Chapter 16

Romance Completed 29068

Nak kemana tu Idlan!?" Laung Encik Eddy dari dapur. Dilihat anak bujangnya bergegas menuju ke kereta. Berkerut dahinya. Tak berjawab. Encik Eddy mengekori langkah anaknya dan bertanya,
"Nak kemana ni?". Dah pukul berapa ni. Nak maghrib dah!" Tanya Encik Eddy. Anaknya masih tak berjawab.

"Masjid". Sepatah dia menjawab dan terus meninggalkan halaman rumah. Encik Eddy hanya mampu menggelengkan kepala. 'Idlan.. Idlan.. '

Idlan membelah jalan raya, hatinya serabut, jiwanya kacau. Dia perlu mencari ketenangan. Kereta nya laju menuju ke masjid. Dia ingin mencari ketenangan dirumah Allah.

Sesampai nya Idlan disana, kaki nya laju melangkah ke tempat wudhu. Dia mengambil wudhu dengan tertib. Dimulakan dengan lafaz bismillah diakhiri dengan lafaz alhamdulillah. Dia menuju kedalam masjid, mencari tempat jauh dari orang ramai. Dia mengambil sebuah Al- quran lalu duduk bersila. Walaupun masih belum lancar membaca Al-quran, Idlan tetap ingin membaca. Dia lantas membuka helaian pada surah Tahaa. Dia akur akan kekurangan dirinya, lidahnya lancar membaca makna ayat dari surah tersebut. Bermula dari ayat satu sehingga akhir. Idlan membaca makna secara perlahan2 agar dapat memahami maksud yang ingin disampaikan dari Allah.

Hatinya tenang. Lupa seketika masalah yang dihadapinya. Jiwa kacau menjadi tenang. Hati yang gundah bertukar lapang. Idlan menemui ketenangannya!
Subhanallah!

Begitu luas rahmatMu. Aku bersyukur padaMu Ya Allah. Terima kasih kerana memberi aku pelukanmu. Sesungguhnya, hanya kepada Allah Idlan memohon pengharapan. Idlan sudahi bacaannya lalu menutup al-quran. Diletakkan diatas rak kembali. Idlan duduk bertafakur. Lidahnya basah meratib Asma Allah. Idlan leka dengan dunianya. Dia merasakan dirinya sedang dibawa menuju Tuhan yang Esa. Dia khusyuk! Lidah nya tidak henti2 menyebut puji2an kepada Rabbi.

Idlan tersedar ketika azan maghrib berkumandang. Idlan segera bangun menuju ke saf solat. Dia bersalaman dengan orang sebelah menyebelah. Idlan mengosongkan hati. Dia menjawab azan didalam hati. Sesudah azan, Idlan bersiap sedia berdiri untuk melakukan solat. Imam yang mengetuai solat memulakan bacaan takbiratul ihram.

Disinilah berkumpulnya hamba2 Tuhan. Hamba yang ingin mengabdikan diri, bersujud menghadap Ilahi. Idlan sedaya upaya menyerahkan segala jiwa dan raga kepada Penciptanya. Merafa'kan setinggi kesyukuran kepada Tuhan.

Idlan tenang!

***

Aulia terjaga dari lelap. Jam menunjukkan pukul 7.10 malam. Dia kepenatan. Badannya letih. Dia segera duduk diatas katil dan melakukan beberapa senaman bagi menghilangkan letihnya. Dia bermimpi. Mimpinya kabur. Hanya satu yang jelas didalam mimpi itu, Idlan Syahid. Dia mimpikan lelaki itu. Entah kenapa lelaki itu muncul didalam lenanya. 'Syaitan je ni' Sangkal Aulia. Dia tidak mahu untuk berfikir yang bukan2. Aulia bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu. Dia ingin bertafakur sebentar sebelum masuk waktu maghrib. Hatinya perlu diisi dengan cinta Ilahi.

Aulia membentangkan sejadah. Mencapai telekung yang tergantung dibelakang pintu lalu menyarung ke kepala. Aulia mencapai tasbih yang dibeli ketika mengerjakan umrah dahulu.

Aulia mula membasahkan bibir memuji Allah, Tuhan yang Esa. Aulia hanyut dalam pelukan Tuhan. Dia berzikir tanpa mengenal erti penat. Aulia tenang! Mimpinya hilang! Hatinya lapang.

Allahu Akbar, Allahu Akbar!

Sayup2 suara azan bergema. Aulia berhenti. Menghormati azan yang dilaungkan, Aulia diam sepi di atas sejadah. Matanya terpejam rapat menghayati bait2 azan yang berkumandang. Sungguh agung kebesaranMu Ya Tuhan.

Aulia sudah bersiap2 untuk memulakan solat. Dia mengosongkan hati agar tidak memikirkan hal duniawi. Dengan tertib, Aulia mengangkat takbir. Segala pergerakannya penuh tomakninah. Hanya kepada Allah dia bersujud.

Lama sujud nya di rakaat yang terakhir. Dia menghamburkan segala yang tersimpan dihati. Hanya Allah tempat dia meluahkan rasa. Aulia sempat berdoa agar keluarganya dilimpahi rahmat, dimurahkan rezeki selalu. Aulia juga berdoa agar diberi kesihatan yang berpanjangan, umur yang berkat. Aulia juga berdoa moga dirinya sentiasa terdorong kearah kebaikan. Diberi teman hidup yang dapat membimbing Aulia ke jalan yang diredhai. Aulia cintakan Tuhannya. Sungguh!

Setelah selesai menunaikan solat maghrib, Aulia segera bersiap2 untuk menghantar ibu dan ayahnya ke Putrajaya. Dia bersiap ala kadar. Baju t-shirt dan cardigan labuh dipadankan dengan seluar tracksuit dan instant shawl. Siap! Aulia terus keluar dari bilik.

"Dah siap, bu, ayah?" Tanya Aulia melihat ayah dan ibunya yang sedang menonton berita. Mereka mengangguk serentak. Encik Syam bangun mengambil dompet di dalam laci meja.

"Jom! Nanti jammed pulak". Ujar Encik Syam seraya keluar menuju ke kereta. Aulia mencapai kunci kereta dan terus keluar membontoti ayahnya. Puan Hawa menutup pintu dan grill rumah. Mengambil sandal yang baru dibelinya lalu disarungkan ke kaki. Dia bergegas memasuki kereta seelah dipanggil oleh suaminya. 'Ai laki aku ni' rungut Puan Hawa.

Sepanjang perjalanan, mereka ditemani oleh alunan merdu ayat suci Al-quran yang dibacakan oleh Imam kegemaran Aulia iaitu Imam Masyari. Sesekali Aulia mengikut bacaan yang bergema di corong radio. Aulia teringat sesuatu,

"Ayah, Shaira jemput Aulia ke rumahnya di Terengganu, ada majlis kesyukuran. Ayah bagi tak Aulia pergi?" Tanya Aulia memecah kesunyian. Aulia memandang Encik Idlan dari ekor matanya. Encik Syam memandang anaknya.

"Jauh tu. Kalau dekat takpe lah. Tak payah la kamu kesana. Ayah risau nanti. Kamu tu dah la perempuan. Kamu bagitau lah dia yang kamu tak dapat nak hadir". Terang Encik Syam tegas. Aulia hanya menurut. Dia tak mampu membantah keputusan ayahnya.

"Kamu ada contact dengan Idlan ke?" Tanya Encik Syam tiba2. Aulia terus berpaling menghadap ayahnya. Dia terkejut dengan soalan mengejut Encik Syam. Aulia senyap menyusun ayat yang sesuai untuk dijawab.

"Aulia lama dah tak contact or jumpa dia. Aulia takde benda yang nak diborakkan. So, lebih baik macam ni je". Terang Aulia kepada Encik Syam. Aulia harap ayahnya faham dengan pendiriannya.

"Ayah berkenan dengan dia". Sebaris ayat yang diungkapkan Encik Syam terus membuat jantung Aulia berdegup kencang. Aulia kelu tidak tahu apa yang patut dijawab. Dia memandang Encik Syam yang tenang di sebelahnya. Aulia hanya mampu tersengih.

"Kamu tak dengar ke ayah kamu cakap tu, Aulia?" Puan Hawa menegur sikap Aulia yang diam membatu. Puan Hawa juga terkejut dengan apa yang baru didengar nya. Suaminya memang berbeza bila meneliti seseorang. Dia sendiri tidak tahu kriteria apa yang membuatkan suaminya itu berkenan dengan anak muda itu.

"Haa.. ahh.. tak.. Aulia.. tak.. tahu nak cakap..a..apa". Tergagap2 Aulia. Risau jika dikatakan anak yang kurang ajar. Bukan sengaja Aulia nak mendiamkan diri cuma dia tidak tahu hendak menjawab apa. Dia sendiri tidak pernah ada terniat untuk menyayangi lelaki lain selain ayahnya sendiri. Cintanya sekarang hanya cinta kepada Allah. Baginya itu yang lebih penting.

Suasana dalam kereta ketika itu menjadi senyap sunyi. Tiada lagi pertanyaan yang menyesakkan jiwa Aulia. Dia runsing dengan ayahnya. Mengapa tiba2 ingin dijodohkan dengan Encik Idlan. Soalan itu terus menjadi tanda tanya.

***

Sampainya dirumah, Aulia menghenyakkan punggung ke sofa diruang tamu. Aulia menghantar mesej keoada Shaira memohon maaf disebabkan tidak dapat menghadiri majlis yang diadakan. Dia kemudian mencapai remote tv dan menekan butang On. Dari satu siaran ke satu siaran tv ditekan mencari cerita yang dapat mengisi masa senggang nya. Dia berhenti di Astro Ria yang memaparkan sebuah drama tempatan. Aulia mula membetulkan duduk lalu memberi tumpuan kepada siaran yang berlangsung.

Makin lama, fikiran Aulia melayang jauh. Jauh ke peristiwa didalam kereta tadi. Dia mula memikirkan maksud yang tersirat dari kata2 ayahnya. 'Kenapa ya? Apa maksud ayah tu? Berkenan?' Ahh! Serabut otaknya memikirkan. Dia hairan. Tiada angin tiada ribut, tiba2 berkenan dengan Encik Idlan. Aulia tidak nampak apa penyebab nya.

"Aku kena kahwin dengan dia ke?!" Aulia memicit2 kepala nya. Parah! Dia risau kalau2 apa yang dibayangkan menjadi kenyataan. Secara jujurnya, memang dia selesa dapat berkenalan dengan Encik Idlan, tapi perasaannya tidak lebih dari tu. Dia tiada perasaan cinta langsung untuk Encik Idlan ataupun mana2 lelaki lain.

Aulia melangkah lemah menuju ke dapur. Dia membuka peti sejuk dan mengambil jag air lalu menuang ke dalam gelas. Aulia membaca bismillah dan meneguk perlahan2. Hatinya masih runsing. Aulia pantas membasuh gelas yang sudah diminum kemudian menutup tv. Dia berlari anak menaiki tangga dan terus ke biliknya. Aulia membuka instant shawl yang dipakainya dan digantungkan di hanger. Aulia tak perlu mengambil Encik Syam dan Puan Hawa kerana pakcik Zali sendiri ingin menghantar mereka pulang.

Aulia menghempas badannya ke katil. Dipandang sepi henset ASUS nya. Malam ini tiada mesej atau panggilan masuk. Aulia menghela nafas panjang. Dia cuba untuk melupakan perkara yang berbangkit. 'Ish, tak boleh jadi ni' gumam Aulia. Aulia bingkas bangun untuk solat fardhu Isyak. Dia menyegerakan langkahnya. Dia ingin segera tidur!

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience