Chapter 3

Romance Completed 29068

Thank you class!" Ucap Madam Lee sejurus habis waktu untuk subjeknya. "And don't forget the assigment ya class!"

"Okey Madam Lee!" Serentak kelas menyahut.

" Shaira, jom kita pergi makan nak? Aku lapar. Perut dah berkonsert dah nih! Lagipun penat otak aku ni dengan test tadi laa" Ajak Aulia sambil tersenyum menunjukkan barisan giginya yang putih itu.

"Amboi, kalau bab makan, nombor 1 kau ye. Hurm, aku takde duit la sayang oi. Hehe.. kau nak belanja ke?". Tanya Shaira terus mengenyitkan mata kepada sahabat baiknya itu. "Ayoyo, aku yang ajak kan, of course la aku belanja, lagipun aku ada benda nak story2 dengan kau ni". Lantas mereka terus menuju ke kafeteria kampus.

Harini kafeteria penuh dengan student yang ingin mengisi perut yang kekosongan. Tidak kurang juga aku yang sedang berjalan seiringan dengan Shaira. Dengan segera aku mencari tempat duduk, risau kalau2 kena tunggu lama semata2 untuk mendapatkan tempat.

"Eh Shaira, kau nak makan apa?". Tanya Aulia. Shaira mula menggaru2 kepalanya yang tak gatal. Sekejap matanya melirik pada menu yang terpampang di dinding kafeteria, sekejap matanya memandang Aulia.

"Oit makcik! Cepatlah, nanti kena beratur panjang tu". Tuding Aulia kepada barisan yang panjang di kaunter makanan.
"Haa, yelah! Aku nak nasi paprik dengan milo ais. Ais lebih macam biasa". Bicara Shaira

Aulia senyum kambing pada Shaira, faham sangat dengan perangai dia yang suka mengunyah ais setelah selesai makan.

"Ok, kau tunggu sini, jangan pergi mana2". Aulia terus meninggalkan Shaira keseorangan di meja makan. Beberapa minit kemudian, Aulia membawa dulang yang berisi makanan mereka berdua.

"Kau kata ada benda nak story dengan aku?". Tanya Shaira. Soalan itu dibiarkan sepi sementelah Aulia menghabiskan dahulu makanan nya.

"Tak menyempat kau kan. Hurm, macam mane ye aku nak cerita dengan kau". Fikir Aulia sambil mengherotkan bibir nya. Diletakkan sudu dan garfu diatas pinggan yang sudah kosong itu. Ditolak jauh sedikit air minumannya.
"Alah, suruh cerita je pon mek, bukan suruh menari kat sini". Balas Shaira. Jawapan Shaira itu dibalas pula dengan pandangan tajam oleh Aulia.

"Ok2, sorry la.. haa, cepat la cerita. Aku da ready ni, jiwa dan raga". Ujar Shaira.

"Ok, cerita ni berlaku semalam.. masa aku otw balik rumah.. ada sorang mamat ni.. entah macam mana.. kami berlanggar". Teragak2 Aulia untuk bercerita.

"Wow!! Mamat mane ha??". Usik Shaira. "Menarik nih. Aulia Nuha berkenalan dengan seorang lelaki! Wow!". Bersinar mata Shaira untuk mengetahui cerita sensasi terbaru tu. Manakala bagi Aulia, dia mengharapkan sahabat baiknya ini berhenti dari mengusiknya. Aulia tahu yang Shaira takkan membiarkan dia tanpa menceritakan yang full!

"Kau ni kan Shaira, cuba dengar dulu cerita aku ni. Bukan aku berkenalan pun! Ada mamat yang langgar aku lah". Terang Aulia marah. Berkerut dahinya memandang Shaira yang masih tak habis menggelakkan dirinya.
Setelah habis menggelakkan sahabat baiknya itu barulah Shaira memberikan tumpuan sepenuhnya kepada cerita Aulia. Aulia memastikan yang ceritanya tak tinggal satu pun.

"What?! Kurang ajar betul la laki tu! Dah la langgar orang, mintak maaf pun acuh x acuh je! Ish! Geram nya aku! Kalau aku la kat tempat kau Nuha, dah lama aku tampar je dia tu! Siapa dia tu ha Nuha?! Kau cakap kat aku biar aku belasah dia!". Turun naik nafas Shaira selepas mendengar cerita aku. Dikepalnya penumbuk lalu ditumbuk berkali2 ke meja kafeteria. 'Nampak benar marahnya si Shaira ni'. Desis Aulia.

"Ish kau ni Shaira, yang over sangat ni kenapa? Aku yang kena kut. Lagipun aku dah tak jumpa pun mamat tu!". Geleng kepala Aulia melihat Shaira yang seperti nak bergaduh tu. "Aku bukan apa, kau tu sahabat baik aku tau. Takkan la pulak aku nak biarkan kau kena buli macam tu". Bebel Shaira.

"Nampak macam kena buli ek?". Usik Aulia.

"Eh kau ni, main2 pulak. Huish! Lepas ni, kalau jadi apa2 macam ni lagi dengan mamat tu, kau call aku cepat2 tau! A.S.A.P! Biar aku smackdown dia!". Sempat lagi Shaira memberi peringatan.

"Yes boss!". Aulia berlagak seperti mendapat arahan dari seorang majikan.

***

"Assalamualaikum ibu!" Jerit Aulia dari luar pintu rumahnya. 'Ni mesti ibu kat belakang la ni borak' monolog Aulia. Tanpa membuang masa, Aulia terus menuju ke belakang rumahnya untuk berjumpa ibunya.

"Ibuu!!" Sergah Aulia.
"Oh bunga kau jatuh!". Latah Puan Hawa, terkejut dengan sergahan anak perempuannya yang seorang ni.

"Aulia!!". Marah Puan Hawa. Aulia pulak hanya tersengih macam kerang busuk. Suka dapat mengenakan ibunya itu.

"Ala.. Aulia mintak maaf la ye ibu. Hehe.. janji tak buat lagi". Dengan segera Aulia memohon maaf kepada ibunya. "Nasib la ibu ni tak lemah jantung, kalau tak dah lama pengsan." Masih bersisa marah Puan Hawa kepada Aulia. Sabar jelah dengan Aulia ni. Memang anaknya yang seorang ni suka menyergah nya. Kus semangat!

"Ni takde kelas ke, Aulia?" Soal Puan Hawa memulakan bicara.

"Takde ibu, kelas petang ni pun cancel!". Jawab Aulia sambil tersenyum. "Tu yang balik jumpa ibu ni, rindu nak peluk ibu" ujar Aulia seraya memeluk Puan Hawa dengan girangnya. Puan Hawa membalas pelukan anaknya dengan senyuman.

"Ayah mana ibu? Bukan ayah sepatutnya balik harini ke?" Tanya Aulia memikirkan Encik Sham yang outstation ke Pulau Pinang selama 3 hari atas urusan kerja.
"Memanglah ayah balik harini, tapi tadi ayah call, maybe ayah balik lewat sikit kut." Terang Puan Hawa. Jawapan Puan Hawa hanya dibalas dengan keluhan.

"Ni kenapa ngan anak ibu ni? Problem ke? Tak baik tau asyik mengeluh2 ni" Ujar Puan Hawa kehairanan. Tadi bukan main happy, sekarang mengeluh pulak.

"Takdelah ibu. Stress dengan assigment and test yang berlambak. Tu la." Aulia merintih kepada Puan Hawa. Puan Hawa menggeleng kepala.
"Aulia, ingat apa yang ibu pesan, biar bersusah dulu, bersenang kemudian. Takpe kalau kita berhempas pulas untuk kejayaan kita nanti. Esok lusa bila dah berjaya, kita juga yang senang hati." Nasihat ibunya kepada anak gadisnya itu.

"Eleh kak Aulia ni, nak manja la tu dengan ibu!" Cebik adik bongsunya, Aira Nu'ma.

"Eh.. tiba2 muncul lepastu nak dengki pulak kak Aulia dengan ibu ni, apa pasal ha?? Biar lah! Sebok aje Aira ni!" Lawan Aulia kepada adik bongsunya.

"Alah kak Aulia ni, orang tak jeles la. Orang tiap2 hari duduk dengan ibu. Buweekk!" Usik Aira Nu'ma. Apa lagi, mereka pun memulakan adegan kejar mengejar. Geleng kepala Puan Hawa melihat keletah anak2 perempuannya.

"Sudah la tu. Habis la alas meja ibu ni nanti". Bicara Puan Hawa. Namun, mereka tetap berkejaran sehingga ke bilik pula.

***

"Bila kau ni nak berubah ha Idlan??!!" Sergah bapanya, Encik Eddy. Risau melihat anak bujangnya yang sudah jauh tersimpang. Hari ini Idlan tertangkap mabuk oleh bapanya. Dia sudah tidak kisah akan marah bapanya itu. "Rilex la papa! Macam tak biasa! Papa tak pernah kisah Idlan kan before this?! So, why now?!" Balas Idlan angkuh.

"Kau ingat sikit kau tengah bercakap dengan siapa sekarang ni!" Tengking Encik Eddy. Sedih hatinya melihat anak bujang yang disanjung selama ini berubah sekelip mata disebabkan satu kesilapan kecil, itupun disebabkan dirinya.
"Bawak mengucap Idlan! Papa dah tak sanggup nak tengok kau macam ni lagi. Apa dosa papa pada kau?" Rintih Encik Eddy

"Memang papa berdosa pon pada Idlan!". "Don't you remember, siapa yang buat mak mati malam tu!" Tengking Idlan.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience