Chapter 22

Romance Completed 29068

Sudah dua minggu sejak malam dia dan ayahnya bercerita tentang menjemput Idlan ke rumah. Aulia sendiri tidak menghubungi Idlan. Bukan tidak, tapi belum! Aulia masih belum ada kekuatan untuk menghubungi lelaki itu. Mujur ayahnya tidak bertanya hal itu lagi. Paling tidak, boleh lah Aulia mencari sedikit masa lagi.

"Kak, nanti jangan lupa ambil baju kat butik. Tadi orang tu dah call". Aulia menoleh kearah empunya suara. Adiknya sedang tersenyum di muka pintu. Aulia mengangguk. Semalam adiknya meminta bantuan dia supaya mengambil baju tempahan di butik hari ini. Minggu depan Aira ada gathering di tempat dia bekerja.

"Aira nak ikut akak pergi ambil tak? Boleh jalan2 sekali". Ajak Aulia. Aira mengeluh.

"Akak ni salah time la nak ajak. Aira ada proposal nak buat. Esok dah kena submit. Kalau tak siap, matilah kene bebel dengan bos. Tak dapat la nak ikut". Dia membuat muka sedih. Sejak dua menjak ini Aira sibuk membuat proposal yang dikehendaki oleh bos nya. Sudah 2 kali proposal nya ditolak, kali ini dia mesti buat betul2.

"Takpe lah, nanti lain kali kita keluar ye". Cadang Aulia. Aira lantas meninggalkan kakaknya untuk sambung melakukan kerja. Aulia mencapai tudung dihanger dan bersiap ala kadar. Dia mencapai henset dan telefon bimbit dan terus keluar.

Aulia meminta izin Puan Hawa untuk ke butik mengambil baju. Puan Hawa tersenyum mengizinkan. Aulia terus ke kereta dan bergerak menuju ke Butik 'Anggun' yang terletak di Shah Alam. Hari ini Aulia cuti. Mujur lah tempat dia bekerja hari ini hanya memerlukan khidmat sukarelawan yang baru. Aulia bercadang untuk membawa ibu dan ayahnya bersiar2 di pantai Morib. Sudah lama mereka tidak keluar mengambil angin.

Perjalanan yang memakan masa tidak sampai satu jam itu membawa Aulia berhenti betul2 dihadapan butik tersebut. Aulia segera menyudahkan kerjanya. Dia mengambil baju yang ditempah dan terus memandu pulang kerumah. Aulia sempat singgah di kedai cendol membeli dua bungkus cendol untuk dibawa pulang.

Sesampainya di rumah, Aulia memberikan baju itu kepada adiknya yang sedang tekun menyiapkan kerja di meja belajar nya. Aira mengucapkan terima kasih lalu diambil bajunya dan dimasukkan kedalam almari.

"Nanti turun minum cendol kat bawah. Lambat habis!" Aulia memberi arahan. Aira hanya mengangguk tersenyum. Dia segera menyambung kerjanya. Aulia keluar lalu menuju ke dapur. Diambil sebuah jug air dan diisi cendol kedalam bekas tersebut. Aulia mengambil 4 biji gelas dan diletakkan diatas dulang seraya membawa ke ruang tamu. Encik Syam dan Puan Hawa menoleh.
"Beli dekat orang melayu ke mamak ni?" Soal ibunya. Puan Hawa sangat mengambil berat makanan yang dibeli diluar. Khuatir sekiranya makanan yang dibeli tidak halal ataupun tidak bersih.

"Orang melayu. Rasanya baru bukak kot sebab tak pernah nampak pun sebelum ni". Ujar Aulia sambil menuang cendol kedalam gelas seraya dihulurkan kepada Puan Hawa dan Encik Syam.

"Manisnya! Kamu tak tambah air kosong ke?" Ucap Puan Hawa setelah meneguk sedikit cendol tersebut. Berkerut dahinya menahan rasa cendol yang manis. Aulia segera mencapai gelasnya lalu disuakan kemulutnya.

"Tak manis pun. Biasa lah ni rasa cendol. Kira.. manis2 buah". Bidas Aulia. Dia merasakan cendol tu sedap je dan tak manis. Standard quality! Encik Syam yang diam sedari tadi bersuara.

"Meh ayah rasa. Korang punya tekak tu dah tak ok". Terus diteguk air cendol tersebut. Lama Encik Syam merasai setiap titisan air cendol dimulutnya. 'Eh, Dah macam rancangan tv la pulak!' Gumam Aulia.

"Ok la ni, tak manis. Awak tu je yang tak boleh minum manis. Itu pasal la". Aulia tergelak. Berjaya mengalahkan ibunya. 'Baru lah geng dengan ayah'. Omel Aulia. Puan Hawa lantas meletakkan gelas nya diatas meja.

"Yelah, bang! Tak nak dah minum. Awak jelah minum dengan anak awak ni. Saya kan tak boleh minum manis, tak sesuai!" Rajuk Puan Hawa. Pecah tawa Encik Syam dan Aulia. 'Ada2 saja ibu aku ni'. Aulia menggelengkan kepala.

"Hah! Kenapa ni gelak2 tak ajak ni? Aira baru je nak join. Dah habis ke?" Aira bercekak pinggang. Mereka terdiam. Dipandangnya wajah Aulia dan ibu ayahnya yang sedang memandang dia. Aira mendekati mereka. Tiba2, gelak Encik Syam meletus.

"Orang dah habis dah! Tak payah kacau lah! Pergi main jauh2". Usik Encik Syam kepada Aira. Tangannya mengisyaratkan dia pergi. Aira memuncung. Merajuk dengan ayahnya.

"Yelah, Aira pergi. Takde sapa nak layan Aira kan. Siapa lah diri ini". Aira sudah merajuk. Dia cuba membuat suara sedih supaya mereka memujuk. Tetapi, tinggal kenangan. Mereka mentertawakan dia lagi kuat kali ini. Terjegil biji mata Aira.

"Taknak kawan la ayah ni! Tak baik tau gelakkan Aira. Ni kes buli ni! Nak lapor la kat agensi anti buli!". Aira menyilangkan tangannya ke dada. Geram! Sampai hati ayah gelakkan dia. Macam budak kecil dibuatnya.

"Ala2 anak ayah ni, gurau je pun. Dah tak payah nak merajuk. Nanti geng la dengan ibu ni ha. Merajuk2 pulak". Kali ini, Puan Hawa pulak yang menarik muka. Sudah lah rajuk nya tadi belum habis, ditambah pula yang baru. Encik Syam tergelak besar.

"Abang!!" Jerit Puan Hawa lalu mencampakkan bantal di sofa. Encik Syam segera mengelak. Puan Hawa tak berpuas hati, dia merapati suaminya dan terus mencubit Encik Syam bertubi2. Encik Syam mengaduh kesakitan. Dia geli hati melihat karenah isterinya. Terlalu manja dengan dirinya. Cepat benar merajuk. Itulah sifat Puan Hawa yang menyebabkan dia semakin hari semakin terpikat.

"Alamak dik. Ada adegan romantik la kat sini. Susah ni. Mana tak nya, marah2 sayang!" Ujar mereka serentak. Mereka ketawa melihat Puan Hawa yang sedang berusaha mencubit ayahnya. How cute! Aulia dan Aira pantas meninggalkan ibu dan ayahnya yang sedang bermanja2 itu. Bagi chance la katakan!

Didalam bilik, Aulia mencapai henset yang diletakkan diatas meja solek. Dibuka skron henset dan terpampang satu mesej masuk. Aulia segera membuka mesej tersebut. Mesej dari Idlan. Hatinya berdegup laju. Dengan perlahan2 dia membaca mesej yang tertera.

Assalam. Lama kita x contact kan. Masih ingat saya? Maaf tiba2 xde ribut xde angin mesej awak. Aulia, boleh kita jumpa? Mybe kita boleh makan2 ke. Anggap la yang awak keluar atas pelawaan dari seorang kawan. Saya hrp sgt awak setuju.

Aulia diam. Senyap seribu bahasa. Dipandang mesej itu lama. Dia tak tahu apa yang harus dia buat. Patutkah dia keluar? Atau, patut ke dia menolak? Dia teringat perbualan dengan ayahnya tempoh hari untuk mengajak makan dirumah. 'Baik ajak dia datang rumah lagi ok kot'. Detik hati Aulia. Dia pantas menekan butang reply,

Wslm. Sya masih ingt Encik Idlan. Sya mtk maaf sbb xdpt nak keluar dgn encik.

Send!

Selang beberapa minit, mesej baru masuk.

Why? Masih marah sya 'bout that night?

Aulia menghela nafas. Dia mahu melupakan malam itu. Malam yang dia rasakan sangat tak masuk akal. Aulia menekan butang reply.

No! Bukan psl tu. Just, x bole. Mcmnilah, why not encik dtg jelah rumah sya. I heard encik ada mtk izin ayh sya utk dtg kan? Why dont you come to my house?. Lg senang.

Send!

Aulia mula tenang. Mungkin aku perlu membuka hati aku. Mungkin!

U izinkn? I come today, r u ok with that? I ada kat Ulu kelang ni, at my uncle's place.

Thats it, Aulia! Buka hati and kau akan perlahan2 memahami hikmah disebalik semua ini.

Today? Actually, I nak keluar jalan2 with my parents. Kat Morib. So, mybe next time kot.

Send!

Aulia menunggu. Selang beberapa minit,

Oh, boleh I join? Just couple of minute mybe, or an hour. If u dont mind.

Aulia mengeluh! 'Ni yang aku malas ni! Melebih2 pulak mamat ni!' Bentak Aulia. Dia cuba menahan sabar. Rilek Aulia. Buka hati! Buka perasaan!

Ok! But plez jgn lama2. Saya hrp encik fhm

Send!

Aulia memejam mata rapat2. Betul kah apa yang cuba dilakukannya ini. Dia sendiri tidak tahu. 'Anggap ini satu peluang untuk kenal dia dengan lebih rapat.' Desis Aulia. Mungkin ada betul juga kata hati nya. Dia perlu membuka hati nya.

Istikharah yang dilakukan selama ini terasa kabur. Mimpi yang hanya menunjukkan susuk tubuh seorang lelaki sedang mengerjakan solat di sebuah masjid membuatkan Aulia hanya mampu berserah dan berdoa kepada Tuhan agar lelaki yang dihantar oleh Allah kepadanya dapat membimbing dia kejalan benar.

Mesej masuk.

U can trust me. I tunggu kat sana. Assalam.

Aulia terus menutup inbox hensetnya dan meletakkan dimeja sisi. Aulia turun ke tingkat bawah untuk memberitahu kehadiran Encik Idlan kepada ibu dan ayahnya.

"Ayah, Encik Idlan mesej tadi". Ucap Aulia sambil matanya dihalakan kearah Encik Syam yang sedang menonton tv. Puan Hawa yang terkejut mendengar segera bertanya.

"Mesej kamu kenapa? Dia nak datang ke?" Teka Puan Hawa. Dia memandang wajah anak perempuannya. Berharap anak perempuannya itu sudah melupakan peristiwa malam itu.

"Dia nak datang rumah hari ni, tapi Aulia suruh tunda sebab kita kan nak keluar. Jadi..." Aulia berjeda, lama. Puan Hawa yang sedang mendengar tidak sabar mengetahui ayat selanjutnya. Ditepuk peha Aulia perlahan.

"Jadi apa nya?" Soal ibunya. Encik Syam memandang sekilas wajah anaknya. Bersabar menunggu.

"Jadi, dia nak ikut kita ke Morib. Aulia takda pilihan melainkan bagi dia ikut. Kalau tak, nanti asyik minta nak jumpa je. Aulia rimas". Terang Aulia kepada kedua orang tuanya. Encik Syam mengangguk begitu juga isterinya.

"Takpe ke, yah? Ayah bagi ke?" Soal Aulia inginkan kepastian. Encik Syam mengangguk lagi.

"Takpelah. Lagipun, bukan dia jumpa Aulia sorang. Kami ada. Tak perlu risau". Balas ayahnya tenang. Puan Hawa tersenyim manis kearah anak perempuannya.

"Takpelah kalau macam tu. Aulia naik dulu lah. Nanti kita pergi lepas zohor ye. Aulia mintak diri dulu" Dia segera beredar meuju le biliknya semula. Fikirannya kosong. Otaknya tak mampu nak memikirlan sebarang kemungkinan. Dia pasrah!

***

Idlan Syahid memakirkan kereta Porsche yang baru dibelinya di petak kosong. Dia sampai 10 minit awal dari waktu yang ditetapkan. Idlan mula mengorak langkah menuju ke kedai makan yang berhampiran. Perutnya kosong sejak pagi tidak diisi. Dia mencari kedai makanan yang dapat memenuhi seleranya petang itu. Setelah berpusing2, akhirnya Idlan membuat keputusan untuk menjamu selera dia kedai nasi lemak ayam dara.

Dia memesan sepinggan nasi lemak ayam dara dan segelas milo panas. Dengan lafaz bismillah, Idlan menyuap makanan kedalam mulut. Terasa indah hidupnya tatkala dia merasa hidangan tersebut. Sangat sedap! Idlan makan dengan penih berselera. Sesekali dia memandang jam di skrin hensetnya, risau kalau dia terlewat berjumpa dengan Aulia.

Hari ini dia akan bertemu dengan Aulia. Gadis yang menjadi idamannya. Gadis yang hanya mampu dipandang dari jauh. Aulia umpama sebuah berlian didalam kotak kaca. Sangat cantik dan suci tapi sukar untuk dimiliki. Sudah sekian lama mereka tidak berhubung. Idlan kini seorang yang baru. Sudikah Aulia menerima dirinya yang baru ini? Dia tiada jawapan.

Idlan memerhatikan sekeliling. Orang ramai yang datang ke pantai ini rata2 nya dari kalangan pasangan yang bercinta, kelurga, kawan2 atau yang datang seorang diri. Tidak kurang juga Idlan. Ada sesuatu yang menarik minatnya.

Pandangannya terarah kepada sepasang pasangan yang sudah berkahwin. Di tempat duduk kawasan taman permainan, kelihatan si suami yang sedang mengurut2 kaki isterinya yang sedang sarat hamil. Idlan tersenyum. Berfikir2 bila agaknya dia akan melakukan seperti itu. Menjaga insan yang bernama isteri dengan penuh kasih sayang. Idlan sudah berazam sekiranya dia mempunyai suri peneman hidup, akan dijaga sepenuh jiwa dan raga. Kerana dia mengetahui nilai seorang yang bernama isteri.

Lamunan Idlan terhenti. Dia tersengih seorang diri. 'Melalut pulak aku ni' omel Idlan. Dikerling jam di henset, sudah lebih dari 10 minit dia berangan2. Dia menepuk dahi seraya bangun membuat pembayaran. Dia perlu segera. Sudah lah dia yang berjanji, dia sendiri yang tak tepati.

Idlan melangkah laju menuju ke parkir kereta. Dia sudah berjanji akan berjumpa disitu. Idlan memandang sekeliling mencafi susuk tubuh yang dikenali. Tetapi hampa, wajah Aulia tiada dipandanganya. Idlan mencapai henset lalu mendail nombor Aulia.

Tut! Tut!

Assalamualaikum, Aulia! Awak ada kat mana?

Aulia mendengar suara dihujung talian. Suara garau yang sangat dikenalinya. Lelaki yang tak ingin dia jumpa. Suara Idlan Syahid.

Waalaikumussalam, Encik Idlan. Maaf saya lupa nak call, traffic jammed la. Mungkin saya sampai lambat sikit kot. Area 15 minutes lagi.

Idlan meghela nafas lega. Disangkanya dia yang lewat.

Oh yeke, its okay. Just take your time. I'm okay. Just drive safely. I'll be here. Assalamualaikum.

Idlan matikan talian. Dia meletakkan henset di poket seluar lantas bergerak menuju ke kawasan pantai.

"Dia dah sampai ke?" Soalan Encik Syam mengejutkan Aulia. Dia menoleh memandang kearah ayahnya lalu mengangguk. Mereka sepi. Hanya ditemani lagu2 di corong radio.

Setelah lama terperangkap di jalan raya, akhirnya mereka sampai ke destinasi. Aulia segera memakir kereta di petak kosong. Mereka berjalan seiringan menuju ke kawasan pantai. Dari jauh, Aulia sudah melihat susuk tubuh lelaki itu. Jantungnya berdebar.

Lama dia memandang wajah lelaki dihadapannya. Sungguh lain!

"Assalamualaikum, pakcik, makcik". Sapa Idlan setelah bersalaman dengan Encik Syam. Encik Syam mengangguk dan menjawab salam Idlan. Mereka mengambil tempat duduk jauh dari orang ramai.

"Kamu sihat Idlan? Lama makcik tak nampak kamu". Puan Hawa beramah mesra. Dia memandang wajah Idlan yang terurus kemas tanpa sebarang jambang. Mereka saling bertanya khabar. Encik Syam turut berborak bertanya tentang keadaan diri Idlan. Aulia hanya menjadi pemerhati. Dia sepi.

Idlan dihadapannya sekarang sungguh lain. Dia melihat banyak perubahan pada diri Idlan. Gayanya bertutur sungguh sopan. Tiada lagi ayat2 yang tidak sedap didengar keluar dari bibirnya. Matanya redup. Penampilannya berubah. Wajahnya seperti disimbahi nur. Aulia kaku!

"Aulia apa khabar?" Soalan itu menghentikan lamunan Aulia. Dia memandang sekilas wajah Encik Idlan dan tertunduk.

"Alhamdulillah sihat. Encik?". Soal Aulia kembali.

"Alhamdulillah. Allah masih memberi umur pada saya". Idlan tersenyum menampakkan barisan gigi yang putih.

"Apa cerita kamu sekarang ni? Lama menyepi kan". Puan Hawa menyoal. Idlan tersengih. Dia membetulkan rambutnya yang ditiup angin.

"Takde apa cerita pun, makcik. Saya baru duduk balik dengan papa. Sebelum ni berhijrah sekejap di kedah. Bawak diri". Ujar Idlan sambil melirik kearah Aulia. Berkerut dahi Aulia. 'Apehal pandang2 aku!'. Detik hati Aulia. Dia menjeling memandang Idlan yang sudah pun tersenyum memandang Encik Syam dan Puan Hawa.

Sepi!

Aulia melayan perasaannya. Dia memandang kearah pantai yang luas. Hatinya tenang sekali. Dibiarkan ibu dan ayahnya berborak rancak. Aulia menikmati kebesaran Ilahi. Dia menghirup udara segar pantai sambil mata terpejam rapat. Dia membiarkan angin menampar lembut pipinya. Angin pantai, bawalah aku pergi bersamamu!

Aulia masih melayan perasaan. Dia berdoa pada Tuhan agar diberi petunjuk dalam mengharungi dugaan dan cabaran. Aulia melayang jauh. Tudungnya berkibaran meliuk lentuk dek hembusan angin pantai. Aulia lena dibuai angin. Dia sukakan pantai. Dengan melihat pantai, hatinya tenang. Dia ingin merasakan kenikmatan ciptaan Tuhan ini lebih lama.

"Aulia, Idlan nak cakap dengan kamu sikit". Tegur Puan Hawa sekaligus melenyapkan angannya. Aulia menoleh memandang Idlan terkejut. Pandangannya dihalakan kearah ibu dan ayahnya.

"Ayah izinkan. Tapi hanya disitu". Sambil menghala jari telunjuk di sebuah meja batu yang terletak di kawasan itu. Idlan tersenyum memandang Aulia. Aulia memgangguk perlahan. Mereka beriringan ke arah meja batu tersebut. Aulia mengambil tempat setentang dengan Idlan Syahid.

"Apa dia?" Aulia menyoal. Dia kekok. Aulia mengalihkan pandangan ke tempat lain. Sesekali matanya dihalakan kearah Puan Hawa dan Encik Syam.

"Maafkan saya, Aulia. Saya tau saya agak terburu2 malam tu. Saya cuma pentingkan diri. Saya minta maaf ye". Idlan memulakan bicara. Dipandang raut wajah dihadapannya. Rindu!

Aulia menggeleng, "Takpe, benda dah lama pun. Saya tak ambil hati. Lupakan ajelah". Ujar Aulia sambil menggenggam tangannya kuat. Dia tidak senang duduk berdua2an dengan seorang lelaki.

"Biar lah saya berterus terang". Dia menarik nafas sekali lagi. "Aulia Nuha, selepas malam tu, saya membuat keputusan untuk berhijrah. Saya bawak diri ke Kedah. Memang saya tak nafikan yang saya rasa tercabar dengan kata2 awak malam tu. Saya ingatkan, bila awak bagi semangat untuk saya berubah, that's mean awak boleh terima saya. Rupanya saya salah. Awak memang tak boleh menerima keadaan saya. Saya faham lah yang saya ni tak layak untuk awak". Idlan berhenti seketika cuba mengatur ayat.

"Lama saya simpan perasaan saya kat awak sehinggalah saya kumpul kekuatan untuk berterus terang malam tu. Tapi hampa, saya ditolak. Saya sedar yang saya ni dulu jahat, berzina. Tapi takde langsung ke ruang di hati awak untuk saya? Takde langsung ke secebis kasih untuk saya?". Aulia terpana. Dia diuji lagi dengan perkara sebegini. Idlan menghembuskan nafas berat.

"Saya cuba mendalami ilmu agama. Bagi saya, mungkin bila dah banyak ilmu, barulah awak akan terima saya. Saya berusaha mengubah diri saya. Allah kan dah janji, Allah tidak akan ubah nasib hambanya melainkan dia mengubah nasibnya sendiri. Jadi asbab dari itulah lahirnya saya yang berada dihadapan awak sekarang ni. Saya mula bekerja sebagai motivatior bebas. Sebab tu hari tu awak nampak saya yang bagi ceramah". Idlan tersengih.

Aulia terkejut. Disangkanya Idlan tidak perasan kehadiran dia di seminar hari itu. 'Malu nya aku! Dah la aku cover macam nak gila! Padahal dia nampak kot!' Desis hati Aulia.

Idlan meneruskan lagi bicara.

"Saya ikhlas ingin jadikan awak peneman hidup saya. Saya ingin bersama2 menuju ke Jannah. Izinkan saya mencintai sekeping hati suci awak walaupun saya tau sukar untuk saya mendapatkannya. Cinta dan sayang saya kepada awak hanya kerana Allah. Saya nak hidup bersama dengan awak. Saya berharap kita akan melahirkan anak2 yang mampu mendoakan kita kelak. Cinta saya ikhlas. Hati saya hanya untuk awak! Saya inginkan Aulia Nuha dalam diri saya. Cintai saya apa adanya". Terang Idlan tenang. Sesekali matanya memandang kearah Aulia. Sukar untuk ditafsirkan raut wajah itu.

Aulia bungkam! Tidak tahu jawapan apa yang sesuai untuk dijawab. Aulia hanya mampu mendengar dengan tekun. Dia memandang manusia di sekelilingnya. Mampukah dia untuk menerima Idlan? Dia ingin cuba memberi peluang, tapu hantinya masih kosong. Tiba2, Idlan bangun dari tempat duduk. Dia melangkah menuju ke arah Encik Syam dan Puan Hawa. Aulia memandang kehairanan. Dilihat ibu dan ayahnya sedang berjalan seiringan Idlan menuju ke arah Aulia. Encik Syam dan Puan Hawa mengambil tempat duduk.

"Pakcik, makcik". Ujar Idlan seraya menarik nafas perlahan. Aulia memandang kearah ibu bapanya. Puan Hawa menggenggam erat tangan anak perempuannya seraya melemparkan senyuman manis. Idlan meneruskan bicara.

"Saya tahu selama ni saya bukanlah seorang lelaki yang baik. Saya sedar, saya tak macam yang Aulia harapkan. Tapi, makcik, pakcik, saya ikhlas inginkan Aulia". Idlan berhenti mengumpul kekuatan. Puan Hawa tersenyum mendengar. Dia gembira melihat ada anak muda yang berani meluahkan perasaan dihadapan orang tua.

"Bismillahirrahmanirrahim. Saya Idlan Syahid bin Eddy, ingin melamar Aulia Nuha binti Syam untuk menjadi kekasih didalam hidup saya. Dengan nama Allah yang menciptakan manusia berpasang2, saya berjanji akan menjaga awak seadanya. Menyerahkan segala kasih dan sayang hanya untuk isteri yang saya sanjungi. Menjaga sekeping hati yang suci agar tidak ternoda oleh cinta yang dusta. Saya berjanji akan bersama2 memimpin awak menuju mardhatillah. Saya berani untuk melamar awak sekali lagi kerana saya percaya pada perubahan yang telah saya lakukan. Jadi Aulia Nuha, sudikah awak menerima lamaran saya?". Lancar Idlan mengungkap ayat tersebut. Puan Hawa tersenyum gembira. Encik Syam memandang kearah anak perempuannya. Redup pandangannya.

Aulia terkedu! Idlan melamar dirinya! Kali yang kedua! Apa yang patut dia buat?!

Dia membalas genggaman Puan Hawa. Cuba mengumpul kekuatan. Lemah kaki nya mendengar. Nasib dia sedang duduk, kalau tidak agaknya boleh pengsan di situ
jugak!

"Pakcik, izinkan saya melamar anak pakcik, Aulia Nuha. Saya berjanji, saya akan menjaga Aulia sehingga akhir hayat saya. Saya sedar saya tidaklah sebagus mana. Saya juga pernah melakukan kesilapan masa lalu. Andai itu menjadi penghalang untuk pakcik mengizinkan, saya janji ini merupakan lamaran terakhir saya buat Aulia Nuha". Ucap Idlan bersungguh. Dia mahukan Aulia Nuha. Tapi sekiranya lamaran dia ditolak juga kali ini, dia pasrah!

"Aulia, ayah takkan sesekali menghalang apa2 pun keputusan kamu. Kamu berhak menentukan hidup kamu. Kamu anak ayah. Ayah serahkan segalan2nya kepada kamu. Ingat nak, bila datang satu orang yang kita ketahui ilmunya melamar kamu, janganlah ditolak. Ayah cakap berdasarkan apa yang ayah tahu. Idlan lelaki yang baik. Dia berubah kerana Allah. Ayah nampak perubahan pada dirinya. Bukak hati kamu tu luas2. Cuba memerhati segala yang terjadi. Ayah ni dah tua, ayah hanya nak yang terbaik sebelum ayah pergi. Kamu anak perempuan yang ayah sayang. Setiap hari ayah doa moga kamu jumpa dengan lelaki yang soleh. Yang dapat memimpin kamu bersama2 menuju akhirat. Ayah tau ni semua berkaitan dengan hati dan perasaan. Tapi, tak salah nak, kalau kita cuba bagi hati kita tu ruang untuk memcintai seorang lelaki yang bernama suami. Idlan datang dengan cara yang elok, maka jawapan kamu juga haruslah elok. Ayah takkan izinkan kamu berkawan atau berkenalan dengan mana2 lelaki yang ayah rasa tak sesuai untuk kamu. Ayah nak biarlah suami kamu tu dapat menjaga kamu lebih dari yang ayah buat selama ni. Ayah harap kamu fikirkan lah baik2 cakap ayah ni". Encik Idlan mengakhiri ayatnya lalu mengesat sebutir air mata yang jatuh kepipi tuanya. Sesekali dia terbatuk kecil. Hatinya runtun sekali.

Aulia tertunduk. Dia sebak. Tak pernah sebelum ini, ayahnya meluahkan perasaan sebegini terhadapnya. Dia mengesat air mata yang mengalir dipipinya. Diangkat kepala lalu memandang kearah ayah dan ibunya. Puan Hawa hanya diam seribu bahasa. Dia tersentuh dengan kata2 suaminya. Sebak rasa hatinya saat ini.

Wajah Idlan dipandang sekejap. Dia mula mencongak2 memikirkan ayat yang sesuai diberikan kepada Idlan. Jawapan atas lamaran tersebut. Idlan menunggu dengan sabar. Burung2 yang berkicauan mengganggu tumpuan Aulia untuk berfikir. Sedang Aulia berkira2 untuk menjawab, Idlan terlebih dahulu membuka mulut. Dia tahu Aulia berat untuk membuat keputusan.

"Saya tak nak jawapan sekarang. Awak boleh fikir dulu masak2. Fikir sebaik2nya. Apa sahaja keputusan awak saya terima. Aulia, saya nekad dengan keputusan saya. Kiranya awak masih tak dapat terima saya atas alasan dosa silam saya, saya janji ini adalah kali terakhir saya melamar awak. Dan kali terakhir awak berjumpa saya. Saya tunggu. InsyaAllah saya akan tetap tunggu". Bicaranya lembut. Dia menggosok2 tangannya yang kesejukan. Dihalakan pandangan kearah laut yang membiru.

"S..saya..saya perlu istikharah". Hanya itu yang mampu dijawab oleh Aulia. Dia perlukan masa. Istikharah. Puan Hawa hanya mengangguk bersetuju. Dia hanya mengharapkan yang terbaik untuk anak perempuannya. Dia sentiasa berdoa agar anaknya dikurniakan lelaki yang soleh.

***

"Idlan dari mana tu?" Soal Encik Eddy melihat anaknya yang baru pulang. Dia baru balik dari kenduri kahwin anak kawannya di Petaling Jaya bersama isterinya. Dia melabuhkan punggung di sebelah anaknya.

"Pa, Idlan anak papa kan?" Soal Idlan. Encik Eddy kehairanan. Pelik bila tiba2 ditanya seperti itu. Encik Eddy lantas mengangguk laju.

"Yelah Idlan. Kenapa pulak tanya soalan merepek ni? Ada apa2 yang tak kena ke?" Soal Encik Eddy lagi. Inginkan kepastian. Dia memandang wajah anaknya yang hampir pucat. Terbeliak matanya memandang dinding.

"Pa, Idlan rasa Idlan dah lamar anak orang la!" Sebaris ayat yang terus membuatkan Encik Eddy tergelak besar. Rupanya ini yang membuat anaknya bertanya soalan yang bukan2. Mestilah anak aku! Gentlemen!

"Pa! I'm serious now! Cuba lah jangan gelak! Idlan dah macam nak gugur jantung ni tau. Papa boleh gelak pulak". Idlan memegang dada nya yang sedang berdegup laju. Sekarang baru dia merasakan debar didada. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dia baru lakukan. Idlan menggeleng kepala berkali2.

"Good for you, son! Be gentlemen! Itu yang betul. Papa bangga dengan kamu. So, siapa perempuan tu? Kamu lamar dia kat mana? Papa kenal ke dia?" Soal Encik Eddy bertubi2. Dia membetulkan duduk nya.

"Idlan lamar dia depan mak ayah dia and of course lah Idlan minta izin mak ayah dia. Pa, am I right?" Soal Idlan cemas. Kali ini dia menghadap pandang Encik Eddy. Mencari sinar dalam redup pandangan mata papa nya.

Encik Eddy menggangguk tanda setuju. Tak pernah dilihat anaknya yang kalut sebegini. Kali terakhir anaknya melamar seorang gadis 3 bulan yang lalu, anaknya masih steady lagi. Dia tergelak kecil dengan sikap anaknya itu. Interesting!

"Dia dah bagi jawapan? Mak ayah dia cakap apa?" Soal Encik Eddy. Dia bangga anak lelakinya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Idlan mengeluh. Itulah yang membuatkan dia gusar. Menunggu jawapan yang dia sendiri tidak pasti.

"Belum. Dia minta bagi masa untuk istikharah. So, Idlan bagi jelah. Pa, dia perempuan yang Idlan pernah lamar 3 bulan yang lalu". Ujar Idlan. Terkejut bukan kepalang Encik Eddy mendengar perkhabaran tersebut. Anaknya betul2 mencintai gadis itu. Masakan tidak, dia sanggup untuk melamar lagi sekali. Mesti gadis itu berjaya membuat anak lelakinya berubah.

"Wah! Patutlah anak papa cemas semacam ye? Rilex son! InsyaAllah semua akan ok. Idlan doa banyak2. Moga semua ni dipermudahkan. Papa yakin yang anak papa ni akan diterima". Ujar Encik Eddy meyakinkan Idlan. Idlan hanya mampu tersenyum mendengar kata2 Encik Eddy. Dia cuba berfikir positif.

"So, bila papa boleh jumpa buah hati anak bujang papa ni?" Encik Eddy mengusik. Dilihat anak lelakinya tersenyum lebar menampakkan lesung pipit. Dia mengalihkan pandangan, malu la tu!

"Bila satu masa yang sesuai untuk Idlan kenalkan dengan papa lah! Sekarang ni, jawapan pun Idlan tak tahu, terima ke tak kan. So, papa kena tunggu la". Ujar Idlan sambil tersenyum. Hatinya berbunga. Dia bersyukur kerana diberi kekuatan untuk meluahkan isi hatinya kepada gadis idamannya selama ini. Anugerah cinta yang diberikan oleh Allah kepadanya akan dijaga sebaik mungkin dan hanya diberikan kepada yang selayaknya.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience