Chapter 9

Romance Completed 29068

Idlan merenung siling. Otak nya seakan tidak berfungsi. Matanya dipejam rapat2.

"Argghhhh!!!" Jerit Idlan.

Masih kosong. Hati. Masih kosong. Idlan tak tahu kenapa setelah pertemuan dirumah Aulia tempoh hari, segala yang Idlan lakukan menjadi serba tak kena.

Arak
Perempuan
Kelab

Semua tu dah menjadi kosong pada diri Idlan. Sedangkan satu ketika dulu, benda2 tu semua la yang menjadi peneman setia Idlan.

Tut! Tut!

Henset SAMSUNG nya berbunyi tanda ada mesej masuk.

Sayang, I tunggu tempat biasa tau. Can't wait to c u! I rindukan belaian u!
-melise

Henset nya dicampak ketepi katil setelah dibaca isi kandungan mesej tersebut.

Serabut!

'Kenapa aku dah tak happy bila perempuan nak aku?'
'Kenapa aku rasa tak puas teguk air syaitan tu?'
'Kenapa aku rasa macam kehilangan?'

Bermacam2 persoalan bermain dibenak fikiran Idlan. Sudah beberapa minggu Idlan hanya terperap di kondominium miliknya. Bosan untuk keluar. Idlan juga sudah lama tidak meneguk air syaitan itu lagi. Hairan! Dia seperti sudah tiada hati untuk meneguk air syaitan itu. Nafsu binatang dia selama ini juga seperti sudah dijinakkan selepas peristiwa yang menginsafkan tempoh hari.

***

"Maaf pakcik lewat". Tegur Idlan dari belakang. Apa yang dia tahu, dia hanya ingin saat ini berlaku dengan pantas!

"Takpe lah. Hurm.. Dah sedia semua?" Soal Encik Syam sambil memandang Idlan dan saf dibelakang. "Sudah, bang!" Jawab Puan Hawa. Seakan mengerti, Encik Syam pun segera mengiqamatkan lalu meneruskan dengan mengangkat takbir. Terkebil2 Idlan memandang Encik Syam melaungkan iqamat. Lega bertandang di hati. 'Nasib dia yang azan!' Detik hati Idlan. Tanpa melengahkan masa, Idlan terus mengikut gerak geri Encik Syam sehinggalah selesai salam. Encik Idlan mengaminkan doa yang dibaca oleh Encik Syam. Aulia memandang Encik Idlan dengan pandangan kosong. 'Betul ke dia tak tau langsung?' Gumam Aulia. Aulia melepaskan keluhan berat.

"Akak kenapa mengeluh?" Bisik Aira perlahan. Aulia memandang dengan senyuman. Soalan Aira dibiarkan sepi. Biarlah hanya dia dan Allah saja yang mengetahui. Aulia berdoa memanjat kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan Allah sekaligus mendoakan agar diberi hidayah kepada Encik Idlan.

***

Arghhh!!!

Bergema kondominium itu dengan jeritan Idlan. Hati nya sesak! Otaknya serabut!
Dia perlu keluar menenangkan fikiran. Tapi, kemana dia ingin pergi? Soal Idlan didalam hati.

Ahh! Aku tahu!

Idlan terus mencapai kunci kereta nya lalu menuju ke parkir. Hanya satu tujuan dan tempat iaitu....

Knok! Knok!

Idlan mengetuk pintu rumah tersebut. Berharap orang yang dicari keluar.

"Assalamualaikum! Assalamualaikum!" Laung Idlan kuat. 'Takde orang ke ni?' Soal Idlan.

"Wa'alaikumussalam.. eh?? Apa Encik Idlan buat kat sini??" Soal Aulia terkejut kerana menerima kehadiran tetamu yang... erm..kurang diundang.

"Boleh saya jumpa awak? I mean, saya nak ajak awak keluar sekejap, boleh? Ada benda yang saya nak awak tolong!" Pinta Idlan. Dia tak kira, masalah nya perlu diselesaikan! Itupun melalui Aulia!

"Ahh..ermm..ahh..saya...". Aulia menggaru2 kepalanya yang tersarung tudung bawal merah itu. Dia kelu. Apa jawapan yang patut diberi. Aulia resah.

"Please Aulia, I need u now..". Gesa Idlan.
Dia seakan menemui jalan buntu sekiranya Aulia menolak permintaannya.

"Saya tanya ayah dulu. Sebab saya tak boleh buat keputusan sendiri" ujar Aulia. Aulia berlalu menuju ke bilik Encik Syam dan Puan Hawa.

"Ayah.. oohh ayahh!". Panggil Aulia dengan cermat. Fikirannya runsing dengan perangai Encik Idlan. Ahh!

"Haa, kenapa Aulia? Ayah kamu tidur tu, pening katanya". Puan Hawa menjenguk memandang Aulia.

"Erm.. ibu, Encik Idlan ada kat luar".

"Haa.. ada apa dia datang??". Terkejut Puan Hawa setelah diberitahu keberadaan Encik Idlan.

"Dia ajak Aulia keluar atas alasan nak mintak tolong. Aulia tak kata apa2 lagi sebab nak tanya pendapat ayah dulu. Macam mana ye, ibu?" Soal Aulia ketakutan. Bimbang ayah atau ibunya memikirkan yang bukan2 pula.

"Ada apa Aulia? Soal Encik Syam dari arah belakang Puan Hawa. Aulia memandang ayahnya takut2. Aulia menceritakan tujuan Encik Idlan datang. Setelah lama berjeda,

"Ayah ke depan jumpa dia dulu". Ucap Encik Syam terus berlalu ke pintu hadapan.

"Idlan! Apa khabar?" Terkejut dengan soalan itu, Idlan pun menoleh kearah empunya suara. Encik Syam!

"Khabar baik pakcik. Erm, maaf saya mengganggu pakcik. Erm.. saya nak mintak izin pakcik.. untuk.. bawa Aulia keluar.. sekejap, boleh pakcik?" Tanya Idlan takut2.

Encik Syam memandang Idlan tak berkedip. Idlan seperti cacing kepanasan. Dia tahu tindakannya sangat tak munasabah! Tapi, apa yang boleh dia buat lagi. Dia perlu berjumpa dengan Aulia! Bagi Idlan, hanya Aulia yang dapat menyelesaikan masalah dirinya.

"Nak bawak pergi mana?" Soal Encik Syam tegas. Matanya masih tidak lekang dari memandang Idlan. 'Ada sesuatu pada anak muda dihadapannya' detik hati kecil Encik Syam.

"Saya tak bawak dia mana2 pun pakcik, sekadar bawak dia ke restoran berdekatan and saya nak mintak tolong sedikit dari dia". Janji Idlan yakin. Dia pasti akan janji nya. Dia tak akan buat sesuatu yang tak baik pada Aulia. Gadis sesuci Aulia bukan alat untuk dia melunaskan nafsu binatangnya. Dia sangat menghormati Aulia.

"Pakcik beri kamu 1 jam untuk kamu menyelesaikan masalah kamu tu. Pakcik izinkan. Dengan syarat, kamu mesti bawa dia pulang elok dan selamat sebagaimana kamu bawa dia keluar". Arah Encik Syam. Dia tahu Aulia pasti tidak senang dengan kkeputusannya, tapi Encik Syam melihat sesuatu yang berbeza dari pandangannya tentang Idlan dan dia mesti ambil tahu.

"Terima kasih pakcik! Saya janji, It'll take only an hour.. you have my words!" Encik Syam mengangguk tanda percaya dan setuju.

"Kamu tunggu disini, pakcik bagitau Aulia dulu".

"Baik pakcik! Terima kasih sekali lagi". Ucap Idlan.

"Kenapa ayah bagi??" Soal Aulia tidak sabar. Baginya, ayah tak patut mengizinkan dirinya keluar dengan lelaki bukan muhrim. Berdua pulak tu. Ahh!

"Ayah tahu dia akan pegang pada janji. Siap lah! Mungkin ada perkara mustahak yang hendak dibincangkan". Ujar Encik Syam lalu pergi meninggalkan Aulia terkulat2.

"Pergi lah Aulia. Ayah kamu tak akan saja2 bagi izin. Mesti ayah kamu percaya kat Idlan tu". Tambah Puan Hawa. Aulia mencebik. Dia geram. Geram terpaksa keluar dengan lelaki yang dia tak kenal dan tak suka! 'Lelaki mereng!' Bentak Aulia geram.

30 minit kemudian,

"Jom!" Aulia memasamkan mukanya. Dia betul2 tiada hati nak keluar dengan lelaki ini. Entah2, dia ada niat jahat, sape tau kan?! Aulia membetulkan tudung bawal crepe bidang 60 nya. Walaupun dia dipaksa untuk keluar, penampilan haruslah dijaga. Dia sekadar mengenakan blouse labuh berwarna hitam, kain berwarna dark brown, digayakan dengan tudung labuh berwarna ungu dipadankan dengan beg tangan yang dibeli di pasar malam. 'Okey apa! Janji cantik sudah!' Omel Aulia sendirian.

"Silakan.. ". Idlan membuka pintu kereta ferrari nya, mempelawa Aulia masuk ke dalam perut kereta. Aulia menurut tanpa berkata apa2. Sepanjang perjalanan menuju ke restoran, Idlan dan Aulia lebih banyak mendiamkan diri. Memang tiada apa yang patut ataupun perlu untuk dibualkan. So, baik senyap je.

Sesampai sahaja di restoran, Idlan mengambil tempat duduk jauh dari pandangan orang. Sebuah meja yang terletak di sudut restoran bersebelahan air pancut menjadi pilihan Idlan. Idlan senyap, Aulia juga turut senyap. Hanya mengikut apa yang disuruh oleh Idlan. Kami memesan menu yang simple iaitu fish n chip and french fries.

"You marah I bawak you keluar?" Soal Idlan memulakan bicara. Aulia hanya memandang Idlan tanpa memberi sebarang jawapan. Aulia lebih suka memandang kawasan air pancut dari mengambil part dalam perbualan antara mereka.

"I guess you memang marah kat I". Sambung Idlan. Sepi! Tiada jawapan. Idlan menghembuskan nafas perlahan2. Dipandang Aulia kejap. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk memulakan cerita. Aulia masih kaku. Tidak kisah akan kehadiran Idlan dihadapannya. Dia berharap agar masa ini pantas berlalu supaya dia boleh balik ke rumah semula.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience