Chapter 13

Romance Completed 29068

Hari ini hujan turun dengan lebat nya. Aulia bermalas2 diatas sofa di ruang tamu. Tiada aktiviti yang boleh dilakukan sementelah hujan yang turun dari tadi, tiada tanda nak berhenti. Sudah seminggu kakak2 nya pulang ke rumah masing2, sudah seminggu juga lah Aulia terperap di rumah.

Peristiwa pagi tadi menerjah di ingatan. Aulia mendapatkan kembali kereta nya. Gembira tak terkata. Mana tidak nya, kereta kesayangan sudah sihat. Mahu senyum sampai telinga bila kereta Myvi nya muncul di depan rumah. Dia tak sangka Idlan begitu menepati janji. Bukan sahaja kereta yang muncul, malah disertakan sejambak bunga ros didalam kereta, sekeping kad dan sebuah hadiah. Aulia mengambil barang2 tersebut dan segera dibawa ke bilik. Risau jika ibu dan ayahnya melihat, takut disangka lain pula. Hadiah yang berupa sebuah selendang labuh bercorak rama2 menjadi tumpuan Aulia. Cantik! Aulia membaca sekeping kad yang terletak di jambangan bunga tersebut.

~Hanya untuk wanita yang cantik~
Idlan Syahid

Aulia hairan melihat tulisan yang tertera di kad tersebut. 'Merepek je mamat ni' omel Aulia lalu meletakkan kembali kad ke tempat asal. Aulia melipat selendang tersebut dan diletakkan kembali kedalam kotak. Dia mencapai henset ASUS yang terletak di atas katil lalu menghantar mesej kepada pengirim bunga tersebut.

Thanks a lot. Tapi x perlu kot hadiah tu sume.

Aulia menekan butang send. 3 minit selepas itu bunyi henset tanda mesej baru masuk. Aulia membuka mesej, Idlan menjawab,

X suka ke? Hadiah tu utk awak. Terimalah. Saya ikhlas. Kalau x ambik, saya merajuk!

Aulia mengerutkan dahi. 'Dah kenapa pulak mamat ni? Tak sihat agaknya! Nak merajuk bagai.' Desis Aulia. Dia menekan butang reply,

Pulak?? Hurm, mesti mahal selendang tu. Saya segan la. Lagipun saya bukan nya buat ape2 pon. Nanti kalau ibu n ayah nampak, apa pulak diorang fikir.

Aulia menekan butang send. Pening dia memikirkan perihal mamat seorang ni. Aulia mengeluh perlahan. Sakit pula tengkuknya. Diurut perlahan2 tengkuk nya bagi menghilangkan rasa sengal2. Mesej masuk.

Bia la diorang nmpk, mana tau ada peluang!

'Oh ho! Ini sudah lebih mamat mereng ni' bentak Aulia sebal. Dia menekan butang reply,

X chat ke?? Rasa kene jumpa doc you ni, Encik Idlan. Apa2 jela, malas nak layan. Banyak keje nak buat ni. Apa2 pon, thnx a lot. Saya hargai.

Send!

'Jangan la dia reply yang pelik2' Doa Aulia didalam hati.

Lama Aulia menunggu, tiada mesej masuk. Aulia lega. Dicampak henset diatas katil lalu keluar untuk menonton televisyen. Dibiarkan hadiah dan bunga terletak diatas meja solek.

***
Idlan Syahid POV

Baru sebentar tadi aku mengarahkan budak2 untuk menghantar kereta Aulia ke rumah. Sepatutnya kereta itu dah lama sihat, tapi aku saja berlama2 supaya dapat selalu berhubung dengan Aulia.

Entah mana datang perangai pelik aku bila aku sengaja meletakkan hadiah, bunga dan kad didalam kereta Aulia. Aku berharap agar Aulia memahami maksud yang tersirat di hati ini. Terkocoh2 aku mencari kedai bunga untuk membeli sejambak ros merah. Tersenyum meleret bila memikirkan idea ni. Selendang itu merupakan selendang arwah mak. Aku sendiri tidak pasti kenapa aku beriya ingin memberikan selendang itu kepadanya. Hati aku meronta2 untuk menghadiahkan selendang tersebut. Mungkin aku merasakan yang Aulia begitu dekat dengan hati aku, mungkin!

Tut! Tut!

Bunyi henset SAMSUNG menandakan mesej masuk. Segera aku mengambil henset kesayangan yang terletak di bawah bantal. Aku membuka mesej, Aulia!

Thanks a lot. Tapi x perlu kot hadiah tu sume.

Aku mengerutkan dahi. Pelik dengan sikap Aulia. 'Bukan perempuan suka dapat hadiah ke?' Aku bermonolog sendirian. Lantas menekan butang reply,

X suka ke? Hadiah tu utk awak. Terimalah. Saya ikhlas. Kalau x ambik, saya merajuk!

Send!

Sengaja aku nak mengusik dia. Aku dapat membayangkan wajah nya yang merona merah bila malu ataupun marah. Aku tersenyum menampakkan lesung pipit. Aku garu2 kepala yang tidak gatal. Menunggu respon dari Aulia.

Pulak?? Hurm, mesti mahal selendang tu. Saya segan la. Lagipun saya bukan nya buat ape2 pon. Nanti kalau ibu n ayah nampak, apa pulak diorang fikir.

'Lagi bagus!' Desis hatiku. 'Aku suka kau, Aulia! Masih tak nampak ke?' Jerit Idlan didalam hati. Aku reply,

Bia la diorang nmpk, mana tau ada peluang!

Send!

Hahaha.. Tersenyum puas! Aku memandang mesej yang baru aku hantar. 'Harap kau faham sayang! Aku suka kan kau!' Doaku penuh harap. Aku menunggu dengan sabar. Mengharapkan jawapan yang pasti. Mesej masuk,

X chat ke?? Rasa kene jumpa doc you ni, Encik Idlan. Apa2 jela, malas nak layan. Banyak keje nak buat ni. Apa2 pon, thnx a lot. Saya hargai.

What!!? Untuk seketika lidah aku kelu. Memang Aulia tak faham akan maksud aku. Aku campak henset ke atas meja. Bengang! 'Shit! Macam mana cara nak bagi dia faham? Think, Idlan!' Aku memejam mata, rapat!.

Knok! Knok!

"Boleh papa masuk?" Soal Encik Eddy menjenguk di balik pintu. Idlan memandang kearah Encik Eddy seraya mengangguk tanda setuju. Encik Eddy melabuhkan punggung di sebelah anak bujangya. Idlan membetulkan duduk. Di kemas buku2 yang berselerak di atas meja. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata gara2 menelaah buku yang dibelinya tempoh hari.

"Idlan dah habis ke study buku2 ni semua?" Soal Encik Eddy memulakan bicara. Dipandang lembut wajah anak bujangnya. Sesekali Encik Eddy memandang ke sekeliling hiasan bilik tidur anaknya. Saiz bilik yang besar menjadikan bilik anak bujangnya kelihatan sungguh elegen. Katil bersaiz king yang terletak ditengah2 bilik, kiri dan kanan diapit oleh meja sisi, dicantikkan dengan lampu tidur. Sebelah kanan nya diletakkan meja solek rapat ke dinding dan almari yang panjangnya 4 pintu betul2 bersebelahan tingkap. Bilik air terletak sebelah kiri. Dihadapan katil diletakkan meja bulat dan sofa yang sedang didudukinya sekarang ini. Dinding yang dilitupi dengan walpaper berwarna kelabu dan putih bercorak triangle mencantikkan lagi bilik bujang Idlan.

"Belum, pa! Banyak lagi yang belum dibaca. Hurm, Idlan kena usaha lebih, pa." Ngadu Idlan. Matanya memandang kearah buku2 yang diletakkan diatas meja itu. Semangatnya harus kental.

"Ada apa papa masuk bilik ni? Ada hal penting ke?" Tanya Idlan. Perut yang berkeroncong minta diisi dibiarkan dahulu.
"Ada benda papa nak tanya ni. Tapi janganlah pulak Idlan marah papa". Terang Encik Eddy bersahaja. Sebenarnya, Encik Eddy ingin bertanya perihal wanita yang menegur anaknya di kedai makan tempoh hari. Perempuan seksi yang menegur anak bujangnya, mestilah dia ingin tahu. Bukan niat Encik Eddy untuk masuk campur hal anaknya, tapi sebagai bapa dia harus campur tangan.

"Eh, nak marah apa pulak ni, pa. Tanya jelah! Idlan ok je". Tergelak Idlan mendengar permintaan Encik Eddy.

"Siapa perempuan haritu? Yang dekat secret recipe tu..?" Lanjut Encik Eddy tanpa berlengah. Dia cuma tak mahu penghijrahan anak bujangnya terbantut gara2 kemunculan perempuan seksi tempoh hari.

"Melise". Jawab Idlan sepatah.

"Siapa dia?" Soal Encik Eddy bingung.

"Kawan.. kot.. maybe..". Jawapan yang tidak memuaskan hati papa nya. Berkerut dahi Encik Eddy dengan jawapan anak bujangnya. 'Kalau kawan, takkanlah mesra sangat! Perempuan tu, bukan main gediknya. Meliuk lentok dengan anak aku ni'. Rungut Encik Eddy tidak puas hati.

"Idlan, papa harap Idlan tak kembali ke tabiat lama tu. Papa bukan apa, bila tengok gaya perempuan tu, papa jadi, ish.. tak tau la nak cakap! Gedik bukan main!" Komen Encik Idlan. Berdekah2 Idlan ketawa dengan komen drastik papa nya. Geli hati sungguh. Tak sangka dia yang papa nya meneliti perangai Melise sampai begitu sekali.

"I'm serious, Idlan!" Mencuka muka Encik Eddy bila ditertawakan oleh anak lelaki nya. Sakit perut dibuatnya dek ketawa yang meletus tadi.

"Okey2, pa. I'm so sorry!". Idlan menghabiskan sisa tawanya. Dia cuba menahan dari ketawa lagi. Kesian papa nya.
"Dia memang macam tu, pa. Ala.. tak payah kisah la pasal dia". Cadang Idlan. Sebenarnya dia tak nak menceritakan perihal Melise kepada Encik Eddy. Tapi muka Encik Eddy yang seperti ingin tahu membuatkan Idlan serba salah. Idlan memandang kearah frame gambar yang terletak diatas meja. Cuba mengelak dari ditanya lebih lanjut.

"Apa hubungannya dengan Idlan? Tak boleh ke Idlan berterus- terang dengan papa?". Encik Eddy cuba memancing Idlan untuk bercerita. Idlan melepaskan keluhan berat. 'Patut ke aku cerita?' Desis hati Idlan. Dia memandang Encik Eddy lama sebelum dia memulakan cerita.

"She's one of my girl.. actually, once my girl." Terang Idlan. Dia menggigit jari kelingkingnya, menunggu respon Encik Eddy.

"Once?" Idlan disoal kembali.
'Ahh! Apa aku nak jawab ni' gumam Idlan.

"Dia.. erm.. dia.." tergagap2 Idlan ingin memberitahu.

"Dia..?" Encik Eddy menunggu dengan tenang.

"Idlan pernah tidur dengan dia, pa!" Jelas Idlan keadaan sebenar. Dia menghembuskan keluhan berat. Encik Eddy perlu tahu!

Hembusan nafas Encik Eddy halus. Dia cuba untuk bertenang dengan apa yang baru saja didengar. Lama Encik Eddy diam. Idlan kaget! 'Mesti papa akan marah aku!' Idlan sudah bersedia akan segala kemungkinan. Dia tahu silap nya dan dia sendiri akan betulkan.

"Allah..". Berat ucapan yang keluar dari mulut Encik Eddy. Dia tidak tahu sampai begitu sekali tabiat lama Idlan. Dia menyangkakan hanya ke kelab dan mabuk. Rupanya Idlan juga melalui keseronokan dunia dengan berzina!

"Papa yang salah. Papa yang menyebabkan kamu jauh tersasar". Ada sendu di wajahnya. Bertakung air mata di kelopak mata. Apalagi yang ingin dikatakan. Anaknya, Idlan berubah disebabkan dia. Dia punca terjadinya semua ini.

"No! Papa tak salah. Idlan yang salah sebab dah langgar syariat agama. Idlan yang salah, pa!" Bidas Idlan kasar. Dia ingin papa nya berhenti menyalahkan diri sendiri.

"Idlan lupa Allah tu Maha Melihat. Idlan tak takut dengan dosa. Apa yang Idlan lakukan semua untuk memuaskan nafsu Idlan sendiri. Idlan dah merosakkan ramai perempuan, pa..". Ada esakan kecil di hujung suara. Encik Eddy memandang Idlan. 'Ramai?' Encik Idlan beristighfar didalam hati.

"Idlan dah menghancurkan hati mak dan papa. Idlan berdosa pada mak. Idlan anak yang tak guna!" Teriak Idlan. Apa yang dirasakan saat ini, betapa bodohnya dia. Menghancurkan harapan kedua orang tuanya. Idlan malu!

"Pernah sampai hamil?" Soal Encik Eddy. Dia risau kalau2 soalannya dijawab ya. Bertambah masalah yang akan ditanggung nanti. Idlan mengangguk perlahan2. Encik Eddy memejam mata, rapat! Cuba membuang segala prasangka buruk. Idlan menundukkan wajahnya. Dia menguis2 bantal yang dipeluknya. Satu perasaan bersalah terbit didalam hati Idlan melihat Encik Eddy. Dia tahu papa nya pasti rasa kecewa dengan dirinya.

"Pernah". Sepatah Idlan menjawab.

Encik Eddy menghela nafas berat.

"Idlan bunuh anak tak berdosa, pa. Idlan paksa perempuan yang Idlan hamilkan tu untuk buang anak yang dikandungkan. Idlan sendiri yang bayar doktor tu setiap kali Idlan hantar perempuan untuk digugurkan". Sambung Idlan lagi. Encik Eddy sudah kehabisan idea untuk menjawab. Dia cuma kesal dengan dirinya kerana tidak menjaga keluarganya dengan sempurna.

Tiba2 Idlan bangun lalu perlahan2 membuka baju t-shirt yang sedang dipakai. Encik Eddy terkejut melihat perbuatan mengejut anaknya. Macam2 soalan bermain di mindanya. Idlan melurutkan bajunya ke lantai. Alangkah terkejutnya Encik Eddy bila melihat tatoo yang tercacak megah di bahu kiri anaknya. Terbeliak Encik Eddy melihat. Dia tidak mampu untuk berfikir lagi. Idlan dilihatnya menundukkan wajah, malu. Encik Eddy meraup mukanya berulang kali. Lama dia memandang ke lantai bilik anaknya.

"Apa yang kamu dah lakukan ni, Idlan?" Soal Encik Eddy. Dia sudah tak mampu untuk berkata2. Tergamam melihat tatoo berbentuk naga berada di bahu Idlan.

"Kamu bangga dengan benda ni ke?" Soal Encik Eddy sambil jari nya dihalakan ke bentuk tatoo Idlan. Ditekan2 bahu anaknya tanda kecewa yang tak sudah. Berkali2 Encik Eddy mengucap. Hanya kepada Allah dia memohon petunjuk.

"Tak, pa! Idlan berdosa. Ampunkan Idlan, pa!" Rayu Idlan sepenuh hati. Dia pasti kali ini, marah papa nya pasti meletus.

Encik Eddy menghembuskan nafas berat. Dia memandang wajah anaknya. Berkali2 dia menggeleng kepala. Sekejap2 dipandang wajah anaknya, sekejap2 dipejamkan mata. Masih cuba untuk bertenang. Encik Eddy cuba menjadi positif demi anaknya yang sedang dalam proses penghijrahan. Cuba untuk memberi ketenangan kepada anaknya, Encik Eddy tersenyum lalu menggenggam tangan anaknya,

"Yang pasti, Idlan dah tinggalkan semua tu. Bertaubatlah, nak! Papa yakin, Allah pasti ampunkan dosa hambanya yang betul2 nak berubah". Yakin Encik Eddy. Dia memeluk anaknya erat. Cuba menjadi positif demi Idlan. Dia akan memastikan keluarganya kali ini dijaga sempurna. Itu janjinya!.

"Thanks a lot, pa. Idlan janji akan berubah. Idlan tak akan kembali seperti dulu. Percayalah!" Ucap Idlan ikhlas. Dia memeluk Encik Eddy sekali lagi. Tenang rasanya. Idlan akan berubah! Lama mereka berpelukan sehinggalah henset Idlan berbunyi. Idlan meleraikan pelukan.

Tut! Tut!

Idlan memandang henset nya. Mesej masuk. Lantas dibuka untuk mengetahui isi kandungannya.

Jgn lupa klas mengaji mlm ni dgn Us. Zamri. Make sure dtg ye.
Aulia Nuha.

Idlan tersenyum. Lama!

"Ehem..ehem!. Lupa ke papa ada lagi kat sini?" Dehem Encik Eddy. Ada sesuatu yang menarik perhatian Encik Eddy, iaitu anaknya. Tersenyum2 membaca mesej. 'Ada ke orang senyum2 baca mesej? Ni tak lain tak bukan......' Desis Encik Eddy dalam hati. Tersengih2 memandang anak bujangnya.

"So..sorry, pa. A..apa tadi?" Soal Idlan tergagap. Dia tertangkap! 'Oh God!' Jerit Idlan sendirian.

"I'm really sure yang sekarang ni anak papa tengah angau bercinta, Am I right? Better you tell me!". Encik Eddy serkap jarang. Encik Idlan merenung dalam2 mata anak bujangnya. Idlan kaget! Dia berkira2 mahu lari dari soalan maut papa nya. Encik Eddy sedang menunggu jawapan anak tunggalnya itu. Tangan Encik Eddy perlahan2 cuba mencapai henset ditangan Idlan. Idlan pantas bangun.

"I..I don't think so. Maybe papa je yang fikir macam tu kot.. " Jawab Idlan. Idlan buntu. Dia sudah seperti cacing kepanasan. Apalagi alasan yang patut diberikan kepada papa nya. Nak diiyakan, malu. Nak dinafikan, takkan la pulak. Dia memandang Encik Idlan yang sedang tersenyum memandang nya.

"So, betul la tuh!" Encik Eddy bangun dari sofa lalu menuju kearah Idlan. Idlan sudah bersedia buka langkah sekiranya papa cuba untuk melakukan perkara luar jangkaannya.

"Papa tau anak papa sedang bercinta. Its okay, take your time. Whoever it is, papa sentiasa setuju". Encik Eddy menepuk lembut bahu Idlan lalu keluar dari biliknya. Idlan kaku!

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience