Chapter 12

Romance Completed 29068

Assalamualaikum, pa!". Idlan mengucapkan salam kepada Encik Eddy. Terkejut dibuatnya sehinggakan tak berkelip memandang anaknya. 'Anak aku ni sihat ke tak. Baik semacam pulak. Betul ke apa yang aku dengar ni?' Bisik hati kecil Encik Eddy. Bertambah hairan Encik Eddy bila Idlan menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Sihat pa?" Soal Idlan. 'Papa mesti pelik melihat perangai aku pagi ni'. Desis Idlan.

Hari ini merupakan hari yang baru buat Idlan. Dia bangun awal pagi ini untuk memulakan hari yang baru. Janjinya pada Aulia untuk meninggalkan tabiat lamanya akan cuba ditepati. Aulia! Bagaikan satu arus eletrik apabila nama wanita itu disebut. Semalam Idlan tidur bertemankan nasihat2 Aulia kepadanya. Sepanjang pulang dari berjumpa Aulia, dia hadam lumat kata2 wanita itu. Harapannya, dia mampu menjadi lelaki yang soleh. Mampu memimbing wanita yang bakal menjadi suri dalam hidupnya satu hari nanti.

"Alhamdulillah.. papa sihat aje. Kamu tu, sihat ke? Lain macam papa tengok ni". Soal Encik Eddy kembali. Hairan melihat gelagat anak bujangnya pagi ini. Setelah kejadian yang menyebabkan hubungan mereka renggang, Idlan tidak pernah menghulurkan tangan bersalaman dengan nya. Apatah lagi bertanya khabar. Sudah tentu gelagat Idlan hari ini menjadi tanda tanya buat Encik Eddy.

"Pa, ada nak pergi mana2 ke hari ni?" Soal Idlan.

Idlan merancang untuk mengajak papa nya ke kedai buku. Tekad nya untuk mencari buku panduan solat. Sudah lama dahinya tidak mencecah sejadah. Semuanya menjadi keras. Semalaman juga lah Idlan cuba mengingati cara untuk solat, tapi semuanya hampa! Idlan langsung tak mampu untuk mengangkat takbir. Gara2 air syaitan yang diteguknya selama ini membuatkan tubuh badan Idlan kaku dari melaksanakan tuntutan solat. Idlan memandang Encik Eddy menunggu jawapan.

"Ade meeting dengan client kejap lagi, lepas tu papa free. Kenapa Idlan?" Encik Eddy memandang Idlan kehairanan. Idlan terrsenyum2 memandang Encik Eddy. 'Anak aku sudah berubah ke? Kalau betul la, bersyukur nya aku, ya Allah!' Doa Encik Eddy didalam hati.

"Kita breakfast dulu, lepastu papa pergi office dulu, then baru Idlan bagitau papa nak kemana". Jawab Idlan tenang. Encik Eddy cuma mengangguk tanda setuju. Dihirup kopi yang hampir sejuk sehingga habis. Encik Eddy bingkas bangun dan memeluk anaknya.

"Welcome back, my son!". Encik Eddy menepuk2 bahu Idlan tanda berpuas hati dengan perubahan anaknya. Idlan membalas dengan senyuman. Dia juga berdoa agar penghijrahan nya ini merupakan yang terbaik baginya.

***

Aulia terjaga dari tidurnya. Dia mengerling sekilas ke arah jam di meja sisi. 5 pagi. Aulia menggeliat malas diatas katil empuknya. 'Awal lagi ni. Alang2 dah bangun baik aku solat sunat'. Gumam Aulia. Dengan malas2 Aulia bangun dari katil. Dia berjalan menuju ke meja solek, mencapai sikat lalu disikat rapi rambut nya yang panjang mengurai. Aulia mengambil sepit rambut di atas meja solek dan menyepit rambutnya kemas. Dia terus menuju ke bilik air yang terletak didalam biliknya. Dengan perlahan2 Aulia mengambil wudhu. Sungguh tertib.

Keluar sahaja dari bilik air, Aulia mencapai telekung yang tergantung dibelakang pintu lalu menyarungkan ke tubuhnya. Aulia pantas melaksanakan solat sunat tahajjud diiringi solat sunat hajat. Panjang doa Aulia di sujud yang terakhir. Berharap agar dia dipertemukan dengan jodoh yang soleh. Sentiasa menjadi wanita solehah dan teguh dengan iman dan islam. Tak lupa juga mendoakan agar Idlan bertemu hidayahnya. Aulia tidak putus2 memohon agar Idlan berubah menjadi yang terbaik.

Selesai solat, Aulia mencapai Al-quran nya lalu mengulang beberapa surah dari hafalannya. Ketika Aulia sedang khusyuk mengulang, azan subuh kedengaran sayup2 dari corong pembesar suara masjid. Aulia terus menutup Al-quran dan meletakkan di atas katil. Sabar menunggu azan dilaungkan. Selesai sahaja azan, Aulia terus berdiri untuk melakukan solat fardhu subuh. Tertib dan penuh tomakninah. Aulia sudahi dengan salam dan berdoa kepada Allah.

"Aulia dah solat ye?" Soal Puan Hawa ketika menjenguk kedalam bilik Aulia. Dia melihat anaknya yang lengkap bertelekung.

"Sudah, bu". Jawab Aulia. "Ada apa?" Soal Aulia kembali.

"Tak, ingatkan Aulia belum solat. Bolehlah nak ajak berjemaah sekali dengan ayah". Balas ibunya sambil tersenyum memandang Aulia.

"Takpelah, ibu keluar dulu ye". Sambil menutup rapat pintu bilik Aulia. Aulia kemudiannya menyambung hafalan yang tertangguh tadi. Sedar2, Aulia sudah mengulang sehingga pukul 10 pagi. Bingkas Aulia bangun dari sejadah. Melipat kemas telekung dan terus keluar untuk membantu ibunya menyediakan sarapan.

"Kak Aulia! Mari sini jap". Panggil Adhwa' ketika Aulia melewati biliknya.

"Ada apa Adhwa? Akak nak tolong ibu masak ni. Ade hal penting ke?" Tanya Aulia kehairanan. Adiknya yang seorang ini baru nampak kelibat. Kalau tidak, entah manalah merayap nya.

"Kak, tolong jahitkan kain Adhwa ni, koyak laa, pleaseeeee.. akak kan cantik, comel!" pinta adik nya. Adhwa geleng kepala melihat perangai adiknya yang ini. Kalau bab memujuk, nombor satu.

"Hai, dah besar panjang pun tak tau jahit lagi ke?" Soal Aulia. Saja dia menekankan perkataan 'besar panjang'. Biar adiknya faham sikit.

"Adhwa bukan tak tau, tapi Adhwa sakit tangan ni. Kesiankan la Adhwa". Rengek Adhwa manja. Aulia malas nak melayan ngada2 Adhwa terus mencapai kain yang dihulur.

"Esok baru akak bagi". Janji Aulia pada Adhwa. Melompat keriangan Adhwa melihat kakaknya yang terus mencapai kain tersebut.

"Yeah! Sayang kak Aulia!". Jerit Adhwa gembira. Aulia terus keluar dari bilik Adhwa. Diletakkan kain dibilik nya lantas berlari anak mendapatkan ibunya di dapur.

"Ibu nak masak apa ni?" Aulia memandang Puan Hawa yang sedang memotong tempe.

"Masak simple jelah, Aulia. Sup sayur dengan tempe goreng. Ibu penat pulak harini" rungut Puan Hawa sambil tangannya ligat memasukkan tempe yang sudah dipotong tadi kedalam bekas. Aulia pula mencapai tauhu didalam mangkuk lalu dipotong menjadi empat. Aulia mencuci tauhu yang sudah dipotong itu. Puan Hawa mula menggoreng tempe yang sudah dikacau dengan serbuk kari dan perasa. Aulia mengambil periuk dari dalam almari untuk mula masak sup sayur. Mereka berdua terus leka dengan kerja masing2 sehinggalah makanan siap dimasak.

"Aulia, bawak sup ni ke depan ye!" Arah Puan Hawa. Tanpa berlengah, Aulia terus mencapai mangkuk yang berisi sup ke meja makan. Aira pula sedang membancuh air kegemarannya, sirap bandung. Hari ini mereka sekeluarga dapat berkumpul bersama menjamah makanan tengahari. Sudah lama Aulia tak dapat berkumpul sekeluarga. Kakak nya yang sulung, Auni Ayla yang menetap di Shah Alam manakala kakak nya yang kedua, Ain Noura, yang menetap di Klang, balik hari ini untuk berhujung minggu bersama keluarga. Riuh rendah rumah teres dua tingkat itu dengan suara anak2 buah Aulia bermain. Aulia sangat gembira. Rindu zaman mereka adik beradik dahulu. Waktu sama2 membesar dirumah teres ini.

Mereka duduk bersama2 di ruang tamu berborak tentang diri masing2. Tak terlayan Aulia dek anak buah yang sangat aktif bermain. Sedang Aulia sibuk melayan karenah anak buah nya, Aulia terdengar bunyi mesej masuk melalui telefon bimbitnya. Dijeling sekilas untuk melihat siapa gerangan yang menghantar mesej kepadanya. Idlan!

Dengan segera Aulia mencapai henset nya dan teumrus membuka mesej yang baru diterimanya.

Thanx 4 everything. Awak telah mengubah hidup saya. Such a great woman!

Aulia membaca dengan teliti mesej tersebut. Tersenyum melihat kandungan mesej yang terpampang di skrin henset. Aulia gembira! Dia sendiri tidak memahami hatinya saat ini. Semalam bukan main menyampah pada Idlan. 'Kenapa dengan aku ni' omel Aulia sendiri sambil matanya tak lepas menatap mesej tersebut.

"Haa! Maklang Lia ade pakwe yee.." usik anak buah nya sambil mengangkat2 keningnya. 'Budak kecik, tapi dah pandai kenakan orang besar' bebel Aulia.

"Eh, mana ada laa.. maklang Lia senyum sebab kawan maklang Lia hantar mesej. Bukan pakwe!". Terang Aulia kepada anak buahnya.

"Iye ke? Ummi cakap kalau mesej pastu senyum2, tu tanda orang bercinta". Jawab anak buahnya lancar. Terbeliak biji mata Aulia mendengar anak buahnya berkata begitu.

"Pandailah awak ni ye! Takde nye senyum2 tu tanda bercinta! Meh sini maklang Lia geletek dia!". Terus Aulia mendapatkan anak buahnya dan melepaskan kuasa geleteknya. Berguling2 anak buahnya menahan geli.

"Haa.. mengigau la budak ni nanti Aulia oi!" Tegur kakaknya, Auni Ayla melihat anak sulungnya berguling2 menahan geli. Aulia berhenti dari menggeletek anak buahnya sambil menahan gelak.

"Budak bertuah ni la ha kacau Aulia, kak. Pandai dah dia sekarang usik Aulia. Ada pulak kata Aulia bercinta!". Beritahu Aulia kepada kakaknya.

"Kenapa? Awak bercinta ke sekarang ni?". Soal Auni Ayla sambil mengangkat2 kening minta kepastian.

Ops!

"Er,, urm,, takpun!". Jawab Aulia tergagap. Dah kenapa pulak kan dia nak tergagap. Aulia cuba lari dari situasi ini.

"Ummi! Maklang Lia mesej senyum2. Ummi yang kata kan kalau senyum2 tu maksudnya pakwe yang mesej". Anak buahnya bersuara kembali. Aulia sudah merona.

"Hurm. Aulia?". Auni Ayla sudah tersengih. Dia menyilangkan tangan didada. Aulia sudah berpeluh.

"Kawan je. Bukan pakwe pun. Nothing special". Ujar Aulia. Mata sudah tertumpu penuh kepada Aulia.

Aulia kaget!

***

"Kamu nak bawak papa kemana, Idlan?". Soal Encik Eddy didalam kereta. Hairan melihat Idlan yang tersenyum2 sejak dari pejabat tadi. Bila ditanya, tiada jawapan yang diberikan hanya senyuman sahaja.

"Pa, tunggu jelah. Nanti papa akan tau jugak". Jelas Idlan bersahaja. Dia berharap sangat Encik Eddy dapat membantunya untuk mengenal ajaran Islam kembali.
Sepanjang didalam kereta, mereka tak banyak berborak. Sesekali Idlan bertanyakan tentang hal pejabat.

"Dah sampai pun. Jom, pa!" Ajak Idlan. Encik Eddy tak berkerdip memandang anaknya. Sekejap dia memandang Idlan, sekejap2 dia memandang tempat yang mereka tuju.

"Nak buat apa kat kedai buku ni, Idlan??" Soal Encik Eddy sambil menggaru2 kepala yang tak gatal. Idlan tersenyum memandang papa nya.

"Idlan nak mintak tolong papa carikan Idlan buku2 panduan solat sekaligus ajar Idlan tentang Islam balik. Idlan sedar yang Idlan dah jauh tersasar dari landasan syariat. Idlan tak mampu untuk mengingati cara solat. Lidah Idlan kelu, kaku untuk membaca ayat2 Al-quran. Idlan takut, pa! Idlan takut kalau2 Idlan mati dalam kufur!" Terang Idlan panjang lebar. Ada sendu di wajahnya. Redup mata memandang wajah papa nya. Berharap Encik Eddy dapat membantu anak bujangnya ini.

"Nak, papa bersyukur sangat kamu dah berubah. InsyaAllah, Allah akan bantu kamu untuk kenal pencipta balik. Papa pasti akan bantu! Anak papa kan!" Gelak Encik Eddy sambil menggenggam erat tangan anaknya.

"Thanks, papa". Ujar Idlan.
Mereka beriringan ke kedai buku untuk mendapatkan apa yang dicari.

Hampir 2 jam lamanya mereka didalam kedai buku tersebut. Lepas satu, satu rak yang mereka geledah. Sekejap berdiri, sekejap duduk pula di tepi rak. Encik Eddy juga begitu. Demi anak bujangya, apa sahaja sanggup dituruti. Dia mengharapkan anak bujangnya dapat berubah menjadi Idlan Syahid yang dulu. Idlan Syahid berkerut2 membelek2 setiap buku yang terdapat di rak itu. Dia memastikan agar buku yang dipilih adalah bertepatan dengan apa yang dicari.

"Pa, Idlan ada jumpa 5 buah buku ni. Cuba papa tengok, okay ke tak? Sesuai ke tak?" Encik Eddy membelek2 buku yang dihulurkan. Dia membuka helaian dalam buku2 tersebut. Lama Encik Eddy membaca. Akhirnya Encik Eddy mengangguk setuju. Encik Eddy juga ada terjumpa sebuah buku bertajuk "Indahnya Islam".

Mereka terus ke kaunter untuk membuat pembayaran. Idlan tersenyum lebar dengan buku2 yang dibeli nya itu. 'Tak sabar aku nak baca'. Bisik hati Idlan.

"Pa, jom lunch!. Hari ni teringin makan kat Secret Recipe la". Cadang Idlan. Dari malam semalam perut nya mengidam spaghetti di situ. Kecur air liur memikirkan spaghetti meatball yang menjadi kegemarannya. 'Uh! Sedap wei!' Gumam Idlan. Berkali2 dia menelan air liur. Kes tak boleh tahan la ni.

"Boleh jugak. Papa pun dah lama tak makan kat situ. Erm, anak bujang papa nak belanja ke?" Usik Encik Idlan. Lama benar dia tidak makan semeja dengan Idlan. Rindu rasanya. Dia memandang lama wajah anaknya. 'Kalau lah Mariah masih hidup, pasti Mariah bangga dengan anak bujang Mariah' desis hati tua nya. Dia rindukan arwah isterinya, cinta pertamanya. Mana mungkin dia melupakan isteri sebaik Puan Mariah. Dia sentiasa bersama susah dan senang Encik Eddy. Hati tua nya dipagut sendu.

"Pa, termenung pulak! Jom la!" Suara Idlan melenyapkan ingatan Encik Eddy. Dia mengangguk dan berjalan bersama menuju ke kedai Secret Recipe yang terletak di hujung deretan kedai buku tersebut. Tak terucap syukur dihati. Gembira dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada nya selama ini. Bersyukur anak bujangnya telah kembali ke pangkuannya.

"Sedap betul Spaghetti ni, Idlan! Selalu papa kesini tapi tak pernah pulak papa order spaghetti ni..". Puji Encik Eddy kagum dengan rasa Spaghetti meatball disitu. Dia menghabiskan makanan nya dengan pantas sekali. 'Sedap sangat la tu' bisik hati kecil Idlan. Tersenyum dia melihat gelagat papa nya. Kelakar!.

"Itulah pa, Idlan guarantee memang sedap punya. Papa tak payah risau la. Lepas ni, Idlan nak ajak papa pergi satu restoran steak favourite Idlan. Steak kat situ semua nya sedap2. Confirm papa teruja nanti". Terang Idlan bersemangat. Dia sudah membayangkan wajah papa nya makan dengan lahap. Haha..

"Boleh2! Pastikan kamu bawak ye, Idlan. Papa pun dah lama tak keluar dengan kamu, borak sama2, makan sama2. Rindu rasanya. Yelah, macam kita dulu2..". Encik berjeda, lama. Hilang senyuman yang terukir di wajah tuanya. Muka Idlan berubah. Dia faham maksud Encik Eddy itu.
"Pa, Idlan tau semua yang jadi berpunca dari Idlan. Maafkan Idlan, pa. Idlan janji dengan papa yang Idlan akan betulkan keadaan kita sekeluarga". Janji Idlan yakin. Dia memandang wajah Encik Eddy. Suram. Idlan cuba tersenyum. Cuba untuk menghantarkan secubit ketenangan di dalam hati Encik Eddy. Lama mereka mendiamkan diri. Idlan menghirup air teh dihadapannya.

"Idlan!". Tegur satu suara di sebelahnya.
Idlan menoleh memandang gerangan empunya suara. Encik Eddy juga begitu. Memandang gerangan empunya suara dan memandang anak bujangnya.

'Siapa perempuan ni?' Bisik hati Encik Eddy.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience