Chapter 18

Romance Completed 29055

Aulia segera mencapai telekung dibelakang pintu lalu disarungkan di kepala. Dia mencapai sejadah lalu dibentangkan. Aulia mula mengangkat takbir. Dia mulakan dengan solat hajat, diikuti solat sunat taubat dan akhiri dengan solat sunat istikharah. Dia perlu meminta pertolongan Tuhan yang maha kuasa. Aulia cuba mengosongkan hati yang sedang berduka. Dia mengetepikan masalah yang dihadapi, diganti dengan hati yang bersedia menuju cinta Tuhan. Aulia lena dibuai pelukan Ilahi.

Aulia mengangkat tangan berdoa,

"Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon keampunanMu. Ampunkanlah segala dosa2 ku yang telah aku lakukan. Aku insan yang lalai, hina dan leka. Aku memanjatkan seluruh kesyukuranku kepadaMu atas nikmat yang telah engkau kurniakan kepadaku.
Ya Rabbi, malam ini aku bersujud padaMu. Aku memohon hidayahMu, Ya Rabbi. Tunjukkan aku jalan yang lurus, jalan yang Engkau redhai. Sengguh aku tak mampu tanpa hidayahMu. Tuntun aku menjadi hamba yang solehah, yang sentiasa taat kepadaMu.
Ya Muhaimin, sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha mendengar. Dengarlah rintihanku ini, ya Allah! Aku memohon petunjukMu. Berikan aku jawapanMu. Apa yang patut aku lakukan sekarang ini? Aku buntu. Sekiranya benar Idlan Syahid merupakan imamku didunia ini, kau berkatilah aku dan dirinya. Kau satukanlah kami dengan limpahan RahmatMu sebagaimana Engkau melimpahkan rahmatMu keatas pasangan Adam dan Hawa. Kau rapatkanlah hati kami sebagaimana engkau rapatkan hati Nabi Ismail dan Siti Hajar. Kau kuatkan cinta antara kami sepertimana kuatnya cinta Muhammad SAW kepada isterinya, Siti Khadijah. Kau campakkan lah secebis ketenangan didalam hatiku, Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Satu.
Ya Rabbul Izzati, sekiranya dia bukan imam ku didunia ini, kau jauhkanlah kami supaya tidak berlaku fitnah antara kami. Kau tenangkan hati kami. Kau bersihkanlah hati kami. Sesungguhnya aku memohon petunjukMu. Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi dugaan ini. Tunjukkan padaku apa yang patut aku lakukan, Ya Allah. Aku benar2 memerlukanMu. Cintaku hanya padaMu, Tuhanku. Bagaimana aku ingin memberikan secebis cintaku ini kepada seorang manusia? Aku ingin mendapat redhaMu. Bantulah aku ya Allah.
Ya Quddus, sesungguhnya aku menadah tanganku memohon kepadaku. Pandanglah aku dengan kasih sayangMu. Janganlah kau biarkan aku tanpa hidayahMu. Aku memerlukanMu, Ya Allah. Janganlah kau campakkan dalam hati aku perasangka2 buruk yang dapat merosakkan jiwa aku. Kau kabulkan lah doa ku, Ya Allah. Kabulkanlah doaku, Ya Allah. Kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Pertemukanlah aku dengan jodoh yang terbaik. Jodoh yang Engkau kirimkan untukku menuju Mardhatillah. Aku rindukan syurgaMu. Aku ingin bersama melayar bahtera menuju ke syurga. Bantu aku, Ya Rabb. Hanya Engkau tempat aku meminta. Ameen!".

Aulia mengaminkan doa. Dia meraup mukanya perlahan. Dia tenang. Tenang setelah bercinta dan mengadu kepada Allah.

Dia mula mencapai Al-quran diatas meja. Dia membuka helaian pertama didalam Al-quran. Aulia mnghembuskan nafas. Matanya sudah segar. Dia perlu mengisi hatinya dengan makanan rohani. Hatinya perlu ditenangkan. Aulia memulakan dengan bacaan bismillah lalu membaca ayat2 dengan lancar.

Dari satu surah ke satu surah, Aulia meneruskan bacaan. Dia tidak menghiraukan kepekatan malam. Aulia terus membasahkan lidahnya dengan ayat suci tersebut. Dia asyik dalam perlakuannya. Aulia hilang dalam pelukan Tuhan. Dia membaca dengan teliti dan sempurna. Bacaannya sungguh sempurna.

Aulia berhenti seketika, dikerling jam didinding, 6.15 pagi. Aulia segera bangkit untuk menunaikan solat subuh. Dia meletakkan Al-quran ditepi. Berkira2 untuk menyudahkan bacaannya yang tinggal separuh itu selepas solat.

Aulia lantas mengangkat takbir memulakan solatnya. Hati ini semakin mencintai Tuhannya. Aulia hanyut!

Sesudah salam, Aulia menadah tangan berdoa. Doa yang sama dilafazkan ketika qiam tadi, memohon diberikan petunjuk. Aulia mencapai kembali Al-quran yang diletakkan ditepi. Membuka muka surat terakhir yang dibaca sebelum mengerjakan solat subuh tadi. Lantas menyambung bacaannya hinggalah ke surah yang terakhir.

Setelah selesai menghabiskan bacaan, Aulia terus melipat telekung dan diletakkan diatas katil sementara. Aulia mencapai tuala lalu bergegas mandi. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Dia menyegarkan badannya yang lesu dek peristiwa semalam. Matanya layu, badannya pula terasa sangat letih. Dia perlukan sedikit rehat. Selama setengah jam lamanya berendam, akhirnya Aulia keluar dari bilik air. Segera bersiap dan mengenakan telekung nya kembali. Dia ingin melakukan solat sunat dhuha.

Selesai solat, Aulia mencapai tasbihnya dan mula berzikir. Lama Aulia ditempat sujud. Aulia perlukan ruang untuk dia mencari ketenangan. Terkumat kamit mulutnya mengalunkan Asma Allah. Sedang Aulia leka dengan tafakur nya, pintu diketuk.

Knok! Knok!

Aulia berhenti. Dipandang pintu biliknya sebelum dia bangun menuju ke pintu. Dicapai tombol pintu lalu dibuka, wajah Puan Hawa muncul di balik pintu.

"Aulia, boleh ibu masuk?" Soal Puan Hawa meminta keizinan. Dia memandang wajah anak perempuannya yang sugul. Matanya sembap, wajahnya layu. Ada sendu yang terlakar di matanya. Aulia mengangguk. Dia lantas memberi laluan kepada ibunya untuk masuk.

Puan Hawa memandang sekeliling. Ada sejadah yang terhampar di lantai manakala diatas katil terdapat Al-quran dan tasbih. Aulia kembali duduk ke sejadahnya. Puan Hawa membontoti anaknya. Lantas mengambil tempat disebelah Aulia.

"Aulia, pandang ibu, nak. Senyum ye sayang. Jangan sedih2 macamni". Puan Hawa memegang kedua2 belah pipi Aulia lalu dihalakan pandangannya kearah dia. Aulia memandang ibunya. Air mata yang sedari tadi bertakung akhirnya tumpah mengalir di pipi. Aulia tewas dengan redupan mata ibunya.

"Macam mana Aulia nak senyum, bu? Ayah marahkan Aulia, ayah dah marah Aulia!" Ucap Aulia dalam esak tangisnya. Dia sayangkan Encik Syam. Tidak pernah sekalipun Aulia membantah cakap ayahnya. Cuma apa yang terjadi semalam, adalah disebabkan kekhilafan dirinya.

"Sayang, dengar sini apa ibu nak cakap ni, dengar ya. Ayah kamu tu tak marah pun, dia cuma penat je. Jangan kamu fikir yang bukan2. Ayah kamu nak yang terbaik buat kamu. Sebab tu dipilihnya Idlan untuk menjaga kamu. Ayah kamu berharap sangat dengan Idlan tu. Mula2 dulu pun ibu tak percaya, tapi bila ayah mula cerita kat ibu pasal Idlan dan setelah ibu tahu penghijrahan dia, ibu rasa dia jugak mampu nak menjaga kamu. Percayalah, nak". Puan Hawa bercerita panjang lebar. Dia tahu semalaman anaknya tidak tidur disebabkan perkara yang telah terjadi. Dia mendengar suara Aulia yang mengaji di balik pintu. Dia sungguh risaukan anak perempuannya. Suaminya sungguh keras hati. Semalaman juga lah Puan Aulia cuba memujuk suaminya, tapi hampa. Suaminya masih mendiamkan diri.

"Bu, Aulia tak suka Idlan. Aulia tak kenal pun dia tu macam mana orangnya. Aulia hanya kenal dia yang dulu, tu pun sebab dia cerita. Aulia tak pernah kenal dia sekarang sebab Aulia tak pernah jumpa ke, telefon ke, apa ke. Aulia tak tahu sejauh mana dia berubah. Aulia sedar memang Aulia kasar semalam, tapi Aulia tak bermaksud nak merendah2 kan maruah dia. Ibu faham Aulia kan?" Rayu Aulia. Dia meluahkan kepada Puan Hawa berharap agar ibunya memahami perasaan dia saat ini.

Puan Hawa mengangguk perlahan. Dia memahami perasaan anaknya, dia juga memahami niat suaminya. Puan Hawa ingin Aulia cuba menerima Idlan dalam hidupnya. Dia ingin anaknya dibimbing oleh insan yang boleh dipercayai.

"Aulia, ibu faham, nak. Cuma, ibu harap, kamu cubalah terima Idlan tu. Cuba bukak hati kamu untuk melihat sisi baiknya. Biarkan masa lalu dia ditentukan oleh Allah. Yang pasti adalah dia yang sekarang. Ibu harap Aulia faham apa yang ibu nak sampaikan". Ucap Puan Hawa tenang. Dia memegang erat tangan anaknya, cuba mengalirkan arus ketenangan ke dalam hati Aulia.

"Tapi Aulia tak cinta dia. Aulia tak nak dia". Aulia merintih. Habis basah pipinya dek air mata yang mengalir.

Aulia memejamkan matanya rapat. Air mata yang gugur dari tadi semakin lebat. Dia perlu kuat menghadapi semua ini. Dia ingin mengembirakan hati ayahnya tapi bukan dengan cara ini. Aulia meghembuskan nafas berat. Dipandang ibunya yang setia menemaninya saat ini. Aulia langsung memeluk ibunya, erat! Dia menghamburkan tangisan didalam pelukan ibunya. Puan Hawa membalas pelukan dan mengurut2 lembut belakang Aulia.

"Ayah sayang kamu. Dia pasti tahu apa yang terbaik buat kamu". Puan Hawa memberikan kata2 terakhir kepada Aulia. Aulia terus memeluk ibunya tidak mahu lepas.

Setelah puas, Aulia meleraikan pelukan. Puan Hawa mengelap sisa air mata di pipi Aulia. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Berkira2 untuk bangun, Aulia memegang tangan ibunya.

"Terima kasih, bu". Ucap Aulia ikhlas. Puan Hawa tersenyum dan mengangguk laju lantas meninggalkan Aulia keseorangan.

***

Idlan Syahid sedang mengemas baju2nya. Dia perlu pergi! Hatinya masih kecewa. Dia ingin lari dari semua yang berlaku. Tangannya ligat melipat baju yang berserakkan diatas katil. Beberapa kali dia menghela nafas berat. Dia lemah! Hatinya tidak kuat. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata. Semalaman jugalah dia bangun bersujud, mengadu kepada Allah. Dia hilang punca. Tidak pernah seumur hidup Idlan, dia merasakan sakit yang teramat kerana cinta. Lamarannya ditolak! Dirinya dipandang rendah disebabkan dosa yang pernah dilakukan.

Idlan rasa tercabar. 'Apa yang kurang pada diri aku? Aku mampu bahagiakan kau, Aulia!' Idlan memberontak didalam hati. Jika dosa nya yang lepas menjadi penghalang untuk Aulia menerima dia, maka dia perlu tunjukkan kepada Aulia yang Idlan Syahid akan berubah menjadi seperti yang Aulia idamkan!

Dia mengambil gambar arwah Puan Mariah, dipandangnya sayu.

"Mak, Idlan akan buktikan kat semua orang yang anak bujang mak ni akan berubah! Pasti akan berubah! Itu janji Idlan, mak!" Idlan memegang kuat bingkai gambar itu. Dia perlu kuat! Aulia perlu menjadi miliknya! Cuma sekarang dia perlu membuang Aulia dari ingatannya. Dia perlu berubah menjadi Idlan yang baru. Dia berjanji pada dirinya yang dia akan kembali mendapatkan Aulia semula suatu hari nanti.

"Kamu nekad nak pergi? Tinggalkan papa?" Lamunan Idlan terhenti dek pertanyaan Encik Eddy. Idlan memandang Encik Eddy seraya meletakkan bingkai gambar kedalam beg roda nya. Idlan mengangguk.

"I have to go. Idlan mintak maaf. Idlan tahu yang Idlan dah menyusahkan papa. Idlan tak boleh lama kat sini. Lagi lama, lagi sakit hati ni". Ucap Idlan. Dia cuba membuat papa nya mengerti keadaan diri nya.

Encik Idlan menggelengkan kepala. Dia memahami akan perasaan anaknya. Dilukakan oleh kekasih hati. Tambahan pula, maruah nya tercalar hanya kerana dosa lampaunya.

"Tapi Idlan, you have to strong! Papa faham kamu. Kamu kena kuat! Kalau kamu lari, masalah takkan selesai". Nasihat Encik Eddy. Dia sudah tidak tahu cara apa lagi yang perlu dilakukan bagi menghalang anak bujangnya pergi.

"Pa, maruah Idlan direndah2 kan macamtu je! Idlan sedar dulu Idlan berdosa, tapi salah ke Idlan nak mencintai dia? Nak menjadikan dia isteri Idlan? Hina sangat ke Idlan ni, pa?" Soal Idlan bertubi2. Encik Syam senyap. Dia menghembus nafas perlahan. Dipandang Idlan yang sedsng ligat mengemas pakaiannya. Encik Eddy pasrah dengan keputusan anaknya.

"Papa harap kamu tak salah buat keputusan". Ujar Encik Eddy seraya menepuk lembut bahu anaknya. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Anaknya perlu kuat. Itu doanya.

Idlan menyudahkan lipatan. Beg roda di zip rapat. Idlan mencapai kunci kereta dan henset diatas meja solek. Dia memegang beg rodanya bercadang untuk keluar. Dipandang Encik Eddy yang sedang memerhatikannya sedari tadi.

"Pa, dont worry, okay! I'm gonna be alright". Janji Idlan kepada papa nya. Encik Eddy hanya mampu tersenyum. Idlan bersalaman dengan Encik Syam dan memeluk nya erat. Dia kemudian berlalu pergi meninggalkan Encik Syam seorang diri.

Idlan memecut di jalan raya yang lengang. Dia sudah memutuskan untuk ke rumah kawannya di kedah. Kawan semasa sekolah rendah nya dahulu. Mereka sangat rapat tetapi sejak kawannya berpindah ke Kedah beberapa tahun yang lepas, mereka sudah lama tidak berhubung.

Setelah lama memandu diatas jalan raya, perut Idlan mula minta diisi. Dia lantas mencari papan tanda menunjukkan arah menuju ke kawasan rawat dan rehat. Dia memandu sehinggalah sampai ke kawasan rawat dan rehat.

Idlan memakir kereta nya di letak kosong. Dia lantas keluar dari perut kereta berjalan menuju ke kedai makan. Perut nya sangat lapar. Dia menjumpai sebuah kedai makan yang menjual pelbagai hidangan kampung. 'Pekena lauk kampung la harini' detik hati Idlan. Dia mula mencapai pinggan kosong lalu diletakkan nasi, lauk lemak pucuk manis, ikan bawal goreng, kerabu jantung pisang dan sambal belacan. Setelah berpuas hati dengan hidangan tersebut, Idlan segera membuat pembayaran.

Idlan mengambil duduk di tempat kosong. Dia membaca bismillah dan terus menyuap makanan kedalam mulut. 'Sedap jugak lauk ni' desis Idlan. Dia makan dengan berselera sekali. Sesekali diteguk air mineral yang dibawa dari dalam kereta. Idlan menghabiskan makanannya. Dia lantas mencuci tangannya dan mengeluarkan henset dari dalam poket. Idlan mendail nombor kawannya, Azman di Kedah untuk memberitahu kedatangannya. Idlan disambut baik oleh Azman. Dia bersetuju untuk menumpangkan Idlan sementara dirumah sewanya sementara Idlan mendapatkan rumah sewa sendiri.

Idlan memulakan perjalanan kembali. Dia ditemani celoteh2 deejay radio yang menghangatkan perjalanan Idlan. Kejadian semalam muncul kembali kedalam kotak fikirannya. Idlan merengus kasar. Dia masih diselubungi rasa kecewa. Idlan sukar melupakan Aulia Nuha. Hati nya memberontak. Mengapa Aulia memperlakukan dia sebegitu. Cintanya terlalu dalam buat gadis itu. Dia tidak dapat membayangkan jika Aulia Nuha menjadi milik orang lain.

Idlan menggelengkan kepala beberapa kali. Dia cuba menepis prasangka yang bermain di minda nya. Idlan pasti suatu hari nanti Aulia pasti dapat menerima dirinya. Cuma yang Idlan tak pasti, bila itu semua akan berlaku. Idlan tiada jawapan.

Sedar tak sedar, Idlan sudah sampai ke rumah sewa milik kawannya, Azman. Idlan memberhentikan kereta berhadapan dengan pintu pagar. Idlan keluar lalu menekan loceng rumah. Lama dia menunggu hingga akhirnya wajah yang ditunggu muncul di muka pintu.

"Azman! Apa lambat sangat? Lama aku tunggu ni!" Jerit Idlan bila melihat kawannya terkocoh2 membuka pintu. Idlan memeluk Azman. Lama sudah dia tak berjumpa kawan sepermainan nya.

"Wei Idlan! Hang sihat ka? Awat aku tengok hang serabai semacam ni?" Tegur Azman dalam loghat utaranya. Dia memandang Idlan from head to toe!

"Aduuhh! Putus cinta bro! Apa boleh buat, nasib badan!" Idlan berjenaka. Dia memandang Azman yang sedang berkerut memandang dirinya sambil menggaru2 kepala.

"Laa hai, lelaki hero malaya putus cinta ka? Awat? Hang pakai salah mantera kot! Muka hensem2 macamni boleh kena reject? Sedih sangat haih! Hang kena belajaq dari aku lagu ni." Azman menepuk2 bahu Idlan. Mereka bergelak ketawa. Idlan lantas mencapai beg roda dari bonet kereta.

"Ala, nanti lah aku cerita kat kau. Sekarang ni bila aku boleh masuk ni? Gaya macam tak nak bagi aku masuk je?" Usik Idlan. Azman menepuk dahinya terlupa ingin mempelawa kawannya itu masuk. Idlan membontoti Azman yang sedang menunjukkan isi rumah sewa tersebut. 'Not bad' gumam Idlan.

"Bilik hang aku kemas dah. Satgi boleh la hang susun baju ni semua. Ni aku nak tanya ni, hang tak lari rumah kan?" Soal Azman serkap jarang. Dia melihat isi kandungan beg Idlan. 'Fuh! Baju macam nak pindah' omel Azman.

"Woo! Takde masa la aku nak lari rumah. Haha.. aku cuma nak bercuti, ambil angin je. Kau ni, soalan pun agak2 la". Idlan ketawa. Dia memandang dekorasi bilik tersebut. Katil bujang dengan dinding yang dicat warna biru gelap. Bilik air yang terletak di sebelah kiri dan sebuah meja sisi. Simple!

"Takde la, aku tengok baju2 hang ni semua, risau la aku kot hang lari ka. Aku taknak berurusan dengan pak hang!" Jawab Azman. Kawannya yang seorang ni memang penuh tatasusila. Aku panggil dia budak nerd dulu, sebab dia ni memang rajin study and macam aku cakap tadi, penuh tatasusila.

"Eh, satgi aku habis masak, aku panggil hang makan. Aku nak keluaq sat ni pi market beli barang. Hang ada nak makan apa2 ka? Kut la ada nak request.. ". Dipandang Idlan yang sedang meletakkan henset diatas meja sisi. Idlan menoleh lalu menjawab,

"Fuh! Kau masak ke ni? Hebat lah! Erm, takpe wei. Aku makan je apa yang kau masak! Lagipun, kalau aku request nanti takut kau tak dapat buat pulak". Idlan gelak memandang Azman. Dia tak sangka kawannya pandai dalam bab masak memasak ni.

"Nak hidup wei, kena lah masak". Jawab Azman sambil ketawa kecil. Dia bingkas bangun dan keluar untuk membeli barang. Idlan pula mula mengemas baju2 nya lalu disusun didalam almari. Tak perlu nak elok2 sangat, asal terletak, sudahlah!

Siap!

Idlan keluar menuju ke ruang tamu berkira2 untuk menonton tv. Dicapai remote dan ditekan butang on. Idlan mencari siaran yang best. Dia melayan channel Astro HBO. Titanic!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience