Chapter 34

Romance Completed 29055

Majalah Mingguan Wanita dicampak ke tepi katil. Lama dia menunggu jawapan balas dari Idlan, tapi hampa. Ingin menghantar pesanan ringkas kepada suaminya lagi, dia segan. Sudahnya, dia menunggu sahaja dengan sabar. Bosan yang dirasakan saat ini. Semua yang dilakukan serba tak kena. Dia ingin suaminya berada di sisi ketika ini. 'Dia marah aku ke?'. Soalan yang bermain2 di benak fikirannya.

Aulia bangun dari katil dan menuju ke almari bajunya. Dia pantas membuka dan terlihat barisan bajunya tergantung kemas. Aulia segera menarik beg roda dibawah katil dan mula membuka zip. Dia berkira2 ingin melipat beberapa helai baju yang ingin dibawa ke rumah Idlan. Aulia pantas mencapai baju kurung, blouse, t-shirt, seluar slack dan juga tudung. Dia sendiri tidak pasti berapa lama dia akan tinggal di sana. Dia hanya mengikut gerak hati. Baju yang disimpan didalam beg mencukupi untuk sebulan lamanya.

Sedang dia leka melipat baju2, dia terdengar riuh dari tingkat bawah. Aulia hanya membiarkan sahaja. Dia meneruskan lipatan. Sesekali dia akan berhenti dan mula mencuba baju2 tersebut. Kebanyakkan baju yang dibawa adalah baju yang masih baru dibeli.

Hampir sejam lamanya Aulia melipat, akhirnya beg roda itu penuh dengan baju2nya. Aulia menutup beg tersebut dan meletakkan kembali di bawah katil. Tekaknya terasa haus. Dia mengorak langkah untuk ke dapur bagi menghilangkan haus. Dia menuruni anak tangga perlahan2 sambil cuba menangkap bunyi suara orang berborak dari ruang tamu. Suara yang seakan dia kenal. Aulia mengerutkan dahi. Mungkinkah suaminya berada di sini? Aulia segera melangkah laju. Sampai sahaja dibawah, Aulia melihat susuk tubuh yang sangat dikenalinya. 'Itu suami aku!'. Aulia mendekati suaminya yang sedang berborak dengan ayah dan ibu. Dia bersalaman dan melabuhkan punggung disebelah suaminya.

"Kamu buat apa kat atas tadi?". Soal Encik Syam sambil tersenyum. Aulia memandang ayahnya.

"Erm, kemas baju. Er, lama sampai?". Soal Aulia pula kepada suaminya. Dia hanya memandang sekilas kearah suaminya. Idlan erat menggenggam tangan Aulia.

"Taklah. Abang baru je sampai ni. Saje nak buat kejutan untuk isteri abang". Ujar Idlan sambil tersenyum memandang isterinya. Aulia tiada respon. Dia memandang wajah Encik Syam. Riak wajahnya seakan memberi petanda untuk Aulia memandang dan melayani suami dengan sebaiknya.

"Er, erm yeke. Abang singgah sekejap la ni?". Hanya itu ayat yang mampu keluar dari bibir Aulia. Dia sudah kehabisan idea, mungkin. Puan Hawa tersenyum. Dipandang wajah Aulia memberi kekuatan.

"Abang singgah kejap je. Malam nanti abang balik la. Er, papa kirim salam kat semua". Ujar Idlan sambil memandang kearah ayah dan ibu mertuanya. Mereka menggangguk dan menjawab perlahan.

"Nak air? Aulia ambilkan". Soal Aulia. Dia memandang menanti jawapan dari suaminya. Idlan tersenyum dan menggeleng. Idlan memperkemas genggaman tangannya. Aulia hanya menurut.

"Berapa lama kamu cuti?". Tanya Encik Syam. Idlan menoleh kearah ayah mertuanya.

"Er, Idlan cuti selagi takde siapa2 panggil untuk ceramah la. Setakat ni, untuk 2 minggu, Idlan free. After tu, tak pasti lagi. Kena tengok jadual balik". Terang Idlan. Encik Syam dan Puan Hawa mengangguk faham. Sebagai penceramah bebas, masa nya lebih banyak terluang. Hanya bekerja apabila dipanggil untuk membuat ceramah atau talkshow. Jika tiada, maka rehat sahaja.

"Pergilah rehat, Idlan. Kamu mesti penat. Aulia, bawa suami kamu tu naik atas rehat". Arah Puan Hawa. Aulia hanya mengangguk perlahan. Aulia bingkas bangun dan menarik perlahan genggaman tangannya. Idlan yang menyedari terus menggenggam lagi kuat dan segera bangun. Aulia berkerut memandang suaminya. Idlan seperti tak bersalah terus menarik isterinya menuju ke bilik. Satu persatu anak tangga yang didaki akhirnya mereka tiba di dalam bilik. Idlan segera menarik Aulia kemas dalam pelukannya. Terkejut Aulia dibuatnya. Untuk beberapa saat, dunia seakan berhenti berputar. Aulia kaku didalam pelukan erat suaminya. Bau perfume suaminya menerjah masuk ke rongga hidungnya membuatkan Aulia leka. Dia tidak membalas pelukan suaminya, tapi Aulia seakan rela dan selesa dipelukan tersebut. Dia merasa dilindungi dan begitu dekat dengan suaminya. Jantung Aulia berdegup kencang.

"Er, abang kenapa?". Soal Aulia tersedar sambil cuba melepaskan diri. Dia menolak bidang sasa suaminya jauh dari dirinya. Idlan terpinga2. Baru tadi dirasakan isterinya seperti suka akan pelukan tersebut.

"Kenapa? Abang rindu isteri abang. Tak boleh ke?". Soal Idlan hairan. Dia memandang wajah ayu isterinya. Aulia sudah berpusing membelakangkan dirinya. Dia meraup wajahnya perlahan. Hatinya masih berdegup laju. Idlan bungkam seketika. Dia pelik dengan perangai isterinya.

"Kenapa sayang? Apa lagi yang tak kena ni?". Soal Idlan lembut. Dia menghembus nafas berat. Perlahan2 kakinya melangkah mendekati isterinya. Dia lantas memeluk Aulia dari belakang. Dicium rambutnya yang menjadi kesukaan Idlan. Aulia memejam mata. Dia ingin suaminya sentiasa membelai dirinya tapi hatinya ini sentiasa cuba menafikan. Dia pantas teringat pesan ayahnya tadi. Aulia buka mata. Dia memegang tangan Idlan yang melingkari pinggangnya. Lama mereka begitu.

"Cakap dengan abang, apa yang Aulia nak tahu". Bisik Idlan rapat ke telinga isterinya. Satu perasaan terbit dilubuk hati Aulia. Dia tak pasti apakah perasaan itu. Saat ini, dia tenang dipeluk oleh Idlan. Aulia cuba mengawal perasaannya. Dia menghela nafas perlahan sebelum memberikan jawapan.

"Abang tak ceritakan semuanya. Aulia nak tahu semuanya". Ujar Aulia perlahan. Dia ingin tahu segala2nya tentang suaminya. Terasa hembusan nafas suaminya rapat ditelinga. Idlan tergelak kecil. Dia lantas meleraikan pelukan dan memusingkan Aulia agar menghadap dirinya.

"Aulia ada masa untuk abang?". Soal Idlan lembut. Dia menatap anak mata isterinya dalam2. Ada bermacam2 persoalan bermain disitu. Idlan menarik Aulia ke birai katil lalu menyuruhnya duduk. Aulia menurut. Idlan pula melabuhkan punggung disebelah isterinya. Lama dipandang wajah Aulia. Perlahan2 Idlan menceritakan sebab kenapa dia menyembunyikan perihal tatoo tersebut.

"Abang takut Aulia tak boleh terima diri abang kalau Aulia tahu pasal ni. Abang tahu, abang dah ceritakan semua dan abang tahu yang semua tu cukup buat Aulia benci abang. Tapi bagi abang, abang lebih takut untuk Aulia benci abang lagi kalau tahu pasal ni. Seboleh2nya abang simpan pasal benda ni walaupun abang tahu tak mungkin abang boleh sembunyikan. Yelah, kita kan mesti akan tidur sama juga". Usik Idlan. Aulia sudah menjegilkan matanya. Merona pipinya menahan malu, memahami maksud tersirat suaminya. Pantas Aulia mencubit lengan suaminya memberi hukuman. Idlan mengaduh kesakitan.

"Sayang! Sakit lah. Tak sayang abang la tu". Rajuk Idlan. Dia sudah mengusap2 tempat cubitan. Aulia pula tergelak kecil. Siapa suruh cakap yang pelik2.

"Padan muka! Hukuman untuk orang yang gatal macam abang!". Aulia mengangkat kening. Dia menyilangkan tangan didada. Idlan tersenyum memandang isterinya yang sudah boleh bergelak tawa. Petanda baik!

"Memang gatal pun dengan isteri sendiri. Apa salahnya kan?". Sambil mengenyitkan mata. Aulia sudah ternganga. Tanpa berlengah, dia terus memberi hadiah kepada suaminya. Dicubit suaminya itu berkali2 sehingga berguling2 mereka diatas katil. Sesekali terdengar suaminya itu menjerit meminta maaf. Aulia buat2 tak dengar. Dia terus mencubit suaminya sehinggalah Idlan memegang kuat kedua2 lengannya. Aulia terkejut. Begitu rapat wajah Idlan dan dirinya sehingga terasa hembusan nafas suaminya. Turun naik nafas Aulia.

"Jangan cakap abang tak warning Aulia sebelum ni. So, ada apa2 nak cakap?". Ujar Idlan lembut sambil tersenyum nakal memandang Aulia. Dia sengaja ingin mengusik isterinya dengan berbuat sebegini. Aulia sudah meronta2 minta dilepaskan tapi pegangan tangan Idlan tak mampu untuk dia melepaskan diri. Aulia memberanikan diri memandang suaminya.

"Well, Aulia tak rasa yang Aulia perlu cakap apa2 lagi melainkan abang hanya perlu lepaskan tangan Aulia. Betul tak Encik Idlan?". Ujar Aulia menguji suaminya. Idlan tergelak kecil. Memang isterinya suka bermain tarik tali dengannya. Idlan memandang wajah isterinya. Lama ditatap seraut wajah itu. Wajah yang mampu menghilangkan segala keresahan dihati Idlan. Wajah yang mampu membuatkan jantungnya berdegup kencang. Aulia cuba melarikan pandangan suaminya yang menikam kalbu. Sungguh saat ini Aulia ingin lari dari situasi ini. Idlan tak lepas memandang wajah isterinya.

"Oh really? Abang rasa Aulia kena minta maaf dulu baru abang lepaskan". Idlan mencabar Aulia. Dia menguatkan lagi pegangan tangannya walaupun dia tahu Aulia sudah mengaduh kesakitan. Idlan sengaja ingin melihat keberanian isterinya.

"Abang, sakitlah". Adu Aulia. Dia mencari alasan untuk melepaskan tangannya. Lagi lama mereka seperti ini, lagi kuat hatinya berdegup. Idlan cuba mengawal perasaan yang semakin tak keruan. Isterinya cukup membuatkan dia tergoda.

"Sakit? Really? Say sorry first, kalau tak...". Idlan memandang tajam. Aulia sudah kecut perut. Suaminya mungkin akan melakukan sesuatu diluar jangkaan. Aulia kaget!

"K..kalau t..tak? A..abang nak b..buat apa?". Soal Aulia terketar2. Dia sudah merasakan wajah Idlan yang perlahan2 merapati wajahnya sehingga bertembung hidung mereka. Aulia memejamkan mata rapat2. Idlan tersenyum. Dia menikmati segala apa yang dilakukan saat ini. Hatinya meronta2 ingin bersama Aulia.

"Kalau tak, abang akan pastikan Aulia takkan lepas dari pelukan abang malam ni". Idlan menuturkan lembut di teling Aulia. Dia mengucup cuping telinga isterinya membuatkan Aulia kegelian. Dia lantas menghadiahkan senyuman di dahi Aulia, turun ke mata nya, hidung mancung Aulia dan akhirnya Idlan berhenti. Lama. Perlahan2 Aulia membuka mata. Dia melihat Idlan yang sedang tersenyum memandang Aulia.

"Mybe not there. Nanti lain jadinya". Sebaris ayat yang membuatkan Aulia merona merah. Diketap bibirnya menahan malu. Idlan terus melepaskan genggaman tangannya dan bangun dari katil. Dia tak henti2 memandang Aulia. Aulia bingkas bangun dan segera membetulkan ikatan rambutnya tapi dihalang Idlan.

"Abang suka Aulia lepas rambut. Nampak cantik". Jelas Idlan. Aulia terus membiarkan rambutnya dilepaskan. Idlan tersenyum bangga. Isterinya sungguh menawan dipandangannya.

"Er, Aulia minta maaf sebab cubit abang tadi. Sakit ke?". Soal Aulia seraya memegang lengan suaminya yang sudah berbirat. Timbul kasihan dihati Aulia. Dia mengusap lembut lengan suaminya. Idlan tersenyum.

"It's okay! Sikit aje pun. Belum terkoyak kulit ni lagi". Idlan berjenaka. Terjegil biji mata Aulia memandang suaminya. 'Sempat lagi nak buat lawak suami aku ni!'. Omel Aulia. Dia mencebik memandang Idlan. Suka hati Idlan melihat wajah masam isterinya. Idlan segera berdiri rapat dengan Idlan lalu dipegang bahu kiri suaminya.

"Aulia janji yang Aulia tak akan timbulkan lagi pasal tatoo ni. Aulia faham sebab kenapa abang rahsiakan. Aulia minta maaf sebab dah prasangka buruk pada abang". Ucap Aulia lembut. Idlan mengangguk lalu dipeluk isterinya erat. Idlan lega. Akhirnya, tiada lagi masalah berkenaan masa lalu nya. Dia mengucapkan syukur yang tak terhingga. Allah dah permudahkan jalan untuknya. Dia bersyukur dikurniakan isteri yang memahami.

"Alhamdulillah. Abang janji yang lepas ni takkan ada rahsia antara kita. Abang akan pastikan hati sayang takkan lagi sedih. Abang cintakan sayang sepenuh hati abang!". Ucap Idlan bersungguh. Dia menarik nafas lega. Ya Allah, satukan cinta kami dibawah lindunganMu Ya Rabb!

"Aulia cinta abang dunia akhirat". Ucap Aulia setulus hati. Dia lega. Tiada lagi Idlan yang dulu. Tiada lagi prasangka buruk dihatinya.

Aulia Nuha diciptakan untuk Idlan Syahid.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience