Chapter 14

Romance Completed 29068

Idlan bergegas siap untuk menuju ke masjid berdekatan rumahnya. Malam ini dia ada kelas mengaji bersama Ustaz Zamri. Dia teringat pesanan Aulia petang tadi. Meminta untuk menghadiri kelas ini. Idlan bersyukur kerana Aulia memberikan sokongan penuh kepada perubahannya. Dikerling jam dipergelangan tangannya. Pukul 8.15 malam. 'Awal lagi' detik hatinya.

Kelas bersama Ustaz Zamri dijadualkan selepas Isyak, jam 9.30 malam. Mujurlah Ustaz Zamri sudi membantu Idlan. Aulia yang mencadangkan supaya dia mengambil kelas mengaji dengan ustaz yang mahir. Walaupun malu pada mulanya, tapi disebabkan semangat ingin berubah, Idlan ketepikan perasaan itu seketika. Dia cuba untuk mengembalikan dirinya yang dahulu.
Idlan bersiap ringkas. Sekadar berbaju melayu berwarna hijau tua, berseluar slack hitam dan kopiah. Disembur sedikit perfume ke leher. Idlan merenung dirinya didalam cermin sebelum mencapai henset keluar dari bilik.

"Dah nak pergi ke?" Soal Encik Eddy melihat anaknya turun dari tangga. Idlan mengangguk laju.

"Alang2 boleh dengar ceramah". Sambung Idlan. Encik Eddy hanya mengangguk. Dia menyambung kembali bacaannya yang tertangguh. Idlan terus menuju ke kereta. Sayup2 suara ustaz yang memberi ceramah membuatkan Idlan menyegerakan pergerakan.

Sepanjang perjalanan, Idlan cuba untuk menenangkan debar dihati. Perasaannya bercampur baur. Tak tahu nak digambarkan. Dia seperti kanak2 yang ketakutan menunggu untuk dihukum. Dia cuba menghembuskan nafas tenang. Tetapi, hatinya tetap berdebar laju. Idlan menekan pedal minyak dan memecut membelah jalan raya. Dia harus kuat!

Sesampai sahaja di masjid, Idlan melangkah terus menuju ke saf yang kosong. Dia duduk bersila, tenang mendengar ceramah yang disampaikan. Matanya tepat memandang ustaz yang sedang duduk dikerusi itu. Hatinya semakin berdebar. Dia cuba untuk menghilangkan debar nya dengan bangun untuk mengambil wudhu. Berkat ajaran Encik Eddy, Idlan sudah pandai untuk mengambil air wudhu dengan tertib. Dia juga sudah mampu untuk mengingati tatacara solat. Cuma yang masih menjadi kelemahannya, Idlan masih tidak tahu untuk membaca surah2 didalam solat nya.

Idlan meneruskan langkah kakinya ke tempat wudhu. Di buka jam yang terletak kemas dipergelangan tangannya, disinsing lengan baju hingga ke siku. Dengan lafaz bismillah, Idlan meneruskan perbuatannya. Setelah selesai, Idlan kembali menuju ke dalam masjid. Berkira2 untuk menyambung mendengar ceramah, azan mula berkumandang. Idlan mengambil tempat kosong di saf yang kedua. Merapatkan bahu dan berdiri tegak lalu diangkat tangan untuk takbiratul ihram. Terasa kerdil dirinya.

Tenang! Itu yang dirasainya saat ini. Seperti bayi yang baru lihat dunia. Lupa segala masalah dunia yang berlaku. Tujuannya hanya satu, menyembah Tuhan yang maha kaya. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Azza Wajalla. Dia menyempurnakan rukun2 solat dengan penuh tomakninah. Rukuk dan sujud disembahkan hanya kepada Tuhan yang Esa. Idlan menemui ketenangan yang hakiki. Allah masih memegang hatinya. Allah masih ingin dia kembali bertemu pencipta. Idlan leka dalam pengabdiannya. Suara Imam yang mengimamkan solat Isyak itu kedengaran merdu di cuping telinga. Idlan hanyut dengan ayat2 suci yang dialunkan. Menyentap terus ke tangkai hati. Menggigil badannya tatkala ayat yang dibaca berkenaan azab api neraka. Bagai memahami maksud bacaan itu, Idlan mengalirkan air mata keinsafan. Hangat menyentuh pipi. Jiwa nya bagai disentuh oleh lembutnya panggilan Ilahi.

Selesai salam, Idlan memandang kearah sejadah. Hatinya dipagut sayu. Inilah keseronokan yang sebenarnya. Seronok bertemu Tuhan. Idlan mengangkat tangan mengaminkan bacaan doa, sekaligus memanjat kesyukuran kepada Rabbi. Idlan tekun dalam hajatnya. Dia mengharapkan segala doa2 nya dimakbulkan Allah.

"Alhamdulillah". Ucap Idlan perlahan. Dia bangkit untuk bersalaman dengan Imam.

"Idlan, kan?" Ujar Imam tersebut. Ustaz Zamri merangkap Imam di masjid ini tersenyum. Dia mengajak Idlan untuk ke sudut masjid, jauh dari orang ramai.

"Sempat dengar ceramah ke tadi?" Ramah Ustaz Zamri. Idlan mengangguk laju. Dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan Ustaz Zamri.

"Saya tak tahu mengaji". Jelas Idlan jujur. Dia memandang wajah ustaz dihadapannya. Idlan membetulkan duduk. "Langsung tak tahu, Ustaz". Sambungnya lagi. "Saya berdosa. Saya melanggar batas agama. Saya teguk arak macam teguk air kosong. Saya berzina. Saya lupa hukum Allah". Terang Idlan. Dia cuba bertenang, menutup perasaan malu yang bersarang di hati.

"Setiap hambanya yang bertaubat kepada Allah dengan sebenar2 taubat, InsyaAllah, Allah akan ampunkan dosa nya yang lepas. Berdoa lah kepada Allah selalu agar dosa kamu diampunkan Allah". Nasihat Ustaz Zamri kepada Idlan. Dia memandang wajah anak muda dihadapannya dengan penuh rasa bersyukur. Masih diberikan hidayah untuk berubah.

"Ameen. Itulah yang saya harapkan, ustaz. Tak putus2 saya memohon agar Allah mengampunkan dosa saya yang lepas". Idlan berkata tenang.

"Erm, bila saya boleh mula belajar mengaji, ustaz?" Soal Idlan teruja. Dia memandang Ustaz Zamri yang sedang tersenyum.

Malam ini Idlan cuba bersungguh2 untuk belajar semula. Dia menurut segala yang diajarkan oleh Ustaz zamri kepadanya. Walaupun dia perlu bermula dari bawah, Idlan tidak kisah. Apa yang penting baginya, dia pandai untuk mengaji kembali.
Hampir 2 jam Idlan belajar mengaji. Susah! Itulah perasaannya saat ini. Adakalanya dia hampir berputus asa. Namun, atas dorongan Ustaz Zamri, Idlan tetap meneruskan bacaan. Ada mata yang sedang memerhatikan Idlan dari jauh. Harapannya juga satu, agar Idlan dapat mengaji dengan lancar.

***

Aulia menghempaskan badan keatas katil empuknya. Dia baru balik dari masjid. Dicapai jam disisi katil, 'dah pukul 12 malam. Patutlah ngantuk semacam' desis hati Aulia. Semasa pulang dari masjid, Puan Hawa dan Encik Syam sudah lama melelapkan mata. Yang tinggal cuma adik bongsunya, Aira yang leka menonton tv hingga larut malam.

Aulia membuka tudung yang tersarung di kepalanya. Dicampak masuk kedalam bakul baju tepi bilik air. Dia mencabut stoking dan anak tudung, diletakkan di sudut katil. Aulia bangkit untuk membersihkan diri. Malam ini dia perlu tidur! Esok dia perlu bangun awal untuk menghantar Aira ke terminal bas. Adik bongsunya akan menghadiri seminar di Terengganu selama 5 hari. Sebelah petangnya, Aulia akan ke perpustakaan untuk memulangkan buku rujukan yang dipinjam. Cuti semester bakal berakhir. Aulia tak sabar untuk menghabiskan pengajiannya di bidang ijazah. Cuma tinggal 2 semester lagi. Sebelah malamnya pula, Aulia akan menghantar ibu dan ayah ke rumah pakcik Zali di Putrajaya. Ada open house. Pakcik Zali merupakan kawan baik ayah sejak di kampung. Open house yang diadakan sempena kenaikan pangkat anak perempuannya. Disebabkan jadual yang sangat padat esok, Aulia perlu mendapatkan rehat yang cukup.

Berkira2 untuk melelapkan mata, Aulia diganggu dengan bunyi mesej. Pada mulanya Aulia mengabaikan, kira esok pagi baru dibaca. Tapi, bunyi mesej itu terhenti setelah satu panggilan dari henset nya.

"Dah siapa pulak ni! Tak tahu ke dah tengah malam ni. Ganggu betul la!" Marah Aulia. Matanya sangat ngantuk. Dengan berat Aulia bangun membuka lampu tidur, mencapai henset ditepi bantal.

"Hello! Siapa ni? Malam2 ganggu orang nak tidur!"

Marah Aulia. 'Bengang betul aku' Rungut Aulia didalam hati.

"Idlan speaking".

Gulp!

Terbeliak mata Aulia. 'No joking, Aulia!

"Ohh, Encik Idlan, maaf. Saya tak sengaja nak mar...

Belum sempat Aulia menghabiskan kata2 nya, Idlan segera memotong percakapannya.

"Tell me what. Saya tak suka la awak nak ber'encik' dengan saya. Why not you panggil I Idlan.. only Idlan.

Cadang Idlan Syahid. Dia tersenyum menampakkan lesung pipit nya. Terdengar hembusan nafas dihujung corong telefon.

"Takkan lah saya nak panggil macamtu. Saya tak biasa. Lagipun saya memang panggil dengan panggilan encik kan? Erm.. so.. saya.. tak kot.. panggil macamtu"

Satu2 jawapan yang diberikan Aulia. Dia cemas. Malam2, lelaki telefon. Memang dia tak biasa.

"Boleh Encik Idlan straight to the point tujuan call saya malam2 ni?"

Aulia menyambung bicara. Dia tiada daya nak berlama2 dengan Idlan. Macam2 bermain difikiran. Dia memang takut dengan Idlan. Lelaki tu misteri padanya.

"Oh ho, nantilah dulu Aulia. Saya cuma nak ajak awak for lunch tomorrow. Are you okey with that?"

Idlan mengharapkan jawapan ya dari mulut Aulia. Lama rasanya dia tak menatap wajah Aulia. Dia mencuba nasib. Harapannya setinggi gunung. Dia ingin memberikan hint kepada Aulia tentang perasaannya.

"Saya mintak maaf banyak2. Saya tak boleh nak memenuhi permintaan Encik Idlan. Saya busy esok. I think Encik Idlan tak payah la susah2 nak ajak saya keluar sebab saya tak nak keluar dengan Encik. Saya bukan macam perempuan lain yang senang2 aja nak keluar dengan encik. Kalau perempuan lain, mungkin suka la kot. Saya tak. Saya ni perempuan. Tak manis rasanya kalau kita terlalu rapat macamni. So, saya harap Encik Idlan faham. Saya nak tidur ngantuk ni, Assalamualaikum."

Aulia memutuskan talian, langsung tak memberi peluang Idlan bercakap. Aulia terlalu ngantuk. Matanya tak mampu untuk bertahan lebih lama. Otaknya tak dapat nak mencerna apa2 lagi. Aulia tidur.

Idlan terkedu mendengar penjelasan Aulia.

Tap!

Talian terputus. Idlan kelu. Lain yang diharapkan, lain yang terjadi. Sungguh Idlan terasa hati dengan ayat2 Aulia. Dia merasakan Aulia menganggap diri nya masih seperti dulu. Seorang lelaki yang sering mengambil kesempatan terhadap wanita. Idlan menggelengkan kepala berkali2. Tidak percaya dengan apa yang baru didengar. Idlan kecewa!

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience