Chapter 40

Romance Completed 29068

"Sayang". Ujar Idlan seraya memeluk pinggang Aulia dari belakang. Dia mencium lembut rambut isterinya. Wangi seperti selalu. Aulia tergelak kecil. Matanya tak lepas memandang Wardah Safiyyah yang sedang lena didalam baby coat.

"Hurmm". Aulia menggumam. Dia selesa berada di dalam pelukan suaminya. Idlan mencium bahu Aulia kemudian memandang kearah anak perempuan mereka.

"Comel kan anak kita? Macam sayang!". Ujar Idlan seraya tersenyum lebar. Dia memerhatikan seraut wajah comel itu. Dia kini menjadi ayah.

"Macam abang juga. Hurm, Aulia gembira sangat Wardah dah selamat dilahirkan. Tak terkata perasaan ni". Ujar Aulia lembut. Idlan sudah tersenyum dan mencium lembut rambut Aulia.

"Thanks, my love. Sayang melengkapkan abang". Ujar Idlan penuh ikhlas. Hatinya bahagia kini. Punyai isteri dan juga anak yang comel.

"Abang melengkapkan Aulia juga. Thanks for everything. Aulia sayang abang!". Ucap Aulia tenang. Diramas2 jari jemari suaminya. Idlan tersenyum lebar.

"Cinta itu anugerah Allah. Aulia anugerah Allah untuk abang. And our little princess, anugerah dari Allah untuk kita berdua. Abang janji akan sentiasa mencintai dan menyayangi both of you, and of course yang akan datang nanti. You're only my love! Abang akan jaga keluarga kita. Abang akan didik anak kita menjadi yang terbaik. Terima kasih kerana sudi menerima abang dalam hidup Aulia. Aulia anugerah terindah buat abang. Abang bersyukur dipertemukan dengan isteri secantik dan sebaik Aulia. Abang hanya untuk Aulia miliki. You're mine!". Ujar Idlan tenang. Aulia memusingkan badannya menghadap wajah suaminya. Dipegang kedua2 belah pipi Idlan. Dia lantas menghadiahkan kucupan lembut di dahi dan di pipi suaminya seraya tersenyum manis.

"I'm yours! Aulia cintakan abang for the rest of my life. Aulia janji akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk abang and anak kita. Terima kasih kerana menerima diri Aulia yang serba kekurangan ini. Aulia akan sentiasa di sisi abang. I love you!". Ujar Aulia seraya memeluk erat suaminya. Dia bahagia! Tidak pernah terlintas bahawa hidupnya akan penuh dengan kebahagiaan.
"Abang tak dapat bayang kalau hidup tanpa sayang. You're my precious one. Abang tak sanggup tengok sayang sakit macam tu. Thanks again!". Idlan memperkemaskan pelukannya. Aulia tergelak kecil.

"Only for you, my hubby. Aulia tak kisah". Akhiri Aulia.

Mereka terus lemas dalam cinta yang semakin mekar dan tak berkesudahan. Aulia tercipta buat Idlan dan Idlan tercipta buat Aulia. Terima kasih Allah atas nikmatMu. Aku bersyukur atas karuniaMu. Terima kasih memberikan aku nafas agar dapat aku merasakan nikmat yang kau hadiahkan. Akan ku jaga cinta ini sehingga ke akhirnya!

-TAMAT-

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah! Akhirnya cerita saya siap juga. Terima kasih atas sokongan anda semua. Terima kasih sudi baca cerita saya and vote cerita saya. Thanks again pada adik saya sebab dia yang bagi semangat saya untuk buat cerita ni. I hope uollz terhibur. Syukran semua!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience