Chapter 11

Romance Completed 29068

Aulia menghempas badan diatas katil empuk. Harini dia sangat penat. Pertemuan antara Aulia dengan Encik Idlan berlarutan hinggalah ke malam. Mujurlah ayah memahami bila dia menelefon memberitahu akan kelewatannya. Ayah cuma berpesan supaya tidak meninggalkan solat walaupun berada diluar. Sepanjang bersama Idlan, Aulia cuba memberikan nasihat yang terbaik kepadanya. Dia pasti saat ini, Idlan pasti mempunyai satu perasaan ingin berubah menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Aulia berharap agar Idlan menemui jalan menuju Tuhan.

Aulia mencari2 kelibat henset kesayangannya. Lama rasanya dia tak berborak dengan sahabat baik duni akhiratnya itu, Shaira. Apa khabar agaknya sahabat yang seorang tu memandangkan sekarang kami sedang cuti semester. Aulia mencapai ASUS lalu mendail nombor Shaira..

Tut! Tut!

"Assalamualaikuuummm!! Nuhaa!!! Aku rindu kau!" Belum sempat Aulia mengucapkan salam, Shaira terlebih dahulu memulakan bicara. Tergelak dia dengan keletah sahabatnya ini.

"Waalaikumussalam Shaira! Kau sihat? Aku pun rindu kau jugak!" Aulia menjawab dengan penuh keriangan. Dia segera membetulkan badannya. Dia mencapai bantal berbentuk love dan memeluknya. Lama sudah tak bertemu.. Shaira pun senyap sahaja. Nak mengharapkan dia yang call, memang tak la. Hehe..

"Wei, Nuha! Aku kena pindah Terengganu la. Ayah aku kena transfer kat sana. So, kita terpaksalah berpisah! Sob sob!". Shaira sudab mula membuat suara nangis. Aulia ternganga mendengarnya. Sedih hatinya memandangkan kawannya akan berpisah dengan dia.

"Serius la wei! Aku nanti takde kawan la. Kau saja kawan aku dunia akhirat! Nanti siapa nak teman aku lagi!". Aulia sudah menahan sebak. Dia segera menyandarkan badan dikepala katil. Jarinya memintal2 hujung bantal.

"Serius ni! Aku sorry banyak2 sebab lambat bagitau. Ni pun aku sibuk nak kemas2 ni. Kau kan ada Azim! Kau lepak la dengan dia. Hah! Takpun kau lepak la dengan Encik Mereng kau tu!". Terdengar gelak tawa Shaira dihujung talian. Aulia mencebik. Banyak2 nama, mamat mereng tu jugak yang nak disebut.

"Eh Shaira! Nak dengar cerita aku tak?". Soal Aulia perlahan. Dia ingin seseorang untuk mendengar apa yang terjadi pada dia kebelakangan ini.

"Kenapa beb? Kau ada masalah ke?". Soal Shaira risau. Dia bertukar serius.

"Taklah. Aku ok je. Cuma.. tadi aku jumpa mamat tu". Ujar Aulia. Dia menghela nafas berat. Kadang dia terfikir kenapalah dirinya yang mesti berhadapan dengan semua ini. Berjumpa dengan lelaki yang seperti itu.

"Kenapa kau jumpa dia? Dia buat hal lagi ke?". Soal Shaira tidak sabar. Dia sudah menggenggam hensetnya kuat. Dia risau betul dengan Aulia. Tambah2 bila mamat itu sering muncul dalam hidup kawannya.

"Sebenarnya kalau kau nak tau, dia tu dulu ada masalah. Big problem! Erm, kau kena janji dulu dengan aku simpan rahsia ni, ok?". Aulia minta kepastian. Shaira segera berjanji untuk menyimpan rahsia Aulia. Aulia menghembus nafas perlahan sebelum memulakan cerita.

"Sebenarnya dulu dia tu pernah buat kesilapan. Dia dulu,, urm,, pernah minum arak and dia pernah simpan perempuan". Terang Aulia perlahan. Shaira sudah menjerit kuat dihujung talian.

"What?! Nuha! Kau biar betul?! Simpan perempuan?! Baik kau jauhkan diri kau dari dia! Entah2, dia ada rancangan jahat kat kau tak? Takpun dia nak ambil kau jadi simpanan dia!". Shaira sudah serkap jarang. Dia betul2 terkejut mendengar penjelasan kawannya. Macam mana lah Aulia Nuha boleh tersangkut dengan mamat macam tu!

"Shaira, cuba rilex! Dia ok je kot. Dia bukan nak buat apa2 pun kat aku. Surprisingly, dia nak bertaubat!". Bidas Aulia. Dia sudah menggelengkan kepala. Kawannya memang bersifat protective pada dirinya.

"No! Kau sure ke?! Kau tak kenal pun mamat tu siapa, duduk mana, kerja apa?! Lepastu kau senang2 nak percaya cerita dia nak taubat tu? Aku tak percaya la. Selagi aku tak jumpa dia, selagi tu aku tak akan percaya!". Shaira sudah meninggikan suara. Aulia terdiam. Memang betul dia tak pernah kenal dengan lelaki bernama Idlan, tapi dari redup matanya, Aulia seakan percaya bahawa dia memang ingin berubah.

"Taklah Shaira! Aku sure! InsyaAllah dia tu ok. Kau jangan la buruk sangka macamtu. Tak baik la. Dia nak bertaubat, kita patut sokong. Kau ni pun!". Aulia membebel. Dia tak rasa yang perbuatannya menyokong Idlan adalah salah. Mungkin kawannya sahaja yang terlebih menilai.

"Haih kau ni! Aku tak tahu nak cakap apa! Tapi, kalau dia macam2, dia tau la nasib dia. Aku cuma ikut cakap kau je. Kau tu pun, pastikan jangan dengar sangat cakap mamat tu. Kita tak tahu pasal dia. Dia tu agaknya boleh buat macam2 kat kau. Just peringatan, ok?". Shaira mengalah. Dia mengeluh. Sabar sajalah dengan kawannya yang seorang ini.

"Ai ai bos! Aku dengar cakap kau tu! Kau tak payah risau la ye!". Aulia cuba mententeramkan kawannya. Dia sudah tergelak kecil dengan sikap Shaira.

"Eh, Nuha! Aku dah tunang! Hehe". Ujar Shaira menukar topik. Aulia ternganga.

"What?! Kau dah tunang tapi tak cakap dengan aku? Kejam betul la kau ni!". Aulia merajuk. Tega betul kawannya merahsiakan pertunangan. Aulia sudah mencebik.

"Haha. Sorry sangat. Semuanya terburu2. Dia tiba2 datang rumah aku. Aku pun baru je kenal dia through Fac. Lagipun, bukannya buat majlis apa pun. Just dia datang and we're officially engaged. Bukannya ada cincin apa pun". Terang Shaira teruja. Senyuman tak lekang dari bibirnya.

"Tahniah beb! Siapa dia? Aku kenal tak? Orang mana". Soal Aulia bertubi2. Dia teruja mendengar kawannya telah bertunang.

"Nama dia Azman. Orang kedah. Aku jumpa dia dah dua kali la. Alhamdulillah, mak ayah aku terima dia. Aku pun tak sangka dia berani gila nak datang rumah aku". Ujar Shaira. Aulia terjerit kecil. Gembira bukan kepalang lagi. Tak sabar ingin melihat kawannya naik pelamin.

"Gila sweet lah! Haha. Apa2 pun, tahniah! Aku harap kau cepat2 nikah, ok?! Nanti kenalkan la aku dengan tunang kau tu. Handsome ke tak! Hehe". Aulia mengusik. Pecah tawa mereka berdua.

"Beres! Aku akan kenalkan dengan kau la. No worry la. Hehe. Kau pun sama, kena kenalkan aku dengan mamat tu. Aku nak tengok orangnya macam mana. Biar aku yang scan dia!". Ujar Shaira. Aulia sudah tergelak kecil.

"Kau jangan scan lebih2. Susah nanti. Ada rezeki, aku kenalkan dengan kau ye". Janji Aulia. Shaira mengangguk setuju.

"Eh Nuha, mak aku panggil la! Aku kena pergi ni. Nanti aku call kau pulak ye. Hehe.. Apa2 pun, doakan aku ye kat sini. Sayang kau, Nuha! Assalamualaikum!". Shaira mematikan talian. Aulia menjawab salamnya didalam hati. 'Tak nyempat2 nenek ni nak off talian' omel Aulia.

Aulia meletakkan henset diatas meja solek, bercita2 ingin keluar menjenguk ibu dan ayahnya. Sempat dia melirik jam di henset. 11:00 malam. 'Masih awal lagi ni'. Detik hati Aulia. Laju langkahnya menuju ke ruang tamu.

"Ibu! Tengok cerita apa ni?" Soal Aulia lantas menghenyakkan punggung bersebelahan Puan Hawa.

"Entah la Aulia, dari tadi ibu dok tukar2 channel.. tak ada cerita best pulak malam ni". Jelas Puan Hawa. Dia memandang anaknya dengan pandangan hairan.

"Aulia, cerita lah kat ibu pasal petang tadi. Apa yang dah jadi?" Soal Puan Hawa seakan mendesak. Aulia tergelak melihat gelagat ibunya.

"Ayah mana, bu?" Soal Aulia. Matanya mencari2 kelibat Encik Syam.

"Ayah tidur dah. Penat. Lagipun pening nya tak surut". Jelas ibunya. Aulia mengangguk faham. Aulia menoleh kearah ibunya, lalu mengambil posisi yang selesa.

Aulia pun memulakan ceritanya. Sepanjang bercerita, Puan Hawa kelihatan khusyuk. Raut wajahnya bertukar2, sekejap berkerut, sekejap tenang, sekejap pula marah. Aulia menceritakan yang perlu saja. Tidak diberitahu tentang Idlan yang pernah berzina, bimbang menjadi aib. Puan Hawa mengangguk2 tanda faham. Lama mereka menyepi setelah Aulia menghabiskan ceritanya.

"Kesian ye Idlan tu. Mangsa syaitan!" Ujar Puan Hawa lancar. Matanya melirik keatas seperti sedang memikirkan sesuatu. Aulia yang sedang meneguk air tersedak dek ayat ibunya. Mangsa syaitan? Agak kelakar ayat tu.

"Laa, kamu ni dah kenapa, Aulia oi!" Bebel Puan Hawa sambil menepuk2 belakang Aulia bagi mengurangkan sedak nya. Geleng kepala Puan Hawa melihat perangai anaknya. 'Ada2 saja anak aku ni' omel Puan Hawa.

"Ibu la! Buat lawak pulak! Ada pulak kata mangsa syaitan!" Hujah Aulia. Batuknya masih bersisa. Aulia menarik nafas perlahan2 bagi menstabilkan nafas nya. Puan Hawa membuat muka hairan.

"Betul la ibu kata, mangsa syaitan. Kalau tak, macam mana dia boleh minum arak, terjerumus tu semua. Salah ke ibu cakap?" Soal Puan Hawa kembali. Baginya dia bagitau benda betul, tapi bagi Aulia, satu benda yang lawak. 'Aish, tak faham la aku budak zaman sekarang ni' rungut Puan Hawa sendirian.

"Hehe.. yela ibu. Betul la tu. Tak salah pun". Aulia membenarkan kata2 ibunya. Tergelak kecil dia memandang raut tua ibunya.

"Dah pukul berapa ni?" Soal Puan Hawa sambil memandang jam di dinding. Ya Allah! Pukul 1?! Disebabkan khusyuk sangat dengar cerita Aulia, lewat la tido malam ni.

"Dah2, jomlah masuk tidur. Dah lewat sangat ni. Esok kita sambung borak lagi lah". Cadang ibunya. Aulia mengangguk tanda setuju. Mereka berjalan beriringan menuju ke bilik masing2.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience