Chapter 7

Romance Completed 29055

Pagi2 lagi Aulia sudah bangun dan bersiap2. Teringat akan panggilan semalam antara dia dan Idlan. Tak semena-mena, ada kekalutan di iras wajah Aulia. Ada kerisauan yang menghurung relung hatinya. Entah kenapa, saat ini dia berharap yang panggilan semalam hanya mimpi.

"Aulia! Dah solat subuh?" Jerit Puan Hawa dari luar pintu bilik.

"Sudah ibu!" Jawab Aulia.

"Nanti tolong ibu buat sarapan ye". Sambung Puan Hawa.

"Baik ibu". Aulia memberi kata putus.

Aulia mengemas cadar berbentuk bunga yang dihadiahkan oleh Puan Hawa sempena hari jadinya yang ke 23. Aulia menepuk2 bantal agar nampak tersusun dan gebu. Kemudian, Aulia menarik langsir dan menyepitnya dengan rapi. Setelah puas hati dengan keadaan biliknya, Aulia turun untuk menolong ibu membuat sarapan.

"Ibu nak masak apa hari ini?" Soal Aulia kepada Puan Hawa.

"Aulia nak makan apa?" Soal Puan Hawa kembali. Soalan dibalas soalan. Akhirnya, Aulia membuat keputusan untuk menyediakan kuetiaw goreng kegemaran ayahnya, Encik Syam.

Aulia menyediakan hidangan untuk membuat kuetiaw goreng. Setelah siap bahan2 untuk menumis, Aulia pun memulakan masakan dengan bacaan bismillah. Dengan harapan masakan Aulia menjadi dan mendapat berkat.

"Erm, sedapnya bau". Puji Encik Sham yang muncul di dapur. "Aulia masak apa tu?" Tanya Encik Syam.

"Aulia masak kuetiaw goreng kesukaan ayah la". Jawab Aulia dengan senyuman. Ayahnya siap berbaju sukan, mengikut rutin kebiasaan iaitu joging.

"Masak sedap2 ya! Balik nanti ayah makan. Ayah pergi joging dulu. Mak nya taknak ikut ke?" Ajak Encik Sham kepada Puan Hawa.

"Ish, tak mahu lah kita. Nanti tak siap la kerja rumah ni" bantah Puan Hawa. Encik Syam senyum memandang isterinya. Kalau nak diikutkan, Encik Syam tidak lah berapa kesah kerana isterinya itu memang mempunyai bentuk badan yang kurus sejak anak dara lagi. Walaupun telah melahirkan anak, Puan Hawa tetap bergaya seperti anak dara. Cuma yang dikisahkan adalah kesihatan isterinya. Maklum sahajalah, umur sudah meningkat. Risau kalau2 ada penyakit yang kita tak tahu bila kunjung tiba nya.

"Iyelah kalau macam tu. Abang pergi dulu ye, Assalamualaikum." Seraya berlalu pergi meneruskan rutin hariannya.

***

Jam loceng berbunyi menunjukkan tepat jam 10 pagi. Idlan tetap tak bangun. Matanya seolah-olah di gam. Sehinggalah bunyi loceng kondominium nya berbunyi, barulah Idlan malas2 bangun untuk membuka pintu.

"Papa! Apa papa buat pagi2 kat rumah Idlan ni?" Soal Idlan setelah melihat susuk tubuh Encik Eddy di depan pintu rumah.

"Apa punya soalan la Idlan ni? Of course la papa datang nak jumpa Idlan". Ucap Encik Eddy. "Ada benda yang papa nak bincangkan dengan Idlan" tegas Encik Eddy.
Tanpa perlu dipelawa, Encik Eddy terus masuk ke dalam rumah Idlan dan terus menghenyakkan punggung di atas sofa yang berbentuk L di sudut kondominium tersebut.

"Papa nak gurau pun, agak2 lah. Sekarang ni pagi lagi, pa. Nak bincang apa pulak ni?" Ucap Idlan dengan perasaan penuh benci terhadap papa nya.

"Don't you dare talk to me like that, Idlan!" Encik Eddy memberi amaran kepada anak bujangnya. "Kenapa dengan you ni, Idlan? Mana anak papa yang papa banggakan dulu? Yang taat pada orang tua? Taat pada agama? Look at you now! Tersasar dari syariat Islam! Hidup berfoya-foya dengan perempuan! Bawak mengucap Idlan! Kita ni orang Islam! Bukan orang kafir!" Herdik Encik Eddy langsung kepada Idlan.

"It's none of your business, pa! Suka hati lah apa yang I nak buat! Papa tak berhak nak tentukan! Lepas apa yang dah jadi pada mak, Idlan dah tak percaya papa lagi! Pembunuh!!" Jerit Idlan kepada Encik Eddy.
"Astaghfirullah! Idlan!!" Bergema suara tua Encik Eddy keseluruh ruang tamu kondominium Idlan. Bergegar tangannya menahan amarah, kesalan yang tak terucap. Digeleng2 kepalanya tanda tidak percaya dengan apa yang telah didengarinya.

"I'm not a killer, Idlan!" Terketar2 suaranya menyebut perkataan itu.

***

5 tahun yang lalu

"Mariah, mari sayang! Ada benda yang saya nak bincangkan dengan awak." Ajak Encik Eddy. Ditepuk2 sofa bersebelahan dengannya. Puan Mariah berjalan menuju ke arah suaminya sambil membawa segelas air sejuk.

'Apa pulak laki aku ni', omel Mariah didalam hati.

"kenapa, bang? Hal apa yang nak bincang tu?" Soal Puan Mariah. Berkerut dahi nya memandang kearah suami tercinta. Puas sudah ditebak didalam hati, tapi seakan tidak menemui jawapan pada wajah suaminya. "Cakaplah, bang oi". Sambung Puan Mariah.

"Idlan mana? Kat office ke?" Tanya Encik Eddy. Tercari2 anak matanya di sekeliling rumah mencari kelibat anak bujangnya.

"Hurm, dia tu bang, kalau takde kat rumah ni, maksudnya dia lepak dengan kawan dia la tu.." meleret2 Puan Mariah menjawab.

"Okey, look honey.. abang nak bagitahu satu benda ni, and abang harap Mariah dengar elok2 apa yang abang nak sampaikan ni". Ujar Encik Eddy. Gusar kelihatan di wajahnya. Entah apa agaknya penerimaan isterinya kalau tahu tentang hal ni. Keluhan berat kedengaran halus di hujung nafas nya.

"Apa nya, bang? Jangan la buat saya tertunggu2!" Gesa Puan Mariah. Hatinya berdebar yang teramat dengan situasi ini. Tidak pernah dilihat suaminya segusar saat ini. Bertambah gusar hati Puan Mariah melihatnya. Apa yang ingin diberitahu?

"Mariah, abang dah kahwin lain!" Beritahu Encik Eddy dengan satu nafas. Dikepal2 tangannya tanda kerisauan akan penerimaan seterusnya dari isterinya. Bukan sengaja dia berkahwin lain, tapi atas satu alasan, wanita itu adalah janda yang ditindas!

Bagai halilintar yang melanda, dengan pantas Puan Mariah tegak berdiri dihadapan suaminya, Encik Eddy.
"What are you talking just now?? W.. what??! Are y..you... married??!!" Terketar2 Puan Mariah saat ini. Seperti mimpi! Itu yang dirasakan saat ini. Ditepuk2 pipinya berulang kali, sakit! Dicubit tangannya, juga sakit!

"What exactly happened? Apa semua ni, bang??" Tanya Puan Mariah. Dipandang wajah suaminya penuh tanda tanya. Ditatap dalam2 anak mata suaminya, masih tidak ketemu jawapan.

"TELL ME!". Jerit Puan Mariah. Bergema suara Puan Mariah diselangi dengan esakan tangis. Banglo agam itu menjadi saksi air mata pilu yang mengalir.

Encik Eddy bangun dari tempat duduknya untuk menenangkan isterinya yang seperti kerasukan itu. Encik Eddy dihurung rasa bersalah yang amat. Tidak pernah diduga akan mendapat respond yang luar jangkaan.
Ditepis tangan suaminya sekuat hatinya. Tak ingin dia mendekati lelaki yang berada dihaapannya ini. Hatinya hancur luluh! Tiada apa lagi yang tinggal untuk dia pertahankan! Semuanya musnah!

"Sanggup awak buat saya macamni, Eddy!"

Terkejut Encik Eddy dek perubahan nada dan bahasa isterinya. 'Arggh! Apa yang dah aku buat ni!' Rungut Encik Eddy didalam hati. "Please honey, ab..". Dengan segera Puan Mariah menutup telinganya, "Stop it!". Puan Mariah sudah hilang pertimbangannya, dan akhirnya..

***

Idlan Syahid POV

"Mariah, abang dah kahwin lain!" Beritahu Encik Eddy dengan satu nafas.

Menggigil kaki aku saat ucapan itu keluar dari mulut papa. Apa yang aku lihat saat ini bukanlah sedutan dari cerita di televisyen ataupun kisah jiran tetangga, tapi kisah ini berlaku depan mata aku!

Ya! Depan mata aku!

Jelas terlihat susuk tubuh mak yang seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. Begitu juga aku. Tergamak papa menduakan mak! Apa dosa mak pada papa?! Sehingga sanggup mak diduakan?! Aku benci papa! Papa memang kejam!

Aku terus mencapai beg yang terlurut jatuh di kaki. Dengan segera, aku melorot masuk ke dalam perut kereta ferrari.

Serabut!

Itu yang aku rasakan saat ini. Apa yang aku tahu, aku memecut laju membelah jalan raya tanpa arah tuju. Hati aku bagai disiat-siat dengan kenyataan papa. Terngiang2 suara papa di cuping telinga aku seakan kejadian itu sentiasa berlaku didepan mata aku.

"Arghhhh!!!!! Benci!! Benci!! Papa kejam!! Setan!!!!"

Aku hilang punca! Yang aku tahu aku ingin menjerit sepuas2nya! Dengan perasaan marah yang membuak2, aku menumbuk2 stereng kereta. Aku benci untuk berjumpa papa! Papa penyebab semua ni jadi! I hate you, pa!!

Aku berhenti di bahu jalan, menangis sepuas2 nya. Pada siapa patut aku luahkan rasa. Aku buntu! Aku betul2 tak dapat berfikir dengan waras.

"Kenapa benda ni jadi pada keluarga aku?!" Jerit Idlan pada kepekatan malam. "Aku benci papa! Kenapa papa buat aku?! Buat mak macam tu?!!" Jerit Idlan sekuat hati. Itu yang aku rasakan saat ini. Tuhan itu tidak adil pada aku! Arghhh!! Aku benci!!

Setelah beberapa jam aku menenangkan hati, entah tenang atau tidak, aku pun tak tahu, aku membuat keputusan untuk pulang kerumah. Aku ingin bersemuka dengan papa. Aku nak tahu hal yang sebenar! Ya! Aku ingin tahu hal sebenar! Dari mulut papa sendiri!

Setibanya aku dirumah, aku masih terdengar suara jeritan mak. Tak lama kemudian suara tangisan mak pula bergema di rumah banglo agam ini. Aku pasti yang mak tak akan dapat menerima kenyataan ini sama seperti aku. Niat aku untuk masuk kedalam terbantut saat aku ternampak kelibat papa yang ingin meninggalkan rumah.

"What the hell is going on, pa?!" Soal Idlan dengan penuh rasa marah. Dikepal2 penumbuknya menahan rasa benci yang membuak2. Dia perlukan jawapan!

"Abang, please jangan buat saya macam ni!" Mak yang muncul dari belakang berlari mendapatkan papa yang berada dekat dengan aku. Dipeluk belakang tubuh papa erat2! Aku memandang wajah papa dengan penuh tanda tanya yang bersarang dibenak fikiran aku.

"Boleh papa explain, what exactly happened?" Aku soal untuk kali kedua. Aku tak mampu untuk menunggu lebih lama. Sementara mak yang masih memeluk erat papa sambil menangis tersedu-sedan, aku ulang pertanyaan untuk kali yang ketiga.

"Apa yang dah jadi, pa?!" Dikeraskan sedikit suaranya biar papa memahami sakit yang bermaharajalela didalam hati ini.

"Abang, kalau saya ada buat salah, saya mintak ampun, bang! Tapi jangan seksa saya macam ni! Saya nak abang sorang saja!! Toloongg laaaaa". Rayu mak sepenuh hati. Aku tak mampu untuk melihat mak merayu seperti itu. Tanpa aku sedar, air mata aku mengalir mengenangkan nasib mak. Papa berdiri tak berkutik. Diam seribu bahasa. Hanya mak yang masih setia memujuk rayu papa, dan aku? Aku masih menanti jawapan yang tak kunjung tiba!

"Kenapa papa? Kenapa?! Apa salah mak?! Apa yang kurang nya mak pada papa??!! Selama ni mak turutkan kehendak papa! But why now??!!" Tidak dapat aku bendung lagi perasaan ini. Aku hamburkan segala yang ingin aku ucapkan pada papa. Turun naik nafas aku menahan sakit yang bersarang dihati. Aku terluka. Mak juga terluka! Terluka dengan perbuatan papa. Mengapa mesti papa diam tak berkutik??! Aku perlukan penjelasan! Hati aku meraung, meronta2 untuk sebuah jawapan.

"Papa!!" Jerit Idlan. Papa nya seperti tidak bernyawa. Memilih untuk mendiamkan diri, sedangkan mak masih dalam dunianya, menangis, merayu simpati suami sendiri.

"Papa mintak maaf, Idlan. Papa bukan sisihkan mak, cuma papa memilih untuk menyelamatkan hati orang lain jugak". Jelas Encik Eddy setelah lama menyepi.

Nonsense! Aku menjerit didalam hati.

"Abang, tolong jangan tinggalkan saya". Suara mak memecah kedinginan antara aku dan papa.

"Cerita lawak mana yang papa sedang ceritakan kat Idlan ni? Idlan tak faham! Cukup tak faham! Selama ni, hanya mak yang bertakhta dalam hati papa, and now?? Dah bertukar?! Sebab apa?? Sebab mak tak macam perempuan simpanan papa tu ke?!"

Pang!

Satu tamparan hinggap ke pipi aku. Terjelepuk aku ke lantai. Aku pegang pipi yang pedih dek tamparan sulung papa.
Terasa hangat pipi aku, kebas disebabkan kuatnya tamparan papa. Aku gelak sendiri. Tak percaya yang papa sanggup tampar aku, anak dia!

"Well pa, I thought yang papa sayang Idlan and tak sanggup nak tampar Idlan! Tapi sekarang dah terbukti la yang papa memang dah tak sayang Idlan and obviously, papa dah dibomohkan oleh betina tu!!" Aku jerit lagi. Aku puas kali ini.

Papa memang kejam!

"Watch your words, Idlan! Papa tak ajar kau kurang ajar macamni!" Tengking Encik Eddy. Kesal dengan sikap anak bujangnya.
"Papa dah tak tau nak jelaskan macam mana lagi dekat kamu, Idlan.. papa mintak sangat yang kamu dapat memahami papa, tapi papa silap besar. Kamu malah menghina papa!" Ucap Encik Eddy dalam sendu. Entah kenapa, hatinya dipagut rasa sedih melihat situasi ini. "Papa dah tak ada apa lagi yang nak diterangkan. Sia2 kalau papa jelaskan pun, kamu dalam keadaan tak waras sekarang ni." Sambung Encik Eddy. Dengan segera, Encik Eddy membuka pintu kereta, bercita2 ingin meninggalkan rumahnya.

"Abang!! Jangan abang! Jangan tinggalkan saya, bang! Abang!!" Raung Puan Mariah dalam sendu nya. Aku menarik lengan mak dengan segera, aku hadapkan muka mak tepat ke mata aku, "Mak, tolong jangan macamni, mak! Biar lah papa dengan kehidupan dia! Papa dah tak sayang kita lagi, mak!".Puan Mariah menggeleng2 kan kepala tanda tidak setuju.

"No! Papa milik mak! Bukan milik perempuan tu!" Jerit Puan Mariah seperti orang hilang akal. Aku hanya mampu menangis melihat keadaan mak. Aku memandang wajah papa dengan penuh harapan, "Pa, tak nampak ke apa yang dah jadi kat keluarga kita sekarang ni?! Please pa!" Rayu Idlan.

Encik Eddy hanya memandang sepi wajah dua beranak itu. 'Papa minta maaf Idlan, Mariah'. Gumam Encik Eddy didalam hati. Lantas dengan segera mula memandu keluar kawasan perkarangan rumah. Puan Mariah yang melihat kepergian suaminya, secara tiba2 menjerit dan meronta2 minta dilepaskan dari pegangan aku. Aku sedaya upaya menahan mak dari berlari kearah papa, tetapi kudrat mak lebih kuat berbanding aku saat itu. Mak berlari laju mengekori kereta papa dari belakang. Aku yang terkejut turut sama berlari mendapatkan mak. Aku menjerit berkali2 memanggil nama mak, tapi mak tetap terus berlari. Sehinggalah pada satu ketika, aku ternampak sebuah lori yang menuju laju kearah mak.

"Maakk!! Lori, mak!! Tepi!!" Sedaya upaya aku teriak agar mak dapat mendengar jeritan aku, tetapi ternyata sia2. Lori yang datang dari arah bertentangan semakin laju dan akhirnya..

Bam!!

"Astaghfirullah!". Aku meraup tanganku ke wajah yang basah dek peluh. Aku urut dada yang laju berdegup, selaju mimpi yang hadir dalam lelapku.

"Aku mimpi lagi".

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience