Chapter 30

Romance Completed 29068

Esok merupakan hari penting buat Aulia. Hari dimana dia akan disatukan dengan Idlan Syahid. Aulia gementar! Hatinya berdegup laju. Saat ini, segala apa yang dilakukan serba tak kena. Dari pagi tadi dia cuba berlagak tenang. Hatinya yang berdegup laju cuba disembunyikan dengan sebuah senyuman.

Aulia menyibukkan dirinya dengan menata rias bilik dengan dibantu Aira dan Adhwa yang sedang sibuk memasang langsir. Tema bilik, cadar, perhiasan, semua dipilih oleh Aira dan Adhwa. Aulia hanya mengikut sahaja idea adik2nya. Ain dan Auni pula sedang sibuk didapur memotong bahan2 untuk memasak. Ramai saudara mara dan jiran yang datang membantu menyediakan makanan. Encik Syam dan Puan Hawa lah antara orang yang paling sibuk sekali. Banyak yang perlu diperhatikan dan dilakukan supaya semuanya teratur. Khemah sudah dipasang sejak semalam, begitu juga pelamin.

Pagi tadi, ibu saudaranya datang memberikan tepak bunga telur untuk diletakkan dipelamin. Aulia hanya memilih pelamin yang ringkas untuk majlisnya. Lagipun, bukan untuk bersanding, hanya untuk bergambar sesama keluarga sahaja. Pelamin yang dihias berlatarkan warna putih salji hasil kerja tangan kawannya yang mempunyai butik pengantin. Aulia yang ingin membantu di bahagian dapur, awal2 sudah dihalau oleh saudara mara. Katanya, pengantin perlu banyak rehat sebab perlukan banyak tenaga ketika majlis. Aulia hanya menurut sahaja. Sudahnya, dibilik sahajalah tempat dia, membantu adik2nya menghias biliknya.

"Kak, ok tak langsir ni?". Soal Aira sambil membetulkan lipatan langsir tersebut. Aulia mengangguk lalu mengisyaratkan tanda ok. Aira terus mengambil cadar yang baru dibeli didalam plastik lalu mula membentang diatas katil. Aulia hanya memandang sepi. Dia lantas melabuhkan punggung disebelah hantarannya. Memerhati dari satu dulang ke satu dulang. Dia seakan tidak percaya bahawa esok dia akan berkahwin dengan Idlan.

"Betul ke aku ni?". Soal Aulia sendiri sambil tangannya membetulkan bunga yang terdapat di dulang hantarannya. Aulia memejam matanya rapat cuba membuang resah yang bersarang dihati. Aulia takut ingin memulakan hidup baru. Dapatkah dia menjadi isteri yang memahami seorang suami? Dapatkah dia menjadi seperti yang diinginkan oleh Idlan? Aulia mengeluh.

"Kak, kenapa tu? Rilex! Jangan stres2 ni. Istighfar banyak2". Pesan Adhwa sambil menyapu lantai. Aulia hanya tersenyum kelat. Walau macam mana dia cuba untuk senyum, debar nya tetap tidak mahu pergi. Aulia bangun dan menyusun alat2 solek diatas meja solek nya. Perlahan2 tangannya membetulkan alat2 solek yang bertaburan. Fikirannya melayang. Aulia khayal dalam dunianya.

"Kak! Ok tak ni? Dari tadi senyap je. Risau kitorang!". Tegur Adhwa sambil memandang Aulia.

"Betul tu! Risau kitorang tengok akak. Apa yang akak fikirkan? Kongsi la". Ucap Aira cuba menenangkan gusar dihati kakaknya. Aulia menghela nafas berat. Dia tersenyum memandang Aira dan Adhwa. Dia terus bersandar di dinding.

"Takut. Nervous ". Ucap Aulia sugul. Dia terus mengalirkan air mata. Aulia sendiri tidak tahu mengapa air mata nya mengalir. Air mata sedih? Air mata gembira? Dia tiada jawapan. Dia menyeka air matanya dengan belakang tangannya. Aulia memang sedang takut saat ini.

"Laa, akak janganlah nangis. Semua pasti akan berjalan lancar. Akak cuba think positive. InsyaAllah semua ok. Dah la, tak nak la nangis". Seraya mengelap air mata yang jatuh ke pipi Aulia. Mereka lantas memeluk kakaknya cuba memberi semangat. Aulia memeluk adik2 nya erat. Teresak2 Aulia menangis dipelukan Aira dan Adhwa. Mereka sedaya upaya cuba menenangkan Aulia. Gelabah mereka melihat kakaknya yang tiba2 'hujan'.

Tut! Tut!

"Kak, henset akak tu, pergilah angkat". Arah Aira lalu meleraikan pelukan. Aulia menghembus nafas perlahan dan bergerak ke katil, mengambil hensetnya.

"Assalamualaikum, Aulia".

Tenang suara Idlan dihujung talian.

"Waalaikumussalam, ye Encik Idlan. Kenapa call saya ni?".

Aulia bertanya kehairanan.

"Are you ok? Suara awak.. macam baru lepas nangis".

Ucap Idlan dihujung talian. Aulia memejam mata rapat. Sedaya upaya menahan air mata keluar dari kelopak matanya. Dia menekup mulutnya menahan sebak di dada.

"Er, saya ok je. Er, ah, cuma selsema. Urm, ada apa2 yang penting ke?".

Ujar Aulia menyembunyikan perasaan. Idlan cuba berprasangka baik. Dia tergelak kecil.

"Oh yeke. Makan ubat, cepat baik".

Idlan mengulangi ayat sama yang pernah Aulia katakan kepadanya ketika demam dulu. Aulia tergelak kecil.

"Ni saya nak bagitahu, esok kami akan sampai selepas solat jumaat. Dalam pukul 3. Idlan call ayah Aulia tadi tapi tak angkat pula".

Sambung Idlan. Dia juga memberitahu Aulia, cuma ahli keluarga yang terdekat yang akan ikut ke majlis akad nikah nanti. Aulia hanya menggangguk.

"Baiklah, nanti Aulia bagitahu ayah. Erm, kalau takde apa2 lagi, Aulia nak letak phone. Ada banyak kerja nak buat".

Aulia cuba mengelak. Idlan dihujung talian pula cuba berkompromi.

"Yelah, Idlan pun ada kerja nak buat ni. Jumpa esok ye. Assalamualaikum!".

Ucap Idlan lalu mematikan talian. Aulia menjawab didalam hati. Dia terus meletakkan hensetnya di tepi katil. Aira dan Adhwa sudah lama keluar dari bilik. Dia memandang ruang biliknya. Perlahan2 dia mengambil dulang hantaran dan disusun diatas katil. Aulia berlalu ke bilik air untuk menyegarkan badan dan selepas itu menunaikan solat asar.

Lama dia berendam didalam bilik air. Aulia cuba mengumpul kekuatan yang hilang entah kemana. Setelah dirasakan selesa, Aulia terus keluar dari bilik air dan bersiap2. Dia mencapai telekung yang tergantung lalu disarungkan di kepala. Aulia membentang sejadah dan mula untuk berjumpa Tuhan. Diakhir solatnya, Aulia menadah tangan memohon doa dari Ilahi. Dia memohon agar majlis yang berlangsung, berjalan lancar. Aulia berdoa moga hati nya dikuatkan dan diberi petunjuk. Moga Aulia kuat menempuhi ujian yang mendatang. Tidak lupa juga supaya hatinya merasa tenteram bersama dengan suami pilihannya.

Aulia melipat kembali telekung. Dia memandang jam di dinding, 6.10 petang. Aulia terus memakai tudung dan keluar dari bilik. Cuba mencari sesuatu pekerjaan yang dapat membuatkannya tenang. Di dapur, kelihatan Aira dan Adhwa sedang berborak rancak dengan saudara2 dari belah ibu. Mereka sedang memotong sayur2. Aulia pantas mengambil tempat di sebelah maklong nya.

"Maklong! Nak tolong, boleh?". Pinta Aulia. Dia memandang wajah tua maklong nya lalu tersenyum manis. Belum sempat maklong menjawab, sudah ada suara2 yang menegah Aulia. Riuh dapur itu dengan suara2 yang sedang membebel.

"Ok2, Aulia duduk aje. Hurm, tapi bosan la takde buat apa2". Ngadu Aulia kepada saudara2 nya. Mereka sudah tergelak besar. Katanya, mereka sudah mendapat arahan dari mem besar, siapa lagi kalau bukan ibu tercinta. Aulia pula hanya menurut saja lah. Dia duduk berborak dengan maklong memandangkan maklong tidak melakukan sebarang kerja. Sesekali riuh suara mereka mengusik Aulia yang sudah menahan malu.

"Hensem ke tidak bakal suami awak tu? Ada macam muka Aaron Aziz tak?". Soal Makcu Farah. Aulia hanya tersengih sementara Aira pula sudah menambahkan perisa dalam usikan mereka.

"Makcu, lebih hensem dari Aaron tu! Bakal suami kak Aulia tu dah la hensem, macho, sado pulak tu! Cair tengok tau! Jangan pengsan esok, sudahlah". Terus riuh dapur itu dengan gelak tawa mereka. Aulia sudah menjeling geram kepada Aira. Mahu dibelasah adiknya tu. Tak tahu nak cover line betul! 'Sabar jelah'. Gumam Aulia.

"Sado? Alahai, ni yang lemah ni. Makcu tak boleh kalau sado2 ni, tangkap lentok! Sedap peluk tu, Aulia oi!". Apa lagi, meledak la ketawa mereka semua. Maklong pula sudah tersenyum2 memandang Aulia. Aulia rasa nak lari saja. Memang kalau nak kahwin, usik mengusik seperti ini perlu ye? Aulia mengetap bibir. Dia rasa macam orang kerdil di dapur itu. Nak tak nak, dia terpaksa lah buat rilex saja. Kalau tak, mahu bertambah usikan mereka.

"Aulia pergi tengok ibu kat depan ye". Ucap Aulia dan berkira2 mahu bangun dari tempat duduknya. Sempat lagi makcu nya menyampuk,

"Nak lari la tu! Hehe.. makcu gurau ye. Jangan ambil hati. Tapi makcu cakap betul tadi!". Ucap Makcu Farah tersengih2. Aulia pula hanya mampu tersenyum manis. Dia lantas beredar dan ke ruang tamu untuk mencari ibunya. Puas dia toleh ke kiri, ke kanan, kelibat Puan Hawa masih tidak kelihatan. Aulia terus melangkah ke halaman rumah. Dari jauh sudah kelihatan susuk tubuh Encik Syam sedang duduk didalam khemah. Aulia pantas mendekati ayahnya.

"Ayah, nampak ibu? Aulia cari dekat dalam takde pun". Tanya Aulia sambil memanjangkan leher mencari2 didalam khemah.

"Ibu kamu ada kat rumah Cik Salmah. Dia nak ambil apa entah tadi, ayah lupa. Kenapa?". Soal Encik Syam memandang hairan. Aulia tersenyum manis seraya menggeleng.

"Takde apa2 pun. Saja cari ibu. Bosan duduk kat dalam takde buat apa2. Aulia nak tolong kat dapur, diorang semua tak bagi. Oh ye, tadi Idlan ada bagitau esok dia and family akan datang lepas jumaat, dalam pukul 3 macamtu. Dia datang dengan ahli keluarga terdekat je". Terang Aulia. Encik Syam kelihatan mengangguk faham dengan penjelasan dari anaknya.

"Yelah, nanti ayah cakap dengan imam. Apa tu, tadi ayah dah suruh budak2 bawa kotak2 yang isi door gift tu ke depan. Senang la nanti nak keluarkan". Encik Syam terus menunjukkan Aulia yempat letaknya kotak tersebut. Aulia mengisyaratkan tanda ok kepada ayahnya.

"Ha, tu ibu kamu. Pergilah". Ujar Encik Syam sambil memuncungkan mulut kearah isterinya. Puan Hawa sedang menjinjit beg plastik yang berisi makanan kering yang dibelikan oleh anak lelaki Cik Salmah. Aulia berlari anak menuju kearah ibunya.

"Bu, banyak nya. Barang apa ni?". Soal Aulia sambil mengambil beg plastik yang dipegang oleh ibunya. Puan Hawa mengeluh penat.

"Tulah, ada barang tak cukup tadi, tu yang minta tolong anak Cik Salmah belikan tu". Jelas Puan Hawa kepenatan. Aulia hanya mengikut langkah ibunya kedalam khemah memasak. Sempat juga jiran2 Aulia beramah mesra dengan Aulia. Soalan apa lagi yang famous saat ini kalau bukan berkaitan bakal suaminya. Aulia sudah penat nak menjawab, tapi terpaksa jugalah dia menjawab. Takut nanti dikata sombong pula kalau tak layan.

"Kamu buat apa lagi kat sini? Dah, pergi masuk. Tak payah buat apa2. Ni nanti lecak2 semua. Dah2 pergi masuk". Puan Hawa sudah menghalau anak perempuanny masuk kedalam rumah. Walau macam mana cara pun Aulia memujuk untuk menolong, tidak diendahkan oleh ibunya. Akhirnya, Aulia masuk kedalam rumah kembali, pasrah!

Aulia duduk diruang tamu seorang diri. Dia memandang sekeliling, memikirkan apa yang patut dilakukan. Kanak2 sibuk bermain sesama mereka. Sesekali mereka bermain dikawasan pelamin. Aulia hanya memerhati sahaja. Bimbang juga kalau apa2 jadi. Aulia mencapai hensetnya. Dia lantas mendail nombot Shaira.

Tut! Tut!

"Assalamualaikum, Nuha! Aku masih on the road ni. Aku tak pasti pukul berapa sampai. Mybe malam kot. Kau buat apa ni? Dah ramai ke? Kau dah berinai ke? Jangan lagi tau. Tunggu aku! Kau dah hias bilik ke? Sorry, aku lambat".

Shaira terus me'nembak' Aulia dengan berdas2 soalan sampai tak menyempat Aulia nak menjawab salam.

"Oit! Sabar la Shaira. Satu2 tanya. Sampai tak menyempat aku nak jawab salam kau tau!"

Bebel Aulia. Dia tersenyum mengenangkan kawannya yang seorang ini. Macam wartawan tak berbayar. Pot pet aja mulutnya.

"Ala Nuha. Kau pun tau kan aku merupakan orang penting dalam majlis tu. Kalau aku takde, susah kau nanti. Hehe.. so, kau tengah buat apa ni?"

Aulia mencebik. Orang penting lah sangat. Tapi batang hidung masih tak nampak2. Aulia ketawa geli hati.

"Babe, aku tengah kebosanan tahap dewa ni. Aku ingat kau dah nak sampai. Semua orang tak bagi aku buat kerja. Bosan sangat dah aku ni. Macam orang tak betul je duk kehulu kehilir."

Aulia mengadu kepada kawannya. Shaira sudah tergelak besar. Dia tidak sangka, kawannya ini dilayan bagaikan puteri raja.

"Nuha, kau tu pengantin. Duduk aja. Tak payah sibuk hal orang tua. Hehe.. mesti kau bosan kan. Kesian kawan aku ni. Hurm, nak buat macam mana, abang aku ni lah! Lambat betul bawak kereta. Padahal kitorang bertolak awal dah. Dia ni macam kura2 je".

Bebel Shaira. Terdengar suara abangnya yang menjerit geram. Aulia tersenyum. Memang dia bosan. Kalau ada Shaira, tentu dia ada kawan untuk berborak. Sekarang ini, dia hanya ada dinding aja untuk diajak borak.

"Hehe.. takpe la kalau macamtu. Jangan fikir sangat. Bawak hati2. Aku tunggu je kau kat sini. Nanti kalau dah sampai, call aku tau! Erm, ok lah. Nak maghrib dah. Aku nak siap2 solat ni. Apa2 call aku! Ingat tu!"

Aulia berpesan kepada Shaira. Kawannya ini kena selalu diingatkan, kalau tidak memang pelupa la jawabnya. Shaira menggangguk faham. Mereka pun memutuskan talian. Aulia bingkas bgun menuju ke bilik tidur untuk menunaikan solat maghrib.

***

Di sebelah malamnya, diadakan malam berinai. Bukanlah macam artis2 punya majlis berinai, cuma majlis yang sederhana saja. Hanya duduk beramai2 diruang tamu, dan mula memakai inai daun yang ditumbuk. Hasil air tangan maklong. Aulia diinaikan dahulu barulah yang lain2 menyusul. Riuh rendah rumah dengan gelak tawa. Majoritinya kaum wanita dan kanak2 lah yang memakai inai. Tetapi, untuk majlis ini, pakcik2 Aulia sanggup join the group! Itu yang menghangatkan lagi malam berinai Aulia. Shaira yang baru sampai juga meramaikan majlis berinai ini. Dia lah yang rajin memakaikan inai ke jari Aulia. Semuanya dia buat sendiri. Katanya, Aulia akan jadi milik orang, jadi dia nak bermanja2 lebih dengan kawannya itu. Aulia hanya menurut sahaja kehendak Shaira. Lama juga lah mereka memakai inai. Sampai tersengguk2 Aulia dibuatnya.

"Shaira, aku nak pergi toilet la pulak". Ujar Aulia dengan muka yang berkerut. Shaira sudah ternganga. Sudahlah dia memakaikan inai kesemua jari tangan dan jari kaki Aulia.

"Laa, kau biar betul?! Aku dah pakai semua dah ni. Takkan nak buka pulak? Kau tahan jelah ek?". Rungut Shaira. Dia sudah memandang Aulia dengan wajah yang penuh pengharapan. 'Aulia ni pun satu, tadi taknak buang dulu. Kan dah susah!'. Bebel Shaira. Dia memandang Aulia yang sudah pucat.

"Boleh tak ni? Ala leceh la kau ni Nuha". Shaira membebel lagi. Aulia pula sudah tersenyum kelat.

"Aku try la. Kira kalau tak boleh, kau kena basuh la". Terus gelak tawa Aulia. Bulat mata Shaira mendengarnya.

"Oh tak pasal2 pulak aku kena basuh. Kira kawan kan, takpela. Semua sanggup ku lakukan!". Ujar Shaira sambil tergelak kecil. Aulia terus membetulkan duduknya. Lenguh pinggangnya dari tadi tak ubah kedudukan duduk.

"Shaira, cuba kau letak bantal belakang pinggang aku ni. Naik kejung pinggang ni. Lama lagi ke?". Soal Aulia. Dia sudah mula membuat muka sedih nya meminta simpati. Shaira terus menggeleng laju sambil meletakkan bantal dibelakang badan Aulia.

"Eh makcik! Baru siap pakai, takkan nak buka dah? Merepek je kau ni. Dah la, kau duduk elok2. Aku nak pergi makan! Nanti aku datang balik". Ucap Shaira lalu bingkas bangun meninggalkan Aulia. Dia sempat lagi melayangkan flying kiss kepada kawannya itu. Aulia mencebik.

Aulia mengerling jam, 10.05 malam. Matanya sudah semakin berat. Dia mesti berjaga kerana inai yang dipakai masih belum kering. Aulia memandang sekeliling ruang tamu. Kosong! Hanya dia sahaja yang tinggal. Saudara maranya sedang berborak diluar sambil menyudahkan memasak. Sesekali, anak2 buah Aulia keluar masuk kedalam rumah. Nak diajak borak, masih kecil. Akhirnya, Aulia membuatkan keputusan untuk menonton tv yang sengaja dibuka oleh Shaira untuk menghilangkan bosannya. Makin lama, matanya makin berat dan akhirnya Aulia tertidur.

Shaira pula sedang menjamu selera diluar bersama Puan Hawa. Mereka berborak rancak langsung tidak menghiraukan Aulia didalam rumah. Sesekali datang saudara mara Aulia beramah mesra dengan Shaira. Memandangkan mulut kawannya seorang ini memang teramatlah peramah, maka tidak hairanlah dia boleh 'ngam' dengan saudara mara Aulia.

"Makcik, saya masuk dalam la, nak tengok anak makcik tu. Jadi apa la agaknya. Dah la sorang2 pulak tu". Ujar Shaira sambil mentertawakan Aulia. Memang tak baik betul! Puan Hawa sudah tersengih. Dia lantas mengangguk setuju. Shaira bingkas bangun dan mengorak langkah menuju kedalam rumah. Dari jauh dia sudah melihat Aulia yang terlena di sofa tersebut. Shaira hanya mampu menggeleng. Dikejut kawan baik nya itu perlahan2.

"Nuha, bangun lah! Jangan la tidur lagi. Inai kau tu tak kering lagi. Nuha! Ish budak ni, tidur mati ke? Nuhaa!!". Jerit Shaira berdekatan telinga Aulia. Membulat mata Aulia terkejut dengan suara Shaira.

"Kau kenapa jerit2? Aku ngantuk la". Ujar Aulia dalam keadaan mamai. Shaira sudah bercekak pinggang memandang Aulia yang sudah melelapkan mata kembali.

"Oit makcik! Inai kau tu tak kering lagi! Dah, aku kata bgun!!". Jerit Shaira seraya menggoncang tubuh Aulia berkali2. Aulia berdecit geram dengan kawannya. Dia lantas menjegilkan matanya memandang Shaira.

"Hah! Puas hati cik kak? Aku bangun la ni. Ish, nak lelap kejap pun tak boleh". Rungut Aulia sambil menjeling memandang kawannya. Shaira buat2 tak bersalah. Dia hanya tergelak kecil lantas mencapai remote tv. Dibuka siaran yang memaparkan rancangan yang menarik. Mereka sama2 leka menonton tv. Hilang ngantuk Aulia manakala Shaira pula yang ingin melelapkan mata.

"Oit cik kak! Jangan tidur! Tadi paksa aku bangun kan! Kau pun sama!". Ujar Aulia seraya menyiku lengan kawannya. Shaira cepat2 membuka matanya luas2.

"Hah! Mana ada aku tidur. Ni ha besar mata aku ni! Eleh kau ni pun. Tengok jelah tv tu tak payah kacau aku!". Shaira sudah memuncungkan mulut. 'Mula la tu gedik nya'. Gumam Aulia. Dia tergelak melihat karenah kawannya itu.

"Shaira, aku nak kahwin ni, kau takde nak bagi kata2 semangat ke?". Ucap Aulia dengan suara yang semakin perlahan. Suasana bertukar muram. Rancangan di tv sudah tidak menjadi tumpuan mereka lagi. Shaira menoleh memandang Aulia yang sudah melentokkan kepala di bahunya. Dengan nada yang seperti itu, Shaira pasti kawannya itu sedang bermasalah.

"Kenapa ni Nuha? Kau ada masalah lagi ke?". Soal Shaira kerisauan. Dia cuba mengambil berat akan masalah Aulia. Aulia memejam mata rapat. Dihela the yang berat. Setitis air mata jatuh mengalir. Aulia terus menundukkan wajahnya.

"Laa, kenapa ni nangis? Tak nak la nangis2, dah tak cantik dah". Ujar Shaira seraya mengelap air mata di pipi kawannya. Dia cuba menenangkan Aulia yang sedang bersedih. Shaira bungkam. Aulia sendiri yang menerima Idlan sebagai teman hidup, jadi kenapa mesti ada air mata?

"Aku pun tak tahu la kenapa dengan aku. Sekejap aku macam terima dia. Sekejap aku macam taknak dia. Shaira, macam mana kalau tiba2 lepas kahwin, aku jadi tak suka dia?". Ucap Aulia sambil memandang Shaira. Kawannya itu terus mengerutkan wajah.

"Apa kau cakap ni, Nuha?! Sudah lah, jangan fikir yang bukan2. Kau ni tengah sedih, tu yang cakap macam2 tu. Ini semua mainan syaitan. Kau kena kuat! Mana kawan aku yang dulu tu? Yang selalu happy, kuat. Aku taknak kau fikir bukan2. Semua ni ada ditetapkan oleh Allah. Benda ni Allah dah aturkan. Kau cuma kena ikut flow aja. Serah pada Allah. Dia yang berkuasa. Kalau kau tak percaya dengan jodoh kau, kau tak percaya la dengan ketentuan Tuhan. Nuha, aku sayang kau. Aku nak kau happy forever. Idlan tu baik. Percayalah. Kau kena yakin dengan hati kau. Biar Allah yang tentukan. Kau cuma perlu ikut, tu je. Jodoh kau dah pun tertulis di luh mahfuz, dengan Idlan. Terima dengan redha". Nasihat Shaira panjang lebar. Aulia hanya diam tak berkutik. Sesekali dia menyeka air mata yang mengalir dengan belakang tangannya.

"Aku tau kau akan kuat and aku percaya kau boleh! Lupakan Idlan yang dulu sebab kau sekarang bersama Idlan yang sekarang". Sambung Shaira lagi. Dia tahu, jauh didasar hati Aulia dia masih dihantui dengan diri Idlan yang dulu. Shaira sangat mengerti perasaan kawannya.

"Walau macam mana sekali pun, Idlan Syahid sekarang ni adalah Idlan Syahid yang sudah berubah. Jangan kau biarkan nafsu menguasai akal yang waras". Pesan Shaira tegas. Dia memandang wajah kawannya dalam2. Dia pasti Aulia memahami apa2 yang dinasihatkannya. Aulia mengangguk lemah. Dia perlu buang segala mainan syaitan yang bersarang didalam hatinya.

"Thanks Shaira!". Sepatah Aulia menjawab dibalas dengan senyuman manis kawannya itu. Aulia menghela nafas dan dihembus perlahan2. Shaira mengelus lembut lengan Aulia, cuba mengalirkan arus kekuatan untuk kawannya. Shaira terseyum kelat.

"Dah la, tidur jom. Dah pukul berapa dah ni. Esok kau kena bangun awal. Inai kau pun dah kering ni. Erm, aku nak tidur mana?". Soal Shaira dengan wajah yang sengaja dicebikkan. Aulia tergelak. Dia memandang inai dijari.

"Tidur dengan aku lah! Kalau dah berinai macam ni, memang taklah aku nak tidur atas katil. Kita bentang toto kat lantai je. Paling kurang, senang aku nak wrestling kau!". Cadang Aulia diiringi gelak tawa. Shaira pula sudah menjegilkan matanya kearah Aulia.

"Kau pun keding, ada hati nak wrestling aku! Dah la, pergi lah naik dulu. Aku nak bagitau mak kau dulu. Takdelah dia tercari2 pulak". Ujar Shaira lalu bgun menuju ke luar rumah. Aulia pula sudah mendaki anak tangga menuju ke bilik tidur. Terhinjut2 Aulia berjalan nak mengelakkan inai yang dipakai terkena lantai rumah.

Malam ini, Aulia tidur nyenyak. Hatinya tenang setelah di 'brainwash' oleh kawannya. Esok dia perlu bangun awal untuk memulakan hari baru. Dia bakal bergelar isteri Idlan Syahid. Itulah realiti kehidupan Aulia Nuha.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience