Chapter 10

Romance Completed 29055

Aulia Nuha duduk memandang kawasan air pancut disebelah nya. Hatinya lebih suka berbanding nak menghadap lelaki di hadapannya! 'Apalah nasib aku kena keluar dengan mamat mereng ni!' Rungut Aulia. Dia sudah tidak kisah akan sikapnya. Dia betul2 tiada mood untuk senyum atau.. apa2 sajalah!

"Miss Aulia.. you must help me..". Pinta Idlan Syahid bersungguh. Dia mengharapkan gadis dihadapnnya dapat membantu dia menyelesaikan masalah yang membelenggu dirinya.

Aulia memandang hairan. Berkerut dahinya memandang Encik Idlan. "Kenapa saya pulak?" Soal Aulia kembali. 'Apa kena mengena aku dengan hidup dia!' Rungut Aulia.

"Please Aulia, saya mengharapkan awak saja". Bersungguh2 Idlan merayu agar menolongnya. Aulia memandang wajah sayu dihadapannya, lambat2 mengangguk tanda setuju. Aulia tak pernah lihat Idlan sekusut ini. 'Pasti ada sesuatu yang tak kena' pujuk hati Aulia.

***

"Kenapa abang benarkan Aulia keluar dengan lelaki tu?" Soal Puan Hawa kepada suaminya. Sungguh, dia hairan melihat kelakuan suaminya yang mengizinkan anak perempuannya keluar dengan lelaki, berdua!.

"Saya musykil dengan Idlan tu". Hanya itu jawapan yang keluar dari mulut suaminya. Puan Hawa mengekori suaminya ke dapur. Suaminya duduk sambil menuang air kosong ke dalam cawan. Puan Hawa mazih menunggu jawapan lanjut dari suaminya. Kali ini, dia yang musykil dengan suaminya! Setelah lama mendiamkan diri,

"Abang perasan dia ada tattoo". Ujar Encik Syam tenang. Sesekali dia terbatuk langsung mengurut dadanya. Teringat Encik Syam bagaimana dia mengetahui perihal tattoo tersebut. Kalau tidak kerana air yang membasahi tepat di bahu kirinya, dan butang baju yang sengaja dibiarkan tak bercantum, pasti dia tidak nampak jelas lukisan yang terdapat disebalik baju kemeja biru nya itu, mungkin Encik Syam juga tidak mengetahui tentang tatoo tersebut sehingga ke hari ini.

Terkejut bukan kepalang Puan Hawa dengan pernyataan suaminya sebentar tadi. Puan Hawa tak berkerdip memandang suaminya. Lidah kelu untuk berkata-kata. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya beberapa kali. Puan Hawa bersandar di kerusi melepaskan sesak di dada.

"Dah tu, kenapa awak benarkan dia keluar dengan lelaki macam tu? Tak selamat la abang oi! Entah2 dia tu penyangak ke, perogol ke! Tak pun, gangster mana2 entah!" Mengucap panjang Puan Hawa. Sudah beku otaknya untuk memikirkan apa yang bermain di benak fikiran suaminya. Sungguh dia tak tahu. Encik Syam tetap tenang walaupun isterinya sudah seperti hilang kewarasannya.

"Abang yakin dia tak akan apa2 kan Aulia". Sambungnya lagi, "Dia sudah berjanji dengan abang dan abang nampak dari raut wajah nya. Abang pasti ada sesuatu yang mengganggu dirinya sehingga dia perlu untuk mencari tempat untuk meluah".

Encik Syam mengangguk perlahan2 memandang isterinya. "Usahlah awak risau, Hawa.. Aulia pasti selamat!". Dia meyakinkan isterinya yang sedari tadi sepi. Puan Hawa hanya mampu berdoa dalam hati agar anak perempuannya selamat dari kejahatan manusia.

***

"A..apa dia? Cerita lah. Saya tak janji yang saya dapat tolong". Bilang Aulia. Dia memerhatikan Idlan hanya melepaskan keluhan sahaja. 'Nampak betul masalah tu' omel Aulia.

"Saya ni jahat, Aulia". Idlan memulakan bicara. Aulia seperti tidak terkejut dengan ayat yang baru diputarkan melalui mulut Idlan. Aulia memandang kosong. Tiada senyum. Tiada anggukan. "Hidup saya bergelumang dengan dosa. Saya jahat, Aulia!" Rintih Idlan. Aulia masih kaku menanti cerita seterusnya. "Saya berdosa pada ayah dan mak saya. Saya berdosa pada tuhan! Saya mempertikaikan kekuasaanNya!". Kali ini bergenang kelopak mata Idlan. Aulia kaget! Tidak pernah seumur hidupnya melihat seorang lelaki memangis dihadapannya. Aulia cuba memberi komen tapi lidah kelu untuk berkata, akal seakan tepu menyusun bicara.

"Saya dilahirkan cukup kasih sayang! Entah mana silapnya saya terjerumus dengan dosa dan noda. Saya tak pernah rasa bersalah meneguk arak, berfoya-foya di kelab. Tidur dengan perempuan sudah menjadi rutin harian saya. Saya bangga bila perempuan jatuh ke tangan saya. Megah dengan harta yang saya ada sehinggakan saya lupa Tuhan itu lebih berkuasa atas segalanya! Bodohnya saya sebab terlampau ikut hasutan syaitan. Saya biarkan tangan saya menzalimi diri sendiri. Saya seakan hilang pedoman. Perempuan keliling pinggang. Mata ni tak pernah muak dengan perempuan2 yang berpakaian seksi, tak pernah menyesal meragut maruah mereka. Saya seakan lupa azab Tuhan!" Esak Idlan. Lama Idlan menangis. Aulia hanya mampu memandang simpati. Macam mana cara yang sesuai untuk Aulia memulakan bicara, Aulia sendiri tak tahu. Sekejap2 Idlan menutup muka nya, elak dari dilihat Aulia, mungkin. Sekejap2 Idlan terhenjut2 menahan esakan yang semakin menggila. Aulia simpati, terlalu bersimpati. Jadi benarlah yang Encik Idlan memang tidak tahu untuk solat ketika dirumahnya haritu. Aulia rasa bersalah kerana merendah2 kan Encik Idlan masa itu. Lama Idlan berjeda, cuba meredakan esakan tangisnya.

"Mak saya meninggal 5 tahun yang lalu. Accident dilanggar lori. Disebabkan satu kesilapan papa saya! Semenjak dari tu, saya benci papa and saya tak percaya Tuhan itu ada untuk saya!" Panjang Idlan bercerita. Aulia terkejut dengan penjelasan Encik Idlan. Sampai begitu sekali emosi nya bertukar waktu itu. Aulia tertanya2 kesilapan apa yang Encik Idlan maksudkan.
Encik Idlan memandang redup wajah Aulia, cuba mencari ketenangan disebalik redupan matanya.

"Boleh Aulia tahu, kesilapan apa yang ayah Encik Idlan lakukan? Sampai Encik Idlan sanggup tak percayakan Tuhan?" Tanya Aulia berhati2. Risau kalau2 ada soalan nya yang tak berkenan dihati Encik Idlan. Idlan mengeluh berat. Dia tahu tak sepatutnya dia menyimpan dendam terhadap papa nya. Tapi..

"Papa saya yang menyebabkan kematian mak saya waktu tu!" Sambung Idlan sekali nafas. Memori lama terbit kembali dalam kotak fikirannya. Seboleh2 dia cuba untuk melupuskan memori pahit itu dari ingatannya. Sungguh, dia tak kuat! Air mata kembali menitis di pipi. Hatinya bagai disiat2 dengan kejadian yang telah terpatri kuat diingatannya. Idlan menggenggam tangannya, kuat! Cuba menahan rasa sakit yang menjelma saat ini. Aulia cuba untuk memahami penderitaan Idlan selama ini. Hilang kelelakian Idlan buat seketika dek air mata yang mengalir deras di pipinya. Aulia turut sebak melihat keadaan Idlan. Pasti sakit luka yang terpalit dalam hidupnya. Idlan teresak2 menangis. Hari ini, dia tewas! Tewas dengan memori pahit itu. Idlan sendiri tak menyangka dia akan mengalirkan air mata dihadapan seorang wanita yang sangat dihormatinya selama ini. Idlan cuba mengumpul kekuatan untuk meneruskan bicara..

"Papa kahwin baru dengan janda. Saya kecewa! Apatahlagi mak. Mak cukup mencintai papa.. mak beri segala2 nya untuk papa. Mak bagaikan orang histeria pada malam kejadian. Saya pulak cuba untuk kuat demi mak. Saya minta papa explain apa yang berlaku. Tapi, papa memilih untuk mendiamkan diri. Saya sakit hati tengok papa berdiam diri. Saya cuba membetulkan keadaan, tapi semuanya dah terlambat! Mak sanggup kejar kereta papa yang semakin laju. Saya cuba kejar mak, cuba halang mak tapi mak tak dapat diselamatkan. Mak dilanggar lori. Sejak dari itu, saya menyalahkan papa atas apa yang berlaku! Saya sentiasa menangis memikirkan kenapa saya yang ditimpa ujian? Saya mempersoalkan dimana Tuhan ketika saya memerlukan?". Luah Idlan tenang. Aulia yang sedari tadi menjadi pendengar setia, mengangguk perlahan2 pada setiap cerita Idlan.

"Sejak dari itu, saya mula mencari keseronakan dunia. Saya bermula dengan melanggan perempuan untuk memuaskan nafsu saya. Setiap malam, saya akan bertukar2 perempuan. Tak pernah serik! Bagi saya, tidur dengan perempuan adalah perkara terbaik untuk saya lupakan apa yang dah jadi. Saya mula belajar minum arak sehingga saya jadi peminum tegar! Teguk arak seperti minum air kosong. Saya ada semua yang saya nak masa tu. Saya lupa dosa dan pahala". Jelas Idlan lagi.

"Encik Idlan..." Lama Aulia bejeda sebelum menyambung bicara. "Tuhan timpakan ujian kerana dia sayang kepada hambanya. Sekadar secubit ujian manakan sama dengan kasih Allah yang melimpah ruah untuk hambanya. Allah itu tidak kejam. Kalau lah Allah itu kejam, mana mungkin kita dapat bernafas di bumi tuhan ni. Saya tak pandai nak menasihati orang, cuma apa yang boleh saya cakap, bertaubatlah Encik.. kita hidup cuma sementara" nasihat Aulia tenang. Dia pasti Encik Idlan dapat memahami setiap patah perkataan yang dituturkan.

"Saya berdosa! Saya jijik! Saya berzina! Mana mungkin Tuhan ampunkan saya yang berdosa ni!" Lirih Idlan sayu. Aulia memandang Idlan lama dan tersenyum.

"Allah amat mencintai orang yang selalu bertaubat dan selalu menyucikan diri. Ni bukan saya yang cakap ye, tapi al-quran ada sebut. Maksudnya, Allah sendiri yang bilang. Dia amat mencintai orang yang selalu bertaubat. Usah Encik pertikaikan dosa yang dilakukan. Itu kerja Tuhan untuk menilai. Kita sepatutnya terus memandang ke hadapan. Fikir akan berapa banyak taubat yang kita mampu lakukan. Encik Idlan, Allah tu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. InsyaAllah, rahmat Allah itu luas". Panjang Aulia memberi nasihat. Dia berharap yang Encik Idlan dapat berubah menjadi muslim sejati.

Idlan memandang Aulia dengan penuh rasa ta'ajub. "Macam mana awak begitu tenang sekali? Saya seperti nampak seorang bidadari. Awak tak pernah ditimpa masalah ke? Awak tak sisihkan saya seperti yang saya anggap. Awak tak jijik dengan saya? Awak sanggup mendengar cerita saya. Awak sanggup membantu saya. Awak miracle, Aulia!" Ucap Idlan.

Aulia tergelak kecil. Geli hati dengan ayat Encik Idlan. "Awak gelak? Saya cakap betul ni! Saya tak sangka ada perempuan yang sanggup membantu saya mencari jalan pulang. Saya yang kotor ni.." leret Idlan dalam bicara. Aulia memandang Idlan. Tajam!

"Awak tak kotor pun, Encik Idlan. Biasalah manusia selalu melakukan kesilapan tak kira besar atau kecil, tapi tak bermaksud bila dia buat dosa besar, maka dia kotor.. bila buat dosa kecil, maka dia tak berapa nak kotor. Semua orang buat silap, Encik Idlan. Manusia tak sempurna". Komen Aulia. "Yang penting, sentiasa ada perubahan".

Aulia! Wanita terhebat pernah hadir dalam hidup aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience