Chapter 23

Romance Completed 29055

Pagi ini Aulia bersiap2 untuk ke program yang dijalankan oleh Persatuan belia Anti-dadah. Aulia salah seorang sukarelawan yang turut menghadiri program tersebut. Program ini dijalankan bertujuan untuk mendekati belia masa kini agar tidak terpengaruh dengan bahaya dadah. Aulia juga berkesempatan bersama beberapa sukarelawan yang lain untuk turun padang bagi melihat sendiri kehidupan remaja yang telah terjerumus ke dalam kancah dadah.

Aulia membelek2 dirinya dihadapan cermin. Hari ini dia memakai t-shirt lengan panjang yang diberikan oleh penaja program persatuan, kain kembang payung beserta selendang berwarna coklat. Dia padankan dengan beg tangan berkulit Denim yang baru dibelinya. Setelah berpuas hati, Aulia mencapai henset serta kunci kereta lalu turun ke tingkat bawah.

"Selamat pagi semua!" Ucap Aulia. Kelihatan Puan Hawa dan Encik Syam sedang menjamu selera begitu juga Aira dan Adhwa. Aulia mengambil tempat duduk bersebelahan adiknya, Adhwa.

"Wah, sedapnya! Mee goreng basah. Nyum!" Aulia menghidu bau mee goreng yang menusuk ke jiwa. Hari ini dia harus makan pagi kerana programnya sangat pack. Tanpa berlengah, dia terus menceduk mee goreng kedalam pinggan seterusnya menuang air milo panas kedalam cawan.

"Awalnya kamu nak pergi. Program start awal ke?" Soal Encik Syam. Dia menyambung suapan mee kedalam mulutnya. Aira dan Adhwa pula sedang memandang kearahnya.

"Erm, pukul 8 dah kena ada dekat sana. Ada perjumpaan dulu nak terang tentatif harini". Terang Aulia seraya menyuap mee kedalam mulut. Sedap tak terkata. Puan Hawa yang muncul dari dapur sedang membawa ubat batuk Encik Syam. Dilabuhkan punggung dikerusi.

"Patutlah awal benar siap nya. Ni sampai pukul berapa? Ibu dengan ayah nak keluar, tengok Maklong Jah. Dia masuk hospital". Ujar Puan Hawa. Aulia memberhentikan suapan. Ditoleh memandang kearah ibunya.

"Innalillahiwainnailaihirajiun. Bila masuk? Pasal buah pinggang dia ke?" Soal Aulia. Adhwa dan Aulia hanya mendengar tiada niat untuk menyampuk. Maklong Jah merupakan kakak sulung Puan Hawa, bererti ibu saudara kepada Aulia dan adik beradiknya.

"Tak lah. Katanya jatuh bilik air, pengsan. Bila masuk wad, kata tekanan darah tinggi. Tapi tulah, setahu ibu dia tak pernah pulak darah tinggi sebelum ni". Puan Hawa menuang air milo kedalam cawannya. Encik Syam pula bersandar kekenyangan.

"Tak dapat la nak jenguk. Ibu tahu bila ni? Kalau tak boleh la Aulia ikut. Ibu kirim salam la dekat maklong". Ucap Aulia sedih. Terkilan kerana tidak dapat menziarahi ibu saudaranya. Sudah lama juga dia tidak menjenguk Maklong Jah. Kali terakhir masa raya tahun lepas. Itu pun dia tidak sempat berborak lama kerana dia sedang berehat selepas makan ubat. Dia disahkan sakit buah pinggang tahap kritikal. Satu daripada buah pinggangnya telah rosak.

"Takpelah, nanti kakak pergi la hari lain. Nanti kami sampaikan salam akak tu ye. Akak tak payah risau la". Adhwa memberi cadangan. Dia melemparkan senyuman kepada Aulia. Aulia hanya mengangguk setuju. Mungkin tiada rezeki dia hari ini.

"Erm, bu. Aulia dah kena gerak ni. Nanti apa2 Aulia mesej ibu. Ibu kunci je pintu rumah. Aulia ada kunci spare. Oh lupa pulak, Shaira kirim salam dekat ibu dan ayah. Ok lah semua, Assalamualaikum!" Aulia bingkas bangun dan bersalaman dengan ibu dan ayahnya. Aira melambai2 kearah kakaknya tanda selamat jalan. Aulia senyum manis.

"Ibu, sibuk betul kak Aulia tu. Masa kat kampus dulu pun tak selalu jumpa, ni dah kerja pun sama. Haih, nanti bila dah kahwin, lagiii lah tak jumpa" Aira membuat muka sedih. Adhwa yang mendengar menyiku lengan adiknya.

"Ouch! Apa kak Adhwa ni siku2 pulak. Sakit tau! Dosa buat macam tu kat adik". Aulia membebel sambil tangannya mengurut lembut sikunya yang sakit. Adhwa ketawa. Puan Hawa dan Encik Syam menggelengkan kepala. Suka dia melihat keletah anak2nya.

"Siapa cakap dosa? Kitab mana tunjuk sikit kat akak. Amboii, konon je awak ni tak jumpa la apa lah. Orang menuntut ilmu kan macam tulah. Kak Aulia tu dia bukan macam awak, malas!" Adhwa mengusik adiknya. Aira yang mendengar terus menjegilkan matanya bulat. Tidak berpuas hati dengan kakaknya.

"Eh? Kita rajin ok! Bila pulak malas?? Kak Adhwa tu yang malas cakap orang pulak. Yelah ustazah! Saya tak cakap dah". Ucap Aira. Dia tak boleh kalau berlawan mulut dengan Adhwa, pasti akan kalah. Kakaknya yang seorang ini suka membidas kata2nya. Akhirnya, Aira juga yang merajuk.

"Yelah kamu berdua ni. Dah2, habiskan makan tu. Depan rezeki nak gaduh2 pulak. Ni Adhwa, kalau sudah makan, tolong ibu kemas dapur. Ibu nak pergi siram bunga kat depan sekejap". Arah Puan Hawa. Dia memandang ke arah Adhwa yang sedang tersengih2.

"Aira, kamu tolong ayah kejap boleh? Keluarkan duit. Malas pulak nak ke ATM. Pakai kereta ayah je". Encik Syam bersuara. Aira mengangguk setuju. Dia lantas bangun dan membawa pinggan kotor ke dalam sinki. Aira segera ke bilik mengambil tudung bawalnya lalu disarungkan ke kepala. Dicapai dompet dan henset lalu turun ke tingkat bawah.

"Ayab nak keluarkan berapa ringgit? Duit belanja Aira takde ke?" Aira membodek Encik Syam sambil tersengih2 macam kerang busuk. Encik Syam buat2 tak dengar. Dia mengeluarkan kad bank dari dalam dompet.

"Ala ayah ni, buat2 tak dengar la tu. Takpelah". Aira memuncung. Selalunya, bila Aira dah muncung itik baru Encik Syam akan bagi duit belanja.

"Dah kerja pun nak minta lagi ke? Patut nya, ayah yang minta dari kamu". Bidas Encik Syam. Dia menggelengkan kepala. "Keluarkan Rm 900. Kamu punya Rm 50 je. Tak boleh lebih!". Encik Syam memberi arahan. Dia menghulurkan kad bank kepada Aira.

"Boleh la ayah! Janji dapat. Terima kasih, yah!" Ujar Aira seraya mengucup pipi Encik Syam. Dia berlalu menuju ke kereta. Encik Syam tersenyum sambil memerhatikan anaknya dari jauh.

***

Idlan baru sudah solat subuh. Hari ini dia bangun awal. Dapatlah berqiamullail. Semenjak sibuk dengan kerja, Idlan selalu kepenatan. Pun begitu, dia akan memastikan qiamullail tetap dilakukan walaupun kadang2 ada hari yang dia terlajak bangun.

Idlan mengangkat tangan berdoa memohon Allah memberikan kesihatan kepadanya. Moga Allah memberikan hidayah dan maghfirah. Idlan juga tidak lupa mendoakan agar kedua orang tuanya diberikan kesihatan yang berpanjangan. Untuk Puan Mariah, moga amalan diterima dan tenang di alam baqa'. Idlan juga sempat memohon agar dibukakan pintu hati Aulia untuk menerima dirinya. Lama Idlan berdoa sehingga tidak terasa ada air jernih mengalir di pipi.

Hari ini dia bercadang untuk menziarahi kubur Puan Mariah. Dia rindukan Puan Mariah. Semalam, dia bermimpi mak nya datang menemui dia dengan senyuman. Idlan memanggil nama mak nya, tapi Puan Mariah terus hilang dari pandangan. Idlan terus terjaga hinggalah ke subuh.

Dia melipat sejadah nya lalu diletakkan di ampaian. Dia menghempaskan badan keatas katil empuk. Dia memandang siling dengan pandangan kosong. Dia memikirkan tentang Aulia. Apakah penerimaan Aulia terhadap dirinya? Apakah lamarannya diterima ataupun ditolak? Dia tiada jawapan. Hendak ditanya, seperti orang tak sabar pulak lagaknya. Terpaksalah dikuburkan sahaja perasaan ingin tahu itu. Dia tak ingin memaksa. Biarlah penerimaan itu hadir tanpa dipaksa bukan dengan memaksa. Idlan akur.

Hensetnya berbunyi menandakan mesej masuk. Dia mencapai henset nya lalu dibuka inbox mesej.

U mmg sgja x reply call I kan! I cari u mcm nak gila! Bila u dah dpt I, u tinggal mcm tu je! Melise

Idlan memandang skrin geram. Dia sudah penat melayan perempuan yang tak reti bahasa macam Melise. Idlan mencampakkan henset ke tepi katil. Dia mendengus geram. Dipejamkan matanya rapat. Tiba2, dia dikejutkan dengan bunyi henset tanda ada panggilan masuk.

Melise.

Idlan membiarkan panggilan itu tidak berangkat. Berkali2 henset nya berbunyi. Dia malas hendak melayan Melise waktu ini. Dia lantas bangun menuju ke bilik air untuk menyegarkan badan. 'Mandi lagi bagus!' Bisik hati Idlan.

Setelah 15 minit dia membersihkan diri, Idlan lantas keluar dari bilik air lalu bersiap2 untuk ke kubur. Dia menyarungkan baju t-shirt berwarna oren ke badannya lalu disarungkan jeans. Dia menacapai henset diatas katil dan segera keluar menuju ke garaj.

Belum sempat Idlan membuka pintu kereta, hensetnya berbunyi lagi. Idlan memandang kearah skrin untuk melihat nama yang tertera. Melise. 'Perempuan ni tak faham2 ke!" Bentak Idlan lalu menjawab panggilan kasar.

"You nak apa lagi ni? Tak faham2 ke yang I dan you dah tak ade apa2 hubungan lagi! Titik! Dont you get it?!"

Idlan mendengus geram. Dia sudah tidak boleh sabar. Sekali cakap tak jalan, memang kena bagi ubat yang lagi kuat untuk perempuan macam Melise ni.

Wow! You pandai dah marah2 sekarang ni? Sejak bila pulak kita clash? I tak pernah setuju pun dengan cadangan you. Ingat sikit Idlan ye, I nak you kahwin dengan I! I love you honey! Please, kita kahwin eh?

Idlan memejamkan mata rapat2. Dia sudah kehabisan tenaga untuk berunding dengan Melise. Dia cuba bersabar.

"I takkan kahwin dengan you! Please la faham, Mel! I tak cintakan you!

Melise dihujung talian mendengus. Dia geram dengan tingkah Idlan yang sengaja mempermainkan perasaannya.

We need to talk, Idlan! Please! I nak jumpa you, now! Tolong jangan lari dari I. Cepat you jumpa I, cepat kita settle!

Idlan menumbuk pintu kereta nya! Dia seakan mahu meletup. Tanpa menunggu masa, dia hanya mengiyakan dan terus mematikan talian. Idlan bengang. Dia segera masuk kedalam perut kereta dan memecut laju meninggalkan perkarangan rumah.

Sepanjang perjalanan, hati Idlan tak tenteram. Berkali2 dia menghentak stereng kereta nya. Dia menjerit sepuasnya didalam kereta. Lama Idlan cuba mengawal amarahnya. Sehinggalah dia mendapat satu mesej dari Melise.

At starbuck, Ampang! I tunggu you! Jangan lari kali ni!

Idlan terus mencampakkan hensetnya ke kerusi disebelah pemandu. Damn!

Laju keretanya membelah jalan raya. Niat untuk menziarahi kubur Puan Mariah terpaksa dibatalkan. Dengan perasaan amarah didada, tak mungkin Idlan akan berjumpa dengan mak nya dalam keadaan begini.

Tidak sampai satu jam, kereta Idlan sampai di depan Starbuck. Dari jauh sudah kelihatan Melise yang sedang menghirup minuman. Idlan merhati sekeliling, tak ramai orang yang duduk makan disitu. Melise dilihatnya memakai pakaian yang sangat menjolok mata. Idlan beristighfar menangkis segala tipu daya syaitan. Idlan berjalan laju menuju kearah Melise. Sesampai sahaja di meja,

"I takde masa nak layan you lama2, cakap sekarang apa yang you nak dari I?!". Tanpa salam Idlan terus menyoal Melise yang sedang duduk dihadapannya. Tegak Idlan berdiri tak berkutik. Melise menongkat dagu nya dan dihalakan pandangan kearah Idlan yang sedang berdiri kaku. Lama dia memandang Idlan dari atas hingga bawah. 'Still charming!' Desis Melise. Cermin mata yang dipakai menampakkan lagi sisi tampan Idlan.

"Please, have a seat! Kalau iya pun, minum la dulu hilangkan haus tu". Ujar Melise dengan nada menggoda. Dia sengaja meliuk lentuk badannya kearah Idlan supaya menampakkan lurah dada nya yang jelas kelihatan. Dress pendek separa lutut yang tidak bertali di bahu itu mampu menggiurkan mana2 lelaki yang memandang. Melise sengaja memilih dress yang seksi untuk menggoda Idlan agar kembali kepangkuannya.

Idlan menjeling. Dia lantas menghenyakkan punggung di kerusi berhadapan dengan Melise. Dia menanggalkan cermin mata hitam dan diletakkan diatas meja. Dia rimas!

"Just straight to the point! Apa yang you nak?!" Idlan mengeraskan suaranya. Dipandang tajam ke anak mata Melise. Melise pula tersenyum manja. Dia sengaja membiarkan Idlan berteka teki dengannya. Dipandang raut wajah Idlan satu persatu. Dari mata nya yang redup hinggalah ke bibir nya yang merah itu. Seksi! Bisik hati kecil Melise.

"Lama rasanya I tak rasa bibir you!" Melise masih berada di alamnya. Dia membayangkan sedang berada dipelukan Idlan saat ini.

"Damn you! Apa you cakap ni?! Stop it, Mel!". Idlan menengking nya kasar sekaligus menghentikan bayangan Melise. Melise memandang kearah Idlan tajam.

"What?! Sebelum ni boleh je. Kenapa sekarang pulak tak boleh?! Why Idlan?! I still love you! Don't you remember?! Dulu I ni selalu you peluk cium, macam tu je! Sekarang, berlagak alim la pulak! Ohh, ke.. you memang dah berubah? Jangan cakap dekat I yang...

Sebelum sempat Melise menghabiskan ayatnya, Idlan segera memotong percakapannya.

"I dont care you nak cakap I berlagak alim ke or whatsoever! I tak kesah! I don't love you and we're done!". Idlan merenung tajam. "By the way, yah you're right! Memang I dah berubah! So, jangan cari I lagi. Tolong faham yang antara kita dah takde apa2 lagi. You and me are over! Nothing!. I taknak you terhegeh2 cari I lagi lepas ni. I nak you lupakan I. I ada kehidupan I sendiri, my new life! And you also, mulakan hidup baru. Jangan terlalu murah sangat". Idlan menghabiskan ayatnya. Melise sudah menahan marah. Nafasnya turun naik. Mukanya merah padam. Dia dimalukan oleh Idlan. Hatinya sakit sekali.

"Bravo Mr. Idlan! You baru jadi pak ustaz tapi dah berlagak nak nasihat I! You jangan lupa, dosa you tu sama banyak je dengan I! Waktu you ada masalah, siapa yang ada masa tu? I ni yang setia dengan you! Waktu you ajak I tidur dengan you for the first time, apa yang you cakap malam tu? Ingat tak?! You cakap I lah perempuan yang bertuah tu sebab dapat you! Yes! I memang bertuah! Cukup bertuah! Sebab dah dirosakkan oleh you!". Lurus jari telunjuknya menghala kearah wajah Idlan. Terketar2 tangannya. Melise kesal! Idlan sudah membuang dia jauh dari hidupnya.

"So pak ustaz! Kira salah I la malam tu?! Even you yang pujuk rayu I?! I gave u everything termasuk tubuh badan I, but at the end, you cakap I yang murah!? Damn you, Idlan!". Sebutir air mata jatuh ke pipi. Dia sudah tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Mujur saja tidak ramai orang di kedai tersebut.

"Look! I'm really sorry 'bout that night. I just, I.. Ahh! Just.. forgive me! I mengaku salah I. I tahu semua ni berpunca dari I. Tapi, why dont you move on! Kita dah takde apa2, Mel. Jangan cari I lagi. I harap sangat you dapat berubah. Jangan terus macam ni". Ujar Idlan. Dia memandang Melise yang sedang menangis dihadapannya. Dia mengaku memang silap dia. Kerana dia yang telah menghancurkan anak gadis termasuk Melise. Tapi, Idlan yang sekarang bukan Idlan yang dulu. Dia cuba membuka lembaran baru dan Idlan juga mengharapkan yang sama dari Melise.

Idlan segera mencapai henset dan cermin mata berkira2 untuk bangun dari situ tapi segera ditahan oleh Melise.

"No! Please dont go! I need you, Idlan! Look at me please, honey. I love you. Look at me! You tak rasa apa2 ke tengok I macamni? I tau you mesti nak I kan?! Please Idlan!". Ujar Melise sambil tangannya ligat memegang lengan Idlan menahan dari pergi. Dipegang pula kedua2 belah pipi Idlan kuat. Dia memaksa Idlan memandangnya saat itu. Idlan segera menepis tangan Melise dan mula bergerak laju kekereta meninggalkan Melise. Tapi Melise tak akan berputus asa macam tu aja. Dia segera mengejar Idlan yang sudah hampir ke kereta dan terus mencapai lengan sasanya.

"Sayang! Please sayang! I still love you! Pandang I ni! Look at me! You tak rindukan I ke?". Melise memegang kuat pipi Idlan dan mula memeluknya kasar. Idlan ciba melepaskan diri dari pelukan Melise. Dia memolak kuat tubuh kecil itu. Melise tetap tak berputus asa.

"Damn you! Look at me! Pandang I! I tahu you still nak I! You, jom kita sama2. I boleh bagi everything dekat you, termasuk diri I. You kan suka I. Please! Look me! I tau apa yang you nak! You tak ingat ke tiap2 malam I akan usap lembut badan you. Bila you marah, I yang tenangkan you dalam pelukan I. Baby, don't you remember?". Melise sudah mencapai tangan Idlan lalu diletakkan didadanya yang sedikit terbuka.

"Hanya you dalam hati I! Takde orang lain, sayang! I tau you dah lama takde orang nak hiburkan. Takde orang nak layan nafsu you. I ada sayang. I boleh bagi. Sekarang pun boleh, sayang. I tau you nak semua tu!". Melise sudah mula menggoda. Dia usap lembut tangan Idlan didadanya. Sesekali dia mencium lembut tangan itu. Idlan terpaku. Jantungnya berdegup kencang. Idlan khayal. Sudah lama dia tak merasakan nikmat itu. Sudah lama dia tak melepaskan nafsunya kepada perempuan. Idlan memandang susuk tubuh Melise yang menggiurkan. Melise tersenyum riang. Umpannya hampir mengena. Idlan memandang dari atas hingga bawah. Indah! Susuk tubuh yang selalu bersamanya suatu ketika dahulu. Dia menolak Melise rapat ke pintu kereta nya. Perlahan2 dia mengusap rambut Melise kemudian turun ke bibirnya. Melise tersenyum bangga. Idlan berjaya ditundukkan. Lama Idlan menatap bibir mugil Melise. Matanya tertancap pada dadanya yang sengaja dibiarkan terbuka. Lama jarinya bermain dikawasan itu. Melise sudah tidak dapat mengawal nafasnya. Dia memegang kuat lengan Idlan. Idlan mengucup leher Melise. Bukan sekali, tapi berkali2 sehingga dia merasa puas. Melise menggenggam kuat baju Idlan. Dia merasa puas. Lama dia tidak merasa nikmat seperti ini dari Idlan. Mereka berdua kini berada dialam mereka sendiri. Dia sudah termakan hasutan syaitan. Kemudian, Idlan memegang kedua2 belah pipi Melise berkira untuk mengucup bibirnya yang merah. Perlahan2 dia mendekatkan mukanya ke muka Melise, hampir sahaja bibirnya mengena bibir Melise, Idlan terhenti. Dia dikejutkan dengan bayangan Aulia. Idlan tersedar! Serta merta dia menolak kasar wajah Melise dan menepis pegangan tangan Melise tapi Melise seakan tidak mahu mengalah. Kali ini, Idlan menolak Melise kuat.

"Astaghfirullah! Melise! Enough! I said enough! Please Melise!". Merah padam muka Idlan menahan marah. Melise pula sudah gelak kuat, seperti orang hilang siuman.

"See! You takkan boleh halang nafsu you untuk bersama I! I kenal you siapa! Tak payah nak berlagak alim la! Kalau nafsu you pun tak boleh nak control! Isk3! Sedih I siapa yang dapat you nanti! Remember Idlan! Sikit lagi you nak jatuh kat tangan I tadi! Mesti you tak boleh lupa pelukan I, right? Oh! Anyway Idlan, thanks for the kiss!". Melise memegang lehernya, dimana Idlan telah memberikan kucupan hangat disitu. Dia sengaja membuat wajah yang menggoda. Dia berlalu pergi diiringi gelak tawa. Dia puas dapat menundukkan Idlan. Walaupun tak sepenuhnya, dia tetap berpuas hati. Melise sudah tersenyum bangga.

Idlan meraup wajahnya kasar. Dia menjerit sekuat hati langsung tak menghiraukan orang disekeliling. Tanpa membuang masa, Idlan terus masuk ke dalam perut kereta. Dia menghidupkan enjin dan terus memecut laju. Dia sudah hilang sabar dengan Melise. Berkali2 dia istighfar didalam hati.

Idlan merasakan betapa bodohnya dia kerana mengikut kata Melise untuk berjumpa. Dia sepatutnya sedar bahawa itu hanyalah umpan untuk Melise mendapatkannya. Tapi dia kalah! Dia kalah dengan godaan syaitan. Dia tunduk dengan godaan itu! Shit! Berkali2 dia menghentak stereng kereta. Idlan menyesal! Menyesal mengikut cakap perempuan seperti Melise.

"Ya Allah! Ampunkan aku ya Allah! Aku khilaf. Aku terpedaya! Aku salah! Aku biarkan mata aku memandang sesuatu yang haram buat aku! Ampunkan aku Ya Allah!" Rintih Idlan. Dia menyesal membiarkan Melise memujuk rayu nya. Hampir sahaja Idlan tergoda dek rayuan manja Melise. Idlan beristighfar berkali2. Dia menyesal! Idlan menitiskan air mata. Kereta yang dipandu terus memecut laju. Idlan berdosa kepada Tuhan!

Kereta diparkir di petak kosong. Idlan segera keluar dari kereta. Dipandang sekilas bangunan yang megah dihadapan matanya. Dia lantas bergerak masuk kedalam bangunan tersebut. Lemah kakinya mengatur perjalanan. Badannya terasa lesu. Dikuatkan juga kakinya masuk kedalam bangunan itu, masjid!

Tanpa berlengah, Idlan segera mengambil wudhu dan berteleku diatas hamparan sejadah. Lama matanya terarah ke tempat sujud. Setitik demi setitik air matanya gugur oleh kerana dosa yang dirasakan menggunung! Idlan menangis! Dia melepaskan segala beban dihatinya. Dia menangis dihadapan Allah. Idlan lalu menadah tangan memohon keampunan.

"Ya Allah Ya Rahim! Sesungguhnya Engkau Tuhan sekalian alam. Aku datang kepadaMu Ya Allah, memohon keampunan. Aku menyesal Ya Allah! Aku berdosa. Aku mengikut hawa nafsu. Aku terpedaya dengan godaan syaitan. Aku tewas Ya Allah! Ampunkan aku atas silap aku Ya Allah! Sesungguhnya aku hambaMu yang lalai! Terimalah maafku Ya Allah. Betapa berdosa nya aku terhadapMu! Aku biarkan mata ku ini memandang perkara haram! Aku biarkan mata ku ini memandang perempuan yang bukan halal bagiku! Aku biarkan bibir ku mengucup seorang wanita yang haram bagi aku! Aku berdosa Ya Allah! Ya Rahim, berikanlah hidayahMu kepadaku. Janganlah Engkau membiarkanku setelah Engkau memberi hidayahMu Ya Rabb! Sesungguhnya aku cacat tanpa hidayahMu. Ampunkan aku Ya Rahim". Rintih Idlan dalam doanya. Air mata yang mengalir tiada berpenghujung. Idlan terus bersujud di hadapan Allah. Menangis sepuas2nya didalam pelukan Asma Allah. Dia tunduk akur.

Lama Idlan berteleku diatas sejadah. Air matanya sudah kering. Dia menghela nafas perlahan2, dicapai Al-quran lalu mula membuka surah Al-Ahzab. Idlan mula membaca dengan penuh tartil. Dia menghayati satu persatu ayat yang dibaca. Idlan tenang! Dia terus meratib ayat Allah. Air mata tak henti mengalir menginsafi segala perbuatan yang dilakukan. Sekejap2, dia berhenti, bahunya terhenjut2 menangis. Dadanya bagai nak pecah. Dia menyesal!

Idlan mengaji sehinggalah azan berkumandang. Idlan menutup Al-quran lalu diletakkan di atas rak. Dia duduk sebentar cuba mengumpul kekuatan dan ketenangan sebelum bergerak kehadapan, bersama jemaah lain untuk menunaikan solat. Kali ini dia akan pastikan, Melise akan luput dari hidupnya! Itu janjinya.

***
Melise POV

"Damn!".

Melise menjerit kuat didalam kereta miliknya. Dia menggenggam stereng kereta kuat. Hatinya cukup sakit bila mengenangkan dirinya yang dimain2kan oleh Idlan tadi. Turun naik nafasnya menahan amarah.

"Bodoh punya jantan! Jangan kau ingat kau boleh lepas dari aku lah! Hahahahahaha." Melise sudah mula mengilai kuat. Dia berasa puas walaupun dimalukan, tapi Idlan masuk juga ke perangkapnya tadi.

Dia memejam mata rapat. Tangannya perlahan2 merayap ke leher yang masih hangat dek kucupan Idlan. Dia tersengih gembira. Betapa bodohnya Idlan sebab termakan pujukan Melise. Dia tak rugi apa2 pun! Badannya percuma untuk ditiduri oleh sesiapa pun. Dia merasa puas dengan caranya.

Akalnya menerewang kepada adegan tadi. Jantungnya kembali berdegup laju. Terketar2 badannya dek nafsu yang membuak2. Melise sudah melayang jauh. Dia membayangkan tangan Idlan seperti masih merayap di wajahnya. Dia bawa jemarinya ke bibir nya, didalam benaknya terbayang Idlan yang pernah mengucup ghairah bibirnya. Dia rindukan pelukan Idlan. Dia merasa setiap anggotanya memerlukan satu sentuhan dari lelaki. Melise sudah teransang melalui bayangan nya sahaja. Dia ingin berada didalam pelukan Idlan saat ini.

Tut! Tut!

Pergerakannya terhenti. Melise memandang tajam hensetnya diatas dashboard kereta. Serta merta hilang segala khayalan nya. Melise segera mencapai hensetnya lalu dijawab segera.

"Hello baby! You kat mana ni? I rindu you la! Bila boleh jumpa ni?

Ujar Melise dengan suara yang sengaja dilembutkan. Memang itulah perangainya. Menggoda mana2 lelaki untuk memuaskan nafsunya. Gelar lah apa sahaja kepada dia. Pelacur? Perempuan murah? Perempuan sundal? Dia sudah tidak kisah. Apa yang dia kisahkan, nafsunya sentiasa terlunas dan dirinya sentiasa dalam pelukan lelaki.

"Baby! I ada kat apartment you right now! I rindu you ni! Tak tahan dah. You balik la cepat. Boleh la you tolong I kat sini".

Melise sudah tersenyum lebar. Nampaknya ada ikan yang perlu diberi makan. Pucuk dicita ulam mendatang. Nafsu nya yang terangsang sudah ada tempat untuk dilempiaskan. Melise segera menghidupkan enjin dan memecut pulang ke apartment nya. Dia sudah membayangkan perkara yang indah bakal berlaku sebentar lagi.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience