Bab 26

Romance Series 7360

Jelita hanya berasa aneh apabila tidak ada sesiapa pun yang sibuk bertanyakan kepadanya mengenai hubungannya dengan Khairy. Masing-masing kelihatan biasa sahaja. Mungkin mereka telah diberi amaran oleh Khairy agar tidak bergosip mengenai mereka lagi.
Jelita dapat melakukan kerja seperti biasa tanpa sebarang gangguan dan tekanan. Mail juga tidak bertanyakan apa-apa kepadanya. Tetapi pulang saja dari tempat kerja, ketika dia masih di bilik yang dikhaskan oleh Deflova Cafe untuk pekerja perempuan, dua orang rakan sebiliknya yang bekerja di sebelah pagi datang bertanyakan apa yang telah berlaku sebenarnya.
“Wah! Jelita, kau diam-diam ubi berisikan, kenapa tak mengaku dari awal yang kau sebenarnya dah lama kenal dengan boss kita tu”
Jelita menarik nafas perlahan dan tersenyum tawar. Malas sebenarnya dia ingin menghebohkan perkenalan lamanya dengan Khairy.
“Entahlah kau ni Jelita. Kita orang ni berteka-teki tau siapa kekasih boss sebenarnya. Tak sangka pula kekasih boss kau rupanya. Bertuahnyalah badan. Aku ni terus-terang nak beritahu kau yang aku memang simpan sikit perasaan suka dekat boss kita tu, sebab muka dia macam pelakon Korea yang aku minat sangat tu. Kalau dia buang jambang dia, memanglah nampak lagi sebiji...”
“Ah! Kau Min, tak habis-habis dengan drama Korea kau tu...”
“Eh! Betullah apa yang aku beritahu. Muka dia ada iras-iras Park Seo Joo, oh my oppa!”
Jelita mengeleng kepala sambil menahan senyuman melihat dua sahabat karib itu.
“Jelita suruhlah boss buang jambang dia. Mesti sebiji punyalah...”
“Kau ni, biarlah boss nak simpan jambang dia ke apa ke. Lagipun nampak macho dan matured sikit ada jambang. Bukan senang nak ada jambang handsome macam tu..tak apa Jelita aku sokong kau...”
“Korang ni, janganlah bergaduh....” kata Jelita cuba menenangkan keadaan.
“Tak, bukan bergaduh, kami memberi pendapat....”
“Tapi Jelita, kenapa kau tak cakap yang kau kekasih boss selama ni, kita orang nyaris-nyaris ingat wanita cantik tu kekasih boss..”
Kekasih? Jelita berasa tidak senang mendengarnya. Kekasih? Layak ke dia bergelar kekasih kepada Khairy.
Jelita Maisarah...
Tiba-tiba nama kembarnya itu bermain di fikirannya.
Dia adalah kekasih sebenar kepada Khairy..
Tiba-tiba dia berasa sedih sendiri. Dia termenung kecil.
“Sebenarnya aku bukan kekasih boss, kami hanya kenalan rapat dari sekolah menengah. Itu sahaja, jadi korang janganlah salah faham pula ya...” Jelita cuba menerangkan perkara sebenar kepada mereka.
“Ala, dah kantoi tu tak payahlah nak sorok-sorokkan lagi. Tak apa, kami faham Jelita. Kau pun mesti nak jaga hubungan kau dengan bosskan”
Jelita tersenyum perit. Khairy tidak pernah mengatakan dia adalah kekasih jadi kenapa pula dia harus mengakui sahaja apa yang mereka gosipkan selama ini.
‘Ingat Jelita, kalau awak rasa tertekan, tak perlu jawab apa-apa. Biarkan saja mereka, nanti mereka dah penat mereka berhentilah..’
Khairy ada mengingatkannya dua tiga kali akan perkara itu kerana gusar dia akan berasa tertekan dengan gosip mereka di tempat kerja. Jadi, biarlah apa yang mereka nak katakan, hanya dia dan Khairy sahaja yang tahu bagaimana hubungan mereka yang sebenar.

****

HUJUNG minggu, Jelita telah berjanji untuk menemani Nubhan membeli-belah barangan keperluan dapat juga dia melarikan diri daripada menjawab segala pertanyaan rakan sekerjanya. Tak adalah dia terperuk di dalam biliknya dan seorang demi seorang datang untuk berbual dengannya. Lagak seperti mereka itu wartawan sahaja dan seperti Jelita itu seorang pesalah yang tidak mahu berkongsi apa-apa dengan mereka semua.
“Macam-macam yang mereka tanya dekat saya, awak. Dah macam wartawan pula” adu Jelita kepada Nubhan. Dia membantu menolak troli, dan Nubhan mengisi barang yang diperlukan.
Jelita Perasan setiap barang yang dipilih Nubhan adalah barang persendirian. Selipar tandas satu, kain tuala satu serta barang-barang yang tidak berpasangan. Yalah, Nubhankan masih single mestilah hanya barang dia seorang sahaja yang akan dibelinya.
“Nanti lama-lama mereka diamlah, awak buat tak tahu saja...” balas Nubhan yang sedang memilih stoking pula.
“Apa yang awak cakap tu semua Khairy dah beritahu dekat saya. Memang betullah awak dengan dia tu BFF”
Nubhan tersenyum perlahan tanpa memandang wajah Jelita.
“Tapi awak tak rasa happy ke bila semua orang dah tahu, jadi tak perlulah awak menyorokkan apa-apa daripada mereka lagi”
“Mana boleh macam tu. Dia tu boss, saya pekerja bawahan je. Macam tak sedap pula kalau apa-apa yang akan berlaku dia pasti akan back up saya. Macam awak tak kenal Khairy tu macam mana”
“Baguslah tu. Maknanya dia sayangkan awaklah tu...”
Jelita terdiam. Sayang? Betul ke dia ada rasa sayang dekat aku? Bisik Jelita.
Hatinya berdebar-debar pada ketika itu.
Nubhan memandang wajah Jelita yang sempat mengelamun kecil. Ketika Nubhan menarik troli pun Jelita mengikut sahaja dan tidak sedar yang mereka sudah ke bahagian lain.
“Jelita?” Nubhan memetik jari di hadapan mata Jelita dan Jelita tersedar.
“Apa yang awak fikirkan tu?”
Jelita melihat kiri kanannya, macam mana dia boleh lepas ke sini pula.
“Awak tu mengelamun jauh sangat, sampai tak sedar saya dah bawa awak ke sini”
Mereka sudah pun ke bahagian skin care men.
“Awak sebenarnya nak kemana membeli-belah barang keperluan ni?” tanya Jelita apabila dia baru sahaja teringat ingin bertanya hal itu kepada Nubhan.
“Saya nak pergi bercuti”
“Ha? Kat mana? Berapa hari?”
“Urm, dalam seminggu dua macam tu? Boleh tak kalau saya nak rahsiakan ke mana saya nak pergi?”
Jelita memuncungkan bibirnya.
“Ala, tak bestlah kalau awak pergi lama-lama. Macam mana dengan saya, saya tak ada geng nak luahkan perasaan saya...” tiba-tiba Jelita berasa sedih akan itu.
Nubhan tersenyum sipi.
“Awakkan macam dah rapat dengan Khairy, kenapa awak tak nak bercakap sahaja dengan dia....”
“Tak naklah! Mana boleh, awakkan kawan baik saya. Dah macam abang saya. Lagipun saya lebih selesa dengan awak berbanding dengan dia...” luah Jelita dengan wajah tidak gembira apabila Nubhan berkata seperti itu.
“Awak tak pernah ke rasa rindu kat dia?”
Jelita mencemikkan wajahnya. Rindu? Rindu kepada lelaki itu?
“Tak..” balas Jelita pantas.
“Awak pasti?”
Jelita mengangguk laju.
“Mungkin awak boleh bercakap ‘tak’ untuk sekarang, bagaimana kalau selepas ini awak benar-benar rapat dengan dia dan kemudian tiba-tiba dia tak ada di sisi awak, pada waktu itu barulah awak akan rasa sunyi dan rindu, rindu dengan gurauan dia, rindu dengan usikan dia, dan rindu dengan cara dia melayan awak” Nubhan cuba psikokan pemikiran Jelita.
Jelita terdiam sambil mencemikkan wajahnya.
“Awak patut rapat dengan dia, dan awak akan tahu cara dia layan awak lebih baik daripada saya layan awak”
Jelita berwajah terkejut.
“Saya rasa awak layan saya lebih baik daripada apa yang saya harapkan. Awak baik, awak suka tersenyum, caring dan suka dengar masalah saya...”
“Itu apa yang awak nampak, Jelita awak belum kenal saya bagaimana” Nubhan sempat tersenyum sinis ke arah Jelita tetapi tidak difahami oleh Jelita, dan kemudian dia kembali tersenyum seperti biasa.
“Kenapa awak cakap macam tu? Awak janganlah bagi saya rasa macam ni...” Jelita berhenti menolak troli.
Nubhan memandang penuh ke arah Jelita.
“Bagi awak rasa macam mana?”
“Bagi saya rasa tak seronok bila awak cakap macam tu. Awak tak pernah cakap macam tu dekat saya sebelum ini..awak tak apa-apa ke?” Jelita hanya berasa gusar dengan cara lelaki itu.
Nubhan merenung lama ke arah Jelita, dan kemudian dia mengelengkan kepalanya dan mengambil tempat Jelita untuk menolak trolinya.
Jelita memandang belakang Nubhan yang sudah jauh ke hadapan. Hati Jelita berasa berat sahaja dengan cara Nubhan. Dia ada masalah ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience