Bab 23

Romance Series 7360

Nana dan Mail masing-masing memanjangkan leher apabila mereka melihat seorang wanita cantik bergaya datang untuk bertemu dengan boss mereka. Masing-masing sibuk membuat spekulasi sendiri dengan mengatakan mungkin itu bakal tunang boss mereka atau kekasih boss mereka.
Kebetulan Jelita turut berada di situ, tetapi hanya dia seorang sahaja yang masih belum melihat wanita cantik itu. Tahu-tahu sahaja wanita cantik itu sudah pun masuk ke dalam bilik boss mereka.
“Wey, Jelita kau pergi buat apa kat ladies tu lama sangat” tegur Mail.
“Pergi buang airlah..” kata Jelita perlahan.
“Kau tahu tak, ada wanita cantik datang jumpa dengan boss. Dia baru je masuk bilik boss”
“Ouh..ya ke?” mendengar akan hal itu, Jelita berasa tidak seronok secara tiba-tiba. Matanya memandang pintu bilik boss mereka dan berharap dia dapat melihat siapakah wanita cantik itu. Apa hubungan mereka? Client baru ke? Pembekal?
“Aku rasalah, mesti bakal tunang boss. Orangnya cantik macam model” teka Mail dengan wajah ceria.
“Eh, setahu aku bosskan masih single. Dia mana ada tunang lagi. Lebih kurang pun teman wanita dia je..” kata Nana bernada sedikit cemburu.
“Tapikan cantiklah wanita tu, kalaulah aku ada kawan perempuan macam tu...hermm...” kata Mail sambil menjeling ke arah Jelita dan Nana. Nana menjeling kasar lalu menjelir lidah kecil ke arah Mail.
“Hoi, berlonggok apa kat sini, tak ada kerja ke nak buat!” sergah Mona yang datang dari arah belakang Jelita.
Ketiga-ketiga mereka tersentak terkejut dan mereka meninggalkan situ dan melakukan kerja masing-masing.
Kehadiran Alia ke tempat kerjanya secara tiba-tiba tidak dijangkakan oleh Khairy. Dia risau jika pekerjanya bakal membuat gosip lain pula, bukannya dia tidak tahu mereka semua sangat suka bergosip antara satu sama lain.
“Alia, kenapa tak cakap nak datang dulu. Mujur saya masih ada kat sini, kalau saya kat luar, buat penat awak je datang” beritahu Khairy dan mengisyaratkan tangannya ke arah kerusi di hadapan mejanya.
“Sorry Khairy kalau saya datang secara tiba-tiba, tapi tujuan saya ke sini sebab saya nak minta bantuan awak” Alia meletakkan handbag mahalnya di atas meja kerja Khairy. Wajahnya yang cantik bermake up tidak dapat menyorokkan rasa risau dan tidak gembira pada wajahnya.
“So okay, tapi awak nak minta bantuan apa?” Khairy tiba-tiba terfikirkan Nubhan.
“Urm, saya tak tahu bagaimana cara untuk saya pulihkan hubungan saya dengan Nubhan. Awak sendiri tahukan saya masih perlukan Nubhan dan masih cintakan dia, tapi dia seolah-olah dah buang saya terus dari hidupnya”
Khairy sudah menganggak kehadiran Alia ke sini adalah kerana Nubhan. Khairy bersandar penuh ke belakang kerusi berodanya dan kedua-dua tangannya saling berkait antara satu sama lain di atas kakinya.
“Tolonglah saya Khairy. Awak yang paling rapat dengan dia, dan awak mesti tahu banyak perkara tentang dia, apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Saya sangat-sangat rindukan diri dia yang dulu...”
Khairy mengeluh perlahan. Perlu ke dia membuat kaunseling pakar cinta kepada Alia?
“Awak tahukan yang dia dah ada kekasih?” dia teringatkan Jelita yang menyamar menjadi kekasih Nubhan. Hatinya menjadi sakit secara tiba-tiba.
“Saya tahu, tapi saya tak rasa perempuan itu adalah kekasih Nubhan. Mungkin Nubhan hanya berbohong kepada saya sebab dia tak nak saya dekati dia lagi”
“Jadi, kalau benarlah Nubhan berbohong, awak tak rasa ke yang dia sudah tidak mahukan awak lagi. Saya minta maaf Alia, tapi saya terpaksa berterus-terang dengan awak. Saya sendiri dah berjanji dengan Nubhan, supaya tidak sebut nama awak lagi di hadapan dia, jadi saya kena hormati permintaan dia”
Wajah Alia berubah sedih secara drastik. Dia berasa sangat tertekan pada ketika itu. Hajatnya ke mari adalah mahu meluahkan perasaan sedihnya dan Khairy akan cuba membantunya, tetapi ianya bukan seperti apa yang difikirkannya.
“Awak tahukan semua yang berlaku ini kerana kesalahan awak sendiri. Kalaulah awak sama-sama memperjuangkan cinta awak kepada Nubhan dan berterus-terang kepada parent awak, sudah pasti sekarang awak dan Nubhan sedang bahagia”
“Ya, saya tahu tapi saya terpaksa mengikut kemahuan ibu bapa saya, sebab saya tak mahu menjadi anak derhaka. Saya juga sedang menerima tekanan daripada ibu bapa saya”
“Awak pernahkan lihat Nubhan melutut di hadapan ibu bapa awak supaya jangan pisahkan awak daripada dia, tapi apa yang awak buat pada waktu itu. Awak hanya mengharapkan kesungguhan Nubhan seorang sahaja. Awak rasa adil ke semua ini untuk dia?”
Air mata Alia sudah mula bertakung di kelopak matanya. Bercakap tentang hal ini, dia sendiri berasa malu terhadap diri sendiri.
“Saya tahu dan kerana itu saya nak tebus kesalahan saya dan kembali kepada dia...”
“Selepas menjadi bekas orang?” Khairy berkata tanpa memikirkan perasaan Alia apabila mendengarnya.
Alia menunduk kepala, malu.
“Saya tak tahu apa yang harus saya katakan kepada awak lagi, Alia. Saya hanya risau ianya akan lebih menyakitkan hati awak sendiri. Maafkan saya kerana terlalu berterus-terang, tapi saya terpaksa melakukannya untuk membuat awak faham”
“Khairy, saya sangat sunyi sekarang, orang tua saya langsung tak tahu yang saya kembali ke Malaysia. Saya hanya ada awak dan juga Nubhan yang paling mengenali saya di sini, kalau awak dan Nubhan pinggirkan saya bagaimana saya nak lalui kehidupan saya di sini” Alia cuba membuat dirinya kedengaran kasihan atau lebih mudah mendapat simpati daripada Khairy.
“Mungkin awak hanya boleh berkawan dengan Nubhan dan tidak lebih daripada itu, itu cadangan saya”
Alia melepaskan keluhan berat. Dia menyeka air matanya.
“Kenapa dalam dunia ini seperti semua orang memaksa saya melakukan sesuatu yang saya tak suka dan saya merasakan dunia ini seperti tidak adil untuk saya...” kata Alia lagi.
“Kalau awak rasa awak dipaksa untuk melakukan sesuatu yang awak tak suka, awak boleh melawannya semula, bukannya buat diri awak sendiri tertekan”
Alia menarik nafas perlahan. Nampaknya dia tidak berjaya memujuk Khairy untuk membantunya. Dia bangun dan mencapai handbag lalu berura-ura ingin pergi. Tetapi dia merasakan kepalanya berpusing-pusing dan secara tiba-tiba dia terjatuh terduduk di atas lantai. Khairy pantas mendapatkan Alia.
“Alia! Awak tak apa-apa ke?”
Alia mengeleng kepala perlahan dan dengan bantuan Khairy, dia kembali berdiri.
“Awak boleh balik sendiri tak ni?”
Kebetulan Jelita lalu di hadapan bilik boss mereka, dan pada ketika itu pintunya tidak ditutup rapat.
Alia hampir-hampir jatuh semula dan Khairy sempat memaut lengan Alia dan tiba-tiba Alia memeluk tubuh Khairy dan mulai menangis teresak-esak. Pada masa yang sama juga, mata khairy terpandang ke arah Jelita yang memandang dengan pandangan tajam ke arah mereka.
Khairy tidak mahu Jelita berfikir yang bukan-bukan dan dia cuba melepaskan Alia dari tubuhnya, Alia memeluk kuat tubuh Khairy dan mengharapkan Khairy akan meredakan perasaannya.
Jelita beredar pergi dari situ dan sempat menghadiahkan jelingan tajam ke arah Khairy.

****

WAJAH Jelita tidak menampakkan dia kelihatan gembira dan seperti biasa dia duduk di tingkat dua di tingkat atas Santai Cafe di meja solo. Bateri laptop tinggal lagi 20 peratus daripada 100 peratus. Sudah dua jam dia berada di situ dan hanya menyiapkan satu muka surat saiz A4 di Microsoft Word.
Fikirannya jauh melayang dan ketika dia mengingati kejadian siang tadi, hatinya akan berdebar-debar dan dia menjadi marah sendiri. Mungkin dia hanya berasa cemburu atau dia tidak suka dengan apa yang Khairy lakukan tadi. Khairy berpelukan dengan wanita cantik yang digosipkan oleh Mail dan juga Nana.
Tunang? Betul ke Khairy sudah bertunang? Kekasih? Lelaki sehebat dan setampan Khairy takkan masih solo lagi. Tapi kenapa dia sibuk mengerja Jelita sehingga ke hari ini, atau sebenarnya dia hanya ingin mencuba Jelita dan membuat Jelita merana sendiri. Atau sebenarnya, Khairy adalah seorang playboy.
Pelbagai anasir buruk yang berada di fikirannya pada ketika itu. Jelita mengeleng kepala laju. Kenapa dia perlu berfikir jauh sepanjang hari seperti ini. Kenapa pula dia perlu kisahkan Khairy, sedangkan dia sendiri yang mahu Khairy tidak menganggunya lagi.
Tapi...
Arhgg, kusut dia memikirkan perkara itu.
“Kenapa muka awak cemberut je ni?” Nubhan datang dengan menghantar sepotong kek tiramisu yang tidak dipesan oleh Jelita.
“Awak saya tak pesan pun kek?”
“Saja je, ini alasan untuk saya datang dekat awak” kata Nubhan separuh berbisik.
Jelita tersenyum tawar, dan dia terus merasai sedikit kek tiramisu yang dipotong dengan sudu kecil. Ketika isi kek tiramisu masuk ke dalam mulutnya, kemanisan kek tersebut berterbangan di dalam mulutnya.
“Saya belanja kek ni” kata Nubhan.
“Thanks”
“Saya tengok dari jauh awak asyik termenung je. Macam berat sangat masalah awak tu”
Jelita kelihatan tidak gembira untuk memberitahunya dan dia mengeleng kepala.
“Tak ada apalah, biasalah tu. Dalam hidup ni mana ada manusia yang tak ada masalah”
“Sharelah sikit dengan saya” Nubhan bersandar di tepi meja Jelita dan menundukkan kepalanya melihat Jelita, sambil bersilang tangan.
“Macam yang awak cakap sayakan dah jadi kawan rapat awak, BFF. Jadi kalau awak ada masalah awak kena beritahu dekat saya”
“Tapi saya tak rasa nak beritahu hal ini dekat awak..”
Nubhan mengangkat kening sebelah dan dia cuba membaca air muka Jelita dengan renungan lembut. Dan akhirnya Jelita mengalah.
“Entahlah awak, perasaan saya sekarang ni bercampur-aduk dengan rasa kecewa, marah dan sedih...”
“Herm..biar saya teka, pasti ada kaitan dengan Khairykan?”
Jelita mengangguk perlahan.
“Apa yang dia dah buat dekat awak...?”
“Dia tak buat apa-apa, Cuma saya sahaja yang rasa macam ni...tapi...” dia teringat kembali Khairy sedang memeluk seorang wanita cantik di dalam biliknya dan dia tidak sangka Khairy lelaki jenis seperti itu.
“Saya nampak dia berpelukan dengan seorang wanita dalam bilik dia siang tadi dan saya rasa...marah” Jelita memberitahu tanpa memikir lama.
Wajah Nubhan berubah terkejut. Dia mengecilkan matanya dan menyengetkan sedikit kepalanya.
“Awak nampak tak wajah wanita tu?”
Jelita mengeleng.
“Dia datang cafe siang tadi tapi waktu tu saya tak nampak dia...” jika boleh dia tidak ingin langsung mengetahui siapa wanita itu. Hatinya berasa sangat sakit pada ketika itu.
“Erm, dia pakai dress warna merah garang dan berkasut tumit tinggi ke?”
Jelita mengingati kembali dan dia mengangguk.
Nubhan sudah dapat menganggak wanita itu adalah Alia, kerana Alia sempat mencarinya di Santai Cafe tadi. Nubhan mengeluh perlahan.
“Itu Alia, dia ada datang sini siang tadi”
“Huh?” Jelita berwajah terkejut. Jantungnya berdebar-debar apabila mendengar nama itu.
Khairy dan Alia? Mereka ada hubungan ke? Bukan ke Alia suka kepada Nubhan tetapi kenapa dia memeluk Khairy dan Khairy juga memegangnya erat? Apa semua ni?
“Tapi betul ke awak nampak mereka berpelukan, atau awak hanya nampak dari posisi awak yang mereka kelihatan berpelukan?” Nubhan cuba menyedapkan perasaan Jelita.
“Ya, saya nampak mereka memang berpelukan...”
Nubhan memandang wajah Jelita yang tampak kesedihan. Dalam fikirannya dia tertanya-tanya adakah Jelita mulai menyukai Khairy semula. Jikakan tidak, kenapa dia harus beremosi seperti ini.
“Awak cemburu, Jelita?” tanya Nubhan.
Jelita tidak menjawab tetapi riak cemburu itu jelas pada wajahnya membuatkan Nubhan tidak bertanya berkali-kali lagi.
“Kalau awak rasa sukar, lebih baik awak bertanya sendiri dengan Khairy mungkin Khairy ada alasan kenapa dia buat macam tu. Dia bukan seperti yang awak fikirkan”
“Kenapa saya nak kena tanya pula dekat dia, nanti dia kata saya sibuklah apalah...” Kata Jelita tidak mahu melepaskan rasa egonya.
“Kalau dia tahu dia dah buat silap, dia sepatutnya melepaskan Alia bila dia nampak saya, tapi dia langsung tak buat apa-apa..saya benci dengan dia...”
“Saya sarankan kepada awak, lebih baik awak bercakap dengan dia. Kalau awak bersendirian macam ini dan membuat spekulasi yang buruk mengenai Khairy, hati awak juga yang akan sakit. Saya tak nak tengok hati awak terluka, Jelita...”
Jelita terdiam kemudiannya. Mungkin benar apa yang diperkatakan oleh Nubhan. Nubhan mungkin mahu melindungi kawan baiknya sendiri dan kerana itu dia berkata seperti itu kepada Jelita.
Dan setelah itu, Nubhan meninggalkannya untuk memberi ruang kepadanya berfikir dengan lebih baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience