Chapter 19

Romance Completed 29055

Aduh, dah apa pasal pulak la keluar cerita ni?!" Bentak Idlan geram. 'Aku tengah feel putus cinta ni jugaklah dia nak keluar cerita love story bagai!' Gumam Idlan sambil meneruskan juga menonton.

Makin lama, makin leka. Idlan membayangkan dirinya seperti dalam cerita yang ditonton. 'Kan best kalau aku dengan Aulia macam tu' desis hati Idlan. Dia ingin memberikan sepenuh kasih sayang kepada Aulia. Dia ingin melayari bahtera perkahwinan dengan gadis pilihannya. Dia ingin menjadi imam kepada Aulia. Semua itu tinggal kenangan setelah hajat hatinya ditolak mentah2.

Idlan memandang lemah rancangan tv dihadapannya. Dia sedih. Hidupnya berubah 360 darjah. Berubah kerana cinta pada seorang wanita yang sangat disayangi. Idlan memejam mata rapat2, cuba membuang ingatannya kepada Aulia.

"Assalamualaikum! Aku balik dah!" Laung Azman dari luar pintu. Idlan menoleh, memandang Azman menjinjit beg plastik.

"Lamanya kau! Fuh, berplastik2 tu, buat kenduri ke hape?" Ucap Idlan sambil membetulkan duduknya. Dia menutup tv lalau bergerak mengikut Azman ke dapur.

"Hang ni pun! Aku pi beli barang nak masak malam ni la sekali untuk simpanan esok. Aku ada nampak ketam tadi, fresh je aku tengok. Tu yang aku beli tu. Aku nak buat ketam masak steam limau. Hang kena rasa tau! Mak aku sendiri approved!" Puji Azman kepada diri sendiri dengan bangga sambil menyilangkan tangannya. Dia tersengih2 memandang Idlan yang hanya memerhatikan dia sedari tadi.

"Fuh! Berlagak kau ye! Haha.. okay2, aku nak try masakan kau tu, sedap ke tak? Nak tengok boleh ke setaraf macam MasterChef yang macam dalam tv tu". Ujar Idlan mencabar. Dia tersenyum memandang kawannya tu. Dia hanya memerhati Azman mengemas barang. Idlan duduk di meja makan sambil menuang air ke dalam gelas.

"Eh, pak hang apa cerita? Dia dah pencen ka belum? Hang duk ngan dia kan?" Soal Azman mula berborak. Tangannya ligat membasuh beras untuk ditanak. Sesekali dia memandang Idlan yang duduk di meja makan.

"Belum la. Ayah aku tu kerja lagi. Kalau tak, siapa pulak la nak uruskan syarikat tu. Aku sekarang ni duduk dengan ayah aku la, nak duduk mana lagi. Tapi sesekali aku balik la rumah sewa aku tu. Kalau tak nanti, merajuk pulak rumah kesayangan aku tu". Terang Idlan panjang lebar. Dia teringat papa nya. Sejak dia sampai, dia masih belum memberitahu Encik Eddy apa2 berita tentang dia. Pasti papa nya risau. Idlan mengambil roti lalu menyuap ke dalam mulut.

"Eh, kau dah lama ke duk sini sorang2? Apa cerita kau sekarang ni?" Soal Idlan. Lama dia tidak mengetahui perkembangan terkini kawannya itu. Dia menunggu Azman bercerita.

"Aku? Camnilah. Hidup sorang, makan sorang. Lama dah aku tak duk ngan mak pak aku. Depa tak mau aku duk ghumah sana. Biaq aku sendiri. Depa habaq suh aku berdikari. Aku ikut jelah. Aku keja kat syarikat hartanah. Boleh la sikit2 tampung hidup ni. Aku pun, takdelah belanja mana. Kira boleh laa. La ni pun, aku baru naik pangkat. Rezeki kan. Syukur la sangat2. Eh, hang tau tak si Razali kawan sekelas kita tu dah menikah? Baru 2 hari lepas!" Azman memandang Idlan. Dia sedang membasuh ketam yang dilonggokkan didalam sinki. Idlan dilihatnya berkerut2 sedang berfikir.

"Razali yang dulu gemuk2 tu kan? Yang orang panggil dia apam tu ek?" Idlan bertanya. Azman mengangguk laju mengiyakan soalan Idlan.

"Wah! Yeke?! Bagus lah. Dah kahwin dah dia tu. Kau pulak bila, Man?" Soal Idlan mengusik kawannya tu. Dilihat Azman tergelak2 dengan soalannya. 'Kelakar ke soalan aku' gumam Idlan didalam hati.

"Aku ni mana lah orang nak. Dah lah tak hensem, kurus macam ikan bilis pulak tu. Orang tengok pun tak dak mood hang tau!". Azman merendah diri. Dia sudah membuat muka sedih. Idlan pula membuat muka tak percaya. Masakan kawannya itu tiada yang tersangkut. Bukanlah tak kacak, cuma kalau nak dibandingkan dengan Idlan, dia cuma kurang kacak sikit. Muka masih lagi tergolong dalam lelaki metro. Kalau masuk majalah, kira dia page belakang2 la. Haha. Bab ikan bilis tu, memang Idlan setuju la. Dari dulu sudah dikata, masuk gym, biar nampak sado sikit taklah ikan bilis sangat. Tapi, Azman yang tak mahu. Katanya dia bersyukur apa yang ada. Jadi, Idlan akur sahajalah.

Azman berhenti membasuh ketam lalu bergerak menuju ke meja makan. Dia segera menarik kerusi disebelah Idlan lalu mula melakukan sesi soal jawab.

"Aku tau hang ada secret2 ni nak sembunyi dari aku. Habaq mai la kut la aku boleh tolong. Aku kan kawan hang dunia akhirat!". Ucap Azman sambil menepuk2 bahu Idlan. Keningnya sengaja diangkat2 dan tersenyum kambing. Dia cuba serkap jarang. Mana tidaknya, masa kecil2 dulu, kalau Idlan kena marah dengan Encik Syam, pasti dia akan lari kerumah Azman. Bab lari2 ni, serah lah pada Idlan. Dia memang jaguh! Kira Idlan jauh2 datang kerumahnya ini, bukan dikira lari ke?

"Ahh kau ni. Mula la tu nak jadi wartawan pulak. Aku takde secret2 ni semua. Aku dah baik sekarang ni". Jeling Idlan kepada kawannya. Dia tersengih. Kalau la kawannya itu boleh membaca isi hatinya, pasti akan ditertawakan. Dia menggeleng.

"Aku tak kata pun hang dulu jahat. Awat? Hang dulu jahat ka? Kot la hang ada rosakkan hati perempuan?" Azman mengusik. Terjegil biji mata Idlan dengan ayat kawannya. 'Memang tak makan saman betul mulut dia ni' bisik Idlan didalam hati.

"Uish..mulut kau elok sikit, Man! Satgi ketam tak masak, engkau yang aku buat steam nanti". Marah Idlan. Dia menumbuk lembut bahu kawannya. Azman tergelak kecil. Dia merapatkan tangannya seolah2 seperti orang sedang memohon maaf. Azman kembali ke sinki menyambung tugasnya. Dia merosakkan hati perempuan? Bukan dia, tapi perempuan yang telah mematahkan hatinya. Dia sudah putus harapan. Idlan sudah terbayang wajah Aulia. Dia memandang siling dapur sehinggalah dia khayal dalam dunianya. Lama mereka melayan perasaan masing2 sehinggalah,

"Siap!"

Azman memecah kesunyian. Idlan terkejut dengan jeritan kecil kawannya. Dia memandang kearah hidangan diatas meja makan itu. 'Aik, kejap betul siap' detik hati Idlan.

"Cepat gila kau masak? Aku rasa kau baru je basuh ketam tu, takkan dah siap? Superman betul!" Ujar Idlan teruja.

"Tulah, duk mengelamun sampai tak sedar. Hang tu duk mengelamun dari tadi sampai aku cakap pun hang buat bodoh je. Aku punyalah pung pang kat dapur ni hang boleh kaku sorang kat situ. Tak baik sungguh la hang ni, Idlan!" Bebel Azman. Idlan sudah tergelak kecil. Dia memandang hidangan dihadapannya. Bau aroma ketam steam menusuk rongga hidungnya. Matanya sudah bersinar2. Kecur liur nya melihat hidangan tersebut. Sesekali dia menghidu bau masakan itu.

"Pergh! Bau mengancam kalbu ni! Macam sedap je!". Puji Idlan. Azman sudah tersenyum bangga.

"Hang tau apa! Aku ni chef terkenal di daerah ni. Hang kalau kata lauk aku tak sedap, memang hang ni ada masalah deria!". Ujar Azman seraya mencapai sudu dan dihulurkan kepada Idlan. Idlan pantas mengambil dan menceduk sedikit kuah ke sudu nya. Perlahan2 dia menyuap kedalam mulut. Idlan sengaja mengerutkan mukanya. Sekejap2, dia menggeleng, sekejap2 dia mengangguk.

"Rasa dia ada. Warna dia tak menarik minat saya. Perlu penambahbaikan". Komen Idlan seakan2 seperti rancangan MasterChef. Azman sudah menolak bahu Idlan kuat.

"Pungkok hang! Hang main2 eh! Apa lah!". Azman sudah mencapai sudu di tangan Idlan lalu merasa sedikit. Matanya terbeliak.

"Gila lah! Sedap wei! Tak sangka aku ni pandai masak noh!". Puji Azman kepada diri sendiri. Idlan sudah mencebik. Dia tergelak kecil melihat kawannya itu.

"Tak kisah lah! Aku lapar wei. Jom makan!". Ajak Idlan seraya bangun dan terus mencapai pinggan di rak. Dia segera menceduk nasi dan mula mengambil seekor ketam lalu diletakkan di pinggan. Azman pula menuang air di gelas. Dia mengeluarkan lebihan sambal belacan didalam peti sejuk.

"Fuh! Baru lah ada kick!". Idlan tersenyum lalu menceduk sedikit sambal kedalam pinggannya. Mereka menjamu selera dengan lahap. Bertambah Idlan makan. Mujurlah kawannya masak nasi lebih. Dia tersenyum bangga.

"Wei Idlan. Hang awat tak kahwin2 lagi? Muka dah cukup mengancam. Takkan takda sorang pun yang tersangkut dengan hang?". Soal Azman ketika mereka sedang menjamu selera. Idlan tersedak. 'Takda time lain agaknya kawan aku ni'. Detik hati Idlan.

"Kau pun! Tanya la kejap lagi! Sakit dada aku ni". Marah Idlan. Dia sudah memukul2 kuat dadanya. Dihirup rakus air digelas.

"Aduh! Mana aku nak tau hang sensitip pasai ni!". Azman sudah tergelak kecil. Dia segera menuang air kedalam gelas kawannya itu. Idlan menjeling tajam.

"Kau ni! Aku ni tetamu tau. Mana elok kau buat tetamu macam ni". Idlan menghirup baki air didalam gelas. Mujurlah dia cuma tersedak kecil. Kalau lah heart attack tadi, selamat tinggal dunia!

"Tak kisah lah! Aku tanya ja. Ha, awat yang hang tersedak sangat tuh? Ni mesti kes ada girlfriend la ni tak mahu habaq kat aku!". Azman sudah tersenyum lebar. Dia membuat muka tak bersalahnya.

"Aduh! Malas la aku nak jawab soalan kau tu. Kau simpan jelah ye! Aku nak makan". Idlan terus meyuap makanan ke dalam mulut membiarkan kawannya terpinga2.

"Hoho.. aku tahu ni mesti ada something wrong somewhere! Ke, hang kena reject?". Soalan Azman membuatkan suapan Idlan terhenti. Dia memandang wajah kawannya. Idlan menolak pinggan ke depan. Seleranya mati. Azman ternganga melihat reaksi kawannya.

"Hang pasai pa? Aku salah cakap ka?". Berkerut dahi Azman melihat kebisuan Idlan. Idlan menghela nafas berat. Dia memandang kawannya lemah. Idlan mengangguk perlahan.

"Betul la hang kena reject? Pasai pa? Hang cukup handsome kot! Rupa ada, harta ada, semua lah! Awat dia tolak hang? Aku sure perempuan tu memang buta mata buta hati!". Azman mula menunjukkan ketidakpuasan hatinya.

"Man! Dia tak macamtu! Aku yang tak layak untuk dia". Ujar Idlan lesu. Dia bersandar lemah di kerusi. Matanya memandang ke lantai.

"Apa maksud hang tak layak untuk dia? Aku tak faham la". Azman menggaru kepala nya yang tak gatal. Dia memandang Idlan tak berkerdip.

"Aku pernah buat silap. Aku pernah tidur dengan perempuan". Idlan memandang kawannya lama. Azman teragak2. Tidak tahu ingin memberikan reaksi apa.

"Mak..maksud hang, hang pernah terlanjur?. Soal Azman tidak percaya. Bulat matanya memandang kawannya itu. Tak mungkin kawannya melakukan perbuatan terkutuk itu. Tak mungkin!

"Aku tahu salah aku sebab aku buat dosa. Tapi aku dah bertaubat. Aku dah tinggalkan segala2nya. Aku dah berubah. Tapi, mungkin ni balasan aku sebab dosa aku dulu kot. Takpelah, Man. Aku terima je". Luah Idlan pasrah. Dia tersenyum hambar. Bolehkah dia menerima apa yang telah berlaku?

"Sat2, aku tak faham ni. Hang kenai ngan sorang perempuan pastu hang suka kat dia. Pastu hang kena tolak sebab dia tau pasai kisah silam tu walaupun dia tau hang dah taubat? Macam tu je?". Soal Azman satu persatu. Jelas wajahnya menunjukkan tidak puas hati. Senang2 sahaja kawannya ditolak asbab dosa silamnya? Dia tak boleh terima.

"Biar la, Man. Nak buat macam mana. Takde jodoh kan!". Ujar Idlan cuba meredakan situasi. Tangannya ligat bermain dengan sudu dipinggan. Azman menggelengkan kepala berkali2.

"Takdak jodoh aku boleh terima la Idlan! Tapi kes takdak jodoh sebab dosa silam hang! Gila lah! Apa dia ingat dia tu suci macam malaikat ka nak judge orang macamtu?! Takyah la hang nak berat otak fikir perempuan tu lagi! Hang cari lain lagi bagus! Ramai lagi kat luaq tu yang boleh terima hang ni". Azman memberi semangat. Idlan tersenyum hambar. Kalau lah dia boleh lakukan itu semua, pasti dah lama dia lupakan. Tapi, hatinya tetap pada Aulia.

"Aku cinta dia!". Sebaris ayat yang terucap dari bibir Idlan. Sebaris ayat itu juga lah yang membuatkan Azman menggeleng tak percaya. Memang cinta itu buta!

"Fuh! Hang ni dah parah ni! Aku rasa lah, kalau bawak hang pi bomoh pun belum tentu angau hang hilang". Ujar Azman sambil tersengih. Idlan tergelak kecil mendengar komen kawannya. Sampai macam tu sekali?

"Haha. Takdelah sampai bawah bomoh segala. Aku cuma tak boleh nak lupakan dia. Aku cintakan dia, bro! Nasihat dia yang buat aku nekad nak berubah. Aku cintakan dia sebab diri dia!". Idlan tersenyum lebar. Segera ingatannya menerjah ke seraut wajah gadis yang dicintainya.

"Kalau macam ni lah, aku pun tak boleh nak kata apa lagi. Hang dah kemaruk nak dia. Hang usaha la sampai dapat. Aku cuma boleh bagi semangat kat hang. Aku doa hang dengan dia bersatu". Ujar Azman ikhlas. Dia menepuk lembut bahu kawannya. Dia yakin, pilihan kawannya pasti yang terbaik.

"Ameen! Aku tak kisah sangat lah! Kau tu! Mustahil takde siapa nak. Story la kat aku wei!". Idlan mendesak. Dia memandang kawannya tak berkelip. Azman tersengih.

"Aku dah tunang sebenaq nya". Azman menjawab malu2. Dia tersengih memandang Idlan yang sudah terbeliak biji mata memandangnya.

"Gila la kau ni! Dah tunang tak cakap dengan aku! Siapa wei?". Soal Idlan tidak sabar. Tegak duduknya menghadap kawannya itu.

"Shaira. Baru ja aku tunang haritu". Azman menjawab tenang. Idlan sudah memukul lengan kawannya. Teruja dia mendengar.

"Pergh! Hebat kawan aku ni. Diam2 ubi berisi walaupun kau ni tak lah berisi mana!". Idlan mengusik. Azman sudah menumbuk perut Idlan.

"Sakit doh! Part yang ni, berisi!". Pecah tawa mereka berdua. Idlan sudah mengusap perutnya perlahan. Dia memandang kawannya, turut merasa gembira. Dia berharap agar berkekalan perhubungan mereka. Cuma dia, arah mana perhubungan dia? Arah mana haluan hidupnya?

"Jadi, hang nak kerja apa kat sini?". Soal Azman tiba2. Idlan menoleh kearah kawannya.

"Aku nak belajar pondok". Idlan tersenyum lebar. Dia sudah tahu arah tuju hidupnya. Azman memandang sepi.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience