Chapter 5

Romance Completed 29055

Harini Aulia bangun lewat lagi. Selepas Subuh tadi, Aulia menyambung tidurnya. Dilayan matanya yang berat minta direhatkan. Mujur lah sekarang ini cuti semester. Kalau tidak, memang kelam kabut la Aulia untuk ke kelas. Petang ni Aulia ada discussion dengan Shaira di library. Aulia bangun mencapai tuala terus menuju bilik air untuk menyegarkan badan. Setelah selesai mandi, Aulia mengambil masa senggang nya utk melakukan solat dhuha dan taubat. Selalunya, kalau Aulia tak busy dengan kelas, Aulia akan memenuhi masa kosongnya dengan mengulang hafalannya. Ibunya selalu berpesan agar tidak melupakan hafalan yang telah dihafaznya. Maka, sebab itulah Aulia akan cuba mencari masa bagi mengisi hari nya dengan makanan rohani.

Knok! Knok!

"Aulia! Dah bangun ke belum?" Jerit Puan Hawa dari luar pintu bilik. Aulia yang sedang menyarung telekung itu menjawab dengan segera. Tersenyum Aulia tatkala teringat akan ibunya. Setiap pagi, Puan Hawa pasti akan mengetuk pintu biliknya untuk mengejut Aulia dari terlewat untuk ke kampus.

"Nanti turun makan ye!". Sambung Puan Hawa.

"Baiklah ibu!". Balas Aulia.

Aulia terus melaksanakan solat sunat dhuha 2 rakaat. Kemudian menyambung kepada solat taubat. Begitu tenang hatinya tatkala melaksanakan solat sunat. Ustaz nya pernah berkata bahawa kalau kita menemui ketenangan dalam solat, maka hati kita sudah dilitupi dengan rahmah Allah. Subhanallah! Begitu besar rahmatMu Ya Rabb!

Sesudah itu, Aulia mencapai al-quran kesayangannya. Lalu Aulia membuka surah Al-Kahfi, bertepatan dengan hari jumaat yang mana digalakkan membaca surah ini. Banyak hikmah membaca surah Al-Kahfi ni, antaranya dapat mengelakkan dari fitnah Al-Masih Ad-Dajjal.

"Alhamdulillah, aku masih diberi nafas untuk meratib ayatMu.." Doa Aulia. Setitis air mata gugur di tubir matanya. Aulia mengesat air mata nya lalu memulakan bacaannya dengan fasih sekali.

***

"Selamat pagi ibu! Wah, sedapnya bau!" Puji Aulia melihat makanan yang terhidang diatas meja. "Ni yang sayang ibu lebih ni!". Suka Aulia melihat makanan kegemarannya dihidangkan diatas meja makan itu. Tersengih Puan Hawa melihat keletah anaknya.

"Mana yang lain, bu?" Tanya Aulia sambil memandang sekeliling rumah. "Apesal senyap je?". Tangannya ligat menceduk nasi goreng kampung kedalam pinggan kaca tersebut.

"Tak ada. Semua dah pergi kerja. Awak tu je yang lambat bangun! Aira awal2 lagi dah ke kampus, ada test katanya. Si Adhwa pulak keluar dengan kawannya, ada recording untuk projek tahunan dia tu lah" Terang Puan Hawa panjang lebar.

"Oohh, yeke.." balas Aulia. Sekadar mengangguk atas penerangan ibunya. Adhwa Naila merupakan anak keempat dalam keluarga. Dia merupakan anak perempuan yang paling lincah dan tak pernah lekat di rumah. Ada saja yang dilakukan dengan kawan2nya diluar. Aulia sendiri tak berjumpa dengan Adhwa semalam disebabkan dia balik lewat manakala Aulia pula sudah tidur. Pagi ini pulak, Aulia lambat bangun dan Adhwa pulak awal2 sudah keluar.

"Ibu, kejap lagi Aulia nak keluar jumpa Shaira. Kitorang ada discussion kat library". Bilang Aulia kepada Puan Hawa.

"Pukul berapa nak keluar tu? Sebab ibu ada kelas mengaji pukul 2 ni". Jawab Puan Hawa.

"Erm, pukul 2.30 petang. Kalau macamtu apa kata Aulia keluar sekali dengan ibu la, senang sikit ibu nak kunci rumah." Jawab Aulia. Puan Hawa hanya mengangguk lalu senyum memandang anak perempuannya.

***

'Uishh,apehal pulak la jammed ni!' Bentak Aulia di dalam hati. Dia sudah terlewat 10 minit gara2 jammed. Shaira berkali2 menelefon Aulia bertanya keberadaannya.

"Aduh!! Tolong la cepat sikit!" Jerit Aulia didalam kereta sambil menghentak2 stereng kereta kesayangannya. Lagu Wanita yang menjadi ringtone henset ASUS nya berbunyi.

"Nuha! Kau kat mana ni? Lama aku tunggu kat library ni. Dah la aku sorang2 pulak tu..". Kedengaran suara Shaira dicorong henset. 'Aduh la Shaira ni, aku dah la tengah bengang ni. Ish!' Terkumat-kamit mulut Aulia membebel.

"Kau cakap apa Nuha? Aku tak dengar la!". Soal Shaira.

"Hah? Tak..tak.. aku cakap kejap la, aku tengah stuck ni. Aduh kau pon, tunggulah sekejap. Nanti aku sampai. Ok lah, battery aku nak mati ni. Kau tunggu je tau! Assalamualaikum!". Terus Aulia mematikan perbualan mereka.

Setelah 15 minit Aulia tersangkut dek traffic, akhirnya jalan kembali lancar. Aulia dapat memecut terus ke Perpustakaan Perbadanan Awam Selangor (PPAS). Sedang asyik Aulia memandu sambil mendengar radio, secara tiba2 Aulia dilanggar dari arah belakang. Terkejut bukan kepalang. Risau akan berlaku kerosakan pada kereta kesayangan miliknya. Maklum saja, kereta kesayangannya ini baru 2 tahun digunakan.

Setelah memberi signal dan memberhentikan kereta di bahu jalan, Aulia dengan segera keluar dari perut kereta untuk memastikan keadaan keretanya. Aulia menuju ke bahagian belakang kereta nya dan apa yang dilihat oleh Aulia amatlah memeranjatkan.

"Oh no!! Kereta aku! Habislah kalau ayah tau ni!". Raung Aulia. Belakang kereta Myvi nya teruk dilanggar. Aulia segera menuju ke kereta yang melanggarnya, lalu mengetuk cermin tingkap pemandu tersebut. Alangkah terkejut nya Aulia apabila cermin tingkap itu diturunkan, wajah yang dikenali itu melemparkan senyuman. Senyuman seolah-olah tidak bersalah!

"Awak?!!" Tuding Aulia.

***

"Awak ni kenapa hah?! Tak boleh ke kalau tak ganggu hidup saya?!" Sergah Aulia kepada pemandu kereta ferrari tersebut, Idlan Syahid. Keadaannya agak tidak terurus. 'Macam orang tak mandi je rupanya'. Omel Aulia.

"Hello miss! Dah masa bila pulak saya kacau hidup awak ni?!" Soal Idlan balik kepada Aulia.

"Cut it cut! Now, saya nak awak bayar ganti rugi! Awak dah langgar kereta saya, jadi saya nak awak bertanggungjawab! Everything!" Marah Aulia. Memang saat ini hatinya sangat marah. Marah kerana perbuatan lelaki dihadapannya. Kenapalah dalam banyak2 manusia kat dunia ni, aku kena bertembung dengan dia ni lagi!!'?

"Kalau saya taknak, awak nak buat apa kat saya?" Usik Idlan. Suka dia melihat Aulia marah. Ya! Entah kenapa dia suka melihat muka Aulia yang merah padam menahan marah. Comel! Harini dia berbaju kurung merah, shawl labuh bunga2, dipadankan dengan kasut tinggi, maybe 4 or 5 inch. Red! Warna kesukaan Idlan Syahid.

"Ya Allah! Sabar jelah aku dengan mamat ni!" Bebel Aulia sendirian. Sudahlah dia tersangkut dalam traffic, sekarang ni, musibah lain pulak datang. Ya Allah, kau kuatkan lah hati aku ini, Ya Rabb!

"Macamnilah encik...."

"Idlan.. Idlan Syahid". Potong Idlan pantas. Dihulurkan tangan tanda salam perkenalan. Namun, ditolak oleh Aulia atas alasan bukan muhrim.

"Maaf, kita ni bukan muhrim. Saya Aulia, Aulia Nuha. Encik Idlan, saya mintak sangat2 kat Encik Idlan sekarang ni, tolonglah bayar ganti rugi kereta saya yang dah jahanam awak langgar ni. Saya takde masa nak lama2 kat sini sebab saya dah lambat nak ke library. Jadi saya harap Encik Idlan boleh bertanggungjawab atas apa yang dah berlaku sekarang ni". Dengan satu nafas Aulia menyebut. Tak sanggup lagi untuk menunggu lebih lama. Dah lah panas terik pulak tu! Digenggam kejap2 tangannya yang mulus. Sekejap menoleh ke kiri, sekejap ke kanan. Berharap moga ada orang yang dapat membantunya.

"Apa yang dah berlaku sekarang ni?" Usik Idlan lagi. Kali ini usikan itu diselang-seli dengan tawa. Memang Idlan sengaja mencipta ruang antara dia dan Aulia supaya boleh menatap wajah comel Aulia yang sedang kemarahan itu.

"Fuhh!" Aulia melepaskan keluhan berat. "Saya cakap elok2 ni Encik Idlan, tolong lah! Jangan main2 boleh tak? Saya dah lambat ni! Tolong la bayar ganti rugi!" Rayu Aulia dengan muka yang hampir ingin menangis. Idlan memandang Aulia dengan rasa bersalah.

"Ok.. ok.. hurm.. baiklah, maafkan saya. Urm, Aulia.. ni kad saya". Lalu mengeluarkan sekeping kad dari dompet nya.

"Macamnilah, apa kata saya hantar Cik Aulia ke library? Yelah, kalau Cik Aulia nak drive pon, I don't think yang kereta Cik Aulia sihat sekarang ni, kan?" Pelawa Idlan. Berharap ada sinar bagi dia meneruskan perbualan ini dengan lebih lama.

"Oh ho, saya tak rasa macam tu. Saya appreciate pelawaan Encik Idlan tu. Tapi, saya rasa biar saya naik teksi jelah. Takpun biar saya call kawan saya tu." Ujar Aulia. Meskipun dia tahu yang Shaira datang pun naik teksi. Tapi bagi Aulia, itu sahaja alasan yang paling munasabah untuk diberikan kepada lelaki sengal depan dia sekarang ni!

"Please miss Aulia. Jangan tolak pelawaan saya ni. Niat saya ikhlas nak tolong. Pasal ganti rugi tu, saya akan bayar dalam masa terdekat dan saya sendiri yang akan pastikan kereta Cik Aulia ni di repair dengan sebaiknya". Balas Idlan.

'Uish! Susah betul aku nak tackle awek sorang ni' monolog Idlan.

'Macamana lagi aku nak tolak ajakan mamat ni! Dah aku taknak, taknak la! Tak faham bahasa betul la mamat ni! Ish!' Bebel Aulia didalam hati.

"So macam mane Cik Aulia? Saya hantarkan ye?" Soal Idlan kembali. "Saya janji kereta Cik Aulia akan selamat dibawah jagaan orang saya. Tinggalkan aje kereta kat sini, saya akan call orang saya untuk tarik kereta Cik Aulia, then saya akan pastikan orang saya repair kereta Cik Aulia. You have my words, Miss Aulia." Tegasnya.

Aulia tiada pilihan lain melainkan setuju dengan cadangan mamat sengal depannya ni. Oh Aulia! Macam mana la boleh kau ikut cadangan mamat ni!' Gerak hati Aulia jerit membantah.

"Okey, but make sure yang kereta saya akan siap cepat ye!" Arah Aulia. Dia tidak dapat membayangkan hari2 nya selepas ni akan berurusan dengan mamat ni, Idlan Syahid!

***

Sepanjang didalam kereta, Idlan tak habis2 senyum memandang kearah Aulia. Naik berdiri bulu roma Aulia bila diperhatikan sebegitu.

'Dah kenapa mamat ni!' Gumam Aulia didalam hati.

"So, you masih belajar lagi?" Soal Idlan memulakan bicara.

'Aish mamat ni! Kalau senyap je, tak boleh ke? Rajin pulak nak berta'aruf kat dalam kereta ni!' Bebel Aulia.

"Hurm..". Jawab Aulia

"Takda kelas ke hari ni?" Soal Idlan lagi.

"Hurm..". Balas Aulia

"Ade discussion ke?" Tanya Idlan kembali.

"Hurm..". Balas Aulia lagi. Sama seperti sebelumnya.

"Awak bisu ke?" Soal Idlan kali ini sambil menahan gelak.

"Hurm... sahut Aulia. "Eh ape??! Awak cakap saya bisu?!" Marah Aulia. Bengang dengan sikap Idlan yang suka membuat loyar buruk!

"Haha.. takdelah, dah semua yang saya tanya awak jawab yang sama, so, saya saja la nak test soalan terakhir tu. Gelak Idlan masih bersisa. Hairan dia dengan Aulia, sungguh dia wanita lain daripada yang lain. Berbeza dari perempuan yang pernah dia kenal sebelum ini. Tak sama macam perempuan2 gedik yang terhegeh2 bila melihat ketampanannya. Aulia pula, macam tiada perasaan apa2 bila melihat ketampanan Idlan. Atau aku ini sebenarnya tidak tampan? Mustahil! Kalau tak, takkan berderet minta keluar dengan aku! Aku ni Idlan la! Bebel Idlan didalam hati.

'Ish, mental agaknya mamat ni!' Gumam Aulia sambil memandang kearah Idlan.

"Okey! Dah sampai". Jelas Idlan seraya tersenyum kearah Aulia. Aulia segera mengucapkan terima kasih kepada Idlan lalu membuka pintu kereta.

"Cik Aulia boleh call saya kalau dah rindu!" Usik Idlan diiringi gelak tawa.

"What?!" Soal Aulia dalam kemarahan. 'Mamat ni memang mereng!'

"Sorry2.. you can call me kalau nak tahu pasal keadaan kereta you, Miss Aulia." Idlan tersenyum memandang Aulia sehingga menampakkan kedua2 lesung pipitnya yang dalam. Senyuman yang tak pernah lekang dari wajahnya. Senyuman yang membuatkan wanita cair melihatnya.

"Okey, thanks again! Assalamualaikum!" Sudahi Aulia lalu pergi meninggalkan Idlan. Malas nak melayan lelaki yang menolongnya tadi. Idlan memerhatikan susuk tubuh itu hingga hilang dari pandangan.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience