Chapter 32

Romance Completed 29068

Aulia membuka matanya bulat memandang susuk tubuh dihadapannya. Dia terkejut! Serasa tak sampai seinci wajahnya dan wajah Idlan. Aulia pantas mengalihkan badannya agar membelakangkan Idlan. Dia malu berhadapan dengan Idlan seperti ini. Panas dirasakan wajahnya. Jantungnya mula berdegup kencang! Dia segera memejam matanya rapat. Terasa hembusan nafas suaminya dan suara Idlan yang seperti bercakap sesuatu. Aulia terus kaku apabila tangan sasa Idlan melingkari pinggangnya. Aulia mengetap bibir. Dia sudah terperangkap. Nak dikejut, malu yang dirasakan saat ini. Akhirnya, Aulia membiarkan sahaja mereka dalam keadaan begitu.

'Aduh! Laki aku ni. Kenapa la tak alih2 lagi tangan dia ni'. Desis hati Aulia. Dia sudah kebas baring lama2 seperti itu. Aulia cuba untuk mengangkat tangan Idlan dari pinggangnya. Perlahan2 dia memegang tangan Idlan dan cuba mengalihkan. Aulia menahan nafas. Dia tidak mahu suaminya itu terjaga. Idlan pula masih lagi dalam lena. Aulia meneruskan misi nya perlahan2 sehinggalah dirasakan badan Idlan yang bergerak sedikit lalu meletakkan kembali tangan suaminya ke tempat asal. Automatik Aulia kaku disitu. Idlan tersenyum sambil mata rapat terpejam. Dia yakin yang isterinya pasti ingin bangun dari katil.

"Morning sayang! Erm, lena tido?". Ucap Idlan dengan suara serak2 basah. Dia masih lagi mamai. Aulia sudah kaku. Suara Idlan betul2 di telinganya. Aulia mengetap bibir. Dia sudah tidak boleh lari lagi. Jangan harap suaminya akan benarkan dia bangun dari katil. Aulia diam tidak menjawab pertanyaan suaminya.

"Dosa kalau tak jawab suami tanya". Sambung Idlan lagi. Aulia sudah pasrah. Pelukan Idlan semakin kuat. Aulia mengeluh.

"Sayang mengeluh? Ish3, lagi lah berdosa kalau macamtu". Terus dia mengemaskan pegangan tangan dipinggang Aulia. Idlan masih lagi tersenyum nakal. Begini rupanya alam rumahtangga. Celik mata, isteri dah didepan mata. Patutlah orang berlumba2 mahu kahwin. Kalau dia tahu begini bahagia, dari dulu sudah dia minta dinikahkan.

"Er, abang.. boleh tak Aulia bangun? Aulia nak ke toilet". Aulia mencari alasan. Dia perlu lolos dari pegangan suaminya. Dia melirik jam di meja sisi. Lagi 15 minit waktu subuh akan habis. Aulia mencuba lagi setelah tiada tanda suaminya akan melepaskan.

"Abang, Aulia nak ke toilet. Please abang". Aulia mencuba nasib. Idlan tersengih2. Dia merapatkan wajahnya dekat dengan rambut Aulia yang lembut. Jantungnya berdegup kencang. Suaminya memang suka mengusiknya sebegini. Dia sudah lemas dalam pelukan Idlan. Hatinya tak putus2 berdoa agar Idlan akan membenarkan dia bangun.

"Erm, wangi rambut. Abang suka bau ni. Aulia cakap dulu sayang abang, barulah abang lepaskan. Ah! Susah nak lepas isteri cantik2 macamni". Idlan mengusik lagi. Dia sudah kembali melelapkan mata. Aulia pula sudah menahan geram. Idlan memang suka bagi jantungnya nak pecah. Sesekali dia bernyanyi kecil. 'Gembira sangat laki aku ni ye!'. Desis Aulia. Dia menghembuskan nafas perlahan.

"Abang, Aulia nak pergi toilet. Dah nak habis waktu subuh tu. Er, urm, Aulia.. A..Aulia sayang abang!". Payah2 Aulia mengucapkan ayat tersebut. Terasa mahu menangis dengan usikan suaminya. Ni paksaan! Idlan tergelak kecil pantas melepaskan pegangan di pinggang isterinya. Aulia terus melompat turun dari katil. Didalam bilik air, Aulia membebel tidak puas hati dengan Idlan.

"Jahat betul! Ada pulak main paksa2. Eeiihh! Benci! Benci! Tau la aku ni cepat gelabah bila dengan dia! Suka suki je goda orang macam tu. Boleh pecah jantung aku ni! Eeih! Nasib suami sendiri. Sabar jelah!". Dia sudah memegang kuat gayung tersebut. Yelah, takkan nak marah laki nya depan2 pulak kan. Gayung la yang menjadi mangsa dia saat ini. Diketuk2 kepala gayung itu sekuat hati. Apalah nasib gayung tu hari ini.

"Aulia, bila nak keluar? Cepatlah, abang nak guna toilet jugak!". Laung Idlan dari luar pintu bilik air. Aulia yang terkejut terus mempercepatkan tangannya mengambil wudhu.

Aulia buka pintu bilik air, Idlan sedang duduk di birai katil menghadap Aulia. Seakan ada magnet apabila Aulia terus tegak berdiri di situ. Idlan mendekati isterinya.

"Jangan berdiri lama sangat macam ni, nanti lagi lambat nak solat". Seraya mengenyitkan mata memandang Aulia. Aulia cepat2 bergerak ke tepi. Idlan sudah pun masuk kedalam bilik air sambil tersenyum kecil.

"Wahai hati! Janganlah buat hal macam ni!". Sambil memegang kuat dadanya. Aulia terus mengatur langkah mengambil telekung lalu disarungkan ke kepala. Dicapai pula sejadah lalu dihamparkan diatas lantai. Aulia menunggu suaminya dengan sabar sambil mulutnya terkumat kamit melafazkan tahmid dan tasbih.

"Jom!". Aulia terus menoleh kearah suaminya. Dia lantas bangun untuk memulakan solat. Aulia tenang setiap kali hanyut didalam pengabdian kepada Tuhan.

"Sayang, abang kena balik hari ni. Sebab nya papa dah bising tak bagi abang duduk dengan Aulia lagi. Dia suruh habis majlis dulu baru kita boleh duduk sama". Ujar Idlan seusai solat. Aulia yang sedang melipat sejadah memandang kehairanan, tidak mengerti maksud suaminya.

"Kenapa tak boleh? Sebab apa?". Tanya Aulia. Dah datang la kesengalan Aulia ni. Bab2 alam perkahwinan ni, memang Aulia tak boleh score A. Idlan tergelak kecil. Dia pantas memandang wajah isterinya yang berkerut itu. Idlan mengambil tempat di birai katil.

"Yelah, sebab nanti cepat abang 'ngap' Aulia!". Ujar Idlan bersahaja sambil memandang Aulia nakal. Aulia sudah membulatkan mata. 'Ok Aulia! Kenapa kau boleh tanya soalan bodoh kat suami kau ni?". Gumam Aulia. Dia sudah mengetap bibir. Suaminya tak lepas memandang Aulia yang sedang gelabah. Aulia merasakan bahang yang teramat di wajahnya. Mukanya sudah merona merah. Dia menyibukkan diri bersiap dihadapan cermin. Idlan tergelak melihat isterinya. Dia memang suka buat Aulia hilang arah.

"Tapi sayang tak payah risau la, abang ni boleh sabar lagi". Sambung Idlan lagi. Aulia mahu jerit! Kalau boleh, mahu dicekik suaminya itu kerana tak habis2 mengusiknya. Digenggam kuat sikat ditangan. Idlan pula sudah mendekati Aulia. Dia memeluk Aulia dari belakang. Satu kelemahan Aulia adalah sentuhan dari suaminya. Aulia kaku!

"Sayang bagi tak abang nak balik ni?". Bisik Idlan rapat ke telinga Aulia. Aulia sudah gelabah. Dia cuba berlagak tenang, tapi hatinya tak pernah faham apa kata akal Aulia yang waras.

"Erm,". Aulia menggumam. Dia sudah memejam mata rapat. Idlan pula tak henti2 mengusik Aulia. Dia mencium bahu isterinya, lama. Aulia berdegup laju.

"Tunggu abang ye. Erm, abang mesti rindukan isteri abang ni". Ucap Idlan menggoda. Aulia mengangguk perlahan. Pasti Aulia akan tunggu sampai bila2. Dia milik suaminya.

"Erm, jom turun. Abang lapar la". Ajak Idlan seraya melepaskan pelukan. Dia mencapai henset di meja sisi dan mula beriringan keluar dengan isteri tercinta. Aulia menurut tanpa sebarang bicara.

Sampai sahaja di ruang tamu, Encik Syam sedang duduk dikerusi malasnya sambil memegang tasbih manakala Puan Hawa pula sedang membaca Al-quran. Idlan melabuhkan punggung di sofa dan menarik tangan isterinya untuk duduk bersebelahan dengan dia.

"Aulia, awal bangun. Ibu tak masak lagi ni". Ujar Puan Hawa sambil menutup Al-quran. Dia meletakkan kembali di atas meja. Puan Hawa sempat membetulkan duduknya. Encik Syam memandang anaknya dengan senyuman.

"Tu lah bangun ni, nak buat sarapan la. Yang lain mana?". Tanya Aulia sambil matanya tercari2 kelibat ahli keluarga yang lain.

"Erm tidur lagi kat atas tu. Penat agaknya tu yang tak bangun lagi. Biarlah diorang rehat. Kamu semalam tidur pukul berapa, Idlan? Lewat la agaknya ye? Habis semua periuk dah bersusun kat luar tu". Tanya Puan Hawa sambil memandang wajah menantunya. Pagi tadi bila Encik Syam ingin menyambung basuhan, terkejut dia melihat periuk yang sudah tersusun bersih. Terus Encik Syam membatalkan niat untuk membasuh.

"Idlan sudahkan semuanya malam tadi. Senang nanti tak payah dua tiga kali kerja kan. Ala ibu, tak lewat mana pun." Jelas Idlan sambil ketawa kecil. Dia sudah memandang isterinya yang sedang mencebik. Dia menyiku lengan isterinya sambil menjegilkan mata memberi arahan. 'Ngumpat aku la tu! Takpe2'. Bisik hati Idlan. Aulia ketawa kecil.

"Er, ni ibu nak makan apa pagi ni? Aulia pergi siapkan". Ujar Aulia sambil memandang wajah ibu kesayangannya. Puan Hawa menjongket bahu.

"Entah ye. Ibu pun tak tahu nak makan apa. Abang ada teringin nak makan apa2 ke?". Soal Puan Hawa pula kepada suaminya. Encik Syam yang sedang berzikir terus berhenti memandang isteri dan anaknya silih berganti.

"Aulia masak jelah apa2. Ayah makan je. Tapi buatkan ayah kopi ye. Tekak ni teringin pulak nak minum. Asyik teh saja, dah muak". Pinta Encik Syam. Aulia mengangguk dan terus menuju ke dapur untuk mula memasak. Idlan pula menyambung berbual dengan ibu dan bapa mertuanya.

"Ayah, Idlan ingat nak balik rumah papa petang ni. Erm, majlis sebelah Idlan kan sabtu ni, jadinya papa minta Idlan balik awal untuk uruskan semua2 tu". Jelas Idlan sambil memandang wajah Encik Syam. Encik Syam berkerut dahi memandang menantunya.

"Awalnya. Erm, takpelah kalau dah itu kata kamu. Bila nak baliknya?". Tanya Encik Syam lagi. Sesekali dia terbatuk kecil dan mengurut2 dadanya.

"Petang ni after asar. Idlan nak terus ke Putrajaya ambil barang pulak. Takut nanti lambat pula sampai". Terang Idlan. Dia memandang wajah ibu mertuanya yang mengangguk2 faham.

"Iyelah, ni.. Aulia tahu ke Idlan nak balik ni?". Soal Puan Hawa. Dipandang wajah Idlan lembut. Idlan terus mengangguk laju. Puan Hawa menarik nafas lega.

Mereka terus mendiamkan diri. Memang janggal bila duduk lama bersama ibu dan bapa mertuanya. Serasa habis idea untuk berbual. Idlan mencapai surat khabar diatas meja dan mula membuka helaian demi helaian. Encik Syam pula menyambung zikirnya manakala Puan Hawa sudah naik ke bilik. Idlan perlahan2 bangun dan menuju ke dapur untuk menemani isterinya memasak.

"Sayang abang masak apa tu?". Soal Idlan setelah menapak masuk ke dalam dapur. Aulia yang terkejut terus mengurut dadanya kuat. Dia menjegilkan biji mata memandang kearah suaminya.

"Lain kali bagi salam. Terkejut Aulia! Nasib tak gugur jantung ni". Marah Aulia sambil memukul lembut lengan suaminya. Idlan sudah tergelak kecil. 'Baru tanya macam tu pun dah terkejut?'. Gumam Idlan. Dia terus melemparkan senyuman kepada isterinya yang sudah mencuka.

"Sorry sayang! Abang tak tahu pulak Aulia terkejut sampai macamtu. Hehe. Erm, sayang masak apa tu?". Soal Idlan lagi. Kali ini lebih lembut dan bersopan. Aulia menjeling memandang suaminya. Perkataan 'sayang' tak pernah lekang dari bibirnya. Aulia sendiri kekok untuk memanggil dengan panggilan 'abang'. Dia tergelak kecil.

"Nak buat nasi goreng. Abang suka pedas tak? Sebab kami ni jenis makan pedas". Terang Aulia. Idlan sudah mengerutkan dahinya. Dia bukanlah seorang yang kuat makan pedas. Asal ada rasa2 menyengat, kira ok dah tu. Idlan menggeleng perlahan.

"Abang tak makan pedas sangat. Level berapa pedas kat rumah ni?". Soal Idlan seraya tersenyum. Aulia sudah tergelak kecil. Dipandang wajah suaminya dan mula untuk mengusik.

"Kalau kami biasa2 je. Tapi kalau ikut abang, level boleh bunuh diri". Ujar Aulia terus menekup mulut menahan gelak. Idlan sudah ternganga mendengarnya. Level bunuh diri? Idlan sudah memandang geram isterinya yang sedang membasuh sayur.

"Kira nak abang bunuh diri la ni?". Soal Idlan sambil menyilangkan tangan ke dada. Aulia menjongket bahu. Dia menghiraukan pandangan tajam suaminya dan tetap meneruskan basuhannya.

"Ikut pada abang la nak fikir macam mana. Aulia tak cakap pun". Usik Aulia lagi. Idlan mengetap bibir. 'Pandai dah bini aku sekarang ni!'. Omel Idlan sambil mendekatkan diri kepada isterinya. Perlahan2 dia merangkul isterinya dan mula menggeletek Aulia. Aulia yang memang tak tahan dengan geli terus tergelak besar dan sedaya upaya cuba untuk melepaskan diri. Habis hilang nafasnya menahan rasa geli. Idlan pula tak berhenti menggeletek. Lagi Aulia cuba nak lepaskan diri, lagi kuat lah dia menggeletek. Riuh dapur itu dengan suara gelak Aulia. Lupa sudah dia bahawa dirumah itu masih ada insan lain yang bisa melihat adegan romantik mereka.

"Ehem2! Seronok nampak!". Tegur Aira yang baru sahaja bangun. Dia melangkah ke dapur untuk mengambil segelas air. Lain yang dihajatkan, lain pula yang dia dapat. 'Macam tengok wayang cerita cinta pulak!'. Omel Aira didalam hati. Idlan yang terkejut terus melepaskan Aulia. Aulia segera memusingkan badannya ke sinki. Dia sudah malu! Aulia mengetap bibir. Dia rasa ingin lari saat ini.

"Er, Aira nak makan ke?". Soal Idlan memandang adik ipar nya. Dia cuba berlagak tenang. Macam tak kena je soalan tu. Tangannya ligat mencapai cawan ditepi almari dan pura2 menuang air untuk minum. Hatinya berdegup laju.

"Tak pun! Aira sebenarnya nak minum, tapi tulah! Nampaknya Aira dah kenyang pulak. Tengok cerita titanic depan mata". Usik Aira lalu pergi meninggalkan mereka terkulat2. Sepanjang ke bilik, tak henti2 Aira ketawa. Idlan dan Aulia pula sudah terkaku. Masing2 malu.

"Er, abang naik la. Nanti dah siap, abang turun". Ujar Idlan lalu melangkah keluar dari dapur. Dia sudah menepuk dahinya. 'Dalam bilik boleh, depan orang jugak kau nak tunjuk!'. Marah Idlan kepada diri sendiri. Dia terus mempercepatkan langkahnya. Malu sudah pada Aira.

Didalam bilik, Idlan sudah terbaring memandang siling. Dia memegang dadanya. Jantung berdegup laju. Hatinya pasti akan berdegup kencang bila berdekatan dengan isterinya. Dia masih cuba menahan perasaannya saat ini. Dia lantas memejam mata rapat. Bibirnya tak henti2 dari tersenyum. Cuba menyimpan kenangan yang baru tercipta sebentar tadi.

"Kenapa lah Aulia suka buat abang lemah iman macamni?". Ujar Idlan perlahan. Dia tersengih. Idlan pantas mencapai henset nya dan mula menghantar pesanan ringkas kepada Encik Eddy.

Idlan balik after asar.

Send!

Idlan pantas meletakkan balik hensetnya ke meja sisi. Dia mencapai bantal Aulia dan memeluk erat. Dia mencium bau rambut iserinya yang melekat di bantal. Idlan sudah leka dengan khayalannya. Perlahan2 matanya mula tertutup.

***

"Aulia, panggil suami kamu turun makan". Arah Puan Hawa sambil mencedukkan nasi goreng kedalam pinggan suaminya. Aulia bingkas bangun dan mendaki anak tangga menuju ke bilik. Dia pantas memulas tombol pintu dan kelihatan suaminya yang sedang tidur sambil memeluk bantal kepalanya. Aulia menggeleng kepala. Dia mendekati suaminya dan mula mengejutkan perlahan2.

"Abang, bangun! Sarapan jom. Ibu dengan ayah tunggu dah". Ajak Aulia. Idlan yang terpisat2 segera bangun dari tidurnya. Dia lantas tersenyum memandang kearah isterinya.

"Aulia turun dulu. Abang nak basuh muka". Jelas Idlan. Dia sudah bangun menuju ke bilik air untuk membasuh muka. Aulia pula turun ke dapur meninggalkan Idlan.

"Mana Idlan? Tak sarapan ke?". Soal Puan Hawa setelah melihat Aulia yang turun seorang diri.

"Dia basuh muka kejap. Dia suruh turun dulu". Jelas Aulia. Encik Syam menghirup kopi panas nya. Aira yang baru turun terus melabuhkan punggung di kerusi. Matanya tak lepas memandang Aulia sambil tersengih2.

"Kamu dah kenapa tergelak2 ni Aira?". Soal Encik Syam kehairanan melihat Aira yang tersengih seorang diri. Aulia sudah gelisah. Jangan lah dihebohkan cerita pagi tadi. Dia sudah tak mampu menahan malu.

"Er, saja je nak gelak. Geli hati pula tiba2". Jelas Aira yang sedang memandang2 Aulia, sengaja mengusik kakaknya. Dia tahu saat ini Aulia pasti tidak betah duduk.

"Eh kamu ni? Tiba2 pula geli hati, musykil la tu! Ada benda ke yang geli hati nya kat sini?". Soal Puan Hawa kehairanan. Dia sudah menggeleng2 memandang kearah anaknya. Disua nasi goreng ke mulutnya. Idlan yang baru turun dari bilik segera mengambil tempat disebelah Aulia. Aulia menuangkan air kedalam cawan Idlan dan menceduk nasi goreng ke pinggannya. Perlahan2 Idlan menyuap makanan ke dalam mulutnya.

"Takdelah ibu, dah lama tak tengok cerita titanic, hari ni dapat pulak. Tu yang geli hati tu". Aira sengaja menguatkan suaranya. Idlan yang sedang minum, tersedak dek usikan Aira. Apa lagi, merah la mukanya menahan malu. Aulia pula sudah menjeling memandang adiknya. Memang bertauliah betul adik nya yang seorang ini. Semua mata tertumpu kepada Aira.

"Apa maksud kamu? Titanic? Yang kamu ni pula, kenapa tersedak ni. Cuba makan perlahan2. Hai, pelik2 aja lah". Bebel Encik Syam. Puan Hawa sudah tergelak kecil. Macam2 ragam anak2 nya. Dia menghiraukan usikan Aira dan terus menyudahkan nasi gorengnya.

"Alah ayah ni. Macam tak faham. Love story baru nak berputik la. Main geletek2 pulak, kan Aira!". Adhwa pula menyampuk sambil memandang Aira. Mana tak nya, Aira si wartawan terus menyampaikan cerita kepada Adhwa dibiliknya pagi tadi. Bertambah galak la mereka berdua mengenakan kakaknya. Mereka sudah gelak besar. Puan Hawa yang seakan memahami maksud anak2nya terus memandang Idlan dan Aulia yang sudah merona malu. Mereka langsung diam tak berkutik. Puan Hawa tergelak kecil.

"Oh, cerita love story yang baru keluar kat tv tu ke? Hai, baru start cerita dah main geletek2 ke?". Puan Hawa menambah perisa. Terhambur gelak mereka bertiga. Encik Syam pula masih lagi tidak mengerti apa yang disampaikan oleh isteri dan anak2 nya. Aira sudah menekan perutnya yang sakit disebabkan gelak sakan. Ibunya memang terbaik!

"Tak faham la abang dengan korang ni. Pening melayan!". Ujar Encik Syam putus asa. Penat dia memikirkan maksud tersirat anaknya itu. Aulia pula sudah menggenggam tangan kuat. Idlan pula, tak payah cakap la, macam nak tembus pinggan tu ditenungnya. Dia malu!

"Idlan, kenapa tak habiskan nasi tu? Pedas ke?". Soal Puan Hawa setelah reda tawa nya. Dia berasa kasihan pula pada menantunya itu diusik oleh mereka.

"Er, tak la ibu. Ok je n..nasi ni. Nak makan la ni". Ujar Idlan tergagap2. Dia menyuap nasi cepat2 kedalam mulutnya. Ingin beredar segera dari meja makan. Kalau boleh dia cabut kepalanya dan disimpan didalam almari, pasti dia akan lakukan.

"Er, kak. Jom buat kuih kejap lagi? Abang Idlan kan belum pernah rasa kek akak buat. Jadi, apa kata kita buat. Nak tak?". Cadang Adhwa. Dia sudah melirik memandang kakaknya yang sedari tadi diam membisu. Aulia menoleh. Idea yang bagus! Tapi, bukannya Idlan dapat merasa pun. Dia nak balik pun lepas asar ni.

"Lain kali lah. Abang Idlan kena balik petang ni. Kita buat time abang Idlan ada la". Bidas Aulia. Dia sudah memandang suaminya yang sedang menghirup kopi. Puan Hawa sudah bangun menuju ke sinki untuk membasuh pinggan kotor. Manakala ayahnya menuju ke ruang tamu.

"Oh yeke. Ok lah macam tu. Abang Idlan kena rasa kek Kak Aulia buat tau! Sedap!". Ujar Aira kepada abang ipar nya. Idlan tersenyum manis. Isterinya pandai buat kek. Menarik! Dia lantas mengangguk.

"Ok! Abang akan pastikan yang abang makan kek kak Aulia buat. Nak tau jugak sedap sangat ke kek tu. Kalau sekadar kek, abang pun terer!". Usik Idlan. Aulia sudah menjelirkan lidah tanda protes. 'Ingat aku tak pandai ke?'. Bentak Aulia dalam hati.

"Eh eh! Dosa tu jelir2 kat suami. Nak dapat pahala tak?". Ugut Idlan. Aulia pula sudah memasamkan muka lalu bergerak bangun menuju ke sinki. Hatinya geram. Tergelak adik2 nya nelihat keletah Aulia dan Idlan. Idlan pantas bangun mengikuti langkah isterinya.

"Sayang marah abang ke?". Idlan cuba memujuk setelah meletakkan pinggan disinki. Aulia buat2 tak dengar pujukan Idlan. 'Memang marah pun! Tak faham ke?'. Bebel Aulia dalam hati. Aulia terus mengambil kain untuk mengelap meja. Aira dan Adhwa sudah meninggalkan mereka berdua sahaja didapur. Idlan mengekori Aulia ke meja makan. Dia memandang wajah isterinya yang mencuka. Merajuk kah isterinya?

"Sayang merajuk dengan abang ke ni?". Soal Idlan lagi. Dia tetap memujuk isterinya. Aulia kembali ke dapur semula. Setelah mencuci tangan, Aulia segera berlalu ke bilik tidur. Ingin mengemas biliknya pula. Idlan mengekori laju.

"Sayang, cuba cakap dengan abang. Abang gurau je tadi tu, marah ke?". Dia memujuk lagi. Isterinya tetap membisu. Idlan menghela nafas. Sudahlah Aulia masih dalam proses menerima, kini dia sudah sakitkan hati isterinya. Idlan segera menghampiri Aulia yang sedang melipat selimut. Dia lantas memusingkan Aulia agar menghadap dirinya. Perlahan2 dia memgang kedua2 belah pipi Aulia, memaksa isterinya untuk memandang dirinya.

"Pandang abang. Cakap kalau abang salah. Jangan diam macam ni. Abang minta maaf". Ucap Idlan lembut. Dia rasa bersalah pula merendah2kan kemampuan isterinya. Niatnya ingin bergurau. Tak sangka pula Aulia mengambil serius cakapnya. Aulia memejam mata rapat. Tak ingin melihat suaminya saat ini. Hatinya sedih tiba2. Suaminya seperti merendah2kan kemampuan dia.

"Sayang. Pandang abang please! Jangan buat abang macamni. Please!". Ucap Idlan seraya mengucup lembut ubun2 isterinya. Dia memandang wajah Aulia yang sudah bertukar sedih.

"Abang minta maaf. Abang gurau je. Abang janji abang takkan sakitkan hati sayang lagi. Abang salah. Maafkan abang, sayang! Jangan buat abang macam ni". Pujuk Idlan untuk kesekian kalinya. Aulia sudah membenamkan wajahnya ke bidang sasa suaminya. Setitis air mata mengalir di pipi. Entah kenapa, hatinya terlalu runtun dengan ayat suaminya.

"I'm so sorry my dear! I promise takkan sakitkan hati Aulia lagi. Abang janji". Ucap Idlan seraya memeluk erat isterinya. Dia teringat pesan papa nya. Hati perempuan sangat lembut. Ya! Hati Aulia sangat lembut, mudah terluka. Idlan memahami satu daripada perangai isterinya. Dia cuba membetulkan keadaan.

"Sayang, lain kali kalau sayang terasa dengan abang, jangan senyap macamni. Bagitau ok. Abang taknak nanti sayang stres lepastu nangis2 macam ni. Ok sayang?". Dia mengangkat kembali wajah isterinya agar memandang dirinya. Idlan tersenyum. Habis basah pipi Aulia dengan air mata. Dia pantas mengelap lembut. Aulia memandang wajah suaminya. Dia tersenyum kelat lantas meleraikan pelukan.

"Pergilah mandi. Abang tak mandi lagi. Aulia nak sudahkan kemas ni". Arah Aulia. Idlan sudah tersenyum manja memandang isterinya. Dia bingkas mencapai tuala dan berlalu menuju ke bilik air. Aulia menyambung kerjanya. Dia mula menegangkan cadar katil, membuang habuk di meja dan menyapu. Setelah siap semuanya, Aulia pantas menuju ke meja solek untuk menyikat rambutnya. Lama dia berdandan sehinggalah Idlan keluar dari bilik air dengan hanya bertuala di ping..pinggang?!

Aulia terkedu! Berani betul suaminya seperti itu. Aulia melarikan pandangan kearah lain. Idlan pula tersengih2 melihat isterinya yang menahan malu. Idlan menuju ke almari untu mengambil pakaiannya. Lama dia membelek2 mencari baju yang sesuai.

"Sayang tolong abang pilihkan baju, boleh? Tak tahu nak pakai baju apa pulak". Pinta Idlan kepada isterinya. Aulia sudah teragak2. Dia menggenggam sikat ditangan kuat. Berfikir patut atau tidak dia ke almari. Sudah lah suaminya seperti itu. Hatinya berdegup kencang.

"Sayang dengar tak ni?". Soal Idlan sekali lagi. Kali ini Aulia tiada pilihan. Nak tak nak, dia perlu menolong suaminya itu. Lambat2 Aulia melangkah menuju ke almari. Dia hanya menundukkan pandangan. Idlan pula sudah bersandar tenang. Langsung tak menunjukkan riak bersalah. Dia tersenyum kecil. Aulia pantas memilih baju t-shirt berkolar jenama Polo dipadankan dengan jeans. Dia segera menoleh kearah suaminya dan menghulurkan baju tersebut. Pantas mata Aulia menangkap sesuatu di badan suaminya. Perlahan2 matanya tertancap kepada tatoo di bahu kiri suaminya. Aulia memandang sepi. Mulutnya terkunci.

Idlan yang perasaan perubahan pada riak wajah isterinya dengan segera memegang tangan isterinya.

"Kenapa tak cakap pasal benda tu?". Soal Aulia. Dia memandang Idlan lama. Cuba nencari jawapan pada sinar mata Idlan. Aulia menghela nafas berat. Dia cuba menangkis segala mainan syaitan di benak fikirannya. Memang dia jelas mengetahui keadaan suaminya dahulu. Dia cuba faham, cuba menerima dan membuang prasangka buruk. Tapi setelah melihat lukisan tersebut dibahu kiri Idlan, dia pula tidak tahu menahu tentang tatoo tersebut sehinggalah ke hari ini, hati Aulia seolah2 kembali untuk tidak boleh melupakan segala2 yang telah dilakukan oleh suaminya dahulu. Ia umpama tanda peringatan kepada Aulia. Suaminya tidak berlaku jujur padanya. Aulia tahu dia perlu melupakan sisi gelap Idlan dan menerima bahawa Idlan sudah berubah. Tapi, dengan melihat benda tersebut, automatik fikiran Aulia diganggu dengan bisikan syaitan.

"Abang memang nak bagitau. Tapi abang malu. Malu kat sayang". Terang Idlan. Dia sudah pasrah dengan apa yang bakal terjadi. Dia faham perasaan Aulia. Pasti dia akan menjauhkan diri dari Idlan bila melihat suaminya seperti itu.

"Abang ingat Aulia boleh terima abang seadanya". Sambung Idlan. Dia sudah memandang sepi wajah isterinya yang diam membisu. Fikiran Aulia kosong. Dia tak mampu nak mencerna segala apa yang terjadi.

"Abang tak patut sembunyikan dari Aulia. Pasal semuanya. Abang rahsiakan pasal tatoo dari pengetahuan Aulia. Aulia berhak tahu. Aulia berhak tahu sebab abang jadi suami Aulia. Aulia berhak tahu.". Ucap Aulia tak berkerdip memandang suaminya. Idlan meraup wajahnya kasar. Ini semua salah dia kerana tak berterus terang dari awal. Idlan takut Aulia akan jijik dengan diri dia setelah diberitahu tentang benda ini. Dia tahu Aulia masih dalam proses menerima dirinya. Idlan sedar benda tu.

"Abang minta maaf sayang. Abang.. abang tak tahu nak cakap macam mana. Abang salah". Ujar Idlan sambil cuba merapati Aulia. Selangkah Idlan mendekat, selangkah Aulia berundur. Dia perlukan masa. Idlan berhenti. Dia memandang wajah isterinya dalam2. Idlan menghela nafas berat.

"Mybe sayang perlu masa. Abang minta maaf. Abang balik rumah papa dulu. Sayang rehat lah. Apa2, call abang ye. Assalamualaikum!". Terus Idlan melangkah ke luar dari bilik itu.

Aulia terduduk! Dia menangis sepuas2 nya. Betapa bodohnya dia kerana tak cuba untuk memahami perasaan suaminya saat ini. Tapi, hatinya juga terasa. Dia perlukan waktu. Lama Aulia melepaskan esak tangis yang terbeban dilubuk hati. Aulia bungkam!

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience