakkan kembali cincin2 itu didalam bekas.

"Mahal nya! Taknak lah". Tolak Aulia. Dia memandang kearah jurujual yang setia menunggu.

"Aulia, mahal ke tak, tolak tepi. Idlan yang bayar. Ni kan cincin untuk Aulia juga. So, takde masalah la. Aulia hanya perlu mana satu yang Aulia nak. Then Idlan bayar and kita balik! Simple!". Idlan memberi cadangan. Dia memandang Aulia yang tersenyum kelat memandangnya. Serba salah untuk Aulia memilih.

"Aulia ikut je mana yang Encik Idlan suka. Aulia tak kisah". Akhirnya Aulia memutuskan. Idlan yang memandang sudah tergelak kecil dengan jawapan Aulia.

"Are you sure? Kalau Idlan pilih yang buruk, macam mana?". Soal Idlan mengusik. Aulia hanya tersenyum. Tanpa berlengah, Idlan terus memilih sebuah cincin emas yang mempunyai 3 biji berlian kecil diatasnya. Dia segera memberikan kepada jurujual untuk membungkusnya. Aulia hanya memandang. Cincin yang dipilih oleh Idlan menepati citarasanya. Sangat cantik. Setelah membuat pembayaran, mereka terus keluar dari kedai emas tersebut.

"So, dah boleh balik tak?". Soal Aulia memecah sunyi. Dia sudah gelisah. Matanya tak lepas memandang jam dipergelangan tangan. Dia perlu balik. Idlan tersenyum manis mendengar permintaan Aulia. Dia segera mengangguk laju. Aulia mengucapkan terima kasih seraya mengikut Idlan menuju ke kereta.

"Erm, tak boleh ke Aulia panggil Idlan, Idlan je. Takpayah Encik2 ni". Soal Idlan semasa didalam kereta. Aulia menoleh. Berkerut dahinya dengan permintaan Idlan.

"Before ni Aulia panggil macamtu, Encik Idlan ok je. Lagipun, Aulia tak biasa nak panggil nama je". Terang Aulia. Memang dia tidak pernah terfikir untuk memanggil Idlan hanya nama sahaja. Lagi pula, dari pertama kali jumpa pun, Aulia sudah membahasakan 'encik' pada Idlan. Jadi, tak mungkin lah dia akan menukar nya. At least, not for now!

"Kira simpan after kahwin la? Ok2, Idlan faham. Hurm.. Macam tak sabar je nak dengar Aulia panggil nama Idlan after kahwin nanti. Teruja nak tahu either abang ke.. sayang ke.. baby ke.. honey ke..". Usik Idlan seraya mengenyitkan matanya kearah Aulia. Aulia mengetap bibir. Mahu cair dia mendengar Idlan berkata begitu. 'Sabar Aulia!'. Doa dia didalam hati.

"Er, ah.. sa.. saya.. erm.. saya takkan panggil macamtu". Ucap Aulia tergagap2. Hatinya berdegup laju. Panas dirasakan saat ini walaupun aircond kereta berfungsi seperti biasa. Aulia menghembus nafas perlahan. Dia menelan air liur yang seakan tersekat di kerongkongnya. Aulia mengalihkan pandangan kearah lain. Idlan pula sudah tersenyum nakal. Dia menyanyi mengikut rentak lagu yang berkumandang dadi corong radio. Kebetulan pula lagu yang dimainkan bertajuk Hujung Waktu dari Azhael. Tersenyum2 dia menyanyikan bait2 lagu tersebut. Sesekali dia memandang Aulia yang sudah merona malu. Aulia sudah tidak betah duduk didalam kereta. Dia berdoa agar cepatlah sampai ke rumah Idlan. Dia ingin lari.

"Aku.. cinta padamu
Biarpun bintang jatuh, langit gugur, hingga hujung waktu.."

Idlan sudah berbunga riang. Hatinya gembira saat ini. Dia cintakan Aulia! Dia hanya inginkan Aulia dalam dirinya! Tuhan, kuatkanlah jodoh kami. Satukan hati kami dalam pelukan cintaMu, Ya Rabb!

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience