Chapter 37

Romance Completed 29068

Hari ini merupakan hari ulangtahun Mama Liza. Idlan dan Aulia mengadakan kejutan buat Mama Liza seperti yang mereka rancangkan. Ulangtahun yang disambut sangat meriah. Menitis air mata Mama Liza tatkala mereka menyanyikan lagu ulangtahun dan mula memotong kek. Mama Liza tidak menyangka mereka akan mengingati tarikh harijadi nya. Idlan sempat mengucapkan terima kasih kepada Mama Liza. Hari ini juga, Aulia telah memasak berbagai jenis makanan kesukaan Mama Liza. Langkah kanan buat Uncle Aidil kerana datang mengejut ke rumah Encik Eddy pada hari ini.

"Thanks semua sebab sudi buat surprise untuk Mama. Mama tak sangka pulak korang ingat birthday Mama". Ucap Mama Liza ketika sedang menjamu selera. Riuh rumah agam itu dengan gelak tawa.

"Sama2. Ni semua idea Idlan la. Dia yang excited sangat nak buat surprise ni". Ujar Encik Eddy. Idlan tergelak kecil. Sempat dia menyuapkan nugget ke mulut iserinya.

"Yeke? Terima kasih la ye, Idlan. Mama hargai sangat. Abang pun, terima kasih jugak". Ucap Mama Liza menggenggam tangan suaminya. Mereka berbalas senyuman. Idlan pula mengangguk laju.

"So, Idlan. Bila nak ada baby? Biar riuh rumah ni nanti dengan suara baby!". Soal Uncle Aidil tiba2. Dia sudah tersenyum memandang Encik Eddy dan Mama Liza. Aulia tersengih. Idlan menghirup teh panas di cawan sebelum menjawab soalan Uncle Aidil.

"Tu yang tengah kerja keras tu!". Berderai tawa mereka sejurus Idlan menghabiskan ayat. Merona merah Aulia menahan malu. Dia menyiku lengan suaminya. Idlan tersengih.

"Bagus! Macam tulah anak papa! Biar ramai2, nanti ada teman kat rumah ni. Tak lah bosan mama dengan papa. Ye tak mama?". Soal Encik Eddy sambil tersenyum memandang isteri disebelahnya. Mama liza mengangguk setuju dengan cadangan suaminya. Sudah lama tiada suara tangis di rumah agam ini. Sesekali terdengar suara bayi, pasti dapat meriuhkan suasana.

"Mama, papa. Cakap je nak berapa ramai cucu, nanti kami bagi!". Idlan sudah tergelak besar. Mama Liza ternganga mendengar.

"Aii, awak ingat isteri awak tu apa? Kesian la awak, Aulia oi!". Ujar Mama Liza. Aulia sudah membuat muka sedih. Dia mengangguk setuju.

"Takpe Idlan. Uncle sokong Idlan seratus peratus. Make sure ramai. Boleh buat team bola sepak". Uncle Aidil menambah perisa. Idlan mengangkat ibu jari tanda sokongan. Tergelak Encik Eddy.

"Uncle, kalau boleh, Idlan nak ramai2. Yelah, Idlan kan anak tunggal papa, tak pernah merasa ada adik beradik. Bosan. Jadi, Idlan nak anak2 Idlan nanti merasa hubungan adik beradik. Lagipun, biar la ramai. Tambah umat manusia". Ujar Idlan yakin. Dia memandang raut wajah di sekelilingnya satu persatu. Matanya tertumpu pada Aulia dan tersenyum. Dia menggenggam erat tangan isterinya.

"Betul tu, papa sokong kamu. Papa doakan kamu segera dapat zuriat. Biar kamu dimurahkan rezeki". Ucap Encik Eddy. Uncle Aidil tersenyum mengangguk.

"Er, Aulia pergi ambil air lagi ye". Ujar Aulia. Dia segera bangun dari tempat duduk dan menuju ke dapur. Sebenarnya dia segan berbincang tentang hal ini dihadapan bapa dan mak mertuanya. Dia masih terasa kekok berdepan dengan ayah dan ibu mertuanya. Tambahan pula, Uncle Aidil turut serta bersama mereka pada majlis hari ini. Di dapur, Aulia segera membuka peti sejuk lalu mengambil dulang agar2 dan dibawa keluar. Dia sempat berkhayal.

"Aulia, kita potong la agar2 tu ye. Bawak ke depan". Suara Mama Liza memecahkan khayalannnya. Aulia terkejut. Dia menoleh sekilas sebelum bergerak ke peti sejuk.

"Nak habiskan ke ni, mama?". Soal Aulia. Dia sudah mencapai pinggan kaca di dalam almari dan diletakkan di tepi bekas yang berisi agar2.

"Tak payah la habiskan. Potong sikit je. Takut tak berhabis. Mama nak buat air kopi kejap". Ujar Mama Liza. Tangannya ligat mencapai bekas kopi dan gula didalam almari lalu mula membuat di dalam teko.

"Aulia, mana kamu belajar buat gulai tempoyak tu ye? Sedap betul la. Mama tak pernah pulak rasa lauk tu. Ni lah pertama kali". Tanya Mama Liza teruja. Dia memandang menantunya lama.

"Ohh, ibu yang ajar. Sebabnya itu makanan kesukaan kami adik beradik. Aulia minta tolong ibu ajarkan sebelum kahwin". Terang Aulia senang hati. Dia tersenyum memandang wajah Mama Liza.

"Yeke. Nanti ajarkan lah mama ye. Dalam banyak2 makanan yang kamu masak tu, mama suka pulak gulai tu". Ujar Mama Liza teruja.

"Aulia cadang masak makanan favourite mama. Lepastu teringat pulak gulai tempoyak tu. Saja nak test market". Pecah tawa mereka berdua. Mama Liza menepuk lembut lengan menantunya.

"Tulah! Berjaya pulak ye. Hehe. Nanti kamu ajar la mama. Mama tengok tadi, papa kamu pun berselera makan". Ujar Mama Liza. Dia sudah tersenyum membayangkan Aulia mengajar dia masak resepi tersebut. Mama Liza memang suka mencuba sesuatu yang baru. Tak kira lah makanan apa sekalipun, pasti dia akan mencuba masak dan tukang juri nya adalah suami sendiri.

"Boleh, ma. Nanti Aulia ajarkan. Eh, ma. Jom lah kita ke depan". Ujar Aulia mengakhiri perbualan. Mereka terus ke ruang tamu membawa hidangan.

"Sayang nak stay sampai malam ke?". Soal Idlan sejurus selepas Aulia melabuhkan punggung.

"Tak kisah. Ikut abang la". Ujar Aulia ringkas. Dia memandang wajah suaminya tenang.

"Kalau macamtu, kita balik after maghrib la. Boleh kita borak lama2 lagi. Malas pulak nak drive petang2 ni". Cadang Idlan. Aulia mengangguk setuju. Dia hanya mengikut sahaja apa kata suaminya. Mereka meneruskan perbualan sehingga masuk waktu solat.

"Jom kita solat dulu. Idlan imam lah ye!". Ajak Encik Eddy.

"Uncle Aidil la imam. Alang2 Uncle ada kat sini". Idlan mempelawa pakciknya. Dia sudah tersengih2.

"Eh, lebih elok anak muda la imam". Uncle Aidil menolak pula. Sudahnya mereka hanya tergelak sahaja tanpa ada jawapan.

"Dah2, tak kemana la jawabnya kalau asyik tolak menolak. Biar mama yang tentukan. Idlan la imam ye. Habis cerita". Mama Liza bersuara. Mereka terus tergelak. Encik Eddy menepuk2 bahu anaknya.

Mereka bersolat asar yang diimamkan oleh Idlan. Begitu tenang solat mereka. Idlan mengimami solat mereka dengan penuh khusyuk dan tomakninah. Lama mereka menadah tangan berdoa kehadrat Allah Taala.

Seusai solat, Uncle Aidil minta diri untuk pulang ke rumah. Tinggallah mereka berempat di rumah agam ini. Mama Liza sibuk mengemas meja dapur manakala Aulia pula sibuk membasuh pinggan. Idlan leka berborak dengan Encik Eddy di ruang tamu. Sesekali mata mereka tertumpu di kaca tv.

"Idlan, kamu tak nak kerja balik ke kat company kita?". Soal Encik Eddy tiba2. Idlan mengerutkan dahi. Dia memandang wajah Encik Eddy dalam2.

"Kenapa papa tanya tiba2 ni?". Soal Idlan. Idlan menghela nafas. Sudah lama dia meninggalkan posisinya di pejabat itu. Idlan sendiri sudah lama tidak memikirkan tentang itu sementelah dia sudah mempunyai pekerjaan sendiri. Lama Idlan memandang raut tua papa.

"Takdelah. Papa pun dah jarang2 masuk office tu. Sayang kalau nak ditinggalkan macam tu je. Kamu ajelah anak papa yang boleh papa harapkan. Kamu takde terfikir ke nak join balik?". Soal Encik Eddy satu persatu. Dia memandang wajah anak lelakinya. Dia berharap Idlan dapat meneruskan legasinya di pejabat itu. Dia sudah tua. Kudratnya sudah tidak mampu untuk bekerja kuat seperti dahulu. Dia ingin berehat panjang.

"Nantilah, pa. Idlan tak terfikir pulak nak ambil balik jawatan tu". Jawab Idlan malas2. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia sudah selesa dengan kerjayanya sekarang. Tidak mungkin dia akan meninggalkan buat masa ini.

"Papa harap sangat kamu dapat masuk balik ke company kita. Uruskan everything. Awak muda. Tenaga, buah fikiran semuanya masih fresh. They need you". Ujar Encik Eddy yakin. Dia tersenyum memandang Idlan yang sudah kelat. Matanya kembali tertumpu di kaca tv.

Idlan pula sudah bermonolog sendiri. Apa layak kah dia untuk kembali ke syarikat papa? Apakah dia mampu memegang jawatannya kembali?.

"Idlan!!!" Aulia pengsan!!!".

Serentak mereka terkejut. Idlan bingkas bangun berlari mendapatkan isterinya. Encik Eddy cepat2 mengekori dari belakang. Berdegup laju hatinya tatkala mendengar jeritan Mama Liza. Dia takut apa2 yang buruk akan terjadi kepada isterinya.

"Ya Allah! Sayang! Mama, kenapa Aulia?". Soal Idlan cemas. Idlan lantas merangkul badan isterinya yang terbaring di tepi almari pinggan. Dia menampar2 lembut pipi isterinya. Hatinya risau!

"Dia basuh pinggan tadi. Mama tengok ok je. Mama biarlah sebab mama nak lap meja. Bila mama pusing, dia dah terbaring". Terang Mama Liza cemas. Dia sudah mengambil segelas cawan yang berisi air lalu diusap perlahan2 ke wajah menantunya. Idlan sudah berdebar.

"Sayang! Bangun sayang!". Panggil Idlan. Dia menggoncang tubuh isterinya berharap iserinya akan membuka mata.

"Idlan, kita angkat dia dulu letak kat sofa. Kat dapur ni panas nanti dia tak dapat oksigen cukup". Cadang Encik Eddy. Dia juga kalut melihat menantunya yang tiba2 jatuh pengsan. Idlan segera mencempung tubuh isterinya dan bergerak menuju ke ruang tamu. Perlahan2 dia meletakkan di atas sofa. Idlan membasahkan wajah Aulia perlahan2. Mama Liza mula mengipas2 di wajah menantunya. Suasana tegang seketika.

"Sayang, bangun. Sayang! Dengar tak suara abang ni". Idlan memanggil sambil tangannya tak henti2 menepuk2 lembut pipi isterinya.

"Agaknya dia tak cukup rehat la tu. Tu yang sampai pengsan". Encik Eddy serkap jarang. Idlan segera menggeleng laju.

"Tapi dia tak pernah pulak pengsan". Bidas Idlan. Menggigil tangannya. Dia takut.

Hampir sepuluh minit lamanya, Aulia mula tersedar. Perlahan2 dia membuka kelopak matanya. Automatik tangannya memegang kepalanya yang terasa berat.

"Alhamdulillah. Sayang, dengar abang tak? Sayang sakit ke? Biar abang picit". Ujar Idlan seraya memicit dahi Aulia. Encik Eddy menggeleng tersenyum. Aulia cuba untuk bangun. Mama Liza segera memaut lengan Aulia lalu menyandarkan badannya di sofa.

"Kamu kenapa, Aulia? Demam ke? Terkejut mama tengok kamu pengsan macamtu". Tanya Mama Liza seraya melekapkan telapak tangan ke dahi Aulia. Sejuk. Tiada tanda demam.

"Ehm, entah. Kepala tiba2 berat2". Sebaris Aulia menjawab. Encik Eddy sudah berlalu menuju ke dapur untuk mengambil panadol bagi menghilangkan sakit kepala Aulia. Idlan pula tak henti2 memicit dahi isterinya. Matanya tak lepas memandang Aulia. Dia risaukan isterinya.

"Kita pergi klinik ye sayang. Abang risau la sayang pengsan macam ni". Cadang Idlan. Dia memegang lembut jemari Aulia. Mama Liza mengangguk setuju.

"Betul tu, Aulia. Pergi klinik check. Barulah kita tau kenapa". Sokong Mama Liza. Dia mengusap lembut bahu menantunya. Aulia menggeleng lesu.

"Aulia nak rehat dulu. Kepala berat sangat ni". Ujar Aulia. Dia menyandarkan kepalanya di bidang sasa Idlan.

"Idlan. Nah ambil panadol ni bagi isteri kamu makan nanti. Liza, kamu buatkan bubur untuk Aulia ni. Dah2, bawak isteri kamu naik bilik". Arah Encik Eddy satu persatu. Mama Liza mengangguk dan segers ke dapur manakala Idlan segera memapah isterinya naik bilik.

"Perlahan2, Aulia". Nasihat Encik Eddy. Dia memandang susuk tubuh anak dan menantunya hingga hilang dari pandangan.

***

"Hati2 sayang". Ujar Idlan sambil membaringkan isterinya diatas katil. Aulia memegang lengan suaminya kuat.

"Sakit kepala sangat". Rintih Aulia. Idlan yang mendengar seperti mahu pecah dadanya. Isterinya dalam kesakitan. Dia segera duduk disebelah isterinya dan menampung badan Aulia yang separa duduk ke lengannya. Sempat dia menghadiahkan kucupan manis di dahi isterinya.

"Sayang makan panadol ni dulu, baru tidur, ok?". Ujar Idlan lembut. Dia segera meletakkan dua biji panadol ditelapak tangan Aulia. Aulia segera menelan ubat tersebut. Terasa pahit di tekak. Idlan mencapai gelas minuman dan menyua ke mulut isterinya. Sesudah itu, Idlan membaringkan Aulia semula.

"Tidur ok. Abang picitkan kepala sayang". Lembut suara Idlan menembusi cuping telinga isterinya. Aulia melelapkan mata. Dia terus lena. Idlan masih setia disisi isterinya. Dia memandang wajah pucat Aulia. Hantinya galau. 'Ya Allah, berikanlah kesembuhan pada isteriku'. Detik hati Idlan.

Sesekali, Aulia seperti didatangi mimpi. Dia akan reflek terkejut. Idlan akan mengusap lembut rambut Aulia sehinggalah lena isterinya statik kembali. Matanya tak lepas memandang seraut wajah Aulia. Tak pernah isterinya selemah ini. Sekiranya Aulia penat sekalipun, dia cuma hanya berbaring lesu. Hatinya dipagut gundah. Apakah isterinya sakit berat? Apakah Idlan tidak cukup sempurna menjaga isterinya sehingga teruk isterinya sakit?

"Idlan, ni bubur nye". Ujar Mama Liza seraya masuk ke bilik mereka. Dia meletakkan dulang berisi makanan ke atas meja sisi katil. Dia sempat memandang kearah menantu kesayangannya.

"Nanti, kamu bawak lah dia ke klinik. Kot la mengandung ke". Mama Liza serkap jarang. Dia memandang wajah Idlan yang serabut. Idlan menoleh.

"Mama, kalau pengsan tu kira dia mengandung ke?". Soal Idlan seperti orang bodoh. Dia memandang wajah Mama Liza untuk kepastian. Mama Liza sudah tergelak kecil.

"Bukanlah macam tu. Mama kata mungkin. Bukannya iya. Kita pergi check je. Tak kisahlah mengandung ke apa ke, janji check". Ujar Mama Liza sambil tersenyum. Idlan tergelak kecil mengenangkan soalan bodohnya sebentar tadi. 'Idlan! Cuba bagi soalan tu yang elok sikit!'. Bebel Idlan didalam hati. Tersengih dia.

"Yelah, mama. Nanti Idlan bawak Aulia pergi klinik. Thanks mama buatkan bubur untuk Aulia". Ucap Idlan sambil tersenyum. Mama Liza membalas senyuman dan mula melangkah ke luar dari bilik. Dia menutup pintu perlahan. Idlan terus kembali fokus kepada isterinya.

Isteri aku mengandung? Kalau betul, macam mana? Tapi, kalau tak, macam mana pulak?'. Gumam Idlan. Dia mengusap lembut pipi isterinya seraya meletakkan tangan diatas perut kempis isterinya.

'"Kalau sayang pregnant, abang orang pertama yang akan happy". Ujar Idlan perlahan.

Dia terus menarik selimut menutupi sebahagian badan isterinya. Idlan bingkas bangun dan sempat mengucup pipi isterinya. Dia keluar dari bilik membiarkan isterinya untuk rehat.

***

"Abang.. Abang..". Aulia mengggumam dalam lena. Idlan yang sedang mengaji di tikar sejadah terus berhenti dan mendapatkan isterinya. Dia lantas duduk disebelah Aulia dan mengusap2 lembut ubun2 isterinya.

"Sayang, I'm here". Idlan cuba mengejutkan Aulia perlahan2. Dia perlahan2 membuka kelopak matanya dan memandang raut wajah suaminya.

"Haus". Sepatah Aulia menjawab. Dia cuba menelan air liur yang terasa pahit di tekak. Tangannya masih memegang kuat kepalanya. Idlan cepat2 mengambil gelas yang berisi air lalu disuakan kepada isterinya.

"Minum lagi, sikit sangat tu". Arah Idlan lagi. Aulia sudah menggeleng kepala dan ditolak lembut tangan suaminya.

"Pergi klinik ye. Kita check". Cadang Idlan. Matanya tak lepas memandang isterinya yang berkerut menahan kesakitan.

"Pukul berapa ni?". Aulia mengeluh panjang. Badannya terasa bahang sekali dan tak selesa berada pada posisi baring. Dia cuba untuk menukar posisi nya kepada duduk. Idlan memaut lengannya dan menyandarkan di kepala katil.

"Dah pukul 9 malam. Sayang lena sangat. Abang kejut maghrib tadi pun sayang tak sedar. Sayang lapar tak? Mama ada buat bubur ni". Ujar Idlan. Dia membetulkan selimut dan mengikat rambut isterinya kemas. Aulia hanya membiarkan sahaja memandangkan dia memang terasa rimas dengan juraian rambutnya.

"Taknaklah. Aulia nak solat dulu. Abang tolong ye". Ujar Aulia. Idlan sudah mengangguk laju. Dia terus memapah isterinya ke bilik air dan membantu untuk mengambil wudhu. Pergerakannya perlahan sekali dek berat yang dirasakan dikepala. Idlan setia menunggu di sisi isterinya.

"Aulia solat kat atas katil je. Abang ambilkan telekung kejap". Arah Idlan lalu mengambil telekung yang tergantung di hanger. Aulia pula sudah membetulkan duduk di katil lalu menyarungkan telekung yang dihulurkan oleh suaminya. Dia segera menunaikan solat dalam keadaan duduk.

Idlan membiarkan isterinya bersolat dahulu sementara dia menyudahkan bacaannya yang terhenti tadi. Sesekali matanya memandang kearah Aulia. Risau kalau isterinya tiba2 rebah semula. Idlan menutup Al-quran setelah selesai mengaji. Diletakkan di atas rak dan menunggu isterinya sudah solat. Tiba sahaja salam terakhir, Idlan cepat2 mendekatkan dirinya kepada Aulia.

"Sayang ok tak?". Tanya Idlan risau. Tangannya lembut memegang bahu isterinya.

"Hurmm, ok. Aulia nak mandi la, panas". Ujar Aulia sambil tangannya ligat melipat telekung. Idlan segera mengambil telekung ditangan Aulia dan menggantungnya di hanger.

"Abang mandikan ye. Aulia mandi shower la. Tak payah pakai air sejuk ni". Ujar Idlan dan terus memaut lengan isterinya. Dia perlahan2 memapah isterinya ke bilik air dan mula membersihkan isterinya. Aulia hanya dibiarkan duduk di bangku sementara Idlan yang melakukan semuanya, dari savun hinggalah membilas. Sesudah mandi, dia menyarungkan baju tidur di badan isterinya dan mula membaringkan semula di atas katil.

"Sayang taknak makan ke? Nanti perut masuk angin. Makan sikit ye". Pujuk Idlan. Hatinya cukup risau melihat Aulia yang lemah tak berdaya. Dia cuba menyuapkan sesudu bubur di mulut isterinya tapi ditolak.

"Aulia takde selera". Perlahan nada suaranya. Idlan sudah menggeleng kepala laju.

"Sayang kena makan. Ok, takpe. Kalau Aulia taknak makan, kita pergi klinik". Idlan sudah menggugut. Isterinya ini boleh tahan degil juga. Lama Aulia memejam mata.

"Er, Aulia kena pilih ke? Aulia taknak dua2". Aulia cuba memujuk. Dia memegang lengan suaminya lembut. Idlan sudah mengeluh berat.

"Sayang, janganlah risaukan hati abang ni. Abang tak boleh nak buat kerja macamni tengok Aulia terlantar macam ni. Please sayang, dengar cakap abang. Kita pergi klinik ye". Idlan cuba memujuk lagi. Dia mengusap lembut pipi isterinya. Berharap agar isterinya setuju dengan cadangannya.

"Er, yelah. Pergi klinik". Berat Aulia menuturkan. Idlan sudah tersenyum lebar. Dia sempat mengucup lembut dahi isterinya sebelum menyarung tudung dikepala Aulia. Mujurlah baju tidur Aulia lengan panjang. Jadi, tak perlu lah untuk isterinya menukar ke baju lain. Dia segera memapah isterinya turun ke ruang tamu.

"Ha Idlan. Nak ke klinik ke?". Soal Encik Eddy apabila melihat anak dan menantunya turun dari tangga. Idlan mengangguk laju. Mama Liza cepat2 keluar dari dapur untuk melihat menantunya.

"Aulia, ada kurang ke?". Soal Mama Liza risau. Dia memegang lengan menantunya kejap. Aulia hanya mampu tersenyum hambar.

"Aulia ok. Mama jangan lah risau sangat". Ujar Aulia perlahan. Mama Liza tak lepas memandang menantunya itu. Risau betul melihat keadaan Aulia yang terlalu pucat.

"Er, mama, papa. Idlan nak pergi klinik kejap. Kalau Idlan lambat ke, tak payah tunggu la. Mama dengan papa tidur je dulu ye". Ujar Idlan sambil memandang wajah Encik Eddy dan Mama Liza silih berganti. Dia terus melangkah menuju ke kereta. Idlan segera menghidupkan enjin dan terus memecut menuju ke destinasi.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience