Chapter 35

Romance Completed 29068

Sebulan kemudian,

"Sayang! Dah siap ke?". Laung Idlan dari tingkat bawah. Dia mengerling jam didinding. 6.25 petang. Harini dia akan memberikan ceramah di sebuah Maahad Tahfiz di Ulu kelang selepas maghrib. Sudah 15 minit dia menunggu isterinya bersiap namun kelibatnya masih tak muncul2.

Setelah habis majlis sandingnya, Encik Eddy menghadiahkan mereka pakej percutian ke Bali dan Pulau Tioman. Selama dua minggu mereka berbulan madu disana. Satu pengalaman yang menyeronokkan untuk mereka berdua. Idlan belajar banyak perkara tentang isterinya. Mengenai pakainya, makan minumnya, rajuknya dan lain2 lagi. Begitu juga Aulia. Mereka cuba menjadi pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Idlan bahagia dengan perkahwinan ini. Dia merasakan pilihan nya untuk berkahwin dengan Aulia adalah yang terbaik.

"Ok dah. Jom!". Ujar Aulia setelah turun dari tangga. Dia membetulkan beg tangannya seraya menoleh kearah suaminya.

"Abang ada lupa sesuatu la". Ujar Idlan sambil mengerutkan dahi. Aulia memandang suaminya hairan. Lupa apakah?

Chupp!

Sebuah ciuman hinggap di dahi Aulia. Aulia merona merah.

"Tu yang abang lupa nak buat". Idlan terus menarik tangan isterinya dan menuju ke kereta. 'Ada2 sahaja suami aku ni'. Omel Aulia.

Sejak bernikah dengan Idlan, suaminya itu makin hari makin romantik. Setiap hari dia akan memastikan untuk memberikan sebuah ciuman kepada Aulia. Ungkapan cinta dan sayang tak usah cakap! Kalau boleh, sampai tergeliat lidah sekalipun dia tetap akan mengungkapkan kata2 cinta kepada isterinya. Aulia bahagia. Dia disayangi oleh suaminya. Dia juga merupakan menantu kesayangan Mama Liza dan Encik Eddy. Syukur Alhamdulillah atas nikmat Tuhan yang tak terhingga.

"Nanti abang start lepas maghrib ke?". Soal Aulia ketika dalam perjalanan. Idlan mengangguk laju. Dia memandang isterinya tak lepas.

"Abang! Pandang depan bukan pandang Aulia". Seraya menolak muka Idlan menghadap ke jalan raya. Idlan tersengih. Setiap saat dia merindukan isterinya. Kalau boleh, hanya wajah itu yang ingin ditatap setiap hari.

"I love you!". Ucap Idlan. Aulia tersengih. Idlan tak pernah jemu untuk mengungkapkan ayat tersebut. Aulia memandang ke luar tingkap. Hatinya menari riang.

"Nanti sampai sana jangan nak nakal ye pandang orang lain! Lebih2 lagi lelaki! Abang warning awal2 ni." Idlan memberi amaran kepada Aulia. Dia mengecilkan matanya memandang kearah isteri disebelahnya. Terhambur gelak Aulia.

"Dah kenapa Aulia nak nakal pulak? Tak perlu kot". Aulia menjawab. Dia ketawa geli hati. Satu perangai pelik Idlan selepas kahwin, CEMBURU!

"Yelah, kita nak pergi tempat yang ramai pak ustaz! Muda2 pulak tu. Sayang jangan layan diorang tu. Jeling pun jangan. Abang jealous nanti". Idlan menjuihkan bibir. Dia memang tak boleh tengok kalau ada lelaki yang memandang isterinya. Dia cemburu. Dia takut kalau2 ada yang cuba nak tackle Aulia.

"Abang ni buat lawak la. Diorang tu budak2 lagi kot. Umur baru belasan tahun agaknya. Aulia kan isteri abang. Takkan la Aulia nak layan lelaki lain. Abang je cukup untuk Aulia. Lagipun wahai suamiku, diorang nak dengar ceramah bukan nak pandang Aulia ni". Ucap Aulia ikhlas. Dia memandang suaminya dan melemparkan senyuman manis. Idlan menjongket bahu.

"Mana la tahu kalau ada yang tersangkut tiba2 ke. Abang taknak hilang sayang. Memang la diorang nak dengar ceramah tapi kita tak tahu kan hati diorang". Idlan cuba membela diri. Aulia sudah tergelak besar mendengar ayat suaminya. Memang suaminya ini kuat cemburu. Dia sendiri hairan kenapa sifat cemburu itu boleh melekat pada diri suaminya. Kalau nak diikutkan, sepatutnya Aulia la yang cemburu pada suaminya. Suaminya itu dah la kacak, bergaya, sado pulak tu kan. Pasti ramai perempuan yang meminati suaminya. Ini terbalik pula!

"Yelah abang! Aulia ikut cakap abang. Tapi, kalau dah tau nak ke tempat yang ada lelaki, baik Aulia tinggal kat rumah aja. Ha, lagi terjamin kan?". Soal Aulia pula memberi cadangan kepada suaminya. Idlan sudah menggerak2kan jarinya tanda tidak. Dia menggeleng kepala laju.

"No! No! No! Lagi lah abang takkan tinggalkan sayang sorang2. Nanti abang rindu, susah! Sayang kena ada depan mata abang sentiasa". Ujar Idlan sambil mengenyitkan matanya kepada Aulia. Aulia tergelak kecil. Tak bosan kah suaminya asyik menatap wajah Aulia selalu.

"Abang tak bosan ke tengok muka ni je selalu?". Tanya Aulia sambil tangannya dihalakan kearah wajahnya. Idlan tersenyum. Melihat wajah isteri yang dicintainya, dia takkan pernah bosan.

"Nope! Sampai mati abang takkan bosan. Iseri yang solehah itu penyejuk buat suaminya. Aulia isteri abang yang solehah. Abang takkan pernah bosan pandang wajah isteri solehah abang ni". Ucap Idlan tenang. Aulia memandang suaminya tak berkelip. Idlan mengangguk mengiyakan kata2 nya. Aulia terkedu. 'Solehah kah aku?'. Soal Aulia pada diri sendiri.

"Terima kasih abang. Kalau Aulia ada buat salah, abang tegur ye". Pinta Aulia. Idlan mengangguk bersetuju. Mereka terus membelah jalan raya dengan hati yang sarat dengan rasa cinta.

Sampai sahaja ke destinasi, mereka turun dari kereta dan bergerak ke masjid terlebih dahulu untuk mengerjakan solat maghrib. Sesudah itu, barulah mereka menuju ke dewan besar, tempat Idlan akan memberikan ceramahnya. Sampai sahaja di dewan, Idlan dipertemukan dengan seorang lelaki yang menguruskan majlis tersebut. Seoarang lelaki muda lewat 20an.

"Assalamualaikum, ustaz! Saya Fuad. Saya lah yang telefon ustaz minta beri ceramah. Saya ustaz yang mengajar disini". Lelaki itu memperkenalkan diri. Mereka bersalaman dan bertukar senyuman.

"Walaikumussalam. Oh, ustaz kat sini? Saya ingat pelajar lagi, nampak muda". Idlan mengusik. Fuad tergelak kecil mendengar.

"Ni isteri saya. Kami datang berdua. Ada tempat untuk wanita ke?". Soal Idlan kepada Fuad.

"Oh ada ustaz. Di bahagian atas dewan. Nanti saya tunjukkan dekat ustazah la". Ramah Fuad sambil tersenyum memandang Aulia. Aulia membalas dengan anggukan.

"Ah takpe! Saya nak yang perempuan la elok tunjukkan tempat kat isteri saya". Bidas Idlan segera. Dia sudah memandang Fuad tajam. Tidak sekali kali dia akan membenarkan isterinya ditemani oleh seorang lelaki. Aulia menahan gelak. Sudah faham dengan perangai suaminya. Pasti cemburu dengan ustaz dihadapannya.

"Oh boleh ustaz! Nanti saya panggil AJK wanita yang bertugas. Sekejap ye". Ujar Fuad lalu meninggalkan mereka berdua.

"Abang! Jangan la macamni. Dia tu bukan ada hati pun kat Aulia. Entah2, dia dah kahwin ke, siapa tahu kan". Aulia menepuk lengan suaminya. Idlan mencebik.

"Dia tu muda bagi abang. Mencegah itu lebih baik, sayangku!". Idlan mencubit pipi gebu Aulia. Aulia sudah memuncungkan bibir nya.

"Buat la macam tu. Abang ikat bibir tu baru tau!". Idlan mengusik. Aulia tergelak kecil mendengar.

"Er, ni Sarah. AJK kami. Ustazah boleh ikut Sarah. Nanti dia akan tunjukkan tempat. Ustazah kalau ada apa2 boleh minta kat dia". Terang Fuad seraya memandang kearah Sarah. Sarah bersalaman dengan Aulia dan mereka pun bergerak ke bahagian atas dewan.

Sepanjang ceramah, Aulia tak lepas memandang suaminya yang sedang duduk dihadapan pentas. Dia tersenyum sendiri. Bangga dengan suaminya. Aulia tidak menyangka yang hidupnya akan berubah sekelip mata. Suaminya banyak membimbing Aulia dalam bab2 agama. Aulia pula tidak malu untuk meminta tunjuk ajar dari suaminya. Hidup mereka bahagia berpandukan syariat Islam. Setiap malam sebelum tidur, Idlan akan membacakan surah di telinga Aulia sehinggalah Aulia melelapkan mata. Alhamdulillah, Idlan sudah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-quran. Dia juga berjaya mendapatkan sijil talaqqi Al-quran. Aulia beruntung kerana suaminya itu bercita2 untuk menjadi seperti yang Aulia idamkan. Setiap hari juga, mereka akan bersama2 mengisi masa dengan mengulang hafazan quran. Idlan rajin mendengar bacaan Aulia. Mereka berharap generasi mereka juga menjadi huffaz Al-quran.

"Ustazah nak apa2 ke?". Lamunan Aulia terhenti. Sarah dilihat sedang tersenyum memandangnya.

"Takde Sarah. Terima kasih". Ujar Aulia lembut. Sarah mengangguk dan meninggalkan Aulia. Aulia kembali menumpukan perhatian kepada ceramah suaminya.

Setelah sejam lebih berceramah, akhirnya Idlan mengakhiri majlis tersebut. Aulia segera bangun untuk turun ke tingkat bawah dewan. Dia segera mengorak langkah. Sarah yang tersenyum memandang segera mengikut langkah Aulia.

"Suami ustazah ke?". Soal Sarah cuba beramah. Aulia tersenyum lalu mengangguk laju.

"Untung ustazah ye. Dapat suami macamtu. Saya pun berangan nak dapat suami yang macamtu jugak". Sarah tergelak kecil.

"Boleh! Kamu boleh je dapatkan. Asalkan kita pun kearah itu dan berdoa la moga dapat jodoh yang macam kamu nak. Alhamdulillah dengan nikmat yang ada". Ujar Aulia merendah diri. Sarah berkulit hitam manis. Wajahnya lembut dan sentiasa tersenyum. Lingkungan 20an. Mis bertudung labuh dan berjubah. Aulia berdoa moga dia mendapat seperti yang dihajati.

"Jom! Erm, Aulia nak solat kat sini ke kat rumah?". Tanya Idlan sebaik sahaja Aulia mendekati.

"Sini jelah senang. Alang2 dah nak solat pun diorang tu". Cadang Aulia. Idlan mengangguk setuju. Mereka melangkah menuju ke masjid. Sedang dalam perjalanan ke masjid, mereka terserempak dengan Fuad yang sedang dalam perjalanan ke masjid juga.

"Ustaz! Tak balik lagi?". Soal Fuad beramah. Idlan tersenyum memandang seraya menggelengkan kepala.

"Solat dulu kat sini. Senang perjalanan nanti". Ujar Idlan. Fuad mengangguk setuju.
"Betul la tu. Er, ustazah dah makan ke tadi? Saya ada suruh Sarah hantarkan sedikit kuih tadi". Tanya Fuad. Idlan sudah memandang tajam. Dia memandang isterinya yang sedang tersenyum.

"Ada tadi dia bagi. Terima kasih ye". Ucap Aulia ikhlas. Idlan terus menggenggam erat tangan isterinya. Hampir sahaja Aulia terjerit kecil. 'Haih suami aku ni. Sabar jelah'. Gumam Aulia. Mereka terus masuk ke masjid dan menunaikan solat. Seusai solat, barulah Idlan dan Aulia bergerak pulang.

"Abang dah cakap dah dia mesti ada agenda tersembunyi tu". Idlan memecah sunyi. Aulia yang berada disebelah, memandang hairan.

"Apa yang tersembunyi nya? Agenda apa?". Tanya Aulia. Berkerut dahinya memandang Idlan. Hairan dengan ayat yang baru diutarakan suaminya.

"Fuad". Sebaris nama terlahir dari bibir Idlan. Aulia memandang tersenyum. Dia sudah dapat mengagak maksud suaminya.

"Sudah lah abang. Takde agenda2 la. Cemburu tak sudah. Dia tu buat kerja je, bukan apa pun. Dah la, tak payah la abang n fikir lagi". Sangkal Aulia. Suaminya sudah mencebik. Tergelak kecil Aulia dibuatnya.

"Abang. Aulia sayang abang la. Abang tahu tu kan". Soal Aulia. Matanya terarah kepada suaminya.

"Yang tu abang tahu. Yang abang tak tahu, dia tu!". Jawab Idlan. Aulia sudah tidak tahu mahu kata apa lagi. Suaminya memang tak boleh dilawan. Sudahnya, Aulia diamkan sahaja.

"Sayang marah abang?". Tanya Idlan. Dia memandang sekilas wajah isterinya. Aulia menjongket bahu.

"Sorry, okey. Abang cuma tak....".

"Taknak hilang Aulia?". Belum sempat Idlan menghabiskan ayat, Aulia terus memotong cakap suaminya. Idlan mengangguk. Dia sudah bertukar suram.

"Abang, Aulia takkan tinggalkan abang no matter what happen!. Abang kena percaya tu. And, kalau boleh, Aulia nak abang kurangkan sikit cemburu tu, boleh?". Soal Aulia. Dia memandang Idlan penuh simpati. Berharap suaminya akan mengurangkan sedikit perangai cemburu nya. Tiada jawapan. Aulia menepuk lembut lengan suaminya.

"Dengar tak ni? Tak sayang Aulia la tu! Ok lah kalau taknak, takpe!". Aulia merajuk. Dia pantas mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Idlan pantas memberhentikan kereta di bahu jalan.

"Abang cinta sayang forever! Please jangan cakap macamtu. Ok2, abang akan kurangkan cemburu tu. Semua sebab Aulia. Puas hati?". Sambil cuba menarik lengan iserinya agar memandang dirinya. Aulia mengeraskan diri. Dia ingin protes! Nak tengok sejauh mana suaminya akan mengotakan janjinya.

"Sayang! Jangan la macamni. Ok2, abang buang terus la perangai tu. Ok?". Soal Idlan lagi. Kali ini dia cuba menarik lengan Aulia dengan lebih kuat. Aulia menoleh.

"Please jangan macamni. Abang susah hati la. Abang janji. Abang tak buat lagi. Jangan marah abang macamni. Sayang?". Idlan cuba memujuk. Aulia memandang suaminya perlahan2 menghembuskan nafas.

"Promise?". Soal Aulia. Dia memandang tepat ke anak mata Idlan. Idlan mengangguk laju.

"Abang janji, sayang! Abang percaya sayang and abang takkan buat macamtu. But, please! Jangan marah abang macamni. Abang terseksa tau!". Ujar Idlan diiringi gelak tawa Aulia.

"Gelak? Yelah, gelak la puas2. Ingat abang buat lawak ke?". Idlan sudah menarik muka masam. Aulia berhenti gelak.

"Abang ni kelakar la. Takkan lah Aulia nak marah abang pulak. Berdosa la. Nanti tak cium bau syurga". Ujar Aulia sambil tersenyum memandang suaminya. Idlan menarik nafas lega.

"Tapi kan, mamat tu memang sesuatu". Idlan mengusik.

"Abang!". Aulia memukul lengan Idlan kuat.

"Aduh! Sakitlah yang! Abang gurau je". Adu Idlan. Dia mengusap2 lengannya. Walaupun isterinya kecil molek, tapi tangannya berbisa.

"Tulah. Siapa suruh cakap lagi. Alololo, sorry ye". Aulia mengusap2 lengan suaminya. Dia tergelak kecil melihat Idlan. Idlan sudah menjeling manja. Dia menatap wajah isterinya yang sedang sibuk mengusap lembut lengannya. Sesekali dia akan meniup lembut lengan itu, mengurangkan pedih yang dirasai. Idlan berdebar.

"Dah2, lagi lama Aulia macamtu, lagi abang tak boleh nak control. Menggoda sangat!". Ujar Idlan seraya menarik lengan dan meneruskan kembali pemanduannya. Aulia sudah merona. Suaminya memang takde 'brek' kalau nak bercakap. Kebas mukanya menahan malu.

"Ada nak singgah mana2 tak?". Soal Idlan. Aulia menggelengkan kepala. Tiada apa yang mahu dibeli atau tempat yang ingin disinggah. Idlan terus memecut jalan raya yang lengang itu.

Sampai sahaja di rumah, Aulia melabuhkan punggung disofa. Dia melepaskan lelah. Bandannya terasa sengal2. Dia mengurut lembut tengkuknya yang lenguh.

"Penat?". Soal Idlan sambil tangannya mengambil alih tengkuk Aulia lalu diurut lembut. Aulia merasa segar. Suaminya memang punya kuasa urutan.

"Dah. Terima kasih". Ucap Aulia sambil melepaskan tangan Idlan. Aulia bingkas bangun dan menuju ke dapur. Dia kembali dengan segelas air. Dihulurkan kepada suami tercinta.

"Minum dengan abang". Idlan meminta. Aulia tersenyum. Dia kemudian mengambil gelas minuman suaminya dan minum di tempat yang sama. Salah satu rukun kebahagiaan rumah tangga sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi SAW. Nabi dahulu pun melakukan yang sama, berkongsi minuman dengan isteri tercinta. Idlan juga mempraktikkan perkara yang sama antara mereka berdua agar rumah tangga mereka sentiasa terjalin.

"Abang, boleh tak esok kita balik rumah ibu? Aulia dah lama rindu ibu dengan ayah". Soal Aulia. Dia menyandarkan badannya diatas lengan Idlan dan bermain2 dengan telapak tangan Idlan.

"Isteri abang dah rindu ke? Kenapa tak cakap awal2? Hurm, apa kata kita tidur sana? Abang free dua hari ni. Bolehlah Aulia melepaskan rindu kat ibu". Cadang Idlan. Aulia pusing menghadap suaminya. Dia tersenyum lebar.

"Sayang abang!". Ucap Aulia seraya menghadiahkan senyuman di pipi suaminya. Idlan tersenyum geli hati. Dia lantas memegang erat jari jemari isterinya.

"Abang akan buat apa je untuk isteri abang. Abang sayang Aulia". Ucap Idlan sambil membawa genggaman tangan Aulia ke dadanya. Aulia tersenyum manis.

"Thanks a lot. Aulia sayang abang jugak!". Ucap Aulia lembut. Dia memandang wajah suaminya dalam2. Idlan leka dengan kecantikan isterinya.

"Kenapa sayang cantik sangat ek?". Terhambur ketawa Aulia dek soalan pelik suaminya. Idlan tergelak kecil. Dia sendiri merasa kelakar dengan soalannya.

"Anugerah Tuhan. Untuk abang pandang". Jawab Aulia senafas. Idlan mengangguk setuju. Dia menghadiahkan ciuman di pipi gebu isterinya. Aulia tersenyum. Aulia membalas dengan mencium di dahi Idlan. Mereka ketawa. Idlan tak mahu kalah. Dia mencium di dahi pula. Aulia tergelak kecil. Suaminya ini memang kelakar.

"Erm, bila boleh dapat yang lain pula?". Soal Idlan nakal. Aulia merona merah. Dia segera bangun meninggalkan suaminya terkukat2. Idlan tersengih lalu memegang dadanya.

"Fuh! Macam nak pecah jantung ni!". Gumam Idlan. Dia lantas menuju ke bilik. Idlan tersenyum gembira.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience