Chapter 39

Romance Completed 29068

4 tahun kemudian

"Hati2 sayang, perlahan2". Ujar Idlan. Matanya tak lepas memandang Aulia yang turun dari tangga. Alhamdulillah, Allah izinkan mereka untuk merasai pengalaman menjadi seorang ibu dan ayah. Aulia sudah pun hamil 9 bulan, hanya menunggu masa untuk melahirkan sahaja. 4 tahun lamanya mereka menunggu untuk dikurniakan cahaya mata. Tak henti2 mereka berusaha segala macam cara untuk mendapatkan zuriat. Segala yang dinasihatkan doktor, akan diikut. Akhirnya, doa mereka dimakbulkan Allah. Idlan antara orang yang paling gembira sekali. Pertama kali mendapat tahu Aulia mengandung, Idlan yang paling teruk terkena alahan. Kata orang, bila suami yang terkena alahan bermaksud dia terlalu sayangkan isteri. Mungkin betul. Sebab Idlan memang jelas sangat mencintai Aulia.

Setiap hari, Idlan akan memastikan Aulia menjaga pemakanan dan mengawasi pergerakannya. Idlan selalu akan mengusap perut isterinya yang makin membesar dan akan bercakap dengan bakal anak mereka. Idlan juga tak ketinggalan membacakan surah2 pilihan di perut isterinya setiap malam sebelum tidur. Senang kata, apa sahaja yang dilakukan oleh pasangan yang bakal menimang cahaya mata, Idlan tak akan terlepas melakukannya. Dia tak ingin terlepas setiap momen2 penting dalam hidupnya. Segala kata doktor diturutkan. Dia juga akan mengambil setiap gambar isterinya dari kehamilan bulan pertama sehinggalah sekarang. Katanya, untuk kenangan di masa tua. Sejak mengandung, Aulia selalu sahaja mengalami alahan. Kakinya akan cepat membengkak sekiranya banyak berjalan. Dia juga selalu akan muntah jika menghidu bau nasi. Sebab itulah dia jarang makan nasi. Idlan lah yang setia disisi isterinya. Dia yang akan memastikan isterinya cukup mendapat protien dan nutrien.

"Come here". Idlan menepuk tempat disebelahnya. Aulia terus melabuhkan punggung perlahan2. Dia memegang lembut lengan isterinya.

"Hei, anak walid ni dah bangun belum? Assalamualaikum sayang". Ujar Idlan seraya mengusap2 lembut perut isterinya. Dia mengucup lembut perut yang semakin membesar. Aulia tergelak kecil. Inilah rutin harian suaminya, bercakap2 dengan baby mereka. Tak sabar nak melihat anak di dalam perut segera keluar melihat dunia.

"Sayang ada teringin nak makan apa2 tak? Abang boleh masakkan". Tanya Idlan teruja. Tangannya masih tak lepas di perut Aulia.

"Apa2 je. Asalkan sedap!". Jawab Aulia tersenyum. Dia membetulkan duduknya.

"Ok. Abang buat spaghetti la, ok?". Tanya Idlan. Aulia terus mengangguk laju. Kecur liur nya bila mengenangkan rasa spaghetti yang dibuat oleh suaminya. Masuk kali ini, kali kedua Idlan masakkan spaghetti untuk Aulia. Dia tidak menyangka suaminya ini jaguh dalam memasak makanan barat.

"Ok, abang masak jap. Sayang tunggu sini. Jangan pergi mana2". Pesan Idlan tegas. Tergelak kecil Aulia dibuatnya. Dia segera mencapai remote tv lalu membuka siaran untuk ditonton. Idlan pula sudah hilang dari pandangannya. Suaminya itu tak betah duduk. Pasti ada sahaja yang ingin dibuatnya.

"Sayang, nanti malam Mama dengan papa nak datang. Abang ingat nak beli makanan kat luar je, tak payah masak". Laung Idlan dari arah dapur. Aulia menoleh.

"Wah! Yeke. Erm, boleh lah macamtu. Abang beli la nasi kandar. Teringin pulak tekak ni". Ujar Aulia teruja. Otaknya tiba2 teringat pada makanan tersebut, membuatkan dia teringin.

"Nasi kandar? Are you sure, honey? Setahu abang, sayang tak makan nasi kandar, kan?" Soal Idlan kehairanan. Memang dia cukup pasti bahawa nasi kandar bukanlah kegemaran Aulia dan bukan juga makanan yang menjadi pilihan Aulia selama ini. Pelik apabila malam ini isterinya meminta sajian tersebut.

"Abang, baby yang nak! Hehe". Gelak Aulia. Dia memandang wajah Idlan dengan penuh harapan. Idlan turut tergelak kecil. Dia mengangguk setuju. Demi isteri, semua akan diturutkan.

"Beres! Nanti jangan tak makan pulak ye". Ujar Idlan. Bukan dia tak tahu isterinya itu mengidam sahaja tinggi, bila dah dapat, tak nak pula. Aulia sudah menjerit kesukaan.

"Sayaaaaaaannnggg abang!". Ujar Aulia sambil menunjukkan flying kiss kepada suaminya. Idlan turut membalas.

Tangannya ligat mengacau kuah spaghetti carbonara. Mujurlah dia sudah bertapa tiga hari tiga malam dengan Azman untuk belajar memasak makanan barat. Rupanya, memasak adalah benda yang paling simple. Pertama kali dia memasak untuk isterinya adalah pada hari ulangtahun perkahwinan mereka. Spaghetti carbonara. Sejak dari itu, terus menjadi makanan kesukaan Aulia. Sepanjang kehamilan, Aulia selalu meminta Idlan masakkan untuknya. Katanya, air tangan suaminya adalah yang terbaik. Tak pernah pula Idlan merungut kepenatan. Semuanya dilakukan ikhlas.

"Abang, mama nak datang berdua je ke? Apa kata kita ajak ibu dengan ayah sekali? Baru la best!". Cadang Aulia. Dia sudah bangun dan menuju ke dapur. Idlan segera menarik kerusi dan membantu isterinya duduk dengan selesa.

"Boleh jugak. Kejap abang call". Ujar Idlan. Berkira2 untuk mengambil henset di rak meja tapi segera ditahan oleh Aulia.

"Abang ambil henset biar Aulia yang call". Cadang Aulia. Idlan segera mengambil hensetnya lalu menghulurkan kepada isterinya.

Tut! Tut!

"Assalamualaikum, bu! Ibu apa khabar?". Aulia memulakan bicara. Teruja dia mendengar suara ibunya sementelah sudah sebulan tidak berjumpa.

"Ni, Aulia nak ajak ibu datang makan sini malam ni. Mama dengan papa pun nak datang. Kalau ibu dengan ayah ada, mesti best". Ajak Aulia semangat. Matanya tak lepas memandang suaminya yang tekun memasak. Satu yang menjadi habit Aulia ketika mengandung, wajib melihat suaminya memasak. Kalau Idlan memasak tanpa memanggilnya, mahu merajuk tiga hari tiga malam pada suaminya itu.

"Ha, datang tau! Aulia rindu ibu dengan ayah. Ok, assalamualaikum!". Akhiri Aulia lantas mematikan talian. Dia meletakkan henset di sisi. Aulia menongkat dagu memandang suaminya. Dia suka melihat Idlan bertungkus-lumus memasak di dapur.
"Ibu jadi datang tak?". Soal Idlan memandang sekilas isterinya.

"Jadi! Tak sabar nak jumpa ibu. Rindu dah!". Ujar Aulia teruja. Idlan tergelak kecil melihat keterujaan isterinya. Untuk dua bulan ini, Idlan tak dapat membawa Aulia ke rumah orang tua nya kerana jadual nya yang terlalu padat. Idlan sudah kembali bekerja di syarikat Encik Eddy. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Profesion sebagai motivator juga masih berjalan seperti biasa. Rezeki anak mencurah2 buat mereka berdua.

"Siap!". Ujar Idlan separa jerit. Pinggan yang berisi spaghetti diletakkan dihadapan isterinya. Aulia sudah ternganga. Matanya tak lepas memandang makanan tersebut.

"Wah! Banyak nye! Mana Aulia larat nak makan banyak ni". Ujar Aulia terkejut. Idlan menarik kerusi disebelah isterinya. Dia segera mencapai garfu di tangan isterinya.

"Kita kongsi. Abang malas nak letak kat pinggan lagi satu. Sharing is caring, my dear little cupcake!". Ujar Idlan sambil mula mengisi perut. Aulia tersengih malu. Satu suap untuk dirinya, satu suap untuk Aulia sehinggalah pinggan tersebut licin. Aulia sudah tersandar kekenyangan. Diusap perutnya perlahan2.

"Kenyang sangat ke?". Soal Idlan sambil tersenyum. Dia mencapai gelas lalu menuangkan air kosong. Diminum dahulu seteguk, kemudian dihulurkan kepada isterinya. Aulia terus mencapai dan meneguk dengan lahapnya.

"Sayang ni, cuba minum perlahan2". Nasihat Idlan. Geleng kepala melihat kelakuan isterinya. Aulia hanya mampu tersengih memandang.

"Sayang dah decide ke nama untuk baby kita?". Soal Idlan sambil matanya tak lepas memandang Aulia. Dielus pipi Aulia yang semakin tembam. Memang tak dinafikan, sejak mengandung, berat badan isterinya semakin bertambah. Aulia pula tak henti2 untuk makan. Walaupun mulutnya tak henti2 membebel tentang berat badannya, makan tetap tak tinggal. Idlan sendiri tidak kisah asalkan Aulia tak mengalami apa2 masalah lain. Melihat isterinya yang meningkat berat badan membuatkan Idlan melihat sisi Aulia yang lain. Aulia yang berisi.

"Erm, belum. Nama2 haritu macam tak best la pulak. Nama yang abang bagi haritu, satu je yang menarik". Ujar Aulia sambil menggigit kuku. Idlan segera menarik tangan isterinya cepat2 lalu digenggam erat.

"Jangan gigit kuku!". Idlan menjegilkan mata. Aulia pula mencebik.

"Banyak2 nama abang bagi, satu je yang sedap? Haih, payah macam ni. Nama yang mana?". Sambung Idlan kembali. Berkerut dahinya memandang Aulia.

"Wardah Safiyyah. Bunga yang suci". Ujar Aulia sambil tersenyum. Idlan mengetap bibir, cuba berfikir.

"Not bad! Hurm, itu kalau perempuan. Kalau boy?". Soal Idlan sambil menggaru kepala yang tak gatal.

"Itu lah masalahnya. Takde yang sedap. Abang bagi tu semua yang klasik2". Aulia sudah tergelak. Idlan terus mencubit manja pipi isterinya.

"Apa pulak klasik! Suka hati je sayang ni tau". Marah Idlan. Ada ke patut isterinya kata klasik. Bukan main dia mencari nama2 yang sedap. Izmir Rasydan. Tak sedap ke?

"Hurm, yelah sayang. Nanti kita cari lain la, ye." Idlan buat2 merajuk. Dia segera bangun lalu menuju ke sinki untuk membasuh pinggan kotor. Aulia tergelak kecil.

"Merajuk ke? Alala sayang Aulia ni merajuk la pulak!". Usik Aulia. Suka dia membuat Idlan merajuk. Idlan mencebik.

"Ala yelah, sorry. Nanti Aulia pertimbangkan balik ye". Pujuk Aulia. Idlan sudah tergelak kecil. Sedang Aulia leka memandang suaminya, henset berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

"Assalamualaikum, Nuha! Aku ni!".

Shaira memulakan bicara. Aulia tersenyum lebar mendengar suara kawannya. Shaira sudah menikah dengan Azman dua tahun lepas. Alhamdulillah. Shaira menetap di Damansara bersama suaminya. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ain Zulaikha. Bahagia melihat Shaira dan Azman sudah bersatu. Mereka kerap menjenguk Aulia kebelakangan ini. Maklum sahaja, Idlan sibuk menguruskan syarikat. Mujurlah Shaira merupakan suri rumah sepenuh masa. Dapatlah mereka selalu berjumpa meluangkan masa bersama2.

"Shaira! Rindu kau! Kau buat apa tu?".

Idlan yang sedang membasuh, menoleh memandang isterinya. Dia sempat bertanya siapa gerangan yang menelefon, Aulia hanya menggerakkan bibir sahaja menyebut nama Shaira.

"Aku on the way nak ke rumah kau ni. Kitorang jalan2 tadi, tu ingat nak singgah kejap. Kau ada kat rumah tak?".

Soal Shaira teruja. Aulia tak kurang rasa teruja nya. Dia mengerling jam didinding, 6.00 petang. Akalnya sudah ligat berfikir.

"Wei Shaira, datanglah. Kebetulan malam ni kitorang ada makan2 dengan parents kitorang. Kalau kau ada, mesti lagi meriah".

Pelawa Aulia tidak sabar. Dia sudah dapat membayangkan kemeriahan makan malam ini.

"Ok. Nanti kitorang sampai. Tata darling!".

Talian dimatikan. Aulia terjerit kecil memanggil nama suaminya.

"Abang!!". Idlan menoleh.

"Shaira dengan Azman nak datang. Mesti riuh malam ni kan!". Ujar Aulia sambil menyanyi riang. Idlan terus menghampiri isterinya.

"Suka la tuh!". Dicubit lembut pipi isterinya. Aulia mengaduh.

"Erm, mestilah! Abang pergi la cepat beli makanan. Biar Aulia kemas dapur ni". Ujar Aulia segera bangun dari tempat duduk. Idlan segera menjegilkan mata dan melayangkan jari telunjuk dihadapan wajah isterinya.

"It's a NO from me. Duduk aja. Tunggu abang balik. Nanti abang buat semua tu". Ujar Idlan sambil bercekak pinggang. Gayanya sudah seperti bos mengarah pekerja. Aulia memuncung. Suaminya ini memang tak boleh nak dilawan. Aulia hanya mengangguk lemah.

"Good girl! Abang pergi dulu. Jangan buat apa2 ye, sayang!". Ujar Idlan sambil mengucup dahi Aulia. Dia lantas meninggalkan isterinya menuju ke kereta untuk membeli nasi kandar. Aulia menghantar suaminya dengan pandangan kosong. Tinggallah dia keseorangan. Aulia bergerak menuju ke sofa lalu melabuhkan punggungnya. Dia kembali fokus kepada rancangan di tv. Sesekali perutnya terasa sakit ditendang.

"Auch! Sayang ummi, jangan lasak sangat. Ummi sakit la". Dia mengusap2 lembut perutnya. Senyuman terukir di wajahnya. Bagaimana agak nya raut wajah anak mereka nanti. Aulia tidak sabar untuk menunggu. Dia sudah membayangkan segala2 tentang anak mereka.

Makin lama, perut Aulia makin terasa sakit. Lantas dia membetulkan duduknya berkali2. Dia meletakkan bantal dibelakang badannya, cuba mengurangkan sengal di pinggang. Aulia menarik nafas perlahan2. Kalau diikutkan, dia masih mempunyai dua minggu lagi sebelum tarikh dia melahirkan. Jantung Aulia berdegup laju. Tangannya tak henti2 mengusap perut. Dia berharap segalanya akan baik2 sahaja.

"Sayang ummi, behave, ok? Anak ummi baik kan. Tidur ye, sayang". Aulia cuba menenangkan. Untuk seketika sakitnya berkurang. Aulia menarik nafas lega. Dia kembali menumpukan pada rancangan di tv. Sesekali Aulia membetulkan kedudukan pinggangnya.

Sedang Aulia leka, pinggang nya terasa pedih kembali. Kakinya pula terasa kebas. Aulia mulai panik. Ingin dicapai henset yang ditinggalkan di meja makan, tapi kakinya tak mampu untuk bergerak. Aulia memejam mata rapat. Sakit yang dirasakan saat ini. Dia berharap agar suaminya segera pulang ke rumah. Mulutnya tak henti2 mengalunkan zikir agar dapat menghilangkan keresahan dihati.

"Allahu! Sakitnya!". Aulia mengerang kesakitan. Matanya sudah berair menahan perit. Kuat genggaman tangan di bantal. Sesekali dia melepas pandang diluar, melihat kalau2 suaminya sudah pulang. Aulia cuba menahan sabar. Tak putus2 dia berdoa agar suaminya pulang atau mungkin ada pertolongan buat dirinya.

"Arghh!!". Kali ini lebih kuat erangan Aulia. Tangannya memegang kuat perutnya. Dia sudah tidak mampu menahan. Air mata tak henti2 mengalir. Dia perlukan suaminya. Aulia cuba untuk bergerak perlahan2. Setiap kali dia mengalihkan punggung, sakitnya bagai dicucuk2. Aulia berhenti seketika. Matanya tak lepas memandang henset diatas meja makan.

"Ya Allah, sakit nya. Tolong aku!". Aulia merintih. Dia mengetap bibirnya kuat. Peluh sudah membasahi dahinya. Aulia cuba menarik nafas perlahan2. Dia mencuba sekali lagi untuk bergerak. Tapi, hampa. Kakinya terasa sangat kebas.

"Assalamualaikum!". Laung Shaira dari luar rumah. Aulia segera menyahut. Suaranya hampir sahaja tidak kedengaran.

"Nuha! Ya Allah! Kau kenapa ni?". Soal Shaira panik melihat kawannya yang sudah mengerang kesakitan.

"Abang, tunggu luar kejap. Aulia tak bertudung". Arah Shaira. Dia segera mendapatkan kawannya sebelum mengambil tudung di bilik Aulia. Tangannya ligat menyarungkan tudung dikepala Aulia.

"Abang!". Jerit Shaira. Azman segera melangkah masuk. Dilihat isterinya sedang membantu Aulia mengurut kakinya.

"Idlan mana? Awat hang sorang2 ja?". Soal Azman mencari2 kelibat Idlan. Aulia menahan sakit.

"Abang keluar beli makanan. Tadi tiba2 perut ni sakit". Jawab Aulia satu persatu. Diketap bibir nya kuat menahan sakit. Dia sudah tidak mampu untuk berkata apa2. Azman segera mendail nombor Idlan untuk memberitahu keadaan isterinya.

"Idlan! Bini hang sakit wei! Balik cepat!". Azman terus menerjah tanpa salam. Sesekali matanya memandang Aulia yang serasa tidak mampu menahan lagi.

"Ha, oke2! Bye!". Azman mematikan talian. Dia segera menoleh kearah isterinya.

"Jom kita hantar Aulia pi hospital dulu. Nanti Idlan follow belakang. Dah, cepat awak papah Aulia ni". Arah Azman. Dia segera berlalu ke kereta, menghidupkan enjin dan membukakan pintu untuk memudahkan Aulia. Perlahan2 dia berjalan, walaupun kakinya sudah kebas yang teramat. Azman hanya mampu memandang. Mujurlah dia datang dengan isterinya, kalau tidak, entah apa akan jadi.

"Ok. Nuha, perlahan2." Arah Shaira ketika mereka tiba di kereta. Shaira lantas memaut lengan Aulia lalu membetulkan duduk kawannya. Aulia mengusap perutnya perlahan. Shaira menutup pintu kereta. Dia berlari menuju ke pintu rumah lalu menguncinya. Sesudah itu, dia segera masuk kedalam kereta dan memecut laju menuju ke hospital.

"Mesej kat Idlan habaq kita pi hantar SALAM MEDICAL CENTRE". Arah Azman. Tangannya ligat memandu. Aulia sudah beberapa kali mengaduh kesakitan. Sekejap2 terdengar erangan kecil di bibirnya. Shaira risau.

"Sabar Nuha. Kejap lagi sampai. Kau sabar kejap eh?". Nasihat Shaira. Dia segera menghantar mesej kepada Idlan. Terketar2 tangannya. Sekejap2 dia melirik Aulia ditempat duduk belakang. Aulia sudah turun naik nafas cuba mengawal sakit yang dirasa. Shaira memahami sakit yang ditanggung kawannya kerana dia juga pernah melahirkan.

"Abang, lambat lagi ke?". Soal Shaira tidak sabar. Matanya rakus memandang luar tingkap kereta. Bayangan hospital masih tak kelihatan.

"Sat! Abang dah bawak laju ni. Sabar sat noh, Aulia!". Ujar Azman seraya menoleh sekilas. Aulia hanya mampu mengangguk lemah. Dia cuba bersabar. Terkumat kamit bibirnya berselawat. Sedang dia cuba menenangkan diri, akhirnya kereta mereka sampai ke perkarangan hospital. Shaira segera membuka pintu kereta lalu memapah Aulia masuk ke dalam hospital. Azman sudah berlari mendapatkan jururawat yang kebetulan berada di kaunter pertanyaan.

"Nurse! Kawan saya nak bersalin ni. Tolong!". Ujar Azman terkocoh2. Jururawat tersebut segera berlari mendapatkan kerusi roda lalu menghampiri Aulia. Perlahan2 dia mendudukkan Aulia dan segera membawa ke bilik bersalin. Azman dan Shaira mengekori langkah jururawat tersebut. Hatinya tak henti2 berdoa agar urusan Aulia dipermudahkan. Sampai sahaja di depan wad bersalin, Shaira melabuhkan punggung di kerusi. Azman pula menghubungi Idlan. Matanya tak henti2 melirik jam di pergelangan tangan.

"Mana lah Idlan ni! Lambat nya". Rungut Azman. Dia mundar mandir dihadapan bilik bersalin.

"Kejap lagi la tu, jammed agaknya". Shaira cuba menenangkan.

"Man! Mana Aulia?!". Idlan segera menerpa kearah kawannya. Shaira bingkas bangun.

"Sabar Idlan. Nuha ada kat dalam. Baru je masuk. Tadi kitorang sampai rumah tengok dia dah sakit2". Terang Shaira perlahan. Idlan sudah meraup mukanya beberapa kali. Dia terduduk di kerusi.

"Aku bersalah! Patutnya aku tak keluar tadi". Rinti Idlan. Dia merasakan kesilapan besar apabila meninggalkan isterinya. Sepatutnya dia tahu isterinya bakal melahirkan bila2 masa sahaja. Azman menepuk lembut bahu kawannya.

"Sabar la. Bukan salah hang. Dah time dia nak sakit. Hang sabar!". Nasihat Azman. Idlan memandang pintu bilik tersebut. Menanti dengan sabar. Dia ingin berada di sisi isterinya saat ini memberi semangat pada Aulia. Dia ingin melihat sendiri proses isterinya melahirkan.

"Siapa suami Puan Aulia?". Soal jururawat yang muncul dari pintu bilik. Idlan segera bangun dan mengangguk.

"Saya husband dia". Ujar Idlan tak sabar.

"Sila masuk ye". Arah jururawat tersebut. Idlan mengangguk faham. Dia tersenyum lebar.

"Tolong call mama aku bagitahu aku kat sini. Suruh mama call ibu Aulia jugak". Idlan sempat memberi arahan kepada Azman sebelum dia segera mengekori langkah jururawat tersebut.

Didalam bilik tersebut, Idlan menangkap susuk tubuh isterinya yang terbaring lemah. Dia segera mendekati isterinya lalu menghadiahkan kucupan manis di ubun2 isterinya.

"Sayang! I'm here, baby". Idlan mengejutkan Aulia. Dia perlahan2 membuka kelopak mata. Tersenyum melihat raut wajah suaminya.

"Ab..abang". Tersekat2 Aulia memanggil nama suaminya. Idlan tersenyum. Dia mengelus lembut pipi Aulia. Sekejap2, dilap peluh yang memercik di dahi isterinya.

"Ye, sayang. Abang ada. Aulia rilex, ok? Everything's gonna be fine". Idlan menenangkan isterinya.

"Ok Puan Aulia. Bila saya kata push, awak kena push dengan kuat ye. Encik Idlan boleh stay". Ujar doktor wanita tersebut. Aulia sudah menggenggam kuat tangan suaminya. Idlan membalas genggaman iserinya lembut.

"You can do it, my love!". Bisik Idlan lembut di cuping telinga Aulia. Dengan tiga kali teran, Aulia selamat melahirkan bayi perempuan yang comel. Aulia menitiskan air mata. Tak terkata perasaannya saat ini. Idlan tak henti2 mengucapkan terima kasih dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Dia diberikan peluang memotong tali pusat bayi nya. Mujur Idlan tidak takut darah. Dia melakukan dengan berani. Idlan sempat mengendong bayinya dan terus mengalunkan iqamat ke telinga anaknya. Satu perasaan yang tak dapat nak diluahkan dengan kata2. Menitis air mata Idlan saat ini. Dia dianugerahkan isteri yang solehah dan kini mempunyai cahaya mata. Lengkap sudah hidupnya kini. Dia mengucup lembut pipi anaknya. Bahagia!

***

"Hah? Macam mana? Ok? Dah bersalin ke?". Soal Shaira tidak sabar sejurus Idlan keluar dari bilik bersalin. Idlan tersenyum lebar.

"Alhamdulillah, baby girl!". Ucap Idlan teruja seraya memeluk Azman erat. Dia bangga kini. Impiannya tercapai. Tak henti2 ucapan tahniah keluar dari mulut pasangan tersebut.

"Hang jadi ayah dah! Tahniah wei! Boleh la kawan dengan anak aku!". Tergelak mereka berdua. Shaira pula sudah mengalirkan air mata bahagia. Dia gembira kawannya sudah menjadi seorang ibu. Sudah lama mereka mengimpikan mempunyai zuriat. Akhirnya, saat itu telah tiba.

"Idlan! Aulia ok ke? Dia macam mana?". Soal Puan Hawa yang baru sahaja sampai bersama Encik Syam dan Mama Liza serta Encik Eddy. Idlan terus bersalaman dan tersenyum lebar.

"Alhamdulillah. Dah selamat melahirkan. Baby girl!". Ucap Idlan teruja. Mereka serentak mengucapkan syukur. Encik Eddy segera mendapatkan anaknya lalu memeluk erat.

"Tahniah, Idlan!". Sambil menepuk lembut bahunya. Idlan tersenyum.

"Tahniah Idlan. Kamu dah jadi ayah dah!". Ucap Encik Syam.

"Ayah dah jadi atuk!". Serentak terhambur gelak tawa mereka. Mereka sudah tidak sabar untuk melihat wajah cucu mereka. Idlan juga begitu.

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience