Bab 35

Romance Series 7360

Keesokan harinya, Jelita sudah pun terpacak di hadapan Deflova Cafe yang masih belum dibuka. Hajatnya dia ingin menemui Khairy terlebih dahulu dan bertanya mengenai Nubhan. Ketika Khairy sampai dan ingin membuka cafe, dia tidak menjangka akan melihat Jelita sampai 10 minit lebih awal.
“Awal awak datang?” tegur Khairy. Dia sedang membuka kunci pintu Deflova Cafe. Jelita berada di sebelahnya sedang memerhati.
“Boss?” Jelita memanggil sebaik sahaja mereka menampak ke dalam.
“Herm..” Khairy menoleh ke arah Jelita.
“Nubhan macam mana? Dia tak apa-apa ke? Boss dah tanyakan dekat dia ke apa yang dah berlaku?” tanya Jelita bertubi-tubi dengan wajah naif.
“Nampaknya awak betul-betul risaukan dia...”
“Macam yang saya cakap sebelum ni, dia adalah sahabat dan macam abang saya sendiri...” balas Jelita.
Khairy melepaskan rasa lega walaupun dia sudah biasa mendengar Jelita berkata seperti itu.
“Saya tak boleh bertanya terus kepada dia, sekurang-kurangnnya saya kena bagi masa untuk dia. Kalau saya tiba-tiba terus tanya, lagi dia tak nak beritahu langsung...”
Jelita mengetap bibir sambil memandang ke bawah.
“Bila boss nak balik ke rumah mama boss pula?” tanyanya kemudiannya. Nampaknya dia bukan jenis yang penyabar. Kalau boleh dia mahu semua perkara selesai dalam masa satu hari.
“Jelita, boleh tak kalau awak beri ruang kepada saya, ruang kepada semua orang untuk ada masa sendiri. Macam yang saya cakap kita tak boleh terkerja-kerja tanya mereka macam tu. Awak fikir mereka akan beri jawapan terus kepada kita?”
“Tapi boss sendiri yang cakap boss akan cuba bercakap tentang hal ini dengan mama boss..” Jelita tidak mahu mengalah akan itu.
“Memanglah saya kata saya akan bercakap, tapi bukan sekarang...” Khairy mengeleng kepala perlahan.
Kening Jelita bercantum kecil. Dia seakan-akan merajuk pula dan kemudian terus ke punch card di holder. Tingkah-lakunya diperhati oleh Khairy.
Salah ke dia bertanya, dia nampak memaksa ke?
“Jelita?”
Jelita menoleh ke belakang sambil tangannya memegang kadnya.
“Saya tahu awak risaukan Nubhan, kalau awak nak jenguk dia, saya akan benarkan. Tapi bila ada Mak Mah kat rumah sahaja, tidak pun saya akan bawa awak kepada dia. Mungkin awak ada benda yang awak nak cakapkan dengan dia...”
“Betul ke?!” Jelita memandang ke arah Khairy dan wajahnya tampak ceria kembali.
Jika itu yang mengembirakan Jelita, Khairy terpaksa akur.
“Ya...”
“Terima kasih boss..” Jelita tersenyum manis dan matanya mengecil, menampakkan senyumannya sangat manis apabila dipandang dengan lebih lama.
Jantung Khairy mulai berdebar kecil.
“Jelita?!”
“Ya boss..”
Khairy terdiam untuk beberapa saat.
“Jangan senyum macam itu kepada lelaki lain, ini...ini arahan...” Khairy beredar selepas itu.
“Hermmm?” keningnya terangkat kecil tidak faham dengan maksud Khairy. Senyum pun tak boleh ke, nanti dikatakan sombong pula.

****

Tuk...tuk...
Khairy menjengulkan kepalanya ke dalam bilik tetamu yang diduduki oleh Nubhan.
“Nubhan, ada someone nak jumpa kau”
Nubhan menoleh ke ke arah Khairy, dia baru sahaja selesai mandi. Nubhan keluar dari bilik tetamu selepas itu dan dia melihat ke arah Jelita yang sedang tersenyum gembira ke arahnya.
“Hai!” Jelita menyapa.
“Dia nak sangat jumpa dengan kau..” kata Khairy dan selepas itu meninggalkan mereka berdua di situ.
“Jom kita duduk dulu...” Jelita mengajak Nubhan duduk di kerusi yang berada di hadapan bilik tetamu itu.
“Sebenarnya tadi saya tengah masak bubur...dah setengah jam saya kat sini, tapi Khairy cakap awak tengah mandi, jadi saya pun tak tahu nak buat apa, jadi saya cadang nak buatkan seuatu untuk awak. Khairy cakap awak tak ada selera nak makan. Jadi saya risau...”
“Buat susahkan awak je Jelita...” Nubhan tersenyum tawar.
“Urm, tak adalah. Saya gembira dan saya sememangnya nak masakkan sesuatu untuk awak. Awak ingat lagi tak waktu saya demam dulu, awak buatkan saya bubur ajaib. Awakkan dah bagi resepi tu dekat saya jadi hari ni saya nak cuba buatkannya. Harap-harap jadilah...”
Mereka terdiam selepas itu. Jelita cuba mencari idea untuk berbual dengan Nubhan. Nubhan nampak sedih sahaja.
“Urm, macam mana dengan keadaan awak sekarang?”
“Saya dijaga dengan baik oleh mak Mah dan juga Khairy. Mereka berdua macam jururawat peribadi saya”
Jelita tersenyum kecil mendengarnya.
“Untung awak, selain daripada ibu bapa awak, awak ada orang yang sayangkan awak macam ahli keluarganya sendiri”
Wajah Nubhan berubah apabila Jelita menyebut perkataan ‘ibu bapa’ kepadanya.
“Saya mula rasa rindu, bila setiap kali saya jatuh sakit orang tua saya akan jaga saya sampai saya sembuh. Saya diberi dengan kasih-sayang yang penuh. Bila dah semakin dewasa dan tinggal pula berjauhan dengan mereka, saya tak seronok pula...rasa macam nak sangat pulang ke kampung dan jumpa dengan mereka”
Nubhan termenung kecil. Dia teringat yang dia juga memiliki ibu bapa yang sangat menyayanginya tetapi segala-galanya telah pun berubah.
“Saya minta maaf kalau saya buatkan awak teringatkan ibu bapa awak...” Jelita mula rasa serba-salah setelah dia melihat mata Nubhan kemerahan pula. Mungkin dia sedang marah atau mungkin dia sedang sedih pada ketika itu.
“Jelita, saya risau kalau mereka tahu saya masih berhubungan dengan awak..” kata Nubhan tanpa memandang mata Jelita. Dia seperti ingin meluahkan sesuatu kepada Jelita tetapi perkara itu sangat sukar untuk diluahkan.
“Nubhan, kenapa ni? Saya tertanya-tanya semalaman, apa maksud awak. Kenapa awak nak saya berhati-hati pula. Ada seseorang yang sedang mengekori saya ke?”
Nubhan mengangguk perlahan.
“Saya tak boleh beritahu kepada awak, sebab saya tak nak awak takut...”
“Semakin awak dekat dengan saya, awak semakin bahaya. Awak sangat baik Jelita. Awak tak sama macam dia. Saya cuba nak lindungi awak. Tolong Jelita, kita tak boleh bertemu lagi selepas ini”
“Saya tak faham...”
Nubhan memandang tajam ke arah Jelita. Dia melihat wajah lembut itu kerisauan. Dia juga tidak mahu membuat Jelita sakit kerananya.
“Kalau awak risaukan saya, jalan yang lebih mudah adalah awak jangan dekati saya lagi. Saya lebih bahaya daripada apa yang awak fikirkan...”
Jelita terkumat-kamit ingin mengatakan sesuatu. Dia pasti Nubhan sedang merahsiakan sesuatu daripadanya.
“Awak cakap tadi saya tak sama seperti dia. Siapa dia itu?”
Nubhan menarik kepalanya semula dan dia mengelengkan kepala.
“Lebih baik awak pulang sahaja...minta Khairy yang hantarkan awak...” Nubhan bangun dari tempat duduknya dan tangannya memegang tombol pintu bilik. Dia kelihatan ingin masuk ke dalam biliknya.
Jelita juga turut bangun dan dia menahan Nubhan daripada masuk.
“Kenapa dengan awak ni Nubhan?! Kenapa awak dah jadi lain sekarang. Awak sendiri yang cakap kalau saya perlukan awak, saya boleh cari awak dan luahkan perkara yang saya tak puas hati dan awak adalah pendengar yang baik. Tapi kenapa tiba-tiba awak tak nak saya berjumpa dengan awak lagi?”
“Baliklah Jelita tak ada apa yang perlu kita bincangkan lagi”
“Nubhan!”
Nubhan segera masuk ke dalam biliknya dan menutup pintu rapat.
Jelita mengetuk pintu bilik tetamu itu berkali-kali. Selagi Nubhan tidak memberitahu perkara yang lebih jelas, dia tidak akan berganjak dari situ.
Mak Mah dan Khairy datang untuk melihat bunyi bising tersebut dan mereka melihat Jelita sedang mengetuk permukaan pintu bilik tetamu bertalu-talu.
“Nubhan! Saya tahu awak tak maksudkan apa yang awak beritahu kepada saya..saya tahu awak sengaja buat semua ni sebab awak dah tak nak dengar masalah saya lagikan?”
Seketika kemudian, Nubhan membuka pintu biliknya dengan pantas, dan dia terus menjerkah ke arah Jelita.
“Aku kata balik, baliklah! Kau tak faham bahasa ke ha!? Berambuslah!”
Mata Nubhan mencerlung ke arah Jelita. Dadanya berombak kecil selepas dia menjerkah ke arah Jelita.
Khairy dan mak Mah terkejut dengan sikap Nubhan. Nubhan yang selama ini bagaikan malaikat kepada Jelita telah pun berubah sikap dalam sekelip mata. Ianya pasti sangat memberi kesan mendalam kepada Jelita.
Air mata Jelita tumpah selepas itu. Dia sangat terkejut dengan apa yang telah Nubhan perkatakan kepadanya. Khairy memandang ke arah Jelita, risau dengan keadaan Jelita pula selepas itu. Nubhan masuk kembali ke dalam dan menutup pintu kasar.
Jelita beredar dari situ, meragut beg tangannya dan terus beredar keluar dari apartment Khairy.
“Jelita!” Khairy mengekor dari belakang.
Jelita terus berlari tanpa mahu memandang ke belakang. Sewaktu di hadapan lif, Khairy terus meregut pergelangan tangan Jelita.
“Jelita, nanti dulu. Nubhan tak bermaksud macam tu...”
“Dia dah halau saya, jadi biarlah saya pergi...” Jelita sudah pun menangis pada ketika itu. Hatinya benar-benar sakit dengan sikap Nubhan. Dia cuba untuk membuat Nubhan selesa dengannya tetapi Nubhan pula bersalah tingkahnya.
“Saya dah cakap dengan awak, jangan paksa dia untuk beritahu segala-galanya...”
“Saya tak memaksudkan untuk paksa dia! Tapi dia yang paksa saya jadi macam ni!” Jelita separuh menjerit.
Khairy menarik nafas perlahan.
“Saya hantar awak balik”
“Tak payah, saya boleh balik sendiri”
Pintu lif terbuka dan Jelita segera masuk. Tetapi Khairy pula pantas menahan pintu lif daripada tertutup.
Jelita memandang bengang ke arah Jelita.
“Awak dengarkan Nubhan tak nak awak bersendirian. Dia sangat bimbangkan pasal awak. Jadi biar saya yang hantar awak pulang...”
“Saya bukan budak-budak...”
Jelita menolak tangan Khairy dari memegang pintu lif. Setelah itu Jelita pantas menekan butang tutup. Ketika pintu lif hampir tertutup, Khairy memandang ke arah Jelita dengan pandangan risau.
“Saya risaukan awak...” Khairy berkata perlahan.
Ketika berada di dalam lif, Jelita pantas mengesat air matanya. Dia kebingungan dengan sikap Nubhan yang berani menjerkahnya seperti itu. Hatinya sangat terasa dengan apa yang berlaku. Dia malu di hadapan Khairy dan mak Mah yang melihat dirinya dijerkah seperti itu.
Pintu lif terbuka di tingkat satu dan Jelita pantas keluar dari kawasan itu dengan berjalan kaki. Setelah dia keluar dari bangunan apartment itu, dia berjalan menuju ke kawasan menunggu teksi.
Jangan-jangan Nubhan jadi seperti itu kerana Alia. Aliakan masih suka kepada Nubhan. Mungkin mereka ada bercakap sesuatu dan kerana itu, Nubhan berubah perangai secara tiba-tiba. Tapi tak mungkin mereka sudah kembali bersama. Nubhan sendiri yang menolak Alia di hadapan Jelita. Dia tidak mahu mereka berjumpa lagi.
Sedang dia berfikir sendiri, tiba-tiba dari arah belakang tubuhnya dipeluk oleh dua belah tangan yang dia tidak sedari. Dia cuba berlawan tetapi mulutnya pula dicekup supaya dia tidak mampu untuk menjerit. Pada waktu ini dia mulai teringatkan Khairy dan berharap Khairy akan datang menyelamatkannya.
“OOII!!” terdengar suara Khairy menjerit ke arah mereka dari belakang, sejurus selepas itu tubuh Jelita ditolak ke tepi dan dia terjatuh hampir-hampir mencium lantai berbatu di situ. Jelita cuba mengangkat wajahnya untuk melihat orang yang telah memeluknya itu tetapi orang itu berlari laju meninggalkan mereka. Jelita tidak dapat mengecam wajah orang itu.
Tak guna!
Khairy berlari ke arah Jelita dan terus melihat keadaan Jelita.
“Jelita, awak tak apa-apa ke?” tanya Khairy dengan wajah kerisauan.
Hanya tangannya sahaja yang tergosok pada batu dan sedikit calar. Jelita bangun dengan dibantu oleh Khairy.
“Mari saya ubatkan tangan awak...”
“Tak apa sedikit je ni. Saya nak balik...”
“Awak nampak tak muka pemuda tu?”
“Pemuda?” Jelita sendiri tidak pasti orang yang memeluknya itu perempuan atau lelaki sebenarnya.
Jelita mengeleng.
“Bahaya betul! Kan saya dah cakap biar saya hantar awak balik” marah Khairy secara tiba-tiba dan selepas itu dia menarik Jelita masuk semula ke kawasan bangunan apartment. Jelita mengekor tanpa berkata apa-apa.

follow me on IG / dhia__official (double score)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience