Chapter 24

Romance Completed 29068

Hari ini bermula lah 1 Ramadhan. Hari yang gembira buat Aulia kerana masih dapat merasai nikmat berpuasa. Aulia sedang menyiapkn makanan sahur. Jam menunjukkan pukul 4.45 pagi. Dia segera mengejutkan Puan Hawa dan Encik Syam untuk bersahur. Aira dan Adhwa sudah lama terpacak di meja makan.

"Aulia masak apa?" Soal Puan Hawa. Dia sudah memberitahu anak2nya bahawa sepanjang Ramadhan, Puan Hawa akan berehat dari masak. Tugas itu diberikan kepada anak2 nya. Jadi, mereka bergilir2 membuat jadual untuk masak sahur dan berbuka. Untuk hari yang pertama, Aulia sendiri sukarela untuk masak sahur dan juga berbuka nanti.

"Masak ikan tenggiri taucu. Sambal belacan pun ada". Jelas Aulia. Dia segera melabuhkan punggung disebelah Aira. Dicapai pinggan lalu menceduk nasi untuk ibu dan ayahnya. Mereka membaca doa yang diketuai oleh Encik Syam. Sesudah doa, mereka terus menjamu selera. Aulia makan dengan berselera sekali.

"Sedap! Pandai kamu masak". Puji Encik Syam. Dia terus menyuap nasi kedalam mulut. Aira dan Adhwa mengangguk2 setuju.

"Kejap lagi ayah nak ke masjid, ada siapa2 nak ikut?". Soal Encik Syam. Dia memdang wajah anak2 nya satu persatu.

"Aira nak ikut. Lama tak solat kat masjid. Kak Aulia ikut?". Soal Aira kepada Aulia. Aulia menoleh memandang kearah adiknya lalu mengangguk setuju.

"Kamu Adhwa?". Soal Encik Syam. Adhwa tersengih2.

"ABC la hari ni". Jawab Adhwa. Merah mukannya menahan malu. Encik Syam mengangguk tanda faham. Dia menyambung suapannya. Sesekali dia berhenti untuk menghirup teh panas.

"Hawa ikut ye, bang. Adhwa nanti tutup pintu rumah ye". Terang ibunya. Sudah menjadi kebiasaan keluarga Encik Syam bila tiba 1 ramadhan, mereka akan banyak menghabiskan masa di masjid. Tidak kira waktu pagi untuk berqiamullail ataupun waktu malamnya untuk bertarawih. Itulah makanan rohani yang diterapkan dalam diri anak2 perempuannya. Dia akan memastikan anak2nya sentiasa mengaji dan tidak meninggalkan solat sunat.

Mereka selesai makan ketika masuk waktu imsak. Aira membantu ibunya mengemas dapur. Adhwa pula membasuh pinggan. Disebabkan dia tidak mengikut yang lain ke masjid, maka kerja rumah hari ini akan disiapkan oleh Adhwa.

Azan berkumandang dari corong radio. Aulia segera mengambil wudhu dan memakai telekung. Dia mencapai Al-quran kesayangannya dan keluarvdari bilik.

"Jom! Dah siap ke semua?". Soal Encik Syam yang sedang berzikir di kerusi malasnya. Puan Hawa mengangguk dan mereka terus bergerak ke masjid. Sepanjang perjalanan ke masjid, lidah mereka dibasahi dengan zikrullah. Encik Syam selalu berpesan kepada anak2 nya agar tidak bercakap perkara yang lagha sekiranya ingin menunaikan ibadah. Itu salah satu cara mengosongkan hati dari perkara duniawi.

Sesampai di masjid, Aulia mengambil tempat di saf yang kosong. Diletakkan Al-quran ditepi rak dan segera menyarung kain telekung. Aulia segera mengangkat takbir! Dia berserah kepada Allah yang Esa!

Sesudah mengerjakan solat, Aulia lantas mencapai Al-quran dan mula bertadarus. Niatnya untuk khatam sepanjang bulan Ramadhan ini. Dia mulakan dengan surah Alfatihah dan diteruskan dengan surah Al-Baqarah. Aulia membaca dengan tartil dan berlagu. Dia khusyuk membaca. Lupa seketika masalah dunia. Aira juga sedang bertadarus. Dia duduk bersebelahan dengan Puan Hawa, jauh dari Aulia.

Encik Syam duduk bertafakur di tikar sejadah. Dia tidak henti2 berzikir kepada Allah sambil jarinya lembut menggerakkan biji2 tasbih. Dia leka dalam pelukan Allah.

Sedang Encik Syam leka dengan zikir nya, ada seorang lagi hamba Allah yang sedang sibuk meratib Asma' nya. Idlan Syahid. Di satu sudut, dia sedang duduk bertafakur sambil mata terpejam menikmati keindahan melafazkan puji2an kepada Allah Azza Wajalla. Hatinya tenang! Tidak henti2 dia memuji Asma Allah. Bibir nya basah dengan zikrullah. Lama dia bertafakur di tikar sejadah apabila ada suara yang menegurnya.

"Idlan!".

Idlan berhenti. Dia membuka matanya dan menoleh kearah empunya suara. Dia melihat Encik Syam sedang tersenyum memandang kearahnya.

"Pakcik! Assalamualaikum". Lalu dihulurkan tangan untuk bersalaman. Idlan tersenyum manis. Encik Syam duduk bersebelahan Idlan. Ditepuk bahu Idlan beberapa kali.

"Waalaikumussalam! Alhamdulillah. Pakcik suka tengok kamu macamni". Ujar Encik Syam. Dia memandang Idlan yang mengenakan jubah putih dan serban. Manis dipandang mata. Redup matanya memandang kearah anak muda dihadapannya.

"MasyaAllah, pakcik. Jangan dipuji. Saya ni masih belajar". Ujar Idlan merendah diri. Dia tersenyum memandang Encik Syam. Idlan membetulkan duduknya menghadap Encik Syam. Dilipat sejadahnya dan diletakkan di tepi.

"Idlan, masa muda ni lah kita nak belajar lebih lagi tentang agama Islam, nanti esok lusa, kita belum tahu lagi sampai ke tidak umur kita. Pakcik suka tengok anak muda yang sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang sempurna". Ucap Encik Syam bersungguh. Dia tersenyum memandang Idlan yang sedang mengangguk2 dihadapannya.

"InsyaAllah pakcik. Saya ni selagi boleh, cuba untuk memenuhkan ilmu didada. Yelah, makin banyak kita belajar, sebenarnya makin banyak yang kita tak tahu. Saya selalu ingat pesan ustaz yang mengajar saya, kalau nak dipandang mulia, timbalah ilmu. Jadi, itu yang saya sedang usahakan, pakcik". Terang Idlan panjang lebar. Encik Syam tersenyum. Dia bangga kerana Idlan bersungguh2 membuang tabiatnya yang lama dan berusaha menjadi lelaki soleh.

"Assalamualaikum, Idlan!". Ucap Ustaz Zamri seraya menghulurkan salam. Idlan menoleh lalu menyambut huluran tangan Ustaz Zamri.

"Waalaikumussalam, ustaz! MasyaAllah. Lama dah kita tak jumpa". Idlan menjawab. Ustaz Zamri mengambil tempat disebelah Idlan dan menghulurkan salam kepada Encik Syam juga.

"Ustaz, ni Encik Syam. Pakcik, ni lah ustaz Zamri yang pernah ajar saya ngaji dulu tu. Alhamdulillah. Kalau tak kerana ustaz, entah saya ni agaknya masih tak pandai lagi kot". Terang Idlan tersenyum. Ustaz Zamri menepuk lembut bahu Idlan.

"MasyaAllah! Berkat usaha kamu juga, Idlan! Saya ni tolong aje mana yang termampu, tak begitu Encik Syam?" Ustaz Zamri menoleh kearah Encik Syam yang tersenyum lebar. Dia mengangguk tanda setuju.

"Itulah, berkat usaha kamu yang bersungguh2, akhirnya jadilah kamu seperti yang sekarang ni". Sambil tangannya dihalakan kearah Idlan dari atas ke bawah. Idlan tersipu malu. Dia tertunduk.

"Eh, marilah kita keluar duduk kat meja batu tu, boleh la kita berbual panjang. Saya pun teringin nak bertanya tentang Idlan sekarang ni". Ajak Ustaz Zamri. Mereka bersetuju dan terus bangun keluar masjid. Encik Syam yang ternampak Aira di kaki lima masjid segera berlari anak kearah anak perempuannya.

"Nanti lagi 5 minit, kita balik. Nanti jumpa ayah dekat meja batu sana tu". Sambil jari telunjuknya dihalakan kearah sebuah meja batu disebelah tempat parkir motor. "Ayah nak borak dengan ustaz kejap". Sambungnya lagi. Aira menggangguk faham. Dia terus meninggalkan anaknya dan berlalu menuju kearah Idlan dan ustaz Zamri.

"Ha Encik Syam, mari duduk sini". Ucap ustaz Zamri sambil menepuk kerusi disebelahnya. Idlan hanya memandang.

"Kamu sekarang macam mana, Idlan? Lepas kamu habis belajar mengaji dulu, langsung saya tak nampak kamu". Soal Ustaz Zamri. Idlan tersengih lalu menjawab,

"Saya ada je ustaz. Cuma saya pindah ke Kedah sementara. Saya belajar agama kat pondok Tahfiz. Ada seorang ustaz yang ajarkan ilmu agama kat saya". Terang Idlan tenang. Ustaz Zamri tersenyum lalu mengangguk tanda faham. Encik Syam juga begitu, sesekali kedengaran batuknya.

"Baguslah! Saya bangga dengan kamu. Jadi, kamu dah jadi ustaz la sekarang ni?" Soal Ustaz Zamri mengusik. Idlan ketawa kecil mendengar. Dia menggeleng laju.

"Tidaklah sampai ustaz. Saya ni masih kosong lagi. Ilmu pun belum banyak lagi, ustaz. Ustaz doakan la saya dipermudahkan segalanya ya?". Pinta Idlan dengan bersungguh. Redup matanya memandang Ustaz Zamri. Encik Syam tersenyum.

"InsyaAllah. Kamu dah berusaha, pasti Allah akan tolong. Tak gitu ustaz?". Soal Encik Syam seraya memandang Ustaz Zamri. Ustaz Zamri mengangguk setuju.

"Ustaz, saya ni ada nak minta tolong sikit". Ucap Idlan satu persatu. Raut wajahnya terus berkerut. Encik Syam dan Ustaz Zamri juga memandang kehairanan.

"Minta tolong apa Idlan? InsyaAllah, kalau saya boleh tolong, saya tolong". Jawab Ustaz Zamri meyakinkan Idlan.

"Saya ada menghafal sikit2 la, tak banyak pun. Tulah, saya ingat nak minta ustaz tolong semak hafazan saya, boleh ke ustaz?". Soal Idlan teragak2. Dia menoleh kearah Ustaz Zamri yang tersenyum lebar. Encik Syam pula terkejut. Tidak disangka anak muda dihadapannya sungguh berubah.

"Allahu! Boleh Idlan, boleh sangat! MasyaAllah! Saya bangga dengan perubahan kamu! Subhanallah! Bolehlah jadi AlHafiz lepas ni". Ucap ustaz Zamri sambil menepuk2 bahu Idlan bangga. Encik Syam juga turut tersenyum bangga. Idlan tersenyum malu. Dia mengucapkan teroma kasih kepada Ustaz Zamri yang banyak menolongnya.

"Pakcik harap kamu terus istiqamah ye". Nasihat Encik Syam kepada Idlan. Dia mendoakan agar perubahan yang dilakukan sentiasa berterusan.

Dari jauh Aulia sudah nampak susuk tubuh yang dikenalinya. Aulia terkedu! 'Kenapa gaya dia macam lelaki dalam mimpi aku je?' Bebel Aulia. Dia segera menggelengkan kepala. 'Tak kot, kebetulan je ni'. Bisik Aulia lagi.

"Kak! Apa cakap sorang2 ni?". Aira menyiku lengan Aulia seraya mengejutkan Aulia ke minda sedar. Aulia menoleh.

"Ha? Apa? Cakap apa? Tak.. takde pun!". Aulia menafikan. Dia terus melangkah beriringan dengan Puan Hawa.

"Assalamualaikum! Eh, Idlan?! Kamu pun ada? Makcik ingat siapa la tadi dari jauh berjubah ni ha. Sihat kamu?". Soal Puan Hawa. Idlan tersenyum manis seraya menjawab soalan Puan Hawa. Aira pula tersenyum2 memandang Aulia, ingin mengusiknya. Aulia menjeling tajam.

"Alhamdulillah, macam nilah saya. Erm, makcik dan pakcik nak balik dah ke?" Soal Idlan. Dia memandang kearah Encik Syam. Encik Syam mengangguk.

"Tulah, Aira ni kata tadi pakcik Syam kamu ni suruh datang sini lagi 5 minit katanya. Ni dah cukup time, tu yang nak ajak balik la tu". Jawab Puan Hawa lembut.

"Perempuan ya anak nya semua,?". Soal Ustaz Zamri. Puan Hawa tersenyum sambil memandang Aulia dan Aira. Aira sudah tersenyum2 manakala Aulia hanya tertunduk. Idlan juga tunduk. Dia segan kerana mereka berjumpa dalam keadaan seeprti ini.

"Alhamdulillah, ustaz. Semua perempuan. Ringan kerja saya". Tergelak Ustaz Zamri mendengarnya.

"Baguslah macam tu, Puan. Ringankan kerja mak, ye tak. Ah, nanti boleh lah dikahwinkan dengan Idlan ni ha, bujang lagi ni. Rupa paras cukup. Bakal AlHafiz pulak tu!" Ustaz Zamri mengusik. Puan Hawa tersenyum lebar mendengarnya. Aira yang sedari tadi mendengar terus menyiku lengan Aulia yang tertunduk, ingin mengusik.

"MasyaAllah ustaz. Saya ni biasa2 saja. Jangan lah macam tu". Idlan membidas kata2 Ustaz Zamri. Dia sudah menunduk malu. Pagi yang sejuk itu dirasakan sangat panas. Dia sudah seperti cacing kepanasan. Aulia memandang dari ekor matanya, 'bakal Alhafiz?' Soal Aulia didalam hati. Aulia menghela nafas perlahan.

"Ok la ustaz, Idlan. Saya gerak dulu la ye". Encik Syam meminta izin untuk pulang. Ustaz Zamri seraya mengangguk tersenyum. Sedang berkira2 untuk bangun, Idlan bertanya,

"Pakcik, biarlah saya hantar balik. Lagipun, pakcik dan makcik jalan kaki kan? Kereta saya kat hujung tu?". Seraya menuding jari kearah kereta Porsche berwarna merah. Encik Syam tersenyum. Puan Hawa memandang kearah suaminya menunggu jawapan.

"Hurm, kena tanya seseorang dulu la, tak gitu mak nya?". Ujar Encik Syam dan Puan Hawa seraya memandang tepat kearah Aulia, sengaja mengusiknya. Aulia sudah malu! Merah padam pipinya. Dia merasakan ingin lari dari situ. Ustaz Zamri yang seperti memahami turut mengusiknya.

"MasyaAllah. Macam dah ada bau2 ni. Cepat2 la langsungnya ya. Tak sabar ni nak merasa nasi minyak kamu, Idlan!". Pecah tawa mereka semua. Hanya Idlan dan Aulia sahaja yang senyap membisu. Masing2 sudah terkelu menahan malu. Aulia memegang lengan adiknya kuat. Idlan pula sudah tidak tahu hendak menjawab. Dia hanya mampu tersengih.

"Err.. jom pakcik. Naik kereta saya. Erm.. Aaa..Aulia ok kan?". Idlan tergagap2. Tidak dipandang wajah Aulia ketika bertanya, dia sangat malu untuk mengangkat wajah. Bimbang akan diusik lagi oleh Encik Syam.

"Saya ok". Sepatah Aulia menjawab. Idlan mengangguk2 lalu Encik Syam pun bersalaman dengan Ustaz Zamri. Ketika Idlan ingin bersalaman dengan Ustaz Zamri, dia menepuk bahu Idlan lembut seraya berkata,

"InsyaAllah, jodoh kamu". Ucap Ustaz Zamri lembut. Idlan hanya tersenyum. Dia mengucapkan terima kasih atas pertolongan Usaz Zamri dan bersalaman. Mereka beredar menuju ke kereta.

Sepanjang perjalanan, mereka hanya diam membisu. Sementelah Idlan yang sudah terlalu segan dengan Encik Syam. Tidak sampai 10 minit, mereka sampai di kediaman Encik Syam.

"Terima kasih, Idlan. Jemput la singgah". Puan Hawa beramah. Dia memandang Idlan yang sedang berdiri di sebelah Encik Syam.
Idlan menolak lembut ajakan Puan Hawa. Dia terpaksa menolak kerana selepas zohor nanti dia perlu memberikan ceramah di sebuah sekolah kluster.

"Takpe makcik, lain kali ajelah. Saya kena gerak ni. Lepas zohor ni saya ada nak bagi ceramah kat satu sekolah. Erm, lain kali ajelah ye". Idlan membalas lembut. Encik Syam dan Puan Hawa mengangguk lembut. Idlan melirik kearah Aulia yang sedang berbisik2 dengan adiknya.

"Er, Assalamualaikum pakcik, makcik". Idlan melambai dan terus memecut laju. Aulia hanya memandang kereta yang sudah jauh.

"Baru nak pandang! Tadi duk malu2". Usikan Aira itu mendapat sebuah cubitan kecil dilengannya. Dia mengaduh kesakitan. Aulia segera menarik telinga Aira dan memaksa masuk kedalam rumah.

"Kalau tak kenakan orang tak sah ye budak ni! Nah, rasakan kena piat telinga". Marah Aulia sambil tangannya ligat memiat telinga adik bongsunya. Aira terjerit kecil. Encik Syam dan Puan Hawa yang baru masuk kedalam rumah tergelak kecil.

"Sudah la tu. Kesian adik kamu tu. Merah telinga nya". Pujuk ibunya. Aulia terus melepaskan telinga Aira. Aira segera menekup telinganya yang kesakitan.

"Sampai hati buat orang macam ni. Sakit tau!". Ujarnya seakan2 mahu menangis. Saja dicebikkan wajah nya. Aulia mengangkat ibu jari menunjukkan padan muka. Aira terus membaling bantal kearah kakaknya.

"Aulia, dah ada jawapan?". Soal Encik Syam serius. Dia memandang Aulia yang sudah berhenti bergelak tawa. Aira yang mendengar terus bangun dari tempat duduk. Membiarkan ayah dan kakaknya ruang untuk berbincang. Aulia senyap. Sebenarnya, bukan dia tidak cuba mencari jawapan, dia ada buat istikharah. Cuma hatinya tidak pasti apa yang dirasakan itu betul atau tidak. Memang dia ada memikirkan tentang dirinya dan Idlan, tapi dia hanya berfikir setakat itu sahaja, tidak lebih tidak kurang. Dia tak tahu apa yang hatinya sedang rasakan. Mimpi yang selalu bermain dalam tidur nya pulak, dia sendiri takut kalau2 itu hanyalah mainan tidur.

"A..ayah, Aulia sebenarnya...". Belum sempat Aulia menghabiskan ayat,

"Sebenarnya kamu tak pernah fikir pasal ni kan?". Encik Idlan memotong cakap anaknya. Aulia memandang ayahnya. Dia tergagap.

"B..bukan macam tu, ayah. Aulia dah pun istikharah. Cuma, Aulia tak pasti dengan jawapannya. Aulia perlu sikit masa lagi, boleh kan, ayah?". Aulia tergagap2 meminta. Dia memang memerlukan masa lagi supaya hatinya betul2 yakin. Encik Syam memandang Aulia dengan sebuah keluhan berat.

"Ikut lah. Ayah tak tau nak cakap apa lagi. Ingat Aulia, jangan biar dia lama menunggu". Encik Syam bingkas bangun menuju ke bilik. Aulia ditinggalkan terkulat2. Aulia memejam mata rapat. Otaknya tepu. Harus bagaimana lagi cara untuk dia selesaikan ini semua. Harus bagaimana lagi? Aulia mengeluh berat.

"Kak, henset bunyi tu! Cepat la angkat!". Jerit Aira dari tingkat atas. Dia segera bangun untuk mengambil henset yang ditinggalkan pagi tadi di biliknya. Dia mempercepatkan langkahnya.

Sampai sahaja dibilik, Aulia segera mencapai hensetnya dan terus menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum, Aulia."

Suara yang dikenali, Idlan Syahid.

"Waalaikumussalam. Er, ya. Kenapa encik call saya?"

Soal Aulia. Dia terkejut mendapat panggilan dari Idlan. Seperti mengetahui yang dia menjadi tajuk perbualan antara Aulia dan Encik Syam.

"Saja. Saya nak cakap dengan awak. Erm, saya cuma nak bertanya tentang lamaran saya. Aulia, awak dah ada jawapan?".

Aulia menelan air liur. Dirasakan kelat ditekak. Aulia menarik nafas, dilepaskan perlahan2.

"Saya.. er.. saya minta maaf encik. Saya belum ada jawapan lagi. Ah, saya.. betul2 minta maaf.

Aulia menggigit tepi bibir. Idlan ketawa kecil dihujung talian.

"Ah, takpe, saya faham. Saya ni je yang tak sabar2. Erm, takpelah, lain kali kita borak ye, Assalamualaikum".

Talian terputus. Idlan tidak mahu menunggu lama. Bukan hatinya sakit, cuma dia tidak mampu mendengar suara Aulia lebih lama. Boleh menggoncang imannya. Jadi, baik dijauhkan dahulu sebelum syaitan lebih banyak mainkan peranan. Aulia menjawab salam didalam hati. Dia rasa bersalah. 'Mungkin kah Idlan marahkannya'. Aulia tidak pasti.

Dia meletakkan hensetnya diatas meja solak. Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Aulia buntu. Tak tahu nak buat apa sementelah dia tiada apa2 aktiviti. Aulia berkira2 hendak keluar mengambil angin. Lama dia duduk berfikir. Mahu duduk dirumah, dia bosan. Mahu keluar, dia malas nak memandu. Akhirnya, dia bergerak menuju ke bilik adiknya, Aira. Berharap adiknya dapat menghilangkan bosannya ketika ini.

"Boleh akak masuk?" Soal Aulia. Adiknya sedang berbaring diatas katil sambil bermain henset. Ditoleh kearah Aulia dan mengangguk.

"Masuklah kak. Ada apa? Nak ajak keluar ke?". Soal Aira sambil badannya dikalih menghadap Aulia yang sedang duduk di birai katil. Aulia menghela nafas berat.

"Nak mintak nasihat". Ucap Aulia sambil mengetap bibir. Dia terus membetulkan duduknya. Dipandang wajah adiknya yang sedang baring.

"Wah! Nasihat apa? Aira ni bukan reti nasihat orang. Hehe. Akak ada masalah ke?". Soal Aira tersenyum. Dia lantas bangun untuk bersandar di kepala katil. Dia menunggu bicara Aulia seterusnya.

"Akak pun tak tahu nak cakap macam mana. Erm, Aira pun tahu kan pasal Encik Idlan..". Aulia berjeda. Dia menghembuskan nafas perlahan. Kemudian dia menyambung, "Akak tak tahu samada patut atau tak akak terima dia. Memang akak buat yang macam adik cakap tu, istikharah. Akak buat dah. Taoi, entahlah. Akak tak tahu samada itu jawapannya atau tak. Kalau jawapan pun, akak tak pasti apa". Ujar Aulia sambil mengerutkan dahinya. Dia mengeluh berat.

"Jap2, akak cakap apa ni? Aira tak faham la. Akak kata dah buat istikharah?" Soal Aira. Aulia mengangguk.

"Lepastu akak cakap tak tahu samada itu jawapan pada istikharah akak ke tak?". Soal Aira lagi. Aulia mengangguk lagi.

"Tapi, akak tak tahu pulak jawapan tu apa maksudnya?". Soal Aira lagi. Dia cuba memahami bicara kakaknya. Bergerak2 jari telunjuknya kekiri dan ke kanan, seolah2 sedang menggambarkan sesuatu.

"Jadi, apa jawapan yang akak dapat?". Soal Aira setelah lama menyepi. Dipandang wajah Aulia yang muram. Aulia menjongket bahu.

"Akak pun tak tahu, hurm". Aulia menongkat dagu. Dia runsing. Aira pulak menggelengkan kepala. Dia pulak yang pening memikirkan masalah kakaknya.

"Laa, tak tahu pulak? Mana satu ni?". Soal Aira lagi. Dia sudah memicit2 dahi nya, pening. Aulia terus menghempaskan badannya dikatil. Berat kepalanya memikirkan hal ini.

"Sebenarnya, akak ada mimpi, seorang lelaki yang berjubah putih tengah duduk bertafakur. Akak tak nampak mukanya. Tapi dalam mimpi tu, dia khusyuk berzikir". Terang Aulia setelah melepaskan lelah. Dia memegang kepalanya yang sarat dengan macam2 perkara.

"Ohhh! Kan dari tadi cakap kan senang! Hurm, lelaki berjubah pu..put... hah! Aira tau!!". Aira menjerit. Aulia yang sedang terbaring terus duduk tegak menghadap adiknya. Dilihat adiknya yang melonjak2 keriangan sambil matanya bulat memandang kearah Aulia.

"Kau ni dah kenapa, dik?! Terkejut akak. Cuba cakap perlahan2, tak payah jerit2 la. Aish. Nasib tak gugur jantung ni". Bebel Aulia kepada adiknya. Diurut2 dadanya yang berdegup kencang. Aira sudah tidak kisah marah kakaknya, dia memegang kedua2 belah lengan kakaknya.

"Akak!! Tak perasaan ke?? Oh my! Akaaak!!". Aira tersenyum lebar memandang Aulia. 'Dia ni pulak la yang excited!' Gumam Aulia.

"Apa?! Tak perasan apa?? Ish, sakit la telinga akak duk jerit2 ni". Aulia terus menekup telinganya. Bingit mendengar suara adiknya yang nyaring itu. Aira tidak menghiraukan kakaknya. Dia terus memegang kedua2 belah pipi Aulia memaksa untuk memandangnya.

"Okey2, last akak dapat mimpi lelaki berjubah tu bila?". Soal Aira teruja. Aulia pula seperti malas hendak melayan. Adiknya ni melebih pula.

"Hurm, minggu lepas. After akak solat isyak." Aulia menjawab malas2. Adiknya sudah tersenyum lebar memandang kakaknya.

"And.. akak tak rasa ke yang gambaran tu sama macam Encik Idlan yang akak jumpa pagi ni? 'Coz you know something, Aira rasa lah yang gambaran tu adalah gambaran Encik Idlan!". Aira menerangkan dengan terperinci kepada Aulia. Aulia senyap. Dia mula memikirkan kata2 adiknya. 'Macam nak betul. Tapi, yeke macamtu?' Aulia menggumam. Dia cepat2 menggelengkan kepala.

"Tak lah. Aira je kot yang melebih ni. Akak tak rasa pun itu dia. Lagipun, akak tak nampak pun wajah dia dalam mimpi akak. So, jawapannya tak la kan?". Soal Aulia membidas kata2 adiknya. Walaupun dia cuba menafikan, jauh dari sudut hatinya mengiyakan apa yang dikatakan oleh adiknya.

"Akak! Eei, geram la dengan akak ni. Cuba akak fikir elok2, selama akak hidup, pernah ke akak jumpa dengan lelaki lain selain Encik Idlan?" Soal Aira geram. Dipandang wajah kakaknya yang berkerut2 itu. Aulia menggeleng. Memang la dia tidak pernah berkenalan dengan mana2 lelaki selain Idlan, tapi itu tak bermakna dia harus mempercayai bahawa Idlan adalah jawapannya. Atau mungkin dia yang salah tafsir.

"Erm, dah tu? Kenapa?". Soal Aulia seperti orang bodoh. Dia menggaru2 kepalanya yang tidak gatal. Aira sudah menepuk dahi lalu menepuk lengan kakaknya. Aulia mengaduh kesakitan.

"Akak ni! Takkanlah Aira nak cakap akak tak pandai pulak! Tapi nampak memang macam iya pun!". Segera Aulia mencubit lengan adiknya. 'Ada ke patut dipanggilnya aku tak pandai'. Aulia bentak didalam hati. Aira sudah terbaring lemah di katil itu akibat dicubit beberapa kali oleh kakaknya.

"Kak, Aira tak nampak mana yang salahnya teori Aira ni. Akak tak pernah jumpa mana2 lelaki lain. Akak pulak asyik mimpi benda sama and last time akak mimpi pun sama sedangkan akak tak jumpa pun Encik Idlan tu dalam masa terdekat ni. Akak, ni yang Allah aturkan untuk akak. Dia bagi Encik Idlan untuk akak, still don't get it?". Soal Aira bersungguh. Dia sudah memandang tajam kearah kakaknya. Kalau ini pun masih tak faham, Aira sudah give up. Kakaknya memang sengaja untuk tidak faham agaknya.

Aulia yang mendengar hanya mampu diam. Dia kelu! Cuba memikirkan kata2 adiknya, betul atau tidak. Dia tidak pasti apakah mimpinya merupakan petanda dari Allah. Ataupun mainan syaitan. Dia takut tersalah pilihan. Dia merasa berat dengan masalah yang dihadapinya.

"Kak! Dengar tak ni?". Soal Aira sambil menggoncang tubuhnya. Membuatkan Aulia tersedar dari lamunan. Dia hanya memandang sepi wajah adiknya.

"Aira, kalau betul, apa yang patut akak buat? Akak tak bersedia". Ucap Aulia perlahan. Dia menundukkan wajahnya. Jari jemarinya ligat bermain dengan bantal berbentuk love. Aira tersenyum manis. Dipegang tangan kakaknya erat.

"Kak, kalau betul sekalipun, apa salahnya. Akak berhak mendapatkan orang macam Encik Idlan tu. Aira tengok, dia ok je, takde cacat celanya. Mungkin dulu dia macamtu, tapi akak tak patut judge dia yang dulu. Itu antara dia dengan Tuhan. Sekarang, Allah hantar orang yang sama cuma perangai yang sudah jauh berubah. Akak sendiri cakap, akak nak lelaki yang soleh and most important, perangai macam ayah. Nah! There you go! Dia cuba menjadi yang terbaik buat diri dia and of course untuk akak. Aira percaya, dia akan jaga akak sepenuh hati. Akak, percayalah!". Terang Aira panjang lebar. Setitis air mata Aulia jatuh ke pipi. Diseka lembut dengan tangannya. Aira tersenyum memandang kakaknya.

"Kak, if betul lah semua ni jadi, Aira orang pertama yang akan sokong akak. Aira jugaklah yang akan happy for you! Akak tak perlu risau pun. Semuanya terletak disini". Seraya meletakkan jari telunjuk di hati Aulia. Aulia mengangguk perlahan. Dia tahu, hanya hati itu sahaja yang mampu memberikan jawapan.

"Aira, please jangan bagitahu sesiapa tau! Akak segan la". Ucap Aulia malu. Dia tergelak kecil. Aira pula sudah menggelengkan kepala, tidak percaya kakaknya boleh jadi pemalu macam ni disebabkan cinta!

"Ai ai bos!". Pecah tawa mereka berdua. Aulia segera memeluk adiknya rapat. Dia bersyukur kerana dikurniakan seorang adik yang sangat memahami dirinya. Mereka meleraikan pelukan. Aira tersenyum.

"So, make a decision! Jangan buat orang tunggu lama2". Aira mengingatkan. Aulia mengangguk laju. Setelah dia merasa tenang, Aulia meninggalkan bilik adiknya. Dia berlalu menuju ke biliknya untuk solat zohor.

Aulia pantas mengambil wudhu dan menghamparkan tikar sejadah. Dia menyarungkan telekung di kepala mulai untuk mengangkat takbir. Hatinya tenang! Dia ingin mendapatkan ketenangan dan kekuatan dari Allah. Lama dia bersujud di sujud yang terakhir. Mulutnya terkumat kamit memohon doa. Moga dibukakan jalan yang lurus untuk dia. Moga istikharahnya selama ini, betul!.

***

Idlan baru sahaja selesai menyegarkan badan. Dicampak tuala keatas katil. Dia lantas bersiap untuk programnya petang ini. Dia mencapai baju kemeja berwarna biru laut dipadankan dengan seluar slack hitam. Berkira2 hendak menyarungkan kemeja ditubuh sasanya, pergerakannya terhenti. Dia berdiri tegak dihadapan cermin. Tangannya merayap ke bahu kirinya, jelas dimana letaknya tatoo naga yang dicacak dahulu. Lama Idlan memegang bahu kiri nya. Dia memejam mata rapat. Sesekali, dia menumbuk2 bahunya, kesal dengan perbuatannya dulu.

"Bodohnya aku! Arggh!". Idlan menjerit kecil. Dia memandang dirinya dihadapan cermin. Matanya tertumpu kearah tatoo tersebut.

"Boleh ke Aulia terima aku? Dengan tatoo ni pulak. Arghh!". Idlan menjerit lagi. Dia mencampakkan baju kemeja dari genggamannya. Turun naik nafas Idlan. Dia meraup mukanya berkali2.

"Boleh ke Aulia terima aku dengan keadaan aku macam ni?!". Soal Idlan lagi. Dia memandang kearah cermin. Tangannya mengesat2 cuba memadam tatoo tersebut. Walau macam mana kuat sekalipun dia berusaha, tatoo itu masih utuh dibahu kirinya.

"Ya Allah! Ampunkan aku!". Idlan merintih. Berharap, Allah ampunkan dosanya yang terdahulu. Lama Idlan berkeadaan seperti itu sehinggalah hensetnya berbunyi menandakan mesej masuk. Dia lantas membuka inbox mesej dan membaca isi kandungan mesej tersebut.

Malam ni jgn lupa berbuka kat sini. Papa dah suruh Mama Liza masak sedap2 utk kamu. Papa tunggu.

Idlan tersenyum. Dia lantas menekan butang reply,

Ok. Idlan sampai aftr asar. Thanx, pa!

Send!

Idlan berhenti sebentar. Terus terlupa akan tattoo tersebut. Cepat2 dia bersiap. Dikerling jam di pergelangan tangan, lagi setengah jam program itu bermula. Mujur lah tempatnya berdekatan dengan kediaman Idlan. Tanpa berlengah, dia terus mencapai henset dan kunci kereta dan memecut laju menuju ke destinasi.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience