Chapter 8

Romance Completed 29068

Aulia Nuha sedang bersiap2 memakai tudung. Sebentar tadi Idlan menelefon Aulia memberitahu yang dia sedang dalam perjalanan menuju kerumah. Ayah sudah pun diberitahu tentang hal ini. Puan Hawa sedang menyiapkan makanan di dapur. Katanya tak manis kalau tidak menjamu tetamu makan. Aulia akur dengan keputusan ibu tercinta.

"Ibu nak masak apa? Macam banyak je bahan2 nya?" Soal Aulia sebelum dia mandi tadi. Dia hairan melihat Puan Hawa menyediakan begitu banyak hidangan. 'Macam nak menyambut menantu la pulak' omel Aulia sendiri.

"Ibu nak masak asam pedas ikan tenggiri, sayur kailan goreng belacan, tauhu sumbat dengan sambal mangga. Uish, terliur pulak ibu". Terang Puan Hawa panjang lebar diiringi gelak tawa. Dia memandang kearah anak perempuannya, "Laa, kenapa yang tak mandi lagi ni, Aulia?" Soal Puan Hawa krhairanan melihat Aulia yang masih berbaju tidur. "Ingatkan lepas breakfast tadi, kamu terus mandi". Marah Puan Hawa sambil mencubit pipi Aulia yang gebu.

"Alaa, kejap la ibu. Aulia nak tolong ibu masak ni". Jawab Aulia bersungguh. "Lagipun, Aulia malas la nak mandi awal2". Sambungnya. Dikerling jam di dinding dapur, baru pukul 12 tengahari. Opps! Tengahari sudah ya, Aulia! Ah! Tak kesah la..

"Awal kamu kata? Cuba tengok betul2 pukul berapa sekarang ni? Aulia.. Aulia..". Geleng kepala Puan Hawa melihat perangai Aulia. "Dah masuk tengahari sayang oi!" Bebel Puan Hawa lagi.

"Alaa ibu, takkan tak tau yang kak Aulia ni memang malas mandi!" Ejek Aira kepada Aulia. Adik bongsu nya yang sedang memotong buah epal itu bersuara. Suka betul dia kalau dapat menyakat Aulia. Suka dapat melihat muka marah kakaknya itu. Merah padam!

"Apa Aira cakap?? Memang nak kena budak ni tau!" Belum sempat Aulia menghampiri Aira, Puan Hawa bersuara, "Sudah2, nanti tak siap la potong buah tu kalau kamu berdua nak gaduh2 tu. Aira, usah la disakat kak Aulia kamu ni. Biar la dia. Dah memang dia malas mandi pun. Opss!" Meletus tawa Puan Hawa dan Aira. Tidak disangka, ibunya pun sepakat mengenakan Aulia.

"Fine!" Rajuk Aulia lalu menuju ke bilik untuk bersiap2.

"Minta maaf dengan kakak kamu ye, Aira. Kesian dia". Pinta Puan Hawa setelah habis gelak tawa mereka. Anaknya yang seorang itu memang cukup sensitif. Pantang disakat, mula lah rajuknya. Tapi tak pernah lama. Sekadar marah2 sayang. Puan Hawa bersyukur dikurniakan anak2 yang memahami antara satu sama lain.

***

"Assalamualaikum, Aulia.. Assalamualaikum!" Jerit Idlan dari luar pintu pagar rumah Aulia. Berdebar rasanya menjejakkan kaki kerumah Aulia. Rasa seperti sesuatu yang lain. 'Ah! Perasaan aku je kot' gumam Idlan.

"Waalaikumussalam! Encik Idlan! Masuklah!" Pelawa Aulia dari pintu rumah.

Gugup!

Mengapa dia gugup bila melihat Encik Idlan? Perasaan yang bertandang dalam hati ni, sesuatu yang sukar ditafsirkan. Aulia memandang susuk tubuh dihadapannya, kejap! Aulia terkaku memandang Encik Idlan yang segak bergaya dengan baju kemeja berwarna biru muda, beserta seluar slack hitam. Lengan baju disinsing hingga ke siku. Dibiarkan dua butang terbuka dari baju kemeja nya, menampakkan sisi tampan Encik Idlan. Rambutnya disisir rapi, kemas dengan gaya yang tersendiri. Mata itu, redup dengan pandangan yang memukau. Brown Hazel. Aulia terpaut dengan redup nya mata itu.

"Excuse me! Hello!!" Panggil Encik Idlan seraya mematikan lamunan Aulia.

'Astaghfirullah! Syaitan semua ni, Aulia!' Bisik hati Aulia. Entah kenapa Aulia boleh melalut pula. Ditundukkan pandangan kebawah, lari dari godaan syaitan yang cuba memesongkan hati Aulia.

"Masuklah Encik Idlan, ayah tunggu didalam". Ajak Aulia sekali lagi. Kali ini, Aulia iringi langkah Encik Idlan bersama.

"I thought you suka apa yang you tenung tadi!" Bicara Idlan hampir kepada Aulia. Hampir sahaja Aulia memberikan tumbukan padu pada muka Encik Idlan. 'Mamat ni memang nak kena ni!' Omel Aulia didalam hati.

"Behave, Encik Idlan!" Aulia memberi amaran. Nampak gaya, lelaki dihadapannya ini memang tak makan saman. Sabar jelah , Aulia!' Doa Aulia didalam hati.

"Assalamualaikum semua!" Ucap Encik Idlan sejurus masuk ke dalam rumah. Puan Hawa dan Encik Syam memandang kepada susuk tubuh itu lalu menjawab salam Idlan hampir serentak.

"Silalah duduk. Siapa nama kamu?" Ibu memulakan bicara. Beramah mesra dengan tetamu.

"Idlan, makcik.. Idlan Syahid.." jawab Idlan yakin. "Saya tak mengganggu makcik dan pakcik, kan?" Tanya Idlan berbasa-basi.

"Eh, tidaklah. Kami yang memanggil kamu". Bidas Encik Syam. "Hurm, dengarnya yang kamu lah yang melanggar kereta anak pakcik, Aulia kan?" Idlan mengangguk tanda setuju. "Bukan apa, pakcik cuma nak pastikan yang kamu tak menipu anak pakcik, maklum sajalah sekarang ni, ramai yang menipu. Lebih2 lagi anak pakcik ni masih muda lagi, masih mentah. Bukan dia tahu pun masalah yang berlaku sekarang ni". Terang Encik Syam panjang lebar. Dipandangnya wajah Idlan, lama. Cuba mencari sinar kebenaran dalam raut wajah anak muda tersebut.

"Pakcik tak perlu risau, saya tak akan menipu anak pakcik. Niat saya ikhlas nak bantu". Ucap Idlan ikhlas. Seraya itu, Puan Hawa dan Aulia menuju ke ruang tamu menatang dulang berisi air.

"Eh, susah2 je makcik ni. Saya dah minum kat rumah tadi". Tolak Idlan sopan.

"Apa yang susah nya, tetamu kena la layan, ye tak? Barang dah sedia ada, Idlan. Jemput la minum". Balas Puan Hawa sambil tangannya ligat menuang air kopi panas ke dalam cawan. Idlan memerhatikan gerak geri Puan Hawa. Ada rasa rindu menerjah kedalam relung hatinya tika ini. Mak!

"Kamu orang mana, Idlan?" Soal Puan Hawa setelah melabuhkan punggung disebelah Encik Sham.

"Saya orang sini je makcik. Anak jati kuala lumpur". Jawab Idlan sambil tersenyum. Puan Hawa membalas senyuman Idlan. 'Manis! Macam mak!' Bisik Idlan didalam hati. "Mak ayah kamu orang sini juga ke?" Soal Puan Hawa lagi. Ingin mengetahui lebih lanjut perihal anak muda ini.

"Ahh, ayah saya orang Thailand, tapi dah menetap kat Kuala Lumpur sejak kahwin dengan arwah mak. Mak saya asal KL, makcik. Dia dah lama meninggal sebab kemalangan. Sekarang saya tinggal berdua dengan ayah saya je makcik, cuma kadang2 saya akan balik rumah sewa saya sendiri". Borak Idlan dengan senang. Sikap Puan Hawa sama seperti ibu kandungnya, Puan Mariah, membuatkan Idlan terasa sebak bila menatap wajah Puan Hawa.

"Ohh, maaf atas pemergian mak kamu ye. Kamu ni kerja apa?" Tanya Puan Hawa lagi.

Aulia yang duduk di sebelah ibunya hanya mendengar perbualan mereka, tak berniat untuk meyampuk. Sekejap dikerling ayahnya yang sedang memandang Encik Idlan dihadapannya. Entah apa la yang sedang difikirkan tu' gumam Aulia. Sekejap dikerling pula pada Encik Idlan. Tenang sungguh raut wajah itu menjawab segala soalan ibu. 'Dia ni betul2 baik ke?' Soal Aulia didalam hati. 'Tengok gaya macam dah tua. Erm, berapa la agaknya umur dia ni kan? Kaya ke dia? Dari business card yang dia bagi tu, dia ni CEO. Yeke? Dia ni entah2 mafia' Bermacam2 soalan yang bermain di minda Aulia saat ini.

"Aulia! Aulia!" Puan Hawa menggoncangkan tubuh Aulia sekaligus melenyapkan lamunan Aulia.

"Kamu ni kenapa? Ibu panggil dari tadi tak menyahut. Mengelamun pulak!" Marah Puan Hawa dengan sikap Aulia. 'Sempat pulak budak ni mengelamun, haish!' Rungut Puan Hawa didalam hati.

"Eh..ah.. apa, bu? Ibu cakap apa? Aaa.. Aulia tak dengar la", tergagap2 Aulia memberi jawapan. 'Adusss! Dah kenapa pulak aku boleh mengelamun ni! Malunyaa!!' Bentak Aulia didalam hati. Dipandang wajah Encik Idlan yang sedang mentertawakan Aulia dalam diam. 'Takpe..takpe.. gelak la Encik Idlan! Tak kisah!".Terkumat- kamit mulut Aulia membebel.

"Ibu tanya kamu, lauk dah siap hidang ke belum? Ish la budak ni, tulah, berangan je" . Bebel Puan Hawa. Geleng kepala Puan Hawa melihat perangai pelik anaknya ini.

"Aulia dah siapkan, bu. Semua dah terhidang". Jelas Aulia gagap. 'Tak boleh jadi aku ni. Baik aku lari masuk dapur' bisik Aulia dalam hati. Tanpa berlengah, segera Aulia menapak ke dapur untuk menyusun pinggan untuk santapan. Idlan terus berbual dengan Puan Hawa dan Encik Syam sementara Aulia menghidangkan makanan di meja makan.

"Bu, makanan dah hidang. Jom!". Ajak Aulia. Puan Hawa tersenyum lalu mengangguk laju.

"Jom, Idlan. Kita makan dulu. Makcik kamu ada masak lauk tu". Pelawa Encik Syam dan mereka pun berjalan seiring menuju ke meja makan.

"Erm.. sedapnya bau makanan ni.." puji Idlan seraya melihat segenap sudut lauk pauk yang terhidang diatas meja. Sungguh! Dia rindu masakan Puan Mariah. Ada sendu di wajahnya.

"Kalau sedap, jemputlah duduk, makan. Harini makcik masak lebih. Yelah, menjemput tetamu. Sila la.. Aulia, mana nasinya? Hidangkan dekat Encik Idlan". Arah Puan Hawa. Encik Sham mengambil tempat duduk seperti biasa. Manakala ibu dan Aira duduk bersebelahan. Sebelum bersantap, Encik Sham mengetuai bacaan doa. Aulia melirik pada Idlan yang teragak2 menadah tangan untuk berdoa. 'Tak reti la tu nak berdoa'. Aulia mengejek dalam hati. 'Eh, tak baik nya aku ni. Astahgfirullah!' gumam Aulia.

Setelah selesai membaca doa, kami memulakan untuk mengisi perut. Encik Idlan lebih selesa berbual dengan Encik Syam. 'Men to men talk, maybe' sangka Aulia. Pun begitu, Encik Syam lebih banyak mendiamkan diri dari bercakap. Sudah menjadi kebiasaan waktu makan tidak boleh banyak berborak. Itu yang selalu dipraktikkan oleh Encik Syam sekeluarga.

Selesai menjamu selera, ibu menyediakan buah2an sebagai pencuci mulut. Mereka berkumpul di ruang tamu. Banyak yang dibualkan oleh Idlan. Aulia memerhati dari jauh. Dia sedang menyusun pinggan di rak. Terlihat riak gembira Idlan berborak. Wajah itu sangat tenang. Jauh beza dengan raut wajah ketika pertama kali mereka bertemu. 'Dia nampak lain la' komen Aulia.

"Haa! Tengok apa tu?" Sergah Aira mengejutkan Aulia dari khayalan. 'Budak ni suka betul sakat aku la' bentak Aulia didalam hati.

"Takde tengok apa2 pun. Apa pasal Aira kacau akak, ha?" Marah Aulia sambil bercekak pinggang memandang Aira.

"Eleh! Yelah tu.. macam la orang tak nampak dari tadi akak tu khusyuk sangat tengok kat Encik Idlan tu kan??" Soal Aira memancing untuk mendapatkan jawapan. Gelagat kakaknya sedari tadi membuatkan Aira meneka yang kakaknya seperti sukakan Encik Idlan.

"Eh, hello! Tak langsung ye. Akak tengok tu ha, pasu ibu yang cantik tu, ha". Jawab Aulia tergagap. 'Aduh! Masak la aku dengan reporter sorang ni!' Bentak Aulia didalam hati.

"Takpelah kak, taknak jawab sudah! Tapi Aira akan korek jugak rahsia akak tu satu hari nanti!" Cabar Aira kepada kakaknya, Aulia. Sempat Aira mengenyitkan matanya tanda suka menyakat kakaknya. Haha..

'Ish budak ni! Aku goreng jadi ikan masin baru tau!' Rungut Aulia.

"Haa.. dah masuk waktu asar ni, jom Idlan kita solat sama!" Ajak Encik Syam sambil memandang jam dipergelangan tangannya. 'Alang2 sudah ada anak muda, apa lah salahnya kita biarkan anak muda mengetuai solat' fikir Encik Syam seketika.

"Ahhh.. ermm.. haa.. sa..saya..saya..saya kena cepat ni Encik Syam. Ada hal yang mustahak nak diuruskan". Bidas Idlan segera. 'Masak aku kena solat pulak! Aku dah lama tinggal solat ni! Aku dah tak reti ni. Mati lah aku!' Terkebil2 dia memandang Encik Syam. Berharap yang Encik Syam memahami permintaannya.

"Eh.. lebih mustahak panggilan ALLAH dari panggilan manusia, Idlan. Lagipun kamu dah ada di rumah pakcik pun, kita teruskan saja lah". Balas Encik Syam.

"Betul tu Idlan, solat kat sini saja. Nanti makcik sediakan kain pelekat nya ye. Tandas ada kat belakang. Er, Aulia! Tolong tunjukkan Encik Idlan tandas ye!" Laung Puan Hawa kepada Aulia. Sayup2 suara Aulia membalas permintaan Puan Hawa.

"Ahhh.. sa..saya.. ahh.." Idlan menggaru kepalanya yang tak gatal. Parah! Itu fikirnya.

"Laa, tak usah fikir lagi la, pergi je terus ambil wudhu, ye" arah Encik Syam. Idlan menggangguk lambat2, akur dengan arahan tersebut. 'Aku nak buat macam mana ni. Tak kan la nak mintak tolong Aulia pulak!' Detik hati Idlan sambil mempercepatkan langkah menuju ke tandas.

"Ni bilik air nya. Encik Idlan ambil la wudhu dulu. Apa2, saya ada kat dapur". Sebelum sempat Aulia beredar, Idlan memanggil nama Aulia.

"Aulia!" Aulia toleh memandang Idlan.

"Ada apa Encik Idlan?" Soal Aulia.
Aulia hairan melihat wajah gusar Encik Idlan. Tertanya2 kenapa namanya dipanggil.

"S..saya tak tahu solat!" Dengan sekali nafas, Idlan memberitahu. Jelas riak malu diwajahnya. Aulia pula?

"Encik tak tahu solat? Ternganga Aulia dengan penjelasan Idlan tadi. 'Mimpikah aku?' Dikerdip2 matanya berulang kali.
"Encik tak tahu yang macam mana tu?" Soal Aulia risau. Bukan apa, ayahnya pasti sedang siap2 untuk solat bersama. Aulia pasti saat ini pasti Encik Idlan taknak berlaku kejadian yang tak diingini nanti. 'Think, Aulia!'

"Ha macamnilah, saya rasa baik Encik terus terang dengan ayah saya, mungkin dia boleh tolong nak buat macam mana". Aulia memberi cadangan. Belum sempat Aulia memanggil Encik Syam, Idlan terlebih dahulu memotong,

'No!, I dont think yang saya boleh cerita kat Encik Syam. Just forget it! Ahh.. I'll just try! Ahh! Whateverlah!" Idlan menghempas pintu bilik air membuatkan Aulia terkejut kaku. Idlan merasakan saat ini dia begitu kerdil dihadapan Aulia dan keluarga. Air syaitan yang diteguknya selama ini telah berjaya membuatkan dia lupa segala2nya. Baik fardhu ain mahupun fardhu kifayah. Mengaji al-quran? Dia sendiri tidak pasti apakah lidahnya masih lembut untuk menyebut ayat2 Allah. Idlan terduduk di bangku bilik air. Ada air mata jernih yang mengalir di pipi Idlan. Air mata ini sudah lama tidak mengalir. Air mata keinsafan!

"Idlan dah siap ambil wudhu ke Aulia?" Soal Encik Syam ketika Aulia sedang memakai kain telekung. Aulia kaget dengan soalan ayahnya. Bagaimana mahu diterangkan kepada ayahnya yang sebenarnya Encik Idlan tidak tahu solat dan mengambil wudhu! Ahh!

"Belum lagi ayah. Nak Aulia panggilkan ke?" Tanya Aulia lembut. Encik Syam menggeleng tanda tidak perlu. Mungkin saja dia sedang menyucikan diri. Encik Syam duduk di sejadahnya sambil memegang tasbih kesayangannya. Bibir nya sentiasa basah dengan zikir2 dan selawat. Tidak pernah Aulia melihat ayahnya leka dari melakukan rutin hariannya sebelum bangkit menunaikan solat.

Aulia gelisah. Sudah 10 minit lamanya Encik Idlan didalam bilik air. 'Apa yang dia buat lama sangat dalam tu?' Bisik hati kecil Aulia. Tak ingin ayahnya menunggu lebih lama, Aulia bingkas bangun dari tempat sejadahnya lalu menuju ke bilik air di bahagian belakang dapur.

Knok! Knok!

Senyap!

Knok! Knok!

Pintu dibuka dari dalam, kelihatan susuk tubuh Encik Idlan keluar dari dalam bilik air. Encik Idlan memandang Aulia dengan pandangan tajam.

"Don't ever tell your father anything about me!!" Ugut Idlan kepada Aulia. Aulia terkaku. 'Apa kes ugut2 aku ni? Tiba2 pulak macam harimau mamat ni' rungut Aulia.
Aulia mengangguk tanda setuju. Idlan dengan segera meninggalkan Aulia yang masih kehairanan. Tidak lama selepas itu, Aulia menuju ke ruang tamu untuk bersama2 solat.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience