Chapter 25

Romance Completed 29068

Malam ini Encik Syam sekeluarga berbuka puasa dengan gembira. Mana tidaknya, anak perempuan Encik Syam yang sudah berkahwin, Auni Ayla dan Ain Noura juga turut berbuka bersama. Riuh rumah Encik Syam dengan keletah cucu2 nya. Juadah hari ini dimasak oleh kakak sulung Aulia. Menu kampung menjadi pilihan. Ketam masak lemak cili api, kerabu perut, ulam2an, sambal tempoyak dan air jagung yang dibeli oleh abang ipar Aulia di bazar ramadhan. Mereka berbuka puasa dengan penuh berselera. Sesekali suara cucu2 Encik Syam menghangatkan suasana.

"Ayah, minggu depan Ain nak ke Bandung. Ada kerja. Kitorang pergi satu family la. Ayah dengan ibu nak ikut tak? Boleh jalan2". Ajak anak kedua Encik Syam. Ditenung wajah ayahnya lama menunggu jawapan. Sesekali tangannya ligat menyuap anak perempuannya yang berumur 4 tahun itu makan. Encik Syam memandang wajah anaknya.

"Best tu! Lama ayah tak jalan2. Hurm, kamu nak bayar kan ke?". Soal Encik Syam menyakat anak perempuannya. Puan Hawa tergelak kecil.

"Mestilah! Bulan ni dapat bonus! Bolehlah belanja ibu dengan ayah jalan2". Ucap Ain riang. Dia memandang wajah Puan Hawa yang sudah tersenyum lebar.

"Ala, Adhwa pun nak ikut jugak!". Adhwa merengek manja.

"Aira pun! Kitorang tak nak belanja ke?". Soal Aira sambil memuncungkan mulut. Acah2 merajuk. Ain segera menggelengkan kepala.

"Takde! Korang duduk rumah. Jaga rumah ni elok2. Lagipun buat apa korang nak keluar jauh2, nanti hilang!". Pecah tawa mereka semua. Aira dan Adhwa sudah menarik muka masam. Ain ketawa geli hati.

"Yelah! Takpe. Nanti Aira kumpul duit banyak2, pergi jalan2 taknak ajak kak Ain!". Sambil mencebik memandang kearah kakaknya. Auni Ayla tergelak kecil.

"Yelah dik, kumpul duit banyak2 ye! Nanti bawak kak Auni sama!". Auni Ayla mencelah. Mereka bertepuk tangan bersama. Puan Hawa dan Encik Syam senyum memerhatikan anak2nya. Rindu betul dia dengan anak perempuannya. Masing2 sudah berkeluarga. Tinggallah Aulia, Adhwa dan Aira. Esok lusa, pasti mereka pun akan meninggalkannya. Encik Syam tidak sangka begitu cepat masa berlalu. Dari sekecil2 tapak kaki, kini sudah mampu menguruskan diri.

"Nanti Ain bagitau tarikhnya. Tiket, hotel semua, Ain uruskan. Ayah dengan ibu tak payah risau". Puan Hawa mengangguk setuju. Encik Syam meneruskan suapannya. Aulia hya diam.

"Aulia, sihat tak? Kenapa diam je ni?". Soal Arman, abang ipar sulung Aulia. Aulia lantas menoleh kearah empunya suara. Dia tersengih.

"Takde pape lah. Aulia oke je!". Aulia menjawab. Dia meneruskan suapannya yang masih bersisa. Encik Syam memandang tepat kearah anaknya. Dia seakan tahu apa yang difikirkan Aulia saat ini. Pasti berkenaan dengan Idlan.

"Kalau akak2 semua nak tahu, kak Aulia kita ni, dah dilamar orang! Ehh Ops!". Seraya menutup mulutnya. Dia terlupa bahawa dia sudah berjanji untuk tidak membocorkan rahsia kakaknya yang seorang ini. Aira menepuk dahinya. Aulia sudah memandang Aira tajam. Adiknya yang seorang ini memang tak boleh simpan rahsia. Dia bengang. Manakala yang lain, sibuk bertanya soalan yang entah apa2. Aulia malas nak ambil tahu!

"Betul ke ayah? Bila? Tak cakap pun dengan kami?". Soal Auni Ayla teruja. Aulia sudah tertunduk. 'Ini yang aku tak suka ni'. Gumam Aulia. Dia memandang kearah Aira yang sudah menyusun jari memohon maaf. Aulia tidak kira, malam ni, adiknya memang nak kena belasah dengan dia. Encik Syam tersengih manakala Puan Hawa sudah tersenyum lebar.

"Belum dibagi jawapan lagi. Tanyalah adik awak tu. Dia yang dilamar nya". Puan Hawa menunjuk kearah Aulia. Abang2 ipar nya pula sudah mengucapkan tahniah berulang kali. Aulia bungkam! Dia malu! Semua perasaan ada dalam dirinya saat ini.

"Bila dikhitbah? Orang mana? Mesti bagus orang tu. Share la!". Pinta Ain Noura tidak sabar. Dipandang muka adiknya menunggu jawapan. Dia pasti bahawa pilihan kali ini mesti daripada pilihan Encik Syam. Masakan tidak, suami dia dan Auni Ayla juga dipilih oleh Encik Syam. Dia percaya bahawa pilihan orang tua adalah paling tepat. Tengok sahaja kehidupan dia dan Auni Ayla, bahagia hingga kini. Dikurniakan seorang lelaki yang mampu membimbing ke syurga Allah. Ain juga percaya, pilihan Encik Syam mestilah yang terbaik untuk adiknya.

"Erm, kita sembang nantilah. Solat dulu jom! Dah 7.30 ni. Nanti lambat pulak". Aulia mengelak. Dia segera memandang wajah ibunya yang sedang tersenyum. Mereka lantas bangun untuk bersiap2 menunaikan solat maghrib.

"Solat maghrib di rumah, terawih nanti kat masjid ya. Maghrib ni, Arman imam lah". Arah Encik Syam. Menantu sulungnya mengangguk tanda setuju. Adhwa membentangkan sejadah diruang tamu. Mujur ruang tamunya luas, dapatlah mereka solat beramai2 disitu. Anak2 mereka ditinggalkan bermain di bilik tidur agar memudahkan mereka mengerjakan solat. Encik Syam memastikan semua bersedia, barulah iqamat dilaungkan. Mereka bersolat dengan penuh khusyuk memandangkan hari pertama ramadhan mereka berjalan lancar.

Setelah selesai menunaikan solat maghrib, mereka bersiap2 untuk ke masjid. Auni Ayla dan Ain Noura menyiapkan anak2nya untuk ke masjid. Mujurlah anak2 nya itu mendengar kata. Sekali diarahkan untuk tidak membuat bising, anak2nya patuh mendengar.

Di masjid, mereka mengambil tempat di saf yang kosong. Hari ini saf solat penuh. Ramai orang dari segenap masyarakat datang untuk menyembah Tuhan Yang Satu. Mujur mereka mendapat tempat walaupun berada dibarisan belakang sekali. Aulia terima, janji dia dapat bersama2 melakukan solat terawih. Solat yang hanya ada pada bulan yang mulia.

Mereka diimamkan oleh imam masjid. Merdu suara imam mengalunkan ayat suci Al-quran. Runtun hati Aulia mendengar. Mereka khusyuk dan patuh kepada Allah yang menciptakan. Banyaknya rakaat terawih langsung tidak membuatkan Aulia bosan mengerjakannya. Dia tenang kerana dapat bercakal dengan sang pencipta.

Solat terawih berakhir pada jam 10.30 malam. Makmum yang tadi ramai mula berkurangan. Masih ada yang tinggal untuk bertadarus. Inilah istimewanya bulan ramadhan. Masa diisi dengan bertasbih, meratib Asma Allah.

Aulia tidak melepaskan peluang untuk turut bertadarus. Dia mengambil tempat dihujung sudut masjid. Tanpa berlengah, Aulia memulakan bacaannya dengan begitu lancar. Dia terus hanyut didalam pelukan Tuhan. Lama dia bertadarus begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain. Banyak pahala yang akan diperolehi di bulan suci ini. Pintu syurga dibuka seluas yang mungkin dan ditutup pula pintu neraka serapat2nya. Malaikat tidak akan teragak2 untuk mencatat amal kebaikan yang dilakukan oleh manusia. Maka dengan sebab itulah, manusia wajib berpusu-pusu untuk mencari pahala dan mendapatkan maghfirah Allah.

"Aulia, jom! Ayah ajak balik". Ajak Puan Hawa. Aulia terus menutup Al-quran kesayangannya lalu bangun untuk pulang. Aira dan Adhwa sedang melipat telekung manakala Ain dan Auni pula sudah menunggu di perkarangan masjid. Mereka bergerak bersama menuju ke rumah.

Sepanjang perjalanan, hati Aulia tak henti2 memikirkan kata2 Aira petang tadi. 'Patutkah aku percaya mimpi tu?' Desis Aulia didalam hati. Dia menghembus nafas berat. Dia langsung tidak menghiraukan kakak2nya yang sedang berborak. Dilayan perasaannya saat itu. Sekejap dia mengangguk2 sekejap di menggeleng laju. Aulia lemas! Dia terus mempercepatkan langkahnya bersama Puan Hawa. Dia memandang Puan Hawa yang sedang tersenyum manis memandang.

"Bu, pukul 4 ni, Aulia nak qiam kat masjid ya". Aulia meminta izin. Berkerut dahi Puan Hawa mendengar permintaan anaknya. Dia langsung memandang kearah suaminya. Encik Syam senyap.

"Boleh ke?". Soal Aulia lagi, kali ini lebih berhati2. Encik Syam menghembuskan nafas perlahan.

"Boleh, tapi takpe ke kamu sorang2?". Soal Encik Syam risau. Aulia tersenyum manis.

"Takpe. Mesti ada orang jugak kat masjid nanti. Kan bulan ramadhan ni". Seraya tergelak kecil. Puan Hawa mengangguk setuju. Mereka pun terus berjalan hingga sampai ke destinasi.

Malam ini, semua tidur awal. Penat barangkali. Hanya Aulia yang tidak dapat melelapkan mata. Dipusing kekiri dan kekanan, matanya tetap tak mahu lelap. Akhirnya Aulia bangun. Dia memandang jam didinding, 3.45 pagi. Aulia segera mengambil wudhu. Dia membuat keputusan untuk ke masjid. Dia segera mencapai telekung dan Al-quran dimeja. Aulia keluar dari bilik. Ruang tamu gelap. Masing2 masih dibuai mimpi. Aulia mengorak langkah ke dapur, mengisi air kosong didalam bekas air dan mengambil beberapa biji kurma untuk dijadikan makanan sahur. Setelah dimasukkan kedalam beg telekungnya, Aulia pantas meninggalkan rumah.

Setelah 10 minit berjalan kaki, Aulia sampai di masjid. Terang benderang masjid dilitupi cahaya lampu. Aulia memandang kearah pengawal yang bertugas di pondok pengawal lalu bertanya,

"Ramai ke jemaah yang datang qiam, pakcik?". Soal Aulia. Pengawal yang berumur lingkungan 50an itu menjawab,

"Tak ramai pun, tadi ada 3 orang yang datang, seorang tu nak qiam, yang lagi dua orang tu datang sekejap je. Baru balik tadi". Terang pengawal tersebut. Aulia mengangguk.

"Saya masuk dulu ye, pakcik. Assalamualaikum". Lantas Aulia meninggalkan pondok pengawal. Langkahnya diatur perlahan menuju ke bahagian solat wanita. Suasana didalam masjid sunyi. Hanya ditemani lampu yang tidak dipasang sepenuhnya. Terdengar sayup2 suara orang sedang mengaji di bahagian solat lelaki. Aulia tidak mengendahkan. Dia lantas memakai telekung dan bersiap untuk melakukan solat2 sunat.

Selepas selesai solat hajat, dia meneruskan dengan solat taubat dan diakhiri dengan solat istikharah. Lama Aulia bersujud di sujud yang terakhir. Dia berharap agar Allah memberi petunjuk kepadanya atas segala soalan yang bermain di benak fikirannya. Aulia memohon agar Allah menunjukkan kepada dia siapa jodoh yang terbaik buatnya. Aulia tunduk berharap kepada Tuhan yang Satu.

Kemudian, Aulia mencapai tasbih lalu berzikir memuji Rabb. Lincah jari jemarinya menggerakkan manik2 tasbih tersebut. Aulia leka dalam pengabadiannya. Aulia bersyukur kerana dikurniakan nikmat iman dan Islam. Dia memohon agar janganlah Allah tarik hidayah yang telah dikurniakan kepadanya.

Aulia berhenti seketika. Dia termenung jauh. Ligat memikirkan mimpi2 yang sering muncul dalam lena nya.

"Ya Allah! Apa yang kau ingin tunjukkan pada aku?"

"Ya Allah, tunjukkan aku jodoh yang terbaik, Ya Rabb! Aku mohon, tunjukkan aku, Ya Allah!". Rintih Aulia. Dia memejam mata rapat.

Lamunan Aulia terganggu dek suara merdu orang sedang mengaji. Aulia mengangkat kepalanya. Dia berhenti tak berkutik. Aulia cuba mendengar bait2 ayat Al-quran yang dilafazkan. Sungguh merdu! Aulia memejamkan mata rapat. Dia terbuai dengan suara merdu tersebut. Perlahan2, Aulia membuka matanya. Suara yang tadi sedang mengaji, hilang! Berkerut wajahnya. Aulia tercari2 suara merdu itu lagi. Dia tidak puas mendengarnya. Dengan berani, dicapai kain langsir yang memisahkan antara saf lelaki dan perempuan, dibuka perlahan2.

Aulia terpana!

Susuk tubuh yang sedang duduk bertafakur di saf hadapan masjid itu seakan dikenali. Memang dikenali! Aulia menekup mulutnya. Jelas seperti apa yang dilihat didalam mimpi2 Aulia sebelum ini. Susuk tubuh itulah yang sering muncul dalam mimpi2nya. Berjubah putih, berserban dan sedang duduk bertafakur memuji Asma Allah. Jantungnya berdebar laju. Aulia kaku! Kain langsir yang dipegang, digenggam dengan kuat. Apakah ini petanda yang Tuhan ingin berikan? Apakah ini jawapan atas istikharahnya? Tanpa sedar, Aulia menitiskan air mata. Dia terus melakukan sujud syukur. Air mata mengalir deras. Lama Aulia didalam sujudnya. Kira ini adalah jawapan yang Allah beri, Aulia terima dengan redha. Kerana dia tahu, Allah pasti tidak akan mengecewakan hambaNya.

Dia bangun. Menarik kain langsir itu kembali. Aulia menghembus nafas perlahan. Aulia memberanikan diri memanggil nama lelaki yang sedang bertafakur itu.

"Idlan".

Idlan menoleh. Matanya tertancap pada susuk tubuh Aulia yang elok bertelekung lantas menghulurkan sebuah senyuman. Dia bingkas bangun menuju kearah Aulia dan berdiri jauh sedikit dari tempat Aulia berdiri. Dipandang wajah Aulia dalam2. Idlan tersenyum.

"Aulia". Sepatah Idlan menyebut. Dia tetap tenang.

"Awak mengaji?". Soal Aulia perlahan.

"Awak sama maca.." Belum sempat Aulia menghabiskan , Idlan sudah memotong percakapannya.

"Saya andaikan awak dah jumpa jawapan untuk istikharah awak". Idlan bicara tenang. Dia memandang Aulia dengan pandangan redup. Dia berharap Aulia menerima lamarannya. Aulia mengetap bibir.

"Untuk beberapa harini saya ada melakukan istikharah". Ucap Aulia perlahan. Idlan mengerutkan dahi.

"Kiranya, apa jawapan pada istikharah awak tu?". Soal Idlan kembali. Dia bingung dengan kata2 Aulia. Lama mereka menyepi.

"Saya ada buat istikharah. Saya juga pasti petunjuk yang saya dapat tu merupakan petunjuk dari Allah. Saya juga percaya bahawa Allah telah menghantar awak kepada saya". Ujar Aulia perlahan. Dia menggenggam kuat tangannya.

"Aulia Nuha, bersaksikan rumah Allah, saya Idlan Syahid ingin menjadikan awak bidadari dalam hidup saya. Sudikah kiranya awak menerima diri saya yang serba kekurangan ini? Jika awak minta harta yang menggunung, saya tak mampu untuk bagi. Tapi apa yang pasti, saya mampu untuk beri awak sekeping hati saya yang ikhlas untuk awak miliki". Ucap Idlan dengan yakin. Matanya tertunduk memandang lantai masjid. Hatinya berdegup kencang.

Aulia menggenggam jari jemarinya. Dia bahagia. Syukur kerana Allah telah memberikan jawapan. Dia tersenyum memandang lantai masjid.

"Saya terima awak dalam hidup saya kerana Allah". Ucap Aulia senafas. Idlan teruja! Tanpa berlengah, dia terus melakukan sujud syukur. Akhirnya, doa nya selama ini diperkenankan! Idlan tak henti2 mengucapkan tahmid. Dia memuji kebesaran Ilahi yang telah memberikan dia secebis nikmat untuk dihargai. Idlan mengucap syukur. Setitis air mata jatuh kepipi. Idlan menangis didalam hati.

Aulia hanya memandang dari jauh. Dia bersyukur kerana Allah telah hantarkan seseorang yang terbaik untuk dirinya. Sungguh! Lakaran Tuhan itu cukup indah! Idlan kembali menghampiri Aulia.

"Syukur. Terima kasih, Aulia. Saya akan jumpa dengan keluarga awak hari ni. Terima kasih sekali lagi". Idlan terus menuju ke tempat solatnya, ingin melakukan solat sunat. Aulia segera kembali ke sejadahnya. Hatinya tenang. Mungkin inilah yang dinamakan cinta dari Tuhan. Dia menunggu sehingga waktu subuh.

Idlan gembira. Hatinya melonjak riang! Tiada kata2 yang dapat digambarkan perasaannya saat ini. Terlalu gembira. Bidadari yang didambakan selama ini telah bersetuju dengan lamarannya. Idlan tak henti2 tersenyum. Masa yang dirasakan saat ini terlalu lambat berputar. Dia ingin segera berjumpa kedua orang tua Aulia. Ingin segera menghalalkan gadis suci itu. Idlan menyambung zikir nya. Dia perlu bersabar. Lama dia berzikir hinggalah azan subuh berkumandang.

***

Aulia pulang kerumah setelah mengerjakan solat subuh dimasjid. Hari ini dia tidak menunggu untuk bertadarus. Aulia tahu bahawa Idlan akan datang berjumpa keluarganya. Aulia masih belum memberitahu hal ini kepada kedua orang tuanya. Dia sedang mencari2 ayat yang sesuai untuk memberitahu Encik Syam dan Puan Hawa. Lama dia termenung di sofa sehinggalah abang iparnya, Arman menegur Aulia, sekaligus mematikan lamunannya.

"Fikir apa tu, Aulia? Jauh termenung!". Arman memulakan bicara. Aulia yang terkejut terus tersenyum. Dipandang wajah abang ipar nya.

"Takdelah! Tak fikir apa2 pun. Hurm, abang Arman nak pergi mana ni?". Soal Aulia melihat abang iparnya yang bersiap2 mengambil kunci kereta.

"Keluar jap, isi minyak". Ujar Arman. Aulia mengangguk faham. Arman bingkas keluar menuju ke kereta dan berlalu pergi.

"Arman ke mana tu?" Soal Encik Syam mengejut. Aulia segera menoleh memandang ayahnya. Encik Syam sudah melabuhkan punggung di kerusi malasnya. Dia lantas mencapai surat khabar dan diselak ke helaian pertama.

"Isi minyak". Sepatah Aulia menjawab. Aulia sudah memandang wajah Encik Syam. Otaknya ligat memikirkan cara untuk memberitahu. Dia segan! Aulia menarik nafas dan menghembus perlahan2.

"Ayah, Aulia ada benda nak cakap ni". Ujar Aulia pelahan2. Dia memandang sekilas wajah ayahnya yang sedang memandang nya.

"Apa dia? Cakap lah". Seraya melipat surat khabar itu dan diletakkan atas meja. Pandangannya tertumpu kepada anaknya. Aulia gelabah. Dia mengetap bibirnya. Puan Hawa yang baru turun dari bilik turut melabuhkan punggung disebelah Aulia.

"Ada masalah ke?" Soal Puan Hawa kehairanan. Dipandang wajah suaminya silih berganti.

"Erm, Aulia.. Aulia terima lamaran Encik Idlan". Sebaris ayat yang baru diucapkan cukup untuk membuat Encik Syam dan Puan Hawa tersenyum gembira.

"Alhamdulillah! Syukur! Akhirnya doa ibu dimakbulkan. Abang, anak kita dah terima lamaran tu!". Ucap Puan Hawa seraya memandang kearah suaminya yang sedang mengangguk2 tersenyum. Jelas riak bahagia di wajah Encik Syam. Dia bersyukur kepada Allah.

"Alhamdulillah. Terima kasih, nak. Kamu dah pun terima. Syukur lah!". Ucap ayahnya tenang. Kelu lidahnya kerana terlalu gembira dengan perkhabaran itu. Aulia memandang wajah ibu dan ayahnya. Jelas riak gembira terpamer di wajah kedua orang tuanya. Aulia tersenyum manis.

"Istikharah Aulia selama ni dah terjawab. Allah hantarkan dia buat Aulia. Aulia terima dengan hati yang terbuka". Ucap Aulia tenang. Dia tersenyum dan menarik nafas lega. Puan Hawa terus mendapatkan Aulia, memeluk erat anaknya. Encik Syam terus tersenyum lebar.

"Bila dia nak datang jumpa?". Soal Encik Syam. Aulia meleraikan pelukan. Dia memandang wajah ayahnya.

"Hari ni." Sepatah Aulia menjawab. Encik Syam terus bangun menuju ke tangga.

"Nak kemana awak tu?". Soal Puan Hawa kehairanan. Dia bingung melihat tindakan suaminya.

"Nak panggil anak2 kita turun dengar berita gembira! Tetamu nak datang. Kena sambut". Ucap Encik Syam teruja. Dia terus meluru ke bilik anak2nya yang lain. Puan Hawa yang melihat tergelak kecil. Aulia sudah tersipu malu. Berkali2 Puan Hawa mengucapkan syukur kehadrat Ilahi dan berterima kasih kepada Aulia. Berita gembira yang ditunggu2. Riuh rumah Encik Syam dan Puan Hawa dengan berita gembira tersebut.

"Aira dah cakap kak, dia lelaki yang terbaik untuk akak! I'm happy for you!". Ucap Aira seraya memeluk Aulia. Lama mereka berpelukan. Auni Ayla dan Ain Noura juga tidak ketinggalan memeluk adiknya. Dia bangga kerana adiknya bakal bernikah dengan lelaki yang terbaik. Adhwa sudah mula menyakat kakaknya.

"Ceh! Romantik tak? Tunjuk la sikit macam mana kena lamar? Ada macam filem hindustan tak? Menari2 kat hutan ke, pusing2 terjun laut ke?". Usikan Adhwa itu membuatkan seisi rumah bergelak tawa. Aulia sudah malu! Merah pipinya dengan usikan tersebut.

"Dah2, kesian kakak kamu tu. Jangan dikacau lagi. Dah, sekarang ni kemas rumah. Nanti tetamu nak datang. Siapkan apa yang patut. Ain, tolong ibu kemas depan halaman ye". Arah Puan Hawa. Mereka lantas bergegas melakukan tugasan masing2. Aulia pula laju berlari ke dalam bilik. Dia berdebar. Betulkah apa yang berlaku? Dia menepuk2 pipi nya. Sakit! Jadi dia tidak bermimpi.

"Wake up Aulia! Ni bukan mimpi ye!". Aulia mengomel sendiri. Dia lantas bangun mencapai tuala untuk mandi. Harini dia kena bersiap kemas. Idlan ingin datang berjumpa dengan keluarganya. Pasti orang tua Idlan turut serta. Aulia menggigil. Terketar tangannya bila memikirkan. Aulia terus memejam mata rapat. Mengusir segala debar dihati. Sedang dia cuba menenangkan hati, henset Aulia berbunyi menandakan ada mesej masuk.

InsyaAllah, pukul 2 petang, saya dan keluarga akan ke rumah awak. Terima kasih Aulia.

Aulia membaca mesej tersebut. Peluh memercik di dahi. Dia takut! Dia berharap masa akan berhenti berputar. Hatinya berdegup laju.

'Belum datang lagi, dah macam nak meletup jantung aku. Kalau dah datang?' Gumam Aulia. Dia terus mencampakkan henset di atas katil lalu bergerak untuk menyegarkan badan. Lama dia berendam didalam bilik air. Dia ingin membuang segala perasaan takut dan debar yang bersarang dihati.

Setelah habis mandi, Aulia mencapai hensetnya kembali dan menekan butang reply,

Ok,

Send!

Tanpa menunggu balasan, Aulia terus bersiap dihadapan cermin. Dia turun untuk membantu Puan Hawa mengemas. Aulia cuba berlagak tenang!

***

Idlan memanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala yang telah memberikan dia nikmat hidup. Selesai solat subuh berjemaah di masjid, Idlan terus keluar dari kawasan masjid. Dia memecut keretanya laju membelah jalan raya. Hatinya berbunga riang. Akhirnya, lamaran dia diterima. Aulia Nuha bakal menjadi miliknya. Idlan tersenyum riang. Seraut wajah muncul di benak fikirannya, Puan Mariah. Idlan terus membelok untuk ke kubur dahulu. Berjumpa ibunya yang tercinta.

Sampai sahaja di pusara ibunya, Idlan terus menghadiahkan Alfatihah dan surah yasin. Dia turut menadah tangan berdoa agar roh ibunya tenang, diampunkan dosanya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Lama Idlan menatap kubur Puan Mariah. Idlan membersihkan debu2 tanah yang melekat di nisan batu itu. Ditatap nama yang tertera di batu nisan. Dia rindukan Puan Mariah.

"Assalamualaikum, mak! Idlan datang ni. Idlan rindu mak!". Air mata menitis tanpa dapat dibendung lagi. Idlan menyeka air matanya.

"Mak, lamaran Idlan diterima. Akhirnya, gadis idaman Idlan terima Idlan. Mak dengar kan apa yang Idlan cakap ni? Mak doakan Idlan ya? Idlan nak jadi anak yang soleh, suami yang soleh! Mak doakan moga Idlan dengan Aulia bahagia ye! Idlan nak bawak papa dengan Mama Liza petang ni, jumpa keluarga dia. Nanti Idlan bawak Aulia jumpa mak tau. Idlan sayang mak!". Teresak2 Idlan menangis dipusara Puan Mariah. Alangkah indahnya kalau mak nya masih hidup. Idlan yakin, Puan Mariah pasti akan gembira!

Diseka air mata yang mengalir di pipi sambil tangannya kemas memegang batu nisan tersebut."Idlan balik dulu ye, mak! Assalamualaikum!". Lantas Idlan bangun meninggalkan pusara ibunya. Idlan terus masuk kedalam kereta dan memandu menuju kerumah Encik Eddy.

Idlan menekan loceng rumah agam tersebut. Muncul wajah Mama Liza di muka pintu. Dia membuka pintu pagar dan menjemput Idlan masuk kedalam rumah.

"Masuklah, Idlan! Papa kamu ada kat dalam tengah baca surat khabar. Dari mana ni?". Soal Mama Liza lembut. Dia memandang anak bujang suaminya itu keluar dari kereta.

"Dari kubur mak. Nak jumpa papa kejap. Ada hal. Mama Liza, jom! Idlan nak cakap sikit ni". Ajak Idlan seraya mengajak Mama Liza untuk masuk ke rumah. Mama Liza mengangguk laju. Mereka beriringan masuk kedalam rumah. Encik Eddy yang sedang membaca surat khabar berhenti apabila melihat susuk tubuh anaknya di muka pintu.

"Assalamualaikum, pa! Sihat ke?". Terus menyambut tangan Encik Eddy untuk bersalaman. Idlan melabuhkan punggung disebelah papa nya. Mama Liza mengambil tempat jauh sedikit dari Idlan dan Encik Eddy.

"Mama Liza, kenapa duduk jauh sangat. Mari la dekat sikit". Idlan menegur Mama Liza yang sedang tersenyum itu. Dia terus menarik lengan Mama Liza untuk duduk disebelah papa nya.

"Kenapa dengan kamu ni, Idlan? Sihat ke tidak?" Soal Encik Eddy hairan. Terkebil2 dia melihat gelagat anak bujangnya. Idlan tersengih.

"Idlan nak bagitahu satu berita penting! Lamaran Idlan diterima!". Ucap Idlan riang. Encik Eddy yang mendengar ternganga. Terkejut dengan berita tersebut. Mama Liza mengucapkan tahniah. Dia gembira Idlan akan bernikah tidak lama lagi.

"Pa! Tutup mulut tu, nanti masuk lalat!". Tegur Idlan. Encik Eddy segera menutup mulutnya. Dia seakan tidak percaya akhirnya, lamaran Idlan diterima.

"How?? I mean, macam mana boleh diterima? Bila?". Soal Encik Eddy teruja. Idlan terus menceritakan apa yang telah berlaku di masjid pagi tadi. Encik Eddy yang mendengar, terpaku! Dia mengucapkan syukur yang tak terhingga. Mama Liza turut gembira. Dia memandang wajah suaminya yang jelas menunjukkan riak bahagia.

"Mariah, anak kita nak kahwin dah!". Seraya air mata terus mengalir dipipi. Encik Eddy menangis di pelukan anaknya. Dia rindukan isterinya. Dia merasakan isterinya juga pasti bahagia saat ini. Mama Liza yang melihat adegan tersebut turut mengalirkan air mata. Dia tahu betapa utuh cinta suaminya itu terhadap Puan Mariah. Awal2 dia sudah diberitahu bahawa Encik Eddy tak mungkin dapat melupakan isterinya sekelip mata. Mama Liza akur. Berkahwin dengan Encik Eddy, sudah cukup membuatkan dia bersyukur. Dia tidak minta lebih dari suaminya itu meskipun secebis cinta untuknya.

"Alhamdulillah, pa. Mak pasti suka dengan berita ni kan? Tadi Idlan pergi kubur mak. Idlan cerita dekat mak pasal ni". Terang Idlan. Encik Eddy mengangguk2 sambil menyeka air matanya. Dia tahu anak bujangnya pasti merindukan Puan Mariah. Mama Liza yang sedari diam, bersuara.

"Mama Liza yakin, mak Idlan pasti gembira. Dia pasti akan doakan yang terbaik buat anaknya". Ucap Mama Liza sambil tersenyum. Idlan memandang Mama Liza lembut. Dia mengucapkan terima kasih kerana sanggup bersabar dengan karenah nya selama ini. Encik Eddy terus memeluk Idlan dan isterinya. Dia gembira. Syukur yang tidak terhingga.

"Pa, bila kita nak datang rumah diorang?". Soal Idlan setelah meleraikan pelukan. Dipandang wajah Encik Eddy yang teruja.

"Hari ini lah! Bila lagi? Papa dah lama tunggu nak jumpa buah hati anak papa ni. Takde lambat2. Biar cepat kita selesaikan, lagi senang hati papa! Pukul 2 kita datang rumah dia". Ujar Encik Eddy bersemangat. Idlan tergelak kecil. Dia lantas mengucapkan terima kasih kepada papa nya.

"Pa, Idlan balik dulu la. Nanti tengahari Idlan ambil papa and mama Liza kat rumah. Ok?". Soal Idlan meminta persetujuan. Encik Eddy diam.

"Tak payah. Biar papa je ke rumah kamu. Nanti kita terus gerak naik kereta kamu lah". Encik Eddy memberi cadangan. Idlan terus mengangguk setuju. Sebelum pergi, Idlan mencapai henset nya lalu menghantar pesanan ringkas kepada Aulia. Memaklumkan kehadirannya bersama keluarga. Idlan teruja. Dia bingkas bangun dan bersalaman dengan Encik Eddy dan terus masuk kedalam kereta lalu memecut pulang.

"Alhamdulillah!". Ucap Encik Eddy perlahan seraya menghantar Idlan dengan pandangan redup.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience