Chapter 15

Romance Completed 29068

Pagi ni Aulia bangun awal. Seperti yang dirancangkan semalam, Aulia akan menghantar Aira ke terminal bas. Dia bersiap2 di depan cermin, meneliti dirinya. Baju blouse putih bercorak abstrak dipadankan dengan kain kembang berwarna ungu violet. Instant shawl yang dililit di kepala disusun kemas. Aulia bersiap ala kadar. Dia menyemburkan perfume jenama butterfly di pergelangan tangan, agar bau tahan lebih lama. Setelah berpuas hati dengan penampilan diri, Aulia mencapai dompet dan henset yang terletak diatas katil lalu keluar dari bilik tidurnya. Dia menuju ke kamar tidur Aira. Diketuk pintu bilik dan memanggil Aira segera siap. Aira berlalu menuju ke dapur untuk mencari makanan untuk alas perut. Aulia mencapai roti jagung yang berada diatas meja makan. Dibuka plastik dan menyuap roti kedalam mulut.

"Kak, jom!" Ajak Aira. Dia sudah bersiap menarik beg roda menuju ke kereta.

"Nak pindah ke, dik? Beg macam nak cuti setahun!" Usik Aulia. Beg roda besar yang digunakan untuk mengisi baju tidak padan dengan seminar yang cuma berlangsung selama 5 hari. Aulia geleng kepala melihat adiknya.

"Beg je besar kak, bukan ada apa pun. Ni untuk preparation. Mana tau rambang mata pulak kat sana nak membeli itu ini. Kan dah senang". Ujar Aira. 'Ada betulnya' gumam Aulia.

Aira mempercepatkan langkahnya. Dikerling jam didinding. 7.40 pagi. Maknanya mereka masih ada baki 20 minit untuk sampai ke terminal. Bas akan bertolak pada jam 8.10 minit. Biar sampai awal supaya tak terkejar2. Aulia memanggil Puan Hawa, segera bersalaman. Mereka beriringan ke kereta.

"Hati2 ye Aulia. Bawak kereta cermat2. Kamu pulak Aira, nanti dah sampai terus call ibu. Kalau tak berangkat, kamu mesej ke ayah kamu, ye?!" Pesan Puan Hawa. Risau nak membiarkan anak bongsu nya pergi seorang diri.

"Yes boss! Aira menurut perintah!" Jawab Aira disambut gelak tawa dari Aulia. 'Ada2 je budak bertuah ni' omel Aulia.

Sepanjang didalam kereta, mereka sibuk berborak hal masing2. Banyak betul celoteh adik bongsunya. Sesekali tawa mereka pecah dek cerita Aira. Aulia sempat berpesan kepada Aira supaya berhati2 ditempat orang. Walaupun Aira berada bersama majikan disana, Aulia tetap bimbang keselamatan adiknya. Maklum saja, adik nya yang seorang ni ligat semacam. Aira mendengar nasihat kakaknya dan mengangguk faham.

15 minit kemudian, mereka sampai ke terminal bas. Aulia memakir kereta kereta di kotak kosong. Aira keluar untuk mengangkat beg dari bonet kereta. Mereka bergerak seiringan mencari bas yang perlu dinaiki Aira. Selepas mencari dikawasan yang cukup luas ini, mereka akhirnya jumpa bas menuju ke Terengganu. Aira bersalaman dengan Aulia, memeluknya erat. Sempat lagi Aira bergurau dengan Aulia. Pura2 nangis.

"Ah.. ngada2 la kau ni, Aira!" Segera menolak bahu Aira. Mereka ketawa.

"Sakit la, kak!" Sambil menyentuh lembut bahunya. Aulia memandang Aira dan senyum.

"Jangan lupa pesan ibu tadi." Pesan Aulia kembali, mengingatkan adik bongsu nya. Aira mengangguk. Dia segera meletakkan beg roda nya di tempat simpanan beg dan terus menaiki tangga bas. Aira duduk di seat tengah bahagian kiri bas. Dia melambai2 Aulia dari atas bas. Aulia melambai kembali. Tidak lama selepas itu, pengumuman dibuat menandakan bas akan bertolak bila2 masa sahaja, memanggil penumpang yang masih belum naik untuk segera datang. Aulia memandang jam di tangan, 8.20 pagi. 'Lambat pulak bertolak nya'. Desis hati Aulia. Aira menghantar pandangan terakhir seelah bas sudah bersiap2 untuk bergerak. Aulia senyum dan menghadiahkan flying kiss kepada adiknya. Tergelak Aira melihat gelagat kakaknya. Akhirnya bas pun memulakan perjalanan.

Aulia segera kembali ke parkir kereta. Minda nya ligat berfikir. Berkira2 mahu terus ke perpustakaan, tapi buku masih dirumah. Dia mempunyai masa lagi sebelum menuju ke perpustakaan. 'Baik aku sarapan dulu'. Cadang Aulia didalam hati. Dia berkira2 untuk ke kedai makan berdekatan. Isi perut lebih penting. Perut yang kosong itu minta diisi. Aulia tercari2 kedai makan yang sedap mata memandang. Setelah lama mencari, akhirnya dia jumpa sebuah kedai makan di simpang jalan. Aulia memakir kereta dan keluar menuju ke kedai tersebut. Aroma nasi lemak kukus menyemarakkan lagi selera nya. Dia memandang dekorasi kedai itu. Cantik! Ala2 kampung. Kenalah dengan jiwa nya.

Dia melabuhkan punggung di sebuah meja ditengah2 kedai makan. Dia keseorangan hari ini. Dipandang kiri dan kanan, tak ramai yang datang dan paling penting, tiada wajah2 yang dikenalinya. Aulia lega. 'Boleh aku makan dengan tenang' desis hati Aulia.
Dia memesan milo panas dan nasi lemak kukus sambal paru kegemarannya. Kecur liur bila memikirkan rasa nasi lemak yang memukau. Sementara menunggu makanan sampai, Aulia sempat membaca mesej2 yang masuk dalam inbox henset nya. Berkerut2 dahi Aulia membaca. Dia membuka akaun Fac, membaca info2 penting sekilas. Tiba2 dia teringat panggilan malam tadi. Idlan! 'Dia terasa ke dengan ayat aku?' Bisik Aulia dalam hati.

"Ni air milo nya. Ni nasi lemak kukus. Selamat menjamu selera". Ucap pelayan wanita itu seraya tersenyum. Lamunan Aulia terhenti. Segera dia mengucapkan terima kasih. Dia memandang makanan dihadapannya. Masa untuk gambar! Aulia mengambil gambar nasi lemak itu dan menghantar kedalam group watssapp kelurga. 'Jangan jeles la ye uollz!' Omel Aulia. Dia tersenyum sendirian. Setelah diletakkan henset di tepi pinggan, Aulia mula untuk mengisi perutnya. Sesudu nasi lemak disuap kedalam mulut Aulia. Heaven! Aulia terus hanyut dalam alam nya sendiri.

Tidak lama selepas itu, Shaira menghubungi Aulia. Aulia segera menjawab. Mereka berborak sebentar. Shaira menjemput Aulia untuk datang ke Terengganu lusa. Ada kenduri kesyukuran sempena mereka baru berpindah kesana. Disebabkan kekangan kerja, bapanya baru berkesempatan untuk membuat kenduri kesyukuran. Aulia tidak memberikan sebarang janji. Takut tak dapat hadir pula. Dia akan memberi jawapan kepada sahabatnya itu setelah dibincangkan dengan Puan Hawa dan Encik Syam. Mereka mengakhiri perbualan dengan salam.

'Macam okey jugak kalau aku pergi. Boleh teman Aira sekali' gumam Aulia. Apa2 pun, dia perlu berbincang dengan kedua odang tuanya. Aulia menghabiskan makanan nya dan segera membuat bayaran. Setelah mengambil baki duit, Aulia menuju ke kereta untuk pulang ke rumah. Jam di dashboard menunjukkan pukul 10.30 pagi. Aulia segera memecut laju membelah jalan raya yang lengang.

'Assalamualaikum, bu!" Laung Aulia sebaik sahaja sampai di hadapan rumah. Dia segera masuk kedalam rumah dengan kaki kanan. Ibunya, Puan Hawa sedang merehatkan badan di kerusi malas.

"Lamanya Aulia. Bas lambat bertolak ke?" Soal ibunya. Saja ditanya walaupun dia tahu anaknya singgah makan di luar hasil gambar yang dihantar melalui aplikasi watssapp.

"Haha.. a'ah lambat. Tu yang sampai lambat". Sengaja Aulia menambah gurau dalam perbualan mereka. "Sedap betul nasi lemak tu, bu. Kecur liur Aulia dibuatnya". Puan Hawa tersenyum memandang anak perempuannya. Nasi lemak memang sudah menjadi kegemaran Aulia sejak dulu lagi. Pantang nampak nasi lemak, pasti akam dicuba.

"Boleh la bawak ibu makan nanti?" Soal Puan hawa. Sudah lama rasanya dia tak keluar berdua2an dengan Aulia. Disebabkan Aulia selalu sibuk dengan tugasan, mereka jarang melepak bersama.

"Boleh! Nanti Aulia bawak ibu makan kat situ". Setuju Aulia dengan cadangan ibunya. Dia memang ingin membawa mereka sekeluarga makan disitu. Memang sedap.
Tiba2, ingatan Aulia teringat pada perbualan dengan Shaira di kedai makan tadi.

"Bu, Shaira jemput Aulia ke kenduri kesyukuran dia. Kat Terengganu la sebab dia baru pindah". Terang Aulia kepada ibunya. Dia memandang wajah Puan Hawa. Menunggu jawapan.

"Jauh tu Aulia. Tak pe ke? Ibu bukan apa, nanti kamu nak drive sorang2, jauh pulak. Risau nanti. Kamu tahu ke jalan rumah dia?" Tanya Puan Hawa risau. Berkerut dahi nya memandang Aulia. Gusar hati nya.
"Apa kata kamu tanya ayah. Minta izin dia. Mane tahu dia bagi". Cadang Puan Hawa. Dia susah nak memberi jawapan. Hal2 seperti ini, lebih elok kalau ditanya kepada suaminya.

Aulia mengangguk. Dia berkira2 untuk bertanya ayahnya malam ini. Selepas ayahnya balik dari surau. Aulia meminta izin untuk masuk ke bilik mengambil buku rujukan yang ingin dipulangkan. Puan Hawa bangkit ke dapur untuk masak makanan tengahari. Hari ni dia bercadang untuk masak menu yang mudah saja untuk Aulia makan sementelah dia dan suaminya akan menghadiri open house dirumah Zali.

'Mana aku letak buku ni' gumam Aulia. Matanya liar mencari buku rujukannya dirak. Dia lupa mana diletakkan buku2 tersebut. Henset berbunyi tanda ada panggilan. Aulia memberhentikan pergerakan tangannya dan mengambil henset. Dia memandang nama di skrin telefon. Tiada! Cuma nombor yang tidak dikenali. 'Siapa pulak ni' rungut Aulia. Baru sahaja ingin menjawab, panggilan dimatikan. Aulia hairan.

"Nak main2 pulak la. Hish!" Marah Aulia. Dicampak henset ke atas katil.

Dia meneruskan pencariannya. Setelah lama dia berusaha mencari, akhirnya dia menjumpai buku rujukan tersebut. Dia segera meletakkan didalam beg kertas. Dicapai henset yang dicampak sebentar tadi lalu keluar untuk ke perpustakaan.

"Bu, Aulia gerak dulu ye. Takut jammed. Nanti apa2 Aulia call ibu tau!" Ujar Aulia kepada Puan Hawa yang berada didapur.

"Ok, hati2 drive tu. Nanti ada apa2 hal, bagitau ibu". Pesan Puan Hawa. Puan Hawa menghantar Aulia dengan pandangan redup.

***

Idlan tidak dapat tidur semalaman. Teringat akan kata2 Aulia. Badannya letih, otaknya penat untuk memikirkan lagi. Dia rasa dirinya tercabar. Tercabar oleh kata2 Aulia. Dia rasa seperti dipandang rendah oleh wanita yang selama ini disayangi dalam diam itu. Dia mengeluh. Dia berdiri di tingkap menghadap luar. Pemandangan di luar menenangkan hatinya yang gundah gulana.

'Aulia, kenapa kau buat aku macamni? Please jangan buat hati aku macamni!' Jerit hati kecilnya. Dia tewas dengan penangan cinta yang hadir secara tiba2 dalam hidupnya. Setelah kematian tunangnya beberapa tahun lepas, Idlan tak pernah berminat dengan mana2 perempuan. Hatinya tertutup rapat dari menerima cinta. Namun kali ini dia kecundang juga. Aulia hadir dalam hidup Idlan saat dia tersasar jauh. Aulia membantu dia mencari jalan pulang. Aulia juga yang merubah dirinya menjadi seorang yang tidak mudah berputus asa. Semuanya kerana Aulia!

Aulia! Aulia! Aulia! Hanya itu nama yang sering meniti dibibir Idlan. Dia pernah cuba menepis perasaannya dulu, tapi dia tak mampu. Dia sentiasa teringat akan gadis kesayangannya. Bayangan Aulia sering muncul di benak fikirannya. Ya! Memang dia angau! Angau dengan gadis bernama, Aulia Nuha! Dia ingin memiliki hati gadis suci itu. Dia ingin mencurahkan segala kasih dan sayangnya hanya untuk Aulia. Idlan meraup mukanya kasar.

"Idlan, tak mandi lagi? Kenapa bergelap ni? Kamu dah lama bangun ke?" Soal Encik Eddy bertubi2. Dia pelik melihat anaknya yang sedang termenung di tingkap itu. Muka nya sugul. Seperti ada masalah besar. Encik Eddy menghampiri Idlan,

"Kamu okey ke ni?" Soal Encik Eddy lagi setelah melihat tiada jawapan dari anaknya. Dia memegang lembut bahu anaknya. Merenung dalam2 anak mata Idlan. Ada resah yang terbit dari sinar matanya.

"I'm fine, pa. Don't worry". Balas Idlan pendek. Dia tiada hati ingin menjawab soalan Encik Eddy. Dia serabut.

"Ni muka tak ok ni. Kamu ada masalah? Risau papa tengok ni". Ujar encik Eddy risau. Idlan lebih banyak mendiamkan diri. 'Kenapa anak aku ni?. Gumam Encik Eddy. Berkerut dahi nya melihat Idlan.

"Pa, Idlan nak pindah!" Terang Idlan bersahaja. Ada riak terkejut di wajah Encik Eddy. Dia memandang anaknya dengan seribu satu persoalan.

"Kenapa pulak ni? Kamu nak pindah mana? Kan dah elok duduk dengan papa. Ke, kamu dah tak suka duduk sini?" Soal Encik Eddy serkap jarang. Dia cuba memancing anaknya supaya bercerita asbab untuk pindah.

Lama Idlan diam. Dia melepaskan keluhan. Idlan memandang papa nya yang sedang duduk di birai katil. Dia menghampiri Encik Eddy, menggenggan tangan papa nya.

"Idlan taknak jumpa dia, pa. Sakit rasanya hati ni" Idlan menghembuskan nafas berat. Dia memejamkan matanya rapat. Dia perlu lari dari semua ini.

Encik Eddy senyum. Ditenung wajah anaknya. Dia faham. Anaknya memang sedang bercinta. Idlan lebih memiliki personaliti Encik Eddy. Memiliki lesung pipit dan mata berwarna brown hazel sepertinya. Perangai juga serupa dalam bercinta. Sanggup mencurahkan segala2nya untuk cinta!

"Siapa perempuan yang dah berjaya curi hati anak bujang papa ni?" Soal Encik Eddy. "Sampai teruk macamni". Sambung nya lagi. Idlan memandang Encik Eddy. Dia tersengih. Tidak tahu sama ada perlu dijawab atau tidak. Dia berjeda.

"Aulia Nuha"

Sebaris nama itu cukup membuatkan Encik Eddy memahami. Inilah gadis yang berjaya mencuri hati anak lelakinya. Idlan memandang Encik Eddy. Hilang rasa malu kepada papa nya. Sejak akhir2 ini, dia selesa untuk bercerita hal peribadi kepada Encik Eddy.

"Sedap nama tu. Mesti orangnya pun cantik, kan?" Puji Encik Eddy. Dia mengulang nama itu sekali lagi. Encik Eddy merasakan gadis itu pasti sesuai dengan anak bujangnya.

"Cantik! Cukup cantik dimata Idlan". Jawab Idlan yakin. Dia memang cantik. Gadis yang aku cintai, cukup cantik dimata aku.

"Jadi, kenapa taknak jumpa pulak ni? Gaduh?" Soal Encik Eddy pelik. Dia memandang wajah anak bujangnya, menanti jawapan. Idlan menceritakan kepada papa nya dari mula dia berkenalan dengan Aulia sehinggalah panggilan semalam. Full story!

***

"Awak nak keluar ke, bang? Tolong belikan saya serbuk jintan. Habis pulak ni". Pinta Puan Hawa. Encik Syam memandang isterinya. Berkerut dahi nya. Seingat dia, kelmarin sudah dibelikan yang baru. Tak kan cepat sangat habisnya.

"Aik, habis dah? Saya baru beli kelmarin. Awak betul ke ni?" Soal Encik Syam. Isterinya memandang sekilas seraya menjawab,

"Iya bang. Habis dah. Semalam kak Ton belakang mintak sikit sebab dia punya habis. Ha.. saya bagi lah paket baru tu. Saya tak teringat pulak nak tinggalkan sikit. Boleh la ye, bang". Pinta Puan Hawa, memujuk suaminya dengan muka yang sedih.

"Iyelah2! Tulah awak, pemurah sangat. Hah, saya pergi dulu". Puan Hawa menghantar suaminya hingga ke kereta. Tersenyum melihat suaminya yang memuncung itu. 'Macam budak2' omel Puan Hawa.

"Sorang2 jelah aku kat rumah ni". Bebel Puan Hawa. Sunyi sepi rumahnya. Kalau tidak, penuh dengan hilai tawa anak2 nya.
Dia lantas membuka radio yang menjadi penemannya saat ini untuk mendengar lagu.

"Apa lagu ni? Sakit telinga dengar. Aih, zaman sekarang ni, macam2 lagu yang pelik2". Rungut Puan Hawa. Baginya, lagu2 yang banyak berkumandang di stesyen2 radio sekarang ini lebih banyak melalaikan. Muziknya pun entah apa2, langsung tak kena dengan jiwanya. Puan Hawa akhirnya menutup kembali radio sementelah tiada lagu yang menarik minatnya.

Tut! Tut!

Deringan telefon Puan Hawa berbunyi. Puan Hawa pantas berlari anak mengambil henset nya yang diletakkan di dalam bilik. Dia melihat nama yang tertera di skrin hensetnya. Lantas terus dijawab.

Assalamualaikum, bu! Aira ni. Ibu buat apa?

Puan Hawa membetulkan duduknya di birai katil seraya menjawab salam anaknya.
"Ha, ada kat mana tu? Dah sampai ke?

Soal Puan Hawa.

"Ish, belum la ibu. Aira kat dalam bas lagi ni. Bosan la, tu yang call ibu. Ibu buat apa?"

Aira bertanya. Dia bosan duduk lama2 didalam bas. Nak borak, tak kenal orang sebelah menyebelah. Jadi, didiamkan saja. Teringat ibunya, Aira pun mendail nombor telefon ibunya. Puan Hawa pun melayan anaknya berborak. Kerja didapur dibiarkan dulu. Lagipun Encik Syam belum balik lagi. Hampir sejam lamanya mereka bergayut.

"Okey la, bu. Dah panas telinga Aira. Nanti Aira call ibu lagi ye. Kirim salam dengan ayah dengan kak Aulia tau! Assalamualaikum.

Aira sudahi dengan salam. Puan Hawa menjawab salam anaknya dan mematikan talian. Dia bingkas bangun menuju ke ruang tamu. Dia berehat sebentar membaca majalah. Lagipun, nasi sudah dimasak dan bahan2 kering juga sudah dipotong, tinggal untuk menumis sahaja.

"Apa la yang best dalam majalah ni. Hurm.. cantik nya rumah ni". Puji Puan Hawa melihat dekorasi rumah2 di dalam majalah LAMAN itu. Puan Hawa tertarik dengan senibina rumah tersebut. Rumah yang dibina menggunakan kayu cengal hasil inspirasi dari rumah2 lama dahulu kala. Ukiran kayunya cukup teliti. Puan Hawa mula berangan2 sekiranya memiliki rumah seperti itu, mesti cantik!

"Assalamualaikum! Bu, Aulia dah balik". Ucap Aulia setelah memasuki ke dalam rumah. Dia menghenyakkan punggung di sebelah ibunya. Puan Hawa menjawab salam didalam hati. Dia memandang anaknya, Aulia.

"Ramai orang ke kat library tadi?" Tanya Puan Hawa. Aulia mengangguk perlahan. Ibunya tersenyum.

"Penat?" Aulia tersenyum manis.

"Ibu masak ke? Tak payah la, biar Aulia je masak. Lagipun Aulia sorang2 je kat rumah ni nanti. Pandailah Aulia nanti". Cadang Aulia. Dia pun tak merasa lapar lagi. Kalau dia lapar sekalipun, dia sendiri yang akan masak.

"Tulah, ingat nak masak untuk kamu la. Tapi ayah kamu tak balik lagi. Ibu suruh belikan serbuk jintan tadi. Ayah kamu ni pun, mana la agaknya tu. Ni dah pukul berapa dah ni. Nanti nak ke rumah Zali. Dia nya tak balik2". Bebel Puan Hawa. Dari tadi keluar masih belum pulang. 'Buat serbuk jintan agaknya' rungut Puan Hawa didalam hati. Aulia tergelak melihat ibunya yang sedang membebel tu. Puan Hawa memang begitu, pantang kalau ayahnya pulang lewat, mesti nak dibebel nya. Maklum saja, tak boleh berenggang lama2 dengan Encik Syam.

"Hehe.. kelakar la ibu ni. Nanti balik la tu. Mungkin ada hal kot. Erm, Aulia nak pergi mandi ni pastu nak rehat kejap. Nanti Ibu ketuk pintu Aulia ye kalau da siap". Pesan Aulia kepada ibunya. Puan Hawa mengangguk dan tersenyum. Aulia bingkas bangun untuk ke bilik. Badannya perlukan rehat. Sebelum itu, dia ingin menyegarkan badan dulu. Dia lantas meletakkan henset dan dompet diatas meja solek. Membuka lilitan shawl dan diletakkan didalam bakul. Aulia mencapai tuala dan menuju ke kamar mandi.

Setelah 15 minit dia menyegarkan badan, dicapai henset diatas meja solek dan melabuhkan punggung diatas katil. Berkira2 untuk menghantar mesej kepada Idlan. Puas dia berfikir didalam bilik air samada perlu atau tidak dia menghantar mesej tanda maaf atas kelancangan mulutnya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menghantar mesej.

Assalam, maaf Encik Idlan atas kekasaran saya mlm tadi. Saya x perasaan apa yang saya ckp.

Send!

Aulia berdoa agar Idlan tak mengambil hati akan kekasarannya. Dia pun satu, cepat sangat nak melenting. Aulia menunggu mesej masuk. Hampa! Tiada sebarang tanda Idlan akan membalas mesej nya. Aulia hairan.

'Kenapa dia tak reply? Dia marah ke? ' desis hati kecilnya. Aulia tak senang duduk. Dia menghantar lagi mesej kepada Encik Idlan.

Encik mrh saya ke? Saya betul2 minta maaf. Saya mmg x sengaja.

Send!

Lama Aulia menunggu tetapi hampa. Masih tiada balasan. Aulia mendengus. Dia meletakkan hensetnya ditepi bantal lalu memejam rapat matanya. Dia rasa bersalah. Tetapi, satu perasaan lain pula muncul. Dia menyampah pula dengan perangai Idlan. . 'Apa patut aku buat?' Gumam Aulia.

***
Idlan Syahid POV

Aku memandang lesu mesej yang tertera di skrin henset. Hati aku bengang! Masih terngiang2 ayat Aulia semalam. Teruk sangatkah aku ini? Niat aku hanya ingin mengajak untuk makan tengahari. Tapi kenapa Aulia menjawab sebegitu? Kalau taknak, kata sahaja taknak. Tak perlu dia merapu segala.

"Encik mrh saya ke? Saya betul2 minta maaf. Saya mmg x sengaja."

Idlan mendengus! Dia meraup wajahnya kasar. Dirinya rasa tercabar. Tak sengaja untuk memerli dia? Mungkin sahaja sebab dia berdosa, jadi mudah untuk Aulia melepaskan kata2 nista?

"Aku akan buktikan kat dia yang aku boleh berubah! Kalau dia masih nampak aku macam aku yang dulu, aku akan pastikan lepas ni dia akan terkejut dengan perubahan aku!". Idlan berjanji. Dadanya turun naik menahan nafas. Dia menggenggam kuat jemarinya. Dia nekad!

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience